Tuesday, December 29, 2009

Unforgettable Part 17


"Apa yang penting.."

"Kerjasama."jawab mereka semua serentak.

Hana ketawa kecil."Apalah korang ni? Apa yang penting bahan-bahan untuk aktiviti kita nanti cukup.

"Dah cukup.Aku dengan Daniel dah kira dekat beratus-ratus kali."jawab Fay.

"Baguslah kalau macam tu.Bahagian awak dah beres Max, Carl?"

"Dah.Dari awal lagi."

"Bagus cik abang kita ni."puji Hana sambil tersengih.Max dan Carl hanya tersenyum mendengar pujian Hana.

"Apa kami tak bagus?"bidas Fay.Dia memasamkan mukanya.

"Ala, nak jealous jugak ke?"

"A'ahlah."

"Awak berdua lagilah bagus."celah Anne sambil tersenyum.

Hana menganggukkan kepalanya menyetujui kata-kata Anne.'Menjaga hatilah katakan.'

"Terima kasih ye."

Shin menyertai mereka selepas keluar daripada pejabat Encik Hau.Dia tersenyum ke arah mereka semua.

"Macam mana?"

"Beres..confirm dah."

"Yay! Yay!"jerit mereka semua serentak.Daniel hanya tersenyum melihat gelagat rakan-rakannya.

"Tak sabarnya nak pergi camping.Tidur dalam khemah lepas tu buat unggun api."kata Hana dengan gembira.Ahli-ahli kumpulan V-Pop hanya tersenyum kecil.

Di dalam hati mereka.'Hana tak tahu apa-apa.'

***********************************************************************************



Shin merupakan orang yang paling sibuk dalam membuat persiapan.Dia sering masuk ke dalam bilik Encik Hau untuk berbincang mengenai aktiviti yang bakal diadakan.Kadang-kadang naik kasihan Hana melihatnya.

"Shin, awak okay tak?"tanya Hana ketika mereka berdua sedang menyusun barang-barang yang akan dibawa nanti.

"Okay je.Kenapa?"

"Kesian kadang-kadang tu saya tengok awak.Terkejar sana-sini."

Shin tersenyum kecil."Tak apa.Dah tugas saya sebagai seorang ketua."

"Saya tahu awak memang ketua yang baik."balas Hana turut tersenyum.

"Hana, kalau saya tanya ni awak jangan marah ye?"

Hana berpaling ke arah Shin."Apa dia?"

"Hmm..saya ada dengar-dengar cerita yang awak ni kawan baik Daniel masa kecil.Betul ke?"

Hana mengeluh dengan lemah."Kisah lama Shin.Dia dah tak anggap saya kawan dia."

"Saya tak rasa macam tu."

"Kenapa?"

"Dia perlukan masa."

"Hmm..mungkin."balas Hana.Dia memandang ke arah Daniel yang sedar tidur.Kata-kata Daniel dahulu sering terngiang-ngiang di telinganya.

'Sejak kau pergi banyak yang dah berubah..'

************************************************************************************
Fay memilih tempat yang jauh daripada orang ramai.Haruhi hanya mengikutnya dari belakang.Fikiran kedua-duanya sedang rungsing.

"Fay, macam mana ni?"

"Saya pun tak tahu.Awak pasti ke yang Mike tu suka Hana?"

"Pasti.Saya tengok gaya dia pun saya boleh tahu."

"Ohh.."balas Fay perlahan. 'Dia tahu ke apa yang aku rasa?'

"Fay, awak okay ke?"tanya Haruhi apabila melihat Fay seperti sedang mengelamun.

"Okay."

"Daniel pulak macam mana?"

"Dia makin rapat dengan Anne."

"Bukan awak pernah cakap yang dia tak berapa suka perempuan?"

"Betul tapi Anne selalu cakap dengan dia jadi mungkin sebab tu diorang makin rapat."

"Ohh..I see."

"Saya kalau boleh nak sangat Hana dengan Daniel berbaik."

"Saya pun."sokong Haruhi.

Fay menarik nafasnya."Haruhi, boleh tak awak ikut saya pergi satu tempat nanti?"

"Pergi mana?"

"Tempat yang special.Boleh?"

"Boleh."jawab Haruhi sambil tersenyum.




"Hana, kau kena tolong aku."kata Fay seraya menarik Hana supaya menyertai kawan-kawannya yang lain.

"Tolong apa?"

"Hmm..macam ni..macam ni...."

"Macam apa?!"

"Aku nak luah kan perasaan kat Haruhi!"jawabnya sedikit kuat kerana terkejut.Hana, Daniel, Max, Carl, Anne, dan Shin terkejut mendengar kata-kata Fay.

"Betul ke ni?"

"Betullah.Takkan aku nak main-main pulak."

Hana ketawa kecil apabila melihat muka Fay yang berubah menjadi merah.Kawan-kawannya yang lain pula sibuk menyakat Fay.

"Awak nak kami buat apa?"

"Tolong aku rancang."

"Rancang apa?"tanya Max.

"Fay."panggil Haruhi ketika mereka masih lagi sedang makan di restoran.

"Ya, kenapa Haruhi?"

"Awak berangan ke?"

Fay tersentak."Taklah."

"Awak nak bawak saya pergi mana ni?"

"Satu tempat."

"Special ke tempat tu?"

"Special bagi saya."

"Saya tak sabar nak pergi tempat tu."

"Kenapa?"tanya Fay.

"Sebab awak kata tempat tu special bagi awak."jawab Haruhi sambil tersenyum.

"Ya.."

*******************************************************************************

Ahli-ahli kumpulan V-Pop, Hana dan Anne sedang sibuk menyiapkan segala persiapan untuk Fay dan Haruhi.Sekali-sekala terdengar bunyi jeritan Hana apabila sering dikacau oleh Max dan Carl.

"Cepat lah buat kerja.Nanti diorang sampai."arah Hana sambil bercekak pinggang.

"Kami tahulah.Makanan dah siap ke?"

Hana berpaling ke arah Daniel dan Anne yang sedang menyiapkan makanan.Daniel kelihatan begitu tenang bekerja dengan Anne.Malah Anne pun kelihatan sangat seronok.Sedikit sebanyak Hana agak sedih.

"Daniel dengan Anne tengah siapkan tu."

"Kau bila nak salin baju.Kan kau dengan Daniel kena mainkan piano."tanya Carl yang sedang menyusun kerusi.

Hana baru teringat pesanan Fay semalam.Dia menepuk dahinya perlahan.'Macam manalah aku boleh lupa?'

"Hana, Daniel..esok korang berdua tolong mainkan piano untuk aku eh?"

"Apa?"tanya Hana dan Daniel serentak.Hana berpaling melihat Daniel yang terkejut.

"Ala, pleaselah.Tolong aku."pujuk Fay.

"Hish..nasib baik kau kawan aku.Yelah yelah tapi aku takut Hana je tak nak."ujar Daniel tanpa memandang ke arah Hana.

"Saya ok je.Tak kisah pun.Lagu apa?"

"Forever Love."

"Ala..jiwangnya!"

"Ala sekali sekala je Hana.Please!"

"Yelah..tapi tak sedaplah kalau main je.Apa kata Shin, Carl dengan Max nyanyi sama?"cadang Hana sambil tersenyum.

"Bagus jugak idea kau.Boleh tak?"tanya Fay seraya memandang ke arah Shin, Max dan Carl yang tercengang.

"Suka hati kau lah."jawab Shin akhirnya.Fay tersenyum senang.

Hana mengurut kepalanya.Macam mana nak cakap dengan Daniel ni? Kenalah jugak berlatih sikit-sikit.Perlahan-lahan dia mula mengatur langkah ke arah Daniel.Sebelum itu, dia sempat berpaling ke arah Max, Shin dan Carl.

"Korang pun jangan lupa salin baju.Nanti kan kena nyanyi."

"Ala, kami ingatlah.Don't worry."

Hana tersenyum sebelum mendekati Daniel.Dia berdehem perlahan.Daniel berpaling ke arahnya.

"Apa?"

"Hmm..kau tak nak berlatih dulu ke?"

"Berlatih apa?"

"Piano."

"Tak payah.Aku dah tahu lagu tu."

"Tapi aku takut kalau tak sama nanti."

Daniel mendengus perlahan.Kemudian bangun dan segera menuju ke arah dua buah piano.Dia memandang Hana yang berada di sebelahnya.

"Duduklah."arahnya.

"Yelah."

"Kau nak guna music sheet jugak ke?"tanya Daniel tanpa memandang ke arah Hana.Dia leka mengusap piano.

'Lawa sangat ke piano tu sampai tak nak tengok aku?'

"Tak."jawab Hana sepatah.Pada masa yang sama jari-jemari mereka berdua mula memainkan not-not Forever Love.Hana dan Daniel menumpukan sepenuh konsentrasi.Mata mereka berdua terkatup rapat.

Entah kenapa, sebaik sahaja Hana menutup matanya wajah Daniel yang muncul.Dia menutup matanya dengan lebih rapat untuk menghilangkan bayangan Daniel tetapi makin ditutup makin jelas pula wajah Daniel.Akhirnya dibiarkan sahaja.Kemudiannya Hana membuka matanya.Dia berpaling memandang ke arah Daniel yang masih lagi menutup matanya.

'Apa yang Daniel fikirkan?'tanya Hana di dalam hati.

"Sama dah kan?"tanya Daniel.

"Sama dah."

"Sekarang ni kita tunggu Haruhi dengan Fay sampai."

"Ya."balas Hana perlahan.Dia rasa pelik.

'Kenapa dengan aku ni? Aku suka Daniel ke?'



p/s : Hana Kimi..hehe..dah hampir tiba masanya. :)



2 comments:

  1. waa!!! x sabar! pepun, kesian kat hana. daniel kekal camtu, isk... isk...

    ReplyDelete
  2. >< ish ! tak malu la c anne tu

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers