Saturday, December 26, 2009

Unforgettable Part 13


Daniel duduk sendirian di biliknya.Perlahan-lahan dia membaringkan tubuhnya di atas katil sambil memejam mata.Dia menyanyi kecil sebelum akhirnya mengeluh.

"Kenapalah mama nak buat jamuan makan malam tu?"keluhnya perlahan.Dia mengusap rambutnya.

"Mama buat macam tu supaya Daniel boleh cari gadis yang berkenan di hati."jawab Puan Vee.Daniel segera bangun dari pembaringan dan memandang ibunya dengan pelik.

"Bila masa mama masuk? Daniel tak sedar pun."

"Macam mana anak mama ni nak sedar kalau asyik berangan."jawab Puan Vee sambil mengusap rambut Daniel.

"Mana ada Daniel berangan."bidas Daniel sambil mencebik bibirnya.

Puan Vee ketawa kecil."Nanti Daniel carilah mana-mana gadis yang Daniel suka kat jamuan mama."

Daniel memandang wajah Puan Vee."Daniel tak naklah.Malas nak ada girlfriend."

"Daniel bukan makin muda.Sekarang ni pun dah 23 tahun."

"23 muda lagi.Mama tu kenapa tak nak kahwin lagi?"

"Mama cakap pasal Daniel bukan pasal mama.Pandai anak mama tukar topik."ujar Puan Vee sambil mencubit manja pipi anaknya.

Daniel ketawa dengan kuat."Daniel memang pandai."

"Mama ada dengar dari kawan-kawan Daniel pasal Hana."

Daniel terdiam.Dia mula menggaru kepalanya yang tidak gatal."Ek..ek.."

"Ek apa?"jerkah Puan Vee.

"Hana tu kawan baik Daniel masa kecil."jawab Daniel dengan terkejut.Dia mengurut dadanya untuk mengurangkan debaran.

"Daniel suka dia?"tanya Puan Vee sambil tersenyum.

"What? Imposibble lah mama."kata Daniel dengan mata yang membulat.

"Kenapa pulak impossible?"

"Sebab Daniel hanya anggap dia kawan je.Tak lebih dan tak kurang."

"Hmm..tak apalah kalau macam tu."jawab Puan Vee dengan perlahan.Seolah-olah berjauh hati.

"Kenapa mama?"tanya Daniel sambil memeluk mamanya dengan erat.

"Anak mama dah tak nak kongsi apa-apa dengan mama."

"Mana ada.Mama kan tempat Daniel mencurahkan apa-apa sahaja."

"Tapi Daniel tak pernah cerita pasal Hana."kata Puan Soo sambil memandang ke arah anaknya.

Daniel mengeluh perlahan."Bukan tak nak cerita tapi benda tu tak penting."

"Tak penting? First time mama dengar yang anak mama ada kawan perempuan.Penting tau bagi mama."

"Dia kawan perempuan terakhir Daniel.Kita cakap pasal benda lainlah ma.Mama nak dengar lagu baru Daniel?"tanya Daniel dengan riang.

"Nak."jawab Puan Soo.Dia tahu anaknya cuba mengubah topik perbualan.

******************************************************************************

"Hana, kau dah siap ke belum?"jerit Haruhi dari biliknya.Hana yang sedang makan makanan ringan tidak menjawab soalan Haruhi sebaliknya dia hanya terus makan dan menonton televisyen.

"Mana minah ni? Aku tanya tak jawab."bebel Haruhi.Dia terkejut melihat Hana yang sedang santai di atas sofa sambil makan.Malah, Hana hanya memakai baju tidur.Perlahan-lahan Haruhi duduk di sebelah Hana.

"Hana, kau nak pergi ke tak?"

"Aku rasa malas pulak."

"Hah?! Malas! Mana boleh?"

"Lah, kenapa pulak tak boleh?"

"Sebab kau kan dah janji nak pergi.Aku dah siap ni."kata Haruhi.Hana memandang ke arah Haruhi yang sudah siap bersolek.

"Kau pergi jelah so..." Mereka berdua berpaling ke arah pintu.

"Sape yang tekan loceng?"

"Entah.Biar aku pergi tengok."Hana meletakkan makanannya di atas meja dan berlari anak menuju ke pintu.

Dia mencapai tombol pintu dan membukanya dengan pantas.Secara tiba-tiba dia jatuh terduduk.Hampir serentak Fay dan Haruhi mendapatkannya.

"Hana, kau okay ke?"

"Tak.Sakitlah!"rintih Hana sambil mengurut pinggangnya.

"Meh sini.Aku angkat kau."ujar Fay seraya mencempung Hana.Terbelik mata Hana apabila diperlakukan sedemikian.Haruhi yang mengekori dari belakang hanya tersenyum kecil.

"Terima kasih."

"Tak apa.Habis tu, kau boleh ke pergi ni?"

"Entahlah.Macam tak boleh je.Awak pergi dengan Haruhi jelah."

"Hana, kau pasti ke?"tanya Haruhi dengan bimbang.

"Okay.Jangan bimbang.Go have some fun."jawab Hana sambil tersenyum.Kemudian dia mengalihkan pandangannya ke arah Fay.Dia tersenyum melihat penampilan Fay.Fay memakai tuxedo berwarna hitam dan Hana akui yang dia nampak sangat kacak.

"Handsomelah awak hari ni Fay."puji Hana.

Fay ketawa dengan kuat."Sebelum ni aku tak handsome ke?"

"Handsome tapi hari ni paling handsome.Dahlah pergi cepat."kata Hana.Fay dan Haruhi meninggalkannya seorang diri.Hana mengeluh perlahan sambil mengurut pinggangnya yang masih sakit.Dia tersenyum.'Fay, Haruhi..good luck!'

"Fay, kenapa awak pakai tuxedo?"tanya Haruhi.

"Sebab memang kena pakai.Awak kenapa tak pakai gaun?"

"Hah? Kena pakai gaun ke? Saya tak tahu! Macam mana ni?"tanya Haruhi dengan gelabah.Nak patah balik rasa macam susah je sebab dah dekat nak sampai.Dia berpaling memandang ke arah Fay yang sedang memandu.

"Awak jangan bimbang.Saya akan bawa awak pergi satu tempat."ujar Fay sambil tersenyum.

"Bawak saya pergi mana?"

Fay hanya membalas pertanyaan Haruhi dengan senyuman.

************************************************************************************


Haruhi tergamam sebaik sahaja dibawa memasuki sebuah butik yang menjual baju-baju yang sangat cantik.Dulu dia dan Hana pernah berangan-angan untuk membeli pakaian di butik itu tetapi memandangkan kedudukan kewangan yang tidak mengizinkan, mereka hanya membiarkan angan-angan itu berlalu pergi.

"Haruhi.Ni Puan Soo."kata Fay.Di sebelahnya berdiri seorang wanita yang sangat cantik.

"Apa khabar, Haruhi?"kata Puan Soo dengan lembut.

"Baik Puan."jawabnya dengan lembut.

"Mari ikut mak cik."

"Hmm..baju apa yang sesuai ye?"kata Puan Soo sambil tangannya ligat mencari gaun yang sesuai untuk Haruhi.Akhirnya matanya tertancap ke arah sehelai gaun berwarna ungu yang sangat menarik.Bibirnya mengukir senyuman.

"Gaun ni sesuai untuk Haruhi.Pergi salin ye.Mak cik dengan Fay tunggu kat depan."kata Puan Soo sambil tersenyum.Haruhi dengan teragak-agak menuju ke bilik persalinan.Dia melihat gaun yang berada di tangannya.Perlahan-lahan dia mengusap gaun tersebut.

'Lembutnya.Mesti mahal ni.'

"Jadi tulah Haruhi yang Fay selalu cerita kat mak.Cantik orangnya."

Fay berpaling memandang ibunya."Dia bukan saja cantik tapi baik."

Puan Soo tersenyum kecil.Anaknya sudah mula menyukai seseorang.Sebelum ini, anaknya lebih suka bersendirian.Mesti Haruhi ni seorang yang sangat istimewa.

"Nampaknya anak mak dah jatuh cinta."

Muka Fay berubah menjadi merah."Mungkin."

"Haruhi dah keluar."kata Puan Soo seraya bangun.Dia dan Fay terpegun melihat Haruhi.Gaun berwarna ungu yang membaluti tubuhnya menyerlahkan lagi kecantikannya.Rambutnya dibiarkan terurai.Haruhi mulai malu apabila ditenung oleh Fay.Puan Soo yang menyedari keadaan Haruhi segera menepuk bahu anaknya.

"Awak sangat cantik Haruhi."puji Fay.Ikhlas.

"Puan Soo yang tolong pilih.Terima kasih Puan Soo."balas Haruhi sambil tunduk hormat.

"Tak apa.Dah memang kerja mak cik.Pergilah cepat.Nanti lambat pulak."

"Mak tak pergi ke?"tanya Fay.Haruhi menepuk pipinya berulang kali.'Mak?'

"Mak pergi tapi lambat sikit.Tak apalah.Kamu berdua pergi dulu."

"Baiklah.Kami pergi dulu."ujar Fay sambil memegang tangan Haruhi.

"Fay, Puan Soo mak awak ke?"

"Yes.Kenapa?"

"Ohh..Tak ada apa."jawabnya perlahan.Dia berpaling melihat butik di belakangnya.

***********************************************************************************

Fay dan Haruhi beriringan masuk ke dalam lobi hotel.Fay menghulurkan sebelah tangannya kepada Haruhi.

"Untuk apa?"tanya Haruhi pelik.

Fay ketawa kecil."Majlis dah nak mula.Jom."

Perlahan-lahan Fay menyambut huluran tangan Fay.Dia seperti mendapat kekuatan.Dengan penuh yakin dia melangkah masuk.

"Fay!"jerit Max dan Carl yang sedang duduk di sebuah meja.

"Hi Haruhi."

"Hi."balas Haruhi sambil tersenyum.

"Mana Hana?"tanya Shin.Dia memandang ke arah pintu masuk.

"Dia tak datang."jawab Fay.

"Kenapa?"

"Dia jatuh tadi.Sakit pinggang."

"Ala,tak bestlah macam ni.Tak cukup geng."kata Max sambil menepuk dahinya.Daniel yang berada di hujung dewan tersenyum apabila melihat semua rakannya sudah sampai.Dia kemudiannya mendekati mereka.

"Sampai jugak korang."tegurnya.

"Mestilah.Dapat makan free."jawab Carl sambil menayangkan giginya yang putih.Daniel mencari-cari kelibat Hana.

"Mana Hana, Haruhi?"

"Hana jatuh tadi.Dia tak boleh datang."jawab Haruhi perlahan.

Daniel mengerutkan dahinya dan segera berlalu.Mereka semua tercengang apabila melihat langkah Daniel yang meninggalkan dewan.Masing-masing saling berpandangan.Anne yang baru sahaja sampai tidak sempat untuk menegur Daniel.Dia hanya memerhatikan langkah Daniel yang semakin menjauh.

'Dia nak pergi mana tu?' tanya Anne di dalam hati.Tiba-tiba bahunya dicuit seseorang.Mike tersenyum ke arahnya.

"Hana mana?"tanya Mike.Anne hanya mengangkat bahu.

"Dia datang kan?"

"Aku rasa dia datang sebab dia dah kata nak datang."

"Kau rasa Daniel pergi mana?"

"Tak tahu.Dia pergi toilet kot."balas Haruhi.Kemudian dia ternampak ahli-ahli kumpulan V-Pop sedang melambai-lambai ke arahnya.Dia tersenyum dan menghampiri mereka.

"Daniel nak pergi mana tu?"

"Entah.Tiba-tiba je dia bla."jawab Fay.Anne mengerutkan dahinya.

"Hello Daniel.Kau ada kat mana?"tanya Fay sebaik sahaja Daniel menjawab panggilan telefonnya.

"Apa?!"


p/s : Commentlah ye :)

No comments:

Post a Comment

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers