Tuesday, July 6, 2010

Mini novel My Everything

“Cikgu, ni apa?”tunjuk Aiman.Perlahan-lahan Aina menghampiri sebelum tersenyum.

“Ni belalang, Man.”

“Belalang?”

“A’ah..belalang.”

“Man boleh pegang tak?”

“Eh, jangan.Nanti kotor tangan Man.”

“Papa!”jerit Aiman sebaik sahaja melihat ayahnya yang sedang berdiri di hadapan pintu pagar tadika.Pantas sahaja si ayah mendukung si anak.Pipi Aiman yang gebu dicium oleh Encik Haris.

“Apa khabar, cikgu?”

“Baik..Encik Haris pula?”

“Saya pun sihat.”

Haris memandang anaknya yang ralit bermain dengan tienya.”Aiman nakal tak hari ni?”soalnya kepada anak tunggalnya itu.Isterinya Hani telah meninggal dunia ketika bersalinkan Aiman.Dia bersyukur kerana isterinya telah meninggalkan satu-satunya harta yang paling berharga kepadanya iaitu Aiman.Sekurang-kurangnya si kecil ini mampu menceriakan hidupnya yang kosong selepas kematian Hani.

“Tak..Aiman baik sangat papa.”balas si kecil berusia 5 tahun itu.Walaupun masih lagi kecil, kepetahannya bercakap mengalahkan orang dewasa.Aina tersenyum mendengar jawapan Aiman.

“Betul ke cikgu?”soal Haris kepada Aina pula.

“Betul Encik Haris.Aiman baik sangat hari ni.”sengaja ditekankan perkataan baik.Aiman tersengih.Gembira kerana cikgunya menyokong apa yang dikatakannya.

“Baiklah cikgu.Kami balik dulu.”

Aina mengangguk.Perlahan kaki diatur untuk masuk ke dalam taska.

“Cikgu..”panggil Haris.Aiman sudah selamat diletakkan di dalam kereta.

“Ya?”

` “Emm..saya nak bagi ni dekat cikgu.”

“Apa dia ni encik? Susah-susah aje.”teragak-agak untuk Aina menyambut beg kertas yang dihulurkan oleh Haris kepadanya.

“Hadiah ni sebagai tanda terima kasih kepada cikgu kerana dah bersusah-payah jaga anak saya.”kata Haris sambil tersenyum.

“Dah memang tugas sayalah Encik Haris.”

` “Saya tahu..tapi cikgu terimalah hadiah saya ni ya.Saya ikhlas.”beria-ia sekali suara Haris.

Aina memandang Haris sebelum mengalihkan pandangan ke arah beg kertas yang dipegang oleh Haris.Akhirnya dia mengalah.Beg kertas itu bertukar tangan.

“Thanks Encik Haris.”

“Sama-sama.Baiklah cikgu.Saya balik dulu.Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”balas Aina sambil memerhatikan kereta Haris meluncur pergi.Dia melihat isi kandungan beg tersebut.Bibirnya mengukir senyuman.Terima kasih Encik Haris..

“Apa yang Encik Haris kasi dekat kau?”tanya Maria sebaik sahaja Aina masuk ke dalam dapur.Dia sibuk menjengah kepala untuk melihat isi beg kertas itu.

“Kenapa nak tahu sangat?”

“Manalah tahu kot-kot dia berkenan dekat kau.Dia kan duda..tak salah kalau dia suka dekat kau.”kata Maria sambil menghirup air milo panas.

“Hish! Ke situ pulak kau.Tak adalah.Hadiah ini untuk ucapan terima kasih jelah.Tak ada makna lain.”

“Terima kasih untuk apa? Terima kasih sebab jaga anak dia.Habis aku ni? Bukan ke aku pun jaga Aiman? Kenapa dia tak beri pun hadiah dekat aku?”serang Maria bertubi-tubi.Dia tersengih puas.Dipandang wajah Aina yang diam.Dia yakin yang Encik Haris mungkin sudah mempunyai perasaan terhadap Aina.

“Tak adalah.Kau ni suka sangka yang bukan-bukan.Tengoklah esok lusa nanti.Mesti dia beri hadiah dekat kau jugaklah.”jawab Aina dengan perasaan yang berbelah-bahagi.Bila difikirkan kembali apa yang dikatakan oleh Maria, ada juga betulnya tapi..argh! Dia membuang jauh-jauh segala tanggapan yang dah mula menyerabutkan kepala.

“Ok.We’ll see.Kalau dia tak bagi, kau tahulah jawapannya kan?”ucap Maria sambil menjungkit kening.

“Dia confirm beri!”tegas Aina.Maria hanya menjungkit bahu.Suka hati kaulah Aina.

Aina menggeliat lemah.Letih sungguh hari ini.Ingin sahaja dia terjun atas katil dan terus lelapkan mata sampai subuh esok.Tapi..dipandangnya ke arah buku-buku yang perlu ditanda.Banyak lagi kerja yang perlu diselesaikan.

Tik! Tik!

Sms yang diterima menghentikan Aina daripada menanda buku.Segera dia mencapai telefon bimbit yang diletakkan di atas meja kecil di sebelah katil.

One message received

Assalamualaikum Cikgu Aina.Saya Haris, ayah Aiman..Hmm..cikgu ad abaca tak nota yang saya tinggalkan dalam beg tadi?

Nota? Aina bangkit dari kerusi sebelum mula mencari beg kertas pemberian Haris.Dia mengeluarkan semua benda dan akhirnya matanya tertancap ke arah sehelai nota kecil.

Saya harap, kalau tak keberatan..boleh tak kalau cikgu menjadi teman saya ke majlis annual dinner syarikat saya? Kalau boleh, cikgu pakailah baju dengan tudung yang saya hadiahkan tu.

Mata Aina membulat.Dia seperti bermimpi.Baju kurung berwarna ungu dan tudung berwarna sedondon dipandang dengan pandangan kurang percaya.Biar betul?

HARIS tersenyum sebaik sahaja melihat Aina yang baru keluar dari rumah sewanya.Sengaja Aina melambat-lambat untuk mengunci pintu.Jantungnya yang tidak henti-henti berdegup merimaskan dirinya.Kenapalah dia bersetuju untuk menjadi teman Haris? Memang cari nahas betullah!

“Maaf lama tunggu, Encik Haris.”kata Aina sebaik sahaja dia masuk ke dalam kereta Haris.Sedaya upaya dia cuba mengawal reaksi muka agar menjadi tenang sentiasa.

“Eh, tak adalah.Saya pun baru sampai.”balas Haris sambil tersenyum.Dia segera melarikan keretanya dengan penuh berhati-hati.

Aina menahan nafas.Bau minyak wangi yang dipakai oleh Haris benar-benar membuatkan dirinya tidak selesa.Bukannya dia tak suka tapi bau minyak wangi itu membuatkan dia selesa.Baunya lembut dan menenangkan.Haih! Dia menggelengkan kepala.Dah kena rasuk ke aku ni?

“Kenapa cikgu? Cikgu pening ke?”tanya Haris risau apabila melihat Aina tergeleng-geleng.

“Tak adalah Encik Haris.Saya lenguh tengkuk je.Sebab tu tergeleng-geleng ni.”

“Ohh..”

Aina menarik nafas lega.Dia mencuri pandang lelaki di sebelahnya ini.Keadaan yang gelap memberikannya peluang untuk menilik wajah lelaki ini.Hidungnya mancung terletak.Rambut yang sedikit tercacak membuatkan dia nampak berkarisma.Dia juga mempunyai bibir yang merah.Past tak merokok.Apa lagi ya? Oh..matanya.Berwarna coklat gelap dan pandangannya begitu kuyu sekali.Ralit sekali Aina menilik lelaki di sebelahnya ini.

“Cikgu, kita dah sampai.”kata Haris tiba-tiba membuatkan Aina tersentak.Dia berpura-pura batuk untuk menyembunyikan kegugupannya.

“Jom.”Haris sudah membukakan pintu kereta.Dengan lafaz bismillah, dia mengikut langkah Haris masuk ke dalam sebuah dewan besar.

“Besarnya..”mulutnya yang kecil terlopong luas.Belum pernah lagi dia masuk ke dalam sebuah dewan yang sebesar ini.Tambahan pula, hiasan dalamannya begitu menarik sekali.Hampir-hampir sahaja Aina melanggar Haris yang telah berhenti di hadapannya.

“Kalau cikgu nak makan apa-apa, cikgu ambik je ya.”

Aina hanya mengangguk.

”Mari saya kenalkan cikgu dengan kawan-kawan saya.”Haris berjalan di hadapan manakala Aina hanya mengekori dari belakang.Ada beberapa mata yang memandangnya dan dia juga tak tahu kenapa.Adakah kerana dia berjalan bersama-sama Haris ataupun kerana pakaiannya yang berbeza daripada mereka-mereka yang berada situ? Yalah kan, dia berbaju kurung pesak yang biasa-biasa sahaja tetapi amat dia hargai kerana itu pemberian daripada Haris manakala mereka memakai pakaian yang nampak begitu glamour.Berkelip-kelip seperti ditampal dengan serbuk kilat.

“Cikgu, kenalkan ini Serina.Tunang saya.”

Ingin sahaja Aina pengsan di situ.Tunang? Wajah gadis yang berdiri di sebelah Haris dipandang.Memang cantik sekali rupa parasnya.Sesuai digandingkan bersama-sama Haris.

“Saya Aina.”Aina hulur salam persahabatan.Bibirnya cuba mengukir senyuman.Entah kenapa hatinya tiba-tiba sahaja berasa sakit sangat.Adakah dia cemburu?

“Serina..”Serina membalas huluran Aina.

“Hmm..Encik Haris, saya perlu balik sekaranglah.Dah lewat.”

“Tapi cikgu belum makan lagi.”

“Tak apa.Saya masih lagi kenyang.”

“Biar saya hantar cikgu balik ya.”

“Eh, tak apa.Saya boleh naik teksi.Terima kasih Encik Haris kerana sudi menjemput saya ke majlis ni.Saya hargai sangat-sangat.”

Tanpa berlengah lagi, terus sahaja Aina berlalu pergi dari situ.Tak sanggup melihat kemesraan di antara Haris dan Serina.Dia sendiri pelik kenapa dia harus merasa sakit.Ditepuk kuat dadanya yang terasa begitu perit.Air mata yang cuba ditahan akhirnya mengalir juga.Sakit! Mengapa membawa dia ke sini sedangkan Haris sudah mempunyai temannya sendiri?

“Cikgu!”jerit Haris.Aina berpaling ke belakang.Dia mengesat air mata yang mengalir.

“Ya?”

“Saya..hmm..nak beritahu cikgu yang mulai esok Aiman dah tak pergi tadika Nur Iman lagi.Dia akan pergi tadika yang lebih dekat dengan rumah Serina.Senang sikit nanti.”

Aina menggigit bibir.”Ohh..baguslah kalau macam tu.Nanti encik kirimkan salam saya pada Aiman ya.”

“Insya-Allah, cikgu.”


7 comments:

  1. sorry to say
    but hero t'lalu tipical
    nice story
    nape dh ada tunang mesti ajak ckgu tu
    nk show off tunang atau dia rasa dia tu HOT sgt!~

    ReplyDelete
  2. apa motif si harris buat macam tu pd cikgu aina? nak sakit kan hati ke? mcam xde makna citer ni lah.

    macam tergantung pulak citer ni.
    sorry ek for the comment.

    ReplyDelete
  3. nape haris still ajak aina ke dinner tu even tnang dia ada? or dia uji aina je?

    ReplyDelete
  4. MOON!! lagi please,,,cam nk hempuk pun ada si haris tu..show off!

    ReplyDelete
  5. Amboi....bru mula dh main perasaan la pulak...hahah

    ReplyDelete
  6. Amboi...bru mula...dh main perasaan crita ni..hahah..Terbaikkkk

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers