Saturday, May 1, 2010

Unforgettable Part 38


Hana terkekeh-kekeh ketawa di dalam biliknya.Kelakar betul bila ingat muka Daniel yang cuak tadi.Sekarang ini dia sudah boleh menarik nafas lega.Siapa sangka akhirnya Daniel dah lafazkan perasaannya..

Tik! Tik!

Telefon yang terletak di sebelah katil diambil.Bibir Hana mengukir senyuman apabila melihat Daniel yang menghantar sms kepadanya.

~ Bayar seringgit.~

Kening Hana bertaut.Bayar seringgit? Kenapa pulak? Ada ke aku hutang dengan dia?

~For what?~

Hana menunggu selama 1 minit sebelum mendapat balasan Daniel.Dia mula tergelak besar sewaktu membaca jawapan Daniel.

~Sebab aku nyanyi untuk kau tadi.Aku baru nak suruh kau bayar tapi kau dah lari dulu.~

~Kata nak tackle aku.Takkan nak suruh bayar jugak?"

Daniel sudah tersenyum-senyum seorang diri di dalam bilik hotelnya.

~ :p Kalau kau tanak bayar, kau kena cakap dengan aku yang kau sayang giler dengan aku."

Hana terguling-guling di atas katil.Memang tak tahu malu betullah Daniel ni.Takkan nak suruh aku confess macam tu.Malulah!

~Aku lebih rela bayar.~

Tok! Tok!

Ketukan di pintu melenyapkan khayalan Hana.Baru nak mula berangan, ada sahaja yang mengacau.Dengan langkah yang malas, Hana pergi membuka pintu.

"Kau kata kau lebih rela nak bayar kan? So, mana duitnya?"ucap Daniel sebaik sahaja muka Hana tersembul di balik pintu.

Hana hanya tersenyum sebelum menghulurkan sekeping duit seringgit kepada Daniel.Cepat-cepat dia menutup pintu selepas itu.

Daniel tercengang seketika.Dia merenung duit yang berada di genggamannya.

"Memang dia bayarlah.."

Hati Daniel mula kecewa.Dia membuka gumpalan duit kertas tersebut.Sekeping kertas kecil terjatuh di kaki Daniel.

I love you deeply, unconditionally, forever and beyond...

Senyuman manis terus terukir di bibir Daniel.Kembang hatinya membaca ayat-ayat yang ditulis Hana.Tak sangka Hana ni romantik juga.Daniel ketawa kecil sebelum bersandar di pintu bilik Hana.

"Kau ada kat belakang pintu ni kan?"

"A'ah."

"Aku tak sangka kau ni jiwang jugak eh."

Hana tergelak kecil."Habis tu nak tunggu kau jiwang lambat sangat!"

"Ek eleh, aku dah jiwang masa hari tu."

Ketawa."Ye ye..oklah Daniel.Aku dah ngantuk.Nak tidur."

"Ok. Sweet dream sayang."

"Ok.Good night pretty boy."

~~~~~

Hyo memerhati Daniel yang semakin menjauh.Dia mengukir senyuman sebelum menghampiri pintu bilik Hana.

"Apa lagi Daniel? Aku dah nak tidur ni."terlopong mulut Hana sebaik sahaja melihat Hyo.Dia ingin menutup pintu tetapi pantas sahaja Hyo menolak lalu mengunci pintu.Hana sudah menggigil ketakutan.

"You nak apa masuk bilik I?"

"I nak you."

Air mata sudah mengalir laju.Ketakutan telah menguasai diri Hana.

"Kau keluar!"

"I takkan keluar selagi you tak nak kahwin dengan I!"

"Aku nak kahwin dengan Daniel je! Aku benci kau."

Hyo berang lalu menampar pipi Hana."Kau jangan banyak cakap.Kalau tak aku tampar kau lagi."

"Aku tak peduli! Daniel! Tolong aku!!!"jerit Hana sekuat hati.Dia menampar-nampar badan Hyo yang sedang mencekak kuat rambutnya.

Sekali lagi Hana mendapat penampar daripada Hyo."Kalau kau tak nak Daniel mati, baik kau senyap."

Hana terus diam.Dia tidak mahu Hyo mencederakan Daniel.

"Apa kau nak?"

"Aku nak kau jadi isteri aku!"

"Aku tak nak!"

"Aku tak peduli!"

"Hyo, tolonglah lepaskan aku.Aku takut bila kau macam ni."

Air mata Hana makin laju.Gerun melihat muka Hyo yang berang.Kelihatan begitu menakutkan.

"Kau takut?"ketawa meletus dari mulut Hyo.Dia membelai pipi Hana.

"Jangan bimbang.Aku takkan cederakan kau.Aku sayang kau.Sekarang ni aku nak kau pergi jumpa Daniel."

"Buat apa?"

Hyo senyum sinis."Aku nak kau putuskan hubungan dengan dia."

Mata Hana membulat."Lepas tu?"

"Lepas tu, kita pergi dari sini.Aku akan kahwin dengan kau."

"Kalau aku tak nak?"

"Daniel mati!"keras suara Hyo.Hana pantas mengangguk.Bimbang jika Daniel diapa-apakan.

"Bagus.."ucap Hyo sambil mengusap kepala Hana.Hana hanya mendiamkan diri.Dia takut! Hyo dah psiko!

