Monday, December 2, 2013

Cerpen : Di Sini Untukmu (1)


Abaikan segala kemengarutan saya dalam cerpen ni. Jalan ceritanya mungkin terlalu cepat tapi saja nak latih diri menulis balik sebab dah lama tak menaip. Hee... Btw cerpen ni ada banyak part :) Happy reading!

Tipulah kalau aku cakap aku tak sedih sekarang ni. Walaupun puas aku cuba tabahkan diri, malam-malam mesti aku rasa nak menangis jugak. Apabila melihat dia tersenyum bahagia di samping Iman, aku tahu yang dia tak pernah pandang aku lebih daripada seorang kawan. Aku ni je yang tersasar. Patutnya dari awal aku dah anggap dia hanya sebagai kawan baik. Kalau tak, mungkin luka dia tak seteruk sekarang.
            “Kenapa termenung ni?”
            Aku terkejut apabila tiba-tiba je Haiqal dah duduk di sebelah aku dan memandang aku dengan dahi berkerut.
            “Tak ada apalah. Kau kenapa ada dekat sini? Dah habis tangkap gambar ke?”
            Haiqal mengangguk kecil sebelum tersenyum.
            “Aku bahagia, Husna.”
            “Aku boleh nampak yang kau bahagia.” Ucapku turut tersenyum.
            “Insya-Allah aku akan jaga Iman baik-baik nanti lepas kita orang dah kahwin. Kau percaya dekat aku kan, Husna?”
            “Hmm… entahlah Haiqal.”
            “Wei!” Dia dah pandang aku macam nak telan. Aku terus tergelak. Baru usik sikit dah nak melenting.
            “Gurau je pun.”
            “Husna…”
            “Kau sampai bila nak single? Tak teringin nak ada suami ke?”
            Aku terus pandang dia yang tengah bermain dengan songkoknya. Kalaulah dia tahu…
            “Siapa tak nak kahwin, Haiqal? Aku tengah tunggu jodoh aku sampailah ni.” Aku senyum kecil. Kalau boleh, aku nak dia sampai sekarang supaya aku tak perlu nak bersedih sangat pasal kau, Haiqal.
            “Aku doakan jodoh kau sampai cepat, insya-Allah.”
            “Amin…”

***

“Kenapa kau tenung lukisan tu sampai nak tembus?”
Aku berpaling ke sebelah kanan sebelum mencebik. Ada lagi mamat ni rupanya. Ingatkan dah tak datang sini lagi.
“Lukisan ni menggambarkan diri saya sekarang ni.”
“Kau nak freehair?” Mulut Wafiy melopong dan aku rasa macam nak sumbat mulut dia guna beg sandang aku sekarang ni.
“Awak dah kenapa? Cakap tu elok-eloklah sikit.” Marahku sambil menjeling dia. Mulut tu tak ada insurans langsung. Mentang-mentanglah perempuan dalam lukisan ni tak pakai tudung, terus dia tuduh aku nak freehair. Hampeh betul!
“Gurau jelah. Gurau sikit pun tak boleh. Garang la kau ni…” Dia senyum kecil sebelum turut memandang lukisan tersebut. “Kau tengah sedih eh?” Tanyanya setelah lama kami mendiamkan diri.
“Perlu ke nak cerita dekat awak?”
“Depends on you.”
Aku mengerling dia sekilas sebelum menghela nafas panjang. Sejujurnya memang aku perlukan seseorang untuk bercerita sekarang ni. Walaupun aku tak kenal lama sangat Wafiy ni tapi aku dapat rasakan yang aku boleh percayakan dia. Instinct yang pelik sebab aku tak pernah nak percayakan orang yang aku baru kenal selama ni.
“Saya sukakan kawan baik saya.”
“Oh…”
“He’s getting married very soon with my friend who is also my best friend.”
“I see…”
Aku pandang dia. Entah kenapa sakit hati pulak dengar jawapan pendek dia? Do you really have to do that, mister?
“Saya perlukan respond yang lagi baik daripada tu.” Aku mencebik geram. Kalau macam tu je reaksi dia, baik aku pergi cakap dengan kucing aku. Dia boleh layan aku berbual lagi baik daripada Wafiy layan aku tau.
Wafiy ketawa kecil sebelum bersandar pada dinding dan memandang aku dengan matanya yang tajam tu. “Kenapa kau tak berterus-terang yang kau sukakan dia?”
“Dan kehilangan kawan baik saya?”
Lama Wafiy terdiam sebelum dia menghela nafas panjang. “Memendam perasaan tak boleh selesaikan apa-apa.”
“Boleh Wafiy. Saya akan berdiam diri sehinggalah diorang dah selamat nikah. Perasaan ni saya akan tanggung seorang diri.”
Sekali Wafiy menarik nafas. “Kau ni bodoh. Sanggup korbankan perasaan demi kawan baik kau yang langsung tak sedar yang kau dah lama sukakan Haiqal.”
“Tak baik tau cakap orang bodoh. Saya bukannya bodoh tapi saya tak nak kehilangan kawan baik saya hanya kerana seorang lelaki. Mungkin Allah dah takdirkan jodoh saya bukan dengan Haiqal.”
“Kalau aku ajak kau kahwin dengan aku, kau nak tak?”
“Itu gila namanya, Encik Wafiy.” Balas aku selamba sebelum melangkah meninggalkan dia tapi aku sedar yang dia mengekori dari belakang.
“So, nama dia Haiqal ye?”
“Yup.”
“Dia kerja mana?”
“Doktor dekat Hospital Permaisuri Bainun. Why did you ask?” Soal aku pelik. Beria pulak dia nak tahu pasal Haiqal. Macamlah dia kenal dengan Haiqal tu.
“Sebab aku kenal dia.”
“Hah?”
Dia mengangguk sambil tersenyum. “Aku kenal dia. Muhammad Haiqal binti Zulkifli. 29 years old. He’s in love with Iman aka your best friend.”
Pergh! Dia siap kenal Iman lagi!
“Macam mana…”
“Untuk pengetahuan kau, aku ni rakan sekerja Haiqal. Tak sangka pulak yang Haiqal tu crush kau tapi aku tak hairan pun sebab Haiqal tu memang baik. Ramai yang minat dia dekat hospital tu. Aku ni je tak ada orang nak layan.”
“Awak doktor ke?”
Kening Wafiy terangkat apabila mendengar soalan aku. “Kenapa? Kau tak percaya ke? Nak aku bawak kau pergi hospital sekarang jugak ke?”
Aku cepat-cepat geleng. “Bukan tak percaya tapi terkejut.” Balasku sambil tersengih. Tak sangka pulak yang Wafiy ni doktor sebab kalau  tengok gaya dia, memang tak ada rupa doktor langsung! Patutlah kadang-kadang tu dia ada, kadang-kadang tu dia takde. Sibuk kerja rupanya.
Dia tayang muka tak percaya dekat aku tapi akhirnya dia senyum jugak dan baru aku perasan muka dia macam Damon Salvatore dalam Vampire Diaries tu. Handsome jugak rupanya si Wafiy ni.
“Jom minum kopi nak?”
“Tak naklah. Saya kena balik dah kejap lagi. Need to settle a few things.”
Wafiy hanya mengangguk kecil. “Okeylah kalau macam tu. Lain kali ye, insya-Allah.”
“Insya-Allah. Saya balik dulu. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam…”

***

“Hari tu Wafiy ada datang jumpa aku. Dia bagitahu aku segalanya pasal perasaan kau. “
Aku terus memandang Haiqal dengan mata yang terbeliak luas. Ya Allah, apa awak dah buat ni Wafiy? 
“Abaikan apa yang dia cakap. Dia tak tahu apa-apa pun. Aku…”
“Betul ke kau suka aku, Husna?” Celah Haiqal pantas dan memandang aku dengan pandangan mata yang tajam.
Perlahan-lahan aku menggeleng kecil. “Aku tak suka kau, Haiqal. Dulu mungkin ya tapi sekarang aku dah terima yang kau bakal kahwin dengan kawan baik aku dan aku bahagia untuk korang.” Ucapku perlahan dan tenang sambil membalas pandangan mata Haiqal. Tiba-tiba aku dapat menangkap kelibat Wafiy yang tengah memerhatikan kami dari balik tiang. Dia hanya memandang aku sambil berpeluk tubuh dan sesekali aku lihat bibirnya mengukir senyuman sinis. Menyindir aku agaknya tu!
“Betul?”
“Betul.”
“Kalau macam tu aku nak kau buat sesuatu untuk aku.”
Dahi aku mula berkerut kecil. “Apa dia?” Soalku pelik. Apa agaknya yang dia nak aku lakukan?
“Jangan datang masa majlis perkahwinan kami.” Nada Haiqal begitu tegas semasa dia memberitahu aku perkara yang sama sekali susah untuk aku lakukan. Apa aku nak cakap dengan Iman kalau aku tak pergi majlis perkahwinan mereka? Mesti Iman ingat yang aku tak pentingkan diri dia sebagai kawan baik aku.
“Tapi nanti Iman…”
“Kalau kau nak aku percaya yang kau suka bila kami bahagia, tolong jangan datang masa majlis perkahwinan kami.”
Kata-kata Haiqal terus menyebabkan aku terdiam. Wafiy yang mendengar segalanya pun turut terkejut sama seperti aku. Apabila aku melihat dia ingin melangkah menghampiri aku, cepat-cepat aku memberikan pandangan supaya dia duduk aje di situ dan tidak masuk campur dalam urusan aku dan Haiqal. Cukuplah dia dah merumitkan masalah aku dengan memberitahu Haiqal mengenai perasaan terpendam aku ini.
“Apa yang aku nak bagitahu Iman nanti?”
“Tu bukan urusan aku. Pandai-pandailah kau nanti…”
Aku tunduk seketika dan memejam mata rapat-rapat. Kepala dah mula pening memikirkan semua ni. Kenapalah Wafiy suka sangat menyusahkan hidup aku? Datang dahlah tiba-tiba, lepas tu buat macam aku ni kawan yang dia kenal bertahun-tahun lamanya.
“Baiklah. Insya-Allah aku akan buat apa yang kau suruh tu. Jangan risau…”
“Aku pegang janji kau, Husna.” Ucap Haiqal sebelum berlalu meninggalkan aku yang terasa bagaikan dilemas ke dalam lautan paling dalam sekarang ni.
“Husna…”
“Just leave me alone, Wafiy. Cukuplah apa yang awak dah buat!” Kali ni aku pula meninggalkan Wafiy dengan diiringi air mata yang mula mengalir laju. Aku benci Wafiy!

***

“Adik, ada orang nak jumpa ni.”        
Aku yang tengah baring atas katil terus duduk sebelum mencapai tudung yang disangkut dekat kepala katil. Siapa la pulak yang nak jumpa aku ni? Tahu tak aku tengah penat sekarang ni?
Perlahan-lahan aku turun ke tingkat bawah dan apabila aku nampak aje Wafiy, rasa macam nak lari naik atas balik. Dia buat apa datang sini?
“Haa… tu pun Husna.”
Aku gigit bibir. Laju je ayah nampak aku dekat sini, baru ingat nak lari tadi.Wafiy terus bangkit bila nampak aku.
“Awak nak apa datang jumpa saya?”
“Aku ada benda nak cakap dengan kau.” Wafiy pandang ayah seolah-olah memintak kebenaran dan apabila ayah mengangguk, dia terus pandang aku sambil menghela nafas.
“Kita kahwin.”
“Awak gila ke apa?”
“Kita kahwin sebelum diorang kahwin. Bila kau dah jadi isteri aku, mesti Haiqal takkan halang kau pergi majlis kahwin Iman.”
“Tak naklah! Takkan sebab nak pergi majlis kahwin Iman tu, saya kena kahwin dengan awak? Tak naklah saya!” Aku mencebik sebelum berpeluk tubuh. Ekstrim sangat sampai nak kahwin segala! Insya-Allah dia boleh lagi bertahan kalau tak pergi majlis kahwin Iman tu. Lagipun ini semua untuk kebaikan Iman dan Haiqal jugak. Aku tak rosakkan mood bahagia Haiqal dengan kehadiran aku nanti.
“Bukan sebab tu je.”
“Dah tu sebab apa lagi?” Aku angkat kening. Pelik betullah mamat sorang ni. Susah nak difahami betul!
“Sebab aku suka kau. Aku tahu aku tak sebaik Haiqal. Handsome pun tak tapi insya-Allah aku akan cuba jaga kau sebaik mungkin. Aku…”
“Awak makan apa pagi tadi?”
“Hah?” Dia terkejut mendengar soalan aku tapi aku masih cuba beriak selamba dan tenang.
“Jawab soalan saya.”
“Makan mee goreng.”
“Mungkin awak ada alahan kot. Sebab tu asyik cakap benda yang bukan-bukan je ni.”
Laju dia menggeleng sebelum menyebak rambutnya ke belakang. “Aku suka kau. Trust me because I’m telling you the truth.” Luahnya sekali lagi sambil mengeluarkan sesuatu dari dalam poketnya.
“Dalam ni ada mesej antara aku dan ayah kau. Aku dah mintak izin dan ayah kau bagi ‘green light’. I just need your approval now. Nak ke tak nak?”
Rasa nak rebah apabila mendengar kata-kata Wafiy. Ayah dah bagi ‘green light’? Sejak bila Wafiy kenal dengan ayah aku ni? Ya Allah, mamat ni memang la!
Aku pandang ayah untuk mintak penjelasan. Dah berapa lama ayah kenal dengan Wafiy sebenarnya ni?
“Wafiy selalu datang sini. Dia cakap dia kenal kamu. Lepas tu dia suka kamu.”
“Ayah tak tanya Husna pun?”
“Kan kamu suruh ayah carikan jodoh.” Balas ayah tenang sebelum menghirup kopi dan Wafiy terus jungkit kening sambil tersengih.
Hampeh!
Photobucket

20 comments:

  1. suka la kat wafiy sbb dia gentleman.. hehe

    ReplyDelete
  2. mula2 rasa nak marah dgn haikal tp fikir balik mungkin dia dah tagteam dgn wafiy sbb nak paksa husna kahwin kan? diorg kan bff takkan haikal kejam sgt tak bg pergi kenduri huhuhu

    anyway nice story, next.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Ada reason kenapa Haiqal buat macam tu :) insya-Allah akan direveal dalam part2 yang akan datang :D

      Delete
  3. huhuhu.gelak dulu la sblm komen sbb xleh komen bnyk coz liya dah state awl2 suh abaikn jln cter kan.akk cuma nak ckp...watak wafiy tu nmpk mcm real bila part dia suka menyibuk.akk senyum bila part dia ajk kawin sbb dia approach bapak husna dulu n akk rs husna ptt senyum lebar sbb ada llki yg respect dia sbg seorg prmpuan dgn cara mcmni.so nice wafiy wlpn td rs nak kerat 18 hang sbb menyibuk xkena gaya.
    (terpanjang sikitttttttt).:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha! dah lama tak menulis kak jiba. ni cuma nak praktis balik. malas nak fikir sangat bila menulis tu. just go with the flow :D Hehehe!

      Delete
  4. awww sweet nya wafiyy tuuuu!! kak moon! nak satu macam wafiy! hahahaha

    ReplyDelete
  5. suke2..hehe..sweet + gentleman sgt wafiy..<3<3<3

    ReplyDelete
  6. Omoooo..nak sorang macam wafiy nie..mane nak cari...comel sangat.. :D

    ReplyDelete
  7. rasa mcm nak tembak haiqal guna senapang gajah! and wafiy ni mmg gatal mulut betul.hehh

    ReplyDelete
  8. Sambung3! Cute sgt encek wafiy ni :3

    ReplyDelete
  9. Kakak best laa.. please sambung.. heheh ska wafiy nie..

    ReplyDelete
  10. Best laa.. kakak please sambung.. heheh.. ska wafiy..

    ReplyDelete
  11. Best laa.. kakak please sambung.. heheh.. ska wafiy..

    ReplyDelete
  12. sweett ahh wafiyy..

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers