Thursday, April 21, 2011

Unforgettable Part 40 (End)


Daniel menarik nafas dalam-dalam sebelum menolak pintu masuk ke dalam kedai sushi tersebut. Matanya meliar-liar cuba mencari kelibat Hana.Topi di kepala dan kaca mata hitam yang dipakainya dibetulkan. Semua itu bertujuan supaya Hana tidak mengenalinya. Malah, dia turut memakai jambang palsu. Dia mengambil tempat yang berdekatan dengan pintu yang akan memudahkan rancangannya nanti.

“Mana kau, Hana?” Tiba-tiba matanya tertancap pada seorang gadis yang sedang mengambil pesanan di sebuah meja yang tidak begitu jauh darinya. Bibirnya terus mengukir senyuman. Gembira akhirnya dapat juga bertemu dengan gadis kesayangannya itu. Larilah ke mana sekalipun Hana, aku pasti akan berjumpa dengan kau!

“Encik, nak order apa?”

Lamunan Daniel terhenti apabila mendengar satu suara di sebelah kanannya. Seorang gadis sedang tersenyum sambil memegang sebuah buku nota kecil dan sebatang pen.

“Boleh tak kalau awak tolong panggilkan perempuan tu?” Kata Daniel sambil memuncungkan bibirnya ke arah Hana yang sedang bergerak ke kaunter untuk menghantar pesanan.

“Boleh. Sekejap ye encik.” Balas gadis tadi sambil menunduk hormat. Dia berlari anak memanggil Hana yang baru sahaja ingin melangkah ke bilik belakang. Gadis tadi berbisik di telinga Hana sambil menunjuk ke arah Daniel yang menundukkan wajahnya. Bimbang dicam oleh Hana sebelum rancangannya bermula.

Sekali lagi Daniel tersenyum sebaik sahaja melihat Hana yang sedang berjalan ke arahnya. Dia membetulkan duduk sambil menggigit bibir.

“Ya encik? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Ucap Hana lembut sambil tersenyum manis. Daniel mengerling sekilas. Betapa dia merindui senyuman itu.

Terus dia bangkit dari duduknya lalu berdiri di hadapan Hana. Dahi Hana mula berkerut.Pelik dengan lelaki di hadapannya ini.

“Encik?”

“Kau ikut aku sekarang!” Terus tangan Hana ditarik keluar dari kedai sushi tersebut.Hana yang terkejut dengan tindakan drastik Daniel tidak sempat untuk menjerit meminta tolong. Sedar-sedar dia sudah dipaksa masuk ke dalam perut kereta dan Daniel sudah memecut laju keretanya menjauhi kedai sushi.

“Encik ni siapa? Kenapa bawak saya lari ni?” Tanya Hana sambil memukul lengan Daniel yang sedang memandu. Dahlah berjambang segala. Sangat menakutkan!

“Hana, janganlah pukul aku macam ni. Karang terbabas kereta ni.” Balas Daniel sekaligus menyebabkan Hana terdiam. Dia kenal dengan suara itu. Sangat kenal...Daniel!

“Daniel?”

Daniel menanggalkan topi dan kaca mata hitam yang dipakainya. Hana menekup mulutnya. Tak sangka Daniel berada di depan matanya.

“Kau buat apa dekat sini?” Soal Hana masih lagi terkejut. Perlahan-lahan tangannya cuba menyentuh pipi Daniel tanpa sedar. Dia rindu! Daniel hanya membiarkan perlakuan Hana sambil tersenyum.

“Jumpa kaulah...I miss you so much!” Ucap Daniel lembut. Hana menahan air matanya daripada mengalir.

“Kau tak sepatutnya datang sini. Bahaya kalau Hyo tahu.”

Daniel cepat-cepat menggeleng. “Dia takkan kacau kita lagi.”

“Macam mana kau boleh yakin?”

Daniel tersenyum lagi sambil mengenggam tangan Hana menggunakan tangan kirinya. Dibawa ke bibir lalu dikucup lembut.

“Dia datang jumpa aku minta maaf. Kenapa kau tak jumpa aku lepas kau berjaya lari dari dia?”

Hana menundukkan mukanya sambil menarik tangannya perlahan-lahan dari genggaman Daniel. Air mata yang ditahan dari tadi akhirnya mengalir.

“Kau tak sepatutnya datang sini lagi.”

“Kenapa tak?”

“Aku dah tinggalkan kau lama sangat. Kau sepatutnya dah jumpa pengganti lain.” Ucap Hana perlahan tetapi cukup kuat di telinga Daniel. Daniel merengus geram. Keretanya diparkir di bahu jalan. Bahu Hana dipegang supaya menghadapnya.

“Tak mungkin aku nak cari orang lain sedangkan aku masih lagi cintakan kau.”

Hana tertunduk.

“Kau dah ada orang lain ke?” Soal Daniel.

“Eh, takdelah!” Hana menidakkan sambil menggeleng kepalanya.

“Kau tunggu aku lagilah kan?” Soal Daniel lagi sambil tersenyum nakal.

Hana terdiam. Mukanya merah menahan malu. Memang dia menunggu Daniel pun. Dia memandang Daniel yang masih lagi tersenyum.

“Kalau aku cakap ya, macam mana?”

Daniel ketawa kecil sebelum kembali memandu. Dia hanya membiarkan soalan Hana tidak berjawab.

“Kita kahwin terus, nak?”

***

6 bulan kemudian...

Hana melentokkan kepalanya di bahu Daniel sambil memandang laut yang terbentang luas di depan mata mereka. Tangannya digenggam erat oleh Daniel dan sesekali tangannya itu dikucup oleh suaminya itu.

“Cantik tempat ni kan?” Ucap Daniel sambil mengucup dahi Hana.

“Cantik...”

“Lepas ni kita pergi satu tempat.”

“Mana?” Soal Hana dengan dahi yang berkerut. Sejak mereka berkahwin, terlalu banyak kejutan yang dilakukan oleh Daniel untuknya.

“Adalah...just wait and see.” Balas Daniel sambil tersenyum. Hana mengangguk sahaja. Bawalah dia ke mana saja, asalkan dia bersama dengan Daniel. Itu pun dah mencukupi.

***

“Kenapa nak tutup mata segala ni? Tak nampaklah...” Hana memeluk lengan Daniel sambil mulutnya terkumat-kamit membebel. Bukan apa, tak selesalah tutup mata macam ni.

“Sekejap je lagi. Tunggulah...”

Daniel tersenyum memerhatikan isterinya yang sesekali membetulkan kedudukan kain yang menutup matanya.

“Okey, dah sampai.” Daniel bergerak ke belakang Hana lalu dibuka ikatan di mata isterinya itu. Hana mengelip matanya berulang kali cuba untuk melihat dengan lebih jelas.

“Erk? Ni...”

“Suka?” Bisik Daniel lembut di telinganya.

“Suka gila! Cantiknya! Rumah kita eh?”

Daniel mengangguk sambil tersenyum. Hana segera memeluk tubuh suaminya. Kemudian ditariknya tangan Daniel untuk memasuki rumah baru mereka. Bukan itu sahaja yang menyebabkan dia gembira, lokasi di mana rumah ini dibina berdekatan dengan pokok mereka!

“Pokok kita!” Jerit Hana teruja sambil menuding ke arah pokok besar itu.

Daniel hanya ketawa kecil sambil memeluk tubuh Hana dari belakang. Dagunya dilabuhkan di bahu isterinya itu. Hatinya senang apabila melihat senyuman di bibir Hana.

“Thanks Daniel...”

“Sama-sama...nanti kita pindah sini. Kita besarkan anak kita dekat rumah ni.” Ucap Daniel sambil mengucup pipi Hana. Hana mengangguk.

***

Suasana rumah baru Hana dan Daniel kecoh dengan suara Fay, Shin, Max, Carl dan Daniel. Hana dan Haruhi yang sedang memasak di dapur menggeleng kepala melihat telatah mereka.

“Kau dengan Fay macam mana?” Soal Hana sambil tersengih. Tangannya lincah mengacau kuah untuk chicken chop.

“Macam tu la...”

“Bila nak kahwin?”

Haruhi terus menampar lengan kawan baiknya itu. Muka terus berubah menjadi merah. Hana tergelak kecil.

“Malulah tu...”

“Malulah! Apa punya soalan kau bagi?” Cebik Haruhi sambil menyusun pinggan di atas meja makan.

Hana hanya tersenyum sebelum melangkah keluar ke ruang tamu. Daniel dan kawan-kawannya yang lain sedang sibuk bermain PS2.

“Jom makan!”

Daniel berpaling ke arah Hana sebelum mencapai tangan isterinya. Bibirnya mengukir senyuman.

“Masak apa?”

“Chicken chop.”

“Wow!” Fay dah berlari ke dapur. Yang lain hanya ketawa. Dengar chicken chop, terus pergi dapur.

Selepas itu, barulah Max, Carl dan Shin bangkit dan melangkah ke dapur meninggalkan Daniel yang masih memegang tangan Hana.

“Duduk sini kejap.” Daniel menepuk karpet di sebelahnya.

“Diorang dah ada dekat dapur tu...” Balas Hana perlahan.

“Ala, sekejap je...” Pujuk Daniel sambil membuat muka kesian. Hana tersengih sebelum melabuhkan punggung di sebelah Daniel.

“I love you...” Bisik Daniel lembut sambil mengucup pipi Hana.

“I love you too...” Balas Hana turut mengucup pipi Daniel. Tiba-tiba Daniel mengukir senyuman nakal.

“Kat bibir?”

“Hish! Malulah nanti orang nampak!” Hana mencubit lengan suaminya sambil menunduk malu. Daniel hanya ketawa sambil mengusap lembut rambut Hana.

“Korang! Hai..berasmaradana pulak kat sini! Kami dah lapar. Jom makan!” Jerkah Max sambil bercekak pinggang. Yang lain-lain pula hanya tersenyum.

“Yelah...jom pergi dapur.” Daniel menarik tangan Hana untuk bangkit sebelum memeluk pinggang isterinya ke dapur. Sengaja nak buat kawan-kawan baiknya cemburu. Siapa suruh tak kahwin lagi?

“Kejam kau Daniel!” Balas Carl sambil mencebik.

“Hahahahaha!” Masing-masing ketawa. Hana mengenggam tangan Daniel yang memeluk pinggang. Akhirnya dia bahagia dengan Daniel.

Hyo pula hilang entah ke mana. Rupa-rupanya Hyo yang menghantar sms kepada Daniel memberitahu di mana dia tinggal. Dari mana Hyo tahu, itu dia sendiri tidak pasti. Tapi walau macam mana pun, dia berterima kasih pada Hyo.

Hana memandang Daniel sambil tersenyum. You’re my unforgettable love...

p/s : Yay! Unforgettable dah tamat. Sorry sebab memang dah lama gila tak post U =.=". Enjoy!

Photobucket

9 comments:

  1. gila babas laaaa... hahahahhaaa!
    nak setahun dah last2 ending je yg smpi?isk3 :d
    apepun..best :)

    ReplyDelete
  2. aFaiSh : hahahahaa..idea dah takde =.=" jadi terpaksa diendingkan..hehehe..terima kasih :D

    ReplyDelete
  3. best la cerita ni.... banyak memerlukan kesabaran baru dapat apa yang kita kehendaki

    ReplyDelete
  4. ema : akhirnya :) Hehehe..

    azura_zack : terima kasih :) haha..betul2..perlukan banyak kesabaran.

    ReplyDelete
  5. alorhh!!! sweetnye...daniel..ahaha

    ReplyDelete
  6. wahh ... so sweet ...

    ReplyDelete
  7. So sweet. . :D i like .. huhu

    ReplyDelete
  8. Alhamdulilah...baru habis baca novel ni..ok cerita nya...teruskan berkarier...

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers