Setelah sekian lama tak tulis cerpen :) Tapi cerpen ni memang agak mengarut sebab tulis time nak release tension buat assignment :( Sorry..
Dear diary,
Be happy for the person you love
walaupun kegembiraan dia takde kaitan langsung dengan diri kau.
p/s : In super sad mode. I love him but
I can’t tell him.
“Irahhhh!”
Cepat-cepat aku campak diari aku masuk
ke bawah katil. Gilalah Along ni! Tak reti ketuk pintu ke apa? Nasib baik aku
sempat cover tadi!
“Tak reti nak ketuk pintu ke?” Soalku
geram sebelum melempar bantal dekat muka Along yang tengah terbahak-bahak
ketawakan aku. Ingat sopan sangatlah gelak macam orang tak betul tu?
“Irah tengah buat apa?”
“Baring-baring je.”
“Tadi Along nampak Irah macam tengah
tulis something?”
Cepat-cepat aku geleng. “Mana ada tulis
apa-apa. Irah tengah rehat je ni. Along ni kenapa tiba-tiba masuk dalam bilik
Irah?”
Along tepuk dahinya sebelum ketawa. “Along
datang nak panggil Irah sebenarnya. Farid ada dekat bawah.”
“Farid ada dekat bawah? Buat apa dia
datang sini?”
“Manalah Along tahu. Pergilah turun
cepat.” Selepas itu, Along terus keluar dari bilik dan meninggalkan aku
terkebil-kebil dekat atas katil. Kenapa pulak Farid nak jumpa aku?
Aku capai tudung sebelum bergegas turun
ke bawah. Bila nampak je Farid yang tengah santai bersandar di atas sofa,
membuatkan jantung aku terus berdegup kencang. Haih hati, tolonglah jangan
macam ni!
“Kau buat apa datang sini?” Tanyaku
perlahan sebelum duduk di hadapannya. Farid hanya memandangku tanpa suara
sebelum dia mengeluarkan sesuatu dari poketnya.
“Untuk kau…” Dia mengeluarkan sesuatu
dari dalam jaketnya dan meletakkannya di atas meja.
Perlahan-lahan sampul surat berwarna
pink itu aku ambil. Entah kenapa aku dapat rasakan yang isi kandungan sampul
surat ni boleh buat hati aku sakit teramat sangat.
“Apa ni?”
“Surat dari Emma. Dia suruh aku bagi
dekat kau.”
Aku pandang Farid sebelum menarik nafas
panjang. Emma… nama yang indah milik seorang gadis yang berjaya menawan hati Farid.
Kadang-kadang tu aku rasa sangat jealous dengan Emma sebab dengan begitu
mudahnya dia berjaya membuatkan Farid jatuh cinta pada dia dan aku jealous
jugak dengan Farid sebab dia pun dengan mudahnya membuatkan aku jatuh cinta
pada dirinya.
“Dia sihat?”
“Alhamdulillah sihat.”
“Eloklah macam tu…” aku tersenyum
tawar. Rasa berat hati nak terus berbual dengan Farid sekarang ni. Kejam tak
kalau aku suruh Farid balik sekarang dan jangan datang jumpa aku lagi lepas ni
walaupun kami ni kawan baik?
“Kenapa kau selalu lari dari aku
sekarang ni?”
Soalan Farid buat aku terkejut. Dia
perasan ke yang selama ni aku cuba nak lari dari dia?
“Mana adalah…” Dalih aku sambil
tersenyum sumbing.
“Jangan nak tipu. Aku kenal kau dah
lama. Kau ada problem ke?”
Entah kenapa aku rasa sedih pulak bila
dia tanya macam tu. Dia masih macam dulu lagi. Sentiasa mengambil berat pasal
diri aku ni. Kalaulah kau tahu apa masalah aku yang sebenarnya, Farid…
“Takde apalah. Aku busy je sikit
sekarang ni.”
“Betul ke?”
Aku mengangguk laju. Tolonglah jangan
tanya apa-apa lagi, Farid. Tolonglah jangan tambahkan lagi sakit di dada aku
ni.
“Okeylah kalau macam tu. If you want to
talk, just give me a call,” ucapnya sebelum bangkit dari duduknya.
Sekali lagi aku mengangguk dan turut
bangun. Surat Emma tadi aku masukkan ke dalam poket seluar.
“Jaga diri.”
“Kau pun…”
“Irah…”
Aku angkat muka dan memandang dia. Dia
yang begitu dekat tapi sebenarnya jauh.
“Aku sayang kau, Irah. Kaulah kawan
baik aku. Thanks for everything…”
Senyum tawar. “Okey. Welcome…” Aku
sayang kau jugak tapi lebih dari kawan…
TIKET kapal terbang yang berada di
tangan aku pandang lama. Sesekali aku melihat kiri dan kanan airport yang
dipenuhi manusia-manusia yang sibuk ingin ke pelbagai destinasi. Tiket kapal
terbang ke London ni buat aku gelisah. Betul ke keputusan aku ni?
“Enough is enough! Serabut betul kepala
aku dengan kau ni…”
Aku berpaling ke arah lelaki yang baru
duduk di sebelah aku ni. Lelaki yang segak dengan kemeja berwarna biru laut dan
seluar slack berwarna hitam.
“Haa… tulah aku dah cakap. Jangan
lambat bertindak. Sekarang ni kau fikirlah pasal isteri kau tu. Lupakan dia…”
Khusyuk betul aku mencuri dengar
perbualan lelaki tu. Sesekali aku melihat muka lelaki itu yang amatlah sedap
mata memandang. Sedap mata memandang bagi akulah. Cita rasa orang kan
berbeza-beza tapi apabila lelaki tu mengalihkan pandangannya ke arah aku, terus
aku menggelabah. Haaa! Kantoi mengintai anak teruna orang!
Aku cepat-cepat keluarkan telefon
bimbit dari dalam beg tangan dan berpura-pura tengah membalas mesej tapi aku
masih dapat merasakan yang pandangan lelaki itu masih melekat dekat aku.
Habislah kau, Nadirah! Habislah kau!
“Okey. Don’t worry too much. Aku pergi
dulu…”
Bibir digigit apabila lelaki tu
menamatkan panggilannya dan mula berdeham kecil. Aku makin serba tak kena
sekarang ni.
“Saya Iman Zikri. Awak?”
Aku pandang dia dengan muka takut tapi
apabila melihat senyuman di bibir lelaki tu, perlahan-lahan aku pun mula
mengukir senyuman sambil menarik nafas.
“Nadirah…”
“Awak dengar ke perbualan saya tadi?”
“Sorry…” Hanya itu yang mampu aku ucap.
“It’s okay,” balas Iman Zikri sambil
menyandar badannya. Kemudian dia menyebak rambutnya ke belakang dan aku mula
rasakan seperti separuh nyawaku dibawa melayang. Haa… kenapa dengan kau ni,
Nadirah?!
“Big problem?” Soalku ramah padahal
mana pernah aku nak tegur stranger sebelum ni tapi stranger yang bernama Iman
Zikri ni menarik perhatian aku.
“Yup.”
“Nak share?”
Dia pandang aku sebelum tersenyum. “Awak
nak ke mana ni? Dengan beg besar tu?” Dia memuncungkan bibir dekat beg roda aku
yang saiznya memang besar tapi isinya tak banyak mana pun sebenarnya.
“London. Vacation…”
“Alone?”
“Yup. Nak ikut?”
Gilalah kau Nadirah! Ajak stranger
pergi bercuti! Kau nak cari nahas ke apa ni? Takkan sebab Farid dah jadi suami
Emma, kau dah jadi tak betul macam ni?
Iman Zikri hanya ketawa sambil matanya
tak lepas dari memandang aku. “You’re funny. Saya harap saya boleh join awak
but I can’t. Saya kena pergi outstation dekat Penang.”
“I see…”
“Tapi awak duduk dekat sana berapa
hari?”
“Entah…” Jawab aku selamba. Memang aku
tak tahu berapa lama aku akan bertapa dekat sana tu nanti. Tiket balik mana ada
aku beli lagi. Tiket nak pergi ke sana je baru aku beli. Tu pun puas fikir dari
tadi nak ke mana untuk merehatkan diri.
“Entah?”
“A’ah. Saya rasa nak balik, saya
balik…”
Iman Zikri memandang aku tak berkelip.
Terkejut agaknya mendengar jawapan spontan aku.
“First time saya jumpa orang macam
awak. Weird but very interesting…” Dia tersenyum manis sebelum melihat jam di
tangan.
“Need to go now. Err… boleh mintak
nombor phone?”
Terkebil-kebil aku dibuatnya. Nombor
phone? Nak bagi ke tak?
“What for?”
“Senang nak contact andai kata kalau
saya pergi sana…”
“Ohh…” Aku keluarkan kad nama dari
dalam beg tangan dan menyerahkannya pada Iman Zikri yang terus memasukkan kad
nama aku ke dalam dompetnya.
“Nice meeting you, Nad. Hope to see you
again. Take care dekat sana ye…” Sempat Iman Zikri melambai tangannya ke arahku
sebelum menghilang dari pandang mataku.
Dan entah kenapa, walaupun dah beberapa
minit dia pergi… senyuman di bibir ini masih tidak menghilang.
WHERE are you? – Farid
Aku menarik nafas dalam-dalam. Masuk
kali ni dah berates-ratus kali Farid menanyakan soalan yang sama dekat aku tapi
aku langsun tak balas mesej dia. Bukan tak nak tapi entah kenapa rasa malas.
Tak lama lepas itu, sekali lagi telefon
bimbitku berbunyi. Ikutkan hati yang tak berapa suka apabila diganggu, dah lama
aku campak phone tu masuk dalam tong sampah tapi risau pulak kalau mama dan
papa yang call nanti.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam. Nadirah?”
Aku terus terdiam. Suara ni! Suara yang
asyik mengganggu fikiran aku!
“Err… siapa ni?”
“Iman Zikri. Ingat tak lagi?”
Kali ni memang senyuman aku tak boleh
nak ditahan-tahan lagi. Dia telefon aku! Yes! Adakah ini bermakna dia berada di
sini sekarang ni?
“Ingat. How are you?”
“Alhamdulillah sihat. Saya ada dekat
sini sekarang ni.”
Rasa nak lompat-lompat je sekarang ni!
Haih Nadirah, kenapalah kau happy sangat bila tahu Iman Zikri ni dah berada
dekat Kota London ni?
“Really?!”
“Yup. Jumpa jom? Ada someone yang saya
nak kenalkan…”
Terus mood happy aku merudum jatuh
menjadi mood sedih. Someone? Siapa yang dia nak perkenalkan dekat aku? Tunang
ke? Ke Iman Zikri dah berkahwin?
“Dekat mana?”
“Hyde Park boleh?”
“Sure. Insya-Allah dalam 30 minit macam
tu saya sampai…”
“See you there! Bye.”
KENAPALAH kau desperate sangat nak
berjumpa dengan Iman Zikri ni, wahai Nur Nadhirah?
Aku tarik nafas dalam-dalam sambil
mencari Iman Zikri yang katanya akan menanti di sini bersama-sama dengan orang
yang hendak diperkenalkan kepada aku.
“Nad?”
Terus aku berpaling ke belakang apabila
mendengar nama aku diseru dan tanpa disuruh-suruh, laju je bibir aku tersenyum
untuk Iman Zikri yang kelihatan kacak dengan jaket berwarna hitam berserta
dengan t-shirt merah.
“Mana orang yang awak nak perkenalkan
tu?”
“She’s here…” Tak lama lepas tu, muncul
seorang wanita yang sudah agak berusia di sisi Iman Zikri. Sahlah ni bukan
isteri Iman Zikri kan sebab kalau nak dibandingkan umur, memang jauh bezanya
tapi jodoh tak mengenal rupa dan umur… but still takkanlah kan?
“Mak, nilah Nadirah…”
Aku terus tarik nafas lega apabila Iman
menyebut perkataan ‘mak’ tadi.
“Apa khabar, mak cik?” Aku tunduk untuk
menyalami tangan emak Iman Zikri dan sedikit terkejut apabila tiba-tiba aku
ditarik ke dalam pelukan.
“Mak suka Nadirah ni, Iman. Nanti kita
hantar rombongan meminang ye.”
Tercekik air liur aku dibuatnya.
Rombongan meminang? Apa ni? Kenal pun tidak tapi tiba-tiba je nak hantar
rombongan meminang. Terus aku memandang Iman dengan muka tak percaya.
Iman Zikri hanya angkat kening sambil
tersenyum. Langsung tak nak menjawab apa yang bermain di fikiran aku sekarang
ni.
“Iman ni dah berkenan dengan Nadirah
sejak jumpa dekat airport. Dia cakap Nadirah ni unik. Tu sebab dia ajak mak cik
datang sini.”
Sungguh aku rasa macam nak pitam je
sekarang ni. Aku ingat aku seorang je yang gila tapi rupanya Iman Zikri lagi
gila! Jumpa tak sampai beberapa minit tapi dah diajaknya aku kahwin?
“Err…”
“If you believe in love at the first
sight, please accept me and I’ll make sure that you’ll become the happiest
woman in the world.” Tenang aje Iman Zikri menuturkan kata-kata tersebut
sehingga aku hampir melayang-layang. Sungguhlah Iman Zikri ni ada sesuatu yang
berjaya membuatkan hati aku berdegup kencang lebih teruk daripada ketika aku
menyimpan perasaan pada Farid dahulu.
“Err…”
Mak Iman Zikri memandang aku tak
berkelip. Menanti jawapan yang bakal mengubah macam-macam benda dalam hidup aku
sekarang ni. Aku kemudiannya memandang Iman Zikri yang kelihatan tenang. Apalah
agaknya yang ada pada Iman Zikri sampaikan perasaan yang pernah ada pada Farid
dulu telah pergi ke arahnya dalam sekelip mata sampaikan aku sendiri tak sedar
bila masa aku sudah mula menyukai lelaki di hadapanku ini?
“Mak cik, saya tak kenal siapa anak mak
cik ni tapi entah kenapa hati saya dah jatuh sayang pada dia…” Lembut tapi
penuh makna. Harap-harap Iman Zikri fahamlah apa yang aku cuba nak cakap ni.
Aku kerling Iman Zikri yang sudah
meraup mukanya dengan senyuman gembira. Mak Iman Zikri pulak terus memeluk aku
dengan erat sambil mengucapkan terima kasih.
“Terima kasih kerana telah
mengembalikan Iman Zikri yang dulu pada mak cik…”
Terus aku tercengang. Iman Zikri yang
dulu?
DARIPADA semalam aku tak tenang. Tak
tenang dengan ayat, “Iman Zikri yang dulu…”
Apa yang dah berlaku agaknya? Nak tanya
pada Iman Zikri tapi aku segan. Malu pun menebal lagi dalam diri ni.
“Lama tunggu?”
Aku terus bangun sambil tersenyum mesra
dekat mak Iman Zikri dan Iman Zikri sekali.
“Baru je lagi, mak cik.” Aku senyum dan
kemudiannya memandang Iman Zikri yang tengah sibuk berbual di telefon. Nampak
macam serius aje.
“Dah lama ke dia hilang?” Sekali lagi
aku mencuri dengar perbualan Iman Zikri sebelum tersenyum dekat mak cik. Ni
mesti lelaki yang sama macam dekat airport hari tu kan?
“Takpelah. Biarlah dia pergi tenangkan
fikiran. Jaga je isteri kau tu elok-elok.”
“Nadirah nak makan apa?”
Aku terus memandang mak cik yang tengah
membelek menu. “Ingat nak makan fish and chips je. Mak cik nak makan apa?”
soalku pada mak Iman Zikri dan kemudiannya aku mengalihkan pandangan pada Iman
Zikri yang sudah habis berbual di telefon.
“Hai…” tegurnya dengan senyuman.
“Hai…”
“Mak order apa?” soal Iman Zikri pada
maknya dan itu yang buat aku makin tersenyum lebar. Pandai Iman Zikri melayan
maknya.
“Awak nak order apa pulak?”
“Fish and chips…”
“Tu je?”
Aku angguk. “Kenyang lagi lepas
breakfast tadi.” Kononlah kenyang. Apa yang kau makan untuk breakfast tadi?
Roti je kan?
“Makan apa?”
“Roti…”
Dahi dia berkerut. “Makan roti pun dah
kenyang?” Dia tayang muka tak percaya. Aku hanya mengangguk sambil ketawa
kecil.
“Nanti bila kita dah kahwin, jangan
haraplah awak nak makan sikit-sikit macam tu. Sakit karang, saya jugak yang
susah…”
Terus membahang muka aku dibuatnya.
Haa… panas panas! Kenapa tiba-tiba terkeluar pasal kahwin pulak ni? Aku maluuu…
“Kenapa muka merah tu, Nadirah?” soal
mak Iman Zikri padaku dan Iman Zikri tersenyum.
“Panas, mak cik…”
“Ke malu?” Iman Zikri mengangkat
keningnya. Aku mula rasa macam nak sembunyi bawah meja. Janganlah kacau saya,
Iman Zikri!
“Kesian dengan Nadirah, Iman… Jangan
kacau dia.”
Aku tersenyum menang apabila mak dia
menyokong aku manakala Iman Zikri hanya memandang aku sebelum dia mengenyit
mata dekat aku.
“Bila awak nak balik Malaysia?”
Aku angkat bahu. Tak fikir pun pasal
benda ni lagi.
“Esok nak?”
“Kenapa?” Soalku pelik. Kenapa beria-ia
nak aku balik Malaysia ni? Jangan cakap yang dia nak meminang aku secepat
mungkin?
“Saya nak hantar rombongan as soon as
possible. Malas nak tunggu lama-lama.”
See!
Betul rupanya apa yang aku ingat tu!
“Tapi
saya baru je datang sini?”
Dia
tersengih sebelum mengerling maknya di sebelah. “Don’t worry. Bila kita dah
kahwin nanti, saya bawak awak datang sini lagi. Boleh?”
Mak
Iman Zikri tersenyum-senyum tapi aku pulak rasa macam nak lempar sudu dekat
muka Iman Zikri. Tak habis-habis nak buat aku malu!
“Jangan
main-main boleh tak?”
“Mana
ada main-main. Saya serius ni…” Dia senyum lagi.
“Mak
cik pun kalau boleh nak kahwinkan Nadirah dengan Iman cepat-cepat…” celah mak
Iman Zikri dan sekaligus membuatkan aku menggigit bibir. Tak cepat sangat ke kalau
kami kahwin sekarang?
“Nad…”
Aku
angkat muka dan memandang Iman Zikri yang kelihatan sangat tenang.
“Do
you trust me?”
Perlahan-lahan
aku mengangguk.
“Let
me see your parents first and then kita decide apa yang akan berlaku
seterusnya. Is that okay?” ucap Iman Zikri seolah-olah memahami apa yang aku
rasa sekarang ni.
“Okay.
Thanks Iman…” balasku perlahan.
“SERONOK
bercuti?” Soal papa ketika aku turun untuk bersarapan. Aku hanya mengangguk
sambil menghirup air nescafe buatan mama yang sangat terbaik! Sedap gila kot!
“Ada
apa-apa yang menarik?” Soal mama pulak dan soalan tu memang buat aku mula
teringatkan si Iman Zikri.
“Ada…”
“Ceritalah…”
ucap Along teruja. Sibuk jelah Along ni. Dahlah tengah bercakap dengan mulut
penuh dengan nasi lemak! Tak senonoh betul anak dara sorang ni!
“Do
you believe in love at the first sight?” soalku perlahan sambil memandang mama,
papa dan juga Along yang sudah terdiam.
“Kenapa
Irah tanya?”
“Irah
nak tahu…”
Papa
mengelap mulutnya sebelum mengusap dagu. “Your question is quite interesting
and the answer is yes.”
“Jadi
papa tak marah kalau Irah cakap yang Irah dah jatuh cinta pandang pertama
dengan someone ni?”
“Siapa?”
“Nama
dia Iman Zikri…”
“Jumpa
dekat mana?” Soal mama pula. Aku pandang muka mama yang nampak sangat curious
mengenai Iman Zikri ni sampaikan aku pulak naik cuak memikirkan apa yang akan
berlaku selepas ini.
“Jumpa
dekat airport. Masa tunggu nak naik flight…”
“Tell
us more about him…” pinta papa sambil menghirup kopinya.
“He’s
an engineer. Hari tu dia pergi UK datang jumpa Irah dan dia bawak mak dia
sekali. Mak dia setuju dan diorang tunggu lampu hijau dari papa dan mama untuk
hantar rombongan meminang. Haa… and he is 32 years old!” aku cerita apa yang
aku tahu tentang Iman Zikri yang rupa-rupanya memang sikit aje.
“Tu
je?”
Aku
angguk dengan muka tak ada perasaan.
“Do
you really want to marry this guy?” Soal Along kurang percaya. Kali ni aku
angguk dengan muka penuh yakin. Selepas Farid, hanya Iman Zikri yang mampu buat
hati ni berdegup kencang tau!
“Tapi
Irah tak tahu apa-apa sangat pasal dia…”
“Papa
dengan mama boleh tanya dia nanti.”
“What
if kalau kitaorang tak suka dia?” Soal mama dengan kening terangkat. Sengaja
nak buat aku rasa takut ke apa ni? Boleh tak jangan fikir pasal benda negatif
macam ni dulu!
“Jumpa
dia dulu and then you decide.”
“Hmm…
esok papa dengan mama free je. Apa kata Irah ajak dia lunch dengan kita?”
“Lunch?”
“Yup.
Bagi kami tengok dulu orangnya.”
Aku
mengangguk sebelum tersenyum lebar. Iman Zikri, brace yourself!
p/s : Ada sambungannya lagi :)
besh!
ReplyDeleteterima kasih :D tunggu sambungannya nanti ye.
Deleteassalamualaikum.cerpen ni mmg nmpk agk laju n padanla sbb liya dh mention awl2 kat ats tu so xder apa la.apa yg akk suka bila susun atur ayt dia sngt2 simple.bila bc,kita rs smooth sngt.senang kata,dahi xb'kerut2.suka sngt gaya Iman Zikri n yes,suka dgn family Nad.
ReplyDeletewaalaikumussalam kak jiba. hehehe! biasalah liya kan? tulis cerpen nak laju je :P ni pun sbb nak release tension buat esemen. heee! terima kasih kak jiba.
Deletebest ! saya rasa saya boleh teka Iman Zikri berborak dgan sapa....
ReplyDeletedgn sapee? hahaha! XD
Deletealways enjoyed your writing. have read your kafe damia for a few times already
ReplyDeleteAlhamdulillah :) happy saya bila baca komen akak ni. terima kasih kak <3
Deletedh jodoh kn...
ReplyDeleteBetul :) Kalau jodoh tak ke mana~
Deleteamboii advance kau, Iman terus bawa mak dia jumpa Irah. Auww, sweet. :)
ReplyDeletePiqah :) Hahaha! Kalau nak, jangan ditunggu lama-lama. Karang melepas. Eceh2!
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletemarbelesssssss . best . asyik senyum sorg-sorg ^__^
ReplyDelete-biey-
Hahaha! Thanks biey :)
Deletesukaaaaaaaaaaaaa.. sukaaaaaaaaaaa..sukaaaaaaaaa.. kak moonnnnnn.. i likeeeeeeeeeee.. =D
ReplyDelete~Jannah~
Thanks jannah. banyak bebenor 'a'. hahahaha!
DeleteBest sgt .. Hope bnyk lgy buat citenye eak .. tira sokong akq
ReplyDelete-tyra-