Page Fallenmoon/Liya Zafrina : Klik di sini
Group Atas Nama Cinta-Mu : Klik di sini

Sunday, August 25, 2013

Kata Dari Hati 1



PUAN MAZNAH mengurut dahi sendiri. Dari tadi dia pening memikirkan rancangan suaminya yang memang bernas, cuma dia tak pasti akan berjaya ataupun tidak. Mereka berdua sekarang sedang bercakap soal Hilman Danish, satu-satunya anak lelaki mereka yang memang agak degil tu. Mau ke plan suami dia ni berjaya?
“Abang pasti ke plan ni boleh berjaya? Maz risau. Bukannya abang tak tahu Danish dengan kampung memang tak boleh nak ngam.”
Encik Yusuf yang tengah membaca surat khabar, mengangkat muka memandang si isteri yang nampak kusut. Perlahan-lahan dia mula tersenyum nipis dan meletakkan surat khabarnya ke tepi.
“Insya-Allah berjaya. Kita tengoklah nanti macam mana. Abang kenal sangat dengan anak kita tu. Cakap je berhabuk tapi buatnya tak jugak. Kalau dia nak degil jugak, tahulah apa abang nak buat nanti. Awak janganlah risau sangat la pasal dia.”
Puan Maznah dah mula ketawa dengan kata-kata suaminya. Memang betul pun yang Hilman tu suka cakap aje tapi buatnya memanglah boleh dikira.
“Boleh ke Maz telefon suruh Danish balik sekarang?” Puan Maznah mencapai telefon bimbit di atas meja, mula mencari nombor telefon anaknya.
“Telefonlah. Suruh dia balik sekarang jugak.”



“NO PAPA!”
“Papa tak kira. Balik kampung dan jumpa kawan papa. Tinggal dengan dia. Make yourself useful!”
Hilman meraup mukanya kasar. Kenapa nak kena balik kampung? Rasanya takde pulak dia buat masalah besar sangat sampai kena hantar balik kampung! Papa dah melampau. Sangat. Sangat. Melampau!
“Hilman balik sana dan tinggal dengan kawan papa. Dia baik…” Puan Maznah pulak memujuk. Dia tahu apa yang suaminya buat sekarang ni demi kebaikan Hilman dan dia memang akan menyokong segala tindakan suaminya itu dalam memastikan Hilman berubah menjadi lebih baik. Anaknya tu dah naik lemak sangat. Semua benda tak reti nak buat. Itu tak reti, ini tak reti! Teruk kalau semua benda tak reti. Macam mana nak berdikari kalau Hilman terus jadi macam ni? Dahlah dia satu-satunya anak lelaki dalam keluarga ni.
“Enam bulan je. Lepas tu papa naikkan elaun Danish. Puas hati?”
Hilman terus memandang papanya dengan mata yang bercahaya. Naik elaun? Memang dah lama dia minta papanya menaikkan elaun tapi sekarang baru dapat. Akhirnya berjaya jugak tapi…
“Enam bulan tu lama, pa…”
“Take it or leave it.”
Senang aje Encik Yusuf bagi pilihan. Terpulang pada Hilman nak terima ke tidak tapi hatinya yakin yang Hilman akan terima. Anaknya tu takkan senang-senang menolak kalau masuk soal duit.
“I’ll take it…”
Encik Yusuf dan Puan Maznah terus tersenyum lebar. Kan dah cakap yang Hilman dengan duit, memang tak boleh dipisahkan langsung!



“BILA kau pergi sana?”
Hilman jongket bahu dengan muka malas. Dia tak ada mood pun nak cakap pasal benda ni dengan sesiapa pun. Rasa macam nak lari jauh-jauh pun dah ada sekarang ni. Nasib baik hari ni Ammar buat majlis kesyukurang dekat rumah dia. Sekurang-kurangnya bolelah larikan diri dalam rumah walaupun sekejap.
“Relakslah Hilman. Sedar-sedar je kau dah balik sini nanti.” Ammar menepuk bahu sepupunya ni. Dia kesian jugak sebenarnya dengan Hilman tapi nak buat macam mana? Pak Long dengan Mak Long Maznah mesti lagi tahu apa yang terbaik untuk anak mereka. Dia kenal sangat dah dengan pak cik dan mak cik dia tu. Idea dia orang insya-Allah selalunya bukan untuk merosakkan tapi untuk membantu.
“Aku cuba nak relaks la ni. Kalau tak, dah lama aku lari,” ucap Hilman sebelum meraup mukanya. Kasar. Tinggal beberapa hari aje lagi sebelum dia kena bertolak ke sana. Bertolak ke kampung yang tak ada apa-apa tu. Sampai sekarang dia masih lagi pelik kenapa mama dan papa beria-ia nak hantar dia ke sana.
“Apa yang special sangat dekat kampung tu agaknya?” gumam Hilman, meramas rambutnya pula. Dah tak kisah kalau rambutnya berserabut sebab otaknya lagi berserabut sekarang ni.
“Kampung best apa. Udara pun bersih kalau nak dibandingkan dekat KL ni.”
Hilman dah menjeling Ammar dekat sebelah. Amboi, aku bukan suruh kau menyokong kampung tu!
Ammar yang perasan riak muka Hilman yang macam nak telan dia hidup-hidup terus ketawa. Tapi memang betul apa? Hidup dekat kampung tak adalah teruk mana sangat. Seronok pun seronok! Dia suka sangat setiap kali nak balik ke kampung Damia tapi tuntutan kerja di atas awan menyukarkan dia nak balik ke sana selalu sangat. Jadi, isterinya yang selalu balik ke kampung sorang-sorang.
“Disebabkan elaun papa, aku sanggup buat kerja gila ni.”
“Jangan pulak nanti kau jatuh cinta dengan tempat tu sudahlah. Tak kenal maka tak cinta, percayalah cakap sepupu kau ni.” Ammar kenyit mata sebelum bangkit dari duduknya dan menghampiri kawan-kawannya yang lain pula.
Lama Hilman terdiam apabila mendengar kata-kata Ammar. Jatuh cinta dengan kampung? Simpang malaikat 44!



RANIA mengelap peluh yang mengalir di dahi. Alhamdulillah, lembu-lembu ayahnya dah makin gemuk sejak kebelakangan ni. Ramai orang yang datang nak beli sekarang ni sampaikan Murad dan Farouk naik tak cukup tangan nak urus. Kalau dulu, naik sedih dia tengok lembu-lembu ni. Semuanya kurus-kurus sebab kurang dijaga. Ayah pun dah tak larat nak jaga lembu-lembu ni sangat. Nak upah orang pun susah sebab ramainya dah ke bandar, mencari rezeki dekat sana. Nasib baik ada Murad dan Farouk yang sudi bergabung tenaga menjaga lembu-lembu ni. Kadang-kadang tu isteri Murad, Iman pun ada datang menolong sekali. Dia sendiri pun bukannya boleh nak jaga lembu-lembu ni setiap masa. Sibuk nak tolong Abang Reza dekat resort lagi. Ni setakat boleh tolong sikit-sikit ajelah sementara belum dapat kerja lagi.
 “Niaaa!”
“Apa Murad?”
“Ayah kau panggil…”
Terus Rania membasuh tangannya dekat paip. Dahi dah mula berkerut. Kenapa ayah suruh balik tiba-tiba ni?
“Okey. Kau jaga kandang kejap. Bagi makan dekat kambing lepas ni. Sat lagi aku datang balik sini.”
Murad hanya mengangguk dan aku terus naik atas motosikal. Orang lain sibuk nak berkereta tapi aku masih setia dengan motosikal aku ni. Motosikal pertama yang aku beli guna duit gaji pertama aku. Nampak tak betapa simboliknya motosikal aku ni?
“Bawak moto tu baik-baik. Jangan kau pergi racing pulak.”
Rania mencebik. Mentang-mentanglah aku tak reti bawa moto perlahan-lahan, siap boleh bagi warning macam tu pulak ye! “Yelah… aku tahu. Kalau aku tak datang balik sampai ke petang, kau pergi jumpa Pak Cik Megat. Tanya dia nak berapa ekor kambing untuk kenduri dia nanti.”
“Beres. Cepatlah pergi. Nanti ayah kau bising pulak…”
“Chao dulu! Assalamualaikum…”
“Waalaikumussalam.”


RASA MACAM nak jatuh terduduk dari kerusi bila dengar ayah cakap yang anak kawan dia akan tinggal di sini buat sementara waktu dan yang palik TERUKNYA, dia kena tolong budak lelaki tu. Sungguhlah dia tak ada mood nak jadi babysitter orang! Kalau budak kecil tu bolehlah dia terima dengan hati gembira sebab dia memang suka budak-budak tapi kalau lelaki berumur 28 tahun pun nak kena ada orang jaga, memang dah kes naya!
            “Orang lain, ayah? Abang Reza kan ada.”
            “Abang Reza kamu tu sibuk. Kamu je yang paling layak sebab kamu belum mula kerja lagi.”
            Rania terdiam. Paling layak? Amboi, macam nak jaga anak orang kenamaan aje!
“Dia budak bandar?”
            Encik Ahmad mengangguk sambil menghirup air kopi. Matanya  “Baru balik dari oversea. Manja la sikit sebab anak lelaki tunggal tapi ayah rasa kamu boleh kawal dia tu nanti.”
            “Lagilah naya…” rungut Rania perlahan. Kepala dah mula pening macam kena lempar  sana-sini.
            “Kamu tu pun manja jugak dan jangan buat-buat lupa siapa yang pergi belajar dekat US dulu tu. Jangan nak duk mengata ke orang je!” perli Encik Ahmad selamba. Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Sedap-sedap aje mengata anak orang manja. Diri sendiri tu tak pulak dikata manja! Kadang-kadang anak perempuan dia ni sibuk nak suruh maknya suap makan. Tak sedar umur dah 25 tahun!
            Rania menggaru kepalanya yang tak gatal. Ambik kau, kena sekali kat muka!
            “Bila dia datang?”
            “Petang ni sampai.”
            “HAH?!”
            Nak pengsan sekarang ni boleh?

p/s : Enjoy! :)

Photobucket

4 comments:

  1. amboi budak bandar~ duduk kat kampung best la.. dasar anak mak.. hehe.. nanti Rania dera kau buat kerja ngan lembu2 tu baru padan muka kau :p

    best Moon :D sambung lagi! ^^

    ReplyDelete
  2. menarik...
    cepat2 sambung ye miss writer... ;-)

    ReplyDelete
  3. BestNyerr ^^ Novel Kak Leeya mmg FOREVER-THE-BEST

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...