Page Fallenmoon/Liya Zafrina : Klik di sini
Group Atas Nama Cinta-Mu : Klik di sini

Friday, January 1, 2010

Unforgettable Part 21



"Hana!!!"jerit Daniel.

"Arghh!!"jerit Hana pula.Hana memejam rapat matanya apabila merasakan tubuhnya hampir melayang.Dia cuba membayangkan apa yang akan terjadi.Ibu bapa dia mesti sedih sangat dan Haruhi, akan menangis.Ahli-ahli kumpulan V-Pop yang akan aku rindui dan Daniel...

"Hana!"

Hana segera membuka matanya.Dia melihat keadaan sekeliling dan mula menarik nafas lega kerana dia tidak terjatuh ke dalam gaung.Jauh benar imaginasi dia.Daniel yang berada di hadapannya dipandang.Dia mengukir senyuman kepada Daniel yang telah menyelamatkannya.Tanpa disangka-sangka dia dipeluk oleh Daniel.

"Hana, lain kali kau jangan buat macam tu lagi."kata Daniel sambil memeluk Hana dengan erat.Hana agak terkejut dengan perlakuan Daniel.

"Aku buat apa?"

"Kau jalan tak berhati-hati."jawab Daniel tanpa meleraikan pelukannya.

"Ye ye...aku tak buat dah.Lepas ni kau pulak jalan kat depan."ucap Hana.Dia tersentak apabila merasakan bahunya basah.Dia memalingkan mukanya untuk memandang ke arah Daniel.

"Daniel, kenapa kau nangis?"

"Mana ada.Mata aku masuk habuk."balas Daniel seraya meleraikan pelukannya.Perlahan-lahan dia bangun sebelum menarik tangan Hana.

"Aku jalan depan kau dan untuk memastikan kau tak leka, aku akan pegang tangan kau sampailah kita sampai resort."kata Daniel dengan tegas.Hana yang pada mulanya ingin membantah hanya mendiamkan diri apabila melihat raut muka Daniel yang serius.

"Awak tak apa-apa ke, Hana?"tanya Shin.Dia segera menghampiri ahli-ahli kumpulan 2 kerana berhenti secara tiba-tiba.

"Hana nyaris-nyaris nak jatuh dalam gaung."balas Daniel.Mata Shin terbeliak.

"Hah? Awak tak apa-apa?"

"Saya ok.Nasib baik Daniel sempat pegang saya tadi."jawab Hana sambil tersenyum.

"Nasib baik."Shin memandang ke arah tangan Daniel yang sedang memegang kejap tangan Hana.Perlahan-lahan Shin mengukir senyuman.

"Amboi Daniel.Pegang tangan nampak."usik Shin.Daniel hanya membuat muka selamba.

"Aku takut jadi macam tadi.Jadi sebagai langkah berjaga-jaga, aku kena pegang dia."

Shin masih lagi tersenyum."Baguslah.Ok, teruskan perjalanan!"

Mereka semua kembali bergerak seperti biasa.Hana memandang ke arah Daniel yang masih lagi memegang tangannya.Kemudian dia menepuk perlahan dadanya.

'Aku sukakan dia..'

********************************************************************************

Mereka sampai di resort pada pukul 3.00 petang.Masing-masing sudah letih dan ingin berehat sebelum menunggu acara malam.

"Daniel, kau dah boleh lepaskan tangan aku."kata Hana perlahan.Daniel memandangnya sekilas sebelum merungkaikan pegangannya.

"Next time, be more cautious.Jangan jalan menonong je."pesan Daniel sebelum menuju ke biliknya.

Hana tergelak kecil."Menonong.."

Kemudian Hana masuk ke bilik dan membersihkan dirinya.Dia mengusap lembut tangannya dan masih dapat merasakan pegangan Daniel.Tergesa-gesa dia mencapai telefonnya apabila mendapat panggilan daripada Haruhi.

"Hana. jom jalan dengan aku."

"Jalan? Kita kan baru je balik.Aku letihlah."

"Ala, sekejap je."

"Yelah..Kau tunggu kejap.Aku nak bersiap."

10 minit kemudian, Hana turun ke lobi dan dia dapat melihat Fay dan Haruhi sedang menunggunya.Hana tersenyum mengejek.

"Tak boleh berpisah ke?"usik Hana.

"Tak."jawab Fay selamba.

"Saya tak ganggu ke?"

"Kan kami yang ajak kau.Apa yang mengganggunya?"

Hana ketawa kecil."Kita nak pergi mana ni?"

"Jalan-jalan cari makan.Jom!"Haruhi menarik tangannya.

"Hana.."

"Ada apa Fay?"

"Kau perasan tak?"

"Perasan apa?"

"Yang Mike suka kau."jawab Fay.Hana terkejut mendengar kata-kata Fay.

"Mana adalah!"

"Ada.Semua orang boleh nampaklah dia suka kau."

"Nampak ke? Kenapa saya tak nampak pun?"

"Sebab kau tu tak peka."sindir Haruhi.

"Tapi aku tak suka dialah."

"Kau suka sape?"

"Aku suka.....aku tak suka sape-sape."jawab Hana.Nyaris-nyaris dia menyebut nama Daniel tapi sebaik sahaja dia teringatkan Anne, dia menjadi serba salah.

"Betul ke?"

"Betul.Aku sure, Haruhi."

"Daniel masih lagi sayangkan kau."kata Fay perlahan sambil menyuapkan nasi goreng ke dalam mulutnya.

"Macam mana awak tahu?"

"Tadi kan dia selamatkan kau.Lepas tu dia menangis."

"Mata dia masuk habuklah."bidas Hana.

"Kau ni nama je masuk U tapi tak boleh nak berfikir ke?"marah Haruhi.

"Dia risaukan kau.Walaupun dia kata dia tak boleh nak berbaik dengan kau tapi dia tetap sayang dan risau pasal kau."terang Haruhi.Hana yang mendengar tergamam.

'Kenapalah aku bengap sangat kebelakangan ni?

"Terima kasih je korang berdua."kata Hana sambil tersenyum.Kemudian dia tergesa-gesa balik ke resort.Dia perlu berdepan dengan Daniel!

************************************************************************************



Hana berlari menuju ke bilik Daniel namun langkah terhenti sebaik sahaja melihat Anne sedang berbual-bual dengan Daniel di lobi.Dan mereka kelihatan sangat mesra.Hana berlari ke arah lain tetapi tangannya sempat dipegang oleh Carl.

"Ikut aku."kata Carl dengan tegas.

"Awak nak bawak saya pergi mana?"

"Ikut jelah."Hana hanya mendiamkan diri.

"Dah sampai.Sekarang kau dah boleh menangis."

Hana berpaling ke arah Carl."Kenapa pulak saya nak menangis?"

"Kau suka Daniel kan?"tanya Carl.

Hana menundukkan mukanya.Dia mula menangis dan Carl duduk di sebelahnya.

"Kau sakit hati tengok dia cakap dengan Anne kan?"

Hana hanya menganggukkan kepala.Dia sudah tidak berdaya untuk menyimpannya lagi.Biarlah Carl tahu.

"Anne suka dia kan?"

"Ya."

"Kau kena berusaha Hana."

"Berusaha untuk apa?"

"Untuk mendapat cinta Daniel."

Hana menggelengkan kepalanya."Tak boleh.Saya dah berjanji dekat Anne yang saya akan tolong dia untuk rapat dengan Daniel."

"Kau rasa Daniel suka Anne tak?"

"Saya tak tahu.Mungkin kut."

"Aku rasa tak."

"Macam mana awak tahu?"

"Saya tahulah."jawab Carl sambil tersenyum.

"Awak ni ahli nujum ke?"

"Haha..sepupu ahli nujum kut.Dah sekarang ni, kau naik bilik lepas tu try tidur.Everything is going to be okay."

"Ok..and by the way Carl, thank you."

"My pleasure."

"Tapi tu secret tau.Jangan cerita dekat sape-sape pun."

"Aku tahu.Promise."jawab Carl sebelum mereka berdua masuk ke dalam resort.Di sebalik dinding, kelihatan seorang wanita sedang bersembunyi.Dia sudah mendengar segala-galanya.

*********************************************************************************

Hana keluar dari biliknya pada pukul 8.00 malam dan dia berhasrat untuk lepak di bilik Haruhi dahulu.Dalam perjalanan dia ke bilik Haruhi, tiba-tiba Anne memanggil namanya.Muka Anne kelihatan cemas.

"Kenapa ni Anne?"

"Daniel."

"Kenapa dengan Daniel?"

"Dia masuk hutan sorang-sorang.Aku risaulah."

Mata Hana membulat."Dia masuk hutan sorang-sorang?!"

Hana segera berlari keluar dari resort.Anne yang memerhatikan gerak langkah Hana hanya tersenyum sinis.

"Padan muka kau Hana."

"Daniel! Daniel! Kau kat mana?"jerit Hana kuat.Dia sudah masuk terlalu jauh ke dalam hutan.

'Seramnya.Dahlah gelap.'

"Daniel! Daniel!"jeritnya lagi.Tiba-tiba ada bunyi yang menakutkan.Hana segera duduk di sebatang pokok dan menekup telinganya.Dia memejam matanya rapat-rapat dan di saat itu, hanya muka Daniel yang terbayang di matanya.



"Ok, semua dah ada ke? Ketua sila check sama ada ahli kumpulan anda dah cukup ke belum?"arah Shin ketika mereka semua berada di lobi.

"Shin!"jerit Daniel lantang.

"Kenapa?"

"Hana..dia tak ada."

"Siapa tahu Hana pergi mana?"tanya Shin dengan cemas.Tak ada seorang pun yang mengangkat tangan.Carl yang baru sampai pelik melihat muka Daniel yang berkerut seribu.

"Kenapa ni Daniel?"

"Hana..dia tak ada.Tadi masa aku lalu depan bilik dia, dia dah tak ada.Aku ingat dia dah turun."

Carl mengangkat keningnya."Tadi masa aku dalam bilik, aku nampak dia lari masuk hutan."

"Masuk hutan?!"tanya Daniel terkejut.

"A'ah.Masuk hutan tapi aku tak tahu kena..."belum sempat Carl menghabiskan kata-katanya dengan segera Daniel berlari keluar dan sempat meminjam lampu suluh daripada salah seorang peserta.Dia meluru masuk ke dalam hutan tanpa mengendahkan panggilan kawan-kawannya.Yang penting sekarang ni cuma Hana.Mike memerhatikan Daniel yang sudah masuk ke dalam hutan dan kemudian mengalihkan pandangannya ke arah Anne.

'Ini pasti kerja Anne!'

Hana masih lagi duduk di tempat yang sama.Dia tidak mampu bergerak ke mana-mana lagi kerana takut.

"Daniel, kau dekat mana? Aku takut ni.."

No comments:

Post a Comment

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...