
Max, Carl dan Shin meliar-liarkan mata mereka untuk mencari Hana.Mereka terpaksa berpakaian lain daripada biasa kerana bimbang jika dikenali oleh peminat-peminat mereka.Kalau ikutkan hati sudah lama mereka larikan diri tapi disebabkan Daniel, mereka terpaksa teruskan juga.
"Kau nampak tak dia?"tanya Max sambil membetulkan topi yang dipakainya.
"Tak ada pun.Betul ke kat sini tempat dia tinggal?"tanya Shin pula.Carl yang sedang bercakap di telefon dikerlingnya sekilas.
"Confirm, memang ni tempatnya."Carl melangkah keluar dari kereta.Max dan Shin memandangnya sebelum turut keluar dari perut kereta.
"Kau nak pergi mana Carl?"tanya Max sambil menggarukan kepalanya yang tidak gatal.
"Aku nak pergi intai."
Membulat mata Shin dan Max."Kau biar betul!"
Carl tergelak kecil sambil menepuk bahu kedua-dua orang sahabatnya."Aku gurau jelah."
"Nek, Hana pergi dulu ye."suara seseorang amat dikenali oleh mereka bertiga kedengaran.Sepantas kilat Shin, Max dan Carl masuk ke dalam kereta.Bimbang jika diketahui oleh Hana.
"Yang kita sembunyi ni kenapa?"tanya Shin sambil ketawa kecil.Max dan Carl memandangnya dengan pelik sebelum masing-masing turut ketawa.Mereka terlupa yang sebenarnya diri mereka harus dilihat oleh Hana bukannya menyembunyikan diri macam ni.
"Aku lupalah.Dia ada lagi tu.Biar aku yang jerit."balas Max sebelum keluar dari kereta dan mula melaung nama Hana sekuat hatinya.
"HANA!!!!!!!"
Hana yang sedang membonceng basikal nyaris-nyaris terlanggar pokok di hadapannya kerana gagal untuk mengimbangi badannya akibat terkejut dipanggil dengan begitu kuat.Dia memalingkan kepalanya untuk memarahi sesiapa sahaja yang menjerit sebentar tadi.Hana menekup mulutnya apabila melihat Shin, Max dan Carl mendekatinya.Disebabkan oleh perasaan panik Hana terus membonceng basikalnya walaupun dipanggil berulang kali.
"Aku tak nak jumpa Daniel!"ujarnya perlahan.Kalau Shin, Max dan Carl berada di sini, dia yakin yang Daniel juga akan berada di sini.Mereka semua ibarat belangkas!
"Hana, kenapa kau lari?"kedengaran suara garau dari sebelah kanan Hana.Naik terkejut Hana apabila melihat kereta Shin sudah berada di sebelahnya.
"Pergi jauh!"
"Pergi jauh!"
"Daniel tak adalah.Kami bertiga je."Carl seperti dapat mengagak apa yang menyebabkan Hana lari sebentar tadi.
Perlahan-lahan Hana mula berhenti sebelum turun dari basikalnya sambil bercekak pinggang.Ketiga-ketiga jejaka itu melangkah keluar dan menahan ketawa apabila melihat muka Hana yang masam.
"Macam mana awak semua tahu saya ada kat sini?"tanya Hana seraya berjalan menghampiri mereka.
Masing-masing menayangkan muka tenang."Adalah..biarlah rahsia."jawab Shin sambil tersenyum.
"Haruhi ke?"
Dengan pantas mereka bertiga menggelengkan kepala."Habis tu sape?"
"Secret.Kami dah janji."Shin, Max dan Carl yakin yang Hana tidak tahu bahawa Mike adalah dalangnya kerana Hana tidak tahu bahawa V-Pop sudah berkawan baik dengan Mike.
"Secretlah konon.Awak semua buat apa kat sini?"
"Nak jumpa kau."balas Max selamba.
"Nak buat apa?"
"Sajelah..kan dah lama kitaorang tak jumpa kau."
"A'ahlah.Saya pun rindu sangat-sangat kat awak semua."kata Hana dengan teruja.Hilang terus muka masamnya."Jom ikut saya pergi pantai.Ada aiskrim best jual kat sana."
"Okay!"sahut mereka bertiga.Plan pertama berjaya!
************************************************************************************
"Dah jumpa dia?tanya Daniel sebaik sahaja Carl menelefonnya.Carl menjeling sekilas ke arah Shin, Max dan Hana yang sedang enak menjilat aiskrim sambil berjalan-jalan di persisiran pantai.Dia tidak turut serta dengan alasan sudah penat berjalan dan kesempatan itu digunakan untuk menelefon Daniel.
"Dah.Dia tengah jalan-jalan kat pantai dengan Shin dan Max."
Kedengaran bunyi keluhan lega."Nasib baik.Dia okay-okay je kan?"
"Okay je.Dan dia nampak sihat dari pandangan mata aku."
"Baguslah.Dia ada tanya pasal aku tak?"
Carl mengukir senyuman.Dah agak mesti Daniel tanya soalan tu punya."Tak ada."
"Lah, dia tu kan! Memang..memang..."
"Memang comel, baik, cantik dan bla bla bla.."sampuk Carl.
"Ek, ek...taklah,Dia tu memang sengal, suka buat orang tertunggu, suka buat orang sakit hati dan bla bla bla.Tu baru betul."ujar Daniel sambil mengukir senyuman.
"Ek eleh..ye lah tu.Aku tak cayalah.Kalau kau nak tipu, cari orang lain.Fay ada kat situ tak?"
"Tak ada."
"Dia gi mana?"
"Biasalah, pergi dating dengan Haruhi."ketawa kecil Daniel kedengaran.
"Aku agak dah! Tapi aku sedihlah."
"Apasal?"tanya Daniel dengan pelik.
"Yelah, kita empat orang je lagi yang masih belum berpunya."keluh Carl.
"A'ahlah..ek-ek..tunggu jap.Aku dah lah."
"Huh?"
"Hana kan girlfriend aku."
"Adoi, perasannyalah kawan aku sorang ni.Bila masa Hana terima kau?"
"Nantilah..just wait and see."
"Carl, cakap dengan sape tu?"tanya Hana ketika dia berjalan menghampiri Carl.
"Erk..cakap dengan kawan."balas Carl cuba berlagak tenang dan selamba.Hana memandang pelik.
"Ye ke?"Daniel teruja apabila dapat mendengar suara Hana.
"Yelah..kalau tak percaya ambiklah phone aku ni."ujar Carl sambil menghulurkan telefon bimbitnya kepada Hana.Hana menggeleng perlahan.
"Saya percaya awak."
"Oit oit, aku nak cakap dengan Hanalah."kata Daniel.
"Kau nak cari nahas ke?"suara Carl sudah semakin perlahan.
"Boleh jugak."balas Daniel selamba.
"Kau ni memang dah angau!"kata Carl sedikit kuat apabila Hana kembali mendekati Max dan Shin yang sedang bermain-main dengan air.Daniel hanya ketawa besar.
************************************************************************************
hohohoh....
ReplyDeletenak daniel ngn hana...
apa ekkk rncngan daniel....
hrp2 dia brjaya...
god luck daneil...
kcian fay...
haruhi slh sngka lak...
hmm...
best2x...
nak hana n' daniel
ReplyDeletehehe :D
kesian fay tp kesian jugak ngan haruhi
best
;D
Hehe..
ReplyDeleteThanks ye Epy Elina.
:D
Hana,
Thanks jugak ;)
sian la dkt fay ngn haruhi...
ReplyDelete