Thursday, December 31, 2009

Unforgettable Part 19


Hana, Haruhi dan Fay sampai di pejabat lebih kurang pukul 9.oo pagi.Shin sedang menanda nama-nama orang yang sudah sampai.Dia sempat melambai ke arah mereka untuk mendekatinya.

"Hi Shin.Lama dah sampai?"tanya Hana.

"Lama lah jugak.Max, Carl dengan Daniel dah sampai ke?"

"Entahlah.Aku tak nampak diorang pun."jawab Fay.

"Tu diorang!"tunjuk Haruhi ke arah empat orang manusia yang sedang berjalan ke arah mereka.

"Anne pun ada."ujar Fay perlahan.

Hana menggigit bibirnya apabila melihat Daniel bersama-sama Anne.Dia sepatutnya gembira melihat Anne sudah berjaya untuk berbaik-baik dengan Daniel tetapi hati dia rasa sakit sangat.Pedih sampai dia rasa nak tumbuk-tumbuk je dada walaupun dia tahu perbuatan itu akan menyakitkan lagi dirinya.

"Hana."panggil seseorang dengan lembut.

"Mike! Lama dah sampai?"tanya Hana sambil tersenyum.Daniel yang melihat hanya membuat muka selamba walaupun dia serabut melihat Mike.

"Baru je lagi."

"Jomlah kita naik bas.Dah lambat ni."ajak Hana dan segera melangkah ke arah bas tetapi dia telah dihalang oleh Shin.

"Tempat duduk dah ditetapkan."kata Shin sambil tersenyum.

"Ohh..saya duduk dengan sape?"

"Tu.."tunjuk Shin ke arah seorang lelaki.Hana berpaling untuk memandang lelaki tersebut.Matanya membulat dan dengan wajah yang terkejut dia memandang kembali ke Shin.

"Biar betul?"

"Betul..Saya tak tipu."

"Saya tak setuju."

"Dah tak boleh nak tukar-tukar."

"Mana boleh saya duduk dengan dia.Saya pasti dia pun tak setuju."

"Well..just brace yourself Hana."ujar Shin dengan lembut sambil menepuk bahu Hana.Hana hanya memerhatikan langkah Shin yang semakin menjauh dan perlahan-lahan dia pun mula mengatur langkah ke arah bas.

"Kau duduk tepi aku ke?"tanya Daniel ketika mereka sedang meletakkan beg.

"A'ah."

"Tak apa ke? Mike tak marah?"

Hana mendengus marah."Tolonglah.Buat apa dia nak marah?"

"Yelah.Girlfriend dia duduk tepi aku."

"Daniel! Enough okay! Aku dengan dia tak ada apa-apa hubungan!"marah Hana sebelum menaiki tangga bas.Dia meluat melihat muka Daniel yang berlagak selamba.

"Anne, kau duduk dengan sape?"tanya Hana sebaik sahaja terpandang kelibat Anne di dalam bas.

"Mike kot.Kau?"

"Tukar tempat boleh?"tanya Hana tanpa menjawab soalan Anne.

"Kenapa?"

"Tak payah tanyalah.Duduk je.Aku pasti kau sukanya."

"Yelah yelah."balas Anne dan dengan segera menukar tempat duduknya.Hana berpaling melihat kerusi Anne dan Daniel.Daniel baru sahaja duduk di tempatnya dan sedang berbual dengan Anne.Mike terkejut melihat Hana yang duduk di sebelahnya.

"Hana, awak ke yang duduk dengan saya?"

"Ya."

"Bukan Anne ke?"

"Saya tukar dengan Anne."balas Hana.Mike menganggukkan kepalanya.Kemudian Shin naik ke atas bas dan memberikan sedikit penerangan.Fay yang berdiri di sebelahnya memandang ke sekeliling bas.Matanya tertancap ke arah Hana dan Daniel.

'Bukan ke mereka sepatutnya duduk bersama.Macam mana boleh jadi macam ni?'

Fay membisikkan sesuatu kepada Shin.Shin menganggukkan kepalanya sambil mengukir senyuman.

"Daniel! Hana!"panggilnya dengan kuat.

"Ya!"

"Boleh minta tolong?"

"Tolong apa?"tanya Daniel.

"Kau tahu kan tolong apa?"

"Tak tahu."jawab Daniel selamba.

"Pleaselah."pujuk Shin sambil memandang ke arah Hana.Hana yang serba salah mula bangun dan mengambil beg galasnya sebelum melangkah ke arah tempat duduk Anne dan Daniel.Anne yang tidak suka tempat duduknya diduduki oleh Hana segera mencapai begnya dan melangkah ke arah Mike.

"Ok semua.Duduk ye sebab bas dah nak bertolak."

Hana mengerling sekilas ke arah Daniel yang mendiamkan diri.Dia mencebik bibirnya.

'Tadi Anne duduk tepi dia bukan main lagi berbual-bual tapi bila aku duduk tepi dia, senyap pulak.'rungut Hana di dalam hati.

Hana kemudiannya memakai earphone di telinganya.Lebih baik dia mendengar lagu.Sekurang-kurangnya tenanglah jugak hati.Dia melihat list-list lagu di Ipodnya.Dia tersenyum dan terus menekan butang play dan mula menyanyi kecil.

Well I wonder could it be,
When I was dreaming 'bout you baby,
You were dreaming of me
Call me crazy, call me blind
To still be suffering is stupid after all of this time

Did I lose my love to someone better
And does she love you like I do
I do, you know I really really do

Daniel mengerling ke arah Hana yang sedang leka menyanyi sambil menutup matanya.Lagu yang Hana nyanyikan itu seperti menggambarkan dirinya.Daniel mengerutkan dahinya.

'Hana ada suka sape-sape ke?'

Well hey,
So much I need to say.
Been lonely since the day
The day you went away
So sad but true
For me there's only you
Been crying since the day
The day you went away.

Daniel tergamam apabila melihat Hana menangis.Dia dengan pantas menaikkan tangannya untuk menyeka air mata Hana tetapi tindakan terhenti.Dia menurunkan kembali tangannya.

'Aku tak boleh sentuh dia.Nanti Mike marah.'

Air mata Hana terus mengalir dan dia terus menyanyi sehingga tertidur.Daniel memandang ke arah Hana yang sudah tertidur.Kemudian dengan perlahan-lahan dia mencabut earphone di telinga Hana dan memakainya.

"Nak dengar lagu apa ye"tanya Daniel kepada dirinya sambil melihat list-list lagu di iPod Hana.

"Unforgettable..."ujarnya lagi dan menekan butang play.

Tiba-tiba dia merasakan ada beban di bahunya.Dia memalingkan muka dan terkejut apabila melihat kepala Hana sudah terlentok di atas bahunya malah jarak muka mereka amat dekat.Muka Daniel berubah menjadi merah dan dengan segera dia memalingkan mukanya.

'Nak ubah ke tak ni? Kalau aku ubah, mesti dia terjaga tapi kalau terus macam ni..aku yang susah.Ah, biarkan jelah Daniel.Biarlah Hana tidur.'keluhnya di dalam hati.

Dia membetulkan kedudukan untuk memberikan keselesaan kepada Hana.Tak lama selepas itu, dia mula tersengguk-sengguk kerana mengantuk.Sedaya upaya dia cuba menahan matanya daripada tertutup.Perlahan-lahan dia menutup matanya dan terus tertidur.Kepalanya terlentok di atas kepala Hana.

"Ok..semua.Sape-sape yang nak pergi tandas, boleh turun.Sekejap lagi kita akan bertolak."kata Fay.Dia memandang ke arah Daniel dan Hana yang sedang nyenyak tidur.Bibirnya mengukir senyuman.

Anne dan Mike turut memandang ke arah yang sama.Masing-masing menahan rasa sakit hati.

************************************************************************************



Klik! Klik! Klik!

"Apasal cerah sangat ni?"rungut Hana dan segera membuka matanya.Terkejut beruk dia apabila merasakan kepala Daniel terlentok di atas kepalanya malah dia juga turut terlentok di bahu Daniel.

Daniel terganggu dengan bising bunyi segera bangun dan menggeliat.Dia terkejut apabila melihat Fay, Shin, Max, Carl dan Haruhi sedang berdiri di hadapannya sambil memegang kamera.Mereka semua tersengih-sengih memandang dia dan Hana.Dia memandang ke arah Hana.

'Pipi dia merah.'

"Apasal korang ada kat depan kami?"

"Tangkap gambar pemandangan."jawab Fay sambil tersenyum.

"Pemandangan apa?"

"Secret.Nanti terjejas gambar aku."

"Yelah tu."sindir Daniel.

"Kita dah sampai ke?"tanya Hana.

"Dah.Kami tunggu korang berdualah ni."balas Haruhi.Dia mengenyitkan mata dan turun dahulu bersama-sama ahli-ahli kumpulan V-Pop yang lain.Sekarang ni hanya tinggal Hana dan Daniel di atas bas.

"Aku minta maaf."ujar Hana dengan perlahan.

"Sebab apa?"

"Sebab landing atas bahu kau."

"Tak apa.Aku pun minta maaf jugak sebab tidur atas kepala kau."

"Tak apa."

"Aku turun dulu."Hana segera mengambil begnya dan turun dari bas.Malu rasanya duduk di atas bas bersama-sama Daniel.

"Haruhi!"panggil Hana dengan kuat.

"Ye kawanku?"

Hana mencebik bibirnya."Apasal kau tak kejutkan aku?"

"Aku tengok kau lena sangat sebab tu aku tak kejutkan.Best tak tidur beralaskan bahu Daniel?"tanya Haruhi sambil tersenyum.

"Best kepala hotak kau.Malu aku!"marah Hana.

Haruhi ketawa besar melihat muka Hana."Ala, dia tak kisah pun kan.Buat derk je."

"Buat derk konon.Malu tahu tak?"

"Dia pun landing atas kepala kau, jadi sama jelah."

"Hmm.."balas Hana perlahan.Dia membelakangi Haruhi dan mula mengukir senyuman.

**********************************************************************************

Hana tercengang seketika.Dia memandang ke arah bangunan itu lama.Ni resort bukan tapak perkhemahan.

'Mana tapak perkhemahannya?'

"Shin..mana tapak perkhemahan?"

"Tu.."jawab Shin.Hana memandang pelik ke arah Shin.

"Tapi tukan resort?"

"Ye..saya tahu.Kita memang tidur kat resort pun."

"Hah?!"jerit Hana terkejut.



"Hana, apasal kau terkejut sangat?"tanya Max.

"Memanglah! Saya mati-mati ingat kita tidur dalam khemah lepas tu buat unggun api.Hancur lebur impian saya."ujar Hana dengan lemah.

Mereka semua ketawa besar mendengar kata-kata Hana."Kita memang tak tidur dalam khemah tapi buat unggun api tu ada malam nanti."

"Kalau saya tahu, saya tak pergi dah 'camping' ni."

"Ek..ek mana boleh.Kau mestilah kena ada."balas Carl.

"Yelah..Saya tahu.Bak kunci bilik."ujar Hana.Shin segera menyerahkan kunci bilik dan mereka semua hanya memerhatikan langkah Hana.

"Letihnya."Hana segera berbaring di atas katil sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam bilik.Dia mengangkat tangannya tinggi dan membayangkan muka Daniel di atas siling.

"Tak sampai."keluhnya perlahan.Dia menurunkan kembali tangannya dan melangkah ke arah beranda.

"Cantiknya pemandangan."kata Hana.Dia melihat bilik sebelah yang dipisahkan melalui tiang beranda.

'Siapa agaknya yang duduk bilik sebelah?'

Kemudian pintu sebelah dibuka dan seorang lelaki keluar dari bilik itu.Hana memandang ke arah lelaki itu sebelum melangkah masuk ke dalam biliknya.

"Apa ni? Diorang semua nak kenakan aku ke?!!!"jeritnya perlahan.Dia menghentak-hentak kakinya.

"Serabut-serabut!"keluhnya lagi sambil mengusap rambutnya sehingga berserabai.

"Aku tak rela."keluhnya lagi.Kemudian dia menghampiri pintu beranda dan mengintai untuk melihat sama ada lelaki tu masih ada ke belum.

"Ada lagi."rungutnya.Hana tidak berganjak dan terus memerhatikan lelaki tersebut.

'Apa yang dia pegang tu?' Hana cuba melihat apa yang dipegang oleh lelaki itu.

"iPod aku!!! Macam mana boleh ada dekat dia?"Hana segera menutup pintu beranda dan menghempaskan dirinya di atas katil.

"Bila masa pulak aku beri iPod tu?"tanya Hana kepada dirinya.Dia cuba mengingati kembali apa yang telah terjadi.

"Ohh! Mesti masa dalam bas tadi tapi aku kan pakai benda tu."

"Tak kira.Malam ni kena mintak jugak!"









4 comments:

  1. huh. besh! cute sgt masa tbyang daniel n' hana tidur ^_^. tp nak marah jugak ngan daniel tu sbb hana dh byk kali cakap mike ngan dia xde apa-apa

    ReplyDelete
  2. best3
    smbg cpt nk hana ngan daniel

    ReplyDelete
  3. ala...nampak sgt daniel jeles coz xabh2 pk mike ngn hana couple..hahah...ala best vpop nie...ahhaha

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers