Sunday, February 7, 2010

Unforgettable Part 29


Daniel mengusap rambutnya sebaik sahaja mendengar kata-kata Fay dan Haruhi.Dia pelik dengan tingkah laku Hana yang sering melarikan diri daripada bertemu dengannya.Padahal mereka kan kawan baik.Daniel melepaskan keluhan berat sambil matanya memandang ke arah Fay dan Haruhi.

"Korang rasa dia pergi mana?"tanya Daniel.Haruhi yang sedang cuba menelefon Hana sejak dari tadi lagi hanya mengangkat bahu.Fay pula menggelengkan kepalanya.Daniel bangun dari kerusi yang didudukinya sebelum melangkah ke arah beranda.

"Aku kena cari dia sampai jumpa.Kalau aku tak jumpa dia, habislah semua plan kita."

Fay mengangkat kepalanya untuk memandang wajah Daniel."Kau nak cari dia dekat mana? Telefon pun dia tak angkat."

"Aku pun tak tahu tapi aku akan cuba cari dia.Kau dengan yang lain uruskan apa yang patut dan doakan lah supaya aku balik sini semula sebelum hari penting tu."ujar Daniel sambil melambung-lambung kunci keretanya.

Ketika Daniel sedang sibuk berbual-bual dengan Fay, Haruhi telah mendapat satu pesanan ringkas daripada Hana.Hatinya melonjak gembira tetapi tidak disuarakan kepada sesiapa selepas membaca isi kandungan pesanan itu.

Haruhi, please jangan cakap dekat sape2 yang aku contact kau ok.

Haruhi cepat-cepat membalas kembali sambil matanya tidak lepas memandang ke arah Fay dan Daniel.

Kenapa? Lagi satu, kau ada dekat mana sekarang?"

Hana menarik nafas sebaik sahaja membaca mesej Haruhi.Dia masih teragak-agak untuk memberitahu kawasan persembunyiannya.Tapi memandangkan Haruhi boleh membantunya ketika susah, dia membuat keputusan untuk memberitahu Haruhi.

Aku ada dekat rumah nenek Seo.Jangan bagitahu sape2 ye..rahsia kita berdua.

Terlopong mulut Haruhi sebaik sahaja membaca mesej Hana.Rumah nenek Seo! Jauh dari sini tu.

Kau gila ke apa? Jauhnya kau lari.Sian tau dekat Daniel.Dia sibuk cari kau sekarang ni.

Hana tergelak kecil membaca mesej Haruhi.Kenapa pulak dia nak sibuk-sibuk cari aku?Orang dah ada makwe patutnya tak payah menyibuk hal orang lain.

Kenapa pulak dia nak cari aku? Oklah Haruhi.Nenek Seo panggil aku untuk makan malam.Ingat tau jangan bagitahu sape2 yang aku ada kat sini.

Hana mematikan telefonnya.Hatinya menjadi resah dan gundah gulana.Perlahan-lahan dia menutup matanya dengan harapan rasa tidak senangnya itu akan hilang.Lamunannya terhenti apabila bahunya ditepuk lembut oleh Nenek Seo.

"Hana sihat tak?"tanya nenek tua itu sambil tersenyum.Nenek Seo banyak membantu Hana dan Haruhi sejak dari dahulu lagi.Mereka berdua berkenalan dengan Nenek Seo ketika datang bercuti ke sini.Ketika itu kereta yang dipandu mereka telah rosak di bahu jalan.Nasib baik Nenek Seo dan anaknya Mia lalu di kawasan itu, kalau tidak sampai sudahlah mereka duduk di situ.

"Hana sihat, nek."

"Hmm..nek nak tanya sikit boleh?"

Berkerut dahi Hana mendengar kata-kata nenek Seo."Apa dia?"

"Kenapa Hana datang sini?"

"Hmm..Hana..Hana.."perlahan-lahan Hana menarik nafas."Hana lari dari orang."

"Hana lari dari sape?"

"Dari Daniel."balas Hana perlahan.

"Daniel?"

"Panjang ceritanya nek."

"Nenek ada masa sepanjang malam untuk mendengar."ujar Nenek Seo sambil tersenyum.

************************************************************************************


Hana berjalan di persisiran pantai sambil memakan aiskrim coklat kegemarannya.Semalam dia sudah meluahkan segala-galanya kepada Nenek Seo.Lega sedikit hatinya daripada perasaan gundah-gulana dan sebagainya.

Hana terus menjilat aiskrimnya sebelum dia menerima panggilan telefon.Dicapainya telefon bimbit sebelum melihat nama pemanggil.Mata Hana membulat sebaik sahaja melihat nama Mike.

"Hello."ujar Hana.

"Hello Hana.Apa khabar?"

"Baik."jawab Hana sambil terus berjalan.Dibuang pembalut aiskrim ke dalam tong sampah sebelum duduk di salah sebuah bangku.

"Awak ada dekat mana sekarang?"

"Somewhere.."

"Tenangkan fikiran ke?"

Hana tersenyum.'Macam tahu-tahu je.'

"A little bit.Awak pulak ada kat mana?"

"Sama macam awak."jawapan Mike menyebabkan Hana tercengang.

"Somewhere?"

"Yes..but I'm closer than you think."

"Closer?"

"Cuba pandang sebelah kanan awak."Hana dengan pantas memandang ke arah kanan sebelum menekup mulutnya.

"Mike!"

************************************************************************************

"Awak buat apa kat sini?"tanya Hana ketika Mike mengajaknya untuk minum petang di salah sebuah restoran.

"Cuti dan untuk relaks kan minda.Awak pulak? Lari dari Daniel ke?"

"Taklah..buat apa saya nak lari.Saya pun nak bercuti jugak."

"Are you sure?"tanya Mike sambil mengangkat keningnya sedikit.

"Yelah..I'm sure!"

Mike memandang wajah Hana seketika sebelum menghirup jus oren di hadapannya.Dia malas ingin bertanya dengan lebih lanjut kerana dia sudah mengetahui sebab Hana datang ke mari.Daniel sudah memaklumkan kehilangan Hana kepadanya sebelum dia berangkat ke sini malah dia pun tidak menyangka akan bertemu dengan Hana.

"Ke mana awak menghilang selama setahun?"

"Saya pergi London."balas Hana dengan tenang.

"Buat apa kat London?"

"Saya saja jalan-jalan kat sana.Timba pengalaman baru."

"So, macam mana awak dengan Daniel?"

Hampir tersedak Hana dibuatnya.Dia mengurut perlahan dadanya sebelum mengalihkan pandangannya ke arah pantai.Hana ingatkan topik mengenai Daniel sudah berakhir tetapi nampaknya Mike masih lagi ingin mengetahui apa yang berlaku.

"Macam biasa jer."

"Awak couple dengan dia ke?"

"What?!!"jerit Hana sedikit kuat.Air yang diminumnya tersembur keluar.Nasib baik tidak mengenai muka Mike.Hana mengurut dadanya perlahan-lahan.

'Boleh mati tersedak aku kalau Mike terus tanya soalan macam ni.'

"Mana adalah.We're just friends."

"Hmm..awak tak patut buat macam ni."

"Saya buat apa?"

"Melarikan diri."

"Mana ada saya melarikan diri? Saya cuma datang sini untuk merehatkan minda."ujar Hana sambil memeluk tubuh.

"Kalau macam tu, saya ada peluang lagilah ni?"

"Hah?!" Soalan Mike memang membunuhku.

"Just kidding."

Hana menarik nafas lega.Sejak peristiwa yang terjadi setahun lalu, kata-kata Mike tidak boleh dijadikan gurauan melainkan jika Mike sendiri yang mengatakan bahawa dia hanya bergurau.Malah, Hana juga takut sekiranya Mike masih menaruh harapan terhadapnya.

"Nasib baik."keluh Hana perlahan.

"Nasib baik?"

Hana tersentak."Tak ada apa!" Perbualan mereka terhenti sebaik sahaja Mike mendapat panggilan.Mike mengukir senyuman sebaik sahaja melihat nama pemanggil dan dia meminta diri sebentar dan menunggunya.Hana hanya menganggukkan kepalanya walaupun sebenarnya kalau boleh, dia ingin cepat-cepat beredar dari situ.

"Hello."

"Hello Mike.Sorry sangat-sangat sebab tak jawab call kau tadi.Aku tengah rehearsel."

"Tak apa.Aku ada good news."

"Good news?"

"Hana.."

"Kenapa dengan Hana?"tanya Daniel tergesa-gesa tanpa menunggu Mike menghabiskan ayatnya terlebih dahulu.

"Kalau ye pun rindu, sabar lah sikit."usik Mike sambil tersenyum.

Daniel tersengih kerana menyedari kesilapannya."Sorry..so, apa yang kau tahu pasal Hana?"

"Dia ada dengan aku sekarang."

"Hah?"

************************************************************************************

Max, Carl dan Shin mundar-mandir di dalam bilik muzik mereka sambil sekali-sekala pandangan mereka jatuh kepada wajah selamba Daniel dan Fay.Cadangan yang baru sahaja dikemukakan oleh Daniel itu menyebabkan mereka terkejut.Masakan disuruhnya mereka bertiga pergi mengintip Hana dan sekaligus membawa Hana ke sesuatu tempat.Kalau salah langkah boleh jadi kes culik tu!

"Aku tak naklah."tegas Max sambil menyandarkan tubuhnya ke dinding.

"Ala, pleaselah.Kau kan suka adventure?"pujuk Fay.

"Kepala hotak kau adventure? Buatnya Hana tu ingat kami nak culik dia macam mana bila kami asyik intip dia?"

"Dia kan kenal kau, Shin dengan Carl.No problem punya."

"Kau tak kesian ke dengan Daniel?"sambung Fay lagi.Daniel ditenungnya sekilas.

"Aku kesian tapi..tapi..."ujar Shin sambil menggarukan kepala yang tidak gatal.

"Kalau korang tak nak tolong, tak apalah.Biarlah aku yang buat semuanya sendiri."Daniel bangun dan menuju ke arah pintu.Belum sempat dia mencapai tombol pintu, bahunya telah disentuh oleh seseorang.Daniel tersenyum kemenangan.




6 comments:

  1. waa!!! x sabar2 nak tggu n3 baru! ;D

    ReplyDelete
  2. Hehehe..:)
    Awalnya Hana comment..
    Thanks ye..
    ;D

    ReplyDelete
  3. hohohoho...
    best loa part ni...
    apa la daniel nak bt 2...
    saspen lak...
    best2x...

    ReplyDelete
  4. best2!!xsabar nk tau plan fay jdi ke x...

    ReplyDelete
  5. btul3..nk gak tahu plan tu menjadi ke tak?

    ReplyDelete
  6. salam..hehe x sbar nk tau pe jd strusnye...gud luck!!

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers