Tuesday, February 23, 2010

Unforgettable Part 34


Anne terbaring lemah di atas katilnya.Kata-kata Mike masih lagi terngiang-ngiang di telinganya.Dia menutup matanya rapat-rapat.Semuanya berlaku dengan pantas.Tiba-tiba sahaja Mike ingin mereka berdua bersama sedangkan mereka berdua langsung tidak mempunyai perasaan suka di dalam hati.Tetapi, apabila difikirkan kembali, memang benar kata-kata Mike.Cinta itu boleh dipupuk.Dia mengeluh lemah.

"Apa kata kalau kita bersama?"

"Kau serius?"

"A'ah."

"Kenapa tiba-tiba je ni?"

"Aku dah lama fikir pasal benda ni sebenarnya."

"Tapi kita langsung tak ada perasaan cinta"

"Cinta itu boleh dipupuk, Anne."balas Mike dengan tenang.

"Aku..aku.."

"Kau fikirkanlah dulu.Aku tunggu jawapan kau.Just call me when you're ready tapi aku sememangnya mengharapkan jawapan yang positif."

Lama Anne mendiamkan diri.Dia menarik nafas dalam-dalam."Aku tak tahu nak cakap apa."

"Kita tak tahu bila masanya kita berjumpa dengan pasangan hidup kita.Dia akan datang sama ada lambat atau cepat.Tidak salah kalau kita mencuba sekiranya kita dapat merasakan yang pasangan hidup kita itu sudah berada di depan mata.Dan kerana itu juga aku melamar kau jadi teman wanita aku."tutur Mike.

"Hmm..biarlah aku fikir dulu ye."

Mike hanya membalas dengan senyuman.Dia tidak ingin memaksa Anna.Biarlah Anne membuat keputusan sendiri.

Anne bangun dari pembaringan dan menuju ke arah meja soleknya.Telefon bimbit dicapai.Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum menghembusnya perlahan-lahan.Dia mencari nombor telefon Mike di dalam telefon bimbitnya sebelum menekan butang call.Dia yakin dengan keputusannya sekarang.

"Hello Mike."

"Ye?"

"Aku setuju."ucap Anne.Mike tersenyum senang.

************************************************************************************



Hana merenung tajam lelaki yang sedang berdiri di hadapan rumahnya ini.Tiba-tiba saja datang tanpa sebarang menghubunginya terlebih dahulu.Ikutkan hati mahu sahaja dia menutup pintu dan menghalau lelaki itu pergi.

"What are you doing here,Hyo?"tanya Hana sambil menyandar tubuhnya di dinding.Tidak ada niat langsung untuk menjemput lelaki itu masuk ke dalam.Haruhi yang sedang berehat di ruang tamu mencuri dengar perbualan Hana dengan lelaki yang dia kenali sebagai Hyo.

"Saya datang nak jumpa awak."balasnya dengan tenang.Pandangan tajam Hana langsung tidak dihiraukan.Malah, dia turut membalas renungan gadis yang pernah bertakhta di hatinya ketika mereka berdua di universiti.Dan sekarang dia ingin mendapatkan kembali cinta Hana.

"Untuk apa?"

"Hmm..Saya rindukan awak."

Terbeliak mata Hana mendengar kata-kata Hyo."Excuse me, cuba ulang balik?"

"Saya rindukan awak."

Hana ketawa mendengar kata-kata Hyo."Mimpi ke?"

"No, I am not.Saya serius ni."

"Sorry lah ye.I don't care at all."balas Hana dengan senyuman sinis.'Tiba-tiba je datang rumah aku dan senang-senang je cakap rindu kat awak.Apa kes!'

"Saya nak minta maaf."

"Sebab?"

"Sebab saya dah lukakan hati awak."

Hana tersenyum.Ya, memang hati dia pernah dilukakan oleh Hyo tapi sekarang dia sudah tidak peduli lagi.Di dalam kamus hidupnya, nama Hyo sudah lenyap sama sekali.Tambahan pula, ketika itu masing-masing masih lagi muda dalam menilai apa itu cinta.Macam orang selalu kata, cinta monyet!

"Saya dah lama maafkan awak."

"Really?"

"Yup."

"So, boleh saya ajak awak keluar?"tanya Hyo dengan penuh berharap.Dia ingin berbaik-baik dengan Hana dan berharap Hana akan kembali kepadanya.

"No, you can't."Daniel menghampiri mereka berdua dengan muka yang serius.

"Daniel?"

"Kenapa tak boleh?"

Daniel mengerling sekilas Hyo sebelum menghampiri Hana.Dia mengenggam erat tangan Hana tanpa mempedulikan muka Hana yang sudah memerah.

"Sebab Hana ni girlfriend saya.Kalau nak ajak dia keluar, awak kena mintak kebenaran saya dulu."

"What?!"Mulut Hyo terlopong.

"Kenapa terkejut? Hana girlfriend saya."

"Awak bukan ke Daniel V-Pop?"

"Yup."

"Nice to meet you then."kata Hyo dengan senyuman sinis.

"Sape awak ni?"

"Saya EX-boyfriend Hana."sengaja ditekankan perkataan EX.

Daniel terkejut dan terus memandang wajah Hana meminta penjelasan.

"Yep.Hyo ni bekas teman lelaki aku."

"Aku?"

Hana kaget.Daniel menjegil biji matanya."Tu nama panggilan mesra kami.Kan sayang?"

"Ya.."balas Hana dengan pantas.Ingin sahaja dia ketawa mendengar panggilan sayang yang meluncur keluar dari mulut Daniel.

Hyo tersenyum sinis sekali lagi.Dia dapat merasakan yang mereka berdua hanya menipu.Tak pernah lagi dia melihat pasangan kekasih menggunakan panggilan kau dan aku sebagai panggilan mesra.Ini adalah kali pertama.

"Well, kalau macam tu jom kita bertiga keluar nak?"

"Sure.Sayang tak kisah kan?"tanya Daniel.

"Tak.Sayang tak kisah langsung."sengaja Hana melirik panjang perkataan sayang.

"Bagus.Jomlah kita pergi."

"Tunggu sekejap.Nak bagitahu kat Haruhi."

Hana melangkah masuk dan menghampiri Haruhi yang sedang menonton televisyen.

"Kenapa Hyo datang jumpa kau?"

"Entahlah.Dia kata dia rindukan aku.Kepala dia dah masuk air kut."

"Kau berhati-hati tau.Aku dengar yang dia dah putus dengan Sun."

"Macam mana kau tahu?"

"Mikan yang bagitahu."

"Kau tak payah risau.Daniel ada bersama."

"Aku tahu."balas Haruhi sambil tersenyum.

"Aku pergi dulu ye.Tata."

************************************************************************************

Hyo memandang lama wajah Daniel dan Hana.Mereka berdua tidak banyak bercakap dan hanya mendiamkan diri kecuali jika diajukan soalan.

"Memang you guys selalu senyap je ke?"

"Kami memang selalu macam ni."

"Pelik."

"Apa yang pelik?"

"Awak berdua ni pasangan yang paling pelik yang pernah saya jumpa.Panggilan mesra kau dan aku dan langsung tak bercakap."

"Kami memang selalu macam ni."Daniel mengulangkan ayat yang sama.

"Sebab tu kami unik."sambung Hana pula.Daniel tersenyum.Sekurang-kurangnya Hana mahu bekerjasama.

"Ataupun sebenarnya awak berdua cuma menipu saya?"

"Untuk apa kami nak tipu kau?"nada suara Daniel mula berubah.Daripada saya awak dah bertukar menjadi kau aku.Tertekan dengan sikap Hyo yang cuba mendekati Hana.

"Ye, untuk apa kami tipu awak? Tak ada manfaat langsung."sokong Hana.Dia perasan nada suara Daniel sudah berubah.

"Untuk menjauhkan Hana dari aku."Hyo turut menggunakan nada yang sama seperti Daniel.

"Tak ada maknanya.Hana dah jadi girlfriend aku pun."

"Heh,mungkin itu akan berubah tak lama lagi."bisik Hyo perlahan namun jelas di pendengaran Hana.

"Mustahil!"

"Huh?Apa yang mustahil?"tanya Daniel dengan pelik.Dia tidak mendengar apa yang dibisikkan oleh Hyo sebentar tadi.

"Awak tahu yang itu semua mustahil! Saya hanya sukakan Daniel dan selamanya hanya dia dihati saya!"ucap Hana dengan tegas.Daniel nyaris-nyaris jatuh dari kerusi yang didudukinya.

"Jom kita pergi."Daniel menarik tangan Hana sebelum melangkah keluar dari restoran.Hyo mengetap giginya.Sakit hati mendengar kata-kata Hana sebentar tadi.

"Just wait and see Hana.You're gonna be mine once again."

Daniel memandu laju.Naik berderau darah Hana apabila melihat meter kereta berpusing ligat.Muka serius Daniel dipandangnya.

"Perlahan sikit boleh tak?"

"Tak."

"Aku serius ni."marah Hana apabila mendengar jawapan ringkas Daniel.

"Yelah.."

Keadaan kembali sunyi sepi."Sape sebenarnya Hyo tu?"

"Ex-boyfriend aku masa kat U."

"Kau sayangkan dia lagi ke?"

"Tak dah.Dulu je."

"Aku tak nak kau dekat-dekat dengan dia.Aku pasti yang dia takkan berputus asa."

"Yelah..Yelah..Tak payah risau.Aku takkan dekat-dekat dengan dia."

Daniel mengukir senyuman lega.Tetapi hatinya masih lagi bimbang.Dulu Mike sekarang ni Hyo pula.Apa lagi lepas ni? Tak sanggup untuk dia memikirkan lagi perkara ini.Yang pasti hatinya sudah menjadi hak milik Hana sepenuhnya.




p/s: Hyo hyo! Tak payahlah kacau Hana lagi..

4 comments:

  1. hohoho...
    daniel cmburu...
    mmg ptut pun...
    klu mcm 2 daniel kena ikat hana baik2...
    pegang kuat2...
    tkut trlpas...
    x nak hyo mrosakkn hbngn mrka...
    pengacau je dia 2...
    best2x...

    ReplyDelete
  2. bencinya ngan hyo tu..
    nyibuk jelah..
    suka sbb anne couple ngan mike..
    harap2 hana cepat2 couple ngan daniel..
    kahwin on tak pe jugak ;D

    ReplyDelete
  3. Nama watak ni dah nak dekat sama ngan nama SNSD's Seohyun(Nenek Seo),SNSD's Sooyoung(Pn.Soo) & SNSD's Hyoyeon(Hyo).BTW,Good Job writer :D

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers