Friday, August 3, 2012

Cerpen : Jalan Cinta ( Full )


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Ni full version untuk Jalan Cinta. Akhirnya tamat jugak. Sorry kalau ending dia tak memuaskan. :)

Bila kita akan bertemu dengan jodoh kita? Bagaimana rupa jodoh kita? Bagaimana kisah cinta kita bersama dia yang telah Allah rancangkan? Itu semuanya rahsia Allah. Satu hari nanti, insya-Allah dengan izin-Nya, dia akan datang pada kita. Membawa kita bersamanya. Sehidup dan semati, insya-Allah.
**
MUHAMMAD AMMAR
Bila aku cakap aku nak kahwin, semua gelakkan aku. Kata diorang, terlampau awal untuk aku berkahwin sekarang. Kata diorang lagi, kenapa aku tak enjoy dulu kehidupan bujang aku? So, jawapan aku adalah kerana aku dah bersedia untuk jadi seorang suami. Baik duduk rumah dengan isteri daripada aku merayap tak tentu hala. Alhamdulillah, setakat ni aku berjaya menepis segala godaan kawan-kawan yang selalu ajak aku buat jahat. Contohnya ajak pergi pub! Gila apa?! Memang taklah aku nak pergi kan? Astaghfirullahallazim.
Jadi bila mak aku cakap yang dia dah jumpa calon isteri yang sesuai untuk aku, aku terus setuju. Dan sudah semestinya aku tengok dulu gambar empunya diri. Perkataan yang pertama terlintas dekat kepala, “Comel.”
Tapi aku tak terima cadangan mak aku sebab dia comel je tau. Kata mak aku, Damia ni budaknya baik. Selalu tolong orang tua dan dia selalu mengajar budak-budak mengaji. Entah kenapa, terasa sejuk hati aku ni bila dengar. Akhirnya aku terima la Damia ni tapi dalam hati risau jugak! Takut aku kena reject tapi alhamdulillah tak. Baru beberapa minggu yang lepas, aku dah selamat jadi tunang orang. Tunang kepada Nurul Damia tapi aku tak pergi pun masa tu. Bukan tak  nak tapi biarlah. Tunggu masa akad nikah nanti.
“Esok Abang Long nak singgah dekat rumah Mia kejap. Ada apa-apa nak bagi kat dia?” Soal Abang Long sambil melabuhkan duduk sebelah aku yang sejak dari tadi asyik termenung.
“Hmm... tak tahu lagi. Esok kalau ada apa-apa Am nak kasi kat dia, Am bagitahu Abang Long.”
Abang Long mengangguk sebelum tiba-tiba memaut bahu aku. “Am tahu yang Mia tu pernah jadi tunangan orang?”
Aku mengangguk. Memang mama dah bagitahu aku awal-awal pasal hal ni. Dia risau nanti aku marah pulak bila tahu pasal ni tapi aku nak marah buat apa kan? Benda dah lepas pun.
“Baguslah kalau macam tu.” Abang Long senyum sebelum bangkit. “Kalau ada apa-apa nak bagi kat dia, bagitahu cepat-cepat tau.”
Tiba-tiba aku baru tahu apa yang aku nak bagi. Terus aku bangkit sebelum tersenyum lebar. “Am dah tahu nak bagi apa!”
***
NURUL DAMIA
Aku balik ke kampung ni pun dengan satu tujuan aje. Untuk disatukan dengan lelaki yang telah dipilihkan oleh ibu dan ayah. Haa... mesti orang cakap cliché kan? Takde apa yang cliché bila kita berkahwin dengan lelaki yang dipilih oleh ibu ayah kita. Itu namanya jodoh. Jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Aku tak kisah pun kalau kena kahwin dengan lelaki pilihan keluarga kerana bagi aku, apa yang keluarga aku pilih mestilah yang terbaik buat aku. Ye tak?
“Membebel apa lagi tu? Cepat tolong akak gantung langsir ni!” Jerit Kak Long sambil mencebik. Aku hanya ketawa kecil sambil memanjat kerusi. Kak Long aku ni kecik molek orangnya. Aku ni pulak kemain tingginya. Sebab tu la aku sorang je yang mampu nak gantung langsir ni. Nak harapkan Abang Ngah, memang tak bergantung la langsir ni.
“Akak, bakal suami Mia tu handsome tak?” Aku control muka macho sambil gantung langsir walaupun jantung dah dup dap. Malu kot tanya soalan macam ni kat Kak Long!
Kak Long dah tersengih-sengih. “Handsome.”
“Ohh...”
“Lepas Mia dah siap gantung langsir, akak nak bagi something.”
“Apa dia?” Laju je aku berpaling dekat Kak Long. Tangan pun makin ligat menggantung langsir. Lepas siap, terus aku melompat turun dari atas kerusi dan terus mendapatkan Kak Long.
“Ni ada surat yang bakal suami Mia kasi.”
Dahi aku berkerut tapi tangan aku tetap mengambil surat dari tangan Kak Long. Amboi Inche Tunang, siap bagi surat segala!
 Bila Kak Long dah melangkah ke dapur, aku terus berdesup masuk ke dalam bilik. Surat Inche Tunang ni aku bukak perlahan-lahan. Dup dap dup dap jugak jantung aku dibuatnya.
Assalamualaikum awak,
Apa khabar? Maaf kalau surat saya ni menganggu awak. Kita dah selamat bertunang dan ini merupakan masa yang sesuai untuk kita taaruf dulu bagi mengenali diri masing-masing sebelum melangkah ke alam perkahwinan.
Tersedak aku bila baca alam perkahwinan tu. Terasa membahang pulak muka sekarang ni. Nasib baik dia takde dekat depan mata. Kalau tak, mau dia gelak tengok aku macam ni.
Biar saya perkenalkan diri saya terlebih dulu. Nama saya Muhammad Ammar binti Yusuf. Umur saya 27 tahun. Saya bekerja sebagai seorang juruterbang. Mungkin awak akan fikir yang bila saya ni seorang pilot, of courselah saya ni playboy kan?
            Aku mengangguk. Pilot kan selalunya playboy?
            Tak baik tau judge orang macam tu. Insya-Allah saya tak macam tu. Saya jadi pilot sebab saya suka awan. Saya kagum dengan keindahan ciptaan Allah. Sama macam saya kagum dengan awak. Lagipun saya tahu malaikat kiri dan kanan bahu saya ni takkan pernah berhenti mencatat segala kebaikan dan keburukan yang saya lakukan. Jangan bimbang. Insya-Allah solat fardhu tak pernah saya tinggalkan dan takkan pernah tinggalkan.
            Tersedak lagi aku. Kagum dengan aku? Hahahaha! Apa yang aku dah buat sampai dia kagum sangat ni?
            Saya tahu awak mesti pelik kenapa saya kagum dengan awak? Sebabnya adalah awak sentiasa tabah dalam hidup awak walaupun awak pernah ditinggalkan oleh tunang awak sebelum ni. Maaf sebab saya bercakap pasal hal ni. Bukan bermaksud nak buat awak terasa atau apa, cuma saya nak cakap, saya kagum dengan awak sebab awak tabah. Ditinggalkan tunang pada saat-saat nak dinikahkan memang pedih. Walaupun saya tak rasa tapi saya tahu.
            Aku mengelap air mata yang tiba-tiba mengalir. Hampeh betul, Inche Tunang ni! Nak buat aku terharu ke apa ni?
            Lagi satu, saya kagum dengan awak sebab awak sudi terima saya walaupun awak tak kenal siapa saya ni. J
            Awak, saya ni kuat makan orangnya tapi saya tak cerewet. Saya akan makan apa je yang awak masak. Insya-Allah saya takkan merungut. Kalau saya merungut, sila marah saya dan tunjuk surat ni dekat saya ye.
            Sebelum saya mengundur diri, saya ada selitkan gambar saya dekat sampul surat. Saya tak handsome, saya ni biasa-biasa je dan saya harap awak akan menjadi pelengkap hidup saya.
            Ayat last tu memang menyentuh kalbu. Okey, aku mengaku yang Inche Tunang sangat sweet. Surat yang dia bagi, aku lipat lalu aku letak dalam kotak comel yang memang aku sembunyikan dalam almari. Gambar dia pulak aku tatap lama. Haaa... memang handsome!
            “Amboi, kemain senyum...” Aku terus pusing belakang sebelum menjerit.
            Macam mana Kak Long dengan Abang Ngah boleh masuk dalam bilik ni?!!
***
MUHAMMAD AMMAR
            Baju uniform yang tersarung di tubuh, aku betul-betulkan sedikit. Hari ni aku kena bekerja selepas dah berehat dekat rumah tiga hari. Beberapa hari yang lepas, aku dah terima surat daripada Damia. Tulisan dia serius comel gila! Tersusun dan kemas. Isi kandungan surat dia pun comel jugak. Dia suruh aku jaga dia baik-baik lepas kami kahwin nanti. Dia jugak pesan suruh aku jaga diri masa bekerja.
            Selepas memastikan segalanya dah okey, terus aku angkut beg roda ke bawah. Mama dan papa hanya tersenyum sebelum mama menuang air teh ke dalam cawan aku. Aku perasan sejak beberapa hari ni, memang mama asyik tersenyum je. Bahagia sangat agaknya sebab anak bongsu dia akhirnya nak kahwin.
            “Lama ke Am pergi Dubai?”
            “Lima hari.” Aku sengih. Tak lama sangat rasanya. Lagipun dalam kepala aku ni, aku dah rancang nak bagi sesuatu dekat Damia. Harap-harap dia sukalah hadiah aku tu nanti.
            “Am tahu kan majlis Am dengan Mia hujung bulan ni?”
            Aku mengangguk. 30 Jun 2012. Dah dekat sangat tu. 3 minggu macam tu je lagi.
            “Dah ready?” Tanya papa sambil tersenyum.
            Aku tersengih sumbing. Nak kata ready tu, boleh la tapi rasa gementar ada jugak. Tapi dalam gementar-gementar tu jugak, sempat lagi aku beli cincin untuk Damia. Cincin nikah nanti tapi aku belum tunjuk dekat mama lagi. Nanti-nantilah kot nak tunjuk.
            “Alhamdulillah dah.”
            “Baguslah kalau macam tu.” Papa senyum je lepas dengar jawapan aku. Suka jugak agaknya bila aku dah bersetuju nak kahwin ni.
            Damia, untunglah awak kan?
            ***
            NURUL DAMIA
Sejak dari hari aku terima surat dari Inche Tunang, mulut aku tak habis-habis senyum. Aku dah selamat balas surat Inche Tunang dan dah selamat jugak aku kasi dekat Kak Long. Kak Long tersengih-sengih je masa aku bagi surat tu. Siap usik aku lagi. Hampeh betul la Kak Long! Abang Ngah pulak tak habis-habis jugak mengusik. Sama je perangai kakak dengan abang!
            “Baju kahwin dah decide nak warna apa?”
            Aku geleng.
            “Haih, bilanya nak decide?” Ibu dah bercekak pinggang. Aku hanya mengekek ketawa. Sebenarnya, aku tak kisah pun baju kahwin warna apa, asalkan cantik dan menutup aurat. Sesuai dengan aku yang bertudung ni.
            “Ikut ibu la. Mia tak kisah...”
            “Tak nak. Kamu pilih sendiri. Esok mak panggil sepupu kamu datang. Nasib baik la ada sepupu yang ada butik pengantin.”
            Aku hanya mengangguk sambil tersenyum. Lawak betullah mak ni! Comel pun comel!
            Pap!
            “Apa ni, akak?! Tetiba tepuk peha orang!” Peha yang pedih aku usap perlahan. Kak Long tersengih-sengih sebelum menghulur telefon bimbitnya dekat aku.
            “Dia takde dekat Malaysia sekarang. Dia suruh Mia baca ni.”
            Aku menyambut telefon Kak Long sebelum menjauh sedikit. Malu nak baca depan Kak Long walaupun aku tahu Kak Long mesti dah baca.
            Assalamualaikum awak, saya harap awak sihat alhamdulillah. Saya nak cakap pasal baju kahwin. Saya tak kisah awak nak warna apa pun. Saya ikut je. Mama pun tak kisah. J Sorry terpaksa susahkan awak.
