Page Fallenmoon/Liya Zafrina : Klik di sini
Group Atas Nama Cinta-Mu : Klik di sini

Wednesday, February 20, 2013

Cerpen : Ku Menunggu 2


“DO I look presentable?”
            “You look just fine. Jangan risaulah…” marahku pada dia. Patutnya turun-turun dari kereta tu, tanyalah khabar aku dulu ke? Ni tanya pasal baju dia pulak. Takkanlah dia nak tunggu aku cakap, “Awak pakai apa pun handsome la!”.
            Dia ketawa sebelum menarik nafas dalam-dalam.
            “Mak kirim salam.”
            “Waalaikumussalam. Mak cik sihat?”
            “Alhamdulillah sihat. Awak sihat?”
            “Saya ingat awak sibuk pasal baju awak daripada saya?” Soalku selamba dan menyebabkan dia ketawa besar.
            “Awak jealous dengan baju saya?”
            Aku mencebik sebelum menjelir lidah dekat dia. Jealous dengan baju? Apa ke takde motif aku nak jealous dengan baju dia?
            “Jomlah cepat.”
            “Nad… sebelum tu, saya ada something untuk awak.”
            Aku berpaling memandang dia yang tengah mengeluarkan sesuatu dari poket seluar. Senyuman aku terus melebar apabila melihat dia mengeluarkan dua pasang jam tangan yang bentuknya sama cuma saiznya yang berlainan.
            “Jam…”
            “Hahaha! Awak beli jugak rupanya.”
            Dia tersenyum. “Jam awak rosak kan?”
            Aku angguk. “Cantik design dia.” Pujiku sambil mengambil jam tersebut dari tangannya dan kemudiannya memakainya di pergelangan tangan.
            “Comel kan?” Dia mendekatkan pergelangan tangannya dengan pergelangan tanganku sebelum ketawa kecil.
            “Yup.”
            “Irah…”
            Panggilan mama di muka pintu mengejutkan kami yang masih lagi membelek jam di tangan.
            “Jemputlah Iman masuk…”
            “Baik mama…” Aku sengih pada Iman sebelum menyuruhnya masuk terlebih dahulu. Sebaik saja dia berdiri di hadapan aku, jam tadi aku usap lembut sebelum aku bawa ke bibir.


            AKU tersenyum lega bila fikirkan mama dan papa yang telah memberikan kata setuju pada Iman Zikri.
            Along pun bukan main memuji Iman Zikri yang pandai mengambil hati. Siap cakap yang Iman Zikri mesti sweet lepas kitaorang kahwin nanti. Sungguh aku rasa nak pengsan bila dengar Along cakap macam tu. Muka pun dah mula merah macam buah tomato!
            Tit! Tit!
            Telefon yang berada di atas meja aku capai. One new message from Iman Zikri.
            Assalamualaikum… mesti awak tengah senyum-senyum sekarang ni kan?
            Aku tersengih. Tahu-tahu je dia ni kan?
            Waalaikumussalam. Tak pun… Perasan :p
            One thing for sure, I miss you…
            Terus muka aku berubah menjadi merah. Haa… Iman Zikri, cukup-cukuplah buat saya malu.
            Jangan nak jiwang sangat…
            Jiwang saya hanya untuk awak…
            Aku tergelak kecil. Cheesynya ayat dia! Tak tahu sama ada nak terharu ataupun tidak.
            Nak tidur dah ni. Good night. Assalamualaikum.
            Waalaikumussalam. Take care.
            Dan malam tu, aku tidur dengan lena dengan senyuman yang tak lekang dari bibir.


            “KAU menghilang ke mana selama ni, Irah?” Soal Farid ketika tiba-tiba dia datang ke rumah aku walaupun aku dah cakap yang aku busy hari ni. Yelah, tak lama lagi aku nak kahwin. Banyak barang lagi yang belum beli. Dahlah Iman Zikri nak buat majlis pertunangan dan majlis pernikahan kami secara serentak. Dia cakap dia tak nak tunggu lama-lama. Takut aku terlepas ke tangan orang lain. Padahal aku ni bukan jadi rebutan pun!
            “Aku sibuk, Farid…”
            “Dulu kau tak macam ni pun…”
            Aku tarik nafas. “Mana adalah, Farid. Aku masih macam dulu lagi. Kau tu je dah berubah status. Dari single dah jadi suami orang.”
            “Kenapa kau tak pergi majlis kahwin aku?” Laju dia menyoal dan aku memang dah agak dia akan tanya pasal hal ini.    
            “Aku ada urusan penting hari tu.”
            “Urusan apa yang lagi penting dari majlis perkahwinan kawan baik kau sendiri?” Soal Farid dengan sinis sampaikan aku rasa macam kena toreh dekat hati tapi aku tak menyesal dengan keputusan aku pada hari tu. Kerana disebabkan keputusan itulah dan disertakan dengan izin Allah SWT, aku dapat bertemu dengan Iman Zikri.
            “Maaf sebab aku tak dapat nak pergi majlis kahwin kau, Farid. Memang aku terkilan sangat…”
            “Irah…”
            “Kau sukakan aku ke dulu?”
            Soalan Farid buat memang buat aku terkedu. Kenapa tiba-tiba dia tanya soalan macam ni? Tak sedar ke yang dia tu dah berkahwin sekarang ni?!
            “Kau gila ke apa tanya aku soalan macam tu?”
            “Just answer me, Irah!”
            Aku gigit bibir. “Tak…” Dengan penuh yakin, aku menjawab. Walaupun itu bukan kebenaran tapi lebih baik aku menipu daripada berterus-terang.
            “Jangan tipu aku…”
            “Ya Allah, kenapa dengan kau ni, Farid? Apa yang aku dapat kalau aku tipu kau?” Soal aku bersungguh-sungguh. Aku dapat dia ke kalau aku berterus-terang? Dia dah jadi suami orang dan aku pun bakal menjadi isteri Iman Zikri!
            “Kenapa kau tak cakap dengan aku yang kau suka aku dulu?”
            Sungguh aku rasa macam nak pengsan sekarang ni. Kenapa dengan Farid ni? Sejak bila dia jadi orang yang tak reti bahasa macam sekarang ni?
            “Apa kamu cakap ni, Farid?” Soal Along yang baru je mendekati kami di ruang tamu ni. Nampak sangat yang Along pun dah naik bengang dengan soalan-soalan Farid ni. Semuanya tak masuk dek akal untuk seseorang yang dah mempunyai isteri macam dia ni. Buat apa nak dikenang kisah lama!
            Farid hanya diam tapi masih memandang aku dengan riak muka meminta jawapan. Aku naik bingung sendiri. Kenapalah soal ni boleh timbul sekarang? Kenapa tak timbul sebelum dia kahwin dulu?
            “Sebenarnya aku dah nak kahwin tak lama lagi…” ucapku berterus-terang dan Farid terus memandangku dengan mata yang membulat. Aku memandang Along yang memberi semangat pada aku.
            “Kau tipu kan?”
            Aku menggeleng.
            “Aku serius. Semua ahli keluarga aku dah jumpa dengan bakal suami aku tu. Kitaorang akan berkahwin bulan depan…”
            Farid terus mendiamkan diri dan kali ni dia langsung tak memandang aku dan  sebaliknya hanya menunduk merenung lantai.
            “Aku menyesal, Irah…”
            “Hah?”
            “Aku menyesal sebab tak dapatkan kau dulu….”
            Kali ni giliran aku pulak terdiam kerana terkejut. Along dekat sebelah pun turut tergamam. Haa… dugaan apakah lagi ni?! Nasib baik Emma takde dekat sini, kalau tak… memang habislah aku dan Farid dikerjakannya. Aku dikerjakan sebab membuat suaminya tiba-tiba menyesal kerana tak mendapatkan aku manakala Farid dikerjakan kerana meluahkan perasaan pada kawan baik sendiri seolah-olah dia belum berkahwin.
            “Assalamualaikum…”
            Aku segera menoleh ke pintu sebelum mulut mula terlopong luas. Apa yang Iman Zikri buat dekat sini pada waktu-waktu macam ni?
            “Waalaikumussalam…”
            Along dah pandang aku sebelum menjuihkan bibirnya ke arah Iman Zikri yang masih berdiri tegak di depan pintu tetapi matanya masih melekat dengan muka aku.
            Perlahan-lahan aku bangkit dari duduk sebelum menghampiri Iman Zikri yang sudah mengalihkan pandangannya ke arah Farid. Terus aku berhenti melangkah sebelum berpaling ke arah Farid yang turut memandang ke arah Iman Zikri.
            “Kau buat apa dekat sini, Iman?” Soal Farid sebelum berdiri di sebelah aku. Farid kenal Iman?
            Iman Zikri memandang aku dan dari pandangan itu, aku tahu ada sesuatu yang telah dia rahsiakan daripada aku. Apakah sebenarnya hubungan di antara Farid dan dia?
            “Awak kenal Farid, Iman?” Soalku pada dia yang nampak agak terkedu apabila melihat Farid.
            “Ingat tak pertemuan pertama kita? Masa tu saya tengah berbual dengan someone?” ucap Iman Zikri perlahan sebelum mendekati aku.
            Aku angguk.
            “Tu Farid.”
            Terus aku terdiam. Jadi maknanya… aduh! Apa semua ni?
            “Dan perempuan yang kau suka tu, Nadirah ke?” Kali ni Farid bertanya dengan nada terkejut dan Iman Zikri terus mengangguk laju. Aku pulak dah naik tergamam dekat tengah-tengah di antara dua orang jejaka ni. Sebelah kanan, orang yang sudah mendapat tempat di hati dan sebelah kiri adalah orang yang dulunya pernah mendapat tempat di hati.
            Tiba-tiba aku rasa Farid lalu di hadapan aku dan terus menumbuk Iman Zikri. Terus aku menjerit dan Along dah mula panik sebelum bergegas naik ke tingkat atas untuk mendapatkan papa dan mama.
            “Kau dah tahu kan yang aku sukakan Irah! Kenapa kau nak rampas dia dari aku?!” jerit Farid dan sekali lagi dia menumbuk pipi Iman Zikri yang hanya mendiamkan diri.
            Tapi aku pulak yang naik angin bila dia dengar macam tu. Gila ke apa lelaki ni?!
            “Farid!” Kali ni aku tak peduli apa dah, terus aku tolak Farid jauh dari Iman Zikri dengan menggunakan bantal hiasan dekat atas sofa ni. Wajah Iman Zikri yang dah berdarah dan lebam sikit tu, cukup buat hati aku jadi pilu. Kenapalah agaknya Iman Zikri tak melawan? Kalau dia melawan, aku confirm yang Farid tu mesti pengsan punya! Iman Zikri ni jauh lagi sasa daripada Farid tu tau!
            “Kau gila ke apa?!” Soalku lantang dan bercampur geram. Ikutkan hati, aku dah taekwondo si Farid ni! Biar sedar diri sikit!
            “A’ah! Memang aku gila!” Jawab Farid dengan muka merah dan apabila dia cuba mara ke arahku, pantas Iman Zikri berdiri di hadapan. Menghalang Farid daripada cuba menghampiri aku.
            “Kau boleh pukul aku tapi jangan kau berani nak sentuh Nad…” ucap Iman Zikri dengan nada perlahan tapi tegas. Tangannya dikepal dan aku pulak yang naik seram bila tengok mata dia yang tajam memandang Farid.
            “Dia sukakan aku before dia kenal kau. Jangan nak berlagak sangat, Iman…”
            Iman Zikri berpaling ke arahku sebelum tersenyum kecil. “Tu dulu, Farid. Sekarang ni dah lain. Sekarang ni dia pilih aku bukannya kau. Dulu kau yang nak sangat kahwin dengan Emma kan? Kenapa tiba-tiba kau nak dekat Nad balik?”
            Farid diam dan matanya merenung aku yang berdiri di sebalik tubuh Iman Zikri.
            “Sebab aku tak tahu yang dia pun sukakan aku.”
            Jawapan Farid buat aku pulak yang tergamam sampai jantung mula berdegup laju.
            Iman Zikri merungkai tali lehernya dan aku dapat lihat muka dia yang semakin merah.
            “Sabar awak. Tarik nafas. Istighfar…” ujarku lembut dan dia mula kembali tenang. Dia kemudiannya menyebak rambut ke belakang sebelum menghampiri Farid.
            “Kau patut tanya dia sebelum kau buat keputusan untuk kahwin dengan Emma tapi sekarang ni dah takde gunanya lagi. Aku tak tahu pun Irah yang kau cerita selama ni adalah Nadirah yang aku cinta selama ni…”
            Aku terus memandang Iman Zikri apabila mendengar kata-kata dia. Nadirah yang aku cinta selama ni?
            “Awak dah lama kenal saya?”
            Iman Zikri mengangguk sebelum kembali memandang Farid. “Macam yang aku cakap sebelum ni. Jaga Emma tu baik-baik. Dia dah jadi isteri kau dan dia bukannya patung yang kau boleh permainkan sesuka hati kau…”
            Aku tersenyum lebar bila dengar nasihat Iman Zikri pada Farid. Memang betul pun apa yang dia cakap. Antara aku dan Farid, itu semua hanyalah kenangan tapi aku takdelah sampai nak putus kawan dengan dia disebabkan hal macam ni.
            “Kau kawan baik aku, Farid…” kata aku sambil memandang Farid yang dah tertunduk.
            “I wish I could be more than just a friend but I’m too late.”
            Aku memandang sayu. Maaf Farid tapi hati ini bukan milik kau lagi…
            “I need to go now…” Tiba-tiba Farid terus meninggalkan aku dan Iman Zikri. Aku hanya mampu memandang tapi tak boleh nak memanggil. Biarlah dia pergi tenangkan diri dulu. Harap-harap lepas ni Farid akan lebih okey. Kemudiannya aku memandang Along, mama dan papa yang berdiri di tepi tangga dari tadi.
            Mama segera memelukku sambil mengusap belakang tubuhku manakala papa pulak menyuruh Along untuk mengambil first aid kit dan menyuruh Iman Zikri untuk duduk di ruang tamu.

p/s : Ada sambungan lagi. Hehehe! 

Photobucket

4 comments:

  1. Boleh tahan jugak konflik cter ni.rasa mcm seolah2 liya sdg try tulis dgn gaya baru.idea yg baru yg xprnh lg liya buat sblmni.ntah.tu pd pndgn akk.buat akk rs teruja lak dgn cter ni. ^^

    ReplyDelete
  2. besttttt ~! x sabar nak tgu sambungan dya .. ^^ (y) (y) <3

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...