Saturday, April 3, 2010

Unforgettable Part 36


"Kau masak apa?"Haruhi yang sedang memasak dihampiri.Haruhi menghulurkan senduk kepadanya sebelum mengarahnya untuk mengacau masakan tersebut.Haruhi kemudiannya membuka pintu peti sejuk sebelum mengeluarkan ayam.

"Nah, buang kulit ayam ni lepas tu basuh bersih-bersih."

"Nak buat apa dengan ayam ni?"

"Nak buat main..."balas Haruhi sambil tersenyum.

Pantas Hana mencuit pinggang Haruhi.Geli geleman Haruhi dibuatnya."Cakaplah betul-betul."

"Nak buat goreng je."

"Tapi ni kan banyak sangat untuk kita."

"Aku ada tetamu hari ni."

"Sape?"

"Tak payah sibuk.Nanti bila diorang dah datang, kau tengoklah sendiri."

Hana merengus geram."Yelah..yelah..Kedekut ilmu betullah kau ni."

Haruhi hanya mengangkat bahu sebelum menyambung kerjanya yang tertangguh sebentar tadi.Manakala Hana pula membersihkan ketulan ayam dengan bersih sebelum mengambil serbuk kunyit.Ditaburnya sedikit di atas ketulan-ketulan ayam dan digaulnya.Selepas itu, dia mengambil kuali dan meletakkannya di atas dapur gas dan mula menggoreng ayam.

"Hana.."

"Hmm.."

"Kau goreng apa tu?"

"Haruhi! Kau ni betul ke tak? Tadi kau yang suruh aku basuh ayam ni lepas tu...."Hana terus terdiam.

"Ada ke aku suruh kau goreng?"

"Tak."

"Habis tu?"

"Aku rajin hari ni."

"Iyelah tu..aku tahu kau rajin bersebab."

"Rajin bersebab? Apa maksud kau?"Haruhi ni macam tau-tau je aku ada benda nak tanya.

"Ala..kau tak payah nak tipu aku.Apa benda kau nak tanya aku?"

"Hmm..kau mesti tahu kan kita nak pergi mana hujung minggu ni, kan?"

"Tahu...tapi jangan harap aku nak bagitahu kau."balas Haruhi cepat apabila melihat Hana membuka mulut untuk bertanya.

"Please..."

"No! Aku dah janji dengan Daniel."
"Aku cuma nak tahu kat mana je..yang selebihnya aku tak nak ambik tahu pun."

"Tak bolehlah Hana..kau tunggu jelah nanti."

Hana mencebik apabila Haruhi terus bertegas.Dia nak juga tahu ke mana mereka akan pergi!

"Suka hati kaulah.."

Ting tong! Ting tong!

"Kau nak pergi tengok sape yang datang?"tanya Haruhi sambil matanya memandang ke arah pintu.Hana hanya menggelengkan kepala sebelum melangkah menuju ke biliknya.Ayam yang sudah siap digoreng diletakkan di atas meja makan.

"Daniel yang datang tu..pergilah bukak."

"Malaslah..aku nak tidur."

Hana terus melangkah ke biliknya tetapi langkahnya terhenti apabila kepalanya diketuk lembut oleh Haruhi."Apasal kau ketuk aku?"

"Tak nak makan dulu ke?"

"Malaslah.."

"Kau tu bukan malas tapi kau saja je..kau nak buat aku kesian lepas tu mesti kau ingat aku nak cerita dekat kau pasal tempat yang kita nak pergi nanti kan?"

Hana mengelipkan matanya berulang kali."Macam mana kau tahu?"

"Aku kenal kau bukan sehari dua tapi dah bertahun.Cepat, pergi bukak pintu tu.Kesian mereka tunggu lama.."

"Yelah..yelah.."Hana melangkah malas ke pintu.Dibukanya pintu sebelum dibiarkan begitu sahaja.Langsung tidak menjemput orang di luar supaya masuk.Dia menghampiri Haruhi yang sedang memasukkan barang makanan ke bakul berkelah.

"Kita nak pergi picnic ke?"

"A'ah..hari ni birthday Max."

Hana menepuk dahinya.Dia langsung tak teringat yang hari ni birthday Max.Semalam dia sudah dimaklumkan oleh Daniel mengenai hal ni tetapi dia terlupa pulak."Aku tak beli apa-apa lagi untuk dia."

"Tak apa..beli lain kali boleh.Eh,mana Danielnya? Kau tak suruh masuk ke? Banyak barang ni."

"Aku dah bukak pintu tadi..sejak bila pulak Daniel jadi pemalu ni? Tunggu jap.Aku pergi panggil."Hana menuju ke arah pintu dan hampir melaung nama Daniel tetapi mulutnya terkunci.

"Apa ni?"

********************************************************************************************

~You're always in my mind~

-Hyo-

Berulang kali Hana membaca kad kecil itu yang diselitkan bersama-sama sejambak bunga ros.Haruhi yang duduk di sebelahnya hanya mendiamkan diri.

"Kenapa kau senyap je Haruhi?"

"Aku tak tahu nak cakap apa."

"Kau rasa betul ke dia dah menyesal?"

"Entah..kenapa kau tanya?Kau nak berbaik semula ke dengan dia?"tanya Haruhi sambil melemparkan pandangan tajam.

"Hish! Taklah.."

"Habis tu?"

Hana melepaskan keluhan."Tak salah kan kalau aku kawan dengan dia?"

"Entah."

"Haruhi..."

Haruhi hanya menggelengkan kepalanya.Dia malas ingin memberitahu apa yang dia rasa kerana dia pasti Hana sudah mengetahuinya.Bukannya dia tak suka kalau Hana berkawan dengan Hyo tetapi dia cuma risau.Risau kerana Hyo bukan sebarangan orang tetapi bekas teman lelaki Hana.Walaupun dia tahu Hana sudah tidak mempunyai perasaan terhadap Hyo, dia yakin yang Hyo takkan berputus asa.

"Aku tahu kau tak beri aku kawan dengan dia."

"Tahu takper."

Loceng pintu berbunyi sekali lagi.Kali ini Haruhi yang bangun untuk membuka pintu.Daniel tersenyum sebelum melangkah masuk.

"Semua makanan dah siap?"

"Dah..awak bawak turun bakul ni.Saya nak pergi ambik tikar."

Daniel menganggukkan kepala sebelum memandang Hana yang sedang duduk di atas kerusi sambil memegang sekeping kad kecil.Perlahan-lahan Daniel mendekati Hana sebelum mencuri baca isi kandungan kad tersebut dari belakang Hana.

~You're always in my mind~

-Hyo-

"Dia contact kau lagi ke?"

Hana berpaling dan terkejut apabila melihat Daniel yang mukanya jelas menunjukkan riak tidak senang."Dia tinggalkan bunga ni depan pintu."

Daniel hanya memandang wajah Hana sebelum berlalu dan mengambil bakul."Nanti cepat sikit turun tau."

Hana sedikit terkejut."Aku turun dengan kau."

Hana mengambil bunga pemberian Hyo sebelum menghampiri Daniel.Daniel hanya mendiamkan diri apabila melihat Hana membuang bunga itu ke dalam tong sampah.Kerana dia yakin dengan Hana..

*****************************************************************************************************************

Haruhi menarik beg rodanya keluar dari bilik tidur manakala Hana pula memeriksa bahagian dapur.

"Fay cakap nak datang pukul berapa?"

"Dia on the way."

Hana mengambil tempat di atas sofa sebelum menekan remote tv.Tidak lama selepas itu, loceng pintu berbunyi.Haruhi pantas bangun sambil mengukir senyuman lebar.

"Dah ready?"tanya Fay sebaik sahaja terjengul kepala Haruhi.

"Dah..tunggu jap.Nak ambik beg."

Haruhi melangkah masuk kembali ke dalam rumah sebelum kembali semula bersama-sama Hana yang menayangkan muka tak berpuas hati.

"Kenapa Hana?"

"Korang tak bagitahu pun kita nak pergi mana?"

"Ala, nanti kau tengoklah sendiri."

"Kenapalah nak rahsia sangat?"

"Sebab Daniel yang suruh."jawab Fay sebelum mengangkat beg Hana dan Haruhi.

"Mana Daniel?"

"Ada dalam kereta kat bawah."sebaik sahaja Fay selesai berkata-kata, Hana terus berlari ke bawah.Dia cuba mencari van yang selalu dinaiki oleh mereka semua tetapi hanya ada sebuah kereta mercedes yang diparkir di situ.Tiba-tiba pintu kereta itu terbuka dan Hana melihat seseorang yang dikenalinya sedang berjalan menghampirinya.

"Ni kereta sape?"

"Kereta Daniel."kata Max sambil membetulkan kaca mata hitam yang dipakainya.

Hana terjenguk-jenguk untuk melihat Daniel tapi malangnya bayang Daniel pun langsung tidak kelihatan.Dia melemparkan pandangan terhadap Max dan juga kepada Fay serta Haruhi yang baru sahaja turun.

"Mana dia?"

"Dia tunggu kita kat sana."jawab Max.

"Kat mana?"

"Dekat tempat yang kita nak pergilah."balas Fay pula sambil membuka bonet kereta.Dia memasukkan beg Hana dan Haruhi sebelum membuka pintu bahagian belakang.

"Masuklah."

Haruhi menghampiri kereta tersebut sebelum memasukinya.Manakala Hana masih berdiri kaku di tempat yang sama.Haruhi memanggilnya untuk masuk tetapi Hana masih kaku di situ.

"Korang.."

"Apa?"

"Korang bukan nak culik aku kan?"

Mereka bertiga ketawa mendengar pertanyaan Hana yang dirasakan amatlah tidak munasabah.Kalau mereka nak menculik, bukan macam ni caranya.Tak mainlah bawak kereta mercedes ni.Baik bawak lori buruk je.

"Kau gila ke apa Hana? Kalau kami nak culik kau, takkanlah aku pun berpakat sekali."kata Haruhi masih lagi ketawa.

"Yelah kan..manalah tahu.Korang tanak bagitahu kita nak pergi mana."

"Kau ikut je.Cepat masuk."Max menarik tangan Hana supaya masuk ke dalam kereta.Sebaik sahaja mereka semua sudah bersedia, Max melarikan kereta dengan tenang menuju ke destinasi manakala Hana masih lagi dipenuhi tanda tanya.

'Nak pergi mana ah?'

**

Daniel sudah mundar-mandir di hadapan Shin dan Carl.Berdebar-debar dia menantikan ketibaan Hana sejak dari semalam lagi.Sudah puas Shin dan Carl menenangkannya tetapi dia tetap jugak gelisah.

"Cuba kau duduk diam.Sakit kepala aku tengok kau mundar-mandir macam ni."marah Carl sambil memicit kepalanya.

"Aku takutlah."

"Relaks jelah..nanti kalau Hana nampak muka kau macam tu, confirm dia pelik."ucap Shin pula.

Daniel menarik nafas dalam-dalam dan kemudiannya menghembusnya perlahan-lahan."Aku dah okay sikit."

Shin tersenyum."So, semuanya dah ready?"

"Dah..tinggal sikit je lagi."

"Kau dah ready?"tanya Carl pula.

"Aku?.."Daniel terdiam seketika."Dah...aku dah ready nak meluahkan perasaan aku."

"Dah ready meluahkan perasaan dekat sape?"suara lembut menyapa telinga mereka bertiga.Daniel tersentak sebelum memejam matanya rapat-rapat.Berharap yang semua ni hanya mimpi dan Hana tidak ada di situ.

Haruhi, Fay dan Max menepuk dahi masing-masing.'Kau memang cari nahaslah,Daniel.'






4 comments:

  1. lama tggu..best la..smbg cpat..klakar pown ada..

    ReplyDelete
  2. hohoho....
    alah daniel...
    luahkan jer prsaan cnta 2 kat hana...
    nnt kang mlpas hana kat org lain....
    crta ni smkin best...
    x sbr nak thu next n3...

    ReplyDelete
  3. wah! best2x!!!! Moon, best sgt! huhu ;D
    kacau jelah Hyo tu! nak Hana tlong buang kat dlm kawah gnung berapi x?

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers