Thursday, December 17, 2009

Unforgettable Part 4


Mereka semua balik agak lewat pada hari itu.Semuanya keletihan akibat terlalu banyak berjalan.Sebaik sahaja Hana sampai di biliknya, dia terus tertidur dan di dalam mimpinya, dia melihat Daniel kawan baiknya semasa kecil sedang tersenyum dan perlahan-lahan Daniel itu berubah menjadi Daniel V-Pop yang memandangnya dengan dingin tanpa secalit pun senyuman di bibirnya.Hana terus memejam matanya dengan lebih rapat.Dia berharap bayangan Daniel akan terus hilang.

"Hana, kau pergi mana semalam?"tanya Haruhi sebaik sahaja Hana keluar dari bilik air.

"Aku..aku..ada hal sikit semalam."jawab Hana tanpa memandang wajah Haruhi.Dia malu untuk menceritakan hal yang sebenarnya.

"Kau tinggalkan aku macam tu je.Sedih aku."kata Haruhi dengan sedih.

"Ala,janganlah sedih.Hari ni kita pergi jalan-jalan, nak tak?"pujuk Hana sambil memeluk bahu Haruhi dengan mesra.

"Ok tapi kau kena belanja aku makan."balas Haruhi dengan gembira.Hana hanya tersenyum sebelum mengangguk.

***********************************************************************************
Hana dan Haruhi mula berjalan-jalan sambil melihat pemandangan yang indah di kawasan peranginan itu.Mereka berdua mengambil keputusan untuk bercuti setelah hampir berbulan-bulan lamanya mencari kerja.

"Hana!!!"jerit seseorang dengan kuat.Hana segera berpaling namun wajahnya terus berubah menjadi pucat apabila melihat Carl mendekatinya.

"Haruhi, jom lari."kata Hana sambil menarik tangan Haruhi.Haruhi yang tidak sempat berbuat apa-apa hanya mengikut langkah Hana.

"Hana, kenapa kau lari? Tunggulah."jeritan Carl terus dibiarkan.'Macam mana ni, aku tak nak Haruhi tahu.'

"Hana, ada orang panggil kau."kata Haruhi sambil memalingkan kepalanya.Matanya membulat apabila melihat Carl yang sedang berlari.

"Hana, tu Carl..Berhenti!"Haruhi segera menarik tangan Hana supaya dia berhenti berlari.Hana mula berasa gementar.

"Hana,apasal kau lari?Penat tau aku kejar."kata Carl termengah-mengah.

"Kenapa awak cari saya?"tanya Hana tanpa mempedulikan pandangan tajam Haruhi.

"Shin nak jumpa kau.Dia ada hal nak bincang."jawab Carl sambil memandang pelik ke arah Haruhi.

"Dia ni sape?"tanya Carl lagi.Haruhi terus memandang ke arah Carl.

"Saya Haruhi."jawab Haruhi malu-malu.Mana taknya, penyanyi kegemaran dia ada di depan mata.

"Kau bawaklah sekali Haruhi jumpa Shin."cadang Carl.Haruhi memandang Hana dengan pandangan penuh berharap.

"Hah? Kena jumpa jugak ke?"tanya Hana buat-buat bodoh walaupun dia tahu memang patut dia pergi jumpa Shin.

"Yelah."jawab Carl.Kemudian dia menarik tangan Hana untuk mengikutinya.Haruhi segera mengekori langkah mereka berdua.

"Kenapa tarik tangan saya? Saya boleh jalan sendirilah."kata Hana dengan tegas sebelum menarik tangannya dengan kuat.Dia menjeling tajam.

"Kau lambat sangat berjalan."balas Carl sambil ketawa.Haruhi juga turut ketawa melihat muka marah Hana.

"Apasal kau gelak, Haruhi?"jerkah Hana.Haruhi yang sedang rancak ketawa terus menutup mulutnya apabila dijerkah oleh Hana.

"Cepatlah.Nanti Shin marah."kata Hana akhirnya.Haruhi dan Carl hanya tersenyum kecil melihat gelagat Hana.

****************************************************************************
Di bilik mesyuarat, ahli-ahli kumpulan V-Pop sedang sibuk berbincang tentang sesuatu perkara yang amat merunsingkan mereka semua.

"Aku tak terfikir lah pulak benda ni masa hari tu."kata Shin.Dia berjalan mundar-mandir di dalam bilik itu.

"Tulah, aku dah kata tak payah ambik pengurus."balas Daniel sambil menyandarkan dirinya di dinding.

"Kita tunggu Hana jelah dulu.Lepas tu kita bincang."cadang Max.Fay hanya mendiamkan diri sahaja.

"Hello!"kata Carl dengan riang sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam bilik itu diikuti oleh Hana dan Haruhi.

"Ada apa awak nak jumpa saya?"tanya Hana sambil memandang mereka.

"Macam ni sebenarnya Hana.Saya nak tanya awak tinggal di mana?"balas Shin.Hana memandangnya dengan pelik.

"Buat apa nak tahu mana saya tinggal?"tanya Hana lagi.Haruhi yang berdiri di sebelahnya hanya tergamam melihat mereka.

"Supaya senang untuk kau bekerja nanti.Tak lama lagi kan kita semua kena balik.Kami ni pun datang sini sebab nak buat persembahan."jawab Fay yang sejak tadi mendiamkan diri.

"Ohh..maksudnya, awak masih nak saya jadi pengurus?"tanya Hana.

"Yalah.Bukan ke hari tu kau dah setuju?"balas Carl sambil merenung ke arah Haruhi yang nampak begitu terkejut.

"Kenapa dengan Haruhi?"tanya Carl dengan pelik.

"Dia tak tahu saya jadi pengurus awak semua."jawab Hana perlahan.Dia tidak berani untuk memandang muka Haruhi.

"Kenapa kau tak cakap dengan aku?"tanya Haruhi sambil bercekak pinggang.Mukanya begitu serius.

"Aku tak tahu macam mana nak cerita."jawab Hana.Dia hanya menundukkan kepalanya.

"Semalam kau keluar dengan diorang ke?"tanya Haruhi lagi.

"A'ah, diorang suruh aku ikut."jawab Hana perlahan.

"Kalau kau cakap dengan aku, bolehlah aku ikut kau.Lagipun aku memang teringin nak jalan dengan diorang."bisik Haruhi di telinga Hana.Kemudian dia memberikan senyuman yang cukup manis.

"Aku sayang kau, Haruhi."jerit Hana sambil memeluk Haruhi.Kelima-lima jejaka yang berada di dalam bilik itu hanya mendiamkan diri sebelum Daniel mengeluarkan kata-kata berbisanya.

"Korang ni tak malu ke? Berpelukan macam tu?"tanya Daniel dengan nada suara yang sinis.Hana segera memandang Daniel dengan pandangan maut.

"Suka hatilah.Kami bukan buat apa-apa.Salah ke kalau saya peluk kawan saya?!"balas Hana dengan menggunakan nada suara yang sama.'Aku dah tak boleh sabar dengan dia ni.Mulut laser terlajak!!!'

"Memang tak salah tapi boleh menyebabkan orang salah sangka lah!"kata Daniel dengan kasar.Hana memalingkan mukanya daripada memandang muka Daniel.'Harap muka je handsome, perangai hampehh.'

"Saya tak nak jadi pengurus awak lagi!"kata Hana dengan tegas setelah memikirkan yang hidupnya tidak akan aman selagi Daniel masih lagi dengan perangainya yang menjengkelkan hati.

"APA?!!"jerit Shin, Carl, Max, Fay dan Haruhi serentak.Hana memandang mereka dengan muka selamba sebelum melangkah keluar dari bilik itu.Sementara Daniel hanya tersenyum kerana telah berjaya mengusir Hana..

No comments:

Post a Comment

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers