Sunday, January 3, 2010

Unforgettable Part 23



Fay dan Shin memandang lama wajah Daniel yang masih lagi tidur.Mereka kembali ke resort selepas menghantar Hana dan Daniel ke klinik.Mereka berdua diberikan ubat dan dinasihatkan untuk mendapatkan rehat yang secukupnya.

"Shin, kau rasa betul ke apa yang Daniel cakap tadi? Ataupun dia meracau je?"

"Entahlah, aku pun tak pasti."

"Aku suka kalau betullah dia suka Hana."

"Aku pun."balas Shin sambil tersenyum apabila melihat Daniel sudah mula membukakan mata.

"Kau dah okay?"tanya Fay.

"Okay dah sikit cuma pening je.Hana mana?"

"Hana tengah tidur kat bilik dia."

"Dia okay?"

"Okay.Kenapa kau kecoh sangat pasal Hana?"usik Fay sambil mengangkat keningnya.

"Dia kan kawan aku.Normallah kan kalau aku risau."

"Kawan je ke?"

"Yelah..kawan.Lagipun aku dah cerita kat dia pasal apa yang dah berlaku."

"Pasal mak kau?"tanya Shin terkejut.

"Yup.Sekarang aku dah rasa lebih lega."jawab Daniel sambil tersenyum kecil.

"Daniel.."

"Apa?"

"Masa kita dekat dalam hutan, kau ada sebut sesuatu."

"Aku sebut apa?"tanya Daniel.Dia memandang ke arah Fay yang sedang tersengih.

"Kau cakap Hana..aku sukakan kau."jawab Fay sambil mengenyit matanya.Shin yang duduk di sebelahnya turut tersenyum.

"What?!Serius? Hana dengar ke?"

"Seriuslah.Hana tak dengar sebab dia pun pengsan lepas kendong kau.Tapi betul ke?"

"Hana kendong aku?"

"A'ah..kuat jugak dia tu.Nampak je kecik..And now please answer my question!"kata Fay dengan tegas.

"Tak betul..dia kan kawan baik aku je."

"Ye ke?"

"Yelah!"

"Rahsia di hati tak ada siapa yang tahu, Daniel."balas Shin.

Daniel mengeluh perlahan.'Biarlah aku pendam dulu...'

************************************************************************************

Hana membuka matanya perlahan-lahan.Dia memandang sekelililing.Mike dan Haruhi sedang memandangnya dan Mike membantunya untuk duduk.

"Awak okay?"

"Saya okay.Thanks."

"My pleasure."

"Hana, aku risau tau bila dengar kau masuk dalam hutan sorang-sorang.Kau buat apa dalam hutan tu?"

Hana tersenyum kecil."Aku cari orang."

"Sape?"

"Pretty Boy aku."

"Daniel?"tanya Haruhi sambil tersenyum.Mike yang duduk di hadapannya dikerling sekilas.

"A'ah.Dan aku dah berbaik dengan dia!"

"Baguslah kalau macam tu."

Mereka bertiga berpaling ke arah pintu sebaik sahaja mendengar bunyi ketukan.Mike segera bangun dan membukanya.Terkedu seketika lima orang jejaka yang sedang berdiri di luar pintu.

"Hana dah bangun?"tanya Carl sebelum melangkah masuk ke dalam bilik.

"Dah."jawab Mike sepatah.Dia memandang ke arah semua ahli kumpulan V-Pop terutama sekali ke arah Daniel.

"Kau dah okay, Daniel?"tanya Hana sebaik sahaja melihat muka Daniel.

"Aku dah okay.Thanks sebab kendong aku."

"No problem."

"Hana, kau ni kuat jugak rupanya."usik Max.

"Sape kata saya tak kuat?"

"Aku!"kata Max dengan bangganya.

Hana ketawa kecil."Yelah tu."

"Jomlah kita keluar.Biarlah Hana berehat."kata Daniel sebelum berlalu keluar.Dia sebenarnya tidak betah berada di bilik itu kerana hatinya sakit melihat Mike.

**********************************************************************************



Mike meraup mukanya sebaik sahaja pulang daripada melawat Hana.Kata-kata Anne masih lagi melekat di kepalanya.Hatinya bengang apabila Hana memanggil Daniel sebagai Pretty Boy.

"Aku akan rampas Hana daripada kau, Daniel!"katanya dengan kuat.Dia segera mencapai telefon bimbitnya.

"Hello Pak Cik Jun."

"Ya saya, tuan muda."

"Saya nak minta pak cik tolong saya lakukan sesuatu."

"Apa dia tuan?"tanya Pak Cik Jun.

"Tolong tempah sebuah restoran.Semua tempat duduk ye."

"Untuk apa tuan?"

"Untuk sesuatu yang special.Boleh tak pak cik?"

"Boleh tuan.Nanti saya tempah."

"Terima kasih pak cik."

"Sama-sama tuan muda."Mike tersenyum sebaik sahaja mematikan talian.

"Let the best man wins, Daniel."

**********************************************************************************

"Semua dah siap?"tanya Shin sambil memastikan semua orang sudah berkumpul.Akhirnya mereka semua akan pulang ke rumah masing-masing.

"Dah."

"Kedudukan dalam bas sama macam hari tu ye."

"Baik!"

Daniel segera mendekati Hana yang terkial-kial membawa begnya.Dia tersenyum kecil.

"Apasal lah beg ni berat sangat? Masa hari tu tak berat macam ni pun."rungut Hana.

"Kenapa dengan kau?"tanya Daniel.

"Beg ni berat sangat."

"Biar aku bawak."

"Tak apalah."

"Biar aku bawak."ucap Daniel dan terus mengambil beg di tangan Hana.Dengan selamba dia membawa beg Hana ke dalam bas.Hana hanya menurutnya dari belakang.Mereka berdua mengambil tempat di bahagian tengah bas.

"Kalau kau nak landing atas bahu aku, kena bayar tau."usik Daniel sambil menayangkan giginya yang putih.

"Eleh..kau tu kalau nak tidur atas kepala aku, kena bayar jugak.Manalah tahu air liur basi terkena kat rambut aku."balas Hana.Dia mengukirkan senyuman.

"Mana ada air liur basi!"bidas Daniel.

Hana memandang Daniel dan perlahan-lahan dia mula ketawa."Kelakarlah kau buat muka macam tu.Tak handsome."

"Aku memang tak handsome pun."

"Sape kata? Biar aku luku dia?"

"Eh eh..tu ayat aku.Mana aci ambik?"

"Tak ada pun nama kau."

"Ada.kau je yang tak nampak."kata Daniel sambil berpeluk tubuh.

"Daniel.."

"Apa?"

"Aku ngantuklah."

"So?"

"Pinjam bahu?"

"Tak boleh."

"Why not?"

"Kan aku kata kena bayar.."

"Berapa ringgit?"

"Sape suruh kau bayar dengan duit?"kata Daniel sambil tersenyum.

"Habis tu?"

Daniel tersenyum nakal."Kau kena..kena...jadi girlfriend aku."

"Apa?!"

1 comment:

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers