Page Fallenmoon/Liya Zafrina : Klik di sini
Group Atas Nama Cinta-Mu : Klik di sini

Thursday, January 2, 2014

Bab 6 : Lelaki Idaman Si Dia


Sorry sebab dah lama tak post entry baru untuk LISD. Happy reading. Maaf di atas segala kekurangan.

BAB 6
            “MAIRA dah buat keputusan…” Aku mengangkat muka dan memandang Humaira yang berdiri tegak di hadapan aku, Kak Huda dan Abang Wan. Beria dia call sorang-sorang pagi tadi dan suruh datang jumpa dia dekat Taman Tasik Titiwangsa ni. Muka dia pun bukan main serius sampai aku naik pelik.
            “Keputusan apa?”
            “Maira tak nak kahwin selagi Kak Hana tak kahwin…”
            “What?!” Terbangun terus aku dari duduk sambil memandang Humaira dengan muka terkejut. Budak ni tengah mimpi ke apa? Tak nak kahwin selagi aku belum kahwin? Eh, budak ni! Aku humban dalam tasik karang baru tahu!
            “Maira tak nak kahwin selagi Kak Hana tak kahwin. Wafiy pun setuju.”
            “Korang ni dah habis fikir ke?” Soal Abang Wan tenang. Aku memandang abang dan kakak aku yang macam langsung tak kisah dengan apa yang Humaira cakap sekarang ni.
            “Dah. Lagipun Maira cadang nak ambik master lepas ni…”
            “Don’t you dare, Maira!” Marahku sambil bercekak pinggang. THIS IS TOO MUCH! Aku tak rela nak biarkan adik aku membujang sebab nak tunggu aku kahwin!
            “Kak Hana… this is my decision. Final decision.”
            Aku merengus geram sebelum mengalihkan pandangan ke tempat lain. Kak Huda berdiri di sebelah aku dan menyuruh aku duduk untuk menenangkan diri.
            Terus aku duduk di sebelah Abang Wan dan menarik nafas dalam-dalam. Alhamdulillah rasa tenang sikit hati ni. Abang Wan hanya tersenyum kecil sambil mengusap kepala aku.
            “Maira pasti dengan keputusan Maira ni?” Tanya Kak Huda lembut. Apabila aku lihat Humaira mengangguk dengan muka yakin, aku menggigit bibir dan terus memejam mata. Tak nak bagi darah aku kembali mendidih dengan kedegilan Humaira.
            “Kak Huda…”
            “Akak tak boleh paksa Maira, Hana. Dia dah besar,” pintas Kak Huda sambil memandang aku dengan pandangan meminta supaya aku jangan bising lagi pasal hal ni. Mungkin dia penat agaknya tengok aku dengan kedegilan aku dan Humaira dengan kedegilan dia. Memang sesuai sangatlah kan? Kakak borek, adik rintik!
            “Fine! Do whatever you want tapi jangan salahkan akak lepas ni.” Terus aku bangkit dan berlalu meninggalkan mereka bertiga. Baik aku pergi dari sini sebelum aku mula marah-marah balik.
            “Kak Hana…” Aku langsung tak berpaling walaupun Humaira memanggil aku berkali-kali tapi apabila dia menarik tangan aku dan menyuruh aku memandang dia, akhirnya dengan muka masam aku berpaling juga. Dia adik kandung aku. Walau sakit macam mana pun hati aku dengan perangai dia, dia tetap darah daging aku!
            “I’m sorry…” Humaira memeluk tubuh aku dengan erat sebelum menangis teresak-esak. Sebak pula hati aku dibuatnya. Humaira memang jarang menangis sebenarnya dan apabila dia menangis untuk sesuatu perkara, maknanya benda tu amat menyedihkan dia.
            “Dah-dah. Akak tak marah dah… Akak cuma nak Maira bahagia.” Aku tepuk belakang dia dengan lembut sambil menahan diri sendiri daripada menangis. Karang tak pasal-pasal aku pulak yang menangis sekali dengan dia.
            “Maira bahagia bila akak bahagia…”
            Aku tarik nafas perlahan. Susahlah kalau macam ni!


            “KENAPA pandang kaca tu macam nak tembus je?”
            Aku terus berpaling ke belakang dan terperanjat apabila melihat Izz berdiri di situ sambil tersenyum. Okey, lagi sekali nampaknya kami berjumpa dekat sini. KLIA ni memang dah jadi tempat kami berjumpa agaknya!
            “Buat apa kat dekat sini?”
            “Baru habis kerja.”
            Aku hanya mengangguk kecil. Eh kejap! Baru habis kerja? Terus aku pandang dia lagi sekali tapi kali ni dengan mulut terlopong. Baju uniform warna putih, flight bag berwarna hitam dan 4 golden bars epaulettes. So, he’s a pilot! Patutlah dia selalu ada dekat sini!
            “No wonder…”
            “Excuse me?” Dia dah bergerak ke sebelah kanan dan duduk di atas kerusi yang paling hujung.
            “Awak tipu saya!” Tiba-tiba aku baru teirngat pasal dia cakap yang dia tak kerja dekat sini tapi tempat lain. Apa kebendanya tempat lainnya? Kat sini jugak  la!
            “Tipu?”
            “Awak kerja kat sini kan?”
            Dia terus ketawa sebelum menggeleng. “Nope. Saya kerja dekat atas awan. Tak pernah bawak kapal terbang atas jalan lagi kecuali masa nak berlepas dan jugak masa nak mendarat tu.”
            Aku jeling tajam. Sempat lagi nak loyar buruk dengan aku tu!
            “Awak marah saya sebab saya tak bagitahu apa kerja saya dekat awak ke?” Soalnya apabila aku hanya mendiamkan diri. Aku pandang dia sekilas dan perasan mukanya yang dah berubah. Haa… siapa suruh loyar buruk sangat tadi?
            “Tak.”
            “Kita kawan kan?”
            Aku mengangguk. Apa kaitan pulak dengan kawan ke tidak ni?
            “Saya tak berniat pun nak rahsiakan kerja saya dekat awak.” Ucap Izz perlahan sambil bermain dengan peak cap miliknya. “Cuma saya rasa benda tu tak penting sangat pun.”
            “Saya tak kisah pun. Tak payahlah risau sangat,” balas aku, tersenyum. Tak ada maknanya aku beria nak marah kalau Izz tak nak cakap pasal kerja dia dekat aku. Kerja dia, hak dialah sama ada nak bercerita ataupun tak. Asalkan dia buat kerja halal.
            Dia senyum nipis sebelum menarik nafas dalam.
            “Awak pergilah balik rehat.”
            “Tak apalah. Saya temankan awak tengok kapal terbang hari ni.” Izz menyandarkan tubuhnya ke kerusi sebelum menutup matanya. Aku boleh nampak kepenatan dia tapi rasa terharulah juga sebab dia sudi nak temankan aku dekat sini.
            “Macam mana awak tahu saya ada dekat sini hari ni?”
            “Wan bagitahu yang awak ada masalah dan saya dapat rasa yang awak mesti datang sini. Kalau dia tak bagitahu pun, saya memang nak datang sini. Rehatkan badan kejap.” Izz memejamkan matanya. Boleh nampak yang dia tengah penat sangat tu.
            “Kenapa tak rehat dekat rumah je? Lagi selesa.”
            Dia hanya tersenyum sebelum membuka matanya dan memandang aku. “Big problem or small problem?”
            “Big problem…”
            “Nak cerita?”
            Aku mengerling dia sekilas dan kemudiannya bermain dengan hujung jari. “Orang yang suka adik saya dan adik saya pun suka dia, ajak dia kahwin.”
            “Bukan ke tu benda baik? Kenapa jadi masalah pulak?”
            “Masalahnya dia orang tak nak bertunang selagi saya tak kahwin. That’s the problem! Takkanlah saya nak biarkan Maira macam tu aje kan? So sekarang ni saya tengah fikir macam mana nak buat dia orang ubah fikiran.”
            Izz mula mengangguk faham. Lama juga dia mendiamkan diri sebelum tersenyum nipis. “Dah ada idea ke sekarang ni?”
            “Nope. Otak saya blank sekarang ni…”
            “Saya ada satu idea tapi tak tahulah awak suka atau tak.”
            “Apa dia?”
            “Let’s find you a husband.” Izz berkata dengan nada santai dan disertakan dengan senyuman manis. Aku pula hanya mampu memandang dia dengan muka tak percaya.
            “Ingat senang ke nak cari jodoh? Saya tak desperate sangat lagi okey sampai nak ambik siapa-siapa je jadi suami saya!”
            “Saya tak kata pun awak desperate. Tu jelah satu-satunya cara yang saya boleh fikirkan sekarang ni. Adik awak tak nak kahwin selagi awak tak kahwin kan? So, kalau nak adik awak kahwin… awak kenalah kahwin dulu. As simple as that!”
            Amboi, senangnya dia cakap kan? Aku dah berpeluk tubuh sebelum memandang ke hadapan.
            “Kalau cari suami tu senang, insya-Allah dah lama saya kahwin. Taklah membujang sampai umur 27 tahun ni.”
            “Awak pernah heart-broken kan?”
            Aku telan liur, sedaya upaya untuk kekal tenang.
            “Maksud awak?”
            “Saya dapat rasa awak pernah kecewa. Bukan kecewa yang biasa-biasa ni tapi yang agak teruk.” Dia mengalihkan pandangan ke arah aku. “Betul kan?”
            “Mana ada.”
            “Awak boleh tipu saya tapi awak tak boleh tipu diri sendiri walau sekuat mana awak cuba. Saya dah pernah cuba. Trust me, it will not work.”
            Aku terus terdiam dan menarik nafas dalam.
            “Kisah lama buat apa nak ingat. Kecewa ataupun tak, saya tetap kena move on. Dia dah kahwin dah pun.” Ucap aku sambil tersenyum tawar.
            “Awak suka dia lagi ke?”
            “Tak. Perasaan tu dah lama hilang. Lagipun tu cinta monyet jelah. Dia tak tahu pun saya suka dia. Kiranya macam cinta bertepuk sebelah tangan.” Aku ketawa kecil.
            "Sometimes you have to let someone go in order to get someone better. Semua benda yang berlaku dalam hidup ni ada sebabnya. Cuma kadang-kadang tu kita tak tahu pun sebabnya tapi tak apa, just trust Allah. He knows the best."
            “True.” Akhirnya aku menarik nafas. Terasa tenang sikit hati sekarang ni dan aku terus berpaling ke arah Izz. “Thank you for your inspiring words.”
            “You’re welcome.” Izz tersenyum nipis dan kami kembali senyap sambil melihat langit ciptaan Allah SWT yang terbentang di depan mata.


Photobucket

9 comments:

  1. klo lah cr suami ssnag yg dsgka..msti sy pn dh kwen..hihi

    ReplyDelete
  2. Dear moon. Saya tau awak busy. Please sambung bila lapang. Awak ada something yg bila awak tulis saya rasa nak baca. Moga ilham tu terus ada dgn awak k. :-D

    ReplyDelete
  3. BEST X SABAR TUNGGU VERSI NOVEL.

    ReplyDelete
  4. Dari bab 1 smpi 6.. permulaan yg menarik.. can wait to read this novel in printed version.. good luck moon.. ;)

    ReplyDelete
  5. Plis sambungggg

    ReplyDelete
  6. menarik jalan ceritanya.bila bab seterusnya nk keluar ?

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...