Thursday, January 7, 2010

Unforgettable Part 24


"Kau kena jadi girlfriend aku.."

Berulang kali Hana mengucapkan kata-kata itu di dalam hati.Dia tidak menyangka yang Daniel akan mengeluarkan kata-kata sebegitu.

"Jadi girlfriend kau?Biar betul?"tanya Hana.Mukanya berkerut seribu.

"Betullah."

"Hish..aku tak percayalah."

"Kenapa?"tanya Daniel sambil tersenyum.

"Dah tiba-tiba je kau cakap nak aku jadi girlfriend kau.Sape-sape pun boleh terkejut."

"Lah..ye ke?"

"Kau ni dah tak betul ke?"

"I want nobody..nobody but you."balas Daniel sambil menayangkan giginya.

"Kau ni kenapa? Okay tak? Tiba-tiba nyanyi lagu Nobody."

"Aku okay okay okay.So setuju tak?"

"Tak."

Daniel memandang ke arah Hana.Dia mengerutkan dahi."But why?"

"Aku tahu kau main-main je."

"Mana ada.Aku serius tau."

Hana mengerling Daniel."Prove it to me."

"You want me to prove it?"

"Yes.."balas Hana sambil tersenyum.Dia tahu yang Daniel hanya main-main sahaja.

"Now?"

"Yes..now!"

"Ok, fine."kata Daniel.Dia bangun dan memandang ke semua orang di atas bas.Hana yang berada di sebelahnya dipandang.

"Saya ada pengumuman."

Hana mengerutkan dahi.'Biar betul dia ni!!'

"Hana..please be my girlfriend!"kata Daniel dengan kuat.Mata Hana membulat.

'Lah..serius ke? Aku ingat dia main-main je.'

"Kau gila ke apa?"tanya Hana.

"Aku tak gila..Kau nak ke tak nak?"

Hana memandang setiap orang yang berada di atas bas.Fay dan Haruhi tersenyum sambil menganggukkan kepala mereka.Shin, Max, dan Carl juga turut menganggukkan kepala mereka.

"Girlfriend tu sama dengan kawan perempuan ke teman wanita?"

"Kau rasa?"tanya Daniel sambil mengangkat keningnya.

"Mana boleh main rasa-rasa?!"

"Kau nak ke tak nak? Jawab je."

Hana keliru dengan apa yang sedang berlaku.Tiba-tiba sahaja Daniel ingin menjadikan dia sebagai 'girlfriend'.Walaupun dia gembira tetapi hatinya masih was-was.Takut andai kata Daniel hanya bergurau.

"Aku..aku.."

"Hana.."Hana berpaling memandang Mike.

"Ya?"

"Saya.."Mike memandang ke arah Daniel yang sedang memberikan renungan tajam ke arahnya.

"Awak fikirlah dulu sama ada nak terima atau tak."

Hana menunduk kepalanya."Betul jugak.Daniel, beri aku masa nak fikir dulu."

"Well..ok."balas Daniel sebelum kembali duduk di kerusinya.Mike tersenyum senang.

'Ada masa lagi..'

**********************************************************************************


Haruhi memandang ke arah bilik Hana yang tertutup rapat.Dia pelik kenapa Hana tidak menerima sahaja Daniel sebaliknya diminta untuk diberikan masa.

Manakala Hana yang sedang berbaring di atas katil runsing dengan apa yang dah berlaku.Dia tidak pasti sama ada Daniel hanya bermain-main ataupun dia betul-betul serius.Sekarang ni dah hampir seminggu dia berfikir tapi dia masih buntu.

"Dah lah tiba-tiba..Tak macam Fay dengan Haruhi."

"Lepas tu tak cakap langsung aku suka kau pun.."

"Tiba-tiba je nak suruh aku jadi girlfriend dia."

"Tension!!!" bebel Hana seorang diri.Alunan lagu Nobody mula kedengaran dari telefon bimbitnya.

"Hello."

"Hello Hana.Saya Mike and I would like to ask you something."

"Apa?"

"Dinner dengan saya boleh? Tak sedaplah cakap dalam telefon."

"Dinner..hmm..okay.Kat mana?"

"Saya ambik awak boleh?"

"Okay then.Haruhi sekali ke?"

"Nope..Saya nak cakap sesuatu yang penting.Jadi kalau boleh saya nak awak sorang je pergi."

"Hmm..baiklah.See you then."
Mike bergegas bersiap sebaik sahaja menamatkan panggilan.Dia berharap semuanya akan berjalan dengan lancar.

"Hana, kau nak pergi mana?"tanya Haruhi sebaik sahaja Hana keluar dari biliknya.

"Dinner dengan Mike sekejap."

"Dua orang je ke? Aku nak ikut boleh?"

"Bukan aku tak nak bawak kau tapi Mike ada benda penting nak cakap dengan aku."

"Penting sangat ke?"

"Mungkin kut.Aku tunggu dia kat bawah ye.."

"Okay."balas Haruhi perlahan.Dia memerhatikan langkah Hana.

************************************************************************************

Mike membawa Hana ke sebuah restoran ekslusif yang terletak di tengah-tengah bandar.Sepanjang dalam perjalanan, mereka berdua hanya mendiamkan diri.Hana yang pelik dengan sikap Mike tidak mahu menganggu Mike yang sedang memandu.

"Jom."pelawa Mike seraya membukakan pintu untuk Hana.

"Kenapa restoran ni tak ada orang?"

"Saya tempah khas untuk kita."

"Awak tempah?"

"Ya..marilah duduk."Mike menarik tangan Hana ke arah sebuah meja yang dihias dengan cantik.

"Awak nak cakap apa dengan saya?"

"Kita makan dululah."

"Ok..saya ikut je."balas Hana.Tidak lama kemudian, pelayan membawakan makanan dan mereka menjamu selera tanpa berbual-bual langsung.

"Ok..sekarang ni kita dah makan.Apa yang awak nak cakap?"

"Saya sebenarnya..."kata-kata Mike terhenti sebaik sahaja telefon bimbit Hana berbunyi.Hana tersenyum melihat nama pemanggil.

"Hello Daniel.Kenapa call?"

"Saja..Tak boleh ke?"

"Boleh..Kau ada dekat mana?"

"Aku..."belum sempat Daniel menjawab soalan Hana, telefon bimbit Hana telah dirampas oleh Daniel.

"Hana, saya sukakan awak."sebut Mike dengan kuat.Daniel yang masih lagi memegang telefon bimbitnya terkejut.

"Hah? Apa yang awak merepek ni?"

"Saya tak merepek.Saya betul-betul sukakan awak."

Daniel mula menekan butang end call.Tidak sanggup untuk dia mendengar kata-kata Mike dan Hana yang seterusnya.

"Beri balik handphone saya!"kata Hana dengan tegas.

"Kenapa? Awak takut Daniel dengar?"

"Saya tak ada masa untuk semua ni.."

"Awak nak terima Daniel kan?"tanya Mike.Dia mengerling telefon bimbit Hana dan tersenyum sebaik sahaja melihat Daniel sudah memutuskan talian.

"Kalau ya pun kenapa? Saya suka dia!"

"He doesnt deserve you!"

"Sape cakap? I'm sure that he's the one for me.Now..give back my handphone!"marah Hana.Dia sudah geram dengan sikap Mike.

"Sanggup ke awak mengkhianati kawan awak sendiri?"

"Apa maksud awak?"

"Anne."jawab Mike perlahan.Air muka Hana terus berubah.

"Seorang kawan yang baik takkan melukakan hati kawannya sendiri."sambung Mike lagi.

"Saya tak nak lukakan hati Anne."

"Sebab tulah awak kena terima saya."

"No way! Saya takkan terima dua-dua!"balas Hana sebelum merampas telefon bimbitnya dan berlalu keluar dari restoran itu.Air matanya mengalir dengan laju.

Mike yang masih berada di dalam restoran mengeluh perlahan.Nampaknya dia dah tewas.Kemudian dia mencapai telefon bimbitnya.

"Hello Anne..Aku tarik diri.Bye."katanya sebelum mematikan talian dan menutup terus telefonnya.

Anne terkedu seketika.'Apa maksud Mike? Tarik diri?'

2 comments:

  1. suka sgt masa daniel ajak hana jd girlfriend dia. napelah mike x bcinta je ngan anne tu, xlah myusahkan hidup org len!

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers