Sunday, March 20, 2011

Cerpen : Dia + Kereta = Cinta!

No excuses, Nurul. Dari dulu lagi Nurul duk tangguh-tangguh nak ambik lesen kereta.Ingat yang Nurul dah 24 tahun.Nanti bila dah dapat kerja, kena jugak drive sendiri.Mak tak kira, esok Nurul kena jugak pergi kursus tu.Dah tak boleh nak tangguh-tangguh.” Tegas mak sambil memandangku dengan tajam.Aku segera menarik nafas panjang.Ye ye...memang betul dah banyak kali aku tangguh nak belajar bawak kereta.Alasannya mudah je sebab aku takut! Takut tengok kereta banyak-banyak kat jalan.Dahlah laju giler diorang bawak! Kadang-kadang aku rasa macam tengah duduk kat litar Formula One! Tu belum jumpa lori dengan bas lagi...haih! Seram sejuk dah aku sekarang ni.

“Tapi mak, Nurul takutlah.”

“Apa yang nak ditakutkannya, dik? Bestlah bawak kereta.Senang nanti adik nak keluar jalan-jalan.Taklah asyik Along je nak hantar sana-sini.Kalau macam tu sampai sudahlah Along tak laku sebab orang ingat Nurul ni isteri Along.” Kata Along yang memandang ke arahku sebelum mengalihkan pandangannya ke arah televisyen semula.Aku mencebik.Bukan selalulah! Kadang-kadang je.

And manalah tahu kut-kut terjumpa cikgu yang hensem dekat sana.Boleh jadi menantu mak dengan adik ipar Along.” Sambung Along lagi sambil ketawa.

Bulat mata aku memandang Along.Terus tangan aku mencapai sebiji bantal kecil dan melempar tepat mengenai muka Along. Yes! Aku ketawa besar tanpa menghiraukan Along yang menjelingku dengan geram sambil membetulkan rambutnya yang dah serabai.

Menantu? Adik ipar? Aku menggeleng kepala.Langsung tak terfikir nak kahwin sekarang ni..Masih ada banyak benda lagi aku nak buat dan berkahwin bukan salah satu daripadanya.Err...tapi kalau jodoh aku dah tiba, aku terima seadanya.

“Along! Nurul pergi sana nak belajar bawak kereta bukannya nak cari jodoh! Lagi satu, Nurul tengok cikgu-cikgu tu semua nampak macam dah tua je.” Balas aku sambil menjeling Along tiba-tiba ketawa.

“Siapa cakap? Ada apa yang muda.Bukan setakat muda, hensem lagi tau.Along nampak masa hari tu! Nurul manalah nak nampak sebab tak ikut kami masa hari tu!” Along masih galak mengusikku walaupun dah banyak kali aku membaling bantal kecil tepat mengenai mukanya.

“Okey! Stop it, Along! Jangan nak usik Nurul je.Banyak benda lagi Nurul nak fikir.Takde masa nak fikir pasal benda tu buat masa sekarang ye.” Kata aku tegas sambil memeluk tubuh.

Fine but just wait and see.”

Sebiji lagi bantal kecil aku baling ke arah Along tetapi Along telah berjaya menangkapnya sambil tersengih.

Aku menjeling geram.Mak pula hanya menggelengkan kepala melihat aku dan Along bergaduh.Ada ke cikgu yang hensem kat situ? Kalau ada, mesti best kan? Aku pun makin bersemangat nak belajar.Okey Nurul, apasal kau tiba-tiba gatal ni?

*

Berkali-kali aku menarik nafas sebelum menghembusnya perlahan-lahan.Jari-jemari aku pulak sibuk mengetuk di atas dashboard. Along yang sedang memandu di sebelah ketawa kecil sambil mengerling ke arahku.Aku hanya menjeling geram sambil cuba untuk menahan rasa gemuruh.Lantaklah Along nak gelak pun, Nurul! Yang penting kau tenang.

“Apasal macam ayam berak kapur je ni?”

“Orang takut. Jadi sekarang ni tengah nak relakskan diri.Jangan kacau!”

Don’t worry.Everything will be just fine.” Along cuba menenangkan aku.Perlahan-lahan aku tersenyum.Walaupun Along suka mengusik aku tapi bila aku sedih ke apa, mesti dia yang selalu pujuk.Lagipun sejak ayah meninggal dunia, Alonglah yang jadi ketua keluarga.Kadang-kadang tu aku terfikir jugak kenapa sampai sekarang ni Along masih tak nak kahwin walaupun umur dia dah nak masuk 30 tahun.Takkan nak jadi anak teruna mak sampai bila-bila? Dan yang lebih merimaskan aku, Along asyik kerja, kerja dan kerja! Macam tak ada kehidupan lain selain dari bekerja.

“Along, kenapa tak kahwin sampai sekarang?”

Along kelihatan agak tersentak apabila mendengar soalan aku.Tetapi tak lama lepas tu, dia mula tersenyum.

“Saje nak tunggu Nurul kahwin dulu.”

“Jawapan yang tak relevan!” Aku mencebik.

“Along tak nak tinggalkan Nurul dengan mak.” Ucap Along sambil membelok ke kanan.Aku sebenarnya tergamam dengan jawapan Along.Along tak nak kahwin sebab tak nak tinggalkan aku dengan mak? Err...tiba-tiba rasa sayulah pulak.

“Along...janganlah risau pasal kami.You need a wife, okay? Nurul kan ada.InsyaAllah Nurul boleh jaga mak baik-baik.”

Along hanya mendiamkan diri sambil memarkirkan kereta di hadapan pusat latihan memandu.Aku pulak hanya mampu memandang Along sebelum perlahan-lahan melangkah keluar dari kereta.

Nurul, aren’t you forgetting something?”

Aku terkebil-kebil sebelum memetik jari.Oh ye, lupa nak salam dengan Along.Adeh! Aku berlari anak menuju ke tempat duduk Along sebelum mencium tangan Along.

You can do it!”

Aku tergelak kecil. “ Tiba-tiba Nurul rasa macam nak pergi perang je.Okay! Wish me luck!

Along melambai tangan sebelum memandu keretanya pergi dari situ.Dan kini tinggallah aku sorang-sorang di sini.Mata mula meliar untuk mencari sesiapa saja yang aku kenal tapi akhirnya aku jugak yang kecewa.Takde sorang pun yang aku kenal! Waaa!

“Takpe Nurul.You can do this.” Aku cuba menyakinkan diri sendiri sebelum berjalan ke arah kaunter pendaftaran.

*

Sekarang, aku tercongok dekat depan kerusi sambil menunggu cikgu untuk mengajar aku.Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan aku lulus ujian komputer.Mana taknya, aku hafal satu buku tu tau sebab takut fail! Tak sanggup nak mengulang banyak kali.Tension woo baca buku tu banyak kali.Jantung ni pun nak pecah masa nak jawab soalan tu.

“Cik Nurul Adawiyah?” Aku mengangkat muka dan memandang seorang lelaki yang memakai pakaian seragam untuk cikgu memandu di sini.Mata aku dikecilkan untuk melihat wajahnya dengan lebih jelas.

“Ya saya.”

Lelaki itu tersenyum.”Saya cikgu awak.Jom kita mula sekarang.”

Perlahan-lahan aku mengekori langkahnya ke sebuah kereta Viva.Kenapa aku tak pernah nampak pun cikgu ni sebelum ni? Muda pulak tu dan err...hensem.

“Letak beg kat belakang, Wiyah.”

Aku mengangguk dan meletakkan beg sandang di kerusi belakang sebelum mengambil tempat di sebelah pemandu.Jantung aku dah berdegup kencang sekarang.Serius rasa macam nak pergi berperang.Aku melirik mata ke arah tag nama yang tergantung di cermin pandang belakang.

‘Muhammad Aiman. Eh! Jap! Dia panggil aku apa tadi? Wiyah?’

“Okey Wiyah.Nama saya Muhammad Aiman bin Hamid.Boleh panggil Cikgu Aiman.” Katanya sambil menunjuk tag namanya ke arahku.Aku hanya menggangguk kecil sebab tiba-tiba rasa lain macam bila dia panggil aku Wiyah.Selama ni orang panggil aku Nurul je.Tak pernah lagi orang panggil Wiyah kecuali arwah ayah.Mak dengan Along lebih suka panggi aku Nurul dengan alasan biarlah aku bercahaya seperti cahaya.Adakah selama ini aku malap je? Sedih...sedih!

“Mula-mula sekali, awak kena betulkan tempat duduk sambil pegang stereng dan pastikan kaki awak tekan clutch sampai habis.Lepas tu betulkan cermin pandang belakang.Adjust guna dua-dua belah tangan supaya stabil.Then, baru betul cermin pandang sisi.Dekat sebelah kiri ni, awak ke hadapan sikit supaya awak boleh perbetulkan cermin tu.” Dia bergerak ke hadapan sedikit sambil memegang stereng sebelum membetulkan cermin pandang sisi yang sebelah kiri punya.Muka aku tiba-tiba panas apabila menyedari betapa rapatnya kami sekarang ni! Secara spontan, aku terus bersandar ke belakang.

“Faham?”

“Faham cikgu.”

“Saya bawak sampai depan tu and then awak start bawak pulak ye.”

“Errr...cepatnya cikgu!”

Dia tergelak kecil.”Kenapa? Awak takut ye? Jangan bimbang.Tarik nafas dalam-dalam.”

Aku terkedu.Alahai, kenapa cikgu ni cakap lembut sangat?!

“Okey... cikgu.”

“Bagus. Let’s begin.” Dia mula memandu dengan perlahan.Aku pulak sibuk melihat pergerakan kakinya.Bukan nak mengintai ye! Aku cuma nak tengok macam mana dia tekan clutch, brek, minyak dan semua tulah.

“Okey, sekarang ni kita tukar tempat pulak.”

Dia sudah membuka pintu kereta tapi aku masih lagi duduk di situ tanpa ada tanda nak keluar.Kemudian, dia menjenguk ke dalam kereta sambil memandangku dengan senyuman di bibir.

“Kenapa tak keluar lagi?”

Aku berpaling ke arahnya sambil menghela nafas.”Saya takut.”

“Lah, takde apalah.Nama pun first day kan? Kalau salah tu normallah.Saya tak marahnya.”

“Err..okey!”

Aku membuka seatbelt sebelum bergerak ke tempat pemandu.Sambil tu, mulut terkumat-kamit baca doa.Ya Allah, tenangkanlah hatiku ini.

“Sekarang ni buat sama macam saya buat tadi.” Arah Cikgu Aiman sambil memakai seatbelt.Perlahan-lahan aku mula membetulkan kedudukan kerusi.Kemudian aku betulkan cermin pandang belakang dan cermin sisi sebelah kanan tapi bila nak adjust cermin sisi sebelah kiri, aku terus kaku.Macam mana nak cakap ni ye?

“Err...cikgu, saya nak adjust cermin sisi tu kejap.”

“Okey.” Cikgu Aiman bersandar ke belakang sikit dan aku cepat-cepat betul cermin sisi.Kemudian aku mula memakai seatbelt

“Guna gear satu dulu ye.Mula-mula tekan clutch sampai habis, then baru tolak gear ni kehadapan.” Kata Cikgu Aiman sambil menunjukkan kepada aku cara-cara untuk mengawal gear.

“Ohhh...”

“Nak start memandu nanti, awak release perlahan-lahan clutch tu.Sekarang ni beri signal ke kanan.”

Aku menurut satu-persatu arahan cikgu hensem.Jangan tanya kenapa aku nak panggil dia cikgu hensem ye.Tiba-tiba rasa nak panggil dia macam tu.Okey, tu tipu.Alasannya simple je.Sebab dia hensem!

“Masa nak brek, tekan brek sikit je then tekan clutch sampai habis.Lepas tu baru tekan brek sampai habis.” Arah Cikgu Aiman lagi.

Tiba-tiba kereta terus berhenti.Arghh! Enjin mati! Aku dah gabra sekarang ni.Adeh! Tak berani nak pandang muka cikgu hensem.Takut!

Aku berpaling ke sebelah kiri sebaik saja terdengar cikgu hensem ketawa.

“Jangan risau.Biasalah tu.Nak tahu tak apa salah awak tadi?”

Aku mengangguk sambil memegang stereng dengan kuat.

“Awak lepas clutch sebelum free gear.Sebab tu enjin mati.” Terang Cikgu Aiman sambil tersenyum.

“Ohh...okey.”

Start lagi sekali.”

Aku hanya menurut arahan cikgu hensem.Dan kali ni aku berjaya dengan jayanya! Smooth je aku brek.Ceh! Sempat lagi aku puji diri sendiri.

“Tu! Kan dah pandai.Good job!”

“Hehee...Terima kasih cikgu.” Aku tersenyum simpul sambil mula memandu sekali lagi.Entah kenapa rasa seronok pulak bawak kereta.

“Oh ye cikgu, kenapa sebelum ni saya tak pernah nampak cikgu pun?”

“Saya cikgu part-time je dekat sini.Hari Sabtu dengan Ahad, saya adalah dekat sini.Dulu sebenarnya saya nak jadi cikgu sekolah tapi mak dengan ayah saya tak kasi.Diorang suruh saya kerja lain, jadi sebab nak lepas gian nak mengajar orang...saya kerjalah dekat sini.Tak dapat cikgu sekolah pun takpe, jadi cikgu memandu pun jadilah.Cikgu jugak kan?” Jawab Cikgu Aiman sambil ketawa.

Aku mengangguk faham sambil ketawa kecil.Patutlah tak pernah nampak cikgu hensem sebelum ni.Tapi apa kerja cikgu ni ek?

“Cikgu kerja apa?” Aku menggigit bibir! Waa! Macam mana boleh terlepas ni? Waaa! Malu-malu!

“Err..cikgu tak payah soalan saya tu ye.Bila saya tengah nervous, memang saya kurang betul sikit.Tanya soalan bukan-bukan.”

Cikgu Aiman ketawa.”Saya seorang pegawai farmasi.”

Aku hanya diam.Dah malu sebab terlepas tanya kerja cikgu hensem tadi.Muka aku pun macam hangat je sekarang ni sebab malu.Baru kenal tak sampai sejam, aku dah tanya dia kerja apa.Mesti dia ingat aku gatal kan? Waaa!

Akhirnya aku terus mendiamkan diri sampailah masa untuk amali ni habis.Aku hanya dengar arahan cikgu hensem dan sedaya upaya menahan mulutku dari bertanya yang bukan-bukan sepanjang 3 jam tu.Tak berani dah nak buat macam tadi.Malu okey!.Kalau diikutkan hati ni, aku nak jugak tanya umur dia, dah kahwin ke belum dan bla bla bla.

“Kalau Wiyah nak saya ajar, datanglah sini setiap hari Sabtu ataupun Ahad ye.” Tiba-tiba dia cakap ketika aku sibuk nak ambik kad pengenalan dekat kaunter.Aku hanya tersenyum kecil.

“Bukan memang cikgu je ke yang ajar saya?”

“Memanglah tapi kesian jugak kat awak nanti.Saya ada kat sini setiap hujung minggu je.”

Aku ketawak kecil.”Takpelah cikgu.Saya pun belum kerja lagi.Jadi masa saya banyak sangat!”

“Nanti kalau nak datang, call saya.” Cikgu hensem beri aku sekeping kad nama.

“Ohh...okey.Ni kad saya pulak.” Aku hulur kad nama yang agak kebudak-budakan dekat cikgu hensem.Sedaya upaya aku cuba menahan malu.Dahlah background kad tu gambar Hello Kitty! Tu kad nama aku masa kecik-kecik dulu.Sampai sekarang tak ada mood nak pergi buat yang baru.

“Cantik kad awak ni.”

Aku tersenyum sumbing.

“Terima kasih.Saya balik dulu cikgu! Terima kasih sebab tak garang.” Aku melambai tangan sebelum berlari anak ke arah kereta Along.Sempat jugak aku pandang cikgu hensem yang melambai tangan ke arahku sebelum berjalan ke arah kaunter.

*

This night is sparkling, don't you let it go

I'm wonderstruck, blushing all the way home

I'll spend forever wondering if you knew

I was enchanted to meet you

Tergagau-gagau aku mencari telefon bimbit di bawah bantal dengan mata yang tertutup.Aku membuka mata sedikit sebelum menekan butang hijau.

“Assalamualaikum Wiyah.”

“Waalaikumussalam.Siapa ni?” Aku bertanya dengan suara yang serak.

“Cikgu awak.”

Aku bingkas bangkit sambil menekup mulut.Cikgu awak? Cikgu Aiman ke?

“Cikgu Aiman ke?”

Aku terdengar cikgu hensem ketawa.

“Awak tidur lagi ke?” Tanya Cikgu Aiman.Aku menggigit bibir.Malunya!

“Err...a’ah.”

“Ohh...patutlah suara serak je tadi.Awak boleh tak datang sini hari ni?”

“Pukul berapa,cikgu?”
“Kalau boleh... sekarang.” Aku pandang jam dinding.Sekarang ni dah pukul 8.30 pagi.Kalau aku bersiap selalunya setengah jam je.

“Cikgu, saya datang pukul 9 lebih-lebih sikit, boleh?”

“Okey.Saya tunggu awak.Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam cikgu.”

Lepas tu, terus aku bergegas ke tingkat bawah mencari Along.Nak pujuk dia suruh hantar pergi sana.Along ni kadang-kadang selalu nak buat aku memujuk rayu dia tau.Dengan alasan, aku ni adik...dia tu abang, jadi sekali-sekala dia nak jugak kena pujuk.Pelik kan? Hakikatnya, aku sendiri pun terbelit-belit dengan kata-kata Along tu.Adik pujuk abang? Haih..sabar jelah.

“Along sayang! Hantar Nurul pergi pusat tu hari ni ye.Hari ni cikgu hensem tu ada.Please! Muah! I love you...” Aku peluk bahu abang.

“Haha...pandai adik Along ye.Yelah...half an hour kena siap dah.!”

Aku baru je nak berlari balik naik ke tingkat atas tapi tiba-tiba aku tersentak.Serentak aku berpaling ke arah Along yang tersengih.

“Abang...”

“Cepat siap.Abang tak nak cikgu hensem tunggu lama-lama sangat tuan puteri ni.”

Wah! Memang rasa macam nak hempuk muka ni dekat dinding dah! Malunya!

“Errr...”

“Hensem sangat ke cikgu hensem tu?” Tanya Along lagi masih tersengih.Cis! Suka sangat.

No comment!” Sepantas kilat aku berlari ke tingkat atas dan menutup pintu bilik.Mulut ni memang nak kena! Aku menampar-nampar mulut sendiri.Selalu sangat terlepas!

*

Aku mengurut leher yang lenguh.Kini tiba saat yang telah dinanti-nantikan.Part yang paling aku takut nak buat! Aku menarik nafas dalam-dalam sambil membaca Bismillah.

“Awak slow-slow je masa nak parking ye.Jangan gelabah.Just relax.” Pesan cikgu hensem dari luar.Aku hanya mengangguk kecil tanda faham.

“Okey, sekarang ni reverse perlahan-lahan.”

Aku melakukan sama seperti yang telah diajarkan oleh cikgu hensem.Aku tolak gear masuk gear 6 dan mula mengundur ke belakang sikit-sikit.

“Eh! Wiyah!” Aku tersentak apabila mendengar cikgu hensem menjerit.

“Kenapa cikgu?”

“Awak nyaris nak langgar saya tadi.” Kata cikgu hensem sambil menggelengkan kepalanya.

Erk?

“Sorry cikgu! Tapi kenapa cikgu tak lari? Kalau cikgu lari, takdelah saya nyaris-nyaris nak langgar tadi.”

Cikgu hensem hanya tersenyum.”One more time.”

Aku mengangguk.Cikgu hensem langsung tak balas apa aku cakap.Hish-hish!

Good job!”

Aku tergesa-gesa keluar dari kereta nak tengok macam mana aku parking kereta.Aku melompat kecil kesukaan.Yay! Aku dah boleh parking kereta! Yay! Yay! Aku langsung tak sedar cikgu hensem tengah tengok aku yang dah macam orang tak betul.

“Err..Wiyah?”

Aku berhenti bertepuk tangan.Perlahan-lahan mengangkat muka memandang cikgu hensem.

“Hehee...next lesson, cikgu!” Bergegas aku masuk balik dalam kereta.Kenapa kenapa dan kenapa aku asyik memalukan diri sendiri dekat depan cikgu? Haih...

“Jom belajar parking 3 penjuru pulak.” Kata cikgu hensem sambil masuk ke dalam perut kereta.

Kali ni sekali lagi aku mengangguk.Sedaya upaya menahan mulut aku daripada bercakap.

‘Jatuh reputasi aku depan cikgu hensem!’

*

“Letih!” Aku meraup muka sambil melabuhkan punggung di atas sofa.Terasa lenguh kaki aku ni sebab asyik tekan clutch.Tiba-tiba aku ketawa kecil bila ingat balik peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang aku nak belajar bawak kereta ni.Dari yang memalukan sampailah yang menggelikan hati.Sekarang ni kan, aku rasa macam sayang pulak nak berhenti belajar bawak kereta tu.

“Wiyah, pusing dekat sini.”

“Okey cikgu!”

Bum!! Kami berdua tersentak ke hadapan sebab aku brek mengejut.

“Cikgu! Sorry.”

“Takpe, try lagi sekali.”

Aku cuba sekali lagi tapi hasilnya tetap sama.Rasa macam nak turun dari kereta ni dah.

“Awak kena relaks.Jangan gelabah sangat.” Kata Cikgu Aiman sambil memandang aku yang dah ketakutan.Kalau aku dah buat salah, memang aku akan panik.

Tapi lepas tu aku buat lagi! Sekali lagi aku meraup muka.Malunya! Apasallah lembab sangat nak terima apa yang cikgu hensem ajar masa tu? Ataupun sebab niat aku belajar tu lain.Sebab nak jumpa cikgu hensem je? Oh tidak-tidak! Tapi tu dululah.Sekarang ni aku dah makin expert bawak kereta.Cikgu hensem pun dah selalu puji aku.

Aku sekarang baring pulak kat atas sofa.Tangan diletakkan di atas dahi sambil cuba untuk memikirkan cara bagi membalas jasa cikgu hensem yang sabar je ajar aku walaupun aku ni lambat sangat nak menangkap ilmu yang dia bagi.Aku cuba mengimbas balik setiap perbualan aku dengan dia.

“Umur Wiyah berapa?”

Aku berpaling sekejap sebelum memandang hadapan.

“24 tahun. Cikgu?”

“30.”

“Sebaya dengan Along saya.Sampai sekarang tak kahwin lagi.”

“Ohh...samalah kami.”

Aku mengerling cikgu hensem.Samalah kami tu merujuk pada yang mana satu? Umur 30 tahun ke ataupun masih belum kahwin?

“Nama Along awak apa?”

“Muhammad Haikal bin Musa.”

“Ohh...saya ingatkan perempuan tadi.” Dia tergelak.

Aku pula dah berkerut dahi.Kalau perempuan, cikgu nak tackle ke? Tiba-tiba hati aku jadi sedih.Hish! Apa kau fikir ni, Nurul?

“Cikgu suka makan apa?”

Cikgu hensem ketawa kecil.”Kek coklat.”

“Minum?” Mulut aku masih galak bertanya.Mentang-mentang dah 4 kali jumpa cikgu hensem ni.

“Teh o’ panas.”

Aku bingkas bangkit sambil memetik jari.Oh! Itu dia!Kau sangat bijak, Nurul Adawiyah binti Musa.Aku tergelak sendirian sambil berlari ke tingkat atas.Misi utama, mencari buku resipi!

*

Keletang! Keletung!

“Nurul, apa yang bising tu?” Along melangkah masuk sebelum mulutnya terlopong melihat aku yang dah comot dengan tepung di pipi.Dapur mak yang sebelum ni bersih dah berselerak.

“Apa yang Nurul buat ni?”

“Err...Nurul nak buat kek.”

Along menghampiri aku yang sedang memegang mangkuk adunan.Dia menjenguk melihat adunan kek aku sebelum ketawa besar.

“Cairnya!”

Dahi aku berkerut.”Cair sangat ke?”

“Cair ni...nak buat kek apa ni?”

“Coklat.”

“Kenapa tiba-tiba nak buat kek ni?” Tanya Along sambil memeluk tubuh.

“Err...” Aku senyap.Takkan nak cakap sebab cikgu hensem suka makan kek coklat. Mesti Along usik aku kaw-kaw nanti.Sebenarnya sejak dari hari tu, aku try buat kek coklat tapi hasilnya mengecewakan! Along tak berapa nak perasan aku sibuk buat kek ni sebab dia sibuk kerja.Jadi bila dia cuti ni, mulalah dia sibuk nak tahu apa yang aku nak buat.Dahlah esok hari last aku nak berlatih bawak kereta dengan dia.

“Nak bagi dekat cikgu hensem eh?” Tekaan Along yang sangat tepat membuatkan aku menundukkan kepala.Tak sanggup nak tengok mata Along.Along ni ada super power tau.Dia boleh tahu apa yang aku rasa.

“Nurul nak bagi kek ni sebab dia sabar je ajar Nurul yang sememangnya lambat nak pick up ni!”

“Takde sebab lain ke?”

Aku menggeleng laju.

“Betul ke?” Along masih ingin mendugaku sambil tersenyum.

Kali ni aku teragak-agak nak menggeleng.Macam ada sesuatu yang menghalang aku dari terus-terusan menipu.Ye ye...aku mengaku yang aku dah TERsuka dekat cikgu hensem.Tapi lepas ni aku kena cuba lupakan dia jugak sebab...esok hari terakhir aku jumpa dia.Dan cikgu hensem bukannya suka aku pun.

“Nurul?”

Suara Along yang memanggil lembut menyentakkan aku dari terus mengelamun.Aku hanya tersengih sambil menggeleng kepala.

“Takde sebab lain.Cuma ingin membalas jasa cikgu je.” Aku berkata dengan yakin sambil membelakangi Along.Aku tak nak Along tahu apa yang aku rasa.

“Biar Along tolong Nurul buat kek.Biar cikgu hensem tergamam bila rasa kek adik Along yang comel ni.” Along mengambil mangkuk adunan dari tanganku sambil mengusap bahuku dengan lembut.Saat itu jugak aku tahu yang Along dah tahu isi hati aku ni.Kan dah cakap susah nak tipu Along.

Aku berpaling memandang Along yang sedang melihat buku resipi yang aku ambil dari almari mak.

Terima kasih Along!

*

“Ni untuk cikgu.” Aku terus menyerahkan Tupperware yang berisi kek coklat buatan aku dan Along kepada cikgu hensem sebaik saja aku sampai dekat pusat latihan memandu tu.

“Apa ni?” Perlahan-lahan dia menyambut sambil membuka penutup Tupperware.

“Kek coklat...” Dia memandang aku dengan kerutan di dahi.

“Err...hari ni kan hari last cikgu ajar saya.Jadi sebagai nak hargai jasa cikgu yang susah payah ajar saya selama ni, saya bawakkan kek coklat.Cikgu suka makan kek coklat kan?” Ucap aku sambil tersenyum.

“Suka...terima kasih Wiyah.” Balasnya perlahan tanpa ada senyuman di bibir.Cikgu tak suka ke aku bawak kek coklat? Dia mengalihkan pandangan ke arah lain untuk seketika sebelum memandang aku.Muka dia sedikit merah.Cuaca panas sangat ke?

“Jom kita start sekarang.”

Dia terus melangkah ke kereta.Aku pelik.Kenapa perangai cikgu nampak lain je hari ni? Dengan langkah yang tergesa-gesa aku mengekori langkah cikgu hensem yang dah jauh ke depan.

*

“Nanti bila QTI dan jugak masa dengan JPJ, bawak elok-elok tau.” Pesan Cikgu Aiman ketika aku sedang memandu.Aku hanya mengangguk perlahan.

Entah kenapa tiba-tiba aku rasa sebak sangat.Sampai nak menangis sekarang ni.Sedaya upaya aku menahan air mata aku daripada mengalir sebab tak nak cikgu hensem syak yang bukan-bukan.

“Semoga awak berjaya selepas ni.Good luck ye.”

Kali ni aku dah tak boleh nak tahan air mata.Perlahan-lahan aku memberi signal ke kiri sebelum menangis sepuas hati.

“Erk? Kenapa nangis ni? Saya ada buat awak terasa ke?” Tanya Cikgu Aiman cemas sambil memandang aku yang dah menekup muka.

Aku menggeleng.Cikgu hensem tak buat saya terasa tapi terharu!

“Habis tu?”

Aku berpaling memandang ke arahnya dengan mata yang sembab.

“Saya memang macam ni, cikgu.Suka menangis tanpa sebab.Boleh tak cikgu yang bawak pulak kereta ni? Mata saya kabur dengan air mata ni.”

Dia tersenyum sebelum mengangguk.

Aku tanggalkan seatbelt sebelum keluar dari kereta sambil menutup muka sedikit.Malulah pulak bila dah menangis depan cikgu.

“Saya pasti rindukan awak nanti.” Ucap Cikgu Aiman perlahan tapi aku dah nak tersedak bila dengar dia cakap macam tu.

“Err...rindu?”

“Yup.Sebab awak ni best untuk berkawan.Saya pun tak tension ajar awak sebab dengan perangai awak tu dah boleh buat saya ketawa.Dan awak langsung tak berpura-pura.”

Aku tersenyum kecil.Aku kan suka bercakap banyak.Lepas tu suka tanya cikgu hensem macam-macam soalan.Lagi satu, aku pelik! Aku menunduk muka sedikit sambil menggeleng kecil.Betapa peliknya aku selama duk belajar dengan cikgu hensem ni.

“Saya pun akan rindu cikgu jugak nanti.”

Cikgu hensem hanya ketawa kecil sebelum menumpukan sepenuh konsentrasi pada jalan raya.

Akhirnya kami berdua senyap sampailah kereta Viva yang amat aku sayangi ni berhenti dekat depan pusat latihan.Selepas mengambil kad pengenalan, aku menuju ke kereta yang banyak berjasa dalam menjadikan aku sebagai salah seorang pemandu kereta.Aku mengusap lembut kereta ni sambil menghela nafas panjang.Kalau takde kereta ni, confirm sampai sekarang aku tak reti langsung nak bawak kereta.Dan mungkin juga takkan berjumpa dengan cikgu hensem...

Entah kenapa di saat macam ni, aku teringin nak menyanyi lagu Never Say Goodbye yang dalam drama korea My Girl tu.Tak sanggup rasanya nak mengucapkan selamat tinggal dekat cikgu hensem.

“Kenapa asyik usap Vivi tu je?” Tanya cikgu hensem pelik.Aku memandangnya dengan dahi berkerut.Vivi?

“Vivi? Ni Viva, cikgu...Bukan Vivi.”

Dia ketawa besar tiba-tiba.Dahi aku makin berkerut.Aku buat lawak ke? Memang nama dia Viva kan? Dan yang makin buat aku pelik kenapa cikgu hensem happy semacam je pulak ni.Tadi takdelah macam ni.

“Tu nama kereta nilah.Saya panggil dia Vivi.Comel tak?” Ucapnya sambil mengenyit mata.Aku menunduk tiba-tiba dengan wajah yang merah padam.Lain macam pulak bila tengok dia kenyit mata macam tu.

“Err..comel.”

“Tapi sekarang ni, saya nak tukar nama dia jadi Yaya.”

“Kenapa?”

“Sebab nama awak Adawiyah.Saya ambik Yaya tu je.Bila awak dah takde dekat sini nanti, at least kereta ni ada.Takdelah saya rindu sangat nanti.”

Aku terkedu.Cikgu hensem ni memang ada power untuk buat aku terkedu sampai terdiam.Muka pun dah makin hangat sekarang ni.

“Macam... lawak je letak nama tu.” Balasku sedikit gagap.

“Haha..cute apa?”

Aku sekali lagi terdiam.Tak tahu nak balas apa dah.

“Wiyah...”

“Ya, cikgu?”

“Terima kasih untuk kek coklat tu.”

Aku tersenyum.”Sama-sama.Harap cikgu sukalah kek tu.Saya tak reti sangat nak buat kek.Nasib baik Along tolong.”

“Tak sangka awak ingat apa yang saya suka makan.” Ucapnya lagi sambil memandang aku.

“Err...hehe..”

“Apa-apapun terima kasih sebab sudi buat kek coklat untuk saya.”

“Sama-sama cikgu.Cikgu, sekali lagi saya nak ucap terima kasih sebab ajar saya selam ni.Saya tahu saya ni memang selalu buat cikgu tension sebab saya ni lambat menangkap apa yang cikgu ajar.Dan terima kasih jugak sebab...” Aku berhenti berkata-kata.Jangan Nurul! Tak sesuai nak cakap macam tu sekarang.

“Terima kasih sebab?”

“Terima kasih sebab tak marah-marah saya.”

“Nak marah pun tak jadi bila tengok awak buat lawak.” Ucap cikgu hensem sambil ketawa kecil.

Aku tersenyum sambil memandang ke arah pintu pagar.Kereta Along sudah memasuki perkarangan pusat latihan.Aku mengangkat tangan ke arah Along supaya menunggu sekejap.

“Along saya dah sampai.Err..saya mintak diri dulu ye, cikgu.” Aku tunduk ke bawah.Hati aku tiba-tiba sebak.

“Wiyah, jaga diri baik-baik tau.”

Aku mengangguk kecil.Mata aku dah mula berair.

“Saya pergi dulu cikgu.Assalamualaikum.” Aku bergegas berlari masuk ke dalam kereta Along tanpa memandang cikgu hensem.Tak sanggup nak pandang cikgu hensem untuk kali terakhir.Along di sebelah hanya mendiamkan diri apabila melihat aku mula menangis.Sesekali dia mengusap bahu aku sambil tersenyum.

“Adik Along kuat.Kalau betul dia jodoh Nurul, insya-Allah jumpa jugak nanti.” Ucap Along perlahan.Aku hanya mengangguk sambil mengelap air mata.

*

2 tahun kemudian...

Slow nya kereta depan ni kan, ManMan?” Aku mengusap stereng ManMan sambil memastikan jarak ManMan dengan kereta hadapan tak terlalu dekat.Dahlah jalan jam gila sekarang ni.

Ku merindu,

Merindu cinta yang tulus dari hatimu

Selalu ku impikan hidup bersamamu

Ku kan selalu menanti balasan cintamu

Aku tersenyum ketika lagu Ku Meriundu berkumandang.Haih, tiba-tiba aku rindu pulak dekat cikgu hensem.Sejak dari hari aku pass dengan JPJ, sampailah sekarang aku langsung tak pernah jumpa dengan cikgu hensem lagi.Ada sekali,aku pergi dekat pusat latihan memandu tu, tapi akak yang urus pendaftaran dekat kaunter cakap cikgu hensem dah berhenti sejak hari aku habis belajar dengan dia.Mula-mula aku terpinga-pinga jugak.Tapi lama-lama aku faham.Mungkin cikgu hensem nak tumpukan perhatian dengan kerja sebenar dia.

“Dah dekat pukul 6.30 dah, ManMan.Mesti nanti Along bising ni sebab kita tak balik-balik lagi.” Aku mula merungut kecil sambil melihat jam di dashboard. Harap-harap Kak Shakirah bolehlah tolong aku pujuk Along nanti.Sejak Along dah kahwin ni, dia jadi makin mengada-ngada.Nak kena pujuk je.Hahaa..nasib baik Kak Shakirah tu layan je perangai dia.Dan aku pun terkena sekali tempiasnya.Sabar jelah...Tapi kadang-kadang tu sekali Kak Shakirah merajuk, susah jugak Along nak pujuk.

“Kelakar betullah Along.” Aku tergelak sambil memandang hadapan.

Streeeet! Bum!

Aku terhentak ke hadapan.Arghh! ManMan kena langgar? Aku cepat-cepat bagi signal ke kiri.Kemudian bergegas keluar dari kereta dan menuju ke bahagian belakang ManMan.

“Oh tidak ManMan!”

Aku terduduk di situ sambil mengusap bahagian belakang ManMan yang kemek.Rasa macam nak menangis je sekarang ni.Susah-susah aku jaga ManMan tapi sekarang ni dia dah kemek! Waaaa!

“Cik, err...maafkan saya.” Aku mengangkat muka memandang seorang lelaki yang berdiri di sebelah aku.Aku hanya diam sambil berdiri di sisi ManMan.

“Saya bayar ganti rugi untuk kereta Viva awak ni ye.” Kata lelaki itu lagi.

Aku menggeleng sambil tersenyum sedikit.

“Takpelah.Saya nak baiki sendiri ManMan.Saya mintak diri dulu ye.Assalamualaikum.” Balas aku sebelum membuka pintu kereta.

“ManMan?” Soal lelaki itu sambil memandang aku dengan tajam.

Aku tergelak kecil.Memang orang pelik bila aku panggil kereta Viva warna putih aku ni dengan nama ManMan.Singkatan bagi Aiman.Sebenarnya, aku sengaja beli kereta Viva putih ni semata-mata untuk mengenang kembali kenangan aku ketika belajar memandu kereta dengan cikgu hensem.Dan aku namakan kereta ni sebagai ManMan supaya aku tak terlalu rindu dekat cikgu hensem walaupun sebenarnya aku masih merindui dia sangat-sangat.

“Nama kereta saya ni ManMan.Awak boleh gelak kalau awak nak.”

Dia hanya tersenyum kecil.”Nama kereta saya ni Yaya.”

Jari telunjuknya menghala ke arah keretanya yang juga Viva berwarna putih.Aku tergelak kecil sebelum tersentak.Rasanya aku macam pernah dengar nama Yaya tu.

“Yaya?”

Aku pandang lama lelaki di hadapan aku sekarang.Dan mata aku terus membulat apabila lelaki itu menanggalkan spek mata hitamnya.Spontan aku menekup mulut.

“Cikgu...”

“Saya tak sangka boleh jumpa awak lagi, Wiyah.”

Aku menahan sebak.Dah lama orang tak panggil aku Wiyah.Aku memandang cikgu hensem dengan mata yang kabur dek air mata.Cepat-cepat aku seka air mata dari mengalir.Luruh rindu aku bila tengok muka dia.Patutlah aku tak cam dia tadi.Stail rambut dia dah berubah..Lebih kemas dari dulu.Dan mukanya lebih cerah berbanding dulu tapi senyuman dia tetap tak berubah.

“Apalah cikgu ni? Dulu cikgu jugak yang ajar saya supaya jangan ikut dekat-dekat sangat dengan kereta depan.Tapi sekarang ni cikgu yang buat salah.” Kata aku sambil ketawa.

Cikgu hensem ketawa kecil.”Awak kena jadi cikgu sayalah nampaknya.”

Aku baru nak balas apa yang cikgu hensem cakap tapi tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi.Aku memberi isyarat supaya dia menunggu sebentar sementara aku menjawab panggilan yang datangnya dari Along.

“Assalamualaikum Along.”

“Waalaikumussalam.Lambat lagi ke nak balik?”

“Err..nak balik dah.Tadi ada accident sikit.”

Accident?! Nurul cedera tak?” Along bertanya dengan cemas.

“Tak..tak cedera pun.Cuma ManMan je rosak sikit kat belakang.”

“Suruh orang tu bayar ganti rugi.”

“Along, bukan ke Nurul dah cakap kalau benda-benda berkaitan dengan ManMan, Nurul nak guna duit sendiri.” Balas aku sambil memperlahankan volume suara.

“Tapi dia yang langgar adik kan?”

“Ala Along....please.Nurul nak guna duit sendiri.”

Aku mendengar Along menghela nafas panjang.

“Yelah-yelah! Balik cepat tau.Mak dah siap masak tu.”

Ai ai captain.Lagi 20 minit Nurul sampai.”

Sebaik sahaja aku mematikan talian, aku tersenyum sumbing ke arah cikgu hensem yang dah bersandar dekat pintu kereta dia.

“Cikgu, saya mintak diri dulu ye.Along dah bising-bising.”

“Ohh...Along awak dah kahwin?”

Aku mengangguk dengan dahi yang berkerut.Kenapa tiba-tiba tanya Along dah kahwin ke belum?

“Kenapa cikgu?”

“Takde apa.Saya menunggu cahaya penawar saya untuk kembali dan sekarang dia dah kembali.Dan saya takkan lepaskan dia dah.”

“Hah?” Aku tertanya-tanya.Pelik dengan kata-kata cikgu.

Cikgu hensem hanya ketawa sambil menggeleng kepala.

“Takde apalah. Oh ye, awak still guna nombor telefon yang sama ke?”

“Tak, saya dah tukar nombor.”

“Patutlah saya call tak dapat-dapat.Saya nak nombor awak yang baru boleh?” Tanya cikgu hensem sambil mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar.

“Errr...”
“Boyfriend marah eh?” Dia bertanya tiba-tiba.Cepat-cepat aku menggeleng.

“Saya takde boyfriendlah, cikgu!”

Dia ketawa kecil.”Good then.May I have your number?”

“013-922...”

Aku melihat cikgu hensem save nombor aku sebelum memandang aku.

“Saya guna nombor yang sama.”

“Ohh...”

“Macam mana dengan ManMan ni?” Soalnya sambil menjuihkan bibir ke arah belakang ManMan yang kemek.

“Takpe, saya baiki sendiri nanti.”

“Salah saya kan? Jadi biar saya bayar ganti rugi ye.”

Aku menggeleng laju-laju.”Cikgu guna duit tu untuk baiki Yaya.”

“Tapi...”

“Takde tapi-tapi, cikgu. Hehe...saya balik dulu ye.Assalamualaikum.” Aku melambai tangan ke arah cikgu hensem sebelum masuk ke dalam perut kereta.

“Waalaikumussalam Wiyah!” Aku mengangkat tangan sedikit sebelum memandu ManMan sambil mengerling cikgu hensem melalui cermin pandang belakang.

“ManMan, kau dah jumpa Yaya!” Aku tergelak kecil sambil mengusap ManMan.

“Dan aku dah berjumpa dengan Aiman aka cikgu hensem!”

*

“Along....” Aku memanggil Along yang sedang menonton bola.Kak Shakirah dengan mak tengah bancuh air kopi dekat dapur.

“Apa?”

“Adik dah jumpa balik cikgu hensem!” Kataku dengan teruja.

Spontan Along berpaling memandangku.

“Dia kenal tak Nurul?”

Aku mengangguk sambil tersenyum bahagia.”Mestilah dia kenal.”

“Adik cakap apa dengan dia?”

“Takde apa sangat.Alonglah suruh Nurul balik cepat-cepat.” Aku mencebik ke arah Along yang dah ketawa.

“Makin hensem?”

“Yup.”

“Makin cinta?”

“Yup.”

Eh? Apa soalan Along tadi?

“Apa Along cakap tadi?”

“Adik makin cinta ke?” Tanya Along sekali lagi sambil tersengih.

Muka aku terus merona merah.Hangat semacam dah ni.

“Entahlah Along.Dia cakap dia dah jumpa cahaya penawar dia yang hilang.Maybe dia dah ada someone special.Dan dia cakap dia tak nak lepaskan cahaya dia tu dah.”

“Cahaya penawar?” Dahi Along berkerut sedikit sebelum dia ketawa besar tiba-tiba.

“Kenapa gelak?”

“Takde apa.”

“Peliklah Along ni!”

Along hanya tersenyum simpul dan senyuman Along tu buat aku pelik.Macam ada something je?

*

Good morning ManMan!” Aku tersenyum sambil mengusap ManMan.Niat di hati macam nak cuci je ManMan.Jadi sebab tulah aku bangun awal pagi hari ni!

“ManMan, hari ni kita mandi nak? ManMan dah busuk lah.”Aku mula mencapai getah paip dan menjirus air dekat ManMan.

“ManMan, hari-hari kau kena hensem tau.Nanti baru Yaya suka.” Aku bersembang-sembang lagi dengan ManMan sambil tersenyum.

“Mak risau tengok Nurul ni.Bercakap je dengan ManMan tu.Macamlah ManMan faham apa yang kamu cakap tu.” Mak yang baru balik dari pasar menegur aku yang tengah syok bersembang-sembang dengan ManMan.

“Hehehe...ManMan kan boyfriend Nurul.”

“Banyaklah kamu punya boyfriend.Umur dah 26 tahun.Tak nak cari boyfriend yang manusia ke?” Sempat lagi mak sindir aku.

“Nanti ManMan jealous, mak!”

“Yelah tu.” Mak hanya menggeleng kan kepala sebelum masuk ke dalam rumah.

“Jangan bimbang ManMan.Selagi kau tak kahwin, aku pun tak kahwin.Jadi pandai-pandailah kau mengorat Yaya ye!” Aku menepuk lembut ManMan sambil tersengih.Yelah tu tak kahwin sampai ManMan kahwin.

“Nurul, ada orang call!” Kak Shakirah sudah berdiri di depan pintu sambil menghulurkan telefon bimbit ke arahku.

“Siapa call?”

“Tak tahu...”

Aku melekapkan telefon bimbit dekat telinga.”Hello.Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam Wiyah.”

“Cikgu rupanya.Ada apa call saya?”

“Takde apa.Rindu je.”

Aku menelan air liur.”Errr...”

“Wiyah, saya ada something nak cakap dengan awak tapi bukan sekarang.” Tiba-tiba cikgu hensem dah mencelah.

“Apa dia?”

Dia ketawa kecil.”Nantilah saya cakap.Got to go now.Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.” Balas aku perlahan dengan minda yang dipenuhi tanda tanya.Rindu? Adeh...

*

“Along dah jumpa calon untuk Wiyah.” Kata Along ketik aku, Along, mak dan Kak Shakirah tengah duduk bersantai dekat ruang tamu.

“Hah?” Aku terpinga-pinga.Calon apa?

“Calon suami!”

Aku terus tersentak.Apa? Calon suami!

“Apa ni Along? Orang tak nak kahwin lagi!”

“Esok dia datang.” Sambung Along lagi tanpa mempedulikan rayuan aku.

Mata aku membulat.” Tak naklah Long...”

“Tak kira! Nurul kena kahwin jugak!”

“Tapi Along, Nurul nak...”

“Cikgu hensem?” Tanya Along sambil menjungkit kening.Aku tergamam.

“Kalau jodoh adik memang dengan dia, insyaAllah ada.” Along menepuk pehaku sebelum naik ke tingkat atas.Sedihnya bila Along buat macam ni! Along tahu perasaan aku tapi kenapa Along nak paksa-paksa macam ni!

*

Kepada cikgu,

Cikgu...tak lama lagi saya akan dinikahkan dengan seseorang yang saya langsung tak kenal.Saya sedih, cikgu...sedih sangat-sangat.Tapi sebelum tu saya nak bagitahu cikgu sesuatu.Sebenarnya saya dah lama sukakan cikgu.Dari hari pertama saya kenal cikgu sampailaj sekarang.Cikgu perasan tak nama kereta saya ManMan? Tu sebenarnya singkatan untuk nama cikgu.Saya selalu anggap cikgu tu ManMan.Sebab bila saya rindu cikgu, saya boleh sembang-sembang dengan ManMan walaupun dia tak faham apa saya cakap.Maafkan saya kerana menganggu cikgu dengan kata-kata saya ni.Saya tak bermaksud nak buat cikgu rasa serba-salah atau sebagainya.Cuma saya nak luahkan apa yang saya rasa.Cikgu...semoga cikgu berbahagia.

-Nurul Adawiyah-

Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum menekan butang send.Dekat 4 muka surat mesej ni dan aku harap cikgu hensem baca luahan perasan aku ni sebelum aku dinikahkan dengan orang lain.Aku menahan sebak di dada.Sedihnya sekarang ni.

“Nurul, bakal suami kamu dah sampai.”

Aku memandang mak yang sedang berdiri di muka pintu dengan muka yang langsung tak bermaya.Perlahan-lahan aku bangkit lalu mengikut langkah mak turun ke tingkat bawah.

“Ni bakal mak mertua kamu.” Mak memperkenalkan seorang wanita kepada aku.Aku mengukir senyuman sambil menyalami tangan bakal mak mertua aku.Sekali lagi rasa sebak bertandang.

“Apa khabar , mak cik?”

“Baik Nurul.”

Mak mencuit pinggangku supaya duduk di sebelahnya.

“Tu bakal ayah mertua kamu.” Aku tunduk sedikit sebagai tanda hormat sambil tersenyum.

“Tu bakal suami kamu.” Aku memandang seorang lelaki yang baru masuk ke dalam rumah.Mata aku yang pada mulanya dah kuyu sebab sedih sangat terus terbuka luas.Terkejut melihat wajah bakal suami aku.

“Cikgu!” Jeritku tanpa mempedulikan orang lain.

Cikgu hensem hanya tergelak kecil sambil melabuhkan punggung di sebelah ayahnya.

“Ni bakal suami Nurul.”Along yang tiba-tiba muncul bersuara.Aku memandang Along dengan pandangan tidak percaya.Aku bermimpi sekarang ni kan?

“Tipu!”

“Betul Wiyah...sayalah bakal suami awak.” Cikgu hensem cuba menyakinkan aku.Aku menggeleng kepala.Apa ni?

“Saya nak balas luahan hati awak tadi depan semua orang ye.Kepada Nurul Adawiyah, awak nak tahu kenapa nama kereta saya Yaya? Sebab tu nama awak.Awak ingat tak dulu, saya pernah cakap nak tukar nama Vivi jadi Yaya? Kalau awak nak tahu, saya pun dah sukakan awak sejak dari hari pertama saya kenal awak.Ada sesuatu mengenai awak yang membuatkan saya terpikat.Awak tak berpura-pura.Sikap awak yang cepat panik tu buat saya happy dan jugak kelakar.Saya suka dengan lawak awak dan yang paling buat saya terharu adalah awak susah payah buat kek coklat untuk saya.Percayalah yang kek coklat tu adalah kek yang paling sedap pernah saya makan.”

Air mata yang mengalir di pipi aku biarkan je.Aku hanya memandang cikgu hensem.

“Saya pernah cakap yang saya menunggu cahaya penawar saya untuk kembali dan sekarang dia dah kembali.Saya takkan lepaskan dia lagi.Awak tahu tak siapa cahaya penawar saya tu? Dia adalah Nurul Adawiyah.Bukan ke makna nama awak adalah cahaya penawar.Awaklah cahaya penawar saya, Wiyah.

Dulu hati saya sakit bila awak takde.Tapi sekarang awak dah bagi penawar kepada hati saya yang sakit.Dengan kehadiran awak sebagai isteri saya yang sah, semua kesakitan saya hilang.Jadi di depan semua orang ni...saya nak tanya sudikah awak menjadi isteri saya?” Tanya cikgu hensem dengan muka yang serius.Pandangan matanya yang tajam dan serius membuatkan aku semakin rancak mengalirkan air mata.Bukan kerana aku takut tapi kerana aku yakin.Yakin dengan kesungguhannya.

Aku membalas pandangannya sambil tersenyum.

“Cikgu...saya akan menjadi cahaya penawar cikgu yang paling bertuah sekali kerana telah menjadi pilihan kepada Muhammad Aiman.Saya sudi untuk menjadi cahaya penawar cikgu.InsyaAllah sampai ke syurga.” Balasku sambil tersenyum.

“Alhamdulillah.” Aku melihat cikgu hensem mengucap Alhamdulillah sambil meraup mukanya.

“Bila nak buat majlisnya?” Along sudah ketawa sambil memeluk bahuku.Aku hanya tersenyum malu.

As soon as possible!” Balas cikgu hensem dengan yakinnya.Aku pulak terkejut.ASAP?!

“Setuju tak?” Tanya bakal ayah mertuaku.Aku hanya mengangguk kecil sambil memeluk lengan mak.Malulah!

“Tak sia-sia Along curi sekejap handphone Nurul hari tu semata-mata nak cari nombor Aiman.” Bisik Along di telingaku.

Aku memandang Along dengan tajam.Patutlah handphone aku menghilang secara tiba-tiba.Bila ditanya, Along cakap tak tahu lepas tu siap sindir aku lagi...Dia cakap siapa suruh letak merata-rata.Geramnya aku dengan Along! Tapi aku memang patut berterima kasih dekat Along.Kalau Along tak call cikgu hensem dan bagitahu perasaan aku, pasti sekarang ni cikgu hensem takde kat depan aku.

“Terima kasih Along.Thanks for everything.” Ucapku sambil menangis.

“Hish-hish! Janganlah nangis.Sepatutnya Nurul happy tau sekarang ni.And betullah cakap adik.Memang cikgu hensem lah!”

Aku tergelak.”Mestilah!”

Kemudian aku memandang cikgu hensem yang sedang berbual-bual dengan mak.Aku tersenyum senang.Kalau aku tahu yang aku nak dikahwinkan dengan cikgu hensem, memang confirm aku tak membantah.

Aku tersentak apabila melihat cikgu hensem turut memandangku sambil tersenyum.Dia mengenyit matanya.

Aku hanya tergelak kecil.Adeh...kerana dia, aku terror bawak kereta, dan kerana dia jugak aku mula jatuh cinta.

*

Aku tersenyum senang sebaik sahaja melihat segala persiapan sudah selesai.Yang tinggal sekarang adalah menunggu sehingga cikgu hensem aka suami kesayanganku masuk ke dalam bilik.Aku tersenyum.Ye ye..aku dah selamat menjadi isteri kepada Muhammad Aiman bin Hamid.Kalau diikutkan dah hampir 2 minggu kami kahwin.Betullah orang cakap, cinta selepas kahwin ni memang manis!

Tiba-tiba pintu terkuak dari luar.Cikgu hensem melangkah masuk ke dalam dengan memakai baju Melayu berwarna biru.Nampak sangat kacak di mataku.

“Buat apa gelap-gelap ni?” Soalnya pelik sambil melabuhkan punggung di sebelahku.

“Wiyah ada suprise untuk abang.”

Dahi dia berkerut.”Suprise apa?”

Aku mencapai gitar aku sambil menepuknya perlahan.

“Wiyah dah lama sangat tak main gitar tapi kali ni Wiyah nak mainkan sebuah lagu khas untuk abang!”

Dia tergelak kecil.” Lagu apa, sayang?”

Aku hanya tersenyum sebelum mengambil kerusi solek lalu duduk di hadapannya.

“Dengar ye.Ni luahan hati Wiyah khas untuk abang.” Aku tersenyum sambil mengenyit mata.

( Lagu yang Wiyah nanyi ni sama dengan lagu dalam blog :D )

Oooooh

Can you feel me when I think about you?

With every breath I take

Every minute, no matter what I do

My world is an empty place

Like I've been wonderin the desert

For a thousand days

Don't know if it's a mirage

But I always see your face, baby

I'm missing you so much

Can't help it, I'm in love

A day without you is like a year without rain

I need you by my side

Don't know how I'll survive

A day without you is like a year without rain

Ohhohoh, Woooaaahh woaahh

Aku melihat cikgu hensem.Dia hanya tersenyum sambil menongkat dagu.

The stars are burning

I hear your voice in my mind

Can't you hear me calling

My heart is yearning

Like the ocean that's running dry

Catch me I'm falling

It's like the ground is crumbling underneath my feet

There's gonna be a monsoon

When you get back to me

Ohhhh baby

I'm missing you so much

Can't help it, I'm in love

A day without you is like a year without rain

I need you by my side

Don't know how I'll survive

A day without you is like a year without rain

Ohhohoh, Woooaaahh woaahh

Reaksi dia masih sama seperti tadi.Dia hanya tersenyum sambil memandang aku dengan pandangan matanya yang redup.Aku mengenyit mata sambil ketawa kecil.

So let this drought come to an end

And make this desert flower again

And I need you here

I can't explain

But a day without you

Is like a year without rain

Ohhohoh

I'm missing you so much

Can't help it, I'm in love

A day without you is like a year without rain

I need you by my side

Don't know how I'll survive

A day without you is like a year without rain

Ohhohoh, Woooaaahh woaahh

Ooohh, Ooooooooouuhh

A day without you is like a year without rain.” Ucapku perlahan sambil memandang cikgu hensem.Dia tersenyum sebelum menarik tanganku supaya duduk di sebelahnya.

“Pandai isteri abang main gitar.Suara pun sedap.” Pujinya sambil mengusap rambutku.

“Hehee...dah lama tak main gitar ni.Kali ni Wiyah main gitar dengan nyanyi khas untuk abang.”

“Abang pun ada something untuk sayang.”

“Apa dia?”

“Pejam mata.” Arahnya lembut sambil memandangku.Aku hanya tergelak lalu menutup mata rapat-rapat.

Aku terdengar hembusan nafas di telinga kiri.

“Lagu ni special untuk sayang jugak.”

Semenjak kau hadir dalam hidupku

Tiada lagi keresahan

Kau mengetuk pintu hatiku

Tanpa sedar hingga ku izinkan

Perlahan-lahan aku membuka mata.Aku terkedu saat melihat suamiku sedang bermain gitar sambil menyanyikan lagu yang sangat menyentuh hatiku.Mata aku mula berair.

Kau yang bernama cinta

Kau yang memberi rasa

Kau yang ilhamkan bahagia

Hingga aku terasa indah

Maaf jikaku tidak sempurna

Tika bahagia mula menjelma

Bila keyakinan datang merasa

Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu

Merindui dirimu

Memiliki dirimu

Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta

Kau yang memberi rasa

Kau yang ilhamkan bahagia

Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta

Hingga aku rasa indah

Selepas dia siap nyanyi, aku terus meluru ke arahnya dan memeluknya erat-erat.Aku menangis sepuas hati di bahunya.Dia pulak hanya tersenyum sambil membalas pelukanku.

“Kenapa nangis?”

“Terharu sangat bang!”

Dia tergelak sambil merungkaikan pelukan.Dia memegang pipi aku dan mengesat air mata aku yang berlinangan.

“Abang sayang Wiyah.”

“Wiyah pun sayang abang.”

Aku kembali memeluknya.Terima kasih Allah kerana mengirimkan seorang Muhammad Aiman untuk diriku.Aku mengucap syukur berulang kali.

“Oh ye, lupa nak tanya siapa cikgu hensem?”

Aku memandang dia tidak berkelip.”Abanglah.Dulu Wiyah panggil abang, cikgu hensem.”

“Hahaha..hensem ke abang ni?”

“Hensemlah...”

Dia ketawa.”Nak tahu apa abang panggil Wiyah?”

“Apa?” Soalku ingin tahu.

“Budak comel!”

“Comel ke Wiyah?”

“Comellah.Kalau tak, takkanlah abang sampai angau.” Usiknya sambil mencuit hidung aku.Aku tersenyum malu sambil memeluknya kembali.

I love you, cikgu hensem!

p/s : Ni cerpen pertama saya. Hehee..banyak kurangnya.Maafkan saya kalau cerpen ni tak best.Saya dah cuba melakukan yang terbaik.Hehe...saya nak ucapkan terima kasih pada Nurafiqah Airil yang memberikan idea.Terima kasih Fiqah! Kepada Akira_Bita yang jugak banyak membantu saya..Thank you Sha! Dan jugak kepada semua yang sentiasa menyokong saya.Terima kasih semua! Sayang korang! ♥ Hahaha..Terimalah Dia + Kereta = Cinta!...Kerana dia, aku terror bawak kereta dan kerana dia jugak, aku mula jatuh cinta! :) Comments are loved ~~ :)

Photobucket

41 comments:

  1. nak senyum lebar-lebar~ best sangat! aiman tu...cool. haha :D

    all the best nnt amek lesen! weeee =D

    ReplyDelete
  2. Hehee..terima kasih Fiqah :D All the best jugak!

    ReplyDelete
  3. hehehehhe...comel la moon...good job..cikgu aiman...wah teringat plk kat cikgu hensem sue..dah la hensem sabar je ajar sue bwk kete..tp cina la plk n fasih sgt ckp melayu...

    cerita yg best..dari mula bc smpai hbs asyik senyum je..hehehehehe...

    nice cerpen moon..

    ReplyDelete
  4. huhu best la moon..sweet jer jln citanya...ni mesti idea wk2 bljr memandu aritukan..

    ReplyDelete
  5. congratz...waaa best la moon...comel sgt..heheheheh.....chae2 pun nak gak mcm nie.....hahahaha

    ReplyDelete
  6. Sue : Hehehe..terima kasih! ♥ Hehe...sayanglah.Kalau Melayu mesti best tu.Hehee..Terima kasih lg sekali! :D

    Kak Saprina : Hehee..ni kwn Moon yg kasi idea.Terima kasih kak! :D ♥

    Chae2: Hehehee..Moon pun nak tp cikgu Moon tak muda.Hehee..terima kasih Chae2! ♥

    ReplyDelete
  7. 1st time baca cerita kat blog neh. jarang membaca blog org tapi sekali baca dah tersuka sangat dgn cerpen neh! diorang sangat cute together! ^_^

    ReplyDelete
  8. hehe..sweet la yana...tetiba rse berkobar2 nk g bljr driving..tp rsenya nak jmpa cikgu driving mcam cikgu hensem nie 1 dlm sejuta kot..bek sgt...hehehe

    ReplyDelete
  9. Kak Hany : Hehee..terima kasih ♥ Moon suka pun Iklil Hafiya. Suka dgn watak Amer Zafry :D

    Amira : Hahaa...betul! Mmg ssh nak cari cikgu hensem + baik macam ni :D Hehe..terima kasih ♥

    ReplyDelete
  10. Sis Zura : Hehee..terima kasih sis! ♥ Lps ni nak Doughnut pulak ye lps Sharqiey dah habis.Hehehe..

    ReplyDelete
  11. suka22!!! hahahahahaha!!! daku nak cikgu hensemlah yana boley? hahahahahaha!!!!!

    ManMan and YaYa sgt comel!!!!!

    ReplyDelete
  12. Sha : Hehee..takleh! cikgu hensem utk ku sahaja. * Wiyah mari dtg ketuk kepala..

    Sabor jelah..Hahaa..Terima kasih! ♥

    ReplyDelete
  13. First tym baca cter moon. ske cter ni. comel je... hehee

    ReplyDelete
  14. waa..~!!! best gile2 cerpen ni..
    adek tersenyum je bce sbb lawak..
    sweet je cite die..
    trskn perjuangan kak moon.. ^_^ XDXDXDXDXD

    ReplyDelete
  15. best la cter nih...asyik tersenyum je bce cter nih..hehehe

    ReplyDelete
  16. wau best giler cite nie..
    senyum smpi ke telinga tau bce cite nie...wt ah cerpen bru...ASAP

    ReplyDelete
  17. intan : terima kasih :) Cerpen seterusnya in the making lagi :)

    ReplyDelete
  18. Moon~ ~ baru berkesempatan nak baca...sweet aja diorang ni. nak tau quote yang saya suka? hehe Quote dari Along : "Hensem sangat ke cikgu hensem tu?"
    dah nama pun cikgu nensem..haha..lawak la along. Spontan saya ketawa..btw, nice jo Moon. Buatl lah cerpen lagi. Buat byk2 <2 ^_^

    ReplyDelete
  19. Okie : Hehe..terima kasih Okie ♥ Hehe..Moon akan cuba. ;)

    ReplyDelete
  20. suka3
    suka sangatttttt Moon!!!
    comey3
    ^^

    ReplyDelete
  21. ape tajuk lagu yang wiyah dengan cikgu hensem 2 nyanyi?????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang wiyah nyanyi : A Year Without Rain - Selena Gomez.

      Yang Cikgu Aiman nyanyi : Yang Terindah - Dakmie.

      Delete
  22. Ou,, How sweet.. Senyum x hnti spnjng bca cerpen nii..

    ReplyDelete
  23. Best je tapi kalau boleh dialog tu biarlah realistic sikit supaya tak nampak macam drama skema. Yelah, mana ada orang cakap skema2 kan in real life. Baru best macam tu.

    ReplyDelete
  24. best cerpen ni,,,lbih kurang sama dgn kisah sye semasa belajar memandu,,,alhamdulillah,,, :) jodoh pertemuan Allah yg tentukan,,, :)

    ReplyDelete
  25. Bestnya cerita niiii ! Comel hehe
    Terutama sekali yg nama kereta ManMan ngan Yaya hehe

    ReplyDelete
  26. Sedap sangat baca cerpen nim...

    ReplyDelete
  27. Sweet cerpen ni..Dialog antra wiyah n cikgu hensem sy prnh alami sndri..realiti ade cinta mcm ni..hehe

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers