Page Fallenmoon/Liya Zafrina : Klik di sini
Group Atas Nama Cinta-Mu : Klik di sini

Sunday, July 7, 2013

Bertemu Cinta di Kafe Damia 1


Assalamualaikum dan salam sejahtera :) Alhamdulillah Kafe Damia dah berada di pasaran hampir 7 bulan sekarang ni. Pada yang telah mendapatkannya, terima kasih saya ucapkan :D Sokongan anda amat sangat hargai. Sejak beberapa hari ni, saya asyik rindukan Liya dan Zaf. Jadi saya buatlah sambungan kisah diorang ni tapi ni mini novel je :) Tak larat nak buat novel. Hehehe! Karang habis manuskrip yang sedia ada ni tak siap. Enjoy reading!

LIYA tersenyum sambil mengusap pipi anak-anaknya. Rasa macam mimpi pulak bila tengok  Akif dan Aleesya yang tengah nyenyak tidur sekarang ni. Dulu dia dan Zafran cuma rakan satu kelas yang suka bergaduh tapi sekarang… Zafran adalah suaminya yang tercinta.
“Mia…”
Liya memandang Zafran yang tengah berdiri di depan pintu sambil membawa dulang berisi air teh panas.
“Abang buat air?”
“Yup. Please, tak payah buat muka terkejut sangatlah.” Zafran mencebik dan meletakkan dulang di atas meja sebelum duduk di atas sofa.
Liya terus ketawa sambil berjalan menghampiri Zafran. Perlahan-lahan dia duduk di sebelah Zafran dan memandang suaminya. Kemudian, dia mula melentokkan kepalanya di atas bahu Zafran. Cara memujuk yang selalunya berkesan apabila digunakan ke atas Zafran aka Mamat Perasan Kesayangan ni.
“Abang… marah ke?” Liya angkat muka. Memandang Zafran yang hanya membisu. Oh please abangku sayang! Please talk to your wife!
“You do know, right?”
“Know what?”
“Yang abang susah nak marah Mia?”
Liya dah mula sengih. “Ya… Mia tahu…” Dia mula membetulkan kedudukan kepalanya di bahu Zafran biar bagi lebih selesa.
“Esok majlis kahwin Ameer.”
“Hmm…”
“At last dia kahwin jugak kan? Abang ingat dia masih sukakan Mia.”
“Dia dah lama lupakan Mia la. Lagipun Kak Aida tu lagi cun melecun dari Mia.” Liya bersuara perlahan. Matanya melekat pada The Hunger Games yang tengah ditayangkan sekarang ni.
“Kejamnya diorang ni kan?”
“Kaya menindas yang miskin. Yang paling tak tahan, boleh diorang suruh budak-budak membunuh sesama sendiri…”
Liya angguk kecil. Kesian bila tengok budak-budak kecil yang dah mati dibunuh. Yang si Cato and the gang tu pun satu. Takde hati perut langsung!
“Mia… kenapa cengkam lengan abang kuat sangat ni? Kalau ya pun geram dekat Cato tu, jangan lepas geram kat abang ni…” Zafran dah gelak-gelak.
Liya pulak cepat-cepat mengusap lengan Zafran dan akhirnya mereka berdua ketawa tapi bila dengar je, rengekan Akif… masing-masing diam.
“Akif marah abang bising…” Kali ni dah masuk mode berbisik. Bimbang si kecil terjaga. Akif tu susah nak tidur balik kalau dah terjaga. Aleesya pulak senang nak tidur.
“Apa abang pulak? Mia yang bising tau.”
            Sekali lagi Akif merengek.
            “Okey, kita dua-dua senyap.”

MIA, lambat lagi ke?” Zafran memanggil dari bawah sambil bercekak pinggang. Kemudian Zafran mengerling dekat Maya dan Hannah yang tengah mendukung anak kembarnya. Kesian anak ayah kena tunggu mak kan?
            “I’m coming, abang!” Terkocoh-kocoh Liya turun tangga. Sempat dia tersengih dekat Zafran sebelum dia mencapai lengan suaminya yang dah mencuka.
            “Sorry lambat ye, cik abang sayang. I was looking for this.” Liya tayang brooch yang dipinkan dekat tudung berwarna ungunya sambil tersenyum manis. Nak memujuk Encik Zafran Adha yang dah pandai nak merajuk segala lepas jadi ayah orang ni dengan brooch ni. Brooch pemberian Zafran masa ulang tahun perkahwinan mereka.
            Zafran mengerling Liya di sebelah. Perlahan-lahan dia mula tersenyum sebelum mengusap kepala isteri kesayangan ni. “It looks nice on you.”
            “Of courselah. Abang yang belikan…” Liya senyum dan menghampiri Aleesya dan Akif. Pipi gebu anak-anaknya dicium.
            “Akif dengan Leesya duduk elok-elok dekat rumah ye. Mak dengan ayah pergi kenduri kahwin Uncle Ameer sekejap ye tau.”
            “Macamlah diaorang faham apa yang akak cakap.” Hannah dah menggeleng sambil mengagah Akif. Maya pulak dah ketawa kecil.
            “Suka hati akaklah. Diorang fahamnya apa yang mak comel dia ni cakap.”
            Kali ni serentak Maya dan Hannah ketawa. Zafran pun ikut ketawa sekali. Mak comel? Yes, you are cute Mia! Tapi dia tak nak puji depan-depan, nanti isteri dia mula la senyum sampai ke telinga.
            “Kenapa gelak?!”
            “Penyakit perasan Abang Long dah jangkit dengan Kak Long pulak,” jawab Maya yang masih lagi ketawa.
            “No… no! Abang Long korang tu masih lagi perasan macam dulu. Trust me. I know him too well…” Liya angkat kening dekat Zafran yang dah berpeluk tubuh dengan senyuman simpul di bibir. Seronok la tu gelakkan aku!
            “Let’s go now MK or we’re going to be late…” Zafran menghulur tangannya dan segera disambut oleh Liya. Sekali lagi pipi Akif dan Aleesya dicium oleh Liya sebelum Zafran pulak mencium pipi kedua-dua anaknya.
            “Have fun. Kirim salam dekat Abang Ameer dengan Kak Aida.”
            “Insya-Allah.. and you two, please take a good care of my children.” Sempat lagi Zafran berpesan untuk kesekian kalinya. Bukan dia tak percaya adik-adik dia ni tapi biasalah, perasaan risau tu bukan senang nak buang. Patutlah Kak Shakirah dulu tak boleh berenggang dengan Ridwan dulu.
            “Kitaorang tahulah!” Hannah dan Maya menjawab serentak. “Off you go now. Jangan lupa bawak balik apa-apa untuk kitaorang ni.”
            “Yelah…”


            “WOAH, cantiknya! Pandailah Abang Ameer reka semua ni. I’m impressed!” Terlopong jugak bila tengok dewan yang telah dihias cantik untuk majlis perkahwinan Ameer ni. Patutlah Natassha sibuk bukan main hari tu! Liya masih lagi sibuk mengagumi hiasan dalam dewan ni dan langsung tak perasan yang Zafran di sebelah mula memandangnya semacam.
            “You like it that much, huh?”
            Terus Liya berpaling dengan muka blur. “Hah?”
            “Abang tanya Mia suka sangat ke dengan hiasan dewan ni?” Soal Zafran dengan muka tenang walaupun sebenarnya hati dia tak adalah tenang mana sangat. Cemburu la jugak sikit bila si isteri memuji lelaki yang pernah menaruh hati pada isterinya dulu.
            “Suka!”  Liya tersenyum kecil. Eleh, macam la dia tak tahu kenapa Zaf tanya soalan macam tu! Dia dah kenal Zafran berzaman tau dan dia tahu Zafran tengah cemburu bila dia puji Ameer tadi. Sebenarnya dia sengaja nak mengusik Zafran. Sebagai balasan sebab ketawakan dia tadi.
            “You wanna know something?”
            “Hmm?” Kening Zafran terangkat.
            “Mia suka dewan masa majlis kita tu lagi. With all the flowers… you did a very good job, abang sayang…”
            Zafran memandang Liya tak berkelip. Haa… she knows me very well. Tanpa teragak-agak, dia terus memeluk bahu Liya supaya rapat dengan tubuhnya dan mereka berdua melangkah mendekati Ameer dan Aida yang tengah bersembang dengan beberapa orang tetamu. Tak ada persandingan pun sebab tanpa disangka-sangka, rupanya Ameer takut naik pelamin. Tu pun Liya yang bagitahu lepas sibuk mengorek rahsia daripada Ameer kenapa tak ada pelamin atas pentas tapi diganti dengan photoshoot booth.
            “Assalamualaikum Abang Ameer, Kak Aida…” Liya menegur dengan mesra. Ameer dan Aida berpaling serentak sebelum tubuh Liya ditarik ke dalam pelukan Aida.
            “How are you, Liya? Mana Akif dengan Leesya? They’re not coming?” Bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Aida.
            “Too many questions, kak…” Liya ketawa kecil. No wonder Ameer boleh jatuh cinta dengan Kak Aida. Loveable and pretty. Sesuai sangatlah dengan Abang Ameer yang kacak tu. “I’m fine, alhamdulillah. Akif dengan Leesya ada dekat rumah. Hannah dengan Maya tengah jaga dua beradik tu. Nanti lepas balik dari honeymoon, jemput datang rumah tau.”
            “Insya-Allah. Nanti akak ajak Abang Ameer pergi rumah Liya ye.  Boleh kan, bang?” Aida mengerling suami di sebelah. Ameer hanya mengangguk sambil tersenyum kecil. Tangannya pulak menggenggam tangan Aida yang berinai merah dan tiba-tiba Liya dapat rasakan tangannya digenggam oleh Zafran. Alahai suami aku yang sorang ni!
            “Jemput makan ye, Zaf… Liya…”
            “Terima kasih Ameer and by the way, selamat pengantin baru.”
            “Thanks Zaf.” Ameer tersenyum. Dia mengerling Liya di sebelah Zafran yang nampak sangat bahagia dan kemudian dia memandang Aida. Perancangan Allah SWT memang terbaik. Allah tak bagi dia Liya tapi Allah bagi Aida untuk melengkapi hidupnya.
Zafran mengukir senyuman dan menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Ameer. Dia mengerling Liya yang turut tersenyum dan makin melebar senyumannya apabila melihat Liya mengenyit mata.



          
Photobucket

11 comments:

  1. tak sangka dpt bc smbgn mlmni saat diri boring tahap gaban.tiba2 bila bz n tup2 siap sume keje n dpt bc psl zaf n liya.senyum simpul betul.zaf punya karakter dah bertambah2 sweet.
    tq liya tuk entry yg sweet.

    ReplyDelete
  2. Rindu MK ngan MP sangat2 .... :')

    ReplyDelete
  3. nice.. :D new novel!!!!! please..........

    ReplyDelete
  4. Huhu.. Lps gk rindu kat MK & MP...

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...