Abaikan segala kemengarutan saya dalam cerpen ni. Jalan ceritanya mungkin terlalu cepat tapi saja nak latih diri menulis balik sebab dah lama tak menaip. Hee... Btw cerpen ni ada banyak part :) Happy reading!
Tipulah kalau aku cakap
aku tak sedih sekarang ni. Walaupun puas aku cuba tabahkan diri, malam-malam
mesti aku rasa nak menangis jugak. Apabila melihat dia tersenyum bahagia di
samping Iman, aku tahu yang dia tak pernah pandang aku lebih daripada seorang
kawan. Aku ni je yang tersasar. Patutnya dari awal aku dah anggap dia hanya
sebagai kawan baik. Kalau tak, mungkin luka dia tak seteruk sekarang.
“Kenapa termenung ni?”
Aku terkejut apabila tiba-tiba je Haiqal dah duduk di
sebelah aku dan memandang aku dengan dahi berkerut.
“Tak ada apalah. Kau kenapa ada dekat sini? Dah habis
tangkap gambar ke?”
Haiqal mengangguk kecil sebelum tersenyum.
“Aku bahagia, Husna.”
“Aku boleh nampak yang kau bahagia.” Ucapku turut
tersenyum.
“Insya-Allah aku akan jaga Iman baik-baik nanti lepas
kita orang dah kahwin. Kau percaya dekat aku kan, Husna?”
“Hmm… entahlah Haiqal.”
“Wei!” Dia dah pandang aku macam nak telan. Aku terus
tergelak. Baru usik sikit dah nak melenting.
“Gurau je pun.”
“Husna…”
“Kau sampai bila nak single? Tak teringin nak ada suami
ke?”
Aku terus pandang dia yang tengah bermain dengan
songkoknya. Kalaulah dia tahu…
“Siapa tak nak kahwin, Haiqal? Aku tengah tunggu jodoh
aku sampailah ni.” Aku senyum kecil. Kalau boleh, aku nak dia sampai sekarang
supaya aku tak perlu nak bersedih sangat pasal kau, Haiqal.
“Aku doakan jodoh kau sampai cepat, insya-Allah.”
“Amin…”
***
“Kenapa
kau tenung lukisan tu sampai nak tembus?”
Aku
berpaling ke sebelah kanan sebelum mencebik. Ada lagi mamat ni rupanya.
Ingatkan dah tak datang sini lagi.
“Lukisan
ni menggambarkan diri saya sekarang ni.”
“Kau
nak freehair?” Mulut Wafiy melopong dan aku rasa macam nak sumbat mulut dia
guna beg sandang aku sekarang ni.
“Awak
dah kenapa? Cakap tu elok-eloklah sikit.” Marahku sambil menjeling dia. Mulut
tu tak ada insurans langsung. Mentang-mentanglah perempuan dalam lukisan ni tak
pakai tudung, terus dia tuduh aku nak freehair. Hampeh betul!
“Gurau
jelah. Gurau sikit pun tak boleh. Garang la kau ni…” Dia senyum kecil sebelum
turut memandang lukisan tersebut. “Kau tengah sedih eh?” Tanyanya setelah lama
kami mendiamkan diri.
“Perlu
ke nak cerita dekat awak?”
“Depends
on you.”
Aku
mengerling dia sekilas sebelum menghela nafas panjang. Sejujurnya memang aku
perlukan seseorang untuk bercerita sekarang ni. Walaupun aku tak kenal lama
sangat Wafiy ni tapi aku dapat rasakan yang aku boleh percayakan dia. Instinct
yang pelik sebab aku tak pernah nak percayakan orang yang aku baru kenal selama
ni.
“Saya
sukakan kawan baik saya.”
“Oh…”
“He’s
getting married very soon with my friend who is also my best friend.”
“I
see…”
Aku
pandang dia. Entah kenapa sakit hati pulak dengar jawapan pendek dia? Do you
really have to do that, mister?
“Saya
perlukan respond yang lagi baik daripada tu.” Aku mencebik geram. Kalau macam
tu je reaksi dia, baik aku pergi cakap dengan kucing aku. Dia boleh layan aku
berbual lagi baik daripada Wafiy layan aku tau.
Wafiy
ketawa kecil sebelum bersandar pada dinding dan memandang aku dengan matanya
yang tajam tu. “Kenapa kau tak berterus-terang yang kau sukakan dia?”
“Dan
kehilangan kawan baik saya?”
Lama
Wafiy terdiam sebelum dia menghela nafas panjang. “Memendam perasaan tak boleh
selesaikan apa-apa.”
“Boleh
Wafiy. Saya akan berdiam diri sehinggalah diorang dah selamat nikah. Perasaan
ni saya akan tanggung seorang diri.”
Sekali
Wafiy menarik nafas. “Kau ni bodoh. Sanggup korbankan perasaan demi kawan baik
kau yang langsung tak sedar yang kau dah lama sukakan Haiqal.”
“Tak
baik tau cakap orang bodoh. Saya bukannya bodoh tapi saya tak nak kehilangan
kawan baik saya hanya kerana seorang lelaki. Mungkin Allah dah takdirkan jodoh
saya bukan dengan Haiqal.”
“Kalau
aku ajak kau kahwin dengan aku, kau nak tak?”
“Itu
gila namanya, Encik Wafiy.” Balas aku selamba sebelum melangkah meninggalkan
dia tapi aku sedar yang dia mengekori dari belakang.
“So,
nama dia Haiqal ye?”
“Yup.”
“Dia
kerja mana?”
“Doktor
dekat Hospital Permaisuri Bainun. Why did you ask?” Soal aku pelik. Beria pulak
dia nak tahu pasal Haiqal. Macamlah dia kenal dengan Haiqal tu.
“Sebab
aku kenal dia.”
“Hah?”
Dia
mengangguk sambil tersenyum. “Aku kenal dia. Muhammad Haiqal binti Zulkifli. 29
years old. He’s in love with Iman aka your best friend.”
Pergh!
Dia siap kenal Iman lagi!
“Macam
mana…”
“Untuk
pengetahuan kau, aku ni rakan sekerja Haiqal. Tak sangka pulak yang Haiqal tu
crush kau tapi aku tak hairan pun sebab Haiqal tu memang baik. Ramai yang minat
dia dekat hospital tu. Aku ni je tak ada orang nak layan.”
“Awak
doktor ke?”
Kening
Wafiy terangkat apabila mendengar soalan aku. “Kenapa? Kau tak percaya ke? Nak
aku bawak kau pergi hospital sekarang jugak ke?”
Aku
cepat-cepat geleng. “Bukan tak percaya tapi terkejut.” Balasku sambil
tersengih. Tak sangka pulak yang Wafiy ni doktor sebab kalau tengok gaya dia, memang tak ada rupa doktor
langsung! Patutlah kadang-kadang tu dia ada, kadang-kadang tu dia takde. Sibuk
kerja rupanya.
Dia
tayang muka tak percaya dekat aku tapi akhirnya dia senyum jugak dan baru aku
perasan muka dia macam Damon Salvatore dalam Vampire Diaries tu. Handsome jugak
rupanya si Wafiy ni.
“Jom
minum kopi nak?”
“Tak
naklah. Saya kena balik dah kejap lagi. Need to settle a few things.”
Wafiy
hanya mengangguk kecil. “Okeylah kalau macam tu. Lain kali ye, insya-Allah.”
“Insya-Allah.
Saya balik dulu. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam…”
***
“Hari
tu Wafiy ada datang jumpa aku. Dia bagitahu aku segalanya pasal perasaan kau. “
Aku
terus memandang Haiqal dengan mata yang terbeliak luas. Ya Allah, apa awak dah buat ni Wafiy?
“Abaikan
apa yang dia cakap. Dia tak tahu apa-apa pun. Aku…”
“Betul
ke kau suka aku, Husna?” Celah Haiqal pantas dan memandang aku dengan pandangan
mata yang tajam.
Perlahan-lahan
aku menggeleng kecil. “Aku tak suka kau, Haiqal. Dulu mungkin ya tapi sekarang
aku dah terima yang kau bakal kahwin dengan kawan baik aku dan aku bahagia
untuk korang.” Ucapku perlahan dan tenang sambil membalas pandangan mata
Haiqal. Tiba-tiba aku dapat menangkap kelibat Wafiy yang tengah memerhatikan
kami dari balik tiang. Dia hanya memandang aku sambil berpeluk tubuh dan
sesekali aku lihat bibirnya mengukir senyuman sinis. Menyindir aku agaknya tu!
“Betul?”
“Betul.”
“Kalau
macam tu aku nak kau buat sesuatu untuk aku.”
Dahi
aku mula berkerut kecil. “Apa dia?” Soalku pelik. Apa agaknya yang dia nak aku
lakukan?
“Jangan
datang masa majlis perkahwinan kami.” Nada Haiqal begitu tegas semasa dia
memberitahu aku perkara yang sama sekali susah untuk aku lakukan. Apa aku nak
cakap dengan Iman kalau aku tak pergi majlis perkahwinan mereka? Mesti Iman
ingat yang aku tak pentingkan diri dia sebagai kawan baik aku.
“Tapi
nanti Iman…”
“Kalau
kau nak aku percaya yang kau suka bila kami bahagia, tolong jangan datang masa
majlis perkahwinan kami.”
Kata-kata
Haiqal terus menyebabkan aku terdiam. Wafiy yang mendengar segalanya pun turut
terkejut sama seperti aku. Apabila aku melihat dia ingin melangkah menghampiri
aku, cepat-cepat aku memberikan pandangan supaya dia duduk aje di situ dan
tidak masuk campur dalam urusan aku dan Haiqal. Cukuplah dia dah merumitkan
masalah aku dengan memberitahu Haiqal mengenai perasaan terpendam aku ini.
“Apa
yang aku nak bagitahu Iman nanti?”
“Tu
bukan urusan aku. Pandai-pandailah kau nanti…”
Aku
tunduk seketika dan memejam mata rapat-rapat. Kepala dah mula pening memikirkan
semua ni. Kenapalah Wafiy suka sangat menyusahkan hidup aku? Datang dahlah
tiba-tiba, lepas tu buat macam aku ni kawan yang dia kenal bertahun-tahun
lamanya.
“Baiklah.
Insya-Allah aku akan buat apa yang kau suruh tu. Jangan risau…”
“Aku
pegang janji kau, Husna.” Ucap Haiqal sebelum berlalu meninggalkan aku yang
terasa bagaikan dilemas ke dalam lautan paling dalam sekarang ni.
“Husna…”
“Just
leave me alone, Wafiy. Cukuplah apa yang awak dah buat!” Kali ni aku pula
meninggalkan Wafiy dengan diiringi air mata yang mula mengalir laju. Aku benci
Wafiy!
***
“Adik,
ada orang nak jumpa ni.”
Aku
yang tengah baring atas katil terus duduk sebelum mencapai tudung yang
disangkut dekat kepala katil. Siapa la pulak yang nak jumpa aku ni? Tahu tak
aku tengah penat sekarang ni?
Perlahan-lahan
aku turun ke tingkat bawah dan apabila aku nampak aje Wafiy, rasa macam nak
lari naik atas balik. Dia buat apa datang sini?
“Haa…
tu pun Husna.”
Aku
gigit bibir. Laju je ayah nampak aku dekat sini, baru ingat nak lari tadi.Wafiy
terus bangkit bila nampak aku.
“Awak
nak apa datang jumpa saya?”
“Aku
ada benda nak cakap dengan kau.” Wafiy pandang ayah seolah-olah memintak
kebenaran dan apabila ayah mengangguk, dia terus pandang aku sambil menghela
nafas.
“Kita
kahwin.”
“Awak
gila ke apa?”
“Kita
kahwin sebelum diorang kahwin. Bila kau dah jadi isteri aku, mesti Haiqal
takkan halang kau pergi majlis kahwin Iman.”
“Tak
naklah! Takkan sebab nak pergi majlis kahwin Iman tu, saya kena kahwin dengan awak?
Tak naklah saya!” Aku mencebik sebelum berpeluk tubuh. Ekstrim sangat sampai
nak kahwin segala! Insya-Allah dia boleh lagi bertahan kalau tak pergi majlis
kahwin Iman tu. Lagipun ini semua untuk kebaikan Iman dan Haiqal jugak. Aku tak
rosakkan mood bahagia Haiqal dengan kehadiran aku nanti.
“Bukan
sebab tu je.”
“Dah
tu sebab apa lagi?” Aku angkat kening. Pelik betullah mamat sorang ni. Susah
nak difahami betul!
“Sebab
aku suka kau. Aku tahu aku tak sebaik Haiqal. Handsome pun tak tapi insya-Allah
aku akan cuba jaga kau sebaik mungkin. Aku…”
“Awak
makan apa pagi tadi?”
“Hah?”
Dia terkejut mendengar soalan aku tapi aku masih cuba beriak selamba dan
tenang.
“Jawab
soalan saya.”
“Makan
mee goreng.”
“Mungkin
awak ada alahan kot. Sebab tu asyik cakap benda yang bukan-bukan je ni.”
Laju
dia menggeleng sebelum menyebak rambutnya ke belakang. “Aku suka kau. Trust me
because I’m telling you the truth.” Luahnya sekali lagi sambil mengeluarkan
sesuatu dari dalam poketnya.
“Dalam
ni ada mesej antara aku dan ayah kau. Aku dah mintak izin dan ayah kau bagi
‘green light’. I just need your approval now. Nak ke tak nak?”
Rasa
nak rebah apabila mendengar kata-kata Wafiy. Ayah dah bagi ‘green light’? Sejak
bila Wafiy kenal dengan ayah aku ni? Ya Allah, mamat ni memang la!
Aku
pandang ayah untuk mintak penjelasan. Dah berapa lama ayah kenal dengan Wafiy
sebenarnya ni?
“Wafiy
selalu datang sini. Dia cakap dia kenal kamu. Lepas tu dia suka kamu.”
“Ayah
tak tanya Husna pun?”
“Kan
kamu suruh ayah carikan jodoh.” Balas ayah tenang sebelum menghirup kopi dan
Wafiy terus jungkit kening sambil tersengih.
Hampeh!
suka la kat wafiy sbb dia gentleman.. hehe
ReplyDeleteHehehe! Saya pun suka :D Thank you.
Deletesweet...
ReplyDeleteTerima kasih sebab suka :)
Deleteteme jer lah wafiy 2 husna..
ReplyDeleteHahaha! insya-Allah dia terima :)
Deletemula2 rasa nak marah dgn haikal tp fikir balik mungkin dia dah tagteam dgn wafiy sbb nak paksa husna kahwin kan? diorg kan bff takkan haikal kejam sgt tak bg pergi kenduri huhuhu
ReplyDeleteanyway nice story, next.. hehehe
Hahaha! Ada reason kenapa Haiqal buat macam tu :) insya-Allah akan direveal dalam part2 yang akan datang :D
Deletehuhuhu.gelak dulu la sblm komen sbb xleh komen bnyk coz liya dah state awl2 suh abaikn jln cter kan.akk cuma nak ckp...watak wafiy tu nmpk mcm real bila part dia suka menyibuk.akk senyum bila part dia ajk kawin sbb dia approach bapak husna dulu n akk rs husna ptt senyum lebar sbb ada llki yg respect dia sbg seorg prmpuan dgn cara mcmni.so nice wafiy wlpn td rs nak kerat 18 hang sbb menyibuk xkena gaya.
ReplyDelete(terpanjang sikitttttttt).:-)
hahaha! dah lama tak menulis kak jiba. ni cuma nak praktis balik. malas nak fikir sangat bila menulis tu. just go with the flow :D Hehehe!
Deleteawww sweet nya wafiyy tuuuu!! kak moon! nak satu macam wafiy! hahahaha
ReplyDeletesuke2..hehe..sweet + gentleman sgt wafiy..<3<3<3
ReplyDeletesuke sgt2 wafiy..sweet..:)))))
ReplyDeleteOmoooo..nak sorang macam wafiy nie..mane nak cari...comel sangat.. :D
ReplyDeleterasa mcm nak tembak haiqal guna senapang gajah! and wafiy ni mmg gatal mulut betul.hehh
ReplyDeleteSambung3! Cute sgt encek wafiy ni :3
ReplyDeleteKakak best laa.. please sambung.. heheh ska wafiy nie..
ReplyDeleteBest laa.. kakak please sambung.. heheh.. ska wafiy..
ReplyDeleteBest laa.. kakak please sambung.. heheh.. ska wafiy..
ReplyDeletesweett ahh wafiyy..
ReplyDelete