Friday, January 1, 2010

Unforgettable Part 20


Hana bersiap ala kadar untuk majlis malam ni.Dia membetul-betulkan rambutnya sebelum melangkah keluar.Semasa dalam perjalanan, dia terserempak dengan Daniel tetapi dengan sebaik mungkin dia cuba berlagak tenang.

'Nanti kena mintak balik iPod aku.'

Daniel yang hanya memerhatikan langkah Hana pelik.Kenapa Hana tak tanya apa-apa pasal iPod dia? Dia tak sedar ke yang iPod dia dah hilang.Daniel memandang ke arah iPod yang berada di tangannya dan mengatur langkah ke luar resort.

"Ok, memandangkan semua orang dah ada.Marilah kita mulakan acara kita pada malam ni."ujar Shin sebagai pengerusi majlis.

"Malam ni kita akan main satu permainan."sambungnya lagi.

"Permainan apa?"tanya Max tidak sabar.

"Kotak beracun!"

"Tak bestlah."kata Hana yang sememangnya tidak menggemari permainan yang boleh menyebabkan dia menjadi mangsa.

"Best apa.Aku suka."bidas Fay sambil mengangkat keningnya.

"Suka hatilah koranglah nak main apa pun.Saya tak nak join."balas Hana seraya bangun.Carl yang duduk di sebelahnya segera memegang tangannya dan menarik dia supaya duduk.

"Kau tak boleh pergi mana-mana.Sekarang main je."kata Carl dengan tegas.

"Yelah."

"Ok, sape nak start dulu."tanya Shin.Max dengan penuh semangat segera mengangkat tangan.Kotak diserahkan kepada Max dan Fay mula memasang lagu.

"Tunggu!"kata Hana dengan kuat.

"Apa lagi?"

"Fay tak boleh pandang sini.Tak adil namanya."

"Yelah.Fay, pusing belakang sekarang jugak!"sokong Shin.Fay segera memusingkan badannya dan mula memasangkan kembali lagu.

Dengan pantas mereka menyerahkan kotak tersebut ke arah satu sama lain.Hana sering berdoa di dalam hati agar dia terlepas.Kadang kala sempat juga dia memandang ke arah Daniel yang duduk di sebelah Anne.

'Rapat semacam je.'

"Max, kau kena!"jerit Carl.Hana yang sedang memerhatikan Daniel dan Anne tersentak.Dia segera mengalihkan pandangan ke arah Max yang sedang memasukkan tangannya ke dalam kotak.Dia mengambil satu kertas dan membacanya sebelum menggumpal kertas itu.

"Apa yang kau kena buat?"tanya Fay sambil tersenyum.

"Malulah nak cakap."

"Cakap jelah."

Max mengeluh sebelum membaca kembali apa yang perlu dia lakukan."Pergi ke sebatang pokok.Kemudiannya peluk pokok tu dan cium."

Hampir semua orang yang berada di situ ketawa.Peluk dan cium pokok! Hana yang cuba membuat muka serius pun turut ketawa.

"Sekarang ni pergilah buat.Banyak pokok kat sini."arah Carl.

"Yelah..aku pergilah ni."balas Max seraya menuju ke salah sebuah pokok yang paling hampir dengan mereka.Perlahan-lahan dia memeluk pokok itu dan memberikan ciuman.Kemudian dia berjalan kembali ke arah kami.

"Bestlah pokok tu sebab Max peluk dengan cium dia."usik salah seorang peserta.Max hanya tersenyum kecil.

"Ok.Jom mulakan lagi sekali."

Hana yang mulai seronok bermain mula tersentak apabila kotak tersebut berada di tangannya di saat-saat muzik berhenti.Dia merenung tajam ke arah Fay.

'Aku kena? Tak! Tak!'

"Cepatlah Hana."kata Max.

"Yelah.."jawab Hana lalu mengambil satu kertas.Matanya terbeliak sebaik sahaja membaca arahan di kertas tersebut.Berulang kali dia membacanya.

Anda dikehendaki untuk melamar salah seorang ahli kumpulan V-Pop dan orang itu mestilah seseorang yang duduk paling dekat dengan anda semasa di dalam bas.Kalau boleh, tolong menyanyi sedikit.

'Wargghh!!! Memang membunuh sungguh! Kenapa kertas ni yang aku tarik?'jerit Hana di dalam hati.

Hana memandang ke arah Daniel yang sedang merenung ke arahnya.Perlahan-lahan Hana mula mengambil nafas.Dia berjalan ke arah Fay dan membisikkan sesuatu di telinganya.

"What?!"

"Please."pujuk Hana.

"Yelah yelah.."Fay masuk ke dalam resort.Tidak lama kemudian dia keluar sambil memegang sebuah gitar dan sekuntum bunga lily.

"Nah.Jaga elok-elok.Aku sayang gitar ni."pesan Fay sebelum menyerahkan gitarnya kepada Hana.Hana tersenyum dan menganggukkan kepalanya.

"Sebelum saya mulakan apa-apa, biar saya baca apa yang saya perlu lakukan."

"Anda dikehendaki melamar salah seorang ahli kumpulan V-Pop dan orang itu mestilah seseorang yang duduk paling dekat dengan anda semasa di dalam bas.Dan memandangkan Daniel orang yang paling dekat dengan saya jadi saya akan melamar dia.Tapi jangan bimbang, semua ni tipu je."ucap Hana.Daniel yang mendengar sedikit terkejut.

'Hana nak buat sungguh-sungguh ke?'

Hana mengambil tempat duduk dan mula memainkan gitar Fay.Dia meletakkan bunga lily di sebelahnya.

I lie awake at night,
See things in black and white
I only got you in my mind
You know you have made me blind

I lie awake and pray
That you will look my way
I have all this longing in my heart
I knew it right from the start

Mike menahan rasa marahnya apabila mendengar apa yang perlu Hana lakukan.Dia mengetap bibirnya kuat.

Oh my pretty pretty boy
I love you
Like I never ever loved no one before you
Pretty pretty boy of mine
Just tell me you love me too
Oh my pretty pretty boy
I need you
Oh my pretty pretty boy
Let me inside
Make me stay
Right beside you

Daniel memandang Hana yang sedang bermain gitar.Sedikit sebanyak hatinya terusik mendengar lirik-lirik lagu tersebut.

'Pretty boy..'

Kemudian Hana berhenti bermain dan menghampiri Daniel sambil memegang sekuntum bunga lily.Dia melutut di hadapan Daniel dan memandang ke wajah Daniel.Daniel turut memandang ke arah Hana.

"Daniel, will you mar..mar.."

"Sebut jelah."usik Fay.

"Susahlah."

"Sebut je."sokong yang lain.

"Daniel, will you marry me?"ucap Hana dengan tenang.Daniel hanya mendiamkan diri.Hana mula berasa takut.

'Apasal dia senyap je? Jawablah.'

Mereka semua menantikan jawapan daripada Daniel tetapi Daniel hanya memandang ke arah Hana.Hana yang naik lenguh melutut mula bangun tetapi belum sempat lagi dia telah ditarik oleh Daniel.

"Aku setuju."bisiknya.Dia mengambil bunga lily di tangan Hana dan menggantikannya dengan iPod.

"Tu iPod kau kan?"tanyanya lagi.Hana hanya menganggukkan kepala.Perlahan-lahan Daniel mula melepaskan pegangannya.

"Wah, romantiknya!"jerit Carl dan Max serentak.

"Apa yang romantiknya?"tanya Hana.

"Daniel setuju."balas Carl.Hana menundukkan kepalanya sebelum kembali duduk.Dia malu untuk memandang wajah Daniel.

************************************************************************************

Daniel merebahkan badannya di atas katil dan memejam matanya rapat-rapat.Dia teringat kembali cara Hana melamar dia tadi.Hana kelihatan begitu tenang.

"Aku setuju."ucapnya perlahan.

"Argh!! Tak! Tak!" jeritnya perlahan.Dia mula teringat kemesraan Hana dan Mike.

"Hana suka Mike."diucapkannya berulang kali.Dia bangun dari katil dan menuju ke beranda.

"Bilik Hana cerah lagi."keluhnya perlahan.Dia memandang lama ke bilik Hana dengan harapan Hana akan keluar.

"Aku setuju..aku setuju..aku setuju.."ucap Hana berulang kali.Dia menekan suis televisyen tetapi perhatiannya lebih kepada benda lain.Hana memandang ke arah iPod di tangannya.

"Macam mana aku boleh selamba je lamar dia tadi?Padahal Anne ada kat sebelah."Hana membuka pintu beranda dan matanya bertembung dengan mata Daniel.

"Kau tak tidur lagi?"tanya Daniel.

"Tak mengantuk."

"Hana, kau ada apa-apa ke dengan Mike?"

Hana terkejut mendengar pertanyaan Daniel."Kalau ada, kenapa?"

"Tak ada apa.Korang berdua padan."

"Kau dengan Anne pun padan jugak."

"Aku dengan Anne cuma kawan je."jawab Daniel sebelum mengeluh.

"Kawan.."ulang Hana perlahan.

"Betul ke kau ada hubungan dengan Mike?"Daniel mengulang kembali soalan yang sama.

"Tak adalah.Kami kawan je."

"Hmm.."

"Aku masuk dulu ye.Ngantuk."

"Pergilah.Good night."ucap Daniel.

Hana berpaling ke belakang."Good night, Pretty Boy."

Daniel berpaling tetapi Hana sudah menutup pintu biliknya.Perlahan-lahan Daniel mengukir senyuman.

"Good night, Pretty Girl."

************************************************************************************




Keesokkan harinya Hana bangun dengan senyuman di bibir.Dia memberikan senyuman manis kepada setiap orang yang ditemuinya.Semua ahli kumpulan V-Pop, Anne dan Haruhi pelik melihat kelakuannya.

"Hana, kau okay ke?"tanya Haruhi.

Okay je.Kenapa?"

"Kau asyik senyum je dari tadi."

"Salah ke?"

"Tak salah tapi peliklah."

Hana tersenyum kecil."Tak apa yang peliknya."

"Mike!"panggil Hana.Mike segera menghampiri mereka.Kemudian dia mengambil tempat di sebelah Hana.

"Pagi ni ada apa?"tanya Mike.

"Hmm..nanti nak bahagi kumpulan."terang Shin.Daniel yang berada di sebelahnya dikerling.

"Aku nak pergi tandas sekejap."kata Daniel dan bergegas pergi dari situ.Fay dan rakan-rakannya saling berpandangan dan memandang ke arah Hana.Hana memerhatikan langkah Daniel yang semakin menjauh.

"Oklah.Jom pergi lobi.Mesti diorang tengah tunggu."ucap Shin.Mereka menganggukkan kepala dan mula berjalan ke arah lobi.

Shin, Fay, Max dan Carl naik ke atas pentas kecil yang disediakan di lobi.Peserta-peserta yang lain hanya berdiri di bawah sambil menunggu penerangan daripada Shin.Tidak lama kemudian, Daniel sampai lalu naik ke atas pentas.

"Baiklah.Kat depan ni ada sebuah kotak besar.Di dalamnya ada nombor.Setiap seorang kena ambik satu nombor untuk menentukan kumpulan masing-masing.Sekarang beratur dan sila ambil nombor."terang Shin.Selepas itu semua peserta beratur termasuklah Hana, Haruhi, Anne dan Mike.

"Setiap daripada kami akan ambil nombor.No 1-5 sahaja."Shin menapak ke depan dan mengambil nombor daripada sebuah kotak kecil.

"No 3, sila ikut saya."ucap Shin dengan lantang supaya semua orang boleh dengar.Hana melihat nombor di tangannya.Dia tak sama kumpulan dengan Shin.

Kemudian Fay mula mengambil kertas."No 1" Haruhi menjerit kesukaan kerana dapat satu kumpulan dengan Fay.

Seterusnya Carl memanggil peserta yang mendapat kertas bernombor 4.Anne segera mendekati kumpulan Carl.Dia nampaknya seperti kecewa kerana tidak sama kumpulan dengan Daniel.

"No 2!" Hana tersentak.'Nombor aku tu.'Dia memandang ke arah pentas.

"Daniel?"

'Kenapa aku asyik sama je dengan dia? Duduk dalam bas lepas tu kena melamar dia.Bilik sebelah-menyebelah pulak tu dan sekarang kumpulan sama dengan dia.Diorang semua nak kenakan aku ke?'

"Hana, awak kumpulan berapa?"tanya Mike yang berdiri di sebelahnya.

"Kumpulan 2.Saya pergi dulu ye."jawab Hana.Dia menghampiri ahli-ahli kumpulan 2 yang lain.Daniel yang sedang berdiri di hadapan memandang ke arah Hana.Dia mengukir senyuman apabila melihat wajah mencuka Mike.

"Ok..sekarang ketua berbincanglah dengan ahli-ahli kumpulan tentang nama dan apa-apa benda yang patut."jerit Shin.

"Jom semua."arah Daniel sambil melangkah ke sebuah batu yang besar.

"Hana, kau duduk sini."Hana segera duduk di sebelah Daniel.Dia menantikan setiap butir bicara Daniel.

"Sekarang ni kita reka nama dulu.Ada apa-apa cadangan?"tanya Daniel kepada semua ahli kumpulannya.

"D and H."sebut salah seorang ahli sambil tersenyum.

"D and H?"

"Daniel and Hana."ucap Daniel perlahan namun jelas di telinga Hana.

"Ek..ek mana boleh nama kami berdua jadi nama kumpulan.Patutnya nama kumpulan ni kena menggambarkan kita semua."balas Hana.

"Kak Hana nak nama apa?"tanya seorang budak perempuan.

"Hmm..okay tak kalau One?"

"One?"

"A'ah.Nak tak?"tanya Hana kepada Daniel.

"Aku ikut je.Tak kisah."

"Semua setuju tak?"

"Setuju!"jawab mereka serentak.Hana tersenyum senang.

"Semua dah siap ke?"jerit Shin.

"Dah!"

"Bagus.Sekarang berkumpul dekat sini."kesemua kumpulan segera menghampiri Shin.

"Sekarang, kita akan masuk hutan untuk jungle trekking.Semua dah ready?"

"Dah!"kata mereka semua serentak.

"Saya nak awak semua patuh arahan ketua anda semua.Jangan main-main masa dalam hutan.Bahaya.."pesan Shin sebelum mereka bertolak.

"Kami faham."

"Bagus.Sekarang, jom kita bertolak."mereka semua masuk ke dalam hutan mengikut nombor kumpulan masing-masing.Kumpulan Fay mendahului di depan, diikuti oleh kumpulan Daniel,Shin, Carl dan akhir sekali Max.

"Oh mak kau terpelanting."latah Hana apabila dia tersepak sebiji batu dan nyaris-nyaris terjatuh.Nasib baik dia sempat berpaut pada sebatang pokok.Daniel yang berada di belakangnya ketawa kecil.

"Kau melatah?"

"Kadang-kadang je.Time terkejut."balas Hana cuba berlagak selamba.

"Ohh..kesian mak sapelah yang terpelanting tu."sindir Daniel yang masih lagi ketawa.

"Dah dah.Jangan nak kutuk aku je."marah Hana.

"Yelah.Aku tak kutuk dah."

"Jalan kat sini bahayalah."

"Memanglah bahaya.Nama pun hutan."

"Aku tahulah hutan."Hana memandang ke arah Fay dan Haruhi yang berada di hadapan sekali.

"Romantik kan diorang?"tanya Hana kepada Daniel yang sudah berdiri di sebelahnya.

"Sape?"

"Fay dengan Haruhi lah.Sape lagi?"

Daniel tersenyum kecil."Hmm..memang romantik."

"Kau dengan Mi..."

"Dah! Tak payah sambung.Aku tau kau nak sebut nama sape dan kau nak suruh aku ulang berapa kali yang aku tak ada hubungan langsung dengan dia."

"Hana!!"jerit Daniel dengan kuat.

"Arghhh!!!"



2 comments:

  1. aper terjadi pd mereka berdua...ala tomey la...due2 epi coz dua bkn dgn org yg dipkkn...huhuuh...

    ReplyDelete
  2. huhu! hepinye!!!!! besh sgt n3 kali ni!

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers