Tuesday, September 3, 2013

Kata Dari Hati 4



BAB 4
            “NI rumah baru kau. Jaga rumah ni elok-elok. Bersihkan setiap hari tau!” Pesan Rania berkali-kali sambil memandang Hilman.
“Makanan ni mak yang bagi. Abang makanlah nanti.” Ros menghulurkan mangkuk tingkat berisi ayam masak merah, kacang buncis goreng dengan sambal belacan dekat Hilman. Hilman teragak-agak nak mengambil mangkuk tingkat tu sebab dia dah terdiam dekat muka pintu rumah kecil ni. Lama jugak dia memandang Rania dengan muka tak percaya tadi. Dia ingatkan yang Rania bergurau tapi apabila dia tengok Reza sampai beberapa minit lepas tu sambil bawak tilam, bantal dan alat-alat rumah yang lain, dia dah tahu yang Rania langsung tak bergurau.
Dia memang akan tinggal dekat sini sorang-sorang!
“Kau diam ni kenapa?”
“Terkejut je.”
Dahi Rania berkerut. Kenapa nak terkejut pula?
“Kenapa?”
“Tak sangka dapat rumah sendiri.” Hilman berbohong. Takkan nak mengaku yang dia sebenarnya takut nak duduk seorang diri dekat sini. Mau teruk Rania gelakkan dia nanti. Entah-entah Rania buat jadi modal untuk mengusik dia sepanjang dia ada dekat kampung ni.
“Ohh… baguslah kalau macam tu. Kami balik dulu. Nanti makanlah nasi tu. Kalau lapar ke apa, call je aku. Ada kan nombor aku?”
“Ada.”
“Okey. Bye… assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam…” Ringan aje mulut dia nak memanggil nama Rania supaya jangan tinggalkan dia dekat sini tapi kalau dekat bandar tu dia boleh tinggal seorang diri, takkanlah dekat sini tak boleh? Apa yang beza sangat pun kan?
“I will survive!” Bisiknya pada diri sendiri.



“AKU nak mandi.”
Rania menjeling Hilman yang berdiri di sebelahnya. Dengan rambut kusut masainya, dengan tuala yang disangkutkan dekat leher, memang sah belum mandi lagi ni! Lepas tu pulak boleh Hilman tayang muka tak ada perasaan.
“Pergilah bilik air. Takkan tu pun nak kena ajar?” sindir Rania geram.
“Rumah tu tak ada bilik air. Nak mandi macam mana?”
Terus Rania tersenyum. Baru dia teringat yang rumah tetamu tu mana ada bilik air dalam rumah. Bilik air dia kan kat luar rumah. Selama ni kan, Hilman mandi kat sini aje tapi memandangkan dia dah duduk dekat rumah tetamu tu, jadi faham-faham sendiri ajelah!
“Adalah, pak cik. Meh sini aku bawak kau…”
Hilman mengekori Rania dengan muka yang curiga. Minah ni bukanlah boleh percaya sangat. Kadang-kadang tu pernah aje dia dipermainkan oleh Rania. Ada sekali tu, Rania suruh dia pegang sesuatu yang lembik. Dia ingatkan apa tapi rupanya katak!
“Tu bilik airnya… Cari dengan mata, bukan dengan lubang hidung.” Selamba Rania mengutuk Hilman.
“Tu!” Bulat mata Hilman memandang ‘bilik air’ yang Rania tunjuk tadi. Bilik air apa kebendanya kalau dinding pun tak ada?!
“Tu bukan bilik air la!”
“Dah tu? Apa benda?”
“You’re doing this on purpose, aren’t you?!” Merah menyala muka Hilman dibuatnya. Sakit betul hati dia bila bercakap dengan si Rania Adila ni! Nama bukan main sedap tapi perangai mintak siku je!
“Apa pulak? Aku serius la. Ni namanya perigi. Kau tahu tak perigi tu apa? Orang kampung memang selalu guna perigi je kalau nak mandi. Kalau kau tak nak mandi guna air perigi, silalah join lembu-lembu dekat sawah sana.”
Hilman mengetap gigi. Dalam hati puas dia maki hamun si Rania. Tak sabar nak tunggu masanya untuk balik Kuala Lumpur. Menyampah aku duduk dekat sini!
“Tahu tak mandi guna air perigi?” Tanya Rania bila Hilman dah senyap. Mengaku kalah dah ke?
Hilman geleng dengan muka bosan.
Rania menarik nafas. Memang budak bandar betul. Semua benda tak reti. Makan sambal belacan tak reti, makan guna tangan pun terkial-kial, makan ulam pun macam orang tercekik! Apa agaknya yang dia reti buat?
“Kau guna timba ni nak kaut air. Lepas tu turunkan timba ni guna tali. Kau jangan campak macam tu je! Lepas dah dapat air, kau angkat slow-slow. Faham?”
Hilman geleng. Main cakap je mana nak faham! Cuba buat praktikalnya sekali.
“Hish…” Rania dah merengus. Perlahan-lahan dia tunjuk dekat Hilman macam mana nak ambik air dari perigi guna timba. Lepas tu dia suruh Hilman yang buat pulak. Nasib baik si Hilman ni cepat menangkap walaupun baru ajar sekali. Kalau tak, mau dia debik jugak mamat berlagak ni!
“Sila mandi elok-elok. Aku chao dulu!”
“Wait!”
Rania pandang Hilman sambil bercekak pinggang. Apa lagi ni? Nak suruh aku mandikan pulak ke? Kalau nak suruh aku mandikan, memang aku mandi dia guna penampar la gamaknya!
“Thanks…”
Erk? Terdiam