            Aku tersenyum ceria sebelum mendekati Kak Long dan hulur telefon bimbit dia sambil tersenyum malu.
            “Nak warna apa?”
            “Belah kita, kalau boleh... Mia nak warna krim. Belah Ammar pulak nak warna biru dengan putih.” Aku tersengih. Warna biru tu sebab Inche Tunang kan suka awan. Haaa...mesti comel kan?
            “Nanti cakap dengan Hannah.”
            Aku mengangguk sebelum melangkah masuk ke dalam bilik dan melambungkan tubuh aku atas katil. Tiba-tiba ternampak bayangan wajah Inche Tunang yang tersenyum. Haih, dah jatuh cinta ke aku ni?
            **
            MUHAMMAD AMMAR
            Tersenyum kecil bila aku baca mesej daripada bakal abang ipar aku ni. Kata dia, Damia dah pilih warna krim dan biru. Dia pun dah bagitahu dekat mama dan papa. Mama dengan papa macam biasa je, tak kisah asalkan Damia suka. Haih, sayang sangat dengan bakal menantu diorang tu!
            Esok, aku akan bertolak balik ke Malaysia. Haa... makin dekat nak kahwin, makin berdebar jantung ni. Agaknya Damia pun rasa macam ni ke? Dia pun berdebar ke?
            Sebenarnya aku ni malu nak jumpa dia masa akad nikah nanti. Pertama kali nak berjumpa face to face. Haih, mau pengsan aku depan dia nanti!
            SMS yang dihantar oleh Abang Ngah tadi dibaca sekali lagi. Dan sekali lagi tersenyum-senyum. Jatuh cinta ke aku ni?
            Assalamualaikum Am. Bakal isteri hang cakap dia nak tema warna krim untuk belah perempuan. Belah hang pulak warna biru dengan putih. Dia cakap mesti comel kan? *Abang tau dia nak cakap pasal hang sebenarnya. :P
            ***
NURUL DAMIA
            “Ni Ammar bagi dekat Mia...” Tiba-tiba Abang Ngah bagi satu beg plastik yang di dalamnya ada kotak yang berbalut dengan kertas minyak.
            “Ammar bagi?”
            “Yelah. Dia baru sampai semalam...”
            Aku mengangguk faham sebelum mengambil beg plastik dari tangan Abang Ngah. Depan Abang Ngah jugak aku bukak balutan kotak tu. Bila dah bukak je kotak tu, terus mulut aku terlopong. Bukan takat aku yang terlopong tapi dengan Abang Ngah sekali terlopong jugak sebelum dia menjerit panggil ibu dengan ayah yang tengah sibuk dekat dapur. Tak sempat aku nak menghalang langsung!
            “Ibu, ayah! Adik dapat tudung labuh dengan jubah!” Jeritan Abang Ngah aku boleh dengar sampai ke sini. Perlahan-lahan aku capai sehelai jubah berwarna hitam. Lembut je kain dia. Dari celah-celah jubah dengan tudung ni jugaklah, aku nampak sehelai kertas berwarna putih yang diselitkan dengan sehelai tudung labuh berwarna putih.
            Ni tudung untuk akad nikah. Saya harap awak sudi pakai.
            Tersenyum terus aku masa tu. Tudung labuh berwarna putih itu aku sarungkan ke kepala sebelum aku bangkit mendapatkan ibu dan ayah yang masih lagi mendengar cerita Abang Ngah. Mereka bertiga semua ternganga bila tengok aku sebelum ibu memeluk aku sambil mengusap tudung yang aku pakai sekarang ni.
            “Ammar kasi. Cantik kan?” Aku sengih. Tudung ni bukan plain sangat. Adalah sulaman sikit-sikit tapi serius cantik! Entah dekat manalah dia beli tudung ni. Nak tanya, malulah pulak!
            “Mia nak pakai tudung ni la nanti.”
            “Tapi tu tudung labuh.”
            Aku tersenyum sebelum duduk di sebelah ibu. “Kalau bakal suami Mia yang bagi tudung ni, insya-Allah Mia akan pakai. Lagipun mungkin itu tandanya dia suka Mia bertudung labuh.”
            “Alhamdulillah kalau macam tu. Ibu pun suka tengok Mia pakai macam ni. Comel je.”
            Aku tersenyum sambil menyentuh tudung dekat tangan aku sekarang ni. Makin lama, makin aku rasa sweet je Inche Tunang ni.
***
MUHAMMAD AMMAR
            Hampir terjatuh aku dari kerusi apabila papa tiba-tiba cakap nak bawak aku jumpa Damia. Kenapa pulak tiba-tiba ayah nak aku jumpa dia? Bukan ke hari tu aku cakap nak jumpa masa akad nikah nanti?
            “Kenapa papa nak bawak Am jumpa dia?”
            Papa tersenyum. Aku dah garu kepala.
            “Lebih elok kan kalau Am jumpa dia dulu. Apa salahnya kan?”
            “Memang elok tapi Am malu...” Aku dah memandang lantai. Muka pun terasa berbahang sekarang ni.
            “Nak malu apa. Nanti dah kahwin, hari-hari nampak kat depan mata,” usik Kak Ngah sambil ketawa.
            Aku menggigit bibir. Haih, nak bagi alasan apa lagi sekarang ni?
            “Yelah...yelah. Am pergi jumpa dia,” putusku akhirnya. Lagipun apa salahnya kan? Bukan pergi sorang-sorang. Ada mama, papa semua. Insya-Allah okey je.
            Tapi, masalahnya sekarang... hati aku ni okey ke tidak?
**
NURUL DAMIA
“HAH?”
Tersembur terus air kopi yang aku tengah minum sekarang. Nasib baik aku cepat berpaling ke tempat lain. Kalau tak, mau muka Abang Ngah ni basah dengan air kopi.
“Ya Allah, budak ni... Nak kahwin pun buat perangai macam ni.” Kak Long mengelap muka dan baju aku yang basah sedikit. Abang Ngah pulak dah gelak sakan.
“Dia nak datang jumpa Mia?!”
Abang Ngah mengangguk tapi masih lagi ketawa. Aku dah ketap gigi. Ada yang kena jirus dengan air kopi ni nanti.

            “Buat apa?”

“Buat bodoh,” sindir Kak Long. Terus aku cubit lengan Kak Long. Sedap-sedap je sindir aku!
“Nak jumpa awaklah, dik oiii! Takkan nak jumpa abang dengan akak kot?!” Kata Abang Ngah sambil memasukkan karipap ke dalam mulut.
“Alaa....”
“Apa ala-ala? Jumpa bakal suami kot. Tak nak ke?”
Aku cebik bibir. Bukan tak nak tapi malu. First time kot nak jumpa. Selama ni, cakap pun ikut SMS dengan surat. Mana pernah dia dengar suara Inche Tunang tu!

            “Malulah...”

“Nak malu apa? Nanti jumpa dia jugak!” ucap Kak Long sambil tersengih.
“Over la!” Sekali lagi aku nak mencubit lengan Kak Long tapi laju je Kak Long lari pergi duduk sebelah Abang Ngah.
“Kesian la Ammar nanti. Isteri dia Ratu Cubit!” Usik Abang Ngah sebelum menjelir lidah. Aku dah berpeluk tubuh tapi hati ni tetap berdebar-debar. Jumpa Inche Tunang?
Alahai...

**

MUHAMMAD AMMAR DAN NURUL DAMIA
            Ammar memandang papanya yang tengah memandu dengan tenang ke rumah Damia. Ikutkan perancangan, sepatutnya dia yang memandu tapi dari tadi, tangan dia asyik menggigil je. Terus papa cakap, biarlah papa yang memandu. Dia pun hanya mengangguk sambil tersenyum sumbing.
            “Nampak sangat berdebar-debarnya...” usik Kak Ngah sambil mencucuk pinggang Ammar. Sengaja nak mengusik adik bongsunya ni.
            “Takut...” balas Ammar sambil memegang dadanya.
            “Relakslah. Insya-Allah, semua akan okey.”
            Ammar hanya mengangguk kecil sambil mengenggam telefon bimbitnya. Baru sekejap tadi, bakal abang ipar dia menghantar mesej pesanan dari Damia.
            Everything will be just fine, insya-Allah. Saya pun takut jugak sebenarnya ni.
**
“Assalamualaikum…” Ammar hanya memerhatikan Encik Yusuf yang tengah member salam sambil menarik nafas panjang. Sayup-sayup dia terdengar suara yang menjawab salam. Muncul seorang lelaki yang lebih kurang sebaya dengan papa dengan senyuman lebar di bibir.
            “Alhamdulillah, sampai jugak kau ye.” Terus papa dan lelaki itu berpelukan. Selepas pelukan mereka terlerai, Ammar menghampiri untuk bersalaman dengan lelaki tersebut. Ikutkan hati nak je dia tanya, “Pak cik ni bakal ayah mertua saya ke?”
            “Apa khabar, Ammar?” Encik Harun mengusap lembut bahu bakal menantunya ini. Alhamdulillah sebaik saja nampak muka Ammar ni, hatinya terasa tenang dan yakin bahawa Ammar mampu membimbing anaknya.
            “Alhamdulillah baik, pak cik.” Ammar tersenyum kecil.
            “Eh, kenapa panggil pak cik? Panggillah ayah. Tak lama lagi pun dah nak jadi menantu ayah…” ucap Encik Harun sambil ketawa. Ammar hanya tersenyum sumbing sambil menggaru kepalanya.
            “Jemput naik atas. Mah dengan Mia tengah sibuk kat dapur tu,” ajak Encik Harun sambil memaut bahu Encik Yusuf.
            **
            Damia yang sejak dari tadi asyik mengintai ikut pintu dapur cepat-cepat mendapatkan Puan Mahirah yang tengah mengacau air gula. Ibunya hanya tersenyum sebelum mengangkat kening.
            “Macam mana?”
            “Err…” Damia bermain dengan hujung tudung labuh yang dipakainya sekarang. Haa… tudung labuh! Tudung ni salah satu daripada hadiah Inche Tunang. Alhamdulillah sejak dia dapat hadiah ni, dia dah mula pakai tudung labuh. Jangan salah anggap tau. Bukan sebab Inche Tunang, dia nak pakai tudung labuh ni tapi sejak beberapa hari ni, dia asyik bermimpi dia pakai tudung labuh. Akhirnya, pada pagi Jumaat hari tu, dia tekad menyarungkan tudung labuh dekat kepala.
            Puan Mahirah terus ketawa. Bukannya dia tak nampak muka anak gadis dia ni dah merah.
            “Mah, Mia… diorang dah sampai. Bersalam dulu…” Encik Harun muncul di dapur sambil tersenyum meleret. Diana yang tengah menyusun cawan di atas dulang terus tersenyum nakal sambil mencuit bahu adik lelakinya. Hari ni, sekali lagi mereka berdua balik ke kampung semata-mata nak tengok muka bakal adik ipar.
            “Mia… bawak cawan ni ke depan,” arah Diana.
            “Ala…”
            “Alang-alang nak ke depan tu, tolonglah bawak. Kak Long nak bawak kuih ni.”
            Perlahan-lahan Damia menyambut dulang di tangan Kak Long dengan muka yang berkerut-kerut. Haih, rasa macam nak luruh jantung dia dibuatnya!
            “Senyum la sikit,” kata Daniel sambil ketawa kecil.
            “Abang Ngah cakap senanglah! Mia takut tau!”
            “Nak takut apa? Bukan Am makan orang pun?”
            Damia mencebik. Geram betul! Dari jauh, dia dapat mendengar suara orang berbual. Tiba-tiba mata dia tertancap pada tubuh seorang lelaki yang membelakanginya sekarang. Makin longlai langkahnya ketika ini. Malu-malu!
            “Am, ayah perkenalkan anak ayah… Nurul Damia.”
            Saat itu, bukan setakat jantung Damia hampir-hampir nak berhenti berdegup tapi Ammar pun dah terkelu.
            **
            Ammar menunduk sejak dari tadi. Tak berani nak angkat muka untuk memandang Damia yang duduk bersimpuh di sebelah kakaknya. Dahlah tadi, bukan main terkejut dia sebab bersua kali pertama dengan Damia. Jantung dia pun berdegup kencang sekarang ni.
            Damia lagilah! Kalau boleh nak dia pergi dari sini. Malu-malu! Boleh pulak dia terdiam kat situ tadi sambil pegang dulang. Sampai Kak Long cuit, barulah dia sedar. Kalau tak, mau sampai sudah dia berdiri dekat situ.
            “Kenapa senyap je bakal pengantin?” Soal Encik Harun sambil tersenyum.
            Ammar garu kepala sambil tersengih sumbing.
            Damia pulak telan air liur. Diam itu lebih baik, ayah!
            Encik Harun dengan Encik Yusuf saling berpandangan sebelum tersenyum. Rasanya masing-masing tu pun dah suka!
            “Kak Miaaaa! Comel nak beranak!” Tiba-tiba muncul Rafiq di muka pintu. Damia terus bangkit sebelum menghampiri Rafiq.
            “Mana ayah dengan mak kamu?”
            “Mak ayah pergi beli barang. Akak, cepatlah!” Rafiq dah macam cacing kepanasan. Mana dia pandai nak sambut anak lembu! Ayah dia tak pernah ajar!
            “Jap-jap.” Terus Damia mendapatkan mak dan ayahnya. Haa... ni kecemasan! Terpaksalah mengundur diri sebentar.
            “Mak, ayah, Mia nak pergi tolong sambut anak Comel kejap. Mama, papa, Mia mintak diri dulu ye.” Dia menyalami tangan bakal mak mertuanya sebelum tunduk sedikit dekat bakal ayah mertuanya. Dekat Ammar, dia tak tahu nak buat apa. Akhirnya terus dia bergegas mengikut Rafiq.
            “Comel tu siapa?” Soal Puan Anisah.
            “Lembu kawan baik Mia.”
            “Mia pandai sambut anak lembu?” Kali ni Ammar pulak yang bertanya.
            Encik Harun terus tergelak. “Mia tu lasak. Masa kecik-kecik, dia rajin tolong datuk dia jaga binatang ternakan.”
            Ammar mengangguk faham. “Boleh tak kalau Am nak tengok dia sambut anak lembu?” Pintanya dengan teruja.
            “Erk?”
            **
            “Comel, relaks okey!”
            Damia menyingsing sikit lengan baju kurungnya dan hanya menampakkan handsock yang dipakainya. Rafiq pulak tengah menenangkan Kachak. Macam tahu-tahu je bini dia ni nak bersalin kan?
            “Mia...”
            Damia terus berpaling bila namanya dipanggil. Terkejut jugak bila dia nampak Ammar tengah berdiri di situ. Sekali dengan Abang Ngah jugak.
            “Do you want me to help you?”
            “Boleh ke? Kotor baju karang...”
            “Takpe...” Ammar dah mencangkuk di sebelah Damia. Berkerut-kerut dahi dia melihat macam mana Comel nak beranak. Nampak macm sakit sangat! Haa... ni baru tengok lembu beranak!
            “Awak!” Tiba-tiba Damia menjerit cemas.
            “Kenapa?”
            “Kepala anak Comel tersangkut! Abang, tolong pegang Comel ni!” Laju Damia memberi arahan. Daniel cepat-cepat mengambil tempat. Memang dah selalu pun dia tolong Damia menyambut anak lembu dengan kambing ni!
            “Hah?” Ammar dah mula kalut. Macam mana kepala anak lembu boleh tersangkut ni? Tiba-tiba Damia hulur sarung tangan getah dekat Ammar.
            “Pakai gloves ni,” arah Damia sambil menyarung gloves ke tangannya. Kemudian, dia capai rantai sebelum dia menyuruh Ammar untuk memegangnya.
            “Awak nak buat apa ni?” Naik terkejut Ammar bila dengan selambanya Damia menyeluk tangannya ke dalam ruang peranakan Comel. Hampir ternganga jugak mulut dia tengok Damia bersusah payah nak betulkan kedudukan anak lembu tu.
            “Ikatkan rantai tu kat kaki anak lembu ni.” Cepat Ammar bertindak sambil memandang sekilas ke arah Daniel yang tersenyum-senyum.
            “Awak tarik ikut pernafasan Comel tau. Macam kat hospital. Kira satu... dua... tiga pastu tarik! Saya akan suruh Comel push!”
            Ammar hanya mengangguk faham. Kali ni langsung tak dipedulikan baju kemeja dia yang dah kotor. Kalau dia bercerita dengan kawan-kawan dia pasal pengalaman menyambut anak lembu, mahu terlopong agaknya diorang semua!
            “Dah keluar!”
            Ammar menarik nafas lega. Nasib baik anak lembu Comel ni hidup lagi. Dia terduduk lemah di atas rumput. Penat dan mencemaskan betul!
            Terdiam dia seketika bila Comel menjilat lendir hidung dan mulut anaknya.
            “Tu bagi memudahkan pernafasan anak lembu,” terang Damia sambil tersenyum memandang Comel dan anaknya. Kachak yang tadi nampak agak tak tenang, akhirnya dah diam dan sesekali menguak.
            Kemudian Damia mengikat dan memotong tali pusat anak lembu itu sebelum disapu dengan iodine bagi mengelakkan jangkitan kuman.          
            “Done! Alhamdulillah...” Damia menarik nafas lega. Kemudian, dia mengerling ke arah Ammar sebelum tersenyum kecil.
**
NURUL DAMIA
            Semua barang hantaran dah siap. Semua hiasan dah siap pasang. Kanopi dah naik dekat depan rumah. Pelamin pun dah ada dekat ruang tamu tu. Bunga telur semua dah ready. Baju pengantin pun dah ambik dekat kedai. Kiranya dah complete. Yang tinggal sekarang ni, upacara akad nikah malam ni!
            Aku mengurut dahi. Tup tap tup tap, malam ni aku akan bernikah dengan Inche Tunang! Rasa macam tengah mimpi. Baru je beberapa minggu lepas, kami sambut anak lembu Comel sama-sama dan sekarang ni, aku dengan dia bakal menjadi suami isteri. Aku pandang siling bilik aku ni. Macam mana agaknya perasaan bila dah jadi isteri orang nanti?
            “Mia, dah solat ke belum?” Soal Kak Long.
            Aku duduk bersila di atas katil. “Dah...”
            “Nanti mak andam nak datang. Mandi ke belum?”
            “Dah...”
            “Kenapa muka macam orang hilang anak je ni?”
            “Berdebar...” Aku sengih.
            “Biasalah tu... Jangan risau sangat. Kak Long nak ke dapur dulu. Nanti mak andam datang...”
            Aku hanya mengangguk sebelum merebahkan tubuh aku ke atas katil. Inche Tunang, awak berdebar tak sekarang ni?
**
MUHAMMAD AMMAR
            Dari tadi aku duk berjalan hulur ke hilir. Jarum jam semakin menghampiri ke pukul 8.15 buat jantung aku makin nak pecah. Lagi beberapa minit je lagi! Lepas solat Isyak, aku dan semua ahli keluarga aku akan bertolak ke rumah Damia. Tadi sempat jugak aku mesej Abang Daniel. Dia cakap Damia pun dari tadi muka bukan main pucat. Macam dia yang nak lafaz akad nikah.
            Aku tersenyum kecil. Lawak jugak Damia tu.
            “Senyum sorang-sorang nampak!” Sergah Abang Long kuat. Aku terus mengusap dada. Kurang asam betul abang aku ni! Tak sempat aku nak pergi akad nikah nanti!
            “Ada apa bang?”
            “Papa panggil kat bilik solat.”
            “Ohh...” Aku mengangguk kecil sebelum mencapai songkok dekat atas katil dan mengikut langkah Abang Long ke bilik solat.
            “Papa... ni Am dah datang...”
            Papa menggamit aku supaya duduk di sebelahnya. Dia menepuk bahuku perlahan sebelum tersenyum lebar.
            “Lepas ni, Am dah nak jadi suami orang. Jaga isteri Am baik-baik ye. Jadi pembimbing dia sehingga ke syurga ye,” ucap papa perlahan. Aku hanya memandang papa dengan hati yang sebak.
            “Insya-Allah, papa...” Terus aku memeluk papa dengan erat.
**
            Aku dah duduk bersila di hadapan ayah yang menjadi wali Damia. Dari sini jugak, aku dapat lihat Damia yang tengah duduk di sebelah bakal mak mertuaku dan jugak mama. Dalam hati aku memuji kecantikan dia. Lain sangat kalau nak dibandingkan masa dia menjadi penyambut anak lembu!
            “Muhammad Ammar bin Yusuf.”
            “Saya...” Aku menarik nafas sedikit.
            “Aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku, Nurul Damia binti Harun dengan mas kahwin tiga ratus ringgit tunai...”
            “Aku terima nikahnya Nurul Damia binti Harun dengan mas kahwin tiga ratus ringgit tunai.”
            “Sah?” Ayah bertanya pada saksi-saksi.
            “Sah!”
            “Alhamdulillah...” Terus aku mengucapkan syukur. Alhamdulillah, selamat jugak aku menjadi suami kepada Damia dengan sekali lafaz. Aku berpaling ke arah Damia dan aku tersenyum apabila melihat dia yang tengah memeluk mak dan kemudiannya memeluk mama.
**
NURUL DAMIA
            “Saya ada hadiah khas buat isteri saya...” Ucapnya sebaik saja dia selesai menunaikan solat sunat. Aku terpinga-pinga. Hadiah apa pulak ni?
            Tiba-tiba dia mengambil Al-Quran yang aku bagi sebagai hantaran lalu dia melabuhkan duduk di hadapan aku. Terkebil-kebil bijik mata aku sekejap.
            “Surah An-Nisa...” Ucapnya perlahan sambil tersenyum. Aku terus menekup mulut. Tak berkelip mata aku apabila dia mula mengaji di hadapan aku. Air mata aku mengalir laju bila dengar betapa syahdunya bacaan dia. Terasa macam aku bermimpi pun ada. Bila dia selesai mengaji, dia memandang aku sebelum tersenyum. Aku yang masa tu tengah menangis bagai nak rak membalas senyuman dia sambil menghembus hidung dekat tisu. Habis cair dah mekap muka aku!
            “Cengengla...” Sempat lagi dia kutuk aku sambil mengelap air mata aku. Haaa... dah batal air sembahyang dia. Cincin pun belum sarung lagi.
            “Biarlah...”
            Dia tersenyum sambil mengusap kepala aku. Kemudian dia duduk di sebelah aku sebelum mencapai tangan aku dan cincin bermata satu itu disarungkan di jari manis aku. Terketar-ketar jugak masa aku nak tunduk mencium tangan dia. Berdebar kot! First time sentuh orang yang bukan mahram kita!
            “Jangan nangis-nangis. Tak comel bila isteri saya nangis.”
            Aku menjeling manja. Erk, sejak bila Damia reti jeling-jeling manja ni? Dia takde pulak mencium dahi aku walaupun beberapa kali jurugambar suruh dia buat macam tu. Jurugambar ni pun dia yang pilih tau. Dia kata dia nak jurugambar perempuan. Lebih elok katanya. Nasib baiklah rakan kongsi Hannah, Maya tu jurugambar. Jadi, Ammar mintak tolong dia jelah. Aku ikutkan aje. Mana yang dia fikir elok, aku terima dengan hati yang ikhlas.
            Aku usap cincin yang dah tersarung cantik di jari manis aku ni. Entah kenapa aku nampak cincin ni nampak macam ekslusif. Macam dia tempah pun ada. Nak tanya sekarang, malulah pulak.
            “Suka cincin tu?”
            Aku mengangguk sambil tersenyum manis.
            “Khas untuk isteri abang...”
            Aku terus angkat muka dan memandang dia.
            “Kenapa pandang abang macam tu?” Soal dia pelik.
            “Takde apa. Suka dengar panggilan abang tu...” Aku senyum malu sebelum memaut lengannya. Dia pulak hanya ketawa kecil sebelum mengusap kepalaku dan mengenggam tanganku. Alhamdulillah, syukur kepada-Mu!
**
MUHAMMAD AMMAR DAN NURUL DAMIA
            Damia tersenyum sendiri sambil teringat bagaimana meriahnya majlis perkahwinan dia tadi. Paling tak tahan bila ada rakan sekerja Ammar yang sanggup datang walaupun baru sampai Malaysia. Siap pakai baju uniform lagi. Mulalah ada beberapa kawan aku yang duk tersengih-sengih tapi kawan-kawan Ammar takdelah sehandsome Ammar. Hee... dia tersenyum lagi.
            “Assalamualaikum...”
            Damia memandang ke arah pintu yang telah dibuka oleh suaminya sebelum tersenyum manis.
            “Waalaikumussalam...”
            “Tak tidur lagi?” Soal Ammar sambil meletakkan songkok di atas meja solek. Kemudiannya dia merebahkan tubuh badannya di sebelah Damia sebelum dia memeluk erat tubuh isterinya.
            “Tak ngantuk lagi...”
            “Hmm...”
            “Abang...”
            “Ye?” Sahut Ammar perlahan dengan mata yang terpejam.
            “Thanks for everything...”
            Ammar tersenyum kecil sebelum mengucup dahi Damia lama. “You’re welcome.”
            “Abang...”
            “Thanks sebab sudi sambut anak Comel dengan Mia hari tu...”
            Kali ni Ammar ketawa sebelum mengeratkan pelukannya. “You’re welcome, sayang...”
            “Abang...”
            Damia menggigit bibir. Nak cakap ke tak nak?
            “I love you...” Terus dia sembamkan muka dekat dada Ammar. Rasa berbahang muka dia sekarang ni! Sejak bila dia jadi berani sangat ni?
            Ammar yang mendengar luahan isterinya terus terdiam. Terkejut jugak sebenarnya tapi dalam masa yang sama, rasa tercabar jugak. Kenapa isteri dia pulak yang kena ucapkan kata-kata cinta dulu?
            “Patutnya abang yang cakap dulu...”
            “Takpelah. Sama je...”
            “I love you more, Mia. I love you for all that you are, all that you have been, and all you’re yet to be,” lafaz Ammar perlahan. Damia menangis terharu sebelum mengeratkan pelukannya.
            Ammar adalah anugerah terindah dalam hidupnya. Kahwin dengan pilihan keluarga is not a bad idea after all kan? Sekarang ni, dia dah jatuh cinta berkali-kali dengan Ammar! I must say that love after marriage is sure full of barakah. Insya-Allah.
            Teringat kata-kata Kak Long dulu,
            “Rasa cinta bukan dosa tapi fitrah. Fitrah kalau dibawa ke jalan yg benar , itu mulia. Kalau dibawa ke jalan yg salah, itu hina.”



Photobucket

54 comments:

  1. wah.. bgus btol ammar ni.
    sy suka part ammar baca surah An-Nisa tu :)

    ReplyDelete
  2. so sweett ~ best ! err..nak kawin skrg bleh x? hahaha :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! kalau dah ready, insya-Allah boleh :) mekaseh liya.

      Delete
  3. sukkkaaaaaaaaaaaaa sangat!<3

    ReplyDelete
  4. alah.. pendek sangat moon..kasilah panjang sikit.. hhee..by the way.. suka ayat yang last tuh.. akhirnya berakhir jugak cerpen ni kan?hehhe

    ReplyDelete
  5. best lar...
    suke bace jenis cerita macam nie...
    teruskan lg..

    ReplyDelete
  6. gosh !! cair awak
    suka jalan cerita dia :D

    ReplyDelete
  7. aaaa... sweet sangat.. caya tak kite nangis part ending? hahahaa.. adehhh terharu je ,, barakah rumahtangga till jannah.. amin....

    ReplyDelete
    Replies
    1. aww.. jgn nangis2 :') nnti kita pun nangis. terima kasih sbb sudi baca cerpen ni :)

      Delete
  8. Ammar ;) .
    suka2 buat cerpen lain lagi tau . hehehe .
    Terbaiklah kak Liya ><

    ReplyDelete
  9. really love the story.....sweet nyer ammar....suami impian semua wanita....

    ReplyDelete
  10. assalamualaiki walhamdulillah jugak sbb akhirnya dpt bc full JC.k.jiba suka jln cter dia yg sngt2 teratur dari satu plot ke satu plot.baca pun rasa santai.cuma keliru ckit yg time Ammar kasi surt tu...dia taaruf dgn nm Muhammad Ammar binti Arif.nape eih?typo atau ada mksd pe?.pastu ada part yg Damia sinsing lengan baju then Ammar mai time depa nk smbt ank lembu tu.rasanya part tu boleh improve.aurat wanita tu termasuk lengankan dik.kcli kalau dia pkai sarung lengan yang xmelekat.
    Gerbang Ziwaj yg sngt2 suci bila brlndaskan syariat.akak tumpang hepi tuk Damia&Ammar.sebuah bait uslim yg cukup sempurna apabila llki dan perempuan saling melengkapi.
    Tahniah sbb sekali lg adik brjy buat akk trsenyum bersyukur dgn karya yg cukup tersentuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam..hehehe! yang part surat tu memang typo, kak jiba. terima kasih sbb perasan. hehehe! yang part lengan tu, sebenarnya moon dah tambahkan yang damia pakai handsock tapi bila dah publish baru perasan part tu takde. sorry ye kak jiba :)

      Delete
  11. yeayyy! suka3! kak moon pandai masukkan watak2 yg dulu! serius comel & sweet cerpen ni! (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih aida :D hehehe..tetiba akak rindukan kachak dgn comel :)

      Delete
  12. Alahai sweet sgt.. Hrp2 jodoh kite semua dpt le mcm ammar... Amin

    ReplyDelete
  13. kita rasa ni macam jalan cerita cinta yang yana harapkan nanti kan?
    kita doakan yana dapat laa jalan cerita cinta yana yang lebih sweet daripada ni. insyaAllah, tak lama lagi laa tuh. heee :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe! lebih kurang :D pandai fiqah teka. hehehe! insya-Allah. amin.. terima kasih fiqah :DD

      Delete
  14. Aduhh! kak moon! ini sangat sweet ni :D jatuh cinta berkali-kali dengan ammar. kekeke. good job akak! nak buat manuskrip pun I sokong! :D

    -cinta- :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe! thanks cinta :P jatuh cinta lagi.. lagi-lagi, ku jatuh cinta!

      Delete
  15. Kak muunnnnnnn.... hahaha ok saya snyum lebar gle.ni.. ammar so sweeeeettt!!!

    ReplyDelete
  16. sangat sweet ammar & damia <3

    ReplyDelete
  17. huhuhu...bestnye kalu dpt inche hubby mcm tu...apepn i like this story...hehehe

    ReplyDelete
  18. cun gilak.......hahaahah.

    ReplyDelete
  19. suka waktu sambut anak omel tu..macam comel je..

    ReplyDelete
  20. wah best nyer.. suka baca cinta islamik cam nie..

    ReplyDelete
  21. :) tersenyum sepanjang saya baca kisah ni. Alhamdulillah. Cinta kerana Allah,bahagia jawabnya.

    ReplyDelete
  22. malu-malu je nak baca...hehehe

    ReplyDelete
  23. jrg de org nak wat cite islamk camnih..cite ni best sesangt......

    ReplyDelete
  24. soooooooooo sweeeet......the best story ever

    ReplyDelete
  25. cerpen yang bagus, thanks...

    ReplyDelete
  26. comellllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll\
    sweetttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt/
    kiuttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt\
    terussssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss/
    berkaryaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa\

    ReplyDelete
  27. fall in luv with ammar..hihi

    ReplyDelete
  28. lagi bagus kalau ade konflik dengan bekas tunang mia 😂

    ReplyDelete
  29. Besttyerrr.....smpai kluar airmata bca cerpen nii...lgi lawak yg part smbut ank lmbu tuuu...hahahahaahah

    -izza-

    ReplyDelete
  30. Besttnyerrr.... sweet+lawakk yg part smbut lmbuu tuuu hahahha....btw best cerpenn

    ReplyDelete
  31. Besttnyerrr.... sweet+lawakk yg part smbut lmbuu tuuu hahahha....btw best cerpenn

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers