Monday, October 15, 2012

Cerpen : Izz dan Izzah


“There will be a person who is going to love you, to hold you in his arms and to protect you.”
**
            Mengenangkan kehidupan aku di saat ini yang tidak begitu bahagia tanpa si dia membuatkan aku umpama burung yang terpatah sayapnya. Dia memberi kenangan yang indah dan bila dia tiba-tiba tiada di sisi, aku rasa kosong. Seperti separuh dari diriku dibawa pergi bersamanya. Walaupun dia pernah berpesan, jika dia pergi dulu sebelum aku, aku harus move on dan mulakan hidup baru. Dia jugak pernah berpesan jika aku berjumpa dengan cinta baru, fight for it and never let that person go away. – Izzah
            Dia selalu ingat Julia cakap, “Bila abang jumpa cinta baru, bagitahu dia apa yang abang rasa ye…” dan masa tu dia memang selalu bengang dan sekarang, barulah dia sedar kenapa Julia selalu cakap macam tu. Rupanya Julia akan pergi meninggalkan diri secara mengejut. Dia masih lagi ingat muka Julia yang nampak sangat tenang sebelum dikafankan malah dia jugak masih ingat sampai sekarang pesanan Julia yang terakhir.
            “Cari cinta abang dan jaga dia baik-baik…” - Izz
            **
            “Dah hampir empat tahun, Izzah.”
            “Hmm…”
            “You should have move on,” ucap Wana perlahan. Izzah hanya diam sebelum menghela nafas panjang.
            “Aku dah move on, Wana….”
            “Kau tak nak cari cinta baru ke? Kau muda lagi tau.”
            Izzah tergelak kecil. Sebenarnya, bukan Wana seorang saja yang selalu tanya pasal hal ni. Ayah, mak, Acik, Abang Imran… semua asyik tanya soalan yang sama. Dia sebenarnya bukan tak mencari cinta baru tapi hatinya masih belum lagi terpikat pada sesiapa selepas  arwah Faizul pergi meninggalkan dirinya.
            “Aku tanya betul-betul, dia gelak-gelak pulak!” Wana dah tarik muncung. Kadang-kadang dia kesian tengok Izzah yang masih lagi bersendirian. Bukan takat kesian tapi risau. Risau Izzah masih lagi bersedih. Dia kalau boleh tak nak tengok Izzah sedih. Bila Izzah sedih, dia pun rasa sedih sekali.
            “Jangan risau, Wana. Insya-Allah kalau ada jodoh, pengganti arwah Faizul akan datang…” ucap Izzah ingin menyenangkan hati Wana. Dia tahu Wana risaukan dia tapi soal jodoh ni, dia serahkan segalanya pada Allah. Kalau ada jodoh, insya-Allah adalah. Kalau takde, dia terima segalanya dengan reda. Dia yakin Allah tahu apa yang terbaik untuk dia sekarang ni.
            **
            Izz memandang keadaan sekeliling sebelum mengambil beg yang terletak di kakinya. Pertama kali menjejak kaki di Pulau Pangkor sekarang ni, satu perkataan je yang terlintas di fikirannya.
            “Cantik!”
            Perlahan-lahan dia melangkah keluar dari jeti dan matanya mula meliar mencari sahabat baiknya, Imran yang dah jadi penduduk tetap kat pulau ni sejak lima tahun lepas. Sekarang ni, Imran bekerjasama dengan salah seorang penduduk dekat sini untuk membuka sebuah resort. Dengar cerita resort Imran ni memang agak popular dekat sini. Memandangkan Izz pun tak pernah datang sini, kesempatan yang ada digunakan untuk melawat Imran dan sekaligus untuk menangkap gambar-gambar untuk koleksi dia.
            “Izz!” Izz berpaling ke belakang sebelum tersenyum lebar sebaik saja matanya menangkap kelibat Imran. Pantas tubuh sahabat baiknya dipeluk erat.
            “Apa khabar, Im?”
            “Alhamdulillah sihat. Bukan main kau sekarang ye. Aku dengar kau selalu melancong sekarang ni.”
            Izz tersenyum tawar. “Cuma ni satu-satunya cara untuk aku mengurangkan rasa sedih aku dan alhamdulillah, aku dah makin okey.”
            Imran menepuk-nepuk bahu Izz. Dia tahu kisah sedih Izz yang ditinggalkan isterinya selepas isterinya meninggal dunia dua tahun yang lepas. Lega hati dia apabila melihat Izz sudah semakin sembuh dari kesedihannya..
            “Jom, aku bawak kau pergi resort.”
            “Free kan?” Izz ketawa .
            “Yelah…” Imran turut ketawa sebelum mereka berdua melangkah ke kereta.
            **

            “Pernah makan kasut tak, Acik?!” Tanya Izzah bengang. Geram betul bila konsentrasi dia terganggu. Tengah syok-syok mengukir buah betik ni, tiba-tiba Acik datang kacau. Dah habis hodoh ukiran dia!

            “Kau takde kerja ke apa, Izzah?”
            “Ayah bagi aku rehat la!” ucap Izzah bengang. Nasib baik dia tak lempar buah betik ni dekat muka Acik. Kalau tak, mau lebam kepala tu!
            “Izzah, ukiran kau ni hodoh la,” sempat lagi Acik mengutuk sebelum bergegas lari tapi Izzah dah mencapai selipar di kaki sebelum melemparnya sekuat hati tapi Acik sempat menunduk dan Izzah dah terdiam apabila seliparnya tepat mengenai badan seorang lelaki.
            “Habislah kau, Izzah!” Entah sejak bila Acik berada di sebelah dia. Izzah gigit bibir. Imran pulak pandang dia dengan mulut terlopong manakala lelaki yang berada di sebelah Imran pulak hanya memandang dia tanpa sebarang reaksi di muka.
            “Izzah?”
            “Sorry, Abang Im! Acik ni haa… dia kacau Izzah tadi.” Laju tangan Izzah mencubit Acik dekat sebelah. Acik hanya ketawa bila tengok Izzah menggelabah.
            “Mintak maaf dengan kawan abang. Habis baju dia dah kotor…”
            Izzah menggigit bibir sebelum memandang lelaki di sebelah Imran. “Saya mintak maaf. Biar saya basuhkan baju awak yang kotor tu.”
            “Takpe. Sikit je ni…” balas Izz perlahan, turut memandang ke arah Izzah. Nama Izzah tu macam selalu dia  dengar ataupun dia ni ke Izzah yang Imran selalu ceritakan tu?
            “Oh ye, Izz… ni adik anak Pak Cik Kamil yang jadi rakan kongsi aku. Nur Izzah. Izzah, ni kawan baik abang… Muhammad Izz.”
            Izz tunduk sedikit sebagai tanda hormat manakala Izzah turut mengangguk kecil.
            “Izzah boleh tolong tunjukkan bilik Izz tak? Abang nak pergi pantai kejap.”
            Izzah hanya mengangguk sebelum menyuruh Izz mengikutnya selepas Imran meminta diri. Izz mengekori dari belakang dengan diam. Rasanya memang betul dah dia la Izzah yang Imran duk cerita selama ni.
            “Imran selalu cerita pasal awak.”
            Izzah berhenti melangkah sebelum berpaling untuk memandang Izz. Dahinya berkerut sedikit. Abang Imran ada cerita pasal aku?
            “Abang Im cakap apa?”
            “Yang kita sama.”
            “Huh?” Makin bertambah kerutan di dahi Izzah. Apa yang samanya? Baru jumpa pertama kali dah ada banyak persamaan ke?
            “Awak kehilangan suami awak dan saya kehilangan isteri saya.”
            Kata-kata Izz membuatkan mata Izzah terbuntang luas.
***
            Izzah sejak dari tadi hanya menongkat dagu sambil memandang laut. Kata-kata Izz masih lagi berlegar-legar di fikiran. Ikutkan hati, dia nak bertanya dengan lebih lanjut tapi entah kenapa, dia rasa malu pulak dan akhirnya selepas membawa Izz ke biliknya, terus dia pergi dari situ.
            “Izzah! Ayah panggil!” Jerit Acik dari jauh sambil mengangkut kotak. Izzah hanya mengangguk sebelum bangkit dari duduknya. Baju yang berdebu di bahagian punggung ditepuk sedikit sebelum dia mula melangkah ke ruang lobi.
“Izzah, bawak Izz ni pergi jalan-jalan. Dia nak tangkap gambar. Ajak Taufiq sekali.” Ucap Encik Rusdi sebaik saja Izzah sampai di lobi. 

            Izzah memandang Izz yang hanya berdiri di belakangnya kembali sebelum memandang ayah dan kemudiannya mengangguk kecil. Dia ambik beg kecilnya yang sentiasa diletakkan di meja penyambut tetamu sebelum menyuruh Izz supaya mengikutnya. Taufiq pulak berjalan di hadapan mereka berdua sambil makan aiskrim. Sesekali Izzah memandang Izz yang tengah menangkap gambar burung enggang yang memang banyak dekat Pulau Pangkor ni.

            “Awak macam arwah suami saya,” ucap Izzah tiba-tiba. Izz mengalihkan pandangannya ke arah Izzah di sebelah.
            “Kenapa?”
            “Dia pun suka tangkap gambar.”
            Izz terdiam. Perlahan-lahan dia menjatuhkan tangannya yang sejak dari tadi asyik menangkap gambar dan membiarkan kameranya tergantung di leher.
            “Eh, kenapa berhenti tangkap gambar?”
            “Dah banyak tangkap gambar burung.”
            “Your wife, bila dia meninggal?” Soal Izzah perlahan.
            “Dua tahun yang lepas,” balas Izz sebelum mengerling Izzah di sebelahnya.
            “How old are you?”
            Dahi Izzah berkerut. Izz ni agaknya memang suka tanya soalan yang pelik-pelik. “27 tahun. Berkahwin pada umur 22 tahun dan jadi janda masa umur 23 tahun,” jawab Izzah panjang lebar. Dia boleh agak yang Izz akan tanya soalan tu nanti.
            “I see. Masih muda…”
            “Awak pulak?”
            Izz senyum sedikit dengan kening yang terjungkit. “Cuba teka?”
            “32 tahun. Awak kahwin masa umur awak 30 and you lost your wife a month later.” Itu bukan tekaan tapi kenyataan. Izzah dah berjaya ambik tahu pasal Izz daripada Imran semalam. Itupun selepas dia terkejut apabila Izz cakap dia kehilangan isteri dan dia kehilangan suami.
            “Korek daripada Imran?”
            Izzah mengangguk dengan tenang sambil tersenyum kecil. Sekarang ni mereka bertiga sudah sampai di pantai dan Ikram tengah sibuk bermain-main dengan kawan-kawan dia. Akhirnya Izzah bawak Izz pergi duduk dekat bawah pokok. Petang-petang macam ni memang seronok duduk dekat sini sebab angin sejuk je.
“Sometimes you have to be apart from people you love, but that doesn't make you love them any less. Sometimes you love them more,” ucap Izz sambil memandang Izzah yang hanya mendiamkan diri.
“The Last Song?”
Izz mengangguk.
            “Arwah isteri saya suka cerita tu dan quote tu yang paling selalu dia sebut dekat saya sampaikan saya boleh ingat.”
            “Ohh…” Izzah mengangguk. “Memang betul sejak dia pergi, saya makin sayang dia,” kata Izzah perlahan.
“Isteri saya meninggal masa usia perkahwinan kami tak sampai sebulan pun. Mangsa ragut dan walaupun peragut tu dah ditangkap, deep down inside my heart… saya rasa macam nak tumbuk je peragut tu tapi saya sedar, walau apa pun saya buat… isteri saya takkan kembali lagi.”
“Sejak tu ke awak suka melancong? Mencari ketenangan?” Sekali lagi, ini adalah satu lagi maklumat yang dia berjaya ambik tahu dari Imran.
Izz mengangguk lagi.
“Kisah kita hampir sama je kan, Izz? Yang berbeza, saya tahu yang hidup suami saya dah tak lama, isteri awak pulak meninggal mengejut.”
“Yang mana lagi teruk dari kisah awak tapi kenapa awak masih lagi terperangkap dalam dunia lama awak?”
“What do you mean by that?” Tanya Izzah terkejut. Apa maksud Izz? Apa yang Abang Imran cakap dekat Izz sebenarnya?
“You’re still not moving on…”
“Abang Im cakap ke?”
“Saya boleh nampak.”
“Awak tak tahu apa-apa, Izz,” balas Izzah geram.
“Pandang saya, Izzah.”
Izzah hanya membatukan diri. Tak ada maknanya dia nak pandang Izz dan biarkan Izz tahu apa yang dia rasa walaupun dia tahu Izz boleh tahu. Mereka berdua berkongsi perasaan yang sama. Perasaan kehilangan orang yang tersayang.
“Izzah…”
“It hurts, Izz. Awak pun tahu apa rasanya kan?”
“Cuba pandang sekeliling awak, Izzah,” ucap Izz perlahan dan Izzah menurut. Dia pandang sekeliling sebelum matanya terhenti di muka Izz. Wajah yang kelihatan sangat tenang walaupun Izzah tahu Izz pun masih lagi bersedih.
“When you're struggling with something, look at all the people around you and realize that every single person you see is struggling with something, and to them, it's just as hard as what you're going through,” perlahan-lahan Izz menuturkan kata-kata tersebut dan Izzah bagaikan tergamam.
“Sejak awak bersedih, berapa ramai yang risaukan awak?
“Too many…” balas Izzah perlahan. Dia baru sedar sekarang. Selepas empat tahun, baru sekarang dia sedar. Selama ni dia sengaja butakan hati. Butakan perasaan. Butakan mata. Bukannya dia tak nampak yang ayah dan mak risaukan dia tapi dia masih lagi dengan kesedihannya walaupun sebelum Faizul meninggal, Faizul dah mintak dia jangan pernah menangis dan move on dengan kehidupan dia.
“Imran risaukan awak dan saya tahu kenapa dia cerita pasal awak dekat saya. Dia nak awak berkongsi apa yang awak rasa since kita berdua kehilangan someone yang kita sayang.”
