Thursday, December 17, 2009

Unforgettable Part 6


Daniel duduk sendirian di dalam biliknya sambil membaca buku.Kawan-kawannya yang lain pergi membeli-belah sebelum mereka balik ke bandar pada petang ini nanti.Dia kemudian menutup bukunya sebelum mencapai jaket dan berjalan di sekitar kawasan peranginan itu.Dia merenung ke setiap kedai-kedai di kiri dan kanan jalan.Tak sangka setelah 10 tahun, tempat ini sudah menjadi antara kawasan peranginan yang terkenal.Tiba-tiba matanya dapat menangkap kelibat seseorang yang amat dikenalinya.Dia mengambil keputusan untuk mengekori wanita itu.

"Maaf saya lambat."kata Hana sebaik sahaja dia duduk di hadapan seorang lelaki.

"Tak apa.Saya pun baru je sampai.Ni telefon awak."

"Terima kasih.Saya Hana.Awak?"

"Saya Mike."

Daniel yang mendengar apa yang dibualkan oleh mereka hanya mencebik bibir.'Dasar perempuan gatal.Dia tak tanya pun nama kau, sibuk-sibuk je nak bagitahu.Sebelum aku tambah meluat, baik aku pergi.'Dengan segera Daniel melangkah keluar dan menuju ke suatu tempat yang pasti akan mendamaikan jiwanya.Hana yang perasan akan Daniel hanya memandangnya keluar manakala lelaki di hadapannya hanya tersenyum.

"Daniel? Daniel yang mana?"tanya Anne.

"Daniel kawan baik Hana masa kecil.Awak tak kenal ke?"tanya Haruhi lagi.

"Tak.Sape Daniel, Hana?"

"Kau mungkin tak kenal Daniel.Dia budak baru."jawab Hana dengan perlahan.Daniel yang berada di hadapannya hanya memandang Hana dengan tajam.

"Ohh..sorrylah Haruhi.Saya tak kenal.Kalau Daniel di sebelah saya ni, kenallah."kata Anne sambil tersenyum.

"Hana, aku tak sangka kau ada jugak kawan baik lelaki."kata Daniel sambil tersenyum sinis.

"Kenapa pulak?"tanya Hana dengan pelik.

"Yelah, perangai macam nenek pun ada jugak budak lelaki yang nak kawan."jawab Daniel dengan muka selamba.Dia kemudiannya kembali menjamu selera tanpa memandang muka Hana yang sudah berubah menjadi merah.

"Saya minta diri dulu."kata Hana sebelum mencapai tas tangannya dan berlari keluar.Shin merenung makanan di dalam pinggan Hana.

"Saya...saya..Haruhi, tolong beritahu Hana yang kami minta maaf."kata Shin sambil tunduk hormat.Haruhi segera bangun dan mengucapkan terima kasih.

"Daniel, kau tak patutlah buat macam tu."marah Carl.Kata-kata Carl disokong oleh Shin, Fay dan Max.Daniel hanya mendengus marah sebelum turut keluar dari restoran itu.

Daniel menyandarkan badannya di batang pokok itu sambil mengeluh.Dia pun pelik kenapa setiap kali dia melihat Hana, hatinya pasti akan menjadi meluat dan mulutnya akan terus mengutuk Hana.Dan dia juga tahu setiap kata yang diluahkan olehnya menyebabkan Hana sakit hati tetapi dia tetap tidak menghiraukannya.Dia rasa gembira setiap kali melihat Hana marah.

"Awak buat apa sorang-sorang kat sini?"Daniel segera berpaling untuk melihat siapa yang menegurnya.

"Kau bukan ke kawan Hana?"tanya Daniel tanpa menjawab soalan wanita tersebut.

"Ya, Saya Anne."

"Kenapa kau datang sini?"

"Saya tengok awak duduk sorang-sorang je dari tadi sebab tu saya datang."

"Aku tak perlukan teman untuk bercakap."

"Saya tahu.Saya datang ni pun sebab nak beri surat ni."kata Anne sambil tersenyum.

"Surat apa ni?"

"Awak bacalah."jawab Anne sebelum melangkah pergi.Dia segera menghampiri seorang lelaki yang sedang menunggunya.

"Dah selesai?"tanya lelaki itu.

"Dah.Aku dah jalankan tugas aku.Sekarang ni tiba giliran kau pulak, Mike."

"Aku tahu.Jangan bimbang."jawab Mike.Dia memandang tajam ke arah Daniel yang sedang membaca surat yang diberikan oleh Anne.

"Kau memang bodoh, Daniel!"

**************************************************************************

Hana yang sedang berdiri di tepi tingkap segera berpaling apabila dipanggil oleh Haruhi.

"Kau dah siap?"tanya Haruhi sambil menjinjing beg pakaiannya.

"Dah.Jomlah."

"Kau memang perempuan jahat!"terkejut Hana apabila ditengking oleh Daniel yang menunggunya di luar bilik.Hana sangat takut apabila melihat muka Daniel yang merenungnya dengan tajam.

"Kenapa awak cakap macam tu?"tanya Hana.

"Baca surat ni!"jerit Daniel sambil melemparkan sepucuk surat tepat-tepat mengenai muka Hana sebelum berlalu pergi.Hana segera mengambil surat itu dan membacanya.

Kepada Daniel.

Aku nak minta maaf sebab tak bagitahu hal sebenarnya dekat kau.Aku pindah bukan sebab aku ikut mak dan ayah aku tapi sebab mak kau suruh aku jangan kawan dengan kau lagi.Mak kau marah aku sebab dia kata aku bawak pengaruh buruk dekat kau.Tapi aku pun tak tahu betul ke tidak? Betul ke? Apa-apapun aku harap kau bahagia dengan keluarga dan aku takkan lupakan.Kalau aku balik sana, aku janji aku akan jumpa kau.Kita pergi main kat pokok tu lagi dan nanti aku ajar kau.

Daniel, kau jangan sedih tau.Kalau ada orang pukul kau, lawan balik.Jangan jadi lemah macam dulu.Lepas tu, aku akan selalu hantar surat. Aku akan rindukan kau.Kau lah kawan baik aku selamanya...

Hana.

Hana terduduk selepas membaca surat itu.Dia kemudiannya berdiri dan mula berlari.Jeritan Haruhi sudah tidak dihiraukan lagi.Yang penting sekarang, dia mesti mencari Daniel.

"Hana."panggil Mike apabila melihat Hana yang sedang berlari.

"Mike..saya tak boleh cakap sekarang.Saya tengah cari orang.Saya pergi dulu."kata Hana.Dia terus meninggalkan Mike di belakangnya.Mike segera mencapai telefon dan mula mendail nombor seseorang.

"Hello Anne.Rancangan kita mungkin akan berjaya."katanya sambil tersenyum.

*******************************************************************************

Hana termengah-mengah sebaik sahaja dia sampai di tempat yang hendak dituju tetapi malangnya dia tidak dapat melihat kelibat Daniel di mana-mana pun.Hana mengeluh perlahan sebelum berehat di bawah pokok itu.

"Daniel, aku minta maaf."keluh Hana perlahan.

"Saya kenal siapa Daniel."Hana terkejut apabila melihat Mike berada di situ.

"Dan, saya dah lama kenal awak."sambungnya lagi.

"Apa?!"tanya Hana dengan terkejut.

"Ya, saya kenal awak dengan Daniel.Awak mungkin tak kenal saya sebab hampir setiap masa awak bersama dengan Daniel.Lagipun saya senior awak masa tu."

"Ohh..patutlah."

"Saya rasa Daniel dengan kawan-kawan dia dah bertolak balik."kata Mike sambil memandang wajah Hana.

"Saya kena pergi sekarang.Terima kasih Mike."balas Hana.Dia kemudian terus berlalu pergi tanpa memandang ke arah Mike.

"Haruhi, kau ada nampak Daniel?"tanya Hana sebaik sahaja dia sampai di lobi.

"Ada.Dia dah pergi."jawab Haruhi perlahan.Hana terduduk di situ dan terus menangis.

"Aku..aku.."

"Dah lah tu, Hana.Tak payah nangis lagi."pujuk Haruhi.

"Kau okay ke, Daniel?"tanya Fay ketika mereka semua berada di dalam bas.

"Okay."

"Aku nampak apa yang berlaku tadi.Hana lah orang yang kau cari selama ni kan?"

"Hmm..dia tipu aku."kata Daniel sambil memandang ke luar tingkap.Dia ternampak Hana yang sedang berlari menuju ke arah lobi.

"Apa maksud kau yang dia tipu?"tanya Fay pelik.

"Tadi, aku ada baca sepucuk surat yang Hana tulis 10 tahun lepas.Dan aku tak tahu macam mana baru sekarang aku dapat surat tu.Dalam surat tu, Hana kata dia akan selalu tulis surat untuk aku dan dia tak akan lupakan aku tapi sejak dia pergi, sepucuk surat pun aku tak pernah dapat.Lepas tu, dia cakap mak aku tak beri dia kawan dengan aku."jawab Daniel sambil tersenyum sinis.

"Dalam hidup aku, mak aku dah lama tak ada."sambungnya lagi.

"Tak baik kau cakap macam tu, Daniel."

"Dah memang betul.Fay,aku nak bersendirian sekejap."kata Daniel sebelum menutup matanya.

"Baiklah."balas Fay.Dia hanya mengeluh lemah sebelum mendail nombor seseorang yang dia pasti mampu membantu Daniel.











No comments:

Post a Comment

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers