Setelah sekian lama tak menulis. Harap-harap anda semua terhibur. Cerpen kali ni memang ada banyak kelemahannya tapi saya dalam proses belajar menulis kembali setelah lama tak menulis :)
“Tak
nak!” Jerit aku sekuat hati ketika Amanina menarik tangan aku ke arah kereta
yang dah elok terparkir dekat luar rumah aku.
“Jom!”
“Tak
nak!” Aku geleng sambil menarik tangan aku. Sebelah tangan lagi sibuk menekup
pipi menahan rasa sakit dekat gigi.
“Syaza,
gigi kau dah makin teruk tu!” Amanina memang dah bertekad habis nak bawak aku
pergi klinik gigi. Siap tipu aku lagi tau! Dia cakap nak bawak aku pergi makan
tapi rupa-rupanya dia nak bawak aku pergi klinik gigi! Siap buat appointment
lagi!
“Aku
tak peduli!” Kalau Amanina bertekad nak aku pergi klinik, aku pulak bertekad
tak nak pergi tapi tiba-tiba aku terasa tubuh aku dah diangkat.
“Abang!”
Abang
aku hanya tengok aku sekilas sebelum meletakkan aku di tempat duduk belakang.
Dia ambik kunci kereta dari tangan Amanina sebelum menyuruh Amanina masuk ke
dalam kereta. Awal-awal lagi, dia dah bagi warning suruh aku jangan nak lari.
Aku ni kalau dengan abang, takutlah jugak sebab bila dia garang, dia menakutkan
tapi kalau dia baik, percayalah cakap aku yang dia ni sweet sangat! Tak percaya
cakap aku, tanya Amanina! Dah lama dia suka abang aku tapi dia buat senyap je!
“Apa
nama klinik tu, Nina?” Tanya abang. Aku yang duduk dekat kerusi belakang dah
muncung macam itik. Aku tak suka pergi klinik gigi! Lainlah kalau doctor gigi
tu, doctor gigi aku masa kecik-kecik dulu. Kalau doctor tu, aku nak tapi kalau
doctor lain! Tak nak tak nak!
“Klinik
Harmoni.”
“Tu
klinik kawan abang...”
Abang
memalingkan kepalanya ke arah aku. Aku hanya memandangnya dengan muka geram
sambil berpeluk tubuh.
“This
is for your own good, dik.”
Aku
diam dan terus pandang ke luar tingkap. Malas nak cakap apa-apa dah sebab aku
tahu apa yang abang cakap tu memang betul. Aku je degil! Kalau gigi aku rosak,
kan dah tak cantik gigi aku yang tersusun ni!
Abang
hanya mengeluh lemah sebelum terus memandu pergi dari situ. Aku pulak tak tahu
nak buat apa dalam kereta ni. Nak memberontak, tak ada gunanya. Baik aku pergi
je klinik tu. Malas nak bertekak bagai dengan abang. Dahlah dia ada penyokong
paling setia, si Amanina tu!
“Abang...”
“Hmm?”
“Pasang
radio, please.”
Abang
dah tersenyum. Dia tahu aku kalau merajuk tak pernah lama! Seminit dua je lepas
tu aku mesti cakap jugak dengan dia.
**
Aku
renung Amanina yang tengah khusyuk memerhati abang aku yang tengah bercakap
dekat telefon. Aku tersenyum apabila melihat Amanina yang tiba-tiba tersenyum
sebelum menunduk kepalanya. Entah apalah yang minah tu tengah fikir agaknya?
“Ehem...ehem!”
Amanina
pandang aku sebelum menjongket kening tanda bertanya. Aku hanya tersenyum
sumbing sambil menghalakan jariku ke arah abang. Dia terus membulatkan matanya,
konon-konon tak suka padahal aku tahu dia suka! Saja je tu!
Selepas
abang selesai bercakap dekat telefon, terus dia masuk dan duduk di sebelah aku.
“Siapa
tu?” Soalku sambil memandang telefon bimbit di tangan abang.
“Kawan...”
jawabnya ringkas sebelum memasukkan telefonnya ke dalam poket seluar. Dahi aku
berkerut. Entah kenapa aku macam tak percaya apa yang abang cakap.
“Abang
jangan tipu Syaza.”
Abang
pandang aku sebelum ketawa kecil. “Kenapa pulak nak tipu?” Dia berkata sambil
menjongket kening.
“Abang....”
“I
like her...”
Aku
terdiam. “Siapa dia tu?”
Syahrul
pulak yang terdiam. Aku garu kepala sebelum memandang ke arah Amanina yang
duduk agak jauh dari kami berdua. Kalau dia tahu hati abang dah berpunya, apa
agaknya reaksi dia?
“Nor
Syaza binti Ahmad...”
“Doktor
dah panggil tu...”
Aku
pandang abang sebelum bangkit dari duduk dan masuk ke dalam bilik doktor.
Memang kalau ikutkan hati, tak ada maknanya aku nak masuk sorang-sorang dalam
bilik doktor tu tapi masa abang cakap nak teman aku dalam kereta tadi, aku
cakap tak nak. Konon-konon nak buat berani tapi bila dah masuk dalam bilik ni,
rasa macam nak menjerit panggil abang kat luar.
“Cik
Nor Syaza?”
“Ya...”
Aku pandang doktor lelaki dekat depan aku sekarang ni. Dia hanya tersenyum
sebelum menghalakan tangannya pada kerusi panjang. Aku menelan liur sebelum
tersenyum sumbing. Jantung pulak dah berdegup kencang.
“Duduk
dekat sini ye, doktor?”
“Ya...
Duduklah. Saya nak check dulu. Oh ye, saya Doktor Ridhwan.” Dia memperkenalkan
diri sambil menyarung sarung tangan getah.
Aku
angguk sikit sebelum duduk di atas kerusi panjang tu. Aku menurut lagi apabila
doktor tu suruh aku baring dan bukak mulut luas-luas. Nyaris aku nak termuntah
bila dia masukkan cermin tu ke dalam mulut aku.
“Gigi
awak berlubang...”
“Besar
ke kecik?”
“Sederhana...”
Dia tersenyum kecil. “Kita terus tampal ye?” Dia mengarahkan sesuatu dekat
pembantu dia sebelum kembali memandang aku yang dah serba tak kena.
“Okey...”
“Awak
takut ke?”
Aku
angguk. Memang tak nak tipu. Aku memang takut! Takut sangat-sangat!
“Relaks
je. Tak sakit pun.” Dia memujuk perlahan sambil melabuhkan duduk di atas kerusi
di sebelahku. Aku pandang muka dia lama. Comellah pulak muka doktor ni bila dia
asyik senyum. Manis je!
“Kita
start sekarang ye...”
“Doktor!” Aku jerit kuat sebelum duduk. Doktor
Ridhwan dah pandang aku lain macam. Dia yang baru nak menyentuh alat-alatan
yang tersusun dekat atas dulang besi terus terhenti.
“Err...
doktor nak tampal gigi je kan?” Tanyaku cemas.
“A’ah.
Kenapa?”
Aku
menggeleng sambil menarik nafas lega. Setakat tampal takpe lagi, tapi janganlah
cabut. Mau bergegar klinik ni nanti dengan jeritan aku!
“Kalau
awak nak saya tampal hati awak pun boleh.”
Aku
tercengang. Kenapa nak tampal hati pulak ni? Apa kaitan hati dengan gigi?
“Kenapa
pulak, doktor?”
Doktor
Ridhwan tersenyum sebelum menyuruh aku baring balik. Aku hanya menurut tapi aku
tetap jugak nak tahu kenapa dia nak tampal hati aku ni?
“Doktor,
kenapa?”
“Kenapa
apa?” Dia suruh aku bukak mulut.
“Kenapa
doktor nak tampal hati saya?”
“Supaya
ada nama saya dekat hati awak tu,” balas Doktor Ridhwan tenang sambil
tersenyum. Mata aku terus membulat. Ya Allah, mulut doktor ni! Manis bukan
main! Sebab selalu check gigi orang ke?
“Haaa...
okey, doktor boleh tampal GIGI saya sekarang.” Aku tekankan perkataan gigi.
Doktor
Ridhwan hanya ketawa sebelum melakukan kerja dia. Aku pulak dah terpaku.
Melihat wajah dia yang sedang bersungguh-sungguh menampal gigi berlubang aku,
entah kenapa buat aku rasa tenang. Buat semua ketakutan aku hilang. Sama macam
doktor gigi aku masa kecil dulu.
**
“Bila Syaza tengok muka Doktor
Ridhwan tu, Syaza ada ingat apa-apa tak?”
Aku terus pandang muka abang dengan
dahi berkerut. “Maksud abang?”
“Syaza ada rasa macam pernah jumpa
dia tak sebelum ni?”
“Takde rasanya. Kenapa? Syaza pernah
jumpa dia ke sebelum ni?”
Abang tersengih. “Cuba Syaza ingat
balik. Dulu-dulu abang kan ada kawan baik lelaki yang selalu datang rumah kita.
Dia selalu bagi Syaza coklat. Ingat tak?”
Lama aku mendiamkan diri sebab nak
cuba ingat balik. Aku memang tak suka bab-bab nak selongkar balik memori ni
sebab menyeksakan kepala otak je. Abang ni pun satu, penting sangat ke untuk
aku ingat balik pasal benda ni?
“Coklat apa yang dia selalu bagi?”
“Choclairs.”
Dengar je ‘Choclairs’ terus aku
tekup mulut. Ya Allah! Doktor Ridhwan tu crush aku masa dulu-dulu!
“Dah ingat ke?”
Aku pandang abang dengan mata
terbeliak. “Dia tahu ke Syaza minat dia sebelum ni?”
“Abang pun tak tahu yang Syaza minat
dia sebelum ni?”
Oh seriously Syaza! Kau dah bagitahu
abang rahsia terbesar kau sekarang ni! Mulut tu memang tak reti nak duduk diam
kan?
“Lupakan apa yang Syaza cakap tadi.
I was just…”
“You were just?”
“Joking.”
“Do you really think that I’m going
to believe that?” Kening abang dah terjungkit. Dia memandng aku sambil memeluk
tubuhnya. Oh you’re doomed, Syaza!
“Just forget about it, shall we?”
“Nope. I don’t think so.”
“Abang! Janganlah nak jadi
complicated sangat boleh?” Aku dah mula bercekak pinggang. Orang suruh lupa tu,
lupa jelah. Tak payah banyak songeh sangat boleh tak?
“Abang tak cuba nak buat benda ni
jadi complicated pun. Syaza tu yang nak buat benda jadi complicated.” Sela
abang bersahaja.
“Syaza malas nak cakap pasal benda
ni dah.” Aku bangkit dari duduk dan melangkah ke arah tangga. Makin lama aku
dekat sini, makin banyak rahsia hati yang terkeluar nanti. Mulut aku ni bukan
reti nak bekerjasama dengan hati aku. Hati kata jangan tapi mulut laju je nak
cakap.
“Lari la. One fine day, insya-Allah
abang akan tahu jugak.”
Aku mencebik geram, menjeling abang
yang hanya tersenyum sinis.
**
Entah
kenapa hari ni aku datang lagi dekat klinik Doktor Ridhwan ni. Aku pandang lama
tanda nama klinik ni sambil bercekak pinggang. Kau buang tebiat ke datang sini
setiap hari, Syaza?
“Syaza....”
Aku
terus berpaling ke belakang sebelum tersentak sebab tengok Doktor Ridhwan
tengah berdiri dekat belakang aku sambil tersenyum manis. Ikutkan hati nak aje
aku lari sekarang tapi nanti apa pulak kata doktor ni.
“Awak
buat apa kat sini?”
“Saya
saja lalu kat sini,” balasku cepat.
“Pejabat
awak dekat sini ke?”
Aku
geleng. Ya Allah, kenapa cepat sangat badan aku memberi reaksi? Nampak sangat
aku sengaja lalu depan ni walaupun aku pun tak tahu sebabnya!
Doktor
Ridhwan tersenyum lagi. “Awak nak jumpa saya ke?” Tanyanya sambil memeluk
tubuh.
“Buat
apa saya nak jumpa doktor? Gigi saya dah elok dah...”Aku tayang gigi aku dekat
dia. Doktor Ridhwan tersengih aje sebelum berjalan masuk ke dalam pintu
kliniknya. Eh, dah nak masuk dalam ke?
“Jom
masuk dulu. Sekarang ni takde patient,”ajaknya sambil membuka pintu luas untuk
aku. Lama aku terdiam dekat situ. Nak masuk ke tak nak? Kalau masuk, nanti dia
ingat aku betul-betul nak jumpa dia tapi kalau tak masuk....
“Syaza...
jom masuk.” Dia memanggil aku lagi sekali.
“Takpelah,
doc! Saya nak balik dulu. Nanti abang saya risau pulak. Assalamualaikum...”
Laju aje kaki aku melangkah meninggalkan Doktor Ridhwan tapi sempat lagi aku
berpaling ke arahnya yang masih lagi bersandar di muka pintu sambil memerhati
aku. Aku terus berpaling ke depan dan terus melangkah dengan hati yang
berdebar-debar. Doktor ni dah buat apa dengan hati aku?!
**
Abang tersengih lebar sebaik sahaja
melangkah masuk ke dalam rumah. Dia masih lagi tersenyum sebaik sahaja duduk di
sebelah aku dan kemudiannya dia menayangkan telefon bimbit dia pada aku.
“Apa?”
“Cuba baca...”
Aku ambil telefon bimbit dari
tangannya dan membaca satu mesej yang agak panjang daripada seseorang. Makin
lama aku baca, makin besar mata aku dibuatnya. Gila ke apa orang ni?!
“Abang! Lelaki gila mana pulak ni?!”
“Lelaki gila apa kebendanya?”
“Gilalah!”
Abang dah ketawa. “Dia tak gila. Dia
cuma dah falling in love...”
“He’s crazy! Jauhkan orang macam tu
dari Syaza.” Aku memeluk tubuh. Siapa agaknya lelaki yang ajak dia kahwin tu?
Siap mesej dekat abang lagi cakap yang dia sayang aku. Hah, entah apa-apa!
“Kesian Doktor Ridhwan. Sampai hati
Syaza cakap dia gila...”
Aku terus pandang abang dengan muka
tak percaya. Doktor Ridhwan? Doktor Ridhwan yang comel bila senyum tu ke?
Doktor Ridhwan yang dah buat jantung aku berdegup kencang setiap kali aku jumpa
dia tu ke?
“Doktor Ridhwan, Klinik Harmoni?”
“Ya la. Kawan abang. Crush Syaza
dari dulu sampai sekarang tu.”
Aku gigit bibir. “Bukan crush Syaza
la!”
Abang tersengih aje. “Dia cakap dia
nak pinang Syaza.”
“Tipu! Syaza tak percaya tu dia.”
“Tak percaya cuba call dia. Tengok
suara siapa yang angkat phone.” Abang dah bagi balik telefon bimbit dia dekat
aku dan tanpa sempat aku nak cakap apa-apa, dia terus tekan butang dial.
Sengaja dia tekan pembesar suara supaya aku boleh dengar dengan jelas siapa
yang angkat telefon tu nanti.
“Assalamualaikum Rul. Kenapa?”
Nafas aku bagaikan terhenti. Jantung
yang berdegup kencang tadi menjadi semakin kencang. Lama aku pandang telefon
bimbit abang dengan muka yang terkejut sebelum tiba-tiba aku menjerit lantang
dan berlari naik ke tingkat atas. Aku langsung tak pedulikan abang yang dah
ketawa besar dan suara Doktor Ridhwan yang terkejut apabila mendengar jeritan
aku. Arghhh! Aku malu!
**
“Sakit gigi ke?” Dia tersenyum mesra
ketika aku datang ke klinik giginya pada waktu tengah hari. Aku hanya menjeling
tajam sebelum menghalakan pandangan pada jam tangan aku.
“Tak lunch?” Soalku.
“Nak temankan ke?” Dia tanya balik.
“Saya cuma nak tanya, kenapa doktor
hantar rombongan meminang? Saya tak beri kata putus pun...” Aku tanya sambil
duduk di hadapannya. Dia hanya tersenyum seperti biasa dan merapatkan kedua
belah tapak tangannya sambil merenung aku.
“Tapi awak terima kan? Kalau tak
terima, awak takkan setuju nak terus bertunang hari tu jugak.”
Aku pulak yang terdiam. “Ala, jawab
jelah soalan saya.”
“Kan saya dah cakap dalam mesej tu
yang saya suka awak.”
“Doktor bukan kenal saya pun. Saya
ni kalau tidur malam-malam, memang lasak tau. Saya ni kuat makan walaupun saya
ni nampak kecik.”
Doktor Ridhwan hanya ketawa. “You’re
perfect enough to me...” ucapnya lembut tapi berjaya buat aku melayang-layang.
Alahai, susah kalau dah suka ni!
Aku berdehem kecil. “Doktor ni!
Main-main je!”
“Bila masa saya main-main? Saya
serius ni.”
“Saya tak faham. Doktor ni bukan
main handsome! Takkanlah takde girlfriend ke apa sebelum ni? Tiba-tiba cakap
suka kat saya ni. Kalau saya tak sakit gigi, saya tak datang klinik ni pun
tau!”
Doktor Ridhwan menghela nafas. “Itu
takdir, Syaza. Allah pertemukan kita... kalau awak tak sakit gigi, Rul takkan
bawak awak datang sini dan saya takkan dapat jumpa adik dia yang dulunya kecik
dan comel tapi sekarang ni dah jadi wanita yang cantik...”
Aku dah terbatuk-batuk.
Doktor Ridhwan senyum kecil. “Semua
ni takdir. Andai memang ditakdirkan awak jodoh saya, kita jumpa dekat mana
pun... hati saya akan kata awak untuk saya.”
Aku terdiam. Buat aku makin tak
percaya yang takde sesiapa pun yang minat kat dia. Cuba tengok cara dia cakap
tadi. Sweet okey!
“Terharu ke?” Soalnya sambil
tersengih.
Aku mencebik. “Saya nak balik
dululah. Assalamualaikum...” Aku dah bangkit dan mencapai beg tangan. Sekejap
lagi nak balik pejabat tapi nak mintak balik awal dekat abang. Tak larat badan
ni!
“Fiancée...” Panggil Doktor Ridhwan.
“Apa?”
“Teman makan, boleh? Lapar...”
Aku tengok dia lama. “Malaslah...”
“Please... karang tunang awak sakit,
susah tau!” Dia berkata sambil mengusap perutnya. Lapar sangat ke apa tunang
aku ni? Amboi Syaza, dah panggil tunang tu...
“Yelah tapi sekejap je tau.”
Doktor Ridhwan terus tersengih lebar
dan terus menanggalkan kot putihnya. Dia kemudiannya menghampiriku sebelum
membuka pintu dan menyuruh aku supaya keluar terlebih dahulu.
**
Aku tak tahu nak rasa apa sekarang
ni. Aku memang dah jadi tunang Ridhwan tapi kadang-kadang tu aku tak percaya
yang aku ni dah jadi tunang dia. Setiap kali aku cakap macam tu dekat dia,
mesti dia buat suara sedih. Dia cakap, “Sebak hati saya bila awak cakap macam
tu” tapi nak buat macam mana, memang tulah perasaan aku.
Nak-nak, kami memang jarang
berjumpa. Dia sibuk dengan kerja dia dan aku sibuk dengan kerja aku. Kalau nak
jumpa pun, dia akan datang rumah aku tapi selalunya dia lebih banyak bersembang
dengan abang dan akhirnya aku terus naik atas bilik dan tidur!
Entah kenapa, hari ni aku teringin
nak ajak dia makan tengah hari dekat restoran kegemaran aku. Tadi masa aku call
dia, dia cakap dia tengah sibuk tapi sekarang ni dah dekat pukul 12.30 tengah
hari. Memang dah lunch break pun!
“Haaa.... nak pergi jumpa dialah!”
Aku terus bangkit dari duduk dan mencapai beg tangan yang diletakkan di atas
meja.
**
Aku tersenyum lebar sambil membawa
bungkusan makanan yang berisi makanan kegemaran Ridhwan. Nasi putih lauk ayam
masak merah dengan kacang buncis goreng.
“You ni lawak betullah, Wan.”
Kaki aku terus berhenti melangkah
sebelum mendekatkan telinga dekat pintu bilik Ridhwan. Suara perempuan mana
pulak ni?
“I’m serious, Amy. You calon yang
paling sesuai untuk position ni.”
“What about your fiancée?”
“What about her?”
Aku gigit bibir. Calon apa yang
Ridhwan maksudkan sekarang ni? Takkan calon isteri kot!
“Dia tak kisah ke?”
“Dia insya-Allah tak kisah.” Jawab
Ridhwan tenang. Dahi aku dah makin berkerut. Tak kisah apa ni? Tangan aku mula nak
tolak pintu. Makin lama dekat luar, makin bertambah perasaan ingin tahu aku ni.
Baik masuk dan tanya sendiri!
“Dia tahu ke relationship kita
sebelum ni?”
“Tu benda yang dah lepas. I tak rasa
dia perlu tahu.”
“I don’t want anything bad happens after
this.”
“Assalamualaikum…” Ucapku sebelum
melangkah masuk ke dalam bilik Ridhwan, dengan senyuman di bibir. Plastik yang
berisi makanan Ridhwan aku genggam kuat dan aku terus letak dekat atas meja
dia.
“Your lunch. Sorry ganggu.” Aku
senyum sekilas dan cepat-cepat ingin berlalu dari situ. Mulut memang nak
bertanya macam-macam benda tapi lepas dengar perkataan ‘relationship’ tu, aku
terus lupa semua benda. Yang aku tahu, aku nak balik sekarang ni.
“Syaza… jom makan sekali dengan saya.”
“It’s okay, Doktor Ridhwan. Saya dah
makan tadi.” Laju aku menjawab, cuba untuk senyum dan kali ni memang aku dah
tak pedulikan panggilan dia lagi.
***
“Assalamualaikum...”
“Waalaikumussalam...”
Aku mengangkat muka dan tersenyum mesra sebelum senyumanku mati apabila melihat
lelaki yang tengah berdiri di hadapanku. Aku pandang dia dengan muka tak senang
sebelum merengus kecil. Dia hanya beriak selamba dan menarik kerusi lalu terus
duduk di hadapan aku.
“Nak
apa?” Tanya aku dengan nada suara yang tertahan-tahan. Serabut betul aku tengok
dia berdiri dekat depan aku sekarang.
“Salah
ke saya nak jumpa dengan tunang saya sendiri?” Dia bertanya balik. Aku hanya mencebik.
“Kenapa
lari dari saya?”
“Bila
masa saya lari?”
Ridhwan
mengeluh panjang. “Saya ada buat salah ke?” Dia pandang aku lama. Aku
mengangkat muka sekejap sebelum kembali tunduk.
“Malas nak cakap sekarang ni. Saya busy.”
Ridhwan
merampas pen di tanganku sebelum meletakkannya ke dalam poket baju. Aku hanya
menjeling geram sebelum mengambil pen yang lain dari dalam bekas pensel tapi
sekali lagi dia mengambilnya. Bekas pensel pun disembunyikannya sekali! Aku
mula menarik nafas panjang. Aku cabut semua gigi tu karang, baru tahu! Aku pulak
yang jadi doktor gigi nanti!
“Awak
nak apa ni?! Pergilah cakap dengan perempuan yang saya nampak kat klinik tu!
Buat apa nak cakap dengan saya?!” Aku menghamburkan kemarahan aku. Habis keluar
semua perasaan cemburu aku! Mana tak cemburu kalau tengok ada perempuan yang
tergedik-gedik dengan tunang sendiri!
Dia
dah tersenyum-senyum. “Awak jealous?”
“Eh,
takdelah!”
“Awak...”
“Saya
busy.”
Ridhwan
mengeluh lemah. Lama dia memandang aku sebelum dia bangkit dari duduknya. Aku
pandang dia sekilas sebelum kembali membelek kertas-kertas yang berterabur
dekat atas meja ni.
“Awak...”
Dia panggil lagi dengan nada sayu.
“Apa?”
“Saya
takde apa-apa dengan Amy tu. Dia kawan saya je. Trust me! Hanya awak yang ada
dekat hati saya ni. No one else.”
Aku
mencebik.
“Relationship.”
“Awak
curi dengar ke?”
Aku
mengangguk selamba. Dah memang aku curi dengar kan? Buat apa nak takut, mengaku
je terus!
“Tak
nak tanya apa-apa ke?” Soal Ridhwan dengan kening terjungkit. Siap berpeluk
tubuh lagi depan aku.
“Tak.”
“Betul
ke?” Soalnya lagi. Kali ni sambil tersenyum pulak.
“Buruk
buat muka macam tu.”
“Tapi
muka nilah yang awak suka kan?”
Aku
kembungkan pipi. “Baliklah. Karang ramai orang kat klinik tu.”
“Takpe.
Saya dah ambik doktor baru.”
“Siapa?”
“Orang
yang awak jealous tu la...”
“APA?!”
Mata aku dah terbeliak. Dia pulak boleh tersenyum macam tak ada apa benda pun
yang berlaku.
“Saya
ambik dia bekerja dengan saya sebab dia mampu buat kerja tu dengan baik.” Ucap
Ridhwan tenang sebelum menyerahkan kembali bekas pensel aku.
“Hmm…”
Hanya itu balasan aku. Malas nak cakap lebih-lebih dah.
“Tu
je?”
Aku
angkat muka dan terus pandang dia dengan muka tak puas hati. “Saya ni tunang
yang tak suka cari pasal dengan tunang dia so please…”
“Fine…
fine…” Ridhwan angkat tangan tanda menyerah kalah. Dia kemudian tersengih
sebelum menghulurkan tangannya ke arah aku.
“Bagi
tapak tangan awak. Saya nak hadiahkan sesuatu dekat awak.”
Dahi
aku berkerut tapi tapak tangan tetap aku hulurkan ke arah dia dan sebiji
Choclairs dari tapak tangan dia jatuh ke tapak tangan aku.
“Ni
nak kembalikan kenangan zaman dulu ke?”
“Nope.
I just wanna give something sweet to my sweet fiancée.”
“Cheesy.
Lelaki memang suka bagi ayat-ayat cheesy ke?” Tanya aku tenang sebelum
memasukkan Choclairs tadi ke dalam mulut.
“Tak.
Saya sweet dengan awak je.”
“Kalau
awak sakit gigi, siapa yang tolong rawat gigi awak tu? Saya risau nanti gigi
awak rosak sebab selalu cakap bermulut manis sangat.”
Ridhwan
ketawa besar. “Pandai jugak awak bergurau rupanya.”
Aku
tayang muka malas nak melayan. “Saya nak balik dulu.”
“Okey.
Take care. Assalamualaikum…” Ridhwan masih dengan senyumannya.
“Waalaikumussalam.”
Aku terus bangkit dari duduk, mencapai segala barang-barang aku dan terus
berlalu dari situ. Sempat aku berpaling ke meja kami duduk tadi dan memandang
ke arah Ridhwan yang rupanya tengah memerhati aku.
Ceh,
kantoi!
Suwettnya....bestla...sambung lagi....
ReplyDeleteSuwetttnya....bestla...sambung lagi....
ReplyDeletelame da akak xbace cerpen moon... ade sambungan en cte ni? macam tergantung pulak
ReplyDeleteSweet giler...hehe...sweet sampai rasa mcm Hana pun perlu jumpa dr gigI...
ReplyDeleteSweet doc gigi ni...
ReplyDelete