Izzah masih lagi mendiamkan diri. Sekarang ni dia tak tahu nak cakap apa lagi dan hanya memandang Izz. Izz yang baru semalam sampai ke sini berjaya buat dia sedar. Mungkin betul cakap orang, orang yang turut merasai kehilangan akan memahami satu sama lain.
“Izzah, awak okey?”
Izzah mengangguk sebelum tersenyum tawar. “Thanks Izz. Awak buat saya sedar banyak perkara. Izz… saya balik dulu boleh? Kepala saya sakit,” ujar Izzah perlahan sebelum bangkit.
“Awak okey?”
“Okey. Nanti Taufiq bawak awak pergi jalan-jalan ye.”
“Okey. Take care and sorry.”
Izzah menggeleng kecil dan senyum sebelum melangkah pergi. Ada satu tempat yang dia nak pergi sekarang ni. Kubur Faizul.
**
Izzah melabuhkan duduk di sebelah kubur Faizul sebelum mula menadah tangan. Perlahan-lahan dia mengeluarkan surah Yassin dari dalam beg kecilnya lalu mula mengalunnya perlahan. Suasana hening di kawasan perkuburan Islam tersebut langsung tak mengganggunya kerana dia tahu satu masa nanti, mungkin dia juga akan ditanam di sini. Meninggalkan dunia ini dan kembali pada-Nya.
Selepas bacaan Yassin selesai, dia duduk berteleku di situ dan membuang daun-daun kering di sekitar kubur Faizul. Kemudian dia mengusap lembut batu nisan Faizul sambil menahan sebak.
“Assalamualaikum abang. Izzah rindukan abang. Rindu sangat…” Izzah menarik nafasnya dalam-dalam. Air mata yang mengalir dikesat perlahan.
“Assalamualaikum…”
Izzah berpaling ke belakang sebelum tergamam apabila melihat Abang Imran dan Izz berdiri di belakangnya.
Izz kemudiannya duduk di sebelah kiri kubur Faizul sebelum menadah tangan dan berdoa. Izzah hanya memerhati tindak tanduk Izz sebelum memandang Abang Imran yang turut menadah tangan.
“Izz nak lawat kubur Faizul…” ucap Imran dan sekaligus menjawab apa yang sedang difikirkan oleh Izzah. Izzah mengangguk kecil sebelum memandang Izz yang kebetulannya sedang memandang ke arah dia jugak.
“Boleh saya nak siram kubur Faizul?” Tanya Izz perlahan. Izzah hanya mengangguk kecil sebelum menghulurkan jug yang dibawanya kepada Izz. Entah kenapa, apabila dia melihat Izz menyiram kubur Faizul, hatinya terasa tenang. Seolah-olah dia mendapat kekuatan yang baru.
“Jom kita balik,” ajak Izz sebelum bangkit. Izzah sekali lagi hanya mengangguk sebelum mengikut langkah Izz yang berjalan di hadapannya manakala Imran berjalan di belakangnya.
“Awak cakap nak rehat. Kenapa datang sini?”
“Sini tempat saya merehatkan diri…”
Selepas mendengar jawapan Izzah, Izz terus mendiamkan diri. Apa yang diucapkan oleh Imran sebelum mereka ke sini masih lagi berlegar-legar dalam kepalanya. Sedikit sebanyak cadangan yang diutarakan oleh Imran memang telah menyerap masuk ke dalam otak dan juga hatinya. Cadangan yang bakal mengubah hidup dia dan mungkin juga hidup Izzah.
            ***
“Saya nak ikut awak pergi beli ikan boleh?” Tanya Izz yang tiba-tiba muncul dari belakang Izzah.
            “Nak buat apa?”
            “Saja. Nak jalan-jalan…” Izz tersenyum kecil sambil mengangkat kameranya dan menangkap gambar Izzah.
            “Buat apa tangkap gambar saya ni, Izz?!”
            Izz hanya ketawa sebelum melangkah ke luar terlebih dahulu. Izzah di belakangnya dah mencebik. Sejak akhir-akhir ni, perangai Izz dah lain macam. Kalau Izz tak ikut Imran ke mana-mana, mesti Izz akan mengekorinya ke sana ke sini. Kalau sehari dua takpe lagi, tapi ni dah masuk dua minggu!
            “Izz, awak demam eh?”
            “A’ah. Demam…”
            “Ceria semacam je saya tengok?” Kalau demam, takde macam ni rupanya. Mesti asyik nak baring atas katil je.
            “Saya demam cinta,” balas Izz perlahan sambil mengenyit mata.
            “Hah?”
            “Tutup mulut tu. Karang lalat masuk. Susah pulak saya nanti…” usik Izz masih lagi ketawa. Izzah menjulingkan matanya ke atas. Makin dilayan sengal Izz ni, makin lambatlah dia ke pasar.
            “Izz, Izzah!” Izz dan Izzah yang baru melangkah keluar dari pintu masuk resort berpaling serentak sebelum Izzah tiba-tiba ketawa apabila melihat Imran yang dah bersalut dengan pasir dari rambut sampailah seluar.
            “Kenapa ni, Abang Im?”
            “Taufiq punya kerjalah ni. Dia tolaknya Abang Im kat pasir tadi,” Imran mengibas-ngibas pasir di bajunya. Kemudiannya dia tersenyum nakal sambil memandang Izz dan Izzah.
            “Korang nak pergi mana ni? Dahlah baju sedondon…”
            Izzah terus mengerling baju yang dipakai oleh Izz. Yelah, baru dia perasan yang Izz pun pakai baju warna biru!
            “Sweet kan kitaorang?
            Izzah kerut dahi. Sweet apa kebendanya?           
            “Dah-dah. Jangan nak mengarut, Encik Muhammad Izz. Boleh kita pergi pasar sekarang sebelum lauk habis? Saya tak nak pergi pancing ikan,” ucap Izzah geram.
            “Ye..ye.. Cik Nur Izzah. Jom kita pergi sekarang.”
            Izzah melambai kecil dekat Imran yang masih tersenyum lebar sebelum memandang Izz di sebelahnya yang turut tersenyum.
            “Awak nak makan apa hari ni?” Tanya Izzah dekat Izz.
            “Hmm… apa-apa pun boleh.”
            “Bagitahulah saya. Senang nak cari lauk nanti…”
            Izz menggaru dagunya sebelum tersenyum. “Saya dah lama teringin nak makan ikan bakar yang Imran selalu cakap tu. Yang special tu…”
            “Hah?”
            “Ikan bakar yang awak buat tu. Saya nak makan, boleh?”
            “Bukan sedap sangat pun…”
            “Takpelah. Nak rasa jugak. Please…” Izz menepuk kedua belah tangannya dan buat muka comel di depan Izzah yang telah menyebabkan Izzah rasa macam nak gelak kuat-kuat dekat sini. Ingat comel sangat la buat muka macam tu?
            “Izz, awak dah 32 tahun. Bukan 3 tahun. Tak payah nak buat muka comel sangat la.”
            “Well, Imran cakap awak akan selalu cair kalau orang buat muka comel dekat awak…”
            Bulat mata Izzah memandang Izz. Memandai je Abang Im cakap macam tu dekat Izz. Kalau Izz umur 3 tahun, memang la dia boleh cair tapi ni Izz dah 32 tahun!
            “Memang akan cair kalau awak baru umur 3 tahun.”
            “Izz yang berumur 32 tahun pun boleh buat awak cair tau. Bukan takat cair, jatuh cinta pun boleh…” ujar Izz selamba sebelum meninggalkan Izzah yang dah tergamam dekat belakang.
            **
             Izzah mencebik geram sambil membebel tak puas hati tetapi kakinya masih melangkah untuk mengikut langkah Izz yang dah jauh ke hadapan. Entah apalah Izz nak agaknya sampai bawak dia ke Lumut ni?! Acik di belakang pulak sibuk dengan telefonnya. Benci betul kena ikut dua orang manusia ni!
            “Kenapa bawak saya datang sini?”
            “Ambik angin. Ayah awak kata awak dah lama tak keluar dari pulau tu…”
            “Malaslah…”
            Izz bercekak pinggang di depan Izzah. “Please… awak perlu lihat dunia luar jugak. Sebagai kembar kepada nama saya, awak kena teman saya dan Acik pergi jalan-jalan.”
            “Apa kaitan dengan nama pulak?”
            “Nama korang kan lebih kurang…” Acik tiba-tiba datang menyampuk. “Boleh buat tajuk cerpen. Izz dan Izzah… Haaa! Comel tau!” Acik sengih sebelum menjauhkan dirinya daripada Izzah.
            “Cubit karang!”
            “Jangan garang sangat, Izzah. Tak comel tau…”
            “Awak dengan Acik ni sama je. Dua-dua suka usik saya…”
            “Tapi Acik tak boleh kawan dengan awak tapi saya boleh. Berbeza…”
            Sekali lagi Izzah rasa macam nak tercekik. Kenapa dengan Izz ni? Kenapa suka cakap macam ni sejak akhir-akhir ni?
            “Jom pergi makan dulu. Laparlah.. Acik, mana kedai makan best kat sini?” kata Izz pada Acik sambil memaut bahu Acik tanpa mempedulikan Izzah.
            **
            Sekarang ni sudah hampir satu bulan Izz tinggal dekat sini. Izzah pun dah naik pelik. Izz ni memang tak bekerja ke apa sampai boleh cuti sebulan? Nak tanya dekat Izz, dia malu. Sejak kebelakangan ni, usikan Izz makin menjadi-jadi. Nak kata dia tak suka, tipu sangatlah walaupun mulut dia ni duk mengutuk setiap kali Izz mengusik dia. Entah kenapa terselit jugak rasa senang hati tapi dia tak nak terbuai-buai sangat. Takut dia perasan sendiri dan akhirnya nanti kecewa. Cinta kedua yang tak menjadi. Pedih bunyinya tau!
            “Berangan lagi!”
            “Acik!”
            Acik ketawa sebelum duduk di sebelah Izzah. Dia tahu yang kakaknya ni tengah berfikir pasal benda yang penting…ataupun seseorang yang penting?
            “Kau fikir pasal apa ni, Izzah?”
            “Acik… kalau aku cerita ni, kau janji jangan cerita dekat siapa-siapa pun.”
            “Yelah. Apa dia?”
            Izzah menarik nafas. “Aku rasa aku dah jumpa cinta baru aku tu…”
            “Aku tahu…” ucap Acik selamba.
            “Apa?!”
            Acik terus ketawa bila tengok Izzah dah macam nak pengsan bila dia cakap dia dah tahu. “Aku ni adik kandung kau tau. Aku kenal kau la…”
            “Hish kau ni!” Izzah tumbuk perlahan bahu Acik. Semua benda Acik tahu pasal dia. Hish!
            “Tapi Acik… kau tak rasa pelik ke? Baru sebulan…”
            “To be honest, ada sesuatu pasal Izz yang buat kita semua senang dengan dia. Something yang mungkin arwah Abang Faizul pun takde.”
            “Apa?”
            “Aku tak reti nak cakap tapi aku dapat rasa dia dapat jaga kau dengan baik. Dia petunjuk dari Allah untuk kau. Cuba kau tengok… Kisah kau dengan dia hampir sama. Nama pun dah dekat nak sama,” Acik bermain-main dengan hujung jarinya sambil mengerling Izzah di sebelah.
            “Ala Acik… tiba-tiba sangat la.”
            “Kalau Allah dah datangkan perasaan tu pada kau, takde apa yang peliknya.”
            “Ingat tak apa yang arwah Faizul selalu cakap dulu?”
            “Ingat. Dia doakan kau jumpa orang yang akan bahagiakan hidup kau lebih daripada yang dia buat.”
            Izzah pandang Acik dengan kening berkerut. “Kau rasa Izz ke orangnya?”
            Acik tersenyum sebelum mengusap kepala Izzah. “Solat istikharah, kak. Insya-Allah kau akan jumpa jawapannya.”
            Izzah senyum sebelum mengangguk. Dia memaut bahu Acik sebelum mengambil topi Acik lalu diletakkan di atas kepalanya. “Thanks Acik! Aku sayang kau la!”
            “Ewww!”
            Bukk! Satu penumbuk Izzah kasi dekat bahu Acik. Acik hanya ketawa sambil mengusap rambutnya ke belakang.
            “Aku sayang kau, kak. Aku bahagia bila kau bahagia.” Acik tersenyum lebar.
            “Acik… kau ni sure ke takde siapa-siapa dalam hidup kau?”
            “Kita tengah cakap pasal kau sekarang ni. Jangan nak ubah topik.” Topinya di kepala Izzah terus diambil sebelum dia bangkit.
            “Acik, jawablah soalan aku dulu!” Izzah dah berlari mengejar Acik yang dah berlari terlebih dahulu. Hampeh punya adik!
            **
            “Apa ayah?” Tanya Izzah terkejut sambil bangkit dari duduknya. Bulat matanya memandang Encik Rusdi yang kelihatan tenang.
            “Duduk dulu, Izzah…”
            “Izz tu dah tak betul agaknya…”
            “Nur Izzah…” Nada suara Encik Rusdi dah berubah sedikit. Terus Izzah mendiamkan diri dan menunggu ayat-ayat yang bakal keluar dari mulut ayahnya.
            “Ayah dah fikir masak-masak. Rasanya tak salah kalau ayah terima pinangan Izz.”
            “Ayah…”
            “Izzah, cuba fikir baik-baik. Ayah yakin Izz boleh jaga Izzah dengan baik. Dia serius nak jadikan Izzah sebagai isteri dia.”
            Izzah menarik nafas dalam-dalam. Patutlah perangai Izz makin pelik selama ini. Rupanya dia ada agenda tersembunyi. Selama ni dia ingat Izz main-main je. Tak sangka pulak rupanya Izz memang serius.
            “Dia bersimpati dekat Izzah je.”
            “Dia nak jaga Izzah…”
            “Izzah tak nak, ayah… Izzah tak nak Izz kahwin dengan Izzah sebab dia kesiankan Izzah,” ucap Izzah perlahan. Dia tak nak Izz kesian dengan dia. Selama empat tahun dia hidup macam ni dan jika Izz nak kahwin dengan dia disebabkan kesian, mintak maaf awal-awal… dia langsung tak boleh terima Izz tapi hati dia...
            “Ayah tak rasa dia nak kahwin dengan Izzah sebab kesian. Cuba tengok apa yang dia lakukan untuk Izz selama dia duduk sini. Dia cuba nak kenal Izzah kan? Dia cuba nak buat Izzah ketawa macam dulu kan? Setakat ni, hanya dia yang mampu buat Izzah jadi Izzah yang dulu.”
            Mata Encik Rusdi tak berganjak dari memandang anaknya. Dia tahu jauh di sudut hati anaknya itu, Izzah dah mula sukakan Izz. Dia boleh nampak. Lagipun bukannya dia tak nampak Acik berbual-bual dengan Izzah dulu. Dia tahu sangat kalau dua orang anaknya tu bersembang pasti ada luahan mengenai soal hati.
            “Biar Izzah fikir dulu, boleh?” Sebenarnya dah banyak kali dia fikir pasal hal ni. Sejak dari dia selalu solat istikharah meminta petunjuk pasal Izz lagi.
            “Izz balik esok. Apa-apa pun keputusan Izzah, ayah akan ikut je. Ayah masuk tidur dulu.”
            Izzah mengangguk kecil dan menghantar tubuh ayahnya ke bilik tidur dengan pandangan matanya. Dia kemudiannya menarik nafas dalam-dalam. Bingung kepalanya sekarang ni. Nak terima ataupun tolak?
            Haa… serabut!
***
Lama Izz menunggu di jeti sambil memeluk begnya. Imran yang duduk di sebelahnya pun dah berapa kali menguap. Izz melihat jam di tangan. Mana Izzah ni?
“Im, kau rasa dia tak datang ke?”
“Izzah?”

“Yelah…”

Imran angkat bahu. “Entahlah Im…”
Izz menarik nafas dalam-dalam. Izzah marahkan dia ke? Salah ke kalau dia meluahkan hasrat untuk meminang Izzah dekat Encik Rusdi? Salah ke kalau dia nak memperisterikan Izzah? Salah ke kalau dia dah jatuh cinta dekat Izzah?! Ni bukan rasa kesian tapi rasa cinta!
“Aku rasa dia tak datang kot.” Izz dah bangkit dari duduknya dengan muka yang langsung tak bersemangat. Dia ingatkan yang Izzah pun menaruh hati dekat dia tapi rupanya dia tersilap
“Okeylah,bro. Apa-apa nanti aku inform kau ye.”
Izz hanya mengangguk. Dia memeluk tubuh Imran sambil menepuk belakang tubuh Imran.
“Jaga dia untuk aku…”
“Insya-Allah…”
“Aku pergi dulu…” Izz baru nak melangkah apabila bahunya diketuk oleh sesuatu.
“Sampai hati nak pergi sebelum jumpa saya kan?” Dia melihat Izzah sedang bercekak pinggang sambil memegang payung di tangan. Nampak sangat muka Izzah yang kemerahan dan nafasnya yang termengah-mengah.
“Awak berlari ke tadi, Izzah?”
“A’ah. Sorry lambat…”
Izz tersenyum sambil menggeleng. “It’s okay. I’m glad that you’re here.”
“So, you’re leaving?” Tanya Izzah perlahan walaupun dia memang sah-sah tahu yang Izz memang nak balik.
Izz mengangguk sambil memandang Izzah. Berat hati dia nak meninggalkan Izzah di sini. Sepanjang dia berada di sini, hati dia mula jatuh sayang dengan tempat ni dan yang paling penting, dia mula jatuh sayang pada Izzah.
            “Take care.”
“Izzah…”
“Hmm?”
“Please don't be in love with someone else,” ucap Izz dengan tenang. Imran yang berdiri di sebelah hanya tersenyum.
“Err... insya-Allah,” balas Izzah perlahan.
“Izzah…”
“Ya?”
“Adakah ini bermaksud awak terima pinangan saya?”
Izzah memandang Izz sebelum tertunduk malu. “Yes. Izz… please come back as soon as possible.”
Kali ni giliran Izz tersenyum lebar. “Insya-Allah. Tunggu saya ye.”

**

p/s : Okey ke ending macam ni je? Ke nak tambah lagi? :) Enjoy reading!

p/s p/s : Since ramai orang cakap pendek dan suruh sambung, hehehe..sebenarnya panjang lagi cerpen ni. Saya saja post yang ni dulu. Manalah tahu kot2 orang cakap dah okey banyak ni rupanya tak cukup lagi :) So, nantikan sambungan dia ye :)

23 comments:

  1. tambah lagi boleh...hehehehe mesti ada halangkan @sesiapa yang minat izz kw

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..insya-Allah :D kalau buat konflik cenggitu, makin panjang cerpen ni nanti :D

      Delete
  2. smbung lagi cik writer..

    ReplyDelete
  3. mesti x sampai 30 page pun kannn.. smbunglah smpai kahwin.. ada anak.. ada cucuk.. romantik lagi.. kih kih kih.. lebiu lah.. just nice darling.. cuma cpt benor nk habis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha! mmg pun. jeles dgn kak sara sbb boleh buat panjang2. adehh -.-

      Delete
  4. assalamulaikum liya.jln cter izz n izzah ni mmg dah best tp akk rs too short.tp xsemestinya pnjg nak kena ada konflik berderet.nope.juz rs nya plot dia boleh di kembangkan lagi.apapun ttp menarik n buat akk senyum.izz sngt macho sbb pegi mintk dgn ayh izzah direct.salute la dgn ketulusan n keikhlasan izz.

    ReplyDelete
  5. waalaikumussalam akak :) hehehe.. short sebab belum habis lagi. hehehe.. moon saja post konon2 dh habis tapi dalam word, ada je lagi :) terima kasih kak.. nanti kan sambungan dia ye :D

    ReplyDelete
  6. Alahai Moon,
    senyum akak baru nk meleret...
    tngok2...
    hah, dh abes...
    btw, as long as happy ending, it's okay dh...

    ReplyDelete
  7. Setuju sgt kalau ada lg sambungan..ai sokong 110%

    ReplyDelete
  8. simple but nice.. like3.. hehe.. wah ramai mintak sambung ni.. gud luck dear! =)

    ReplyDelete
  9. Sambungan cerpen ni mcm mna? Dah ada ke? Blh bg link

    ReplyDelete
  10. nak sambungan cerpen ni..klu dah ada nnak link...

    ReplyDelete
  11. Salam, sambungan ada ke? Harap sgt ada??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patutnya ada tapi tak habis tulis lagi. Idea takde lagi. Hehe

      Delete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers