Page Fallenmoon/Liya Zafrina : Klik di sini
Group Atas Nama Cinta-Mu : Klik di sini

Thursday, September 1, 2011

Cerpen : Baju Nikah Aidilfitri.


“Kenapa bila raya je, aku mesti mengalami masalah yang besar?” Soal aku pada Husna yang sedang membetulkan tudungnya di hadapan cermin. Husna hanya tergelak kecil sebelum berpaling ke arahku yang sedang berteleku di atas katil.
            “Masalah tu kecil. Kau yang suka buat masalah tu jadi besar.” Balas Husna sambil melangkah ke tepi katilnya. Aku yang sedang enak merebahkan tubuh badan atas katilnya mencebik. Mungkin bagi Husna yang sememangnya ayu dan cantik, masalah berkaitan dengan baju kurung tidak menjadi masalah. Tapi bagi aku yang agak tak berapa nak ayu ni, masalah yang berkaitan dengan baju kurung memang besar!
            “Aku takde baju raya lagi ni. Kau ada siapa-siapa yang boleh tolong jahitkan untuk aku?”
            Husna menggeleng. Beg tangannya diletakkan di bahu. “Dah last minute sangat. Kau cakap hari tu nak beli kat kedai je. Sekarang ni kenapa tiba-tiba nak suruh orang jahitkan pulak?”
            Aku menghela nafas panjang. “Aku dah survey kat kedai. Takde yang berkenan di hati. Yang berkenan di hati pulak, harganya boleh buat aku pengsan kat situ. Terlalu ‘murah’ bagi aku yang bergaji ‘banyak’ ni.”
            Husna ketawa. “Konon kan?”
            “Kononlah sangat... Please help me. I really need your help. Mak aku suruh kami semua pakai baju warna sama.” Aku mula memegang tangan Husna meminta pertolongannya. Hanya dia seorang saja yang boleh aku harapkan sekarang ni sebab dia pakar dalam hal-hal macam ni. Sebelum ni, mak yang selalu beli baju raya tapi kali ni, mak menyuruh aku memilih sendiri. Sebabnya aku dah cukup dewasa nak buat pilihan sendiri.
            “Warna apa?”
            “Krim.”
            “Nanti aku try tanya kawan-kawan aku. Kalau aku dapat apa-apa info nanti, aku mesej kau. Make sure kau jangan off telefon.” Husna berkata sambil mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam beg tangannya.
            “Thanks house-mate! Kau memang kawan serumah aku yang paling baik!” Aku memeluk bahu Husna sambil tersengih. Dia hanya mencebik sebelum menolak aku menjauhinya. “Habis tudung aku berkedut.”
            “Masih cantiklah. Kenapa muka kau sesuai je pakai tudung awning tu? Tudung tu macam protes aku tau tak! Dia tu buat aku nampak gemuk walaupun hakikatnya aku takdelah kurus mana sangat.”
            Husna tersenyum sinis. “Yelah tu. Bukan ke lepas kau baca teori Soraya dalam Valentina Nervosa, kau mula pakai balik tudung bawal. Aku ingat lagi kau cakap kenapa kau pakai balik tudung bawal, ‘Senang orang tahu emosi aku macam mana. At least, diorang akan berjaga-jaga kalau aku dalam mood bengang.’ Don’t lie to me...” Balas Husna tenang.
            Aku terus ketawa besar. Tak sangka Husna masih ingat apa yang aku cakap. “Benda tu berhasil! Encik Azrin tahu sangat kalau aku tengah takde mood, jangan haraplah dia boleh kacau aku ikut suka hati dia...”
            “Encik Azrin suka sangat dengan kau kan? Kenapa tak terima je dia?”
            Aku menjeling ke arah Husna yang duk tersengih je. “Kau gila ke apa? Dia suka kacau aku bersebab okey! Encik Azrin tu sebenarnya nak kenalkan dengan adik dia yang masih lagi single walaupun umur dah nak masuk 33 tahun. Dan aku telah terpilih... tapi sadisnya aku tak nak.”
            “Kenapa tak nak?”
            “Entahlah... Ada sekali tu Encik Azrin nak tunjuk kat aku gambar adik dia tapi aku tak nak. Adik dia pun tak sibuk-sibuk nak kenal dengan aku, dia pulak yang lebih kan? Entah-entah adik dia tak nak pun berkenalan dengan aku. Lagipun, adik dia tu baru balik oversea. Mana tahu dah ada calon sendiri...” Aku berkata sambil tersenyum. Husna memusingkan mata ke atas. “Suka hati kaulah. Aku tak tahu nak cakap apa lagi. Okeylah... need to go now. Jangan off telefon!”
            “Okey. Aku tak tutup. And Husna...” Husna berpaling ke arah aku. “Jangan lupa hari ni giliran kau masak untuk berbuka.” Aku tersengih.
            “Yelah...”
            **
            + Aqila, aku dah jumpa orang yang boleh jahitkan baju kurung untuk kau... – Husna.
            Bibir aku terus mengukir senyuman. Leganya! Laju je tangan aku menaip mesej balasan untuk Husna.
            - Siapa?
            + Dia seorang pereka fesyen baju muslimah. Hensem. Baik. Lelaki.
            Aku tercengang. Memang aku tanya dia tu siapa tapi takdelah suruh Husna terangkan pasal lelaki tu. Aku cuma nak tanya nama je.
            - Aku nak tahu nama je.
            + Hahaha! J Nama dia Zarif.
            - Kau dah tolong pilih kain untuk aku?
            + Laa... takkan benda tu pun aku nak buat. Kau pilihlah sendiri.
            - Fine. Thanks Husna.
            Telefon diletakkan di atas meja. Sejak dari tadi, dia asyik merenung laptopnya. Bukan senang sebenarnya nak design baju t-shirt. Nasib baik budak-budak sekolah tu nak baju tu dalam masa dua bulan lagi. Memang naya aku kalau diorang nak baju tu cepat-cepat.
Skies are crying, I am watching
Catching teardrops in my hands
            “Assalamualaikum...” Aku memberi salam sebaik saja mendekatkan telefon ke telingaku.
            “Waalaikumussalam. Saya Saie, pembantu Encik Zarif. Kawan awak, Husna cakap yang awak nak tempah baju...”
            “Ohh! Haa... betul-betul. Saya Aqila.”
            “Bila awak nak datang?”
            “Petang ni. Lepas Asar... would that be okay?”
            “Okey. Saya tunggu Cik Aqila nanti.”
            Aku tersenyum lega. “Terima kasih Cik Saie. InsyaAllah, jumpa petang ni ye.”
            **
            Aku terlopong sebaik saja melangkah masuk ke dalam butik milik Zarif ni. Besar memang besar tapi aku paling suka dengan hiasan dalamannya. Di setiap dinding butiknya dipenuhi dengan ayat-ayat Al-Quran. Timbul rasa kagum di hati aku ini terhadap lelaki bernama Zarif ni.
            “Assalamualaikum...” Seorang wanita datang menghampiriku yang sedang sibuk memerhati keadaan di sekeliling butik itu.
            “Waalaikumussalam...” Sebuah senyuman aku hadiahkan untuk gadis comel di hadapanku sekarang.
            “Saya Saiedatul yang telefon Cik Aqila tadi.” Ucap gadis itu sambil membalas senyumanku. Dia menghulurkan tangannya kepadaku dan kami berjabat tangan untuk seketika.
            “Jangan panggil cik. Panggil je Qila.” Kataku sambil tersengih. Tak selesalah pulak bila orang panggil aku Cik Aqila.
            Saie ketawa kecil sambil menutup mulutnya. “Mari ikut saya ke bilik belakang. Saya nak ambik ukuran badan awak.”
            Pada mulanya aku memang agak pelik sebab Saie je yang aku nampak dalam butik ni tapi lama-lama aku biarkan je walaupun teringin jugak nak tengok lelaki yang bernama Zarif tu.
            “Kawan awak nama Husna tu kan?”
            “Yup. Saya tak pandai sangat nak pilih baju kurung ni. Nak beli yang dah siap, takde pulak yang berkenan dengan hati. Selalunya mak saya yang pilih tapi kali ni, mak suruh saya pulak yang pilih. Tu yang mintak tolong Husna..” Jawab aku panjang lebar walaupun Saie tak tanya.
            Saie hanya tersenyum sebelum membawa aku ke sebuah bilik lagi. “Kat dalam ada abang saya dengan kakak saya. Diorang akan tolong awak...” Saie membuka pintu sebelum menyuruh aku masuk ke dalam bilik tu.
            “Waahhhh!” Mulut aku memang terlopong luas. Memang rasa macam nak pengsan bila tengok kain-kain yang banyak sangat dekat dalam bilik ni. Aku bergerak menghampiri rak yang dipenuhi kain berwarna krim yang sangat cantik.
            “Berkenan dengan warna tu ke?”
            Aku berpaling ke belakang. Seorang lelaki sedang berdiri situ sambil tersenyum. Kemudian dia mengambil kain yang baru aku sentuh tadi lalu dibawa keluar. “Cantik kain ni...”
            “A’ah. Memang cantik.” Jawabku perlahan. Siapa lelaki ni?
            “Saya Zarif.” Balas lelaki itu seolah-olah tahu apa yang tengah aku fikir sekarang ni.
            “Ohh... takpe ke saya tempah baju dengan awak ni? Last minute dah ni...”
            Zarif hanya tersenyum sebelum menggelengkan kepalanya. “Tak menyusahkan pun.” Dia mengalihkan pandangan ke arah kain yang berada di tangannya. “Nak kain ni ke?”
            Aku mengangguk. “Pasal design, terpulang pada awak. Saya tak kisah.” Aku senyum.
            Dahi Zarif berkerut. “Serius?” Soalnya kurang percaya. Aku mengangguk dengan muka serius. Harap-harap takdelah dia paksa aku suruh bagitahu design apa yang aku nak sebab aku memang takde idea langsung. Ya... ya! Aku tahu aku perempuan yang pelik, mungkin...
            “Saya takut awak tak suka je dengan design saya buat nanti.”
            Aku cepat-cepat menggeleng. “Daripada saya yang pilih design tu, baik awak yang pilih. Saya memang lemah sikit bab-bab macam ni. Awak lebih pandai dalam hal ni, so saya percayakan awak.” Kataku sambil tersengih. Telefon bimbitku yang berbunyi nyaring membuatkan mulut Zarif yang terbuka untuk membalas kata-kataku kembali terkatup rapat.
            “Assalamualaikum Encik Azrin. Ada apa call saya ni?”
            “Waalaikumussalam... Awak kat mana? Nanti ada adik saya nak datang office ni.” Kata Encik Azrin sambil ketawa. Dia tahu sangat yang aku bengang kalau dia asyik sebut pasal adik dia je. Rasa macam bernanah telinga ni haa..
            “Encik Azrinnn...” Aku menyebut namanya panjang. Zarif yang berdiri di hadapanku sekarang sudah bergerak ke arah lain. Mungkin tidak mahu menganggu aku yang sedang bercakap di telefon ni.
            “Pleasee... datang jelah tengok dia.” 
            “Encik Azrin, tak naklah... Entah-entah adik Encik Azrin tu dah berpunya. Tak pasal-pasal je nanti.”
            “Dia belum berpunyalah. Kalau dia ada minat siapa-siapa, dia terus bawak jumpa mak saya tau.” Encik Azrin masih tak puas nak memujuk aku. Aku mula menghela nafas. Kalau tak ikut, makinlah Encik Azrin ni memujuk. “Fine. Dalam pukul 3 saya balik.”
            “Terima kasih, Qila! Assalamualaikum...”
            “Waalaikumussalam...”
            Aku menarik nafas panjang sebelum meletakkan kembali telefon bimbit ke dalam beg tangan. “Cik Aqila....”
            “Oh, sorry sangat-sangat Encik Zarif. Bos saya telefon.”
            Zarif tersenyum. “Takpe. So, kain ni?”
            Aku mengangguk. “Yang ni.”
            “Bila nak?”
            “Hmm... bila-bila pun boleh. Asalkan sebelum raya.” Jawabku tersenyum. Zarif mengangguk sebelum mencatit sesuatu di dalam bukunya. “Kak Wahidah...” Dia memanggil seorang wanita yang sedang sibuk menyusun kain di rak bahagian belakang.
            “Nanti akak tolong Cik Aqila pilih tudung yang dia suka ye.” Ucap Zarif.
            “Tudung?” Tanya aku pelik.
            “Kami bagi tudung percuma pada setiap pelanggan kami.”
            “Ohh...” Aku mengangguk faham. Kak Wahidah yang berdiri di hadapanku sekarang ni tersenyum sebelum menyuruh aku supaya mengikutnya. Sempat belakang aku mengerling ke arah Zarif yang masih lagi mencatit sesuatu di atas bukunya. Aku sebenarnya suka tengok muka dia yang tenang tu. Kalau Husna dengar aku cakap macam ni, mesti dia gelak sebab aku jarang puji orang lelaki kecuali ayah dengan Abang Reza.
            “Tu adik akak. Single lagi.”
            Aku tersentak. Arghhh! Malunya... Aku tunduk ke bawah. Tak sanggup nak pandang muka Kak Wahidah yang tersenyum.
            Dahiku ditepuk. Tulah kau, Qila! Tengok lagi adik orang siapa suruh? Ohh... malunya!
            **
            “Dia tak jadi nak datang. Ada kerja sikit.” Aku tarik nafas panjang apabila dengar Encik Azrin cakap macam tu.
            “Okey.” Balasku ringkas sebelum menekan butang on laptopku. Encik Azrin masih belum berganjak. Aku mengangkat muka memandangnya.
            “Ada apa lagi, Encik Azrin?”
            “Awak suka warna apa, Qila?”
            Dahi aku berkerut. Kenapa tiba-tiba tanya pasal warna kegemaran aku ni? “Putih gading.”
            “Macam baju nikah tu ke?”
            Aku mengangguk. “Warna krim pun saya suka.”
            “Ohh...” Kepala Encik Azrin terangguk-angguk.
            “Kenapa tiba-tiba tanya ni? Nak beri hadiah dekat saya eh?” Aku sengih.
            “Malaslah nak beri dekat awak.” Encik Azrin menjelir lidah ke arahku sebelum ketawa. Dia cepat-cepat masuk ke dalam biliknya apabila aku nak melempar pensel di tanganku ke arahnya.
            ***
            + Assalamualaikum Qila...Design untuk  baju dah siap. Nak tengok? – Kak Wahidah
            Aku yang sedang bosan menonton televisyen sambil baring, terus duduk mendadak. Terus senyuman terukir di bibirku.
            - Waalaikumussalam. Nak! Boleh datang sekarang ke?
            + Boleh. Tapi Zarif takde sekarang. Takpe ke? J
            Aku menekup muka menggunakan bantal. Ohh...malu gila! Nasib baiklah Kak Wahidah takde depan aku sekarang ni. Kalau tak, aku tak tahu nak lari pergi mana dah.
            - Qila datang sekarang.
            Terus aku bergegas naik ke bilik. Selepas selesai bersiap, aku terus mengetuk pintu bilik Husna. “Aku nak keluar. Ada apa-apa yang nak aku beli?”
            Husna hanya menggeleng sambil menggaru kepalanya. Aku nak je gelak bila tengok muka dia baru bangun tidur. “Apa ni anak dara bangun lambat...”
            “Eleh, kau baru hari ni bangun awal. Oh lupa! Belikan aku shampoo rambut.”
            “Okey.” Aku membetulkan sedikit tudung bawalku sebelum turun ke tingkat bawah. “Jangan lupa kunci pintu!” Sempat lagi aku menjerit sebelum menutup pintu rumah.
            **
            “Cantiknya!”
            Kak Wahidah tersenyum apabila melihat muka aku yang tengah kagum melihat hasil rekaan Zarif. Ni baru atas kertas, buatnya bila dah siap nanti. Mahu terlopong terus mulut aku ni haa...
            “Special untuk Qila.” Ucap Kak Wahidah dalam senyumannya. Aku hanya tersenyum sumbing. Takkanlah special untuk aku kan? Siapalah aku untuk dianggap istimewa oleh Zarif?
            “Semalam Zarif tidur lewat semata-mata nak siapkan design ni.”
            Aku mengangkat muka memandang Kak Wahidah. “Kesiannya dia, kak. Mesti saya dah menyusahkan dia.”
            Cepat-cepat Kak Wahidah menggeleng. “Dia suka lukis design ni untuk Qila. Bila dia tidur, dia senyum je sebab dah siapkan design ni untuk Qila.”
            Entah kenapa aku tiba-tiba rasa sebak. Mana ada orang buat aku macam ni tau kecuali mungkin Husna seorang je. “Cakap terima kasih banyak-banyak dekat Zarif ye, kak. Cakap kat dia maaf sebab buat dia tidur lewat semata-mata nak siapkan design ni.”
            “Ala, dia tak kisah pun.” Kak Wahidah senyum.
            “Dia pergi mana, kak?”
            “Dia pergi cari benda sikit. Tadi dia call, dia suruh Qila tunggu kejap.”
            “Tunggu? Nak buat apa?”
            Kak Wahidah mengangkat bahu. “Tak tahulah pulak akak. Mungkin dia nak tanya pasal design ni kot.”
            Aku hanya mengangguk sebelum berpaling ke arah pintu kedai yang terbuka. Zarif sedang melangkah masuk sambil membawa sebuah kotak yang agak besar. Dia mengukir senyuman untuk aku sebelum berlalu ke bilik belakang untuk menghantar kotak tadi.
            “Dah lama sampai?” Tanya Zarif selepas dia kembali dari bilik belakang. Aku hanya menggeleng kecil. “Baru je lagi.”
            “Tapi sempatlah habis secawan teh ni.” Sambung Kak Wahidah kemudiannya. “Kenapa lambat?”
            “Jalan jammed.” Jawab Zarif sambil menggaru kepalanya. “So, macam mana dengan design tu? Cik Aqila suka tak?”
            Aku pantas mengangguk. “Suka sangat. Sorry sebab awak terpaksa tidur lewat sebab nak siapkan design ni.”
            “Jangan mintak maaf. Itu memang kerja saya.” Dia tersenyum.
            “Apa-apapun, thanks.”
            “My pleasure...”
            **
            + Cepat balik office. Adik saya dah nak sampai... – Azrin
            Aku mencebik semasa membaca mesej Encik Azrin. Tak habis-habis dengan dia dia tu! Tension betullah!
            - Saya ada kerja kat luar. Nak cari inspirasi.
            + Jangan nak menipu sangatlah.
            - Fine! 2.30!
            Telefon bimbit terus aku letak dalam beg tangan. Mentang-mentang aku dah kerja dengan dia sejak aku baru umur 24 dan sekarang ni dah 27, semua benda dia tahu! Menyakitkan hati betullah!
            **
            Masa aku sampai dekat pejabat, Encik Azrin dah setia menunggu dekat meja aku. Demi melihat aku yang dah sampai, terus dia tersengih lebar. Aku hanya menusingkan mata ke siling.
            “Sorry lambat. Saya solat dekat masjid tadi. So, mananya adik Encik Azrin?”
            “He’s on his way.”
            Beg tanganku diletakkan di atas meja. “Saya nak pergi ladies kejap.”
            Encik Azrin mengangguk. “Okey. Tapi jangan lama sangat.” Ucap Encik Azrin sambil tersengih. Aku terus mencebik. “Saya tahulah...”
            Aku terus melangkah ke bilik air. Mencuci tangan sebelum membasuh muka yang terasa sembap. Aku memang kurang suka pakai mekap, jadi sebab tu aku tak kisah pun nak bubuh bedak dekat muka lepas dah basuh muka. Cuma lip balm yang sentiasa aku letakkan di dalam poket baju kurung ni je yang aku pakai. Aku memang selalu pakai baju kurung kalau kat office ataupun nak pergi berjalan sebenarnya. Cuma baju tu bukan aku yang pilih tapi mak aku yang pilih. Sebab tulah aku menghadapi masalah besar kalau nak aku disuruh membeli baju kurung.
            Selepas selesai menyapu lip balm ke bibir, aku terus melangkah keluar. Langkah diatur menuju ke bilik Encik Azrin yang pintunya terkatup rapat. Aku dapat mendengar bunyi orang sedang berbual-bual. Sebelum aku mengetuk pintu, sempat aku mengintai mengikut cermin kaca lutsinar untuk melihat muka adik Encik Azrin.
            “Dia!” Mulut aku terus terlopong. Aku terus membuka pintu bilik Encik Azrin tanpa mengetuk terlebih dahulu. Dada aku berombak kencang sekarang ni. Kalau dia nilah adik Encik Azrin yang Encik Azrin sibuk nak suruh aku jumpa, tak payahlah! Tak jumpa pun takpe! Tak kisah dan tak peduli!
            “Qila...” Lelaki itu turut terkejut melihat aku yang sudah merah muka.
            “Encik Azrin...” Aku memandang Encik Azrin yang terkedu melihat aku marah. “Dia adik Encik Azrin ke?”
            “Erk... Qila, awak dah salah faham ni.”
            “Saya sebenarnya adik Encik Azrin.” Ucap seseorang yang berada di belakang aku. Spontan aku terus berpaling ke arahnya sebelum aku terkejut untuk kesekian kalinya.
            “Encik Zarif...” Aku menyebut namanya perlahan. Saiful yang berdiri di hadapan meja Encik Azrin mula menghampiriku apabila melihat aku yang terkedu.
            “Maaf saudara. Dia bakal tunang saya...” Zarif tiba-tiba sudah berdiri di hadapanku, menghalang Saiful dari menghampiriku. Sekali lagi aku terkejut. Tunang dia? Aku tunang dia?
            “Awak nak bertunang?” Saiful bertanya kepadaku yang berdiri di belakang Zarif. Aku hanya mengangguk kecil. Konon nak bertunang tapi calon pun takde! Tapi alang-alang Zarif nak menyamar jadi bakal tunang aku, apa salahnya kan?
            “Kan awak tak nak bertunang dengan saya.” Balasku tenang.
            “Tapi awak tahu kan kenapa saya tak boleh nak bertunang dengan awak?”
            Aku menggeleng walaupun aku tahu apa alasan dia. Alasan dia bagi aku sangatlah klise. Dia nak sambung belajar dekat luar negara dan tak sanggup biarkan aku sendirian menunggu dia sampai habis belajar. Ohh... please! Apa kau ingat aku tak boleh berdikari ke?
            “Qila...” Dia cuba menghampiri aku lagi tetapi kali ni Zarif menahan dengan memegang bahu Saiful. “Dia dah nak bertunang. Stop doing this...” Katanya dengan nada tegas. Aku hanya membiarkan tindakan Zarif sebab aku memang tak suka pun Saiful dekat-dekat dengan aku. Jarak aku dengan Zarif sekarang ni pun jauh sebenarnya. Aku mengerling ke arah Encik Azrin yang sejak dari tadi mendiamkan diri. Mungkin pelik dengan perangai adik dia yang membela aku kot.
            “Abang, dia ni siapa?” Tanya Zarif pada Encik Azrin. Aku turut memandang Encik Azrin.
            “Client abang. Dia nak buat baju korporat untuk company dia.” Jawab Encik Azrin agak kelam-kabut sambil menggaru kepalanya.
            “So I guess, urusan awak hanya melibatkan abang saya bukan?” Ujar Zarif sambil memeluk tubuh. “Abang, can I take Qila out for awhile? Ada benda nak discuss.”
            “Ohh... okay. Take care.”
            Zarif segera melangkah keluar dari bilik Encik Azrin. Aku pulak cepat-cepat mengikut dia dari belakang. Masa kami duduk dalam lif pun, dia langsung tak cakap apa-apa sampaikan aku dah mula rasa cuak.
            “Baju awak dah siap.”
            Aku berpaling ke arahnya. “Dah siap? Cepatnya...”
            “Boleh kita pergi tengok baju tu sekarang?” Tanyanya sambil memandang ke arah aku. “Boleh kot.” Jawabku ringkas.
            “Baguslah kalau macam tu. Awak pergi dulu kedai. Nanti saya datang.” Dia terus masuk ke dalam perut keretanya meninggalkan aku tercengang seorang diri dekat sini. Akhirnya aku hanya mampu menarik nafas panjang sebelum mengeluarkan kunci kereta aku dari dalam beg tangan. Sesekali aku menggeleng apabila teringat kembali kelakuan pelik Zarif.
            **
            Kak Wahidah dan Saie memandang aku dengan pelik sebaik saja aku melangkah masuk ke dalam kedai. Kemudian, mereka mula tersenyum-senyum sebelum Saie menyuruh aku duduk.
            “Macam mana tadi?”
            “Macam mana apa?” Soalku pelik. Tak faham soalan Saie ni.
            “Abang Zarif.”
            “Kenapa dengan dia?”
            Kali ni giliran Kak Wahidah pulak yang datang duduk di sebelahku. “Apa yang berlaku dekat pejabat Abang Azrin tadi?”
            Aku tercengang sebelum menepuk dahi. Kalau Zarif tu adik Encik Azrin, mestilah Kak Wahidah dengan Saie ni pun adik dia. “Err... tak tahu nak cakap apa.”
            “Terkejut?”
            Aku mengangguk. “Tak sangka. Akak dengan Saie dah lama tahu ke?” Soalku perlahan.
            “Tak jugak. Kalau Zarif tak bagitahu, kami tak tahu lagi.”
            “Macam mana Zarif boleh tahu?”
            Saie tersenyum sebelum menepuk bahuku. “Yang tu awak kena tanya dia sendiri. Nanti dia dah balik, tanyalah apa saja awak nak tanya.”
            “Err...”
            “So, bila nak bertunang dengan Abang Zarif?”
            Mulut aku terus terlopong mendengar soalan Saie. “Tunang?”
            Kali ni Saie pulak yang macam pelik. “Abang Zarif tak cakap ke dengan akak?”
            Aku pantas menggeleng. “Tadi dia ada cakap pasal bakal tunang semua tu tapi saya ingat dia berlakon je. Serius ke?” Muka aku memang dah terkejut habis sekarang ni.
            “A’ah. Dia nak pinang akak.”
            “Tak percayalah...”
            “Kenapa tak percaya?” Aku pantas berpaling ke belakang. Zarif sedang berdiri di situ sambil berpeluk tubuh. Tiba-tiba jantung aku berdebar-debar dan aku dapat merasakan muka aku panas.
            “Erk...”
            “Saya serius dengan apa yang saya cakap tadi.”
            Aku diam dan hanya tunduk menekur lantai. Tak berani nak pandang muka dia langsung sekarang ni. Yang aku rasa nak buat sekarang ni adalah balik ke rumah dan menekup mukaku dengan bantal, kemudiannya menjerit sepuas hati.
            “Qila...”
            Kali ni aku memang terus pandang dia. Buat pertama kalinya dia panggil aku tanpa menggunakan panggilan ‘Cik’.
            “Esok, saya akan hantar rombongan meminang. Saya terima apa jua keputusan awak.” Zarif mengukir senyuman untukku. Serentak itu jugak, air mata aku tiba-tiba mengalir laju. Jangan tanya aku kenapa. Air mata ni nak mengalir sendiri.
            “Ni baju kurung awak yang dah siap. Krim...” Dia menghulurkan satu beg kertas kepadaku.
            “Berapa harga dia?”
            “Hadiah dari saya untuk awak.”
            “Tapi...”
            “Terimalah ye.” Celah Zafri. Akhirnya aku hanya mengangguk.
            **
            Awal-awal pagi lagi aku dah sampai dekat rumah mak dengan ayah. Aku tarik nafas lega bila tengok takde kereta pun dekat depan rumah. Terus aku bergegas masuk ke dalam rumah sebaik saja memberi salam.
            “Makkk!”
            Mak yang sedang sibuk menggoreng kerepek pisang di atas kuali terkejut besar apabila aku tiba-tiba meluru ke arahnya dan memeluk erat tubuh mak.
            Tangan mak yang sebelah kanan digunakan untuk menutup api dapur. Mak memegang bahuku sebelum memandang pelik ke arahku. “Terkejut mak, Qila! Ingatkan siapalah tadi.”
            “Ada orang nak pinang Qila esok...”
            “Hah?” Muka mak memang terkejut habis sekarang ni. Aku mengangguk. “Ada orang nak pinang Qila.”
            “Tapi esok kan raya?”
            Aku ketawa. “Kalau esok raya pun, kenapa?”
            “Mak pun tak tahu. Kamu serius ke ni?”
            “Serius, mak. Ada orang nak pinang Qila.” Ucapku sehabis serius sambil melabuhkan punggung dekat atas kerusi makan. Aku menongkat dagu di situ sambil memandang mak yang masih tak percaya.
            “Nama dia apa?”
            “Zarif...”
            “Ohh... Zarif. Dia pernah datang sini tiga hari lepas. Baik budaknya... Ayah kamu bukan main suka dengan dia. Dia jadi imam dekat masjid hari tu. Memang ada cakap nak pinang kamu. Tu yang mak terkejut sangat bila dengar ada orang nak pinang kamu sebab mak dah setuju bila Zarif cakap nak pinang kamu.”
            Kali ni aku pulak yang terkejut. Zarif pernah datang sini?!!!
            “Betul ke mak?”
            “Betul. Mak dah setuju dah pun. Ayah kamu pun dah setuju. Dia cakap nak buat majlis nikah kamu berdua masa hari raya kedua.”
            Ambik kau! Mak dengan ayah aku pun dah setuju. Dan yang paling buat aku kecut perut, nak buat majlis nikah masa hari raya kedua! Cepat gila! Dua hari lagi kot.
            “Oh, mak lupa nak cakap. Baju kurung kamu, dia dah siapkan. Ada dalam bilik tu...”
            Aku tercengang. “Baju kurung?”
            “A’ah... Ada mak sangkut dalam almari kamu. Cantik baju tu.”
            Pantas aku bangkit lalu berlari anak menuju ke bilik tidurku. Aku membuka pintu almari sebelum menekup mulutku yang dah melopong. Tangan aku terketar-ketar mengeluarkan baju kurung berwarna putih gading dari dalam almari.
            Sehelai kertas yang diselitkan di celah baju, aku ambik.
            Baju nikah Aidilfitri dari saya untuk awak... – Zarif.
            Air mata sekali lagi mengalir. Kenapa aku rasa dia ni macam sweet je sekarang ni?!
            **
            “Actually, aku nak cakap dekat kau yang aku kenal Zarif. Dia tu sebenarnya kawan Ikhwan. Aku pernah cerita pasal kau dekat Ikhwan dan Ikhwan cerita balik dekat Zarif. Mula-mula lagi Zarif tu dah berminat nak kenal kau, jadi bila aku cakap kau nak tempah baju. Dia terus nak tolong jahitkan...” Ucap Husna ketika aku sedang duduk di atas katil menunggu ketika menunggu keluarga Zarif datang untuk majlis pernikahan.
Semalam, mula-mula nak hantar rombongan meminanglah sangat tapi rupanya tak. Zarif bawak mak dan ayah dia sebab nak adakan majlis pertunangan. Aku dengan baju kurung cotton warna hitam bunga kecil merah jambu memang terkejut betul. Dahlah baju tak lawa. Tiba-tiba nak bertunang.
            “Encik Azrin pun?”
            Husna menggeleng. “Dia tak tahu yang adik dia dah suka dekat kau. Tapi nak buat macam mana, dia pun beria nak satukan kau dengan adik dia.” Husna senyum.
            Aku turut tersenyum. “Dah jodoh...”
            “Aku jealous sebab kau kahwin dulu sebelum aku. Dahlah semua benda dah ready. Baju nikah, baju kahwin, hantaran... untungnya kau.”
            “Kalau aku tahu dia dah siapkan semua benda ni, dari awal lagi aku dah bayar balik kat dia. Dia macam confident je aku nak kahwin dengan dia. Buatnya aku cakap tak nak...”
            “Kau takkan cakap tak nak sebab dari hari pertama kau jumpa dia, sampailah hari ni... bibir kau tu tak habis-habis tersenyum.”
            Aku terus tergelak. Husna ni memang pemerhati yang sangat bagus. “Sanding nanti, kau ada kan?”
            “Sudah semestinya... 10 September kan?”
            Aku angguk kepala. “Datang tau!”
            Tok! Tok!
            Aku pandang pintu bilik sebelum adik lelaki kembar aku melangkah masuk sambil tersengih. “Abang Zarif dah datang... Mak suruh akak bersiap.”
            “Dah siap dah...”
            “Maksud mak, bila abang Zarif datang nanti... jangan tayang muka heartless.” Kata Amran sambil tersengih. Aku baru aje nak baling bantal comel yang dihias cantik dekat atas katil pengantin aku apabila Husna menepuk pehaku kuat.
            “Control sikit perangai tu.”
            “Yelah...” Aku menjelir lidah ke arah Amran yang masih lagi gelakkan aku. Kurang asam punya adik! Kerja nak cari pasal je dengan aku.
            “Kalaulah Abang Zarif tengok akak Am ni macam singa, tak tahulah apa dia cakap.”
            “Dia sayang akak seadanyalaaa!”
            “Perasan!” Amran jelir lidah dekat aku.
            “Am jealous!”
            “Tak kuasa nak jealous! Nanti Am nak cakap kat Abang Zarif perangai akak macam mana...”
             “Am jangan nak memandai tau. Kenalah Am nanti.” Kata aku sambil bercekak pinggang.
            “Shhh... aku dengar bunyi tapak kakilah.” Kata-kata Husna terus menghentikan perbalahan aku dengan Amran. Masing-masing mula memasang telinga.
            “Aqila! Kuatnya suara kamu ni... Sampai ke bawah boleh dengar!” Aku telan liur. Husna menepuk dahinya dan Amran mula menenangkan mak. Aku menjeling geram ke arah Amran. Padahal dia yang buat bising!
            “Am yang salah!”
            “Apa pulak? Akaklah!”
            “Eee...adik kembar apa macam ni!” Aku jeling Amran lagi.
            “Dua-dua salah sebenarnya, mak cik.” Ucap Husna sekaligus mendiamkan aku dan Amran.
            Mak hanya mampu menggeleng kepala. “Perangai macam budak-budak!”
            **
            “Kenapa tiba-tiba nak kahwin?” Soalku pada Zarif ketika kami berdua bersantai di atas buaian.
            “Sebab jodoh kita dah sampai.”
            “Abang tak kenal Qila. Macam mana abang boleh nak kenal Qila?”
            Zarif memegang tanganku lalu dikucup lembut. Dia kemudiannya memaut bahu aku sambil memandang ke arah langit yang dipenuhi bintang.
            “Bukan ke kita boleh kenal lepas kahwin?”
            Aku mengangguk. “Lebih manis kan?”
            “Pandai pun...” Dia tersenyum.
            “Terima kasih abang sebab sudi jadikan Qila isteri abang. Qila rasa bertuah sangat!” Aku memeluk lengannya erat sambil memejam mataku rapat-rapat. Aku sememangnya rasa bertuah sangat sebab dia memilih aku menjadi suri hidupnya.
            “Terima kasih jugak sebab sudi terima abang jadi suami Qila. Lepas abang solat istikharah, Alhamdulillah hati abang makin kuat mengatakan yang Qila adalah untuk abang.” Zarif mencium dahiku sebelum memaut bahuku lebih erat.
            “Syukur pada Allah SWT...” Ucap aku lembut dalam keheningan malam yang dingin ditemani oleh si suami yang amat aku sayangi.

            Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan Yang Maha Berkuasa.


           
          p/s : Cerpen saya yang paling pendek. Harap semua enjoy! :) 


Photobucket

16 comments:

  1. So Sweet :)
    Zarif a.k.a Imam Muda !
    #keep writting kak liya ;D

    ReplyDelete
  2. nak laki macam Zarif!!
    auww...so sweet!
    ♥ ♥ ♥

    ReplyDelete
  3. Qila : Ada Imam Muda nama Zarif ye? Hehehe..insyaAllah akan terus menulis selagi Allah SWT permudahkan segalanya :) Terima kasih ye.

    Fiqah : Samaaa! Nak macam tu jugak :D
    Thanks ye.

    MaY_LiN : Hehehe..terima kasih :D

    ReplyDelete
  4. best.sweet sngt.islamik pn ader.xyah nak pening2 couple,kawin terus..daa halal ag hepi.

    ReplyDelete
  5. best lah... so sweet... kak liya coret lah ape2 citer lgi =D

    ReplyDelete
  6. pnjng... kalo pnjng sngt bleh letk part 2.. hihihi.... Nasib baik best, rasa nk mintak pnulis smbungkan^^

    ReplyDelete
  7. Best sangat... simple but nice story... :-) bestnya jadi Qila, suami yg design, jahitkan baju.. FOC tu... hehehehe...

    Akak baru kenal siapa fallenmoon ari ni.. tu pun sebab Akira mention nama Liya Zafrina... tertanya2lah siapakah LZ ni.. so, i follow.. :-)

    ReplyDelete
  8. Anon : Yup. Lagi sweet kan? I like it better kalau terus berkahwin daripada bercinta. Thanks for your comment :D Appreciate sangat!

    Thirah : Thanks dik! :D InsyaAllah, kalau ada masa banyak, akak tulis lagi ye. :D

    Ryn : Hahaha! Panjang eh? Sebenarnya ni cerpen paling pendek yg saya tulis. Sambung? Takde kot sbb ni macam raya punya je. hahaha! :D thanks!

    Seorang wanita : Hahaha! Akira mmg bestfriend saya :D Wah..kena beri something kat Kira sbb dah bawak akak ke blog sy ni :D hehehe..terima kasih ye kak :D Jemputlah baca cerita2 saya kat sini. :)

    ReplyDelete
  9. waaa...suke sgt2...bercinta lepas kahwin lebih sweet kan...

    ReplyDelete
  10. awesome.....terbaek....^__^

    ReplyDelete
  11. best!!!!!!!! saya suke >___<

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...