Wednesday, July 7, 2010

My Everything 2 ( Mini novel )

SERINA bercekak pinggang sebaik sahaja Hafiz melangkah masuk kembali ke dalam dewan.”What are you thinking, Hafiz? Sejak bila pula aku jadi tunang kau? Setahu aku, aku ni tunang abang kau, Haris bukannya tunang kau.”sembur Serina geram.Kasihan dia melihat wajah gadis comel itu sebentar tadi.

“Relakslah Rina..aku just nak tengok hati Aina je tadi.Sama ada dia pun sukakan aku ataupun tidak.”balas Hafiz sambil tersenyum.

Serina mencebik bibir.Ada ke patut buat anak dara orang macam tu? Kalau nak tahu perasaan dia, tanya jelah terus.Haris yang melihat tunangnya yang sedang berbual dengan adiknya datang menghampiri.

“Kenapa ni Rina? Serius je muka.”tanya Haris pelik.Dia memandang wajah Hafiz yang tenang.

“Adik you nilah! Idea dia memang langsung tak boleh diambil pakai.Buatnya Aina tu lari nanti baru dia tahu.”

“Maksud Rina apa? I tak fahamlah.Apa yang adik I dah buat?”tanya Haris pelik.Dahinya berkerut-kerut.

“Why don’t you ask him?”

“What have you done,Hafiz? Kenapa sampai Rina, kawan baik kau ni boleh marah-marah sampai macam ni?”

Hafiz tersengih.Rambutnya disebak ke belakang.”Hmm..Aku berlakon jadi kau.Macam ni ceritanya..kan ada sekali tu kau suruh aku ambik Aiman balik tadika.Masa tu aku terjumpa seorang cikgu comel.Nama dia Aina..Lepas tu, aku tak tahu kenapa, aku dah jatuh cinta dengan dia.Sikap dia yang caring tu membuatkan aku suka.Jadi, aku bagitahulah dia yang aku ni Haris.Seorang duda yang ada seorang anak lelaki yang bernama Aiman.Yang Aiman tu pun terror jugak.Dia siap panggil aku papa.Sebab tu Aina percaya yang aku ni memang dah ada anak.Jadi tadi, aku bawak dia datang sini.Tujuannya aku nak tahu isi hati dia pada aku.I know yang dia cintakan aku tapi dia tak nak cakap.Dia buat muka tenang je tadi.”

Haris terlopong.Serina memandang geram.”Apa?!”dua-dua menjerit sambil meluku kepala Hafiz.

“Sedap-sedap aje kau kata anak aku tu anak kau.Dan lagi satu, kesianlah dekat cikgu Aina tu.Tak patut betullah kau.”

“Aku buat ni sebab aku sayang dia.I want her to be my truly princess!”

“Tapi kau tak patut buat macam tu.Dia dah terluka.”kata Serina.Geram.

“Don’t worry guys.Esok aku jumpa dia dan aku akan terangkan semuanya.”balas Hafiz sambil tersenyum.

Aina menongkat dagu sambil memandang langit di luar.Kejadian malam tadi masih lagi membuat dirinya diselubungi kesedihan.Sakit betul hatinya! Haris seperti sengaja membawanya bertemu dengan Serina.Sengaja ingin meremukkan hati dia.

Dia memang bodoh kerana menyimpan perasaan terhadap Haris.Patutnya dia sedar lelaki seperti Haris pastinya sudah berpunya tetapi kenapa dia masih lagi terus berharap? Entahlah, dia sendiri buntu.Dia melangkah perlahan ke arah katil sebelum merebahkan tubuh.Esok semuanya akan tinggal kenangan.

HAFIZ tersenyum lebar sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam Tadika Nur Iman.Matanya meliar-liar mencari Aina.Laju kakinya melangkah ke bilik guru tetapi kelibat Aina langsung tidak kelihatan.

“Cikgu..”Hafiz menegur salah seorang guru yang berada di dalam bilik guru itu.

“Ya?”

“Cikgu Aina ada kat mana?”

Dahi guru itu berkerut.”Cikgu Aina dah berhenti.Dia cuma guru sementara je di sini.Dengar cerita, dia nak sambung belajar dekat luar negara.”

“Hah!”terlopong luas mulut Hafiz.Jantungnya berdegup kencang.Aina nak sambung belajar dekat luar negara?

“Thanks cikgu.Saya minta diri dulu.”bergegas Hafiz berlari keluar dari bilik guru itu.Dia memandu laju keretanya ke rumah Haris.Hanya Haris yang boleh membantunya sekarang.

AINA tergelak melihat telatah anak-anak saudaranya yang sedang mandi-manda di kolam renang.Sekurang-kurangnya dengan kehadiran mereka di sini dapat menghilangkan kerinduan terhadap Aiman yang sudah mula disayanginya itu.

“Cikgu!”

Aina tersentak.Dia menepuk-nepuk telinganya.Adakah dia salah dengar atau memang suara Aiman yang didengarinya sebentar tadi.Dia menggeleng-geleng.Dah kes naya ni!

“Cikgu!”sekali lagi suara Aiman kedengaran.

“Astaghfirullahalazim..”Hampir luruh air mata Aina.Suara Aiman..

“Cikgu!”kali ini Aiman menghampiri sambil mencuit bahu Aina.Dia tersenyum manja sebelum menarik tangan cikgunya itu ke suatu tempat.Aina terpinga-pinga.Aiman berada di sini?

“Aiman..Ya Allah..Betul ke ni kamu, Man?”Aina memegang pipi montel Aiman.Aiman mengangguk.Dia tersenyum lagi sebelum menarik tangannya Aina.

“Man nak bawak cikgu pergi mana ni?”

“Jumpa papa dengan mama.”jawab anak kecil itu.

Aina berhenti melangkah.Dia masih belum bersedia untuk bertemu Encik Haris.Hatinya masih belum melupakan apa yang telah terjadi seminggu yang lepas.Masih sakit lagi.

“Kenapa cikgu berhenti? Marilah, papa nak jumpa cikgu.”

“Tak apalah Man.Cikgu ada banyak hal.”

“Ala cikgu, sekejap je.Please..”

Aina terdiam.Kasihan pula dia melihat Aiman.Akhirnya dia mengangguk.”Okey tapi sekejap je tau.”

“Okey.”Aiman kembali menarik tangan Aina.Dia membawa Aina ke sebuah taman sebelum berlari mendapatkan seorang lelaki yang berdiri membelakangi Aina.

Aina menarik nafas sebelum jalan menghampiri Haris.Senyuman cuba diukir.”Assalamualaikum Encik Haris.Apa khabar?”

“Waalaikumussalam.”Aina terkejut.Suara yang menjawab salam datangnya dari belakang.Kenapa lelaki yang dihadapannya ini tidak menjawab salamnya?Aina berpaling memandang lelaki yang sedang berdiri di belakangnya.Haris tersenyum lebar.

“Apa khabar cikgu Aina? Saya Haris, abang kepada Hafiz..adik saya ni.”

“Hah?”

“Saya bukan Haris tapi Hafiz.Aiman ni bukan anak saya tapi anak abang saya.”akhirnya Hafiz bersuara.Redup pandangan matanya menikam anak mata Aina.

“Saya tak fahamlah Encik Haris.Apa semua ni?”tanya Aina bingung.Kepalanya pening.Hafiz..Haris..Apa semua ni?

“Saya sebenarnya menyamar jadi Haris.Saya tahu saya tak patut tipu awak tapi saya buat semua ni sebab saya dah jatuh cinta pada awak.Sejak pertama kali, saya berjumpa dengan awak, hati saya kuat menyatakan yang awak memang untuk saya.Tujuan saya bawak awak pergi majlis annual dinner hari tu semata-mata untuk menguji awak.Saya nak tahu sama ada awak pun sukakan saya ataupun saya hanya bertepuk sebelah tangan.”terang Hafiz.Tangannya digenggam kuat.

Aina tercengang.’Saya buat semua ni sebab saya dah jatuh cinta pada awak.’ Kata-kata Hafiz terngiang-ngiang di telinganya.Dia jatuh cinta dekat aku?

“Encik serius ke?”

Hafiz angguk.Wajah Aina dipandang dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan.Aina bingung.Selama ini rupanya dia tidak bertepuk sebelah tangan tapi cara lelaki ini memang salah.Kalau nak menguji pun, janganlah sampai menipu macam ni.Dia tak tahu ke berapa banyak gelen air mata yang sudah dihabiskan kerana mengenangkan yang lelaki itu sudah bertunang.

“Saya tak tahu nak cakap apa.Semua ni terlalu tiba-tiba.”balas Aina.Dia memintal hujung tudung.

“Saya tak paksa awak buat keputusan sekarang tapi kalau boleh awak berilah jawapan sebelum berangkat ke luar negara.”

“Macam mana awak tahu saya nak pergi luar negara?”

“Er..er…masa hari tu, saya pergi tadika.Ingat nak jumpa awak tapi ada cikgu kat situ cakap awak dah berhenti.Lepas tu cikgu tu cakap awak nak pergi luar negara.”

“Ohh…”

“Hmm..bila awak nak pergi?”

“Next week.Hari Ahad.”jawab Aina.Hafiz mendiamkan diri.Tinggal lagi 2 hari sebelum Aina pergi.Sanggupkah dia merelakan pemergiaan Aina ke luar negara? Macam mana kalau ada lelaki yang mengambil hati Aina di sana nanti?

“I wish you good luck tapi jangan lupa bagi jawapan dekat saya ya.”ujar Hafiz sebelum berlalu pergi.Aina hanya memandang sebelum tersenyum.Tak payah tunggu lagi dua hari sekarang juga saya dah boleh berikan jawapannya.

“Aina sukakan Hafiz tak?”tanya Haris.Di sisinya berdiri Serina sambil mendukung Aiman.

“Er..er..”

“You janganlah tanya macam tu.Malulah dia…”celah Serina sambil tergelak kecil.

“Haha…yelah..yelah.”

“Aina, kalau awak dah betul-betul sayangkan kawan baik saya tu..jangan biarkan dia terlepas tau.Dia baik..I’m sure yang dia akan jaga awak baik-baik.”

Aina tersenyum.”Terima kasih Cik Rina..”

“Sama-sama.”Haris dan Serina tersenyum.Nampaknya tak lama mereka bakal mempunyai adik ipar.

p/s: Moon tak sempat nak bagitahu hari tu yang ME ni mini novel sebab tu tergantung.Komen2 anda yang sebelum ini amat dihargai. :) Thanks!

5 comments:

  1. sampai hati hafiz buat mcm tu...
    kesian aina..
    suka cakp je lah suka..
    tak yah wat cm tu..
    eh..teremo pulak...

    ReplyDelete
  2. Hana~ Haha..tulah kan.Jahat betul Hafiz.Nanti kalau Aina dah pergi luar negara, barulah nak sedih2.

    ReplyDelete
  3. la~~~
    hehe, suka je dgn hafiz tu
    snggup wat camtu sbb dh jatuh cinta ;)

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers