Thursday, December 17, 2009

Unforgettable Part 1


"Lepaskan dia!!"jerit seorang budak perempuan dengan kuat.Mereka semua hanya ketawa dan budak lelaki yang dibuli itu hanya mendiamkan diri.

"Apa kau nak buat kalau kami tak nak lepaskan dia?"tanya salah seorang lelaki itu dengan kasar.

"Aku akan lawan."jawab Hana dengan yakin.Sememangnya dia seorang yang sangat berani.

"Kau tu perempuan.Sedari diri sikit."kata lelaki itu sambil menunjal kepala Hana.

"Kau memang nak kena!"jerit Hana dengan lantang sebelum menumbuk muka lelaki tersebut.Mereka semua lari ketakutan apabila melihat Hana mengamuk.

"Kau janganlah lemah sangat lepas ni.Nanti senang orang nak buli."kata Hana sambil memandang ke arah Daniel.

"Aku bukan tak nak jadi kuat macam kau tapi aku manalah belajar taekwondo."balas Daniel.Dia mengeluh perlahan.

"Ala, benda senang je tu.Aku boleh ajar kau.Nak tak?"pelawa Hana.Dengan pantas Daniel menganggukkan kepalanya.

"Bagus.Esok kita mula."kata Hana sambil tersenyum.


Perkenalan Hana dan Daniel terjadi ketika Daniel menjadi mangsa buli pelajar-pelajar senior di sekolah mereka.Hana yang kasihan melihat keadaan Daniel segera membantunya walaupun dia adalah seorang budak perempuan yang kecil.Tetapi dengan mudah sahaja dia berjaya mengalahkan kesemua pelajar-pelajar senior tersebut.Dan sejak daripada itu, Hana dan Daniel mula berkawan rapat.

"Aku dah makin kuat sekarang ni."kata Daniel.Hana hanya ketawa kecil.

"Kenapa kau gelak?"tanya Daniel pelik.

"Tak ada apa.Kau memang dah kuat sekarang ni.Jadi bila aku dah pindah nanti, taklah aku risaukan kau."jawab Hana dengan perlahan.

"Kau jadi ke nak pindah?"tanya Daniel.Dia tidak sanggup kehilangan seorang kawan yang sentiasa bersamanya.

"Jadi..Mungkin hujung bulan ni."balas Hana sambil mengelap air matanya.

"Ohh..aku akan rindukan kau.Kau jangan lupakan aku tau."kata Daniel sambil menepuk perlahan bahu Hana.

"Aku takkan lupakan kau."jawab Hana dengan bersungguh-sungguh.

"Sebelum tu, apa kata kalau kita ukir nama kita kat pokok ni?"cadang Daniel sambil mengusap batang pokok kayu itu.

"Ok..kita kawan selamanya."jawab Hana.

"Hana,kau okay?"tanya Haruhi perlahan.Hana segera memandang ke arah Haruhi.

"Aku okay.Aku cuma ingat kawan aku tu je."jawab Hana.Jari-jemarinya mengusap ukiran nama yang diukir oleh Daniel 10 tahun dahulu.

"Kau mesti sayang dia kan?"tanya Haruhi sambil mengenggam bahu Hana dengan lembut.

"Sayang..walaupun aku kenal dia sekejap je tapi dia lah kawan lelaki aku yang paling aku sayang."jawab Hana.Dia kemudian merenung ke arah tasik yang bertentangan dengan pokok tersebut.

"Dulu, kami berdua selalu main kat sini.Aku ajar dia main taekwondo.Lepas tu, kami akan belajar sama-sama."sambung Hana lagi.

"Mana dia sekarang?"Hana hanya mengeluh perlahan apabila mendengar pertanyaan Haruhi.

"Aku pun tak tahu.Tak lama lepas aku pindah, dia pun pindah.Sampai sekarang, aku tak pernah jumpa dia."balas Hana.

"Hmm.."Haruhi hanya mendiamkan diri.Dia ingin membiarkan Hana bersendirian.

"Daniel..aku rindu kau."kata Hana dengan perlahan sebelum dia turut beredar dari situ.

*******************************************************************************

Tidak lama selepas Hana berlalu pergi, seorang lelaki muncul.Lelaki itu duduk bersandar di pokok itu.

"Hana, kau ada kat mana?"keluh lelaki itu sambil mengusap ukiran nama Hana.Sememangnya dia amat merindui Hana yang sudah lama tidak ditemuinya.

"Daniel!"jerit seorang lelaki.

"Apa?"tanya Daniel sebaik sahaja lelaki tu menghampirinya.

"Cuba kau tengok jam.Dah pukul berapa sekarang ni? Kau nak Shin marah ke?"jawab lelaki itu.Kemudian dia terlihat ukiran nama Daniel dan Hana.

"Eh, ni bukan nama kau ke? Hana tu siapa?"tanya Fay.

"Hana tu kawan baik aku.Dulu kami satu sekolah.Lepas tu dia pindah dan sampai sekarang aku belum jumpa dia lagi."jawab Daniel sambil menghalakan pandangan ke arah tasik.

"Bukan kau benci perempuan ke?"tanya Fay tidak percaya apabila Daniel pernah mempunyai seorang kawan baik perempuan.

"Memang aku benci pun tapi Hana ni berbeza.Dia bukan macam perempuan lain."balas Daniel.

"Dia ni special?"tanya Fay lagi sambil tersenyum kecil.

"Special sangat."jawab Daniel perlahan.

"Kau suka dia?"tanya Fay lagi.Kali ni Daniel mula memahami arah tujuan soalan Fay.

"Kau, Fay!! Memang nak kena!"jerit Daniel sambil mengejar Fay yang sudah berlari.

Dia sempat berpaling memandang pokok itu sebelum turut mengejar langkah Fay yang semakin menjauh.

"Hana..."

3 comments:

  1. hah!sorg g peminat TVXQ eh??
    i found ur blog in hana's link...
    nie yg best nie cte yg watak die TVXQ...hehe

    ReplyDelete
  2. x pernah bace lg novel yg gunekn watak tvxq.... i like it... terbayang2 muke diorg bile bace.....

    ReplyDelete
  3. bace cite ni buat sy rindu dekat tvxq time dorang dulu2..

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers