Wednesday, January 13, 2010

Unforgettable Part 27


Haruhi mundar-mandir sambil menunggu ketibaan seseorang.Sesekali matanya melihat jam tangan dan menjenguk ke arah balai ketibaan.

"Mana Hana ni? Kata pukul 10.00 dah sampai?"keluh Haruhi.Hana yang sedang berdiri di belakangnya tersenyum kecil sebelum menepuk perlahan bahu Haruhi.

"Hoi!"

"HANA!! Terkejut aku!Rindunya dekat kau."jerit Haruhi sambil memeluk Hana.

"Kau sihat?"tanya Hana.

"Sihat.Kau pulak?"

"Aku pun sihat."

"Kau balik sorang-sorang je ke?"tanya Haruhi sambil tersenyum.Hana mengerutkan dahinya.

"Yelah.Kenapa?"tanya Hana dengan pelik.

"Mana tahu kalau kau balik dengan mat saleh."

Hana ketawa besar mendengar kata-kata Haruhi."Tak ada sape yang nak dekat aku."

"Sape kata tak ada? Pretty Boy kau dah lama tunggu."

"Pretty Boy?"

"Takkan dah lupa..Pretty Boy aka Daniel."

"Daniel..macam mana dia sekarang?"

"Dia dah berpunya!"

"Hah?!"kata Hana dengan kuat.Hampir tercabut jantungnya mendengar kata-kata Haruhi.

"Kau kan kata dia tunggu aku!"

Haruhi hanya tersenyum kecil.Malas ingin menerangkan semuanya dengan lebih lanjut.

***********************************************************************************


"Kau pasti ke apa yang kita buat ni betul?"tanya Carl.Daniel yang sedang berpeluk tubuh hanya menganggukkan kepala.

"Tapi kesian kat dia."sambung Max.Daniel tersenyum kecil.

"Kita buat ni untuk kebaikan dia jugak."

"Untuk kebaikan? Apa kebaikannya?"

"Banyak.Cuma kita kena tengok sendiri."

"Kalau dia tahu apa yang kita buat, memang habis dia taekwondo kita.Nasib baik dia tu tak reti taekwondo."kata Fay.

"Sape cakap dia tak reti taekwondo?"tanya Daniel.Semua mata beralih memandang dia.

"Dia tu lah guru aku.Aku belajar main taekwondo daripada dia lah."

"Kalau macam tu, aku tak pasti kita akan selamat."balas Shin.

"Anne dah janji nak tolong kita kan?"tanya Daniel sambil menjungkit keningnya.

"Dah..Mike pun."

"Bagus! Sekarang ni kita kena tunggu Haruhi dulu."Tak lama selepas itu, Haruhi melangkah masuk sambil membawa dua bungkus beg plastik yang dipenuhi dengan cenderamata.

"Hana yang beri?"tanya Fay sebelum mengambil sebuah beg yang tertulis namanya di atasnya.

"A'ah..semua orang dapat."

"Aku punya mana?"tanya Daniel sambil mengeledah mencari hadiahnya.

"Hadiah awak...hmm..dia..dia.."

"Dia apa?"

"Dia ambik balik."

"What?! Mana boleh? Buruk siku!"marah Daniel.

***********************************************************************************

Hana merebahkan dirinya di atas katil sambil memegang bungkusan yang sepatutnya menjadi hadiah untuk Daniel.Entah kenapa dia mengambil keputusan untuk tidak memberikan apa-apa kepada Daniel memandangkan Daniel sudah berpunya! Hatinya sedih apabila memikirkan perkara itu.

"Hana, kenapa kau ambik balik hadiah Daniel?"tanya Haruhi dengan pelik ketika mereka berdua sedang menuju ke arah tempat parking kereta.

"Saja."

"Lah, kesianlah dekat dia."

"Buat apa nak kesian?"

"Yelah, kat semua orang kau beri hadiah tapi kat dia,habuk pun tak ada."

"Dia tak perlukan hadiah aku."balas Hana dengan muka yang serius.

"Apa yang kau beri kat dia?"tanya Haruhi sambil melihat-lihat beg yang berada di tangan Hana.

"Sesuatu yang aku reka khas untuk dia."

"Wow..reka khas untuk dia! Aku nak tengok boleh?"

"Tak payah lah tengok.Benda biasa je.Nanti aku nak buang."

"Buang apa nak buang.Beri kat aku je."

Hana meraup mukanya.Perlahan-lahan, dia membuka bungkusan hadiah itu sebelum mula memainkannya.Alunan bunyi Unforgettable mula kedengaran.Hana merenung lama ke arah kotak muzik yang berada di tangannya.

"Dengan sape agaknya dia bercinta?"kata Hana dengan perlahan.


************************************************************************************

Haruhi melangkah masuk ke dalam bilik Hana.Dia tersenyum apabila melihat Hana yang sedang nyenyak tidur.Perlahan-lahan dia melangkah ke arah katil Hana sebelum menangkap kelibat sebuah kotak muzik.Dia mengambil kotak muzik itu sebelum keluar dari bilik Hana.

"Ni mesti hadiah untuk Daniel."bisiknya perlahan.Kemudian dia mula mengukir senyuman dan dengan pantas mula menelefon Fay.

"Jadi ke esok?"

"Jadi..Semua dah ready?"

"Dah."

"Baguslah."

"Saya dah jumpa hadiah Daniel."kata Haruhi dengan suara yang perlahan.Bimbang andai kata Hana terjaga dari tidurnya.

"Apa yang dia beri?"

"Kotak muzik.Cantik sangat."

"Muzik apa?"

"Unforgettable..Dia reka sendiri music box ni."

"Reka sendiri?!"

"Yup..Esok saya nak beri dekat Daniel."

"Tak payah tunggu esok."

"Kenapa?"

"Sebab dia dalam perjalanan pergi rumah awak lepas dia dengar pasal music box tu."

"Huh?!"

***********************************************************************************

Daniel mengusap perlahan kotak muzik yang berada di tangannya.Dia mengukir senyuman apabila melihat terdapat ukiran nama yang tertulis Pretty Boy, Daniel.

"Cantik kotak muzik tu."tegur Shin sambil tersenyum.Daniel menganggukkan kepala.

"Hana memang suka lagu tu kan?"

"Yup.Lagu favourite dia."

"Kau tahu apa yang aku fikir?"

"Apa?"

Shin tersenyum dan membisikkan sesuatu di telinga Daniel.Daniel yang pada mulanya berwajah tegang mula tersenyum.Dia amat suka dengan cadangan Shin yang dikira amat bagus.

"Setuju?"tanya Shin.

"Setuju!"jawab Daniel sambil mengangkat tangannya.



3 comments:

  1. waa!!!! bestnye! unforgettable mmg best! x kiralah citer dia atau lagu tu

    ReplyDelete
  2. sambunglah lagi !!!
    best2,,,
    ape yang daniel nak buat ???

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers