Page Fallenmoon/Liya Zafrina : Klik di sini
Group Atas Nama Cinta-Mu : Klik di sini

Saturday, January 2, 2010

Unforgettable Part 22


Daniel sudah naik letih menjerit nama Hana namun masih tiada sahutan.Dia terus berjalan masuk ke dalam hutan.Kemudian dia terdengar seseorang menjerit namanya.

"Itu suara Hana."kata Daniel dan dia mempercepatkan lariannya sambil menjerit nama Hana.Dia dapat melihat seorang perempuan sedang bersandar di sebatang pokok sambil menekup telinganya.

"Padanlah dia tak dengar.Dah tutup telinga."

"Hana.."panggil Daniel sambil mencuit bahu Hana.Hana yang masih dalam ketakutan tidak mengendahkan Daniel.Dia takut jika itu hanyalah khayalan.

"Hana..ni aku lah.Bukak mata kau."perlahan-lahan Hana mula membuka matanya.Dia menangis apabila melihat Daniel sedang duduk di hadapannya dan dengan spontan terus memeluk Daniel.

"Aku takut!"

"Ratu taekwondo pun takut jugak ke?"

"Apa kau ingat ratu taekwondo tak ada perasaan?"

"Yalah..tak payah takut dah.Aku kan ada.Jom kita balik."kata Daniel.Dia menepuk-nepuk bahunya.Hana memandangnya dengan pelik.

"Kenapa kau tepuk bahu kau?"

"Naik atas aku.Aku kendong kau."

"Kau biar betul.Aku boleh jalan lagilah."balas Hana dengan mata yang terbeliak.

"Naik jelah."

"Yelah yelah."perlahan-lahan Hana naik di atas belakang Daniel.Kemudian dia merasakan tubuhnya diangkat.

"Macam mana kau tahu aku ada dekat sini?"tanya Hana.

"Carl bagitahu.Dia nampak kau masuk hutan.Yang kau ni pun satu, kenapa masuk hutan malam-malam?"

"Aku cari kau!"

"Cari aku?Buat apa?"

"Anne kata kau masuk hutan sorang-sorang."

Daniel terdiam seketika.Memang tadi dia ada masuk hutan tapi sekejap je dan dia langsung tak nampak kelibat Anne ketika itu.

"Memanglah aku masuk tapi sekejap je.Lagipun aku duduk kat tepi je bukan sampai dalam hutan."

"Hana.."panggil Daniel apabila tidak mendengar suara Hana lagi.Dia memusingkan kepalanya sedikit dan melihat apa yang sedang Hana lakukan.

"Lah, tidur pulak."kata Daniel sambil tersenyum.Dia meneruskan perjalanan namun dia berhenti seketika.

"Mana satu jalannya ni?"keluh Daniel.Dia menggaru-garu kepalanya.

"Alamak!! Aku dah tak ingat!"

"Apa yang kau tak ingat?"tanya Hana dalam keadaan mamai.

"Jalan balik."

"WHAT?!"jerit Hana sedikit terkejut.Matanya terus terbuka luas.Dia meminta supaya Daniel menurunkannya.

"Macam mana ni?"tanya Hana sambil berjalan mundar-mandir.

"Kita tunggu jelah sampai diorang datang.Tu pun kalau diorang datang."

"Apa maksud kau? Kalau diorang tak datang, macam mana dengan kita?"

"Jadi Tarzanlah."

Hana mencebik bibir."Tarzan tu lelakilah!"

"Kau jadi Jane."balas Daniel sambil tersengih.

"Tak berminat."Hana kemudiannya duduk sambil menongkat dagu.

"Aku sejuklah."

"Nah, ambik jaket aku."Daniel menghulurkan jaketnya kepada Hana.

"Tak apa ke?Nanti kau sakit pulak."

"Tak apa."balas Daniel sambil memakaikan jaketnya ke Hana.

"Dah panas sikit?"tanyanya.Hana menganggukkan kepala.

"Daniel.."

"Apa?"

Hana menarik nafas dalam-dalam.Dia bimbang kalau soalan ini akan menyebabkan Daniel marah tetapi dia mesti juga tanya.

"Bukan mak kau Mak Cik Jia ke?"

Muka Daniel berubah menjadi masam.Dia tahu suatu hari Hana pasti akan tanya juga soalan itu.Dia sudah lama memendam rahsia tersebut daripada Hana.

"Sape tu? Aku tak kenal."

"Takkan mak sendiri pun kau tak kenal."

"Aku tak kenal dia yang aku kenal cuma mama aku sekarang iaitu Puan Vee!"kata Daniel dengan tegas.

"Apa yang dah berlaku sebenarnya? Kenapa kau cakap bila aku pergi semuanya berubah?"

Daniel mendengus perlahan.Perlahan-lahan dia menarik nafas sebelum mula bercakap."Memang sejak kau pergi banyak dah berubah."

"Apa yang dah berubah?"

"Semua yang berkaitan dengan aku."

"Cuba kau cerita dekat aku."

"Kalau aku cerita pun, tak ada gunanya lagi.Semua dah terjadi."

"Aku tak kira! Kau kena cerita jugak!"

Daniel memandang wajah Hana."Masa hari kau pindah sekolah, aku tak pergi sekolah.Dan pada waktulah semuanya dah tak sama.Pagi tu, mak aku bergaduh dengan ayah aku.Dia cakap ayah aku miskin, selalu tak ada duit sampaikan kami terpaksa berlapar.Dia tengking ayah aku.Aku tak boleh nak buat apa-apa sebab ayah aku dah kunci aku dalam bilik waktu tu.Tak lama lepas tu, mak aku tinggalkan ayah aku.Dia mintak cerai dan disebabkan ayah aku terlampau sayangkan mak aku, dia pun ceraikanlah mak aku.Mak aku kahwin dengan orang lain lepas dia bercerai.Ayah aku sedih sangat dan dia langsung tak nak makan.Lama-kelamaan kesihatan ayah aku semakin terjejas dan akhirnya dia meninggal."

Daniel menarik nafasnya dan berpaling ke arah Hana."Aku pergi rumah mak aku lepas ayah aku meninggal tapi kau tak apa dia cakap..Dia cakap aku bukan anak dia.Aku anak orang miskin jadi aku tak layak panggil dia mak.Betapa hancurnya hati aku! Suami baru dia terus halau aku keluar.Aku tak tahu apa nak buat masa tu dan aku hanya ingat pasal kau Hana.Alangkah bagusnya kalau kau ada waktu tu tapi aku tahu semuanya mustahil sebab kau dah pergi jauh.Aku hilang arah tujuan waktu tu sampaikan aku kutip makanan tepi tong sampah sebab tak ada duit."

Air mata Hana mengalir.Dia mengenggam kuat tangan Daniel.Daniel membalas genggaman Hana dan tersenyum ke arahnya.

"Tapi semua tu berubah bila mama jumpa aku.Masa tu dia terlanggar aku.Cepat-cepat mama aku bawak pergi hospital dan nasib baiklah aku tak cedera parah.Mama bawak aku balik rumah dan jaga aku macam anak sendiri.Papa pun baik tapi beberapa tahun kemudian papa meinggal sebab sakit jantung.Dua kali aku kehilangan ayah.Memang sedih sangat-sangat tapi aku pasrah.Bila aku masuk U, barulah aku jumpa dengan Shin, Fay, Max dengan Carl.Diorang baik sangat dengan aku.Masa tu diorang memang dah jadi penyanyi, jadi selalulah jugak aku tengok diorang berlatih."

"Sejak bila kau minat menyanyi dengan menari?"

"Entahlah, tiba tiba je.Bila aku tengok diorang menyanyi dengan menari,aku macam berminat nak cuba jadi satu hari, aku menyanyi depan diorang.Diorang kata suara aku sedap dan aku pandai menari, jadi diorang minta aku supaya join V-Pop.Mula-mula tu memanglah aku tak nak sebab aku kan baru je start menyanyi tapi lama-lama aku terimalah jugak."

"Memang patut pun kau join.Suara kau memang sedap."

Daniel tersenyum kecil."Thanks.Aku tak pernah menyesal masuk kumpulan V-Pop sebab aku dapat jumpa kau."

"Samalah dengan aku.Diorang pun baik-baik."

"Daniel..ada satu benda lagi aku nak tanya?"

"Kenapa kau tak berapa suka perempuan? Aku ingat lagi masa hari aku curi-curi dengar pasal korang nak cari pengurus, kau marah aku."

"Kau curi-curi dengar rupanya.Bila aku kata macam tu, kau tak mengaku."

"Ala, jatuhlah reputasi kalau mengaku."

"Aku tak berapa suka perempuan bila aku ingat balik apa yang mak aku buat pada aku dengan ayah."

"Tapi tak semua orang perempuan tu sama."

"Aku tahu tapi aku saja je tak nak terima."

"Hish..ada ke patut?"

Daniel ketawa melihat muka Hana yang masam."Tak lawalah buat muka macam tu."

"Memang aku tak lawa pun."

"Sape cakap? Biar aku luku dia."

"Aku yang cakap.Kau berani ke nak luku aku?"sindir Hana sambil ketawa.

"Berani!Meh sini aku luku kau."kata Daniel sambil mendekati Hana.Hana menampar-nampar tangan Daniel.

"Daniel,kita kawan kan?"

Daniel mendiamkan diri seketika."Ya, kita kawan."

Hana memberikan senyuman kepada Daniel.Matanya sudah mulai kuyu.

"Aku ngantuklah."ujar Hana sambil menguap.

"Tidurlah dulu."

"Kau?"

"Nanti aku tidurlah.Tak yah lah bimbang."

"Mana ada aku bimbang!"

"Aku tahu kau nak cover.Tak apa kerana aku seorang yang memahami."

"Dah dah..jangan nak perasan.Aku nak tidur dulu.Good night Pretty Boy."

Daniel tersenyum kecil.

'Hana panggil aku Pretty Boy..'

***********************************************************************************


"Lambatnya Daniel ni."keluh Fay.Dia dan semua orang yang berada di situ sudah tidak senang duduk.Mereka risaukan keselamatan Hana dan Daniel.

"Dah berapa lama diorang pergi?"

"4 jam dah."

"Jomlah kita masuk dalam hutan."cadang Max.

"Aku takut kita pulak yang sesat nanti.Tunggu hari cerahlah."kata Carl.

"Betul jugak cakap Carl.Esok pagi-pagi lagi kita masuk hutan cari Daniel dengan Hana."

"Ok!"jawab mereka semua serentak.

"Anne!"jerit Mike.Anne segera berpaling ke arah Mike.

"Ada apa?"

"Ni semua rancangan kau kan?"

"Rancangan apa?"

"Suruh Hana masuk hutan."

Anne tersenyum sinis."Kalau ya pun, kenapa?"

"Kau tahu kan aku sayang Hana.Kenapa kau buat macam tu?"

"Sebab Hana tak sayangkan kau! Dia suka Daniel!"kata Anne dengan muka yang merah.

Mike tersentak."Hana suka Daniel?"

"Ya..tadi aku dengar Hana cakap dengan Carl pasal Daniel."

"Tapi..tapi...dia tahu kan kau suka Daniel?"

"Dia tahu."

"Mesti dia tak akan rampas Daniel dari kau."

"Aku harap macam tulah and Mike, tolong lipat gandakan usaha kau boleh tak?"

Mike mengeluh lemah.Dia memerhatikan gerak-geri Anne yang semakin menjauh.

'Sebab Hana suka Daniel'

Kata-kata Anne terus terngiang-ngiang.Dia menekup telinganya rapat-rapat.

***********************************************************************************

Hana bangun sambil mengurut lehernya yang lenguh kerana tidur beralaskan...Dia berpaling untuk melihat dia tidur atas apa.

"Daniel! Aku tidur atas paha Daniel! Adoi!!!"kata Hana sambil menepuk dahinya.Daniel masih lagi tidur.Perlahan-lahan Hana mengangkat tangan untuk menyentuh muka Daniel.Dia membelai-belai rambut Daniel.

'Lembutnya!'

Tiba-tiba Daniel meracau-racau.Hana yang terkejut cuba menyedarkan Daniel tetapi Daniel semakin meracau-racau.Hana meletakkan tangannya di atas dahi Daniel.

"Panasnya! Dia demam ni."Hana mula berasa cemas.

"Kena keluarkan dia dari sini tapi macam mana?"keluhnya.Perlahan-lahan dia mula mengendong Daniel.Walaupun berat tapi dia cuba kuatkan semangat.

"Ganbatte Hana!!"katanya berulang kali ketika cuba mencari jalan keluar.Dia memandang ke arah Daniel yang masih lagi meracau-racau.Muka Daniel juga sudah berubah menjadi pucat.

"Kau bertahan ye Daniel.Aku cuba cari jalan keluar."kata Hana dengan cemas.Dia melajukan langkahnya.Yang menjadi keutamaannya sekarang adalah Daniel.

"Hana! Daniel! Korang kat mana?!"Hana terdengar jeritan seseorang.Dia mempercepatkan langkahnya.

"FAY! SHIN! Kami ada kat sini."laung Hana kuat.Fay dan Shin saling berpandangan sebelum mula berlari ke arah suara jeritan Hana.Mereka berdua terkejut sebaik sahaja melihat Hana sedang mengendong Daniel.

"Kenapa dengan Daniel?"

"Dia demam.Mungkin sebab sejuk sangat semalam."balas Hana.Fay segera mengendong Daniel pula.

"Kenapa korang tak keluar?"

"Kami tak ingat jalan keluar."

"Hana, muka awak pucat."

"Saya..."Hana mulai menutup matanya.

"Hana pun demamlah."kata Shin sambil mendukung Hana.

"Jomlah cepat.Kita bawak diorang pergi klinik."

"Hana..aku sukakan kau."kata Daniel tetapi matanya masih terkatup rapat.Shin dan Fay membulatkan mata.Terkejut!


p/s: Hari ni Moon rajin sangat sebab post sampai 2 entry baru..:) Harap semua suka dan komenlah hasil karya Moon..Terima kasih..


2 comments:

  1. ermm nak lagi....
    nak n3 hana n daniel tahu isi hati msg2 huhuh...
    ermmm bencilah anne ngn mike tu...huhu
    ermm panjang lagi ke cte ni...
    :)

    ReplyDelete
  2. kyaa!! kenapa bila hana dah pengsan baru daniel cakap cmtu??!!
    aduuhh~ hehe

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...