Thursday, December 12, 2013

Bab 2: Lelaki Idaman Si Dia


Enjoy reading. Maaf di atas segala kekurangan :)
BAB 2
AKU pandang lama gambar keluarga yang terakhir ditangkap bersama arwah mak dan arwah ayah kira-kira 12 tahun yang lalu. Cepat betul masa berlalu sekarang ni. Sedar-sedar aje dah 12 tahun sejak kemalangan tu berlaku.
                Aku ingat lagi, masa tu arwah ayah mak baru aje lepas hantar aku dan Abang Hazwan ke asrama tapi tak lama lepas tu, warden datang jumpa aku. Mula-mula aku pelik kenapa nak hantar aku balik ke rumah tapi apabila sampai dekat rumah, orang ramai dah berkumpul dan aku nampak Kak Huda yang dah tersedu-sedan sambil memeluk Humaira. Saat itu jugak aku tahu ada sesuatu yang tak kena dan memang betullah apa yang aku rasa sebab apabila aku masuk dalam rumah, aku nampak mak dan ayah dah siap dikafankan. Masa tu, aku langsung tak tahu nak cakap apa. Abang Hazwan pun dah terkedu dan aku sendiri tak sedar bila masa aku menangis. Tiba-tiba aje Mak Su Ida datang peluk aku dan menenangkan aku.
                “Hana…” Entah bila Abang Hazwan berdiri di sebelah aku sebelum memaut bahuku. Dia tersenyum sebelum turut memandang gambar kami sekeluarga. Memang sejak dari kecik lagi, aku lebih rapat dengan Abang Hazwan dan sejak mak dan ayah meninggal, Abang Hazwan lebih banyak melindungi aku.
                “Abang dah siap?”
                “Dah. Tunggu Humaira je lagi. Kak Huda suruh kita sampai on time…” balas Abang Hazwan sambil memandangku.
                “Abang sayang Hana…” ucap Abang Wan tiba-tiba.
                Aku tergelak kecil sebelum membetulkan songkok abang dan mengemaskan kedudukan butang baju melayunya. Kenalah nampak segak. Barulah orang cakap anak Encik Taufiq dan Puan Rashidah semuanya kacak dan cantik! Walaupun aku agak pelik kenapa Kak Huda beria suruh kami pakai baju kurung dengan baju Melayu. Padahal nak sambut hari lahir Rania aje.
                “Hana pun sayang abang...”
                Dia tersenyum lagi sebelum mengusap kepalaku. “Hana tak nak kahwin lagi ke?”
                Aku tarik nafas dan hanya tersenyum tawar. Tiba-tiba pulak tukar topik pasal kahwin. Nak cakap apa pun tak tahu. Memang dah ramai sangat orang tanya aku soalan yang sama sampaikan aku dah tak larat nak cakap apa-apa dan akhirnya aku diam aje. Habis cerita!
                “27 years old…” ucap Abang Hazwan perlahan tapi aku tahu maksud dia. Dia nak mengingatkan aku tentang umur aku sendiri. Yes, I am 27 years old and proud!
                “Muda lagi tu…” balas aku tenang.
                Abang Hazwan menghela nafas panjang. Itu tandanya dia dah mengaku kalah daripada tanya aku soal kahwin lagi. Aku tahu yang Abang Hazwan risaukan aku. Yelah, Humaira pun dah ada teman istimewa tapi aku ni masih lagi single and definitely not ready to mingle! Abang Hazwan sendiri pun dah bertunang hujung tahun lepas dan akan berkahwin tahun ni, insya-Allah.
                “Abang jangan risaulah ye… Insya-Allah, one fine day…”
                “Prince Charming akan datang jemput Hana binti Taufiq ke istananya…” sampuk Abang Hazwan.
                “Oh please… sangat fairytale tu! I don’t believe in fairytales yang happily ever after. Kalau macam Once Upon A Time tu, boleh diterima lagi…” Aku buat muka bosan bila abang kaitkan aku dengan kisah dongeng macam tu.
                Abang Hazwan hanya ketawa bila dengar komen aku. Humaira yang baru muncul tu pun join sama gelak. Entah dia faham ke tidak apa yang aku dengan Abang Hazwan bualkan tadi.
                “You’re so weird, Kak Hana. Cerita Once Upon A Time tu lagi complicated tau. Rumpel tu boleh pulak jadi Beast.”
                “He’s cool, okay!”
                “Not as cool as my Prince Charming…”
                “Whatever…” balas aku malas.
                “Bertenang puteri-puteri sekalian. Biar Putera Hazwan yang menjaga kalian berdua…” ucap Abang Hazwan sambil menggawangkan tangannya ke atas. Aku dan Humaira serentak ketawa sebelum kami berdua menumbuk perlahan bahu Abang Hazwan. Putera Hazwan la konon!
                “Jomlah cepat. Karang Kak Huda mengamuk, baru padan muka sorang-sorang!”
                “Bukan salah abang. Maira yang lambat!”
                “Maira tolong abang gosok baju la tadi! Sebab tu lambat!”
                Pecah ketawa Abang Hazwan apabila Humaira cubit pinggang dia. Tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi dan apabila nampak nombor Kak Huda, aku dah mula panik. Bukan takat aku yang panik, Abang Hazwan dengan Humaira pun dah panik!
                “Cepat naik kereta!” arah Abang Hazwan laju dan aku biarkan aje telefon berbunyi. Maaf, Kak Huda!


I’M so pissed off!” Sampai-sampai aje dah kena dengan Kak Huda dan yang paling teruk kena marah adalah Abang Hazwan sebab dia paling tua. Aku dengan Humaira diam dari tadi. Tak berani nak menyampuk sebab takut kena marah pulak dengan Kak Huda. Semenjak mengandung anak ketiga ni, garang Kak Huda bukan main lagi. Pembawakan budak kot?
                “Nasib baik tak lewat tau! Kalau lewat…” sengaja Kak Huda biarkan ayat dia tergantung. Maksudnya dia suruh kami pandai-pandai la fikir.
                “Sorry kak…” ucap Abang Hazwan perlahan sambil tayang muka kesian. Abang Firdaus pulak cuba menenangkan Kak Huda. Berpesan pada si isteri supaya bersabar sambil mengusap belakang Kak Huda.
                “Nasib baik korang semua tak rosakkan surprise tu.”
                Senyap lagi. Layankan ajelah bebelan Kak Huda. Macam tak biasa pulak kan?
                “Bawak hadiah? Bawak baju?”
                Aku angkat beg kertas yang mengandungi hadiah aku, Abang Hazwan dan jugak Humaira. Memang dah lama belikan semata-mata untuk hari lahir Rania ni. Tengoklah betapa penyayangnya pak cik dan mak-mak saudara Rania ni. Humaira pulak mengangkat beg yang berisi pakaian.
                “Good. I’m going to take her out now. Make sure everything is ready by 12 p.m..”
                “Yes bos!” Serentak kami mengangkat tabik dan Kak Huda hanya tersenyum. Dia marah sekejap je dan lepas tu dia akan okey. Macam sekarang ni, sempat lagi memeluk kami bertiga sebelum dia keluar dengar Rania. Abang Firdaus pulak kena membantu kami menyiapkan apa yang patut.
                “So?
                “Let’s begin!” jerit Humaira teruja.


                “ALLAH selamatkan kamu. Allah selamatkan kamu. Allah selamatkan Nurul Rania. Allah selamatkan kamu…”
                Bukan main gembira lagi si Rania apabila balik aje dari berjalan-jalan, ada surprise party untuk dia. Melebar senyuman dekat bibir anak saudara aku tu. Abang dia yang baru sekolah tu pun bukan main menyibuk jugak nak meniup kek.
                “Nasib baik ada kek…” ucap Humaira sambil menarik nafas lega. Aku mengangguk setuju. Sebenarnya tadi ada kes yang sangat mencemaskan! Kek Rania yang Kak Huda beli semalam dah cair sebab Abang Firdaus terlupa nak masukkan balik dalam peti sejuk lepas dia sembunyikan daripada Rania pagi tadi. Dah namanya pun ice-cream cake, memang cepatlah cairnya tapi alhamdulillah, aku telah berjaya dapatkan kek aiskrim yang hampir sama tapi tak serupa macam yang dah hancur tu.
                “Beli mana kek tu?”
                Terkejut semua apabila Kak Huda tanya soalan cepumas tu tadi. Aku pandang Abang Hazwan, Abang Hazwan pandang Humaira dan Humaira pandang Abang Firdaus. Maknanya Abang Firdaus yang kena menjawab!
                “It’s all my fault, sayang. Abang lupa nak letak dalam fridge. Sorry…”
                Aku sebenarnya tak sangka yang Kak Huda akan tersenyum sebelum melentok kepala dekat bahu Abang Firdaus. Eh, akak ni! Tak beragak-agak nak romantika de amour pun!
                “It’s okay. Thanks…”
                Tapi dalam geli-geli apabila tengok Kak Huda bermanja dengan Abang Firdaus, rasa sweet jugak tengok dia orang ni. Kak Huda berkahwin dengan Abang Firdaus selepas Kak Huda tamat belajar dekat maktab. Abang Firdaus masa tu dah dekat dua tahun dah mengajar. Kiranya Abang Firdaus ni senior Kak Huda la. Mula-mula Kak Huda ni kemain lagi berlagak dengan Abang Firdaus tapi lama-lama cair jugak! Sekarang ni dah hampir sebelas tahun diaorang berkahwin. Anak pun dah nak masuk tiga orang.
                “Abang Daus! Ni Farid datang…”
                Aku berpaling ke arah pintu dan aku nampak Abang Hazwan berdiri di situ bersama-sama dengan seorang lelaki yang memang aku langsung tak kenal. Siapa pulak Farid ni?
                “Farid! Tak sangka kau datang jugak.” Abang Firdaus memeluk lelaki nama Farid tu.
                “Ni wife aku. Huda… kau ingat lagi kan?”
                Aku yang sejak dari tadi jadi pemerhati hanya mendiamkan diri. Malas nak ikut campur.
                “And that’s my sister-in-law. Hana…”
                Nyaris-nyaris aku nak tersedak air limau ni apabila Abang Firdaus tiba-tiba memperkenalkan aku dekat kawan dia tu. Aku hanya mengangguk kecil apabila Farid tu tersenyum sebagai tanda menyapa.
                “She’s still single.”
                “I see…”
                Eh, apa kaitan aku single dengan mamat tu?!
                “Pernah dikecewakan?”
                “Entah. Dia tak pernah bagitahu…”
                Aku pandang Kak Huda yang nampaknya sangat tenang. Akak sedar tak dia orang cakap pasal adik akak ni?
                “Ehem-ehem… I’m still here,” ujar aku sambil tersenyum. Manalah tahu kot-kot dia orang ingat aku dah ke dapur ke apa?
                Abang Hazwan pulak macam nak tergelak dan apabila aku pandang dia dengan jelingan tajam, terus dia ketawa macam orang tak betul. Hampeh punya abang!
                “Papa!” Tiba-tiba ada seorang budak lelaki berlari masuk ke dalam rumah sebelum memeluk kawan Abang Firdaus tu dan tak lama lepas tu, ada seorang wanita pula melangkah masuk.
                “Perkenalkan ni isteri saya. Sasha…”
                Aku dan Abang Hazwan pandang satu sama lain sebelum kami berdua ketawa. Memang dah agak yang kami berfikir benda yang sama. Mesti Abang Hazwan ingat yang Abang Firdaus sibuk nak jodohkan aku tadi.
                “Kenapa korang berdua gelak ni?” Tanya Kak Huda dengan muka pelik.
                “Nothing…” balas aku setelah ketawa aku reda tapi Kak Huda masih lagi pandang aku dengan muka mintak jawapan tapi bila aku buat isyarat mulut cakap ‘I’ll tell you later’, terus dia pandang tempat lain.


KAK HUDA gelak bukan main apabila aku dah ceritakan kenapa aku dengan Abang Hazwan ketawa tadi. Siap  tepuk-tepuk lagi peha aku tau! Nak kata lawak sangat, takdelah lawak sangat pun tapi Kak Huda gelak macam aku buat lawak antarabangsa!
                “Kami tak adanya nak buat macam tu la…” ucap Kak Huda lepas dia berhenti ketawa.
                “Who knows?”
                “Yang lawaknya Hazwan pun boleh fikir macam tu.”
                Aku mengangguk tapi aku rasalah kan… kalau orang lain pun mesti dia orang ingat benda yang sama. Yelah, siap bagitahu dekat Farid tu yang aku ni single lagi!
                “Hana…” Tiba-tiba suara Kak Huda berubah jadi serius. Ni mode suara yang paling aku tak suka. Takut pun ada jugak sebenarnya!
                “Yes?”
                “Hana masih ingatkan dekat dia lagi?”
                Tak berkelip mata aku memandang Kak Huda. Terkejut jugak sebab aku tak sangka yang Kak Huda boleh bangkitkan pasal ‘dia’ selepas bertahun-tahun lamanya.
                “Kak, tak rasa macam nak cakap pasal benda ni.” Aku senyum tawar sebelum mengerling Humaira yang dah lama lena dibuai mimpi. Kak Huda gelak tadi pun bukannya dia dengar.
                “Dah tiga tahun…”
                “Tiga tahun tu bukannya lama kak…” Balas aku perlahan dan mula masuk ke dalam comforter. “Akak… akak memang tak jemput semua pak cik dengan mak cik kita ke?”
                Kak Huda menggeleng kecil. “Akak ajak tapi dia orang cakap ada hal. Macam biasalah Hana. Dia orang bukannya suka kita pun.”
                Aku menghela nafas panjang. Penat hidup macam ni. Sampai bilalah agaknya mereka semua akan mula menyayangi keluarga aku ni?


LAMA aku memandang Humaira yang tengah bermain dengan hujung tudungnya sejak dari tadi lagi. Mula-mula aku boleh bersabar lagi tapi kalau dah dekat 15 minit duduk macam ni aje, mulalah kesabaran aku dah makin kurang. Aku ni pun bukannya penyabar sangat.
                “Apa yang Maira nak bagitahu kami semua ni?” Tanyaku setelah sekian lamanya kami berdiam diri.
                “Hmm… Maira…”
                “Maira ada masalah pasal study ke?” Soal Kak Huda pula.
                Cepat-cepat Humaira menggeleng. “Benda ni dah lama dah Maira nak bagitahu sebenarnya tapi Maira tunggu kita semua berkumpul dulu…” Aku tengok Humaira menarik nafasnya.
                “Apa dia?” Abang Wan yang tengah mendukung Comel pula bertanya. Masing-masing dah tak sabar nak tahu apa yang Humaira nak cakap. Bikin suspens betul adik aku yang sorang ni!
                “Hari tu Wafiy ada bagitahu Maira sesuatu…”
                “And then?”
                “Dia nak hantar rombongan meminang…” Selepas cakap macam tu, terus Humaira pandang aku. Kak Huda, Abang Firdaus dengan Abang Wan pun ikut berpaling ke arah aku seolah-olah aku pulak yang nak dipinang sekarang ni.
                “Eloklah kan?” Aku dah berkerut dahi. Benda yang baik berlaku dalam keluarga tapi kenapa dia orang semua pandang aku macam ni? Akhirnya barulah aku tersedar.
                “Laa… Maira jangan risau pasal akak la. Akak okey je.”
                “Tapi akak…”
                “Maira… jangan risau okey? Dah jodoh Maira sampai dulu,” celah aku pantas, mengukir senyuman untuk setiap orang yang tengah berkumpul dekat ruang tamu ni.
                “You know what?”
                “Apa?”
                “Allah bagi petunjuk sebenarnya. Petunjuk supaya Maira tolong akak cari lelaki idaman akak.” Humaira dah duduk di sebelah aku dan terus mengenggam tangan aku. Aku pandang Kak Huda dengan Abang Wan dengan dahi yang berkedut seribu sekarang ni.
                Tapi Kak Huda dengan Abang Wan boleh bantai gelak pula. Hampeh!

Photobucket

5 comments:

  1. part farid tu mmg agk lucu.cara mcm nak jodohkan hana.huhu.part maira ckp pasl dia n wafiy tuh rs nya perasaan maira tuh mmg sampai kat akk.cuma dlm keadaan brbeza sikit.reaksi hana pulak okei jer.alhamdulillah.hopefully the same thing will happen.akk nk tgk sejauh mn prkembgn khdupn hana. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. sampai dalam keadaan berbeza? berbeza yg mcm mana tu kak jiba :) terima kasih <3

      Delete
  2. wafy tu ukn hana ke?
    ke akak yg blurrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. ukn hana? hee.. maaf kak, moon tak paham sangat maksud akak.

      Delete
  3. yeahh! haa.. hero dia izz ke? (^.^)

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers