Friday, January 8, 2010

Unforgettable Part 25


Daniel melangkah masuk ke dalam bilik muzik dengan hati yang tidak tenteram.Dia masih memikirkan apa yang telah berlaku semalam dan juga tertanya-tanya sama ada Hana terima atau tidak cinta Mike.

"Hello semua."kata Daniel dengan perlahan.Hana yang sedang mengemas tidak mengangkat langsung kepalanya untuk memandang Daniel.

"Hello."jawab mereka semua serentak.Fay datang mendekati Daniel.

"Kau dengan Hana macam mana?"

"Macam biasa jelah."

"Dia tak bagi jawapan lagi ke?"

"Aku dah tak perlukan jawapan dia."

Fay mengerutkan dahinya."Kenapa pulak?"

"Dia milik orang lain."balas Daniel dengan lemah.

"Sape?"

"Mike.."

"Macam mana kau tahu?"

Daniel meraup mukanya."Semalam aku dengar Mike luahkan perasaan dekat Hana."

"Kau rasa Hana terima atau tidak?"

"Terima kut.Mike tu sesuai dengan dia."

"Hmm..entahlah Daniel."

"Aku nak masuk bilik latihan kejap."kata Daniel sebelum berlalu pergi.Hana masih tidak memandangnya.

"Hana, aku nak cakap dengan kau sekejap."

"Cakap apa Anne?"

"Ikut je aku."perlahan-lahan Hana mula mengikut langkah Anne yang naik ke atas bumbung bangunan.

"Kau suka Daniel kan?"pertanyaan Anne menyebabkan Hana tersentak.

"Kenapa kau tanya macam tu??"

"Jawab jelah Hana."

"Ya..tapi jangan bimbang."

"Aku tahu kau takkan lukakan hati aku.Tapi sebagai langkah berjaga-jaga, aku nak kau berhenti jadi pengurus V-Pop!"kata Anne dengan tegas.

Hana mengangkat mukanya untuk memandang Anne."Berhenti?"

"Ya, berhenti.Selagi kau tak berhenti, makin susah aku nak dekat dengan Daniel.Jadi tolonglah berhenti!"

"Aku aku.."

"Kalau kau anggap aku kawan, tolong berhenti."

Hana menundukkan mukanya kembali.Tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

"Baiklah.Aku berhenti."balas Hana.Anne tersenyum menang.

***********************************************************************************


Hana sibuk menaip surat berhenti kerja tanpa mempedulikan Haruhi yang sedang duduk di sebelahnya.

"Kau pasti ke Hana?"tanya Haruhi.

"Ye.Pasti!"

"Tapi sayanglah kalau kau berhenti."

"Aku terpaksa buat semua ni."

"Kau tak payah buat sebenarnya.Anne tak patut suruh kau berhenti."

"Tapi memang betul pun apa yang dia cakap."

"Daniel takkan biarkan kau berhenti."

"Aku dah tak kisah."balas Hana.Dia menutup laptopnya sebelum bangun.

"Kau nak pergi mana?"

"Tidur."

Hana membaringkan tubuhnya di atas katil sebelum mula menutup mata.Esok semuanya akan berakhir.

************************************************************************************

Ahli-ahli kumpulan V-Pop memandangnya dengan muka yang terkejut terutama sekali Daniel.Masing-masinng tidak menyangka yang Hana akan membuat keputusan untuk berhenti.

"Kenapa kau nak berhenti pulak?"tanya Carl.

"Saya dah tak boleh kerja dekat sini."

"Kenapa pulak?"

"Hmm..rahsia.Saya tak boleh bagitahu."

"Kau nak berhenti sebab apa yang terjadi dekat bas hari tu ke?"tanya Daniel.

Hana berpaling memandangnya."Tak ada kena-mengena langsung!"

"Habis tu, kenapa pulak nak berhenti? Rasa-rasanya kami tak ada buat apa-apa yang menyakitkan hati kau pun."balas Daniel dengan suara yang keras.

"Aku tak boleh nak cakap."

"Baiklah semua.Saya pergi dulu.Jaga diri baik-baik tau."sambung Hana sebelum meninggalkan bilik muzik itu.

************************************************************************************


Haruhi bergegas masuk ke dalam rumah dan mencari kelibat Hana.Dia masuk ke dalam bilik Hana tetapi batang hidung Hana langsung tak nampak.Matanya tiba-tiba terpandang sepucuk surat di atas meja solek Hana.

Haruhi,

Aku terpaksa pergi dari sini.Nak cari ketenangan..aku pun tak tahu bila aku akan balik sini semula tapi kau jangan risau.Aku akan call kau bila aku ada masa.Jaga diri baik-baik dan tolong beritahu kat semua ahli kumpulan V-Pop yang aku sayang diorang sangat-sangat.Aku ada tulis surat untuk Daniel, nanti kau tolong beri dekat dia ye..Haruhi, aku sayang kau.Terima kasih sebab sudi jadi kawan aku.

Hana

Haruhi mendekatkan surat itu ke dadanya dan mula menangis.Dia memegang surat untuk Daniel dan segera menelefon Fay.

"Fay, saya kena jumpa Daniel sekarang jugak!"

"Kenapa?"

"Pasal Hana..dia dah lari."

"Lari?!"kata Fay sebelum memandang ke arah Daniel yang sedang memandu.Daniel mengerling ke arah Fay.

"Ada apa Fay?"

"Hana..dia dah lari."Mata Daniel membulat..

"Kau biar betul?Kenapa pulak dia nak lari?"tanya Daniel sebaik sahaja dia memberhentikan kereta di bahu jalan.

"Entah..tapi Haruhi suruh kau datang rumah dia sekarang jugak."

"Jomlah kalau macam tu."balas Daniel sebelum dia mula memecut laju.

**********************************************************************************

Daniel memandang surat yang diberikan oleh Haruhi sebentar tadi.Fay yang duduk di hadapannya dikerling sekilas.Perlahan-lahan dia mula membacanya.

Daniel,

Aku minta maaf sangat-sangat.Satu perkara yang aku nak kau tahu, aku sayang sangat-sangat dekat kau.Nanti kalau ada masa, aku call kau..Semoga berbahagia..

Hana

Daniel mengumpal surat itu sebelum bangun dan menuju ke arah pintu.Surat yang dipegangnya dimasukkan ke dalam poket seluar.

"Fay, Daniel okay ke?"

"Saya pun tak tahu."

Daniel mencapai telefon bimbitnya dan cuba mendail nombor telefon Hana tetapi masih tidak dapat dihubungi.Akhirnya, dia mengeluh lemah.

"Hana, kau tinggalkan aku lagi sekali..tapi kali ni, aku akan cari kau sampai jumpa!"

1 comment:

  1. sian daniel. tp sweet sgt masa dia cakap dia akn cari hana tu ;)

    p/s: hana dh lama siaplan ;ovin' you. minggu t'akhir thun lepas lg cuma xleh nak post sume skali. net still slow

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers