Monday, December 28, 2009

Unforgettable Part 16


Shin membelek-belek kertas di tangannya.'Banyak yang perlu dibereskan ni.' Matanya meliar-liar mencari Hana.

"Fay, nampak Hana tak?"

"Tak.Dia on the way dah kot."

"Kalau dia sampai, suruh dia pergi pejabat."pesan Shin.Fay mengangguk tanda faham.

"Encik Hau, boleh saya masuk?"

"Masuklah Shin.Ada apa yang boleh saya bantu?"

"Saya nak berbincang pasal camping tu.Aktiviti dia kena buat secara berkumpulan ke?"

"Ya tapi ada jugak yang kena buat secara individu."

"Baiklah Encik Hau.Nanti saya berbincang dengan Hana."

"Kalau boleh tolong selesaikan hal ni secepat yang mungkin."

"Baik.Saya keluar dulu."ujar Shin sebelum menutup pintu bilik pejabat.Hana yang baru sampai segera menghampiri Shin.

"Shin, Fay kata awak cari saya."

Shin tersenyum melihat Hana."Saya nak bincang pasal camping tu."

"Ohh..saya dah fikirkan aktiviti-aktiviti yang sesuai."balas Hana dengan gembira.

"Baguslah kalau macam tu."

"Hana!"jerit Fay.Dia menyuruh Hana untuk mendekatinya.

"Apa? Saya tengah busy ni."

"Marilah sekejap."dengan langkah yang malas Hana mula mendekati Fay.

"Apa?"

"Haruhi pergi tak camping tu nanti?"

"Dia kata nak pergi tapi bos dia tak beri cutilah."

"Bos tak beri cuti..tunggu sekejap."ujar Fay seraya mendail nombor seseorang.

"Hello abang.Kenapa tak beri Haruhi cuti?"

Kedengaran suara abangnya ketawa."Banyak kerjalah kat office."

"Ala, pleaselah.."pujuk Fay.Hana yang berada di sebelahnya tersenyum kecil.

"Yelah..tapi kali ni je."

"Yes!!! Thanks abang."kata Fay dengan gembira.

"Macam mana?"

"Beres!"jawab Fay sambil mengenyitkan mata.

Ketika Hana dan Fay sedang berbual-bual, Daniel baru sahaja sampai.Dia sempat memandang ke arah Hana yang kelihatan sangat ceria.Hana yang sedar tentang kehadiran Daniel hanya membuat muka selamba.

"Semalam, kenapa kau balik awal sangat?"tanya Fay.

"Saya letih."

"Kami terpaksa tukar lagu tau tak.."

Hana memandang Fay dengan pelik.

"Kenapa pulak?"

"Sebab mula-mula lagu yang kami nak nyanyi tu untuk kau."

"Lah, kenapa tak cakap awal-awal?"

"Nak buat suprise."

Hana tergelak kecil."Tak apalah.Lain kali nyanyi lagu tu balik."

***********************************************************************************




Hana sedang sibuk mengemas bilik muzik itu ketika Anne mendekati Daniel dan memberinya minuman.Entah kenapa hatinya sakit melihat apa yang berlaku.Dia menepuk dadanya perlahan.

'Chill Hana, jangan jealous? Ek! Jealous! Tak mungkin!'jeritnya di dalam hati.

"Terima kasih Anne."kata Daniel sambil memandang ke arah Hana.Hana masih tidak bercakap dengannya langsung hari ini.Kalau Hana ingin memberitahunya sesuatu, akan disuruhnya Fay untuk menjadi posmen.Walaupun dia senang Hana tidak lagi beria-ria untuk berbaik dengan dia tetapi sedikit sebanyak hatinya agak terluka.

'Kau tu ego, Daniel.' Dia mengakui yang dia memang ego dan dia masih lagi kecewa kerana Hana meninggalkannya ketika dia amat memerlukan seseorang untuk meluahkan perasaan.

"Daniel, awak okay?"tanya Anne.

Daniel berpaling memandangnya."Aku okay."

"Awak sedih pasal surat tu ke?"

"Aku tak nak cakap pasal surat tu."

"But why?"

"Saja.Tolong jangan cakap pasal tu lagi."

"Baiklah."ujar Anne lemah.

Fay yang sedang bermain-main dengan drumnya merenung ke arah Daniel dan Anne.Sekali-sekala dia turut memandang ke arah Hana.Dia dapat perasan yang Hana langsung tidak ingin bercakap dengan Daniel.Malah, Daniel pun nampaknya macam selesa je bila Hana tak nak cakap dengan dia.

"Fay, kau tengok apa?"tegur Max.

"Aku tengah tengok Hana, Daniel dengan Anne."

"Kenapa pulak kau nak tengok diorang?"

"Hmm..cuba kau tengok."

Max berpaling untuk melihat mereka.Kemudian dia mengerutkan dahi.

"Apa yang berbezanya?"

"Tulah kau! Tak tahu perkembangan."marah Carl yang baru sahaja duduk di sebelah Max.

"Lah, kenapa pulak?"

"Hana tulah orang yang selama ni Daniel cari."jawab Carl.Max memandangnya dengan riak wajah terkejut.

"Kau biar betul!"

"Betullah.Takkan aku nak tipu kau."

"Tapi kenapa Hana dengan Daniel tak macam kawan pun?"

Carl menjungkitkan bahunya.Dia memandang ke arah Fay kerana dia tahu Fay tahu jawapannya.

"Sebab Daniel ingat yang Hana tipu dia."jawab Fay perlahan.

"Tipu? Kenapa pulak Hana nak tipu dia?"

"Daniel ada dapat surat dulu.Hana yang beri surat tu 10 tahun yang lepas."

"1o tahun yang lepas?! Lamanya."

"Memang lama tapi baru sekarang Daniel dapat surat tu.Hana cakap dalam surat tu, yang dia akan selalu tulis surat untuk Daniel tapi Daniel tak pernah dapat sepucuk surat pun dari Hana.Tu sebab Daniel marah sangat dengan Hana."

"Tapi aku tak rasa Hana bersalah."

"Memang Hana tak bersalah pun.Aku rasa Daniel tu sedih sebab Hana tinggalkan dia di saat-saat Daniel perlukan teman.Kau kan tahu apa yang terjadi dekat Daniel."

"Kami tahu."jawab Max dan Carl serentak.

"Sedih pulak rasa."kata-kata Max menyebabkan Fay dan Carl pelik.

"Kenapa pulak?"

"Dua orang kawan baik yang terpisah.."

***********************************************************************************



Haruhi melangkah masuk ke dalam rumah dengan senyuman di bibir.Dia baru sahaja mendapat berita yang gembira.Sebaik sahaja melihat Hana yang sedang menonton televisyen, dia segera mengambil tempat duduk sambil tersengih-sengih.Hana pelik melihat Haruhi yang asyik tersenyum.

"Haruhi, kau okay ke?"

"Okay malah terlebih okay."

"Apa yang menyebabkan kau terlebih okay?"

"Bos beri aku cuti.Jadi bolehlah aku ikut pergi camping!"jeritnya dengan gembira.

Hana teringat kembali perbualannya dengan Fay semalam.Dia mengukir senyuman."Baguslah kau boleh pergi.Tentu Fay suka."

"Aku tak sabar rasa.Nak pergi kemas beg."ujar Haruhi.

"Lambat lagilah Haruhi."

"Biarlah lambat lagi pun.Aku nak ready je siap-siap."

"Suka hati kaulah."

"Hana, terima kasih."ucap Haruhi sambil memeluk tubuh Hana.

"Kenapa pulak?"

"Kerana kaulah, aku boleh kenal semua ahli kumpulan V-Pop."

Hana tersenyum ke arah Haruhi."No problem lah."

"Hana, kau berharap kau dengan Daniel bolehlah berbaik macam dulu."

Hana mengeluh perlahan."Entahlah Haruhi."

Hana mengerutkan dahinya apabila mendapat panggilan telefon daripada Mike.Haruhi yang berada di sebelahnya pun turut pelik.

"Hana, aku rasa dia suka kaulah."

"Mustahillah! Dia tu dah lah handsome kaya pulak tu.Takkan naknya kat aku ni."

"Habis tu selalu sangat dia call kau."

"Sebagai kawan jelah."

"Hello."jawab Hana.

"Hello Hana."

"Ada apa-apa yang boleh saya bantu?"

"Well..ada.Saya nak ajak awak pergi dinner boleh?"

"Dinner? Tonight?"

"Yes..kalau awak free."

"Kalau saya ajak Haruhi sekali boleh tak?"Haruhi yang berada di sebelahnya tersentak.Hana hanya tersenyum ke arahnya.

Mike mengerutkan dahinya.'Macam mana ni?'

"Sure.."

"Ok..thanks.See you tonight."

"See? Aku dah kata dia minat dengan kau."kata Haruhi.

"Ajak keluar dinner pun dah minat ke? Fay yang ajak kau pergi breakfast, lunch dengan dinner tu macam mana pulak?"tempelak Hana.

Haruhi tergelak kecil."Tu lain.Kami kawan."

"Yelah tu.Cepat siap."

"Aku tak nak pergi boleh tak?"

"No no! Kena ikut jugak.Jom cepat."ujar Hana dengan tegas seraya menarik tangan Haruhi supaya cepat mandi dan bersiap.

***********************************************************************************

"Hana, tak mahal ke makan kat sini?"bisik Haruhi ketika mereka bertiga melangkah masuk ke dalam sebuah restoran.

"Entah.Tak apa.Mike yang bayar."bisik Hana kembali sambil ketawa.

"A'ahlah kan."Haruhi juga turut ketawa.

"Awak berdua nak makan apa?"pertanyaan Mike menyebabkan ketawa mereka berdua terhenti.

Hana dan Haruhi membelek-belek menu yang berada di hadapan mereka.Mereka agak pelik dengan nama makanan yang tidak pernah didengari.

"Haruhi, kau nak makan apa?"

"Tak tahulah.Nama makanan ni pun pelik je."

"A'ahlah.Aku pun fikir macam tu jugak."

"Suruh jelah Mike order apa-apa pun."

"Okay."ujar Hana.Mereka berdua meletakkan kembali menu di atas meja.

"Mike, awak orderlah apa-apa pun.Kami ikut je."

"Okay..Hmmm..chicken chop tiga lepas tu jus oren 3.Tak apa kan?"tanya Mike.

"Okay."jawab Hana dan Haruhi serentak.Tiba-tiba telefon Haruhi berbunyi.

"Hello Fay."

"Hi Haruhi.Awak ada kat mana?"

"Saya ada kat luar.Tengah makan.Kenapa?"

"Ohh..tak ada apa.Saja je tanya."jawab Fay perlahan.Niat di hati ingin mengajak Haruhi dan Hana keluar makan dengannya.

"Sape telefon, Haruhi?"tanya Hana.

"Fay."

"Ohh.."

"Hana, saya ada dengar pasal camping V-Pop bersama peminat."

"A'ah..hujung bulan ni."

"Awak pergi ke?"

"Saya mestilah pergi."jawab Hana sambil tersenyum.

"Hmm..kalau saya nak pergi ada kosong tak lagi?"

Terbeliak mata Hana apabila mendengar pertanyaan Mike."Awak nak pergi?"

"Ya.Boleh tak?"

"Boleh..saya rasa ada lagi tempat kosong."

"Baguslah."

Haruhi yang terdiam ketika mendengar kata-kata Mike segera menghantar sms kepada Fay.

Ada masalah, Fay..












4 comments:

  1. hepi ntuk fay n' haruhi tp kesian kat hana sbb daniel salah faham. wuu...

    ReplyDelete
  2. ish! gedik la mike~
    hahah..
    over~

    ReplyDelete
  3. Harap Fay dan Haruhi ada jalan penyelesaian supaya si Mike tak jadi ikut serta dalam aktiviti camping tu~~ >_<

    Bukan apa, just nakkan kedamaian agar hubungan Daniel dan Hana boleh jernih kembali~~

    Sebagai kawan pun jadilah asalkan hubungan diorang tak dingin dan tak sekeruh dalam chapter kali ni.. Hopefully~~! huhu >__<

    ReplyDelete
  4. Ish ! benci nya ak sma c mike tu .. bust body btul !

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers