Tuesday, December 22, 2009

Unforgettable Part 9


Haruhi berdiri lama di luar pejabat sambil mengenggam beg tangannya.Kemudian dia menarik nafas dalam-dalam dan perlahan-lahan dia menolak pintu kaca itu dan melangkah dengan yakin ke arah meja penyambut tetamu.

"Excuse me.Saya Haruhi.Saya datang temuduga untuk jawatan setiausaha syarikat ni."kata Haruhi dengan lembut.Penyambut tetamu di depannya menyerahkan beberapa borang untuk diisi sementara dia membuat panggilan kepada pihak yang bertanggungjawab.

"Cik Haruhi, awak boleh masuk sekarang."kata penyambut tetamu itu.Haruhi sempat melihat tag nama di bajunya..Lina.Sedap nama dan secantik tuannya.

Perlahan-lahan dia menghampiri sebuah bilik.Di pintu biliknya tertulis perkataan CEO.Dengan penuh yakin dia mengetuk pintu dan segera masuk selepas dibenarkan oleh orang di dalam.

"Awak boleh duduk."ujar lelaki di hadapannya.Lelaki itu sedang membelakanginya dan kelihatan sedang sibuk mencari sesuatu.'Suara tu, macam kenal je.'

"Baiklah.Kita boleh mulakan sekarang."Haruhi berdebar-debar ketika lelaki itu memusingkan kerusinya.Dia terkejut apabila melihat wajah yang sangat dikenalinya dan lelaki di hadapannya juga memaparkan wajah yang serupa.

"Fay?!"

"Haruhi! Awak buat apa kat sini?"

"Saya datang interview.Awak pulak? Don't tell me that you are the CEO."tanya Haruhi terkejut.

"Saya bukan CEO.Saya tak kerja kat sini pun."jawab Fay sambil tersenyum.Haruhi mengangkat keningnya tanda tidak percaya.

"Saya ganti abang saya.Abang saya ada hal kat London sebab tu saya ditugaskan untuk menemuduga setiausaha dia yang baru."sambungnya lagi.

"Ohh..saya ingatkan awaklah CEO."

"Taklah.Kalau saya jadi CEO, saya takkan masuk dalam kumpulan V-Pop."

Haruhi ketawa kecil."A'ahlah.Terlupa.."

"Kelulusan awak sangat bagus."kata Fay sambil menyelak satu-persatu helaian sijil Haruhi.

"Biasa je."jawab Haruhi merendah diri.

Fay tersenyum dan dia menutup fail itu sebelum berdiri.Dia menghulurkan tangannya untuk berjabat dengan Haruhi."Tahniah, awak berjaya."

"Hah?!"kata Haruhi terkejut.

"Awak dapat kerja ni."

"Saya dapat kerja ni.Betul ni?"

"Betullah.Takkan saya nak tipu."

"Yay!!"jerit Haruhi dengan gembira.

"Jom,saya belanja awak makan."

"Okay.Jom."

*********************************************************************************


Bau haruman masakan menaikkan selera Haruhi.Dia menjenguk ke dalam dapur dan melihat Hana yang sedang sibuk memasak.Tangan Hana begitu lincah memotong sayur-sayuran dan mencampakkannya ke dalam kuali.Betul-betul macam chef!

"Apa kau masak tu?"tanya Haruhi.Kemudian dia mencapai senduk untuk mengacau masakan Hana.

"Aku masak mi goreng."

"Wah..sedapnya.Lambat lagi ke nak masak?"

"Sekejap lagi masaklah.Kau pergi susun pinggan dengan cawan."Haruhi segera pergi ke ruang makan untuk menyediakan apa yang patut.Kemudian, kedengaran bunyi mesej masuk.Haruhi bergegas mencapai telefonnya.

Hello Haruhi.Tengah buat apa? Busy ke?

Haruhi tersenyum sebaik sahaja membaca mesej daripada Fay.Hana yang sedang memandangnya dengan pelik tidak dipedulikan.

Saya tolong Hana masak je.Tak busy pun.Awak?

Hana yang pelik melihat Haruhi tersenyum-senyum mula menghampirinya.Perlahan-lahan dia menghendap di belakang Haruhi dan cuba membaca mesej yang baru sahaja Haruhi dapat.

"Apa kau buat ni, Hana?"tanya Haruhi terkejut apabila melihat Hana di belakangnya.

"Aku..aku nak tengok sape yang hantar mesej dekat kau."

"Nak buat apa?"

"Yalah.Kau tersenyum je dari tadi sampai aku ajak makan pun, kau tak dengar."

"Kau dah siap masak! Jom makan!"kata Haruhi dengan riang.Dia meletakkan telefonnya di atas meja dan segera menuju ke meja makan.Dia menyusun satu persatu pinggan dan cawan di atas meja.Kemudian dia menyendukkan mi goreng dan menuangkan air ke dalam cawan.

Telefon bimbitnya berbunyi lagi.Hana dan Haruhi saling berpandangan.Dengan secepat mungkin, Hana merampas telefon Haruhi dan membaca mesej yang baru diterima.Matanya terbeliak sebaik sahaja melihat nama pengirim.Hana memandang wajah Haruhi.

"Kau ada apa-apa ke dengan Fay?"tanya Hana sambil mengenyitkan matanya.

"Kami kawan jelah."

Hana mencebik bibir apabila Haruhi menyebut perkataan kawan."Kawan? Ala, aku pun kawan jugak dengan dia tapi tak adalah pulak dia hantar mesej dekat aku."

"Kau dengan dia kan selalu jumpa.Minggu depan kan kau dah start kerja.Aku ni jarang jumpa dengan dia."

"Kau jangan tipu aku.Aku kenal kau dah lama."

"Betul! Aku tak tipu.Kami kawan je."kata Haruhi sambil mengangkat tangannya.

"Kau suka dia eh?"

Muka Haruhi mula berubah menjadi merah."Mana..mana ada."

Hana ketawa apabila melihat muka Haruhi yang merah."Muka kau merah.Ala, ngaku jelah."

"Yalah..betul.Aku memang suka dia tapi aku rasa dia tak suka aku lah.Dia anggap kawan je."Haruhi menundukkan mukanya.

"Macam mana kau..."belum sempat Hana menghabiskan ayatnya, telefon Haruhi berbunyi.Hana tersenyum ketika melihat pemanggilnya adalah Fay.

"Hello Fay!"kata Hana dengan riang.

"Hana, Haruhi mana?"

"Kenapa nak tahu?Tak nak cakap dengan saya ke?"usik Hana.

"Bukan tak nak tapi aku nak cakap dengan Haruhi dulu sekarang."

"Fay, kenapa bila awak cakap dengan Haruhi guna saya awak tapi bila cakap dengan saya aku kau?"

"Sebab kau tu ganas sikit.Haruhi lembut."

"Cehh!! Tipu..Haruhi ambiklah telefon kau.Meluat aku cakap dengan Fay."Hana segera menghulurkan telefon kepada Haruhi.Dia dapat mendengar suara Fay yang sedang ketawa.

"Dia marah ke?"tanya Fay.

"Tak.Dia memang macam tu."

Hana tersenyum memandang Haruhi yang sedang rancak berbual dengan Fay.

******************************************************************************

Hana sedang membaca buku di dalam biliknya ketika telefon bimbitnya tiba-tiba berbunyi.

"Hello."

"Hello Hana.Saya Mike."

"Ya Mike, ada apa?"

"Awak lupa ke? Bukan malam ni kita nak jumpa ke?"

Hana menepuk dahinya.Alamak! Macam mana boleh lupa?! "Ya, saya lupa.Minta maaf.Awak tunggu kejap ye.Nanti saya sampai."

"Okay.Saya tunggu."

Hana segera menyalin bajunya dan segera keluar.Dia sempat memberitahu Haruhi ke mana arah tujunya.

Mike sedang duduk di sebuah meja apabila dia ternampak lima orang jejaka yang amat dikenalinya.Dia mengukir senyuman sinis dan melihat jam tangannya.Tak lama lagi Hana sampai.

Hana memarkirkan keretanya di hadapan Restoran Diamond.Matanya meliar-liar mencari Mike.Dia amat terkejut apabila ternampak ahli-ahli kumpulan V-Pop sedang menjamu selera.Perlahan-lahan dia mendekati mereka.

"Hi!" tegur Hana.Mereka berlima mengangkat kepala dan tersenyum sebaik sahaja melihat Hana.Daniel hanya membuat muka selamba dan terus menjamu selera tanpa memandang ke arah Hana.

"Kau buat apa kat sini?"tanya Max.

"Saya datang jumpa kawan."

"Ohh..kawan kau dah datang ke belum?"tanya Fay sambil mengenyitkan mata ke arahnya.Hana hanya menjelir lidahnya kerana masih marahkan Fay.

"Kau marah lagi ke?"tanya Fay lagi.

"Malas layan."

"Ohh..malas layan ye.Mari sini kau."Fay bangun dari kerusi dan mula mendekati Hana.Hana yang ketakutan segera berlari sebelum bersembunyi di belakang seorang lelaki.

"Hana, kenapa awak lari?"

Hana baru perasan yang dia sedang bersembunyi di belakang Mike.Perlahan-lahan dia mengukir senyuman."Tak ada apa.Saya main dengan Fay."

Fay yang berada di depan mereka menghulurkan tangan untuk berjabat.Mike segera menyambutnya sambil tersenyum.

"Jom, join kami."ajak Fay sebelum menarik tangan Hana.Hana yang terkejut hanya mengikuti langkah Fay.

"Kau duduk tepi Daniel."bisik Fay di telinganya.Hana hanya diam dan teragak-agak untuk duduk di sebelah Daniel.

"Orderlah makanan."kata Carl sebelum memanggil pelayan.

"Bila awak start kerja?"pertanyaan Mike mengejutkan Hana.'Macam mana dia tahu aku dah dapat kerja?'

"Minggu depan."jawab Hana perlahan.

"Aku balik dululah."Hana mendongak kepala melihat Daniel tiba-tiba bangun.

"Awalnya kau nak balik."ujar Shin sambil melihat jam tangannya.

"Aku ada hal.Aku pergi dulu."kata Daniel sebelum terus berlalu pergi.Hana menggigit bibirnya.'Bilalah aku nak baik dengan dia ni?!'

"Hana, nanti aku balik dengan kau, boleh?"pertanyaan Fay menyebabkan Hana dan semua orang yang berada di meja itu terkejut.

"Kenapa pulak?"

"Ala, apa salahnya."

"Memanglah tapi..."Hana berhenti bercakap apabila dia melihat gerakan bibir Fay.

"Aku ada benda nak cakap dengan kau."Hana membaca gerakan bibir Fay.

"Okaylah.Saya hantar awak."

"Bagus.Kau makan cepat-cepat."

Hana segera menghabiskan makanannya.Dia mengucapkan selamat tinggal kepada Shin, Max, Carl dan Mike yang masih berbual-bual di situ.Perlahan-lahan Hana mengikut langkah Fay yang sudah jauh ke depan.Mike yang hanya merenung tajam sebelum mengeluh perlahan.

"Apa dia yang awak nak cakap dengan saya?"tanya Hana ketika mereka berdua berada di dalam kereta.

"Hmm..aku tahu pasal kau dengan Daniel."

Hana terkejut mendengar kata-kata Hana.Kemudian dia mengeluh lemah."Dia cerita ke?"

"Tak.Aku nampak masa kat hotel hari tu."

"Ohh.."

"Kenapa kau tak tulis surat kat dia? Bukan ke kau dah janji?"tanya Fay sambil memandang ke arah Hana yang sedang memandu.

"Memang saya janji dan saya tepati janji saya.Hampir setiap hari saya tulis surat untuk dia."

"Kenapa dia kata dia tak pernah dapat?"

"Entahlah.Sebelum saya pindah, dalam surat tu saya ada letak nombor telefon rumah saya yang baru dan juga alamat.Takkan lah Daniel tak jumpa alamat dengan nombor telefon tu.Sekurang-kurangnya dia pun boleh hantar surat dekat saya."jawab Hana dengan lemah.

"Masa dia dapat surat tu, tak ada langsung alamat dengan nombor telefon kau."

"Tak ada?! Mustahillah.Saya dah letak dalam surat tu."

"Betul tak ada.Lagipun dia ada cakap yang dia baru je dapat surat tu."

"Hmm..awak rasalah kan sape yang beri surat tu kat dia?"

"Orang yang cemburukan korang berdua."

Hana berfikir seketika.'Aku ada ke musuh?'

"Dah sampai."Hana tersentak apabila mendengar jeritan Fay.Dia kemudiannya menepuk kuat lengan Fay.

"Apasal kau tepuk lengan aku? Sakitlah!"marah Fay sambil mengurut lengannya.

"Sorry..Saya terkejut."jawab Hana tersengih-sengih.

"Oklah.Aku balik dulu.Kirim salam kat Haruhi."

"Haruhi je? Saya?"

"Tak ada."ujar Fay selamba.Hana mencebikkan bibirnya sebelum memandu keretanya untuk pulang ke rumah.


No comments:

Post a Comment

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers