Page Fallenmoon/Liya Zafrina : Klik di sini
Group Atas Nama Cinta-Mu : Klik di sini

Sunday, May 9, 2010

Unforgettable Part 39



[All]
Ajig saranghanunde ajig nol wonhanunde
I still love you and I still want you

[Fay]
Gude obshi nan gwenchanha jil su obnungol
I wont ever be okay without you

[All]
Miryonhage boyodo
Even if I seem attached

[Max]
Ige naingol najocha mollajyo gudeman guriwo hajyo
This is me,I didn't ever know, you're all I long for.

[Shin]
Nan momchun jog objyo gudel saranghanun mam hanbondo byonhanjog obsojyo
I've never stopped loving you, my feeling for you have never changed

[Max]
Nyo jomjom do kojyoganun sarangmankhum ne mamdo
No my heart keeps growing like my love for you

[Shin]
Danji hamkehedon gu shiganman gamanhi momchwoboringol oh~
I just try and keep still the moments when we were happily together.

[All]
Jagun nepumaneso himdurossul guderul
You had a hard time in my embrace

[Carl]
Bonen dwieya heoryo bol su inungol
And it's not until after I've let you go can I think and see clearly

[All]
But I love you everyday

[Daniel]
Nul guredushi yojonhi gudeman (choumchorom) gidarigo inun nege
I'm still waiting for you like I've always done

[Shin]
See you once again my love


V-Pop menarik nafas lega.Akhirnya tamatlah konsert mereka selepas menyanyikan lagu yang terakhir itu tadi.Daniel tersenyum.Dia berharap nyanyian mereka semua itu sampai kepada Hana yang sudah lama menghilang.Bukan tak nak mencari tetapi dia masih teringat pesanan Hana supaya jangan bimbang.Sehingga kini, walaupun sudah hampir 3 tahun Hana hilang dari pandangan matanya, dia masih tetap menunggu dan menanti kepulangan Hana.Dia yakin dengan Hana.

"Daniel, jom makan lepas ni.Aku dah lapar."Fay menepuk bahu Daniel.Bibirnya mengukir senyuman.Haruhi yang berdiri di sebelah Fay turut melemparkan senyuman.

"Tak apalah.Korang pergilah dulu.Aku kenyang lagi."

"Kau makan apa sampai kenyang?"tanya Shin pula.

"Aku memang dah kenyang.Tak apalah.Korang pergi jelah."

"Kau ada nak pesan apa-apa?"

"Tak ada apa."

"Kami pergi dulu tau."

"Ok."

Sebaik sahaja kesemua sahabatnya keluar, Daniel mengambil peluang berehat di bilik muzik mereka.Badannya keletihan selepas seharian mengadakan konsert.Tangannya dibawa ke dahi dan dia memejam matanya rapat-rapat.

Knock! Knock!

Daniel tersentak.Ketukan di pintu mengejutkannya.Kelihatan seseorang sedang berdiri di balik pintu.Perlahan-lahan Daniel melangkah menghampiri pintu.Mulutnya terbuka luas sebaik melihat wajah Hyo yang sudah jauh berbeza.Lebih matang gayanya.

"Apa kau buat dekat sini? Mana Hana?"tanya Daniel sebelum mencekak kolar baju Hyo.

"Dia tak ada dengan aku."

"Maksud kau?"

"Dia larikan diri dari aku masa tu.Aku tak tahu dia pergi mana."

"Tipu! Bagitahu aku mana dia sekarang atau aku pecahkan muka kau, nak?!"

"Aku betul-betul tak tahulah.Dia dah tak ada dengan aku sejak tiga tahun lepas.Aku ingatkan dia balik dengan kau."

Daniel menguatkan cengkaman di leher Hyo."Cakap betul-betul dengan aku!!"

"Aku cakap betullah ni!"

"Mustahil dia tak datang balik dekat aku.Dia dah janji nak datang balik."

Hyo melepaskan keluhan panjang."Daniel, aku tahu aku salah sebab ugut Hana.Masa tu, aku tak berfikir panjang.Yang aku tahu,aku kena rampas Hana.Sekarang ni aku betul-betul dah menyesal."

Daniel melonggarkan cengkamannya."Kau menyesal pun dah tak guna.Hana dah hilang."

"Daniel,aku.."

"Pergi!!"

"Tapi.."

"Pergi Hyo sebelum teruk aku kerjakan kau."

Hyo terdiam.Dia menarik nafas dalam-dalam.Dia akui semua ini memang salahnya.Hana lari selepas mengetuk kepalanya menggunakan kayu.Dia cuba mengejar tetapi disebabkan darah yang banyak mengalir,dia akhirnya pengsan.Oleh sebab dia takut kalau Hana melaporkan kepada polis perbuatannya itu, dia telah melarikan diri ke luar negara tetapi malangnya, Hana hilang entah ke mana.

"Maafkan aku Daniel.Moga kau berjumpa balik dengan Hana."

~~~~~

"Mak cik! Nak letak mana ikan-ikan ni semua?"jerit Hana ketika dia sibuk memunggah barang-barang untuk kedai makan tempat dia bekerja sekarang.

"Kamu letak je kat belakang.Nanti mak cik suruh Seo angkat."

"Ok."

Hana mengelap peluhnya yang menitik di dahi.Letih betul badannya tetapi dia terpaksa juga menyelesaikan kerjanya sebelum berehat.

"Sayang nak makan apa?"tanya Mike kepada Anne.Ketika ini mereka sedang berbulan madu.

"Kita makan sushi jelah."balas Anne.Mike mengangguk sebelum memimpin tangan Anne ke sebuah restoran sushi yang berdekatan dengan hotel tempat mereka menginap.

Sebaik sahaja Hana selesai mengangkat kotak-kotak ikan,dia segera menuju ke dapur.Tangannya dibasuh bersih sebelum dia mengambil kertas dan pen untuk mengambil pesanan.Dihampirinya pasangan yang baru masuk ke dalam restoran itu.Senyuman diukir selebar mungkin kepada pasangan yang masih lagi membelakanginya.

"Ya encik.Nak makan apa?"

Mike dan Anne berpaling.Terlopong luas mulut mereka bertiga.Hana sudah berundur setapak kerana terkejut.

"Hana!"Anne segera memeluk tubuh Hana.Diciumnya berulang kali pipi Hana.

"Awak pergi mana sebelum ni?"tanya Mike.

"Saya duduk sini je."

"Kenapa? Daniel dah lama tunggu kau."

Hana menunduk ke lantai.Sudah lama dia tidak berjumpa dengan Daniel.Dia akui memang dia rindukan Daniel.Rindu sangat-sangat tapi entahlah.Susdah untuk dia menerangkan semuanya.

"Jom kita jumpa diorang.Diorang rindukan kau."ajak Anne sambil tersenyum.

Hana pantas menggeleng."Tak apalah.Lain kali jelah aku ikut korang.Aku nak duduk sini dulu."

"Kenapa kau tak nak jumpa Daniel?"

"Aku..aku..takut Hyo cederakan dia lepas aku berjaya lari.Aku tak nak apa-apa terjadi dekat dia.Aku sayang dia.Dan aku nak minta tolong dekat korang, jangan beritahu sape-sape yang aku ada dekat sini.Please!"

Anne memandang Mike yang berdiri di sisinya.Serba-salah dibuatnya.

"Hmm..ok."

"Thanks ye.Hmm, dia macam mana sekarang?"

"Saya nampak dia ok tapi tak tahu dalamannya."jawab Mike.

"Hana! Kamu dah ambik order ke belum?"

Hana berpaling memandang Mak Cik Lyn yang sedang mengangkat pinggan menuju ke dapur.

"Dah mak cik!"

"Dah kena pergi.Lagi sekali, tolong jangan bagitahu Daniel di mana saya berada."

Mike mengangguk kepala diikuti oleh Anne.Hana tersenyum senang.Dia mahu Daniel terus selamat.

~~~~~

Aku tahu Hana ada di mana..kau tanya je Mike dengan Anne.Mereka pun tahu.

Daniel terkejut sebaik sahaja mendapat sms daripada nombor yang tidak dikenali.Dia cuba menghubungi nombor itu tetapi malangnya tiada jawapan.

Kemudiannya Daniel terus menghubungi Mike.Dua kali nada dering kedengaran sebelum suara Mike pula yang kedengaran.

"Hello Daniel.Kenapa call?

"Mana Hana?"suara Daniel sedikit tinggi.

Mike menelan air liur.Macam mana Daniel boleh tahu pasal ni?

"Err..aku tak tahu."

"Kau jangan tipu aku, Mike.Aku tahulah yang kau tahu mana Hana."

"Err..."Mike memandang Anne yang sedang duduk di hadapannya.Muka Anne juga sudah berkerut.

"Kitaorang dah janji Hana."balas Mike akhirnya.Mengakui yang memang mereka tahu Hana berada di mana.

"Bagitahulah aku.Please..aku nak jumpa dia."

"Tapi, kami dah janji."

"Tolonglah Mike.Aku rindu nak jumpa Hana.Please.."

Anne mengangguk kepalanya.Dia tahu yang mereka sudah berjanji tetapi timbul pula rasa kasihan terhadap Daniel.

"Ok, dia ada kat tempat kami honeymoon ni.Nanti kau pergi dekat sebuah restoran sushi.Ada sebuah je restoran sushi kat sini.Dia kerja kat situ."

"Ohhh..okay.Thanks."sebaik sahaja Daniel memutuskan panggilan telefon, dia segera mencapai jaket dan kunci kereta.Senyuman mekar di bibir.

"Hana, tunggu aku!"


p/s: :) Enjoy..lawa tak template baru? Hahaa



11 comments:

  1. siapa agaknya yang bg tau Daniel tu ea?

    teringin nk tahu..

    =)

    ReplyDelete
  2. wow~~~~
    mesti hyo yg bgtau kn....
    ngee~~~ xcited2....

    ReplyDelete
  3. huhu, sweet!!! :)
    tu bkn ke lgu unforgettable, kan?

    ReplyDelete
  4. Hananorisa~Lepas ni kita tahu ;)

    Nina~Hehee...ntahlah :P

    Hana~Hehe..yep2. ;)

    ReplyDelete
  5. ble nak sambung??~~
    xkn henti kt sini je~
    wuah~

    ReplyDelete
  6. Sweet~~ Hehe..ada lagi sambungannya :)

    ReplyDelete
  7. moooooonnnnnnnnn..... waaaa... cepat sambung moon.
    sape yek yg g tau daniel?
    nape hana x nak balik?
    sweet cter nie...
    uhuhuuhu nak next n3... keep it up ok moon...;p

    ReplyDelete
  8. igtkan da abisss...........waaaa, cpt la sambung

    ReplyDelete
  9. smbongla siis...nak mati bace sekerat cmnih..n bgla isyarat cerita dh hbes blom..ak x nak bce cerita yg blom hbis..x syiok

    ReplyDelete
  10. baru habes baca dari pukul 5pm until 9.05pm finally...suka...ader macam citer korean sket ek...but i loikeee @_____@

    ReplyDelete
  11. Lady Ayu : Hehe..terima kasih :)

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...