~~~~~

Daniel tersenyum sebaik sahaja melihat Hana.Pada mulanya terkejut juga melihat Hana tercegat berdiri di depan biliknya.

"Kenapa Hana?"

"Aku nak putus dengan kau."ucap Hana dengan muka yang serius.Dia mengerling ke arah tempat persembunyian Hyo yang tidak jauh dari situ.

Daniel tersentak sebelum mengenggam tangan Hana."Kenapa? Apa salah aku?"

"Aku serabut dengan kau sebenarnya.Dari dulu lagi aku nak cakap benda ni tapi aku rahsiakan sebab aku nak jaga hati kau.Tapi maafkan aku Daniel, aku tak tahan dah.Jadi aku nak kita putus."

Muka Daniel berubah sedih.Hiba hati Hana melihatnya tetapi dia terpaksa.Ini semua demi keselamatan Daniel.

"Tolong Hana, jangan tinggalkan aku.Kalau kau tak suka dengan cara aku, bagitahu je.Aku boleh perbetulkan tapi janganlah buat macam ni.Aku sayangkan kau Hana.Tolong jangan buat aku macam ni."

Hyo memberi signal kepada Hana supaya cepat.Hana mengangguk sedikit."Maafkan aku Daniel.Aku terpaksa pergi sekarang.Moga kau berbahagia.Carilah orang lain yang lebih baik daripada aku."

"Aku tak nak.Aku nak kau je!"

"Daniel, tolong faham aku.Aku terpaksa..Aku.."air mata dah mula memenuhi tubir mata.Hana pantas menyekanya.

"Aku pergi dulu."baru sahaja Hana ingin melangkah pergi, Daniel telah memeluknya.Erat.

"Jangan pergi."rintih Daniel.

Hana mengerling ke arah Hyo.Hyo sudah menayangkan muka geram.Hana mengangkat tangannya sedikit meminta Hyo bersabar.

Kedudukan dia dan Daniel memberikan peluang untuk Hana menceritakan hal yang sebenarnya.

"Daniel, Hyo datang jumpa aku.Dia ugut aku supaya tinggalkan kau.Kalau tak dia nak bunuh kau.Aku tak nak kau mati."

Daniel terkejut sambil meleraikan pelukannya tetapi dengan pantas Hana memintanya supaya terus memeluknya supaya mereka boleh berbincang.

"Aku akan jaga diri.Kau jangan bimbang."

"Dia berbahaya, Hana."

"Aku tahu.Aku akan cuba larikan diri."

"Tapi.."

"Shh..jangan bimbang ok.Aku sayang kau sangat-sangat.Kalau kau sanggup tunggu aku, tunggulah ye.Mana tahu mungkin aku akan kembali."

"Kau akan kembali.Aku yakin!"

Hana mengukir senyuman."Aku pergi dulu.Take care."

Hana meleraikan pelukan.Dia tersenyum sebelum berlalu pergi.Daniel hanya memandang langkahnya yang semakin menjauh.

"Aku tunggu kau selamanya,Hana."




p/s:Sedihlah pulak.Sorry lah kalau ada part-part yang tak logik ye :D


3 comments:

  1. hhohohoh...
    mmg sdih r...
    hyo ni gila la...
    blh la mcm 2...
    hrp2 daniel ngn hana dpt prthnkn cnta mrk...

    ReplyDelete
  2. psiko la hyo tu.
    moon, ada salah taip, part hana jerit tu moon silap taip nama daniel
    best! :)

    ReplyDelete
  3. Okay Hana..
    Hehe..nasib baik Hana perasan.
    Moon tak edit pun tadi, trus post.
    Thanks ye

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers