Thursday, December 17, 2009

Unforgettable Part 5




Hana berjalan di sekitar kawasan peranginan itu sambil memikirkan semula tentang apa yang telah terjadi semalam.

'Betul ke apa yang aku lakukan? Sayang nak tinggal kerja tu tapi Daniel tu menyerabutkan betul.Kalau dia tak ada dalam kumpulan tu, memang confirm aku nak.Haruhi pula senyap je, mungkin dia tak nak kusutkan fikiran aku.Hish..pening kepala aku.'keluh Hana di dalam hati.

"Opss..sorry."Hana terperanjat apabila ada seorang jejaka sedang memeluk pinggangnya dari belakang untuk mengelaknya dari jatuh.Barang-barang di dalam tas tangannya sudah bertaburan.Hana segera mengutip barang-barangnya dengan muka yang sudah berubah menjadi merah.

"Terima kasih."ucap Hana sambil tunduk hormat apabila lelaki itu turut membantunya.

"Tak apa.Salah saya jugak.Awak tak apa-apa kan?"tanya lelaki itu lagi.

"Saya okay."

"Ni handphone awak."Hana segera menyambut telefon bimbitnya sebelum segera berlalu dari situ.

"Hmm...Hana.Akhirnya kita berjumpa semula."ucap lelaki itu perlahan sambil tersenyum.Dia merenung telefon bimbit di tangannya.'Hana, kita pasti akan berjumpa lagi.'

********************************************************************************

"Hana..apa kau buat kat sini?"tanya Anne sebaik sahaja melihat Hana.Hana hanya tersenyum sebelum mengambil tempat berdekatan dengan tingkap.

"Aku datang jumpa kau lah."

"Rindu ke?"tanya Anne sambil mengangkat keningnya sedikit.

"Rindulah."

"Kau macam mana dengan Daniel?"tanya Anne.Hana mengeluh perlahan.

"Macam biasa.Aku dah berhenti jadi pengurus diorang."jawab Hana perlahan.

"Ohh..baguslah kau berhenti.Lagipun aku rasa kau bukan minat V-Pop.Nak jadi pengurus ni, kita kena jugak suka orang yang nak kita urus."kata Anne bersahaja.

"Hmm..betul jugak cakap kau tapi diorang tu taklah teruk mana sebenarnya.Baik sangat kecuali Daniel."balas Hana sambil mencebik bibir.Setiap kali dia teringat pasal Daniel, pasti suhu kemarahannya meningkat.

"Kau benci Daniel?"

"Benci sangat!!"

"Aku suka dia.Boleh tak kau tolong aku?"kata-kata Anne menyebabkan Hana terkejut.

"Kau suka dia?!! Biar betul Anne."Hana memandang wajah Anne yang nampaknya begitu serius.

"Aku serius, Hana.Aku suka dia."

"Tapi kau duduk sini.Tak lama lagi dia nak balik.Macam mana aku nak tolong kau?"tanya Hana.

"Aku akan pindah tak lama lagi.Aku duduk dengan mak cik aku.Masa tu nanti, aku akan call kau.Tolong aku ye.."kata Anne yang nampaknya begitu mengharap.

"Aku akan cuba tapi mungkin susah sikit sebab Daniel tu bukan baik sangat dengan aku."jawab Hana.Dia mula memikirkan strategi untuk menolong Anne walaupun perkara itu mungkin mustahil.

"Terima kasih Hana."kata Anne sambil mengenggam tangan Hana.

"No problem.Aku balik dululah.Bye."Hana segera mencapai tas tangannya sebelum berlalu pergi.

"Aku akan pastikan Daniel suka aku, Hana.Dia takkan ingat lagi kau kawan baiknya masa kecil.Aku tahu aku kejam tapi maafkan aku Hana."kata Anne dengan perlahan.Bahunya ditepuk seseorang.

"Mike!!"

*******************************************************************************

"Shin!"jerit Hana sebaik sahaja melihat Shin keluar dari sebuah kedai alat muzik.

"Ek, Hana..awak buat apa kat sini?"

"Saya pergi jumpa kawan saya.Awak pulak?"

"Saya tengok alat-alat muzik je."

"Hmm..saya nak minta maaf."Hana mula menundukkan kepalanya.

"Kenapa awak nak minta maaf?"tanya Shin dengan pelik.

"Saya dah berjanji nak jadi pengurus awak tapi saya mungkir janji."

"Ala, tu bukan salah awak.Saya faham."kata-kata Shin sedikit sebanyak melegakan hati Hana.

"Thanks Shin."balas Hana sambil tersenyum.

"Hana, apa khabar?"tepukan yang kuat di bahunya menyebabkan Hana terdorong ke hadapan.

"Apa ni Fay! Sakitlah."marah Hana.Dia mengusap bahunya yang kesakitan.

"Sakit ke? Sorry-sorry."balas Fay sambil turut mengurut bahu Hana.Hana segera mengelak kerana malu diperlakukan sebegitu rupa.

"Jom, ikut kami pergi makan."pelawa Shin.

"Tak apalah.Haruhi duduk sorang-sorang je dalam bilik tu.Kesian pulak dekat dia."

"Ajaklah Haruhi sekali."balas Shin.

"Hmm..kalau macam tu okaylah.Awak tunggu saya kat lobi.Boleh?"akhirnya Hana bersetuju untuk makan bersama mereka.

"Ok."jawab Shin dan Fay serentak.

"Hana!" mereka bertiga segera berpaling ke belakang.

"Haruhi? Kau buat apa kat sini?"tanya Hana.

"Aku cari kaulah.Aku telefon kau tapi kau tak jawab.Hi Shin, Fay."jawab Haruhi sambil tersenyum.

"Hi."jawab mereka berdua serentak.

"Ada ke?Aku tak dengar pun.Jap aku tengok telefon aku dulu."Hana segera melihat handphonenya.Tak ada misscall tapi kenapa wallpapernya lain.Tadi aku letak gambar bunga lily tapi ni gambar kereta.Sejak bila aku ada wallpaper kereta.

"Tak ada pun Haruhi."kata Hana.

"Ohh..takperlah.Jom pergi makan.Aku lapar."kata-kata Haruhi menyebabkan mereka bertiga ketawa.

"Apasal ketawa?"

"Sebab kami baru cadang nak ajak kau pergi makan."jawab Fay.

"Lah..ye ke?Jomlah cepat."mereka berempat segera menuju ke sebuah restoran.Bau aroma makanan yang menyelerakan menyebabkan perut mereka mula bergendang.

"Jap! Max, Carl dengan Daniel tak makan ke?"tanya Hana sambil memandang ke arah Shin dan Fay.

"Kami dah telefon diorang.Nanti diorang sampailah."jawab Shin.Dia kemudiannya melangkah ke sebuah meja yang boleh memuatkan 10 orang .

"Jom order.Aku dah lapar."Fay segera memanggil seorang pelayan lelaki.Pelayan itu tersenyum apabila melihat mereka.

"Boleh minta tandatangan?"tanya pelayan lelaki itu sambil menghulurkan sebuah buku dan sebatang pen kepada Fay.

"Boleh."jawab Fay sambil tersenyum.Hana hanya tersenyum kecil.Biasalah orang glamour.Tak lama selepas itu, Daniel, Max dan Carl sampai.

"Nenek ni pun ada sama."kata Daniel sambil memandang Hana dengan tajam.Hana turut membalas pandangan Daniel tetapi dia segera menahan kemarahannya.'Ingat Anne, Hana.Dia perlukan bantuan kau.'

"Daniel, janganlah buat hal.Kita makan elok-elok.Jangan nak cari gaduh."kata Shin dengan tegas.

"Mana ada aku cari gaduh."jawab Daniel.Dia mengambil tempat di sebelah Fay.

Sedang mereka sedang menjamu selera, tiba-tiba ada bunyi nada dering tapi tak ada seorang pun yang mengangkat telefon.

"Nenek, telefon kau berbunyi tu."kata Daniel tanpa memandang ke arah Hana.Hana menepuk dadanya perlahan.'Sabar....'

"Nada dering saya bukan lagu ni."balas Hana.

"Kalau kau tak percaya, cuba tengok handphone kau."Dengan segera Hana mengeluarkan telefon bimbitnya dan alangkah terkejut apabila dia melihat memang betul telefon bimbitnya yang berbunyi.

"Tulah, aku dah kata tapi kau tak percaya."kata Daniel sambil tersenyum sinis.

"Sorrylah.Mana saya tahu.Saya tak ingat bila masa saya tukar ringtone."balas Hana dengan muka yang serius.Kemudian dia segera menjawab panggilan telefon itu.

"Hello."

"Hello.Maaf, saya rasa kita tertukar handphone."

"Tertukar? Awak ni sape?"

"Saya lelaki yang terlanggar awak tadi."

"Ohh..awak.Ok, bila saya boleh ambil semula handphone saya?"

"Kita jumpa di Anne's Cafe, boleh?"

"Boleh-boleh.Ok, jumpa esok."Hana tersenyum kecil.

"Pakwe ke?"tanya Carl sambil tersengih.

"A'ah..kenapa?"gurau Hana.Dia kemudiannya mengenyitkan mata.Haruhi yang berada di sebelahnya hanya tersenyum kerana dia tahu Hana tidak mempunyai teman lelaki.

"Ala, melepas lah aku."kata-kata Fay menyebabkan semua orang di meja makan ketawa kecuali Daniel.

"Hana."Hana segera berpaling.Dia terkejut apabila melihat Anne.

"Anne, duduklah."pelawa Hana.Dia kemudiannya memberi isyarat supaya Anne duduk di sebelah Daniel.Anne yang memahami isyarat Hana segera duduk.Mukanya sudah berubah menjadi merah apabila Daniel memandangnya.

"Awak ni sape?"tanya Shin sambil tersenyum.

"Saya Anne."

"Ohh..kau kawan Hana?"tanya Max.

"Ya.Kawan lama."

"Mesti awak kenal Daniel, betul tak?"pertanyaan Haruhi menyebabkan semua orang berpaling ke arahnya.





No comments:

Post a Comment

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers