Page Fallenmoon/Liya Zafrina : Klik di sini
Group Atas Nama Cinta-Mu : Klik di sini

Thursday, December 24, 2009

Unforgettable Part 10


Bunyi jam loceng yang baru dibeli mengejutkan Hana.Dia segera mencapai tuala dan menuju ke bilik air.Kedengaran bunyi air pancuran dan nyanyian kecil Hana.

"Segarnya! Nak pakai baju apa ye?"Dia mula mengeluarkan satu-perstau baju yang sesuai untuk dipakai pada hari pertama bekerja.

Hana tersenyum sebaik sahaja menjumpai sesuatu yang amat menarik perhatiannya."Baju ni sesuai kut."

Dia segera bersiap dan bermekap ala kadar sebelu melangkah keluar dari bilik.Haruhi yang juga baru keluar dari biliknya terkejut melihat penampilan Hana.Matanya membulat dan dalam hatinya memuji kecantikan Hana.

"Amboi, cantiknya kawan aku!"kata Haruhi sambil mengenyitkan matanya.

Hana tersenyum kecil."Ala, kau pun apa kurangnya.Bukan main lagi."Hana memerhati pakaian yang dipakai oleh Haruhi.Haruhi memakai sehelai blouse berwarna ungu dan berseluar slack panjang.Selain itu,dia juga turut mengenakan kot.Cantik sekali di pandangan mata Hana.

"Aku tak naklah kalah dengan kau."gurau Haruhi.

"Yelah tu.Jom kita makan kat luar.Aku hantar kau pergi kerja."

"Okay.Tapi jangan lupa ambik aku petang ni."

"Beres bos!"kata Hana sambil tersenyum.

*****************************************************************************



Hana melangkah masuk dengan penuh yakin ke dalam bilik muzik kumpulan V-Pop.Matanya mencari-cari kelibat kelima-lima orang jejaka yang sepatutnya sudah berada di dalam itu.

"Ah!!!" Hana melompat sedikit.Terkejut dia apabila dijerkah sedemikian rupa.Dia menjeling tajam ke arah ahli-ahli kumpulan V-Pop yang memandangnya dengan muka terkejut.

"Kenapa tengok saya macam tu?"tanya Hana pelik.

"Kau nampak cantiklah hari ni."puji Carl sambil tersenyum.

"Tipu! Tak caya."bidas Hana.Dia mencebikkan bibirnya.

"Betul.Tak tipu."Hana memberikan pandangan tidak percaya kepada mereka.

"Dah..dah.Tak payah nak puji-puji saya.Pergi buat kerja."arah Hana.Mereka semua hanya tersenyum kecil sebelum masing-masing mengambil alat muzik dan mula berlatih.Daniel yang sejak dari tadi mendiamkan diri masih lagi memandang ke arah Hana.Dia mengakui di dalam hati yang Hana sangat cantik apabila memakai blouse berwarna pink dan berseluar putih.Di lehernya diikat dengan sehelai reben yang berwarna putih.Dia tersenyum sendirian.

"Daniel! Marilah berlatih."Lamunan Daniel terhenti sebaik sahaja dipanggil oleh Shin.Mereka semua memandangnya dengan pelik.Dengan pantas dia mencapai alat muziknya dan menyertai mereka.Mukanya berubah menjadi merah apabila merasakan yang dirinya sedang diperhati oleh Hana.

"Hello semua."ujar Anne dengan riang.

"Hello."jawab mereka semua serentak.

"Hana, lama dah ke sampai?"

"Baru je lagi."jawab Hana sambil tersenyum.

"Hari ni korang nak nyanyi lagu apa?"tanya Anne dengan lembut.Dia menghampiri ahli-ahli kumpulan V-Pop.Hana hanya mampu melihat sebaik sahaja Anne mengambil tempat duduk di sebelah Daniel.

"Hmm..lagu biasa-biasa je.Crazy Love kut."jawab Fay sambil mengenyit mata ke arah Hana.Hana hanya tersenyum kecil.

"Marilah sini duduk dekat kami."kata Max.Dia kemudiannya menarik tangan Hana.

"Bukan ke awak semua patut berlatih? Takkan nak berbual pulak."tanya Hana.

"Ala, sekali sekala.Lagipun ni kan hari pertama kau dengan Anne.Biarlah relaks sikit."

"Ya, saya sokong."kata Anne.Dia mengukir senyuman manis.Perlahan-lahan Hana bangun dan melangkah ke arah pintu.

"Kau nak pergi mana?"tanya Carl.

"Nak pergi beli makanan."

"Aku nak ikut."

"Okay.Jomlah."

"Beli makanan yang sedap tau."jerit Fay.Hana hanya menganggukkan kepala.

****************************************************************************



Hana dan Carl berjalan menuju ke restoran yang tidak jauh dari bilik muzik mereka.Mereka berdua mengambil tempat duduk berdekatan dengan pintu sementara menunggu pesanan mereka siap.

"Hana, aku ada benda nak tanya kau."kata Carl sambil memandang ke arah Hana.

"Apa?"

"Hmm..kenapa tiba-tiba kau nak jadi balik pengurus kami?"

Hana tergelak kecil."Saya pun tak tahu macam mana nak cakap."

"Cakap je.Aku faham."

"Macam ni..saya nak dekatkan diri dengan seseorang yang amat saya sayang."kata Hana sambil mengenyit mata.

"Orang yang kau sayang? Sape?"

"Kawan saya."

Carl mengeluh perlahan."Yelah kawan kau tapi sape?"

"Daniel."jawab Hana sepatah.Dia memalingkan mukanya daripada memandang Carl yang terkejut.

"Daniel? Kau dah kenal lama ke Daniel tu?"

"Awak ingat tak dulu masa mula-mula kita jumpa, Haruhi ada sebut pasal seorang budak lelaki yang bernama Daniel?"

Carl mengerut dahinya cuba mengingati kembali."Ye ye! Aku ingat.Ohh..jadi Daniel tulah kawan baik kau masa kecil."

"Ya."

"Encik, pesanan encik sudah siap."kata pelayan itu sambil menunjukkan resit kepada Carl.Hana hanya membulatkan mata apabila melihat Carl mengeluarkan dompetnya dan membayar harga makanan tersebut.

"Apa yang awak buat? Bukan ke saya yang kena bayar? Lagipun Encik Gui ada beri saya duit keperluan untuk awak semua."kata Hana semasa mereka berdua dalam perjalanan ingin pulang.

"Tak apa.Sekali ni je."ujar Carl sambil tersenyum.

"Baiknya."puji Hana.

"Baru tahu ke?"katanya lagi sambil menepuk kepala Hana.Carl segera berlari untuk mengelakkan dirinya daripada dipukul oleh Hana.

"Sakitlah.Tunggulah!"jerit Hana cuba mengejar Carl yang sudah jauh ke depan.

"Lambatnya korang.Perut kami dah berbunyi."tegur Max dan Fay sebaik sahaja Hana dan Carl sampai bersama-sama dengan beberapa bungkusan makanan.

"Lambat sikit je."balas Carl.

"Awak beli apa, Hana?"tanya Shin sambil mengambil satu bungkusan makanan.

"Nasi ayam."jawab Hana.Dia menghulurkan sebungkus air teh ais kepada Shin.

"Aku tak nak makan."kata Daniel dengan kasar sebelum berlalu keluar dari bilik itu.Hana ingin mengejar dia tetapi dihalang oleh Anne.

"Biar aku yang pergi."ujar Anne sambil mengambil sebungkus nasi ayam dan air teh ais.

"Baiklah."jawab Hana lemah.Dia hanya memerhatikan langkah Anne.

"Kau okay?"tanya Fay.

"Okay."

*************************************************************************************
"Daniel."panggil Anne lembut.Daniel mengangkat wajahnya seketika sebelum kembali memandang ke arah lantai.

"Saya bawa makanan untuk awak."

"Aku tak nak makan.Dah kenyang."

"Kenyang? Awak mana ada makan apa-apa dari tadi."

"Aku dah kenyang.Boleh tak jangan paksa!"marah Daniel.

"Ok..saya tak paksa.Saya tinggalkan makanan awak dekat sini."ujar Anne sebelum berlalu pergi.

Sebaik sahaja melihat Anne yang sudah berlalu pergi, perlahan-lahan Hana mula mendekati Daniel.

"Daniel."panggil Hana dengan lembut.

"Ada apa la.."kata-kata Daniel sebaik sahaja melihat wajah Hana.

"Aku ada benda nak cakap dengan kau."

"Apa dia?"

"Pasal surat tu."

"Aku tak nak cakap pasal surat tu."

"Kenapa tidak?"

Daniel bangun dan memberikan pandangan tajam ke arah Hana."Saja je! Dah jangan ganggu aku!"

Hana mengeluh perlahan sebelum mengikut langkah Daniel.'Sekurang-kurangnya nak jugak dia cakap dengan aku.'


p/s : Sorry sangat-sangat sebab entry kali ni tak berapa nak panjang :)

4 comments:

  1. bestnye..lagi2..tak sabar nie..

    ReplyDelete
  2. bestyer
    mesti anne and mike nk bls dendam kn
    comey ler hana and daniel

    ReplyDelete
  3. best nye...............

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...