Wednesday, December 30, 2009

Unforgettable Part 18


Hana menggeleng-gelengkan kepalanya.Mustahil! Imposibble! Tak mungkin!

'Aku takkan suka dia.Dia kawan baik aku je.' jeritnya di dalam hati.

"Hana cepatlah siap."panggil Carl.

"Ye..ye saya datang." Hana sempat berpaling ke arah Daniel.Dia menggeleng-gelengkan kepalanya lagi.

"Hana, kau pening ke?"tanya Max.

"Pening?"

"Yelah, dari tadi kau asyik geleng kepala."

"Ek, tak adalah.Saya ok."

"Fay dengan Haruhi dah sampai!"jerit Shin.Dengan pantas kami semua mengambil tempat masing-masing.Hana dan Daniel duduk di atas kerusi berdekatan dengan piano manakala Shin, Max, Carl dan Anne duduk berdekatan dengan sebuah pentas kecil yang direka cipta oleh Max dan Carl.

"Fay, awak bawa saya pergi mana ni? Kenapa semua orang ada kat sini?"tanya Haruhi dengan pelik sebaik sahaja Fay membukakan pintu kereta untuknya.

"Nilah tempat special yang saya cakap tu.Jom."jawab Fay seraya menarik tangan Haruhi.Haruhi tergamam apabila melihat sebuah gazebo telah dihias dengan begitu cantik.Haruhi menekup mulutnya apabila melihat Hana dan Daniel sedang duduk berhadapan dengan dua buah piano.

"Fay, apa semua ni?"

"Kejutan untuk awak.Saya harap awak suka."

"Saya..saya..tak tahu nak cakap apa."

"Marilah."pelawa Fay ke meja makan.Max dan Anne yang dilantik untuk menjadi pelayan mereka segera menghidangkan makanan.Hana dan Daniel masih lagi duduk sambil tersenyum melihat Fay dan Haruhi.Secara tiba-tiba pandangan mata mereka berdua bertemu dan serentak juga mereka memalingkan muka.

"Fay, kenapa awak buat semua ni?"tanya Haruhi.Hana, Daniel, Max, Shin, Carl dan Anne sedang berbual sesama mereka di belakang gazebo.

"Nanti saya bagitahu awak.Hana! Daniel!"

"Yes boss!"jawab Hana dan Daniel sambil tabik hormat.

"Boleh mulakan sekarang?"

"Boleh."mereka berdua segera menghampiri piano.Hana dan Daniel menarik nafas dan Hana menunggu Daniel untuk memberi isyarat.Daniel menganggukkan kepalanya.Kemudian kedengaran bunyi-bunyi not lagu Forever Love.Max, Shin dan Carl mula menyanyi.

( Max )

Matsugu futari wo terashita
Yuuyake kirameiteru
Ima made kanjita koto nai kurai
Mune no fukaku ga atsui

Shining right before my eyes
The glittering sunset
Inside my chest, a profound love
Like nothing I have ever felt before.

Sepatutnya tiba giliran Fay untuk menyanyi tetapi memandangkan dialah orang yang diraikan maka Shin akan menyanyikan bahagiannya.Sebaik sahaja Shin ingin membuka mulut..Fay pulak yang menyanyi.

( Fay)
Hitori demo heikisa nante
Iikikase nagara
Jibun ni uso wo tsuite

If I say to myself that I am fine on my own
I'm telling a lie

Perlahan-lahan Fay menarik tangan Haruhi dan menari dengannya.Haruhi nampak seperti ingin menangis.

( Shin )
Sugoshite kita keredo korekara wa
Kimi dake wo hasananai

I've been passing time like this,
But from now on
You're the only one I'll never part from

Hana mengerling ke arah Daniel.Daniel hanya membuat muka selamba sebelum mula menyanyi

( Daniel )
Nandomo nandomo okuruyo
Kimi ga sagashiteiru mono
Mayoi mo subete wo tokashite
Ikite ikou FOREVER LOVE

Time and time again
I'll send it to you, what you're looking for
All your hesitation will melt away
Let's live and FOREVER LOVE

( Carl )
Sakamichi nagai kageyosete
Nigitta te no kanshoku

With shadow inching closer on a steep path
The feel of your clasped hand
It seemed like gently, tenderly erased the pain

Kemudian Fay melutut di depan Haruhi sambil menghulurkan sebentuk cincin.Hana tersenyum senang manakala Haruhi sudah tidak boleh menahan sebak segera menghampiri Hana dan memeluknya dengan kuat.Fay terkejut melihat reaksi Haruhi.

"Haruhi, kenapa pulak kau menangis?"

"Aku sedih."

"Adoi..apasal pulak nak sedih? Kau patutnya happy."

"Memang aku happy pun."

"Dah dah jangan nangis.Terkejut Fay tengok kau mari-mari peluk aku.Nanti dia ingat kau suka aku pulak."

"Yelah..yelah."kata Haruhi sambil meleraikan pelukannya.Dia mengesat air matanya dan menuju ke arah Fay.

"Awak nak cakap apa tadi?"tanya Haruhi.

"Saya..saya..."

"Cepatlah cakap!"marah kami semua serentak.Haruhi hanya tersenyum kecil.

"Saya sukakan awak."kata Fay dengan tenang.

"Serius?"

"Ya.Serius.

Haruhi hanya tersenyum sebelum mengambil cincin yang berada di tangan Fay.Perlahan-lahan dia mula menyarungkan cincin itu di jarinya.

"Cantik cincin ni."

"Awak suka?"

"Suka."

"Jadi maksudnya awak..."

"Maksudnya saya pun suka awak jugak."celah Haruhi.

Fay tercengang seketika sebelum melompat."Yay! Yay!"

"Bestnya tengok diorang."bisik Hana perlahan.

"Suruhlah Mike buat macam tu."sindir Daniel.

Hana segera berpaling ke arah Daniel."Kenapa pulak tiba-tiba sebut nama Mike?"

"Ek..bukan ke dia suka kau?"

"Macam mana kau tahu?"

"Aku lelaki jadi aku tahu lah."

"Heh? Yelah tu."balas Hana dan berlalu pergi dari situ.

'Terjejas mood aku.Ada ke kata Mike tu suka aku.Habis kau dengan Anne tu macam mana pulak?' marah Anne dalam hati.





*************************************************************************************

"Sudah-sudahlah belek cincin tu."usik Hana ketika dia dan Haruhi berada di ruang tamu.

"Suka hatilah.Hana, cantik tak cincin ni?"

"Cantik.Dah dekat 1000 kali kau tanya aku soalan yang sama.Tak letih ke?"

"Tak."jawab Haruhi sepatah.

"Eee..memang mabuk cintalah kau ni."sindir Hana.

Haruhi hanya tersenyum kecil.Dia pantas menjawab panggilan apabila melihat pemanggilnya adalah Fay.Kemudian dia bergegas masuk ke dalam bilik sambil tersengih-sengih.

Hana tersenyum melihat kelakuan Haruhi sebelum kembali melakukan kerjanya.Tiba-tiba dia tersenyum nakal.Dengan segera dia menelefon semua ahli kumpulan V-Pop kecuali Daniel.

"Jom keluar!"

"Nak buat apa?"

"Jom jelah.Bosan duduk rumah."

"Besok bukan dah nak pergi camping ke?"

"Memanglah."

"Kau dah siap kemas?"

"Dah."

"Amboi, cepatnya."

"Biasalah.Nak ke tak nak?"

"Yelah..Kau tunggu kami kat tempat biasa."

"Ok."

**********************************************************************************

Hana menunggu hampir setengah jam tetapi kelibat ahli-ahli kumpulanV-Pop masih belum kelihatan.Dia cuba menyabarkan hatinya.Kemudian bahunya dicuit seseorang.

"Max!"jeritnya perlahan.

"Apasal kau jerit?"

"Terkejutlah.Ingat sape lah tadi."

"Kami dah sampai.Sekarang ni nak pergi mana?"

"Hmm..jom makan."

"Makan..kau belanja?"

"Yelah.."balas Hana sambil tersenyum.Matanya sempat menangkap kelibat Daniel yang hanya senyap.

'Ada rupanya dia.'

Mereka berlima segera menuju ke salah sebuah restoran yang berdekatan.Fay tidak bersama mereka kerana dia telah keluar dengan Haruhi.

"Nak makan apa?"tanya Hana.

"Suka hati kaulah."

"Hmm..steamboat boleh?"

"Boleh."jawab mereka semua serentak.Hana berpaling ke arah Daniel yang hanya mendiamkan diri.

"Kau okay tak makan steamboat?"

"Okay."jawabnya.

"Steamboat untuk makan lima orang."kata Hana kepada pelayan.

"Kenapa tiba-tiba je kau ajak kami makan?"

"Lah, tak boleh ke?"

"Boleh.Cuma pelik."

"Tak ada pelik-peliknya."jawab Hana sambil tersenyum.

"Hi semua!" mereka berlima segera berpaling.

"Anne?"

Anne ketawa kecil."Daniel call saya.Dia kata awak semua nak keluar makan."

Hana merenung ke arah Daniel."Ye.Marilah join."

"Okay."jawab Anne dengan pantas dan mengambil tempat duduk di sebelah Daniel.

"Kami order steamboat tadi."ujar Shin.

"Sedapnya! Saya suka."

Hana hanya tersenyum tawar.Perlahan-lahan dia bangun untuk ke tandas.

"Hana, kau nak pergi mana?"tanya Carl.

"Tandas."jawab Hana.Dia menghampiri pelayan dan menyerahkan wang untuk harga makanan mereka.Selepas selesai proses pembayaran, dia cepat-cepat keluar dari restoran itu dan melangkah pulang ke rumah.

"Mana Hana ni? Lamanya duduk dalam tandas."rungut Max.

"Encik, kawan Encik suruh saya beri nota ni."

"Terima kasih."balas Shin.Dia segera membaca nota yang ditulis oleh Hana.

Shin, saya kena balik dulu.Ada hal sikit tapi jangan bimbang.Saya dah bayar harga makanan.Makan puas-puas ok.

"Sape beri nota tu?"tanya Daniel.

"Hana."

"Kenapa pulak nak beri-beri nota?"

"Dia dah balik sebab ada hal.Tapi dia dah bayar harga makanan."

"Ala, dah balik tak cakap dengan orang."kata Carl.

"Hal pentinglah tu."

Anne tersenyum senang.Mungkin Hana jealous melihat dia rapat dengan Daniel.Itu sebab dia balik.

**********************************************************************************

Hana bangun awal-awal pagi.Semangatnya membara untuk pergi camping pada hari ini.Dia juga turut mengejut Haruhi yang sudah dibenarkan mengambil cuti.

"Hana,apasal kau excited sangat ni?"

"Aku tak sabar nak pergi camping.Dah lama tak pergi."

"Tulah orang suruh pergi masa sekolah, tak nak."sindir Haruhi.

"Waktu tu lain, sekarang ni lain."

"Yelah yelah.Fay dah tunggu kat bawah tu."kata Haruhi seraya mengangkat begnya.

"Sorry lambat."

"Tak apa.Banyak ke bawak barang?"

"Sikit je.Apa yang patut je."

"Adeh..Haruhi boleh tepi sikit tak? Naik lenguh aku pegang beg ni."rungut Hana.Sempat lagi mereka bertanya khabar di depan kereta.Padahal dalam kereta pun boleh tanya.

"Yelah..Meh sini beg kau."Hana segera menghulurkan begnya kepada Fay.

"Camping!"jerit Hana ketika Fay mula memandu keretanya.Haruhi dan Fay hanya menggelengkan kepala.






2 comments:

  1. romantiknya!!! nak tggu hana n' daniel punye sweet moment cam tu jugak ;)

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers