Monday, August 26, 2013

Kata Dari Hati 2


BAB 2

APABILA sampai dekat depan rumah Encik Ahmad, Hilman  dah mula teragak-agak nak keluar dari kereta tapi akhirnya dia keluar jugak selepas ditarik oleh Puan Maznah. Dia memandang lama rumah kayu yang berdiri teguh di hadapannya sekarang dan hati dia mulalah berdebar-debar macam baru lepas lari 100 meter. Ya Allah, betul ke keputusan dia ni? Tak lama lepas tu, ada seorang lelaki dan seorang wanita yang lebih kurang sebaya dengan papa dan mama turun dari tangga rumah tu.
“Assalamualaikum Mad.” Terus Encik Yusuf bersalaman dengan Encik Ahmad sebelum memeluk tubuh sahabat baiknya itu. Dah lama jugak mereka berdua tak berjumpa. Kali terakhir pun masa Encik Ahamd datang melawat pejabat dia beberapa bulan yang lepas.
“Waalaikumsalam Yusuf. Kau sihat?”
“Alhamdulillah sihat.”
Puan Maznah pula bersalam-salaman dengan Puan Rohana. Rania yang dari tadi memerhati dari atas rumah dah berpeluh-peluh walaupun baru lepas mandi. Sungguhlah dia tak bersedia nak jadi babysitter anak kawan ayah tu. Kenapalah ayah baru nak bagitahu hari ni? Kenapa tak bagi dia masa untuk mempersiapkan mental dan fizikal dulu?! Akhirnya dia melangkah turun ke bawah selepas menarik nafas berulang kali. Tak apa Nia! Tak apa. Setakat budak bandar tu, insya-Allah kau boleh handle. Jangan takut. Jangan risau.
“Haa.. ni anak aku. Rania.. ni Pak Cik Yusuf dengan Mak Cik Maznah.” Encik Ahmad memaut bahu Rania yang dah berdiri di sebelahnya. Rania terus bersalam dengan Puan Maznah sambil tersenyum dan pandangan matanya terlekat pada lelaki yang berdiri di sebelah Encik Yusuf. Ni mesti budak bandar tu kan? Masya-Allah, kereknya muka!
“Rania… ni Hilman.” Mata bertentang mata. Perlahan-lahan Rania mengukir senyuman walaupun agak payah sebenarnya. Tak nak tunjuk perangai tak elok. Nanti tak pasal-pasal kena piat telinga depan Makcik Maznah dengan Pakcik Yusuf ni.
“Jemputlah naik. Hilman, jemputlah naik sekali.” Encik Ahmad memaut bahu Encik Yusuf dan beriringan naik ke atas rumah. Hilman hanya mengangguk kecil sambil tersenyum. Sempat dia mengerling Rania yang tengah pandang dia dengan muka tak puas hati sebelum turut naik ke atas.
Rania dekat belakang dah ketap gigi. Belum apa-apa lagi dia dah rasa aura kerek budak bandar ni. Macam manalah dia nak menjaga budak ni nanti? Suruh duduk dalam kandang lembu kot baru boleh insaf sikit?
“Nia, meh tolong mak dekat dapur ni.”
Segala idea yang ada untuk menginsafkan budak bandar tu terus berterbangan apabila kena panggil dengan mak. Tapi tak apa sebab Rania Adila insya-Allah sentiasa ada idea!


DARI TADI Hilman pandang gadis di hadapannya dengan pandangan kurang selesa. Kenapa Pak Cik Ahmad suruh budak tak cukup tinggi ni jaga dia? Takde orang lain ke yang lebih dewasa dan matang? Mampu ke dia ni nak tolong aku nanti? Hilman dah mula tak sedap hati. Dia kerling Encik Yusuf dan Puan Maznah yang tengah bersembang-sembang dengan Pakcik Ahmad dan Makcik Rohana dekat meja makan sebelum mengalihkan pandangan pada budak perempuan tak cukup tinggi ni balik.
            “Nama kau apa?” Soal Rania tiba-tiba setelah lama mereka berdua berdiam diri. Tak main guna ‘saya awak’ dengan lelaki ni. Kena guna cara yang nampak santai tapi tegas. Eh, ada ke cara tu? Haa… apa-apa ajelah Rania! Abang Reza pulak dari tadi asyik menjeling-jeling sampaikan dia naik bosan! Konon aje baca surat khabar padahal nak curi dengar!
            “Hilman Danish.”
            Rania mengangguk. Sedap nama tapi muka berlagak. Nasib baik ayah dan mak dia baik. At least tak la sakit sangat hati aku! Dahlah sakit hati apabila kena jadi babysitter lelaki ni tapi dia cuba ikhlaskan hati sebab sayu dengar permintaan Makcik Maznah tadi. Nampak sangat yang Makcik Maznah betul-betul perlukan bantuan dia.
            “Rania tolonglah anak mak cik tu. Kerja-kerja berat ni memang dia langsung tak reti nak buat. Makcik dengan pakcik dah tak tahu nak buat apa. Makcik harap Rania dapat tolong dia sebaik mungkin.”
            “Kau?” Tanya Hilman pulak.
            “Rania Adila…”
            Hilman memandang Rania dengan muka tenang. “Panggil apa?”
            “Rania. Aku panggil kau Man eh?”
            Tersedak air liur Hilman dibuatnya. Man aje? Nama dia bukan main sedap tapi budak ni nak panggil Man je?!
            “Call me Hilman.”
            Rania mencebik. Amboi, nak speaking pulak dengan aku! Duduk lama dekat oversea la katakan. Mestilah selalu speaking aje masa dekat sana.
“Hilman panjang sangat. Man pendek dan senang.”
Hilman merengus. Itu menipu namanya. Nama dia bukannya panjang sangat pun. Budak tak cukup tinggi ni sengaja nak cari alasan!
“Aku nak tidur mana ni?” Tanya Hilman sambil menggeliat. Penat tubuh badannya duduk dalam kereta berjam-jam lamanya.
“Apa tidur?! Kau kena ikut aku pergi tengok kandang dulu.” Rania dah menjegil biji mata. Banyak cantik nak tidur ye, cik abang? Sekarang ni waktu bekerja, malam nanti barulah waktu tidur!
“Kandang?” Berkerut dahi Hilman. Kandang apa kebenda pulak ni?
“Kandang lembu dan kambing ayah aku!”
Terbeliak bijik mata Hilman. Kandang lembu dan kambing  ayah dia?!
“Biar betul?” Soal Hilman tak percaya. Mulut pun dah terlopong.
“Iyelah! Sekarang ni baru pukul 4. Lepas Asar, kita terus gerak pergi sana. Kau pakai baju biasa-biasa je tau. Kasut-kasut mahal tu nanti semua simpan, tu pun kalau kau sayanglah dengan kasut-kasut kau tu. Kalau tak sayang sangat, boleh bawak pergi kandang nanti.” Sempat lagi Rania menyindir sambil tersenyum. Sengaja nak menyakitkan hati Hilman sebenarnya.
“Kau main-main je kan?”
“Muka aku nampak macam main-main ke?”
Hilman menggeleng. Muka diraup kasar. Masalah betul! Baru aje dia nak rehatkan badan tapi tiba-tiba kena pulak pergi kandang lembu, tempat yang dia langsung tak pernah jejakkan kaki sebelum ni. Argh, budak ni tak tahu ke penat tau tak duduk dalam kereta berjam-jam lamanya?!
“Bagus. Sekarang ni kau boleh bersiap. Jangan lambat!” Selepas selesai bagi arahan mandatori, terus Rania bergerak ke arah mak ayahnya.  Reza pulak dah tahan gelak apabila tengok muka Hilman yang dah masam mencuka. Nasiblah Hilman… dapat babysitter garang macam tu.
“Ros, nanti ikut akak pergi kandang.” Sempat Rania berpesan dekat adik perempuannya yang tengah tengok televisyen. Adik bongsu yang baru lepas habis periksa Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) baru-baru ni.
“Okey!”



RANIA dah menggeleng kepala tengok Hilman yang nampak sangat tak pernah masuk tempat-tempat macam ni. Dari tadi asyik tampar nyamuk je. Tak macho langsung! Aku yang perempuan ni pun tak macam tu. Ros tu pun okey aje. Mamat ni seorang aje yang banyak masalah.
“Berapa lama lagi kau nak duduk sini?” Hilman bertanya dengan nada bengang campur penat. Muka pun dah habis bintik-bintik merah sebab kena gigit dengan nyamuk. Argh!
“Sekejap la…”
“Banyak nyamuk la!” balas Hilman geram. Budak ni pun satu! Buat apa nak tengok lembu-lembu ni lama sangat?!
Ros dah tergelak kecil tengok gelagat Hilman. Pandai ayah pilih orang untuk jagakan Abang Hilman ni. Tersangatlah sesuai! Kak Ngah dia tu memang nampak selalu nampak garang tapi sangatlah baik hati. Kalau nak tengok sisi dia yang baik hati tu, tunggu apabila kita dah lama kenal dia.
“Kau kena biasa dengan nyamuk-nyamuk ni semua. Sepanjang kau tinggal dekat sini, kau kena ikut aku datang sini! Kalau kau degil, aku report kat mak ayah kau. Biar kau tak dapat elaun kau!” ucap Rania sambil tersenyum sinis. Bajet aku tak tahu yang dia datang sini sebabkan elaun yang ayah dia janji nak kasi tu! Semua benda Encik Yusuf dah ceritakan sebab nak bagi senang sikit kerja Rania nak handle si Hilman tu nanti.
Hilman pandang Rania dengan pandangan tajam. Papa ni pun satu! Kenapa semua benda nak kena cerita dekat budak tak cukup tinggi ni?
“Cepatlah!” gesa Hilman lagi. Lagi seminit dia duduk sini, memang habislah darah dia dikerjakan nyamuk-nyamuk ni! Kalau nyamuk Aedes yang gigit dia macam mana?
“Yelah-yelah. Macam pak cik betullah kau ni.” Rania mengemas barang-barangnya sambil membebel dengan nada suara yang perlahan. Susah kalau kena jaga budak bandar macam ni! Kerja tahu merungut aje.
“Kau pandai bawak moto tak?”
Hilman mengangguk.
“Nah, bawa moto aku ni balik.”
“Kau balik dengan apa?”
Rania memuncungkan mulutnya dekat sebuah lagi moto buruk yang ada dekat tepi kandang. Moto tu sebenarnya moto Farouk tapi Farouk dah beli moto lain jadi dia letak moto tu dekat sini. Senang kalau tiba-tiba nak guna dua buah motor.
“Ros, balik rumah dulu. Nanti akak ikut dari belakang.”
“Ros ingat nak singgah rumah Pak Leman. Nak jumpa Zati tapi sekejap jelah. Lepas tu terus balik rumah.”
“Okey tapi jangan lama sangat tau.”
Ros mengangguk kecil sebelum menyuruh kakaknya supaya berdiri dekat dengannya. “Susah jugak kan nak jaga budak bandar?”
“Baru tahu ke?” Rania dah jegil biji mata. Dia dah tahu lama dah kot!
Ros akhirnya ketawa sebelum mengayuh basikalnya. Sempat jugak dia mengenyit mata dekat Rania sambil melambai kecil.
“Pandai ke kau bawak moto?” Tanya Hilman setelah Ros dah jauh ke hadapan.
“Eh, kau! Jangan pandang aku sebelah mata. Aku ni ratu motor kampung ni dan nasib baik motor aku tu ayah aku bawak datang sini tadi sebelum nak pergi pekan. Kalau tak, kau kena jalan kaki tau!” balas Rania sambil menolak motor Farouk.
“Fine. Tunjuklah dekat aku macam mana kau bawak motor!”
Rania menyentuh hidungnya sebelum tersenyum senget. Kau cabar aku ye. Saksilah kehebatan Rania Adila membawa motor!


“DEGIL! DEGIL! Mak dah kata jangan bawak laju-laju tapi kamu degil.” Ucap Puan Rohana geram sambil meletakkan ubat dekat luka Rania. Terkejut dia tadi apabila Hilman bawak balik Rania dengan luka dekat siku dan kaki. Lepas tu pandai pula berahsia bagai pasal hal ni. Sedar-sedar aje Reza dah bawak balik naik kereta. Motosikal pulak Hilman yang tolong bawakkan. Cuma motosikal Farouk aje yang ditinggalkan dulu. Dia dah agak dah yang mesti anak dara dia yang sorang ni akan buat perangai. Suka sangat bawak motor macam pelesit!
Hilman yang duduk dekat muka pintu menahan gelak apabila tengok muka cemberut Rania. Nak sangat ajak lawan tadi, akhirnya dia terkulai dekat tepi jalan. Pokok yang bukan main besar tu pun dia tak nampak. Boleh pulak pergi langgar pokok tu! Nasih baik luka tak teruk. Tu pun mulut tak reti duduk diam. Asyik nak membebel aje walaupun tengah sakit.
“Kau nak gelak ke apa tu?!” Sergah Rania dekat Hilman. Bajet dia tak nampak Hilman yang tengah tahan nak ketawa tu.
“Hish kamu ni! Cuba buat perangai sopan sikit…” Puan Rohana dah menepuk lengan anaknya.
Rania mencebik. Buat apa nak sopan-sopan dengan mamat berlagak tu!
“Hilman… pergilah makan dekat dapur tu. Nia pun pergi makan. Tadi makan apa je. Lepas tu mandi, kita solat Maghrib berjemaah…” ucap Puan Rohana sambil menutup botol minyak gamat. Rania dan Hilman mengangguk sebelum cepat-cepat Rania ke dapur. Memang perut dia berkeroncong dari tadi. Laju je dia bukak sarung saji sebelum tersenyum lebar.
“Sedapnya! Ada sambal belacan!”
Hilman yang baru muncul dekat dapur berdiri di sebelah Rania. Dia tengok lauk-lauk yang disediakan oleh Puan Rohana. Semua lauk yang ada dekat atas meja dia jarang tengok sebenarnya.
“Ni apa?” Tanya Hilman sambil menunjuk ke arah mangkuk yang isinya berwarna hijau. Macam cili yang dilumatkan pun ada.
“Melampau kau ni! Sambal belacan pun tak tahu!” terkejut Rania dibuatnya. Ni dah kes naya! Sambal belacan pun tak tahu memang teruk la! Ni la makanan yang paling sedap di dunia tau!
“Manalah aku tahu. Mama tak pernah buat pun.”
“Sedap tau. Kalau makan dengan ikan goreng plus dengan nasi panas-panas, memang pergh!” Nak meleleh air liur Rania bila dia bercerita keenakan sambal belacan dengan ikan goreng.
“Tak pedas ke? Ni macam cili je?”
“Tak pedas! Duduk kat sana.”
Rania terus menceduk nasi ke dalam pinggan Hilman sebelum mencedok sesudu kecil sambal belacan. Tak boleh nak bagi banyak-banyak kat dia sebab nanti tak cukup untuk diri dia. Sempat lagi nak tamak sambal belacan tu.
Hilman yang tak tahu apa-apa pasal sambal belacan terus gaul nasi dengan sambal belacan tu sementara Rania pergi ambik air dalam peti sejuk. Tanpa berfikir panjang, terus dia masuk dalam mulut. Mula-mula memang sedap tapi lama-lama, rasa nak terbakar lidah dia!
“RANIA! What have you doneee?!”
Rania tercengang apabila tengok Hilman mengipas-ngipas mulutnya. Kemudian Rania memandang pinggan Hilman. Astaghfirullahallazim… patutlah macam cacing kepanasan dah ni!
“Yang kau pergi gaul sambal belacan dengan nasi, kenapa?!” Cepat-cepat Rania menuang air ke dalam gelas dan memberikannya dekat Hilman. Sekali teguk je, habis air dalam gelas. Dia hulur gelas dekat Rania, mintak dituangkan lagi air sejuk ke dalamnya.
“Kau cakap tak pedas!”
“Tak pedas kalau makan sikit-sikit!”
Hilman merengus geram. Pijar lidah dia sekarang ni! Mengadu kat mama nanti baru padan muka si Rania ni nanti!
“Lain kali kalau tak reti nak makan, tunggu aku dulu. Jangan nak makan sorang-sorang…”
“Pedas wei! Pedas!”
Rania cuba nak menahan gelak. Kelakar bila tengok muka si Hilman. Naik merah macam warna tomato!
“Ya Allah, Hilman! Kenapa dengan Hilman ni, Nia?” Cepat-cepat Puan Rohana mengeluarkan ais daripada peti ais dan menyuruh Hilman kunyah.
“Dia gaul nasi dengan sambal belacan. Cool tak mak? Nia yang suka sambal belacan pun tak mampu buat macam apa yang Man buat ni.” Rania ketawa sambil memandang Hilman yang tengah pandang dia dengan muka tak puas hati.
“Hah? Kamu gaul nasi dengan sambal belacan?” Puan Rohana pun dah naik terkejut. Patutlah muka Hilman merah sangat!
“Saya tak tahu, makcik. First time makan sambal belacan ni.”
Rania cuba nak tahan ketawa tapi akhirnya dia tak mampu dan dia terus gelak. Hilman memang lawak. Sangat lawak. Gelak punya gelak sampaikan siku yang luka tadi terkena bucu meja. Rasa macam nak jerit sekuat hati!
Kali ni Hilman pulak yang ketawa. Haa… padan muka! Ini karma namanya. Gelakkan sangat orang akhirnya dia sendiri dapat balasan.

p/s : Enjoy! Comments are loved ♥


Photobucket

7 comments:

  1. padan muka mamat bandar kerek tu :p hahahaha! mula2 kena kiss bite dek nyamuk, pastu merah muka sebab sambal.. sambal pun kau tak kenal eyh? hehe

    good job Moon (Y)

    ReplyDelete
  2. best... dah lama tak makan sambal belacan... ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih :D takpe, lepas ni boleh start makan sambal belacan balik.

      Delete
  3. hahaha... klakar la part sambal belacan and siku terkena bucu meja... memang the best la cerita ni..

    ReplyDelete
  4. memang klakar la part sambal belacan and siku terkena bucu meja... cerita ni memang the best la

    ReplyDelete
  5. Best... Tpi nak bca kafe damia la...

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers