Kita selalu tak sedar bahawa ada
yang menyayangi kita seadanya dan bila dia menghilang, barulah kita sedar yang
kita juga menyayangi dia seadanya.
***
Dikecewakan
oleh cinta. Disakiti oleh kekasih hati sampaikan aku rasa macam sampai sudah
aku takkan berkahwin sebab tak ada lelaki yang jujur sayangkan aku seadanya.
Yelah, siapalah yang sukakan perempuan yang tak pandai bergaya macam aku ni?
Dahlah aku pakai cermin mata yang tak berapa tebal tapi agak besar saiz dia
sampaikan batang hidung aku yang mancung ni boleh tenggelam. Rambut pulak ikat
tocang je sebab Airil cakap comel buat macam ni. Ohh, sebut pasal Airil! Dia tu
best friend aku! Satu-satunya kawan aku yang terima aku seadanya. Kami dah
kawan sejak dari umur aku 7 tahun dan dia 10 tahun. Sekarang ni aku dah 25
tahun dan dia dah 28 tahun. Dia pun sama je single dengan aku. Dua-dua tak
berpunya tapi aku pelik sebenarnya. Airil tu sebenarnya handsome tau. Macho pun
macho. Gentleman pun gentleman tapi sampai sekarang single. Bila aku tanya
kenapa dia single, dia diam je dan cepat-cepat ubah topik. Serius aku menyampah
bila dia buat macam tu tau!
Tapi ni kisah setahun yang lepas.
Sekarang ni aku dah tak single lagi. Di saat-saat aku percaya bahawa takde
lelaki yang akan menyayangi aku seadanya, tiba-tiba muncul seorang lelaki yang
membuktikan yang aku ni salah. Hehehe… hidup aku sekarang ni dah berwarna-warni
macam pelangi bila dia muncul.
Nak
tahu nama dia yang berjaya ambik hati aku tu? Nama dia Ikhmal. Dia baik, sweet
dan sangat pandai jaga hati aku. Kami jarang gaduh sebab dia pandai beralah.
Dan sekarang ni aku tengah tunggu dia dekat airport. Dah dekat sebulan aku tak
jumpa dia sejak dia pergi berkursus dekat Amerika. Sibuk sangat kekasih hati
aku tu tapi takpelah. Nak cari rezeki bukannya senang.
Tiba-tiba
alunan lagu tema cerita korea yang menjadi kegemaran aku sekarang yang menjadi
ringtone handphone aku berbunyi. Cepat-cepat aku menggeledah beg sandang aku.
Orang lain sibuk pakai beg tangan, aku masih lagi setia dengan beg sandang aku
ni. Dah dekat empat tahun dah umur beg ni. Hadiah dari Airil sempena hari lahir
aku yang ke 21 tahun.
“Assalamualaikum
Yuna. Awat?”
“Waalaikumussalam..
takde apa. Lambat lagi ke balik?”
“Entahlah.
Aku rasa dah dekat dah Ikhmal nak sampai…”
“Ohh...
okey. Kirim salam dekat Ikhmal nanti. Bye!”
“Bye…”
“Siapa
call?”
Aku
mengangkat muka sambil tersenyum dan menyambut air minuman dari tangan Airil.
Airil ni sebenarnya nak hantar aku kat sini je tapi memandangkan flight Ikhmal
lambat lagi nak sampai, aku mintak dia temankan aku kejap. Takdelah bosan
sangat duk sini sorang-sorang.
“Yuna.”
“Ohh…”
Airil diam sekejap. “Mana buah hati kau ni? Aku dah lapar ni. Nak balik rumah…”
“Ala,
tunggulah kejap. Nanti dia sampai, kau boleh balik dan boleh melantak nasi.
Takkan kau nak tinggal aku sorang-sorang kat sini?” Ikatan rambut yang semakin
longgar buat aku rimas. Terus aku suruh Airil pegang air minuman aku sebelum aku
lepaskan ikatan rambut aku dan ketika aku tengah sibuk nak mengikat rambut,
tiba-tiba aku nampak Ikhmal yang tengah berjalan keluar dari balai ketibaan
sambil memegang tangan seorang perempuan cantik. Tangan perempuan tu peluk elok
je terletak dekat pinggang Ikhmal. Eh, apa ni?
Aku
pandang Airil yang dah terlopong mulutnya sebelum dia memandang aku dengan riak
muka terkejut.
“Tu
Ikhmal kan?”
Aku
teragak-agak nak mengangguk. Nak angguk ke tak nak tapi aku yakin tu memang
Ikhmal. Aku kenal lagi dengan Ikhmal walaupun dekat sebulan tak jumpa dia.
“Jom
ikut aku!” Laju aku tarik lengan Airil dan berjalan menghampiri Ikhmal yang
tengah membetulkan rambut perempuan tu yang berjuntai dekat dahi. Haa…
menyampah aku tengok dan aku yakin 80% daripada apa yang aku fikir sekarang ni
adalah betul. Kalau Ikhmal cakap perempuan tu kawan dia, aku lempang Ikhmal tu
laju-laju. Kawan jenis apa kalau pegang-pegang macam tu? Kawan jenis apa yang
sibuk bergurau senda sambil cuit-cuit hidung? Aku dengan Airil tak pernah tau
macam tu!
“Hi
Ikhmal!” Tegurku berpura-pura teruja. Dia yang tengah bergelak ketawa dengan
perempuan tu terus berpaling ke arah aku. Hilang terus senyuman dekat bibir dia
dan diganti dengan riak bersalah. Airil yang berdiri di sebelah aku hanya
mendiamkan diri.
“Amani,
you buat apa dekat sini?” Soal Ikhmal perlahan. Perlahan-lahan dia cuba
meleraikan genggaman perempuan tu dekat lengan dia tapi nampaknya perempuan tu
memang jenis tak faham bahasa sangat, jadi perempuan tu makin mengeratkan
pelukannya pulak. Serius, aku rasa macam nak cincang-cincang tangan perempuan
tu tapi kalau bertepuk sebelah, takkan berbunyi… ni sebab dua-dua bertepuk
tanganlah jadi macam ni!
“Datang
jemput you but I guess you tak perlukan I.” Aku senyum sinis sebelum menarik
nafas dalam-dalam. “Mind to explain? Who is she?”
“Err…
dia…”
“I’m
Melissa. Girlfriend Ikhmal.” Perempuan tu pulak memperkenalkan diri sambil
tersenyum manja dekat Ikhmal. Siap mengusap pipi Ikhmal lagi tau! Nasib baik
Airil dari tadi pegang beg sandang aku ni. Kalau tak, rasanya aku dah pergi
terkam perempuan tu. Girlfriend Ikhmal konon! Habis aku ni apa?
“I
tak tahu yang Ikhmal ada girlfriend baru. Haa… sebulan telah mengubah
segalanya.” Aku tersenyum sinis apabila muka Ikhmal berubah.
“Jomlah
Ril, kita balik… Ikhmal boleh balik dengan Melissa, girlfriend dia tu.”
Baru
je aku nak melangkah, tiba-tiba Ikhmal pegang lengan aku dan kemudiannya dia
tarik aku jauh dari Melissa dan Airil. Aku nampak Airil macam nak datang dekat
tapi aku gelengkan kepala.
“I… it’s very difficult, Amani. You tahu kan I
sayang you tapi…”
“Tapi
apa?”
“Tapi
hati I dah berubah. I sayangkan Melissa, I cintakan dia dan I tak nak
kehilangan dia. I’m so sorry, Amani. I… she…”
Pang!
Laju
je tangan aku hinggap dekat pipi Ikhmal walaupun sedaya upaya aku tahan tangan
aku ni dari tadi. Ikutkan hati, aku dah tarik-tarik rambut Ikhmal tu, biar
sampai dia botak tapi aku tahankan diri. Aku tak nak malukan diri aku. Cukuplah
dia dapat penampar sulung aku tu. Ingat senang ke aku nak tampar orang?
“I
tahu I salah, Amani…”
“Baik
you pergi dekat dia sebelum I tampar you sekuat hati sekali lagi sekarang ni,”
ucapku tenang sebelum aku melangkah pergi dari situ sambil diekori oleh Airil
dari belakang. Sedaya upaya aku tahan rasa sebak tapi lama-lama hati yang sakit
ni buat air mata aku mengalir laju jugak. Airil masih lagi diam di belakang aku
sambil menghulurkan sapu tangannya.
“Airil…
aku…”
“Alya…
tunggu kejap.” Airil menarik beg sandangku sebelum berpaling ke belakang dan
menghampiri Ikhmal. Hampir nak tercabut mata aku ni bila tiba-tiba Airil tumbuk
Ikhmal sampai terteleng kepala Ikhmal. Apa yang Airil cakap dekat Ikhmal
langsung aku tak dengar tapi aku tahu hidung Ikhmal mesti berdarah tu. Jangan
main-main dengan Airil. Jaguh silat sekolah tu! Airil kembali pada aku dengan
muka yang tegang tapi kembali lembut apabila aku memandangnya dengan muka
risau.
“Takpe
Alya. Aku ada… aku sentiasa ada untuk kau…”
Aku
hanya mengangguk kecil dan perlahan-lahan aku mengenggam hujung baju t-shirt
Airil dan membiarkan dia bawak aku ke kereta. Memang setiap kali aku sedih, aku
akan buat macam ni. Pegang baju dia macam budak kecil dan dia tak pernah kisah.
Kalaulah ada lelaki lain yang macam Airil, aku rasa aku dah jatuh cinta
berkali-kali agaknya.
***
“Kau
bawak aku datang sini buat apa?” Soal Airil dengan muka tegang. Mana tak
tegang. Dia baru balik dari outstation dan aku terus ajak dia datang sini tapi
dalam membebel-bebel tu, dia ikut jugak aku datang sini.
“Hari
ni aku nak make over!”
“Hah?”
“New
clothes, new shoes, new hair, new make-up and new Alya Amani!” Aku senyum
lebar. Sekarang ni aku dah bertekad. Aku nak ubah penampilan aku sebab aku rasa
lelaki hanya sukakan perempuan yang cantik dan bergaya. Kalau aku terus macam
ni, alamatnya sampai ke tua la aku membujang melainkan Airil tiba-tiba cakap
dia nak kahwin dengan aku. Erk, kahwin dengan Airil? Macam tak best je
bunyinya.
“Untuk?”
“Hmm…
saja.”
“Jangan
nak tipu akulah. Aku kenal kau, Alya Amani. Apa yang kau nak cuba buktikan
sebenarnya? Kau nak tunjuk dekat Ikhmal yang kau jauh lebih cantik dari Melissa
tu?”
Aku
gigit bibir dengan kata-kata Airil. Kenapalah Airil ni tahu semua benda pasal
aku?
“Aku
cuma nak ubah diri aku.”
“Aku
suka kau macam ni.”
“Kau
suka nak buat apa? Bukannya kau nak kahwin dengan aku pun…” Aku mencebik. Dia
tu cakap senanglah! Airil tu handsome. Petik jari, sepuluh datang. Aku ni kalau
petik jari, sorang pun belum tentu datang tau.
“Kalau
kau nak, aku boleh hantar rombongan meminang sekarang jugak.”
“Blahlah
kau. Suka main-main… Dah-dah, yang penting sekarang ni, jom teman aku beli
baju.”
Airil
tarik nafas panjang tapi dia tetap jugak mengikut aku masuk ke dalam sebuah
butik. See, kalaulah ada lelaki lain macam Airil ni… aku memang dah jatuh
cinta!
“Kau
rasa mana yang cantik?” Aku tayang dua helai blouse bercorak vintage dekat
Airil. Satu warna hitam dengan bunga kecik-kecik warna merah putih dan satu
lagi warna putih dengan bunga warna merah dan sedikit warna hijau.
“Dua-dua
cantik.”
“Hmm…
aku beli dua-dualah.” Laju je aku suruh salesgirl tu buat resit dan selepas tu
aku terus pergi bayar. Bukan aku sebenarnya sebab time aku nak hulur duit tu
Airil dah hulur dulu duit dia. Nyaris-nyaris kitaorang nak bertumbuk dekat situ
sebab aku bertegas yang aku nak bayar tapi Airil tetap jugak suruh akak kaunter
tu ambik duit dia.
Nak
je aku pelengkung kepala Airil ni tapi disebabkan dia kawan baik aku yang
paling aku sayang, aku tahan jelah perasaan geram aku ni. Kalau tak, dah lama
dah benjol kepala dia!
“Jom makan dulu…”
“Baru setengah jam kot?”
“Aku lapar okay! Balik-balik je
terus aku datang sini. Nak minum pun tak sempat…” adunya sambil mengusap perut.
Nak tunjuk dia lapar sangat la tu.
“Yelah-yelah. Kita makan dulu. Kau nak
makan apa?”
Dia tersenyum lebar sebelum menarik
tangan aku untuk mengikutnya. Aku pulak tak banyak cakap terus ikut je langkah
dia tapi serius aku rasa macam nak pengsan bila dia bawak aku masuk dalam
restoran makanan Cina.
“Kau tahu kan yang aku tak boleh
telan makanan Cina. Tak kena dengan tekak aku!”
Dia sengih sebelum menyuruh aku
duduk dekat atas kerusi. Dia buat derk je bila aku pandang dia macam nak telan.
Bila dia sibuk order makanan, aku diam je. Tak nak aku makan, buat membazir je
kalau tak habis tapi bila dia suruh pelayan tu bungkus semua makanan yang dia
order tadi, terus aku pandang dia dengan kening terjungkit.
“Tu untuk Wawa la. Bukan untuk aku…”
Dia macam tahu-tahu je apa yang aku tengah fikir sekarang.
“So, kau nak makan apa sekarang ni?”
“Nasi goreng cili padi!”
“Hmm… perut tu dah la tak tahan
makan pedas.”
“Aku dah berlatih makan pedas. Perut
ni dah kuat dah.” Airil sengih sebelum mengenyit matanya.
“Kononlah kau. Lepas makan, kita
cari kasut, beg dengan make-up pulak ye?” Aku buat muka comel dengan mata yang
sengaja dikelip-kelipkan. Dia menjulingkan matanya ke atas tanda bosan tapi aku
terus senyum bila tengok dia mengangguk. Sayanglah Airil!
***
Aku mengusap kedua-dua belah tapak
tangan sambil menunggu hasil daripada make-over Hannah dan Maya. Nyaris-nyaris
aku nak kena debik dengan diorang berdua ni tadi sebab suruh diorang make-over
tapi disebabkan aku ni baik dengan kakak diorang, mereka nak la jugak tolong
aku. Airil pulak duduk dekat luar sambil bersembang dengan Adam dan Harraz.
“Kak, kalau tak cantik jangan marah
ye?” ucap Hannah sambil membetulkan solekan di mata aku.
“Eh, tak marah tapi akak debik je
korang…”
“Apa ni kak?”
Aku terus ketawa. Main-main je pun.
Kalau aku debik diorang ni, aku pulak yang kena debik dengan Liya.
“Kak, kenapa tiba-tiba nak berubah
ni?”
Aku diam. Nak cakap apa ni? Takkan
nak cakap sebab akak nak buktikan dekat Ikhmal yang akak jauh lebih cantik
daripada Melissa tu. Takkan nak cakap yang akak nak tunjuk dekat Ikhmal yang
akak boleh dapat lelaki yang lebih baik daripada dia?
“Saja…”
Alasan lapuk!
“Ke akak nak cantikkan diri untuk
Abang Airil?”
Nasib baik la Hannah tengah sibuk
meletakkan eyeshadow dekat mata dia kalau tak, mau tangan dia mencubit pipi
Maya.
“Takde maknanya la…”
“Akak, Abang Airil tu baik. Handsome
pulak tu… takkan akak tak berkenan dekat dia?” Tanya Maya yang sibuk
menguruskan rambut aku. Aku mendiamkan diri. Berkenan dekat Airil? Rasanya dulu
masa sekolah menengah, aku pernah tersuka dekat Airil tapi sekejap jelah sebab
masa tu aku dapat tahu Airil ada minat seorang junior ni. Junior tu pulak nak
dijadikan cerita satu kelas dengan aku. Cantik budaknya. Baik pun baik jadi
memang padanlah dengan Airil tapi bila aku tanya Airil pasal budak perempuan
tu, dia cakap dia tak kenal pun. Aku pun tak faham kadang-kadang tu dengan
perangai Airil. Boleh pulak dia cakap dia tak kenal dengan budak perempuan tu
sedangkan semua orang duk gosipkan diorang berdua?
“Kami bestfriend forever.”
“Manalah tahu nanti tetiba jadi
husband and wife. Cuba tengok Kak Liya dengan Abang Zaf?”
“Abang kau dengan Kak Liya tu lain.
Akak dengan Abang Airil tu lain…”
“Yelah kak. Okey, dah siap. Bukak
mata slow-slow…” Arah Hannah sambil memusingkan kerusi supaya berhadapan dengan
cermin. Perlahan-lahan aku membuka mata dengan jantung yang berdebar-debar.
Agak-agaknya macam manalah muka aku lepas kena solek? Buruk ke? Cantik ke?
“Haaaa…. tu akak ke?” Aku terus
pegang pipi aku dengan mulut yang terlopong. Kenapa nampak lain sangat ni? Tak
nampak macam aku pun?
“Yelah… cantik tak?”
Aku mengangguk laju. Cantik okey!
Cantik sangat-sangat. Rambut yang dulunya lurus dan berombak-rombak di bahagian
hujungnya. Sepit rambut berwarna putih menjadi penyeri rambut aku. Nasib baik
mekap ni tak keterlaluan sangat. Memang tip top la hasil kerja Hannah dengan
Maya.
“Thanks Hannah! Thanks Maya. This is
beyond my imagination.” Aku peluk Hannah dan Maya sambil melompat-lompat kecil.
“Abang Airil mesti terlopong nanti…”
“Jom kita surprisekan dia!” ucap aku
teruja.
Hannah dan Maya mengangguk serentak
sebelum berjalan di hadapan aku. Nasib baiklah aku ni takdelah tinggi mana
sangat jadi senanglah aku nak bersembunyi di belakang diorang berdua ni. Airil
yang masih lagi rancak berbual dengan Adam dan Harraz buat aku rasa malu la
pulak. Buatnya kalau Airil gelakkan aku macam mana?
“Abang…” Ketiga-tiga berpaling
memandang Hannah, Maya dan aku yang masih lagi bersembunyi.
“Kami mempersembahkan Kak Alya Amani
yang gorgeous!!!” Terus mereka berdua melangkah ke tepi dan aku yang masih
belum bersedia hanya mampu tersenyum sambil melambai kecil. Aku pandang muka
Airil yang nampak terkejut. Tu reaksi muka terkejut sebab aku nampak buruk
sangat ke sebab aku nampak cantik?
“Airil?”
“You look beautiful,” puji Airil
sambil tersenyum. Aku membalas senyuman dia dengan senyuman riang. Walaupun
heels aku ni menyakitkan kaki aku tapi heels ni buat aku yakin. Yakin untuk
membuktikan dekat Ikhmal, siapa sebenarnya Alya Amani!
***
Airil daripada tadi hanya mendiamkan
diri bila aku suruh dia bawak aku ke pejabat Ikhmal. Walaupun aku dah cakap
dengan dia yang aku cuma nak pulangkan hadiah-hadiah yang pernah Ikhmal kasi
tapi dia tak percaya. Dia cakap aku nak pergi tunjuk dekat Ikhmal The New Alya
Amani. Walaupun betul apa yang dia cakap tapi aku diam je. Gila nak mengaku?
Confirm la dia tak datang teman aku datang sini. Paling teruk, dia banned aku
dari datang sini. Airil tu nama je kerja engineer tapi dah macam spy dah. Aku
pergi mana semuanya dia tahu.
“Aku pergi sorang-sorang eh?”
“Takde maknanya. Aku ikut…” Dia
terus keluar dari kereta dan menutup pintu dengan muka serius. Takut pulak aku
nak tengok. Dia capai kotak yang berisi hadiah Ikhmal dari dalam bonet dan
terus mencapai tangan aku menggunakan tangan kirinya. Macamlah aku tak boleh
nak jalan sendiri!
Bila kami berdua sampai dekat
pejabat Ikhmal, orang pertama yang aku nampak adalah Melissa yang tengah
berbual dengan seorang lelaki. Melissa yang nampak aku dan Airil terus
melangkah menghampiri kami berdua sebelum memandang aku dari atas ke bawah.
“Ugly duck dah jadi beautiful swan…”
sindir Melissa selamba. Ikutkan hati dah lama aku cili-cili bibir merah yang
dicalit lipstick tu. Dahlah bibir tak original merah! At least aku ni pakai lip
balm je tau. Dah semulajadi pinknya! No wonderlah Ikhmal boleh terpikat dengan
si Melissa ni. Kerja dekat pejabat pun pakai baju macam nak pergi jalan-jalan.
Dahlah ketat dengan seksi. Huh, sangatlah tak mengejutkan!
“I nak jumpa Ikhmal. Dia ada?”
“Ada tapi dia busy.”
“We don’t care…” Airil menolak
Melissa ke tepi dan kami berdua terus melangkah ke bilik Ikhmal. Berdebar-debar
pulak jantung aku nak jumpa Ikhmal dengan penampilan baru aku ni.
“Mel… kan I dah…” Ikhmal mengangkat
muka dan seperti yang aku agak, dia terkejut melihat aku. Alya Amani yang baru.
Airil pulak masih lagi tak lepas dari memegang tangan aku. Gaya macam dia dah
jadi boyfriend aku dan dia sekarang ni tengah berhadapan dengan ex-boyfriend
aku.
“You look different.”
“I datang nak bagi balik
hadiah-hadiah yang you kasi dekat I.”
Airil meletakkan kotak tu dekat atas
meja Ikhmal sebelum dia memandang Ikhmal dengan pandangan tak puas hati.
“Jom balik…” ajak aku sambil menarik
Airil keluar dari bilik tu. Langsung aku tak peduli dengan panggilan Ikhmal. Aku
dah puas sekarang ni. Puas bila Ikhmal dah tengok aku yang baru sekarang ni.
“Puas hati dah?”
“Puas!”
“Kalau dia datang balik, jangan
kembali pada dia…” pesan Airil tanpa memandang aku.
Aku pandang Airil dengan dahi
berkerut.
“Kenapa tak?”
“Let just say, kita tak bermain
dengan anak patung yang di bagi pada orang lain and anggap Ikhmal tu macam
dessert. Sedap tapi tak necessary, ” kata Airil sambil tersenyum.
“I hope so, Airil.”
Really hope so sebab Ikhmal… walaupun
dia bukan yang pertama tapi dia yang paling memberi kesan dalam hidup aku dan
sekarang ni, agak susah untuk aku melupakan dia. That’s the truth.
***
Memang sepatutnya aku halau Ikhmal
dari muncul dekat pejabat aku tapi entah kenapa aku rasa lega bila nampak dia
dekat sini. Walaupun aku tahu yang Airil pasti akan marah bila aku terima
pelawaan Ikhmal untuk keluar makan dengan dia tapi aku tetap jugak setuju.
Susah untuk aku tolak sedangkan hati aku masih ada pada dia.
“You sihat?” Tanyanya lembut. Aku
hanya mengangguk kecil sambil bermain dengan tali beg tangan. Beg sandang
pemberian Airil dah lama aku tak pakai sejak aku mula mengubah cara pemakaian
aku.
“So, how’s your life?”
“So far, so good. Thanks to you of
course. Thank you for breaking my heart. You’ve only made me stronger,” balas
aku dengan senyuman sinis. Muka Ikhmal terus berubah. Tahu pun nak sentap
segala kan?
“Look Amani, I’m so sorry. I
betul-betul menyesal sebab buat you macam tu.”
“What do you mean?”
“Sejak kita berpisah, I asyik
ingatkan you. I baru sedar yang I perlukan you bukannya Melissa. I love you,
Amani. Let’s start all over again…”
Aku pandang Ikhmal tanpa berkelip.
Masa tu, perasaan aku bercampur-aduk. Ada rasa gembira, ada rasa sedih dan ada
rasa marah.
“Ikhmal… I…”
“What are you doing here, Alya?”
Terkejut aku apabila Airil muncul dengan pakaian kerjanya. Aku yang baru nak
cakap terus tertutup mulut dan Ikhmal pun turut terdiam.
“Aku…”
“Jom balik.” Airil tarik tangan aku
tanpa sempat aku nak buat apa-apa. Ikhmal pun terkejut bila Airil buat macam tu
dan entah kenapa aku rasa bengang dengan Airil. Dia buat aku macam budak kecik.
Siapa dia nak tentukan hala hidup aku? Kalau aku nak baik semua dengan Ikhmal,
so what? Kenapa dia nak peduli sangat?
“Let me go!” Aku tarik tangan aku
sekuat hati dan Airil terus lepaskan tangan aku dengan muka merah.
“Kau gila ke apa? Kau nak balik
semula dengan dia lepas apa yang dia dah buat? Dia nak kau balik sebab kau dah
cantik la, Alya!”
“Memang aku nak balik semula dengan
dia! I did all of this because of him! Aku nak jadi cantik supaya dia sedar
bahawa dia dah terlepas sesuatu yang berharga! Kau siapa nak halang aku?” Marah
aku dengan tangan menggigil menahan marah.
Airil terus terdiam sebelum meraup
mukanya. Kemudian dia datang dekat dengan aku sebelum menarik nafasnya
perlahan.
“I’m the one who is going to love
you without any reason, Alya…”
Dan dia terus pergi dari situ
meninggalkan aku yang terkedu.
***
Dari semalam aku tak boleh tidur
mengenangkan luahan hati Airil. Dari semalam jugak aku tak dengar langsung
khabar berita dari dia tapi mak ada cakap yang Airil call tanya dia dah balik
ke belum. Sedih pulak aku bila dia buat macam ni.
Nak call dia ke tak nak? Tapi kalau
call, aku rasa malulah pulak.
And you throw
your head back laughing
Like a little
kid
I think it's
strange that you think I'm funny cause
He never did
Terus
aku capai telefon bimbit yang ada dekat tepi meja. Bila nampak nama Airil,
terus aku gelabah. Nak cakap apa ni? Macam mana kalau Airil cakap pasal benda
tu tadi? Tapi kalau tak angkat, aku pulak yang serba-salah. Angkat jelah…
“Alya…”
“Hmm?”
“I’m sorry. Aku tak patut marah kau
macam tu tadi.”
Aku diam sekejap. Tiba-tiba mulut ni
dah tak tahu nak cakap apa.
“Alya… aku betul-betul maksudkan apa
yang aku cakap tadi.”
Kali ni aku tarik nafas. Tangan mula
berpeluh-peluh. Nak cakap apa ni?
“Tapi aku tak paksa. Kalau kau yakin
yang Ikhmal memang betul-betul nak berbaik dengan kau, aku doakan yang terbaik
but please… jangan jauhkan diri dari aku.”
Sebak pulak bila dengar dia cakap
macam tu.
“Maaf Airil sebab tak boleh nak
balas perasaan kau but not to worry, kau bestfriend aku sampai bila-bila,” ucap
aku perlahan dan teratur. Takut jugak kalau aku kecikkan hati Airil. Airil
kawan baik aku dan kalau boleh, aku langsung tak nak sakitkan hati dia tapi
untuk terima dia lebih daripada seorang kawan, itu agak susah.
“Takpe Alya. Aku faham… Cakap dengan
Ikhmal, aku mintak maaf. Good night, Alya. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam. Aku pun mintak maaf
jugak.”
Selepas Airil menamatkan panggilan,
aku rasa lebih tenang dan lega. Sekurang-kurangnya takdelah aku dengan Airil
bergaduh ke apa. Mana nak cari kawan macam Airil. One in a million!
Kadang-kadang aku rasa aku ni bodoh jugak sebab tak terima Airil. Tolak tuah
betul!
***
“You nak makan apa?” tanya Ikhmal
ketika kami keluar bersama untuk makan tengah hari.
“Apa-apa pun boleh. You orderkan ye.
I nak pergi toilet kejap.” Aku senyum sebelum bangkit menuju ke tandas. Ya,
sekarang ni aku dah berbaik dengan Ikhmal. Setakat ni takde masalah lagi antara
kami. Dia pun layan aku baik sangat. Baik daripada dulu dan masa yang aku
luangkan bersama-sama Airil pun dah berkurang. Airil pun dah lama tak telefon
aku. Mungkin dia sibuk ataupun mungkin dia perlukan masa. Tapi takpelah asalkan
kami tak putus kawan.
Aku kembali ke meja dan Ikhmal yang
tengah berbual di telefon terus mematikan talian apabila aku selamat duduk
dekat depan dia.
“Cakap dengan siapa?”
“Staff I. Dia nak inform dekat I
pasal mesyuarat esok.” Ikhmal tersenyum manis. Aku hanya mengangguk kecil
sebelum melihat akuarium yang dekat dengan meja yang kami duduk sekarang ni.
Aku dengan Airil selalu jugak makan
dekat sini dan setiap kali ke sini, dia akan belanja aku ais krim tapi Ikhmal
tak pernah belanja aku ais krim. Eh, apa ni Alya?! Kenapa nak bandingkan Airil
dengan Ikhmal ni? Tak baik, Alya… tak baik!
“You dengan Airil macam mana
sekarang?”
“Okey je.”
“Baguslah kalau macam tu.”
Aku hanya tersenyum dan bila makanan
sampai, kami berdua terus senyap. Dan sekali lagi aku mula membandingkan Ikhmal
dan Airil. Kalau makan dengan Airil, tak bosan macam ni. Dan sekali lagi jugak,
aku mengutuk diri sendiri. Jangan nak banding-banding dah. Terima jelah Ikhmal
seadanya!
***
Sebulan dah berlalu tapi Airil masih
lagi macam dulu. Tak berapa nak bercakap dengan aku padahal dia yang beria-ia
suruh aku buat macam biasa je. Ni siapa yang dah lain macam sekarang? Aku ke
dia? Patutnya aku yang rasa macam nak menjauhkan diri sebab aku tak nak buat
Airil menaruh harapan lagi tapi ni dah terbalik pulak!
Apa sebabnya Airil buat macam ni?
Aku call tak berangkat. Aku mesej pun dia cakap simple gila. Macam ayat-ayat
orang malas nak balas mesej. Kadang-kadang menyampah jugak aku.
Tok! Tok!
“Alya…”
Aku tersenyum bila nampak mama di
sebalik pintu. Mama datang menghampiri aku yang dah bersila dekat atas katil
sebelum mengusap rambut aku.
“Kenapa mama?”
“Hmm… mama dengan papa ada hal
penting nak bincang dengan Alya. Alya turun bawah ye?”
Aku hanya mengangguk sebelum
mengambil getah rambut dan mengikut mama turun ke ruang tamu. Pelik jugak bila
aku tengok mama macam serius je. Bila dah sampai ruang tamu, aku tengok muka
papa pulak. Muka papa pun nampak serius. Kenapa pulak ni?
“Kenapa papa, mama?”
Mama memandang papa sebelum
memandang aku. “Err… Alya dah kenal lama kan dengan Airil?”
Aku mengangguk. Kenapa mama dengan
papa tiba-tiba sebut pasal Airil ni?
“Keluarga Airil datang semalam,”
kata papa perlahan.
“Buat apa keluarga dia datang?”
“Diaorang datang nak pinang Alya
untuk Airil.”
Terus mulut aku terlopong luas.
Pinang aku untuk Airil? Tak faham! Apa maksud pinang Alya untuk Airil? Airil
tahu yang aku bersama Ikhmal sekarang ni. Takkan tetiba dia nak keluarga dia
pinang aku?
“Alya tak faham…”
“Airil sukakan Alya. Memang mama
dengan papa dah tahu lama pasal hal ni. Mama yakin yang Airil boleh jaga Alya
jadi mama dengan papa dah terima pinangan tu.”
Serius aku rasa nak pengsan dengan
apa yang mama baru cakap tadi. Mama terima pinangan tu? Tapi takde siapa pun
yang bincang hal ni dengan aku? Aku dah ada Ikhmal. Macam mana aku nak kahwin
dengan Airil? Aku tak suka Airil. Kami kawan baik je. Tiba-tiba aku rasa nak
menangis sekarang ni!
“Tapi pa…”
“Alya, papa tak mintak banyak dari
Alya. Cuma kali ni, please terima Airil. Papa tahu susah untuk Alya tapi papa
tahu dia memang yang terbaik untuk Alya.”
Aku mengelap air mata yang mengalir.
Nampak gayanya memang aku langsung tak boleh nak menolak. Papa dengan mama dah
tekad dengan keputusan mereka nak kahwinkan aku dengan Airil. Sebab ni ke Airil
mengelak dari aku? Sebab dalam diam, dia dah buat rancangan nak pinang aku dan
jauhkan aku dari Ikhmal. Saat ni, kalau Airil ada dekat mata aku, dah lama aku
tumbuk dia sepuas hati aku!
“Alya… Alya nak naik dulu.” Terus aku
berlari masuk ke dalam sebelum merebahkan tubuh badan dekat atas katil. Aku
capai telefon bimbit dan terus dail nombor Airil. Tak sabar aku nak tahu apa
penjelasan dia. Aku nak tahu kenapa dia buat aku macam ni? Apa motif dia
sebenarnya?
“Hello…”
“Aku benci kau!”
“Alya… Dengar dulu apa aku nak
cakap.”
“No! Kau kejam, Airil! Aku benci
kau. Sampai hati kau buat aku macam ni kan? Kau saja nak buat aku terseksa kan?
Kau dah tahu yang aku dah baik dengan Ikhmal tapi kenapa kau hantar pinangan
kau hah?!”
Aku dengar Airil menarik nafas.
“Aku ada sebab aku sendiri, Alya.
Kau akan tahu lepas kita kahwin nanti.”
“Aku tak nak kahwin dengan kau!”
“Alya… please. Kau tahu kan apa yang
aku buat selama ni memang untuk kebaikan kau? Percayalah cakap aku. Aku akan
bahagiakan kau.”
Aku menggigit bibir. Menyampah bila
aku dengar alasan Airil.
“No Airil! Aku tak cintakan kau.”
“Aku akan buat kau jatuh cinta dekat
aku and when that time comes, kau takkan nak jauh dari aku!” tiba-tiba suara
Airil naik seoktaf dan terus buat aku terdiam.
“See you masa akad nikah nanti.
Assalamualaikum…”
Airil terus matikan talian tanpa
sempat aku nak balas apa-apa tapi ayat terakhir Airil tadi buat aku serba tak
kena.
***
“Apa maksud you, Amani?!” Aku
jauhkan handphone dari telinga. Kuat gila suara Ikhmal!
“I akan kahwin dengan pilihan
keluarga I.”
“Habis tu kita macam mana?”
Aku menarik nafas. Bukan senang aku
nak buat keputusan ni tapi disebabkan mama dan papa, aku terima pinangan Airil.
“Kita dah takde apa-apa lagi, Ikhmal.
I’m so sorry…”
“How could you, Amani? You tahu kan
yang I sayangkan you…” Lirih je suara Ikhmal ketika ni. Aku menahan sebak.
Memang aku tahu dia sayangkan aku tapi aku nak buat apa lagi sekarang ni?
Takkan demi cinta, aku nak lawan mama dan papa? Tak sanggup aku nak lukakan
hati mama dan papa.
“I’m sorry, Ikhmal. I pun sayangkan
you tapi I sayangkan family I lagi. Take care…” Tanpa menunggu kata-kata Ikhmal
yang seterusnya, aku terus matikan talian dan menangis. Menangis sampai mata
aku bengkak!
***
Lagi beberapa minit sebelum majlis
akad nikah aku. Aku sekarang ni dah siap disolek oleh mak andam dan hanya
menanti untuk dipanggil oleh mama. Sekarang ni aku tak tahu apa perasaan aku
yang sebenarnya. Nak kata happy, entahlah. Aku pun tak tahu sama ada aku happy
ke tidak sekarang ni. Mungkin happy sikit sebab mama dan papa nampak bahagia
sekarang ni tapi sedih tu memang banyak! Sedih bila mengenangkan Ikhmal yang
terluka dan aku yang sedih dengan keputusan sendiri.
“Alya… jom turun.”
Aku hanya mengangguk dan sambil
diiringi oleh mama, perlahan-lahan kami turun ke tingkat bawah. Orang pertama
yang aku nampak adalah Airil tapi dia langsung tak pandang aku. Sejak dari hari
aku gaduh dengan dia, kami langsung tak bercakap. Jumpa pun masing-masing buat
derk tapi dalam hati, aku mengaku yang dia nampak sangat kacak bila pakai baju
melayu warna putih tu.
Selepas siap tandatangan semua
borang yang diperlukan, sekarang tibalah saat-saat yang mendebarkan. Aku
pandang Airil yang nampak agak gelabah tapi masih lagi tenang.
“Muhammad Airil Mukhlis…”
“Saya…”
“Aku nikahkan dikau dengan anak
perempuanku, Nur Alya Amani binti Hashim dengan mas kahwin lapan puluh ringgit
tunai.”
“Aku terima nikahnya Nur Alya Amani
binti Hashim dengan mas kahwin lapan puluh ringgit tunai.” Lancar Airil
melafazkan akad dan air mata aku terus mengalir apabila saksi menyebut sah.
Akhirnya aku dah jadi isteri orang. Isteri kepada Airil, kawan baik aku sendiri
dan aku tak tahu nak tafsirkan sama ada air mata aku ni air mata gembira
ataupun sedih. Bercelaru betul perasaan aku!
Airil menunaikan solat sunat
terlebih dahulu manakala aku menarik nafas dari tadi untuk mengurangkan rasa
berdebar. Takut menanti Airil datang menghampiri aku.
“Alya… Airil dah datang…” Tegur Yuna
yang sejak dari tadi duk genggam tangan aku.
“Aku nampak…” Maunya aku tak nampak.
Bau minyak wangi Airil pun aku dah kenal walaupun dia duduk jauh dari aku.
“Assalamualaikum…”
“Waalaikumussalam…”
Ketika Airil memegang jari aku untuk
menyarung cincin, mesti dia perasan yang tangan aku sejuk sebab dia genggam
tangan aku agak erat. Seolah-olah nak menenangkan aku.
Aku pandang cincin yang dah selamat
bersarung dekat jari aku sekarang ni. Rasanya aku macam pernah tengok cincin ni
sebelum ni. Bukan ke ni cincin yang pernah aku nak beli masa zaman sekolah
menengah dulu? Cincin yang aku tengok dengan Airil.
“Cincin ni?”
Airil mengangguk seolah memahami apa
yang aku nak tanya. Dia tersenyum sebelum mengusap kepalaku lembut.
“Saya ingat design dia je so saya
tempah. Hope you like it…” ucap Airil perlahan. Ketika tu jurugambar sibuk
menangkap gambar kami berdua. Kami berdua menolak nak tangkap gambar dengan
aksi-aksi manja. Setakat pegang tangan sambil berdiri macam statue tu aku
terima tapi nak peluk-peluk manja, please aku tak nak.
“Saya suka. Thanks…” Takkan la nak
guna ‘aku’ ‘kau’ lagi bila dah jadi suami isteri. Sopan la sikit rasanya kalau
guna ‘saya’ ‘awak’.
“You’re welcome.” Airil tersenyum
senang. Aku kerling dia melalui ekor mata. Suka pulak aku tengok dia berbaju Melayu.
Bukan tak pernah tengok tapi hari ni serinya nampak lain. Seri pengantin baru
agaknya!
“Awak nampak cantik hari ni…”
“Awak pun nampak handsome…”
Takkan nak tipu kan? Dah memang
handsome jadi kenalah cakap handsome.
“I know this is hard but let’s work
this out together,” ucap Airil sambil mengenggam tangan aku. Aku pandang dia
lama sebelum mengangguk kecil. Walaupun payah tapi apa salahnya mencuba kan?
***
“AIRIL!”
Betapa bengangnya aku bila aku
bangun pagi tadi, muka aku penuh dengan kesan contengan. Ni tak lain tak bukan
kerja Airil! You’re going to pay for this, Mister Airil!
“Yes, sayang?” Dia yang baru muncul
dari dapur tersenyum sambil memegang mug.
“Tengok ni!” Aku hala jari telunjuk
dekat muka aku sendiri.
“Comelnya isteri saya,” Dia gelak
sebelum menghampiri aku. Mug tadi diletakkan di meja makan.
“Takde kerja kan?” Marah aku sambil
mencebik. Dah hampir dua setengah bulan kami berkahwin dan aku masih dalam
proses untuk menerima Airil sepenuhnya. Memang kami tidur sebilik tapi Airil
langsung tak ambik kesempatan selain aku tak izinkan. Mama dengan papa dah
banyak kali tanya bila mereka nak dapat cucu dan Airil akan bantu aku dengan
memberitahu mereka yang kami ingin hidup berdua dulu sebelum mula memikirkan
pasal anak tapi aku tahu, sampai bilalah kami nak bagi alasan macam tu kan?
“Sorry sayang but you do look cute!”
Dia mengelap kesan cat air di pipi aku sambil ketawa kecil. Sejak kami
berkahwin, aku perasan yang dia lain daripada Airil yang aku kenal. Airil yang
ni lebih romantik dan sangat sweet. Kadang-kadang aku rasa aku boleh kena
kencing manis bila Airil mula jadi
sweet.
“Yelah tu. Saya nak pergi mandi
dulu.” Aku tolak tangan dia yang masih mengelap pipi aku guna tisu dan mula
naik mendaki tangga ke tingkat atas.
“Awak…”
“Hmm?”
“Jom dating hari ni.”
“Dating pergi mana?”
“Hmm… berkelah.”
Dahi aku berkerut. Pergi berkelah?
Tapi aku tak masak apa-apa lagi.
“Tapi saya tak masak apa-apa lagi.”
Airil tersenyum. “Not to worry. Saya
dah masak dah.”
“What?! Sepatutnya saya yang masak…”
Aku mula muram. Sepatutnya aku sediakan makanan untuk dia tapi dia pulak yang
masak untuk aku. Tak patutnya! Kalau mama tahu, mau aku kena bebel sampai esok
pagi.
“Laaa… kan memang selalunya awak
yang masak untuk saya? This time, saya masaklah untuk awak.” Airil cuit hidung
aku sebelum mengusap pipi aku lembut. Pandai betul dia memujuk. Agaknya inilah
untungnya kahwin dengan kawan baik sendiri. Dia tahu macam mana nak pujuk time
kita tengah sedih.
“Okey. Saya mandi dulu ye…”
Airil mengangguk sebelum mengucup
dahi aku dan berlalu ke dapur. Aku masih di tangga sambil menyentuh dahi
sendiri dan tiba-tiba aku rasa muka aku panas.
***
“Puan Amani. Ada orang nak jumpa…”
Aku pandang Tina sebelum mengangguk
kecil. Siapalah agaknya yang datang jumpa aku waktu-waktu macam ni? Rasanya
Airil takkan datang sebab dia cakap dia ada meeting hari ni.
“Hai…”
“Err… Ikhmal… what are you doing
here?” Aku terus bangkit dari duduk sambil tersenyum sumbing.
“I datang jumpa you. How are you?”
“Alhamdulillah sihat. You?”
“Fine…”
“Eh, jemputlah duduk. Tina, bawakkan
air ye.” Pintaku pada Tina sebelum Tina menutup pintu dan aku mula diam balik.
Tak tahu nak cakap apa bila setelah lama tak berjumpa dengan Ikhmal.
“Airil sihat?”
Aku mengangguk kecil.
“Seronok kahwin?”
Aku baru nak mengangguk lagi sekali
tapi tiba-tiba Ikhmal pegang tangan aku dan secara automatik aku terus tarik
balik tangan aku. Eh, apa kes main sentuh-sentuh isteri orang ni?
“Amani… I tahu you tak bahagia. I
tahu you masih sayangkan I kan?”
Aku terdiam sebab terkejut. Apa yang
patut aku cakap? Aku bahagia tapi untuk mengaku yang aku dah lupakan dia,
memang susah sebab aku tahu yang aku masih sayangkan dia tapi takdelah sebagai kekasih. Sayang aku
pada dia cuma sebagai kawan sebab Airil
mula mendapat tempat di hati aku sebagai seorang suami. Sekarang ni, Airil
hilang sekejap pun, bukan main sasau aku cari dia!
“I memang sayangkan you tapi tak
lebih dari kawan…”
“You sayangkan Airil?”
Aku mengangguk laju. “I love him.”
“Walaupun dia hancurkan hubungan
kita?”
“Mal, kita dah ditakdirkan untuk tak
bersama. Jodoh I adalah Airil dan jodoh you adalah orang lain dan bukannya I,”
ucapku lembut.
“Amani, I masih cintakan you and
andai kata Airil tinggalkan you, I masih ada di sini untuk you…”
Aku telan air liur. Scary je
bunyinya!
“Insya-Allah Airil takkan tinggalkan
I. Dia sayangkan I sama macam I sayangkan dia. Don’t you worry about me.”
Ikhmal hanya mengangguk dengan wajah
kecewa. Kalaulah dia bersungguh-sungguh macam ni sebelum dia kecewakan aku
dulu, pasti kami berdua dah berbahagia sekarang tapi nak buat macam mana? Semua
ini telah ditetapkan oleh Allah.
“Kita kawan kan?”
“Sure!” Aku tersenyum manis dan aku
tak sedar yang rupanya Airil nampak aku bersembang dengan Ikhmal sehinggalah aku
baca surat yang Airil tinggalkan dekat atas meja solek untuk aku.
***
“Mama… Airil dah tinggalkan Alya…”
Aku menangis teresak-esak sambil memeluk mama. Dah beberapa hari Airil
tinggalkan aku sendirian dekat rumah. Aku call, dia tak angkat. Aku mesej, lagilah
dia tak balas. Aku nak terangkan apa sebenarnya yang berlaku tapi macam mana
aku nak terangkan kalau dia langsung tak nak angkat call?!
“Cuba relaks, Alya. Airil nak tenangkan fikiran dia tu.”
“Cuba relaks, Alya. Airil nak tenangkan fikiran dia tu.”
“Alya nak Airil, ma.”
“Tu la kamu. Time dia ada, kamu buat
derk je. Sekarang ni baru nak sedih-sedih,” sindir papa dengan tajamnya
sampaikan aku terasa sakit sampai ke jantung!
“Papa…” Aku menangis lagi teruk.
Airil, baliklah… saya perlukan awak.
“Kalau papa cakap Airil ada dekat
mana, papa nak Alya janji sesuatu dengan papa.”
Aku terus pandang papa dan
cepat-cepat aku duduk di sebelah papa dengan muka teruja. Tangan papa aku
genggam kuat-kuat.
“Suami Alya ada dekat mana?”
Papa menarik nafas sebelum mengusap
rambut aku. “Papa nak Alya janji dengan papa yang Alya akan jaga Airil
elok-elok. Sama macam Airil jaga Alya. Jangan sakitkan hati dia. Jangan buat
dia kecewa. Dia dah banyak berkorban untuk Alya. Dari dulu sampailah sekarang…”
“Insya-Allah pa. Alya akan sayang
Airil sama macam dia sayang Alya. Malah lebih dari tu lagi.”
Papa tersenyum lega. “Dia ada dekat
tempat yang Alya paling suka.”
Aku pandang papa dengan dahi
berkerut. Tempat yang aku paling suka? Banyak tempat yang aku suka tapi…
That’s it! Terus aku peluk papa dan
kemudiannya mama sebelum mencapai kunci kereta.
Airil, I’m coming for you!
***
Dari tadi aku dah macam Charlie’s
Angel dah. Kerja aku sejak dua hari ni adalah menjadi spy. Bukan tak nak pergi
dekat Airil tapi aku malu.
Aku tersenyum bila nampak Airil
duduk bersendirian dekat kafe. Tu la… bercuti tak ajak aku! Kan dah bosan duduk
sorang-sorang!
Lama aku merenung Airil sebelum
tiba-tiba aku menghela nafas panjang. Memang betullah cakap orang. Bila dah
hilang, barulah kita nak sedih. Barulah kita sedar betapa pentingnya dia dalam
hidup kita. Walaupun macam mana pun, aku tetap marah dekat Airil! Dia patutnya
tanya dulu apa yang aku cakap dengan Ikhmal sebelum pergi bawak diri. Ni tetiba
suruh aku kembali pada Ikhmal kalau aku memang sayangkan Ikhmal. Kalau macam
tu, kenapa dia pergi pinang aku dulu?! Emo pulak aku bila fikir pasal benda ni.
“Arghhh!” Aku menjerit apabila
tiba-tiba pinggang aku dipeluk oleh seseorang. Baru aku nak bukak langkah
silat, tiba-tiba aku dapat mengesan bau minyak wangi yang sangatlah aku kenal.
“Airil…”
Airil ketawa kecil tapi masih lagi
memeluk pinggang aku. “Awak buat apa dekat sini? Rindu saya ye?” Bisiknya
lembut di telinga aku.
Perlahan-lahan aku mengangguk sambil
cuba menahan air mata dari mengalir. “Macam mana awak tahu saya ada dekat
sini?”
“Saya nampak seorang perempuan asyik
ikut saya ke sana ke mari dengan baju sweater besar gedabak walaupun sini
panas. Dengan snow capnya lagi… Lagipun mama dengan papa dah call cakap yang
awak cari saya dekat Terengganu ni…”
Aku senyum sebelum menepuk tangannya
supaya melepaskan pelukannya. Tak best nak bercakap kalau aku tak nampak muka
dia.
Sebaik saja dia lepaskan pelukannya,
aku terus pusing menghadap dia. Pipi dia aku usap perlahan sebelum aku peluk
tubuhnya erat. Rindunya aku dengan dia!
“Awak ni kejam!”
“Kejam?”
“Lain kali kalau nak merajuk pun,
dengar dulu apa saya nak cakap. Ni tak! Terus bawak diri.”
Airil ketawa sebelum meleraikan
pelukan kami. “Bukan nak bawak diri sangat pun sebenarnya. Saja je nak suruh
awak pujuk…”
“Eleh…”
“Alya…”
Aku mula rasa lain macam. Bila dia
guna nada suara romantik macam tu, memang mudah je aku nak cair.
“Yes?”
“Do you love me?”
Aku pandang dia sebelum tertunduk
malu. “Yes.”
“Serius?”
Aku angguk kepala. Muka dah makin
merah. Sudah-sudahlah tu. Malu okey! Malu!
“I love you more.” Dia ketawa
sebelum mengusap kepala aku yang kini dah dilitupi tudung. Ye, sekarang ni aku
dah mula bertudung. Mekap di muka pun dah lama aku tinggalkan. Heels yang
menyakitkan kaki tu pun dah takde. Yang ada sekarang hanyalah Alya Amani yang
dulu.
“You look beautiful now. Tanpa mekap
dengan heels semua tu and of course sebab bertudung. Sejuk hati saya…”
“I’m sorry. Banyak dosa saya dengan
awak. Tayang aurat saya dekat orang ramai padahal awak je yang patut nampak.”
Dia menggeleng kecil sebelum
tersenyum. “Let bygone be bygone ye, sayang…”
Aku turut tersenyum dan mengangguk
dengan muka ceria. “By the way, from now on… no more ‘saya’ ‘awak’.”
“Dah tu nak panggil apa?”
“Abang dan sayang.”
“Really?”
“Yup! Abang kena panggil Alya,
sayang! Panggil Alya pun boleh.” Aku peluk lengan dia sebelum ketawa kecil.
“Hahaha! Baiklah Puan Alya Amani aka
sayang. Hmm… alang-alang kita dah ada dekat sini, kita bercuti dekat sini jelah
ye. Manalah tahu kalau mama, papa, mak dengan ayah dapat cucu tak lama lagi,”
ucap Airil sambil tersenyum nakal dan laju je jari aku cubit perut dia. Amboi,
kemain gatalnya! Dan tiba-tiba aku teringat sesuatu.
“Abang…”
“Hmm?”
“Kenapa abang pinang Alya dulu?”
“Hmm… sebab abang pernah nampak
Ikhmal dengan perempuan lain lepas dia berbaik dengan Alya.”
“What?!” Mata aku terbuntang luas.
Sempat lagi Ikhmal curang dengan aku! Alhamdulillah Airil datang pinang aku.
Kalau tak mau kena tipu lagi aku ni haa! Konon je sayangkan aku lagi.
“And then?” Soalku lagi.
“Abang tahu abang ni tak baik mana
tapi lepas abang jauhkan diri dari Alya, abang pergi belajar dengan seorang
ustaz. Lepas tu abang buat solat istikharah. Abang nampak Alya dalam mimpi abang
dan abang tak nak Alya terus terluka lagi kena tipu dengan Ikhmal. Sekarang ni,
abang nak perbaiki diri abang lagi supaya abang mampu nak bimbing Alya dan
anak-anak kita nanti…” Airil senyum dan sekali lagi aku malu bila dia sebut
pasal anak.
“Dan abang lega bila tengok Alya dah
bertudung dan pakai baju menutup aurat. Cantik dan manis.”
“Terima kasih abang and sorry again.”
Airil mengangguk dan dia mengucup dahi
aku sebelum kami berjalan beriringan ke pantai. Pantai cinta! Okey, tetiba panggil
pantai cinta!
***
Ni kisah aku dan Airil. Kisah kawan baik
aku yang akhirnya jadi suami aku dan aku sayang dia sangat-sangat. Dialah kawan,
dialah suami, dialah peneman dan dia membantu aku menjadi lebih kuat dan dia mencintai
aku seadanya. Tak perlu mekap, tak perlu heels yang menyakitkan kaki.
And by the way, you are perfect just
the way you are with all your flaws and problems, there’s no need to change anything.
p/s : Apa yang baik, jadikan iktibar. Apa yang buruk, jadikan sempadan :D Enjoy! ♥
kak bulannnn demi u i sngp jejak tanah nak komen * sila terharu * :D
ReplyDeletearil yg sweet . romantik . caring . penyayang . setia . sabar . baik . --- > buat hati i dup dap dua dap dup dap :) <3 <3
# tolong engatkan i pasal mamat bajet cool :P
Hahaha! terharu sungguh ni. hehehe! sape mamat bajet cool? macehh biey :D
Deletemasih lagi berfikir, the funny thing is, dia boleh petik jari 10 dtg, aku ni petik 10 kali jari pun tak tentu lagi org yg datang. hahahaha!
ReplyDeleteGood job moon, i wonder if ada airil di luar sana untuk kita ^^
hehehe! kak rin suka eh ayat tu? hahaha! insya-Allah ada :D maybe bukan airil tapi lebih kurang mcm airil :D thanks kak rin
Deletewaduh kak.. sweet.. =D <3
ReplyDeletewaduh kak.. sweet..airil2.. sukaaaaa.. =D <3
ReplyDeleteHehehehe! :D maceh jannah <3
Deleteok ini sangattt sweeet dan ohsemmm!!! nak airil satu boleyyy? hewhewhew... :3
ReplyDeletehehehe.. boleh2 :D mintak dgn alya ye :D thanks tia :3
DeleteAiril yg sngt2 memahami,sngt2 menjaga.such a sweet guy.bertuah amani dpt dye.Ikhmal yg xth m'hargai n talam dua muka pun ada plus dia llki yg mmg konpem xleh buat laki.jln cter best tp scra jujur akk rs ni bukn krya liya yg terbest.liya boleh buat yg lebih lebih lebih best dr ni.plot dia agk xsmooth.a bit.nmpk ada gaya rushing ckit,susunn dye ada kacau ckit tp still menarik n boleh senyum bc.tq sbb bg peluang kat akk bc.
ReplyDeleteterima kasih kak :D terharu bca komen akak. hehehe.. akak suka cerpen liya yang mana satu? :D teringin nak tahu. sama-sama kak :D
DeleteAicehhhhhh.comel gila kak mun!
ReplyDeleteterima kasih yani :D hehehe! comel mcm kak mun kan? ngehngeh! *pengsan*
Deletesweet sangat2...
ReplyDeleteThanks fazila :))
DeleteKak Liya !
ReplyDeleteDari awal baca sampai ayat terakhir kita senyum je :3 . Keep writting kak . Hehe ><
thanks qila :D hehehe.. insya-Allah :D doakan akak ye.
DeleteAuww~~~~~menawan betul sifat Airil nie...buat emi jd tertawan jer..huhu
ReplyDeletecantik menarik tertarik.. hehehehe! :D
DeleteBest....
ReplyDeleteterima kasih :D
Deletebest sngat2.... uat lgi cerpen mcm ni ya..
ReplyDeletesweet sngat2
heee..maceh qizbal :D
DeleteAwes0me and w0nderful ,, i like this story . ^_^
ReplyDeleteKlau wujud manusia mcm Aril kat dunia ni..jdi rebutan ni..Dah romantik,baik pula tu..sweetnya.
ReplyDeleteWahh . Sweet sgt sgt . Oh I melting !! Cair kuasa dua tiga empat lima enam . Hahaha .
ReplyDeletesuperb ^_^
ReplyDeletelove it...
ReplyDeleteBestt!!!
ReplyDeleteI like it
ReplyDeleteBest sangat, good job
ReplyDeleteAirilllll nak you hahaha.plssss hopefully ade airil macm ni in real life omggg i think i will crying kalau jumpa
ReplyDeleteBest... airil and alya.. soooo sweet
ReplyDeletebest sgt...
ReplyDeletesaya pon pernah suka kat bff saya...tp kena buang perasaan tu sbb x nk rosak kan persahabatan kami...
ReplyDeleteNak airil jgk.. Huhuhu
ReplyDeleteNak airil jgk.. Huhuhu
ReplyDeleteBest sgt
ReplyDelete