Full version :) Maaf di atas segala kekurangan. Enjoy reading!
“Tak nak!” Jerit aku sekuat hati
ketika Amanina menarik tangan aku ke arah kereta yang dah elok terparkir dekat
luar rumah aku.
“Jom!”
“Tak nak!” Aku geleng sambil
menarik tangan aku. Sebelah tangan lagi sibuk menekup pipi menahan rasa sakit
dekat gigi.
“Syaza, gigi kau dah makin teruk
tu!” Amanina memang dah bertekad habis nak bawak aku pergi klinik gigi. Siap
tipu aku lagi tau! Dia cakap nak bawak aku pergi makan tapi rupa-rupanya dia
nak bawak aku pergi klinik gigi! Siap buat appointment lagi!
“Aku tak peduli!” Kalau Amanina
bertekad nak aku pergi klinik, aku pulak bertekad tak nak pergi tapi tiba-tiba
aku terasa tubuh aku dah diangkat.
“Abang!”
Abang aku hanya tengok aku sekilas
sebelum meletakkan aku di tempat duduk belakang. Dia ambik kunci kereta dari
tangan Amanina sebelum menyuruh Amanina masuk ke dalam kereta. Awal-awal lagi,
dia dah bagi warning suruh aku jangan nak lari. Aku ni kalau dengan abang,
takutlah jugak sebab bila dia garang, dia menakutkan tapi kalau dia baik,
percayalah cakap aku yang dia ni sweet sangat! Tak percaya cakap aku, tanya
Amanina! Dah lama dia suka abang aku tapi dia buat senyap je!
“Apa nama klinik tu, Nina?” Tanya
abang. Aku yang duduk dekat kerusi belakang dah muncung macam itik. Aku tak
suka pergi klinik gigi! Lainlah kalau doctor gigi tu, doctor gigi aku masa
kecik-kecik dulu. Kalau doctor tu, aku nak tapi kalau doctor lain! Tak nak tak
nak!
“Klinik Harmoni.”
“Tu klinik kawan abang...”
Abang memalingkan kepalanya ke arah
aku. Aku hanya memandangnya dengan muka geram sambil berpeluk tubuh.
“This is for your own good, dik.”
Aku diam dan terus pandang ke luar
tingkap. Malas nak cakap apa-apa dah sebab aku tahu apa yang abang cakap tu
memang betul. Aku je degil! Kalau gigi aku rosak, kan dah tak cantik gigi aku
yang tersusun ni!
Abang hanya mengeluh lemah sebelum
terus memandu pergi dari situ. Aku pulak tak tahu nak buat apa dalam kereta ni.
Nak memberontak, tak ada gunanya. Baik aku pergi je klinik tu. Malas nak
bertekak bagai dengan abang. Dahlah dia ada penyokong paling setia, si Amanina
tu!
“Abang...”
“Hmm?”
“Pasang radio, please.”
Abang dah tersenyum. Dia tahu aku
kalau merajuk tak pernah lama! Seminit dua je lepas tu aku mesti cakap jugak
dengan dia.
**
Aku renung Amanina yang tengah
khusyuk memerhati abang aku yang tengah bercakap dekat telefon. Aku tersenyum
apabila melihat Amanina yang tiba-tiba tersenyum sebelum menunduk kepalanya.
Entah apalah yang minah tu tengah fikir agaknya?
“Ehem...ehem!”
Amanina pandang aku sebelum
menjongket kening tanda bertanya. Aku hanya tersenyum sumbing sambil
menghalakan jariku ke arah abang. Dia terus membulatkan matanya, konon-konon
tak suka padahal aku tahu dia suka! Saja je tu!
Selepas abang selesai bercakap
dekat telefon, terus dia masuk dan duduk di sebelah aku.
“Siapa tu?” Soalku sambil memandang
telefon bimbit di tangan abang.
“Kawan...” jawabnya ringkas sebelum
memasukkan telefonnya ke dalam poket seluar. Dahi aku berkerut. Entah kenapa
aku macam tak percaya apa yang abang cakap.
“Abang jangan tipu Syaza.”
Abang pandang aku sebelum ketawa
kecil. “Kenapa pulak nak tipu?” Dia berkata sambil menjongket kening.
“Abang....”
“I like her...”
Aku terdiam. “Siapa dia tu?”
Syahrul pulak yang terdiam. Aku
garu kepala sebelum memandang ke arah Amanina yang duduk agak jauh dari kami berdua.
Kalau dia tahu hati abang dah berpunya, apa agaknya reaksi dia?
“Nor Syaza binti Ahmad...”
“Doktor dah panggil tu...”
Aku pandang abang sebelum bangkit
dari duduk dan masuk ke dalam bilik doktor. Memang kalau ikutkan hati, tak ada
maknanya aku nak masuk sorang-sorang dalam bilik doktor tu tapi masa abang
cakap nak teman aku dalam kereta tadi, aku cakap tak nak. Konon-konon nak buat
berani tapi bila dah masuk dalam bilik ni, rasa macam nak menjerit panggil
abang kat luar.
“Cik Nor Syaza?”
“Ya...” Aku pandang doktor lelaki
dekat depan aku sekarang ni. Dia hanya tersenyum sebelum menghalakan tangannya
pada kerusi panjang. Aku menelan liur sebelum tersenyum sumbing. Jantung pulak
dah berdegup kencang.
“Duduk dekat sini ye, doktor?”
“Ya... Duduklah. Saya nak check
dulu. Oh ye, saya Doktor Ridhwan.” Dia memperkenalkan diri sambil menyarung
sarung tangan getah.
Aku angguk sikit sebelum duduk di
atas kerusi panjang tu. Aku menurut lagi apabila doktor tu suruh aku baring dan
bukak mulut luas-luas. Nyaris aku nak termuntah bila dia masukkan cermin tu ke
dalam mulut aku.
“Gigi awak berlubang...”
“Besar ke kecik?”
“Sederhana...” Dia tersenyum kecil.
“Kita terus tampal ye?” Dia mengarahkan sesuatu dekat pembantu dia sebelum
kembali memandang aku yang dah serba tak kena.
“Okey...”
“Awak takut ke?”
Aku angguk. Memang tak nak tipu.
Aku memang takut! Takut sangat-sangat!
“Relaks je. Tak sakit pun.” Dia
memujuk perlahan sambil melabuhkan duduk di atas kerusi di sebelahku. Aku
pandang muka dia lama. Comellah pulak muka doktor ni bila dia asyik senyum.
Manis je!
“Kita start sekarang ye...”
“Doktor!” Aku jerit kuat sebelum duduk. Doktor
Ridhwan dah pandang aku lain macam. Dia yang baru nak menyentuh alat-alatan
yang tersusun dekat atas dulang besi terus terhenti.
“Err... doktor nak tampal gigi je
kan?” Tanyaku cemas.
“A’ah. Kenapa?”
Aku menggeleng sambil menarik nafas
lega. Setakat tampal takpe lagi, tapi janganlah cabut. Mau bergegar klinik ni
nanti dengan jeritan aku!
“Kalau awak nak saya tampal hati
awak pun boleh.”
Aku tercengang. Kenapa nak tampal
hati pulak ni? Apa kaitan hati dengan gigi?
“Kenapa pulak, doktor?”
Doktor Ridhwan tersenyum sebelum
menyuruh aku baring balik. Aku hanya menurut tapi aku tetap jugak nak tahu
kenapa dia nak tampal hati aku ni?
“Doktor, kenapa?”
“Kenapa apa?” Dia suruh aku bukak
mulut.
“Kenapa doktor nak tampal hati
saya?”
“Supaya ada nama saya dekat hati
awak tu,” balas Doktor Ridhwan tenang sambil tersenyum. Mata aku terus
membulat. Ya Allah, mulut doktor ni! Manis bukan main! Sebab selalu check gigi
orang ke?
“Haaa... okey, doktor boleh tampal GIGI
saya sekarang.” Aku tekankan perkataan gigi.
Doktor Ridhwan hanya ketawa sebelum
melakukan kerja dia. Aku pulak dah terpaku. Melihat wajah dia yang sedang
bersungguh-sungguh menampal gigi berlubang aku, entah kenapa buat aku rasa
tenang. Buat semua ketakutan aku hilang. Sama macam doktor gigi aku masa kecil
dulu.
**
“Bila
Syaza tengok muka Doktor Ridhwan tu, Syaza ada ingat apa-apa tak?”
Aku
terus pandang muka abang dengan dahi berkerut. “Maksud abang?”
“Syaza
ada rasa macam pernah jumpa dia tak sebelum ni?”
“Takde
rasanya. Kenapa? Syaza pernah jumpa dia ke sebelum ni?”
Abang
tersengih. “Cuba Syaza ingat balik. Dulu-dulu abang kan ada kawan baik lelaki
yang selalu datang rumah kita. Dia selalu bagi Syaza coklat. Ingat tak?”
Lama
aku mendiamkan diri sebab nak cuba ingat balik. Aku memang tak suka bab-bab nak
selongkar balik memori ni sebab menyeksakan kepala otak je. Abang ni pun satu,
penting sangat ke untuk aku ingat balik pasal benda ni?
“Coklat
apa yang dia selalu bagi?”
“Choclairs.”
Dengar
je ‘Choclairs’ terus aku tekup mulut. Ya Allah! Doktor Ridhwan tu crush aku
masa dulu-dulu!
“Dah
ingat ke?”
Aku
pandang abang dengan mata terbeliak. “Dia tahu ke Syaza minat dia sebelum ni?”
“Abang
pun tak tahu yang Syaza minat dia sebelum ni?”
Oh
seriously Syaza! Kau dah bagitahu abang rahsia terbesar kau sekarang ni! Mulut
tu memang tak reti nak duduk diam kan?
“Lupakan
apa yang Syaza cakap tadi. I was just…”
“You
were just?”
“Joking.”
“Do
you really think that I’m going to believe that?” Kening abang dah terjungkit.
Dia memandng aku sambil memeluk tubuhnya. Oh you’re doomed, Syaza!
“Just
forget about it, shall we?”
“Nope.
I don’t think so.”
“Abang!
Janganlah nak jadi complicated sangat boleh?” Aku dah mula bercekak pinggang.
Orang suruh lupa tu, lupa jelah. Tak payah banyak songeh sangat boleh tak?
“Abang
tak cuba nak buat benda ni jadi complicated pun. Syaza tu yang nak buat benda
jadi complicated.” Sela abang bersahaja.
“Syaza
malas nak cakap pasal benda ni dah.” Aku bangkit dari duduk dan melangkah ke
arah tangga. Makin lama aku dekat sini, makin banyak rahsia hati yang terkeluar
nanti. Mulut aku ni bukan reti nak bekerjasama dengan hati aku. Hati kata
jangan tapi mulut laju je nak cakap.
“Lari
la. One fine day, insya-Allah abang akan tahu jugak.”
Aku
mencebik geram, menjeling abang yang hanya tersenyum sinis.
**
Entah kenapa hari ni aku datang
lagi dekat klinik Doktor Ridhwan ni. Aku pandang lama tanda nama klinik ni
sambil bercekak pinggang. Kau buang tebiat ke datang sini setiap hari, Syaza?
“Syaza....”
Aku terus berpaling ke belakang
sebelum tersentak sebab tengok Doktor Ridhwan tengah berdiri dekat belakang aku
sambil tersenyum manis. Ikutkan hati nak aje aku lari sekarang tapi nanti apa
pulak kata doktor ni.
“Awak buat apa kat sini?”
“Saya saja lalu kat sini,” balasku
cepat.
“Pejabat awak dekat sini ke?”
Aku geleng. Ya Allah, kenapa cepat
sangat badan aku memberi reaksi? Nampak sangat aku sengaja lalu depan ni
walaupun aku pun tak tahu sebabnya!
Doktor Ridhwan tersenyum lagi.
“Awak nak jumpa saya ke?” Tanyanya sambil memeluk tubuh.
“Buat apa saya nak jumpa doktor?
Gigi saya dah elok dah...”Aku tayang gigi aku dekat dia. Doktor Ridhwan tersengih
aje sebelum berjalan masuk ke dalam pintu kliniknya. Eh, dah nak masuk dalam
ke?
“Jom masuk dulu. Sekarang ni takde
patient,”ajaknya sambil membuka pintu luas untuk aku. Lama aku terdiam dekat
situ. Nak masuk ke tak nak? Kalau masuk, nanti dia ingat aku betul-betul nak
jumpa dia tapi kalau tak masuk....
“Syaza... jom masuk.” Dia memanggil
aku lagi sekali.
“Takpelah, doc! Saya nak balik dulu.
Nanti abang saya risau pulak. Assalamualaikum...” Laju aje kaki aku melangkah
meninggalkan Doktor Ridhwan tapi sempat lagi aku berpaling ke arahnya yang
masih lagi bersandar di muka pintu sambil memerhati aku. Aku terus berpaling ke
depan dan terus melangkah dengan hati yang berdebar-debar. Doktor ni dah buat
apa dengan hati aku?!
**
Abang
tersengih lebar sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah. Dia masih lagi
tersenyum sebaik sahaja duduk di sebelah aku dan kemudiannya dia menayangkan
telefon bimbit dia pada aku.
“Apa?”
“Cuba
baca...”
Aku
ambil telefon bimbit dari tangannya dan membaca satu mesej yang agak panjang
daripada seseorang. Makin lama aku baca, makin besar mata aku dibuatnya. Gila
ke apa orang ni?!
“Abang!
Lelaki gila mana pulak ni?!”
“Lelaki
gila apa kebendanya?”
“Gilalah!”
Abang
dah ketawa. “Dia tak gila. Dia cuma dah falling in love...”
“He’s
crazy! Jauhkan orang macam tu dari Syaza.” Aku memeluk tubuh. Siapa agaknya
lelaki yang ajak dia kahwin tu? Siap mesej dekat abang lagi cakap yang dia
sayang aku. Hah, entah apa-apa!
“Kesian
Doktor Ridhwan. Sampai hati Syaza cakap dia gila...”
Aku
terus pandang abang dengan muka tak percaya. Doktor Ridhwan? Doktor Ridhwan
yang comel bila senyum tu ke? Doktor Ridhwan yang dah buat jantung aku berdegup
kencang setiap kali aku jumpa dia tu ke?
“Doktor
Ridhwan, Klinik Harmoni?”
“Ya
la. Kawan abang. Crush Syaza dari dulu sampai sekarang tu.”
Aku
gigit bibir. “Bukan crush Syaza la!”
Abang
tersengih aje. “Dia cakap dia nak pinang Syaza.”
“Tipu!
Syaza tak percaya tu dia.”
“Tak
percaya cuba call dia. Tengok suara siapa yang angkat phone.” Abang dah bagi
balik telefon bimbit dia dekat aku dan tanpa sempat aku nak cakap apa-apa, dia
terus tekan butang dial. Sengaja dia tekan pembesar suara supaya aku boleh
dengar dengan jelas siapa yang angkat telefon tu nanti.
“Assalamualaikum
Rul. Kenapa?”
Nafas
aku bagaikan terhenti. Jantung yang berdegup kencang tadi menjadi semakin
kencang. Lama aku pandang telefon bimbit abang dengan muka yang terkejut
sebelum tiba-tiba aku menjerit lantang dan berlari naik ke tingkat atas. Aku
langsung tak pedulikan abang yang dah ketawa besar dan suara Doktor Ridhwan
yang terkejut apabila mendengar jeritan aku. Arghhh! Aku malu!
**
“Sakit
gigi ke?” Dia tersenyum mesra ketika aku datang ke klinik giginya pada waktu
tengah hari. Aku hanya menjeling tajam sebelum menghalakan pandangan pada jam
tangan aku.
“Tak
lunch?” Soalku.
“Nak
temankan ke?” Dia tanya balik.
“Saya
cuma nak tanya, kenapa doktor hantar rombongan meminang? Saya tak beri kata
putus pun...” Aku tanya sambil duduk di hadapannya. Dia hanya tersenyum seperti
biasa dan merapatkan kedua belah tapak tangannya sambil merenung aku.
“Tapi
awak terima kan? Kalau tak terima, awak takkan setuju nak terus bertunang hari
tu jugak.”
Aku
pulak yang terdiam. “Ala, jawab jelah soalan saya.”
“Kan
saya dah cakap dalam mesej tu yang saya suka awak.”
“Doktor
bukan kenal saya pun. Saya ni kalau tidur malam-malam, memang lasak tau. Saya
ni kuat makan walaupun saya ni nampak kecik.”
Doktor
Ridhwan hanya ketawa. “You’re perfect enough to me...” ucapnya lembut tapi
berjaya buat aku melayang-layang. Alahai, susah kalau dah suka ni!
Aku
berdehem kecil. “Doktor ni! Main-main je!”
“Bila
masa saya main-main? Saya serius ni.”
“Saya
tak faham. Doktor ni bukan main handsome! Takkanlah takde girlfriend ke apa
sebelum ni? Tiba-tiba cakap suka kat saya ni. Kalau saya tak sakit gigi, saya
tak datang klinik ni pun tau!”
Doktor
Ridhwan menghela nafas. “Itu takdir, Syaza. Allah pertemukan kita... kalau awak
tak sakit gigi, Rul takkan bawak awak datang sini dan saya takkan dapat jumpa
adik dia yang dulunya kecik dan comel tapi sekarang ni dah jadi wanita yang
cantik...”
Aku
dah terbatuk-batuk.
Doktor
Ridhwan senyum kecil. “Semua ni takdir. Andai memang ditakdirkan awak jodoh
saya, kita jumpa dekat mana pun... hati saya akan kata awak untuk saya.”
Aku
terdiam. Buat aku makin tak percaya yang takde sesiapa pun yang minat kat dia.
Cuba tengok cara dia cakap tadi. Sweet okey!
“Terharu
ke?” Soalnya sambil tersengih.
Aku
mencebik. “Saya nak balik dululah. Assalamualaikum...” Aku dah bangkit dan
mencapai beg tangan. Sekejap lagi nak balik pejabat tapi nak mintak balik awal
dekat abang. Tak larat badan ni!
“Fiancée...”
Panggil Doktor Ridhwan.
“Apa?”
“Teman
makan, boleh? Lapar...”
Aku
tengok dia lama. “Malaslah...”
“Please...
karang tunang awak sakit, susah tau!” Dia berkata sambil mengusap perutnya.
Lapar sangat ke apa tunang aku ni? Amboi Syaza, dah panggil tunang tu...
“Yelah
tapi sekejap je tau.”
Doktor
Ridhwan terus tersengih lebar dan terus menanggalkan kot putihnya. Dia
kemudiannya menghampiriku sebelum membuka pintu dan menyuruh aku supaya keluar
terlebih dahulu.
**
Aku
tak tahu nak rasa apa sekarang ni. Aku memang dah jadi tunang Ridhwan tapi
kadang-kadang tu aku tak percaya yang aku ni dah jadi tunang dia. Setiap kali
aku cakap macam tu dekat dia, mesti dia buat suara sedih. Dia cakap, “Sebak
hati saya bila awak cakap macam tu” tapi nak buat macam mana, memang tulah
perasaan aku.
Nak-nak,
kami memang jarang berjumpa. Dia sibuk dengan kerja dia dan aku sibuk dengan
kerja aku. Kalau nak jumpa pun, dia akan datang rumah aku tapi selalunya dia
lebih banyak bersembang dengan abang dan akhirnya aku terus naik atas bilik dan
tidur!
Entah
kenapa, hari ni aku teringin nak ajak dia makan tengah hari dekat restoran
kegemaran aku. Tadi masa aku call dia, dia cakap dia tengah sibuk tapi sekarang
ni dah dekat pukul 12.30 tengah hari. Memang dah lunch break pun!
“Haaa....
nak pergi jumpa dialah!” Aku terus bangkit dari duduk dan mencapai beg tangan yang
diletakkan di atas meja.
**
Aku
tersenyum lebar sambil membawa bungkusan makanan yang berisi makanan kegemaran
Ridhwan. Nasi putih lauk ayam masak merah dengan kacang buncis goreng.
“You
ni lawak betullah, Wan.”
Kaki
aku terus berhenti melangkah sebelum mendekatkan telinga dekat pintu bilik
Ridhwan. Suara perempuan mana pulak ni?
“I’m
serious, Amy. You calon yang paling sesuai untuk position ni.”
“What
about your fiancée?”
“What
about her?”
Aku
gigit bibir. Calon apa yang Ridhwan maksudkan sekarang ni? Takkan calon isteri
kot!
“Dia
tak kisah ke?”
“Dia
insya-Allah tak kisah.” Jawab Ridhwan tenang. Dahi aku dah makin berkerut. Tak
kisah apa ni? Tangan aku mula nak tolak pintu. Makin lama dekat luar, makin
bertambah perasaan ingin tahu aku ni. Baik masuk dan tanya sendiri!
“Dia
tahu ke relationship kita sebelum ni?”
“Tu
benda yang dah lepas. I tak rasa dia perlu tahu.”
“I
don’t want anything bad happens after this.”
“Assalamualaikum…”
Ucapku sebelum melangkah masuk ke dalam bilik Ridhwan, dengan senyuman di
bibir. Plastik yang berisi makanan Ridhwan aku genggam kuat dan aku terus letak
dekat atas meja dia.
“Your
lunch. Sorry ganggu.” Aku senyum sekilas dan cepat-cepat ingin berlalu dari
situ. Mulut memang nak bertanya macam-macam benda tapi lepas dengar perkataan
‘relationship’ tu, aku terus lupa semua benda. Yang aku tahu, aku nak balik
sekarang ni.
“Syaza…
jom makan sekali dengan saya.”
“It’s
okay, Doktor Ridhwan. Saya dah makan tadi.” Laju aku menjawab, cuba untuk
senyum dan kali ni memang aku dah tak pedulikan panggilan dia lagi.
***
“Assalamualaikum...”
“Waalaikumussalam...” Aku
mengangkat muka dan tersenyum mesra sebelum senyumanku mati apabila melihat
lelaki yang tengah berdiri di hadapanku. Aku pandang dia dengan muka tak senang
sebelum merengus kecil. Dia hanya beriak selamba dan menarik kerusi lalu terus
duduk di hadapan aku.
“Nak apa?” Tanya aku dengan nada
suara yang tertahan-tahan. Serabut betul aku tengok dia berdiri dekat depan aku
sekarang.
“Salah ke saya nak jumpa dengan
tunang saya sendiri?” Dia bertanya balik. Aku hanya mencebik.
“Kenapa lari dari saya?”
“Bila masa saya lari?”
Ridhwan mengeluh panjang. “Saya ada
buat salah ke?” Dia pandang aku lama. Aku mengangkat muka sekejap sebelum
kembali tunduk.
“Malas nak cakap sekarang ni. Saya busy.”
Ridhwan merampas pen di tanganku
sebelum meletakkannya ke dalam poket baju. Aku hanya menjeling geram sebelum
mengambil pen yang lain dari dalam bekas pensel tapi sekali lagi dia
mengambilnya. Bekas pensel pun disembunyikannya sekali! Aku mula menarik nafas
panjang. Aku cabut semua gigi tu karang, baru tahu! Aku pulak yang jadi doktor
gigi nanti!
“Awak nak apa ni?! Pergilah cakap
dengan perempuan yang saya nampak kat klinik tu! Buat apa nak cakap dengan
saya?!” Aku menghamburkan kemarahan aku. Habis keluar semua perasaan cemburu
aku! Mana tak cemburu kalau tengok ada perempuan yang tergedik-gedik dengan
tunang sendiri!
Dia dah tersenyum-senyum. “Awak
jealous?”
“Eh, takdelah!”
“Awak...”
“Saya busy.”
Ridhwan mengeluh lemah. Lama dia
memandang aku sebelum dia bangkit dari duduknya. Aku pandang dia sekilas
sebelum kembali membelek kertas-kertas yang berterabur dekat atas meja ni.
“Awak...” Dia panggil lagi dengan
nada sayu.
“Apa?”
“Saya takde apa-apa dengan Amy tu.
Dia kawan saya je. Trust me! Hanya awak yang ada dekat hati saya ni. No one
else.”
Aku mencebik.
“Relationship.”
“Awak curi dengar ke?”
Aku mengangguk selamba. Dah memang
aku curi dengar kan? Buat apa nak takut, mengaku je terus!
“Tak nak tanya apa-apa ke?” Soal
Ridhwan dengan kening terjungkit. Siap berpeluk tubuh lagi depan aku.
“Tak.”
“Betul ke?” Soalnya lagi. Kali ni
sambil tersenyum pulak.
“Buruk buat muka macam tu.”
“Tapi muka nilah yang awak suka
kan?”
Aku kembungkan pipi. “Baliklah.
Karang ramai orang kat klinik tu.”
“Takpe. Saya dah ambik doktor
baru.”
“Siapa?”
“Orang yang awak jealous tu la...”
“APA?!” Mata aku dah terbeliak. Dia
pulak boleh tersenyum macam tak ada apa benda pun yang berlaku.
“Saya ambik dia bekerja dengan saya
sebab dia mampu buat kerja tu dengan baik.” Ucap Ridhwan tenang sebelum
menyerahkan kembali bekas pensel aku.
“Hmm…” Hanya itu balasan aku. Malas
nak cakap lebih-lebih dah.
“Tu je?”
Aku angkat muka dan terus pandang
dia dengan muka tak puas hati. “Saya ni tunang yang tak suka cari pasal dengan
tunang dia so please…”
“Fine… fine…” Ridhwan angkat tangan
tanda menyerah kalah. Dia kemudian tersengih sebelum menghulurkan tangannya ke
arah aku.
“Bagi tapak tangan awak. Saya nak
hadiahkan sesuatu dekat awak.”
Dahi aku berkerut tapi tapak tangan
tetap aku hulurkan ke arah dia dan sebiji Choclairs dari tapak tangan dia jatuh
ke tapak tangan aku.
“Ni nak kembalikan kenangan zaman
dulu ke?”
“Nope. I just wanna give something
sweet to my sweet fiancée.”
“Cheesy. Lelaki memang suka bagi
ayat-ayat cheesy ke?” Tanya aku tenang sebelum memasukkan Choclairs tadi ke
dalam mulut.
“Tak. Saya sweet dengan awak je.”
“Kalau awak sakit gigi, siapa yang
tolong rawat gigi awak tu? Saya risau nanti gigi awak rosak sebab selalu cakap bermulut
manis sangat.”
Ridhwan ketawa besar. “Pandai jugak
awak bergurau rupanya.”
Aku tayang muka malas nak melayan.
“Saya nak balik dulu.”
“Okey. Take care. Assalamualaikum…”
Ridhwan masih dengan senyumannya.
“Waalaikumussalam.” Aku terus bangkit
dari duduk, mencapai segala barang-barang aku dan terus berlalu dari situ.
Sempat aku berpaling ke meja kami duduk tadi dan memandang ke arah Ridhwan yang
rupanya tengah memerhati aku.
Ceh, kantoi!
**
Esoknya aku pergi buat kerja gila.
Pagi-pagi lagi aku dah tercegat depan klinik Ridhwan. Jangan tanya aku kenapa
sebab aku pun tak tahu. Memang dah jadi hobi aku gamaknya datang sini pagi-pagi
lepas tu duk tercegat depan klinik ni.
“Assalamualaikum.”
Aku terus berpaling ke arah suara
lembut yang memberi salam tadi. Ni la Amy tu kan? Kenapa bila tengok
depan-depan lagi cantik ni?
“Waalaikumussalam…” Aku tersenyum
sumbing. Nak lari ke tak ni? Kalau lari, nampak pelik pulak.
“Cik nak cari siapa?”
“Err… saya…”
“Awak tunggu saya ke?” Tiba-tiba
satu suara yang tak asing lagi dekat telinga aku kedengaran dan dia berdiri di
sebelah aku sekarang ini.
“You know her?”
Ridhwan tersenyum. “Ni tunang I,
Syaza.”
Amy pandang aku dengan mulut
terlopong sebelum dia memeluk erat tubuh aku. “Saya dah lama nak jumpa awak,
Syaza. Alhamdulillah hari ni jumpa jugak.” Aku yang baru nak tersenyum dan
membalas pelukan dia terus terdiam bila selepas itu dia bisikkan sesuatu.
Sesuatu yang hanya aku dan dia dapat dengar.
“Kau takdelah cantik mana pun
sampai Ridhwan boleh tergila-gilakan kau.”
Sungguh aku rasa macam nak
layangkan penumbuk dekat muka dia. Dasar talam dua muka! Suka hati dia aje nak
sakitkan hati aku! Kau ingat kau siapa?
Aku terus ketawa yang dibuat-buat
sebelum menolak jauh tubuh Syaza. Kemudian aku pandang Ridhwan dengan raut muka
yang tenang.
“Abang, mak ajak abang makan
sama-sama malam ni.” Tak pernah-pernah aku panggil Ridhwan ‘abang’ sebelum ni.
Muka Encik Tunang pun dah naik pelik aku tengok. Terkejut gamaknya aku panggil
dia ‘abang’.
“Abang?”
“Ye. Abang la…” Mohon Encik Tunang
jangan nak malukan aku dekat sini.
“Pukul berapa?”
“Lepas maghrib insya-Allah. Abang
jangan lupa tau.”
Ridhwan tersenyum. “Insya-Allah tak
lupa. Nanti Syaza ingatkan abang balik ye.” Sengaja je Ridhwan tekankan
perkataan ‘abang’ tu dekat aku. Menyindir ke apa?
“Insya-Allah.” Aku turut tersenyum
tapi senyuman aku senyuman kemenangan. Aku bahagia sebab berjaya buat Amy makin
cemburu. Padan muka kau! Nak cari pasal sangat dengan aku kan? Salah oranglah!
“Syaza balik dulu ye.”
Ridhwan mengangguk dan aku
berpaling ke arah Amy. “Saya balik dulu ya.” Aku sempat tersenyum sinis sebelum
melangkah ke kereta dan membuka pintu kereta.
“Saya tahu apa yang awak buat
tadi.”
“Ya Allah! Awak ni kalau tak buat
saya terkejut tak boleh ke? Tiba-tiba je ada dekat sini.”
Ridhwan tersengih. “Apa yang Amy
bisik dekat awak tadi?”
“Mana ada.”
“Ada. Saya nampak muka awak berubah
tadi. Gaya awak macam nak tumbuk dia pun ada.”
“Nampak sangat ke?” Dengan Ridhwan
memang tak boleh nak menipu. Dia tahu je…
“Tak sangat tapi saya kan kenal
awak.” Dia senyum bangga.
Aku mencebik. “Baik awak keluarkan
dia dari klinik awak sebelum muka dia bersepai nanti.”
“Apa yang dia cakap dekat awak?”
Soal Ridhwan dengan dahi berkerut.
“Yang saya ni tak cantik mana pun
sampai awak boleh tergila-gilakan saya.” Ucapku tanpa perasaan.
Muka Ridhwan terus berubah. “Awak
pasti dia cakap macam tu?”
“Awak ingat saya ni suka menipu
ke?” Aku balas balik dengan soalan. Ridhwan kelihatan tegang sekarang ni. Kalau
tadi dia mungkin ada senyum-senyum jugak tapi sekarang ni muka dia menakutkan.
Tak pernah aku tengok muka dia macam ni dan sejujurnya aku rasa takut jugak.
“I’ll talk to you later. I need to
see her now.”
“Awak nak buat apa?”
“Nothing.”
“Ridhwan…”
“Don’t worry, Syaza. Saya takkan
buat kerja gila.” Dia senyum kecil bagi menenangkan hati aku. Memanglah aku
geram dekat Amy tapi tak naklah sampai Ridhwan pulak yang bergaduh dengan dia.
Biarlah aku yang gaduh dengan Amy tu. At least kalau nak bertarik tudung pun,
perempuan sama perempuan.
“At least bagitahu saya apa awak
nak buat?”
“Saya nak pecat dia.”
“Itu je?”
Ridhwan berpeluk tubuh dan
memandang aku dengan senyuman. “Awak nak saya pinang dia ke?”
“Don’t you dare, Mr Ridhwan!” Laju
aje aku membalas. Ada hati nak pinang orang lain. Nak kena cepuk dengan aku ke?
“Tahu pun jealous.”
“Saya tak jealous. Okeylah,
memandangkan awak nak pinang dia…” Aku berpura-pura nak tanggalkan cincin
tunang dari jari manis aku tapi cepat-cepat Ridhwan menghalang.
“Syaza, kalau awak tak nak saya
bawak awak pergi jumpa tok kadi sekarang jugak… baik awak jangan tanggalkan
cincin tu.”
Aku tersengih. “Saya main-main je.”
“Sejak bila awak pandai bergurau
dengan saya?”
“Sejak saya rasa nak bergurau
dengan awak. I better go now. Make sure Amy tu sedar diri sikit ye. Saya tak
naklah buat muka dia bersepai dengan tumbukan padu saya.” Aku senyum dan
cepat-cepat masuk ke dalam perut kereta. Ridhwan hanya mampu menggeleng kepala
sambil memandang aku yang sempat melambai kecil sebelum memandu pergi dari
situ.
**
Lepas
peristiwa hari tu, memang Ridhwan terus pecat Amy. Tipulah kalau aku cakap aku
tak kisah kalau Ridhwan tak nak pecat dia sebab aku memang kisah pun! Aku lagi
suka si Amy tu tak ada dekat situ. Biar dia jauh dari Ridhwan dan biarkan
Ridhwan hidup dengan tunang dia yang tak cantik ni haa!
“Kau
tak habis gelak lagi ke?”
Aku
menyoal Amanina dengan muka meluat. Dari tadi gelakkan aku sampaikan aku rasa
nak curah air kopi ni atas kepala dia.
“Kisah
kau ni lawak sangat. Ada ke patut Amy tu cakap macam tu dekat kau… memang dia
nak lawan dengan harimau la nampaknya.”
“Dia
tak kenal siapa aku lagi. Ingat aku ni lembik agaknya. Kena buli sikit terus
takut.” Aku menyisip air kopi.
“Kalau
dia tahu kau ada black belt taekwondo, aku rasa dia tak berani nak sakitkan
hati kau.”
“Ridhwan
pun tak tahu aku ada black belt.”
“Saya
tahu.”
Haih,
kenapa dia ada di mana-mana aje? Dia upah spy untuk intip aku ke apa? Aku terus
pandang Ridhwan dengan kening terangkat.
“Macam mana awak boleh ada dekat sini?”
“Saya
akan selalu tahu awak ada dekat mana, Syaza.” Dia tersengih. Amanina pulak
menahan senyum.
“Stalker!”
“Bukan tapi GPS.”
Aku
pandang dia dengan muka tak puas hati. Ada aje benda dia nak balas balik.
“Minum
air je ke? Tak nak makan?” Soal Ridhwan pelik.
“Takde
selera nak makan.”
“Kenapa
pulak takde selera? Tak pernah-pernah saya dengar yang awak ni takde selera.
Selalunya menambah sampai dua pinggan nasi.”
Sekali
lagi aku pandang dia dengan muka tak puas hati. Kot iya pun aku makan banyak,
suara tu tak boleh perlahan sikit ke? Ni macam nak buat pengumuman yang aku ni
jenis makan banyak!
“Suara
tu tak boleh kuat lagi ke?” Sindir aku geram tapi dia hanya tersenyum aje
sebelum mengangkat tangannya memanggil pelayan restoran.
“Dua
pinggan nasi goreng pataya dan satu gelas jus tembikai.”
“Banyaknya
awak makan sampai dua pinggan?”
“Satu
untuk saya, satu untuk awak.”
Dahi
aku berkerut. “Saya tak lapar masalahnya sekarang ni.”
“Ni
dah tengah hari. Perut awak tu bukan tahan sangat kalau tak makan. Nanti kang
gastrik. Ubat gastrik pun bukannya awak bawak kan?” Ucap Ridhwan tenang.
“Macam
mana awak tahu yang saya…”
“Ada
gastrik?”
Laju
aku mengangguk. Banyak betul yang Ridhwan tahu pasal aku tapi aku tak tahu
sangat pun pasal dia. Macam mana dia boleh tahu banyak sangat ni?
“Walaupun
kita lama tak jumpa, banyak benda yang saya ingat pasal awak.”
Aku
gigit bibir sebelum pandang ke arah lain sebab muka tiba-tiba rasa panas.
Amanina pulak dah tersenyum sambil mencuit-cuit kaki aku dekat bawah meja.
RASANYA
dah hampir sejam aku pandang siling bilik ni dan dah hampir berpuluh-puluh kali
Amanina masuk ke dalam bilik aku untuk pastikan aku dah pakai inai ke belum.
Tapi kesian dia sebab aku tak
tumbuk inai pun lagi!
“Kau bila nak tumbuk inai ni? Mak
kau masuk nanti baru tahu!”
Aku kerling Amanina sekilas dan
kembali memandang siling. “Malas.”
“Malas kau cakap?!” Amanina tarik
tangan aku supaya bangun dan kami berdua akhirnya duduk berlunjur dekat atas
lantai.
“Nak kahwin mana boleh malas-malas
la.” Amanina dah mula membebel sambil mengambil lesung batu yang memang aku dah
angkut bawak masuk bilik dari tadi. Ingatkan nak guna blender aje tapi mak tak
bagi. Kata mak… pengantin jangan nak buat kerja senang je, kena bersusah jugak.
“Sebenarnya kau bukan malas tapi
kau tengah nervous kan?”
“Hmm…”
“Nak nervous buat apa?”
Aku diam sambil memandang Amanina
yang dah selesai tumbuk inai dan mula meletakkan inai di jari aku.
“Sejak bila kawan baik aku jadi
pendiam ni?” Soal Amanina pelik.
“Aku entahlah… Dia tahu banyak
benda pasal aku tapi aku tak tahu banyak benda pasal dia. Macam mana kalau aku
tak mampu nak bahagiakan dia? Macam mana kalau lepas kahwin dia menyesal?”
Pap!
Tangan Amanina elok je landing atas
bahu aku. Bukan main kuat lagi dia tampar sampaikan rasa nak tercabut bahu aku
sekarang ni.
“Kau mulut tu…”
“Ni apa yang aku rasa…”
“Cuba fikir benda yang baik-baik
je. Kau nak ke Ridhwan menyesal kahwin dengan kau? Tak nak kan?”
Aku mengangguk perlahan. Memang la
tak nak! Aku nak Ridhwan bahagia hidup dengan aku.
“Dah tu, jangan cakap benda yang
bukan-bukan. Kebahagiaan hidup ni bergantung pada diri kita sendiri. Kalau kita
pilih bahagia, insya-Allah bahagialah. Faham?”
Aku mengangguk.
“Faham ke tidak ni?”
“Faham! Faham!” Siap angkat tabik
lagi.
“Woi inai tu kena dahi dah!” Sekali
lagi bahu aku kena tampar. Macam ni boleh patah bahu aku!
GELARAN ISTERI sudah berjaya
dirangkul setengah jam yang lepas. Nak pitam aku bila Ridhwan terlambat sepuluh
minit. Aku ingatkan dia dah tak jadi nak kahwin dengan aku ataupun kena bawak
lari oleh Amy tapi rupanya dia terlambat sebab asyik nak ke tandas. Nervous
katanya.
“Perhatian kepada Nor Syaza, Mohd
Ridhwan sedang mencari anda sekarang.”
Masya-Allah! Aku dah tepuk dahi.
Perlu ke nak buat pengumuman sampai macam tu sekali. Aku pandang muka ahli
keluargaku yang lain. Semuanya tengah sengih-sengih sambil berbisik-bisik dan
aku hanya mampu senyum sumbing seperti selalu.
“Haaa! Ni pun isteri saya.”
“Nak hilang ke mananya? Rumah saya
ni bukannya besar mana pun.”
“Eh… tak kiralah! Awak dahlah
cantik malam ni. Saya tak nak bagi orang ingat yang awak tu pengapit bukannya
pengantin.”
Dahi aku berkerut. “Awak ni ada-ada
je kan?”
Ridhwan tersengih sebelum
mengenggam tangan aku. Mula-mula rasa pelik jugak sebab pertama kali dia pegang
tangan aku tapi lama-lama rasa macam selamat pulak. Rasa macam kau tahu yang
ada seseorang yang akan jaga kau.
“Thank you.” Ucap Ridhwan
tiba-tiba.
“Thank you? Untuk apa?”
“For marrying me.” Balas Ridhwan
sambil tersenyum. Aku pandang dia lama sebelum tunduk memandang kaki yang
tengah bermain dengan rumput.
“Hmm…”
“Hmm je?”
Aku gigit bibir. Malulah nak cakap!
Ridhwan tunduk dan memandang muka aku
yang dah merah. Kemudiannya dia ketawa.
“Malu ke? Muka awak dah merah.”
Bila jari Ridhwan mengelus pipi aku yang merah tu, terus aku rasa macam nak
pengsan. Awak faham tak yang saya ni tengah malu?
“Saya…”
“Saya?”
“Saya suka awak.” Luahku setelah
mengumpul seberapa banyak kekuatan yang mampu aku kumpul. Itupun rasa macam nak
lari jauh-jauh dari Ridhwan lepas cakap macam tu.
Perlahan-lahan aku mengangkat muka
memandang Ridhwan dan memang aku terkejut apabila melihat air matanya mengalir.
Ya Allah, suami aku ni dah kenapa?
“Awak menangis sebab apa?”
“Sebab terharu. Saya pun suka awak.
Saya pun cintakan awak.”
Aku ketawa kecil sebelum mengelap
air matanya. “Dah-dah, jangan nak nangis. Malu orang tengok. Patutnya pengantin
perempuan yang nangis tau!”
“Lelaki pun ada perasaan ya, Puan
Nor Syaza.”
“Iya… jom kita layan tetamu.” Aku
baru nak melangkah tapi tiba-tiba Ridhwan menghalang.
“Insya-Allah dari sekarang saya
akan jaga awak dengan sebaik mungkin. Trust me okay?”
Aku mengangguk sambil tersenyum.
“Okay.”
TAMAT
p/s: Comments are loved!
mula2 akk nk ckp tq.tq sbb hasilkan sebuah lagi karya yg buat akk senyum smbil bc.jln cerita best.sempoi.tak pening sngt.tak de konflik sngt.mula2 akk blh pulak trpike yg hero cter nih abg Syaza n Nina tuh.hehehe.ada jgk part2 yg buat akk trtanya2 contoh part Ridhwan tuh tahu pulak si Syaza tak bwk ubt gastrik.tp still ok sbb tak mencacatkan cerita pun.akk suka citer nih yg agk sempoi.
ReplyDeletesweetla dr ridhwan ni
ReplyDeleteNice
ReplyDeleteKan best kalau ramai doktor gigi macam doktor ridhwan ni 💜💜
ReplyDeletecari la tuk saya sorang dr cam ni XD
ReplyDeleteNice storyyy
ReplyDelete😋
ReadingThis story make me smile all the time! For sure spectacular! Love you writer coz being understanding person to make such an amazing just like my imagination wanna have it .. I also like all the character ..perfect 💞
ReplyDeleteReadingThis story make me smile all the time! For sure spectacular! Love you writer coz being understanding person to make such an amazing just like my imagination wanna have it .. I also like all the character ..perfect 💞
ReplyDeleteNi last post ke dr blog ni
ReplyDelete