Saturday, December 26, 2009

Unforgettable Part 12




"Hana, pukul berapa kau tidur semalam?"tanya Haruhi.Dia terkejut apabila melihat mata Hana yang bengkak.

Hana mengurut kepalanya yang pening."Pukul 5 pagi."

"Apa yang kau buat lama-lama sangat?"

"Aku tunggu Daniel call balik."

"Dia dah tidur kut."

"Entahlah.Haruhi, kau drive hari ni boleh? Aku tak laratlah."

"Yelah.Cepat makan."

Selepas mereka selesai makan, Haruhi dan Hana segera berangkat ke pejabat.Haruhi menghantar Hana dahulu sebelum pergi ke pejabatnya.

Perlahan-lahan Hana melangkah masuk ke dalam lif.Kepalanya semakin berat.Pandangannya pun mulai kabur.

"Hello semua."

"Hana, kenapa muka kau pucat?"tanya Fay.

"Tak ada apa.Saya okay."

"Oklah kalau macam tu."

"Betul ke kau okay?"perlahan-lahan Max meletakkan tapak tangannya di atas dahi Hana.

"Tak panas pulak."

"Saya okay.Jangan bimbang.Mana Daniel?"

"Daniel ada kat bilik latihan."jawab Max.

"Saya nak pergi jumpa dia sekejap."Hana segera menuju ke arah bilik latihan.Dia mengetuk perlahan pintu bilik tersebut dan menunggu sehingga Daniel membukanya.Daniel terkejut melihat muka Hana yang pucat.

"Hana, kau okay?"

"Aku o..."Hana merasa dirinya melayang tetapi dia sempat disambut oleh seseorang.

"Hana!"

***************************************************************************

"Lamanya dia pengsan."

"Aku risaulah.Jom bawak dia pergi klinik."

"Tak ada apa tu.Dia pening sebab tak cukup tidur."

"Macam mana kau tahu Daniel?"

"Tengok mata dia.Bengkak."

Perlahan-lahan Hana membukakan matanya.Pandangannya masih kabur.Dia cuba untuk bangun.

"Eh, Hana dah sedar."

"Hana, awak okay?"tanya Shin dengan cemas.

"Saya okay cuma pening sikit."

"Daniel cakap kau macam tak cukup tidur."kata Carl.Hana memandang ke arah Daniel yang duduk sebatu daripada mereka.

"A'ah.Tak cukup."jawab Hana perlahan.

"Kerja macam kau ni perlukan rehat yang secukupnya."

Hana tergelak kecil apabila melihat muka mereka yang serius.Masing-masing mengerutkan dahi.

"Kenapa kau ketawa?"tanya Max.

"Muka awak semua kelakarlah."

"Kelakar?"

"Ya terutama sekali bila buat muka serius."ujar Hana sambil ketawa.

"Sakit pun boleh lagi ketawa."tegur Daniel.

Hana masih lagi ketawa dan tidak lama kemudian, mereka semua pun ketawa kecuali Anne.

'Mengada betul..Pengsan konon!'sindir Anne di dalam hati.

"Hana, kau pasti ke yang kau dah okay?"tanya Anne dengan lembut.

"Aku dah okay.Thanks Anne."jawab Hana sambil tersenyum.

Ting..ting..

Mereka semua berpaling apabila mendengar bunyi loceng.Hana amat terkejut apabila melihat Mike yang kelihatan sangat cemas.Mike dengan segera menghampiri Hana.

"Hana, awak okay? Saya dapat tahu yang awak pengsan."katanya sambil menyerahkan beg plastik kepada Hana.

Hana melihat isi di dalam beg plastik itu.'Ubat! Arghh! Tak suka!'

"Terima kasih."balas Hana walaupun hakikatnya dia tidak suka ubat.

"Hana tak suka makan ubat."kata Daniel sambil berpeluk tubuh.Mike merenungnya tajam.

"Macam mana kau tahu?"tanya Mike dengan kasar.

"Aku kan kenal dia dah lama."jawab Daniel sebelum mengatur langkah ke bilik latihan.

Hana hanya tercengang melihat tingkah laku Daniel.Fay dan kawan-kawannya yang lain hanya tersenyum manakala muka Mike dan Anne amat susah untuk ditafsirkan.


************************************************************************************


"Apa awak buat tu Max?"tegur Hana.Max yang sedang memakai headphone langsung tidak memandangnya.

'Ni mesti tak dengar.'Hana tersenyum nakal sebelum menarik headphone Max dan menjerit di telinganya.

"Arghh!!"teriak Max sambil menekup telinganya.

"Apa ni, Hana? Bingit telinga aku."marahnya.

Hana hanya ketawa sebelum mengambil headphone Max dan terus memakainya.'Bestnya lagu ni.' Hana menjeling Max yang berada di sebelahnya.

"Lagu apa ni?"tanya Hana.

"The Way You Are."jawabnya.

"Best!" Perlahan-lahan Hana mula mengikut lirik lagunya walaupun tunggang-langgang.

"Tak payahlah nyanyi.Rosak lagu tu."

"Suka hatilah."

"Aku tak sangka."

Hana memandang pelik ke arah Max."Tak sangka apa?"

"Dah 2 bulan kau kerja dekat sini.Rasa macam baru je lagi."

"A'ahlah.Saya pun rasa macam tu."

Max menarik headphone yang dipakai oleh Hana.Hana merungut seketika tetapi Max hanya tersenyum.

"Aku tengok kau jarang cakap dengan Daniel.Kenapa?"

"Tak ada apa."

"Ye ke?"

"Iye..lagipun Daniel tu pun macam tak nak cakap dengan saya."

"Dia memang macam tu."

"Maksud awak?"

"Dia memang dingin dengan perempuan."

"Kenapa pulak?"

"Entahlah.Aku pun tak tahu."

Hana hanya mengeluh lemah.'Memang Daniel dah tak macam dulu.'

"Kau pergi tak rumah Daniel hujung minggu ni?"tanya Max.

"Ada apa kat rumah Daniel?"tanya Hana balik.

"Jamuan tapi aku tak tahu untuk apa.Mak dia ajak semua."

"Tak apa ke saya pergi? Lagipun Daniel tak ajak saya pun."

"Tak apa.Dia suruh saya ajak semua."tiba-tiba sahaja Shin datang dan duduk di sebelah Hana.

"Hmm..kalau macam tu saya pergilah tapi saya tak tahu rumah dia kat mana."

"Aku boleh ambik kau dengan Haruhi."kata Fay.

"Saya dengan Haruhi?"

"Yalah..korang berdua."

"Beres."ujar Hana sambil mengenyit mata.

***********************************************************************************

"Benci betullah aku!"jerit Anne ketika dia berada di dalam keretanya seorang diri.

"Kenapa lah dia boleh rapat dengan semua orang?!"jeritnya lagi sambil menghentak-hentak stereng kereta.Kemudian, terdengar bunyi mesej masuk.

Anne, Daniel ajak kita semua pergi rumah dia hujung minggu ni.Kau boleh pergi tak?

"Mungkin inilah apa yang diorang bincangkan tadi."bisiknya perlahan.Dia segera membalas mesej Hana.

'Ok.Thanks.' Dia menekan butang 'send'.

"Rumah Daniel.Bagus jugak!"

Dia segera mendail nombor seseorang. "Hello Mike!"

"Ada apa?"

"Kau ada tak dapat jemputan pergi rumah Daniel?"

"Hmm..tunggu sekejap." kata Mike sambil menilik kertas-kertas yang menimbun di atas meja kerjanya.Akhirnya dia menjumpai apa yang dicari.

"Ada.Undangan makan malam di rumah Datin Vee."

"Baguslah.Kau pergi ye sebab Hana dengan semua ahli kumpulan V-Pop pergi."

"Kau?"

"Aku mestilah pergi."

"Hmm..ok.Aku kena letak telefon.Ada call dari pejabat."

"Ok."ujar Anne.Dia tersenyum sinis.




********************************************************************************

Hana sedang menonton rancangan kegemarannya iaitu My Girl sambil memakan maggi.Kadang-kadang dia akan ketawa apabila terdapat babak-babak yang melucukan.Haruhi yang duduk di kerusi yang bertentangan dengannya kelihatan sangat gelisah.

"Hana."panggilnya.

"Apa?"

"Aku tak tahu nak pakai baju apa masa jamuan kat rumah Daniel tu nanti."

"Pakai je lah baju apa yang patut."

"Aku tahulah.Tapi apa? Gaun ke? Blouse ke?"

Hana mengerling ke arah Haruhi sekilas sebelum kembali menonton televisyen."Pakai blouse je."

"Hana ada orang hantar mesej."

"Sape?"

"Carl."

"Apa dia kata?" Haruhi membuka inbox telefon Hana.

"Hujung minggu ni tak jadi buat dekat rumah Daniel tapi kat Hotel Flourist."

"Hah?! Hotel?"tanya Hana sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

"A'ah.Kenapa kau terkejut?"

"Kayanya Daniel.Dulu Mak Cik Jia dengan Pak Cik Nan kerja biasa-biasa je."

"Ala, zaman dah berubah."

"Hmm.."

'Memang banyak yang dah berubah.'










2 comments:

  1. ape mslh anne ngn mike????????????????

    ReplyDelete
  2. Masalahnya si Anne sukakan daniel dan Mike pula sukakan Hana..

    Entah la, saya harap betul la...huhuhu >_<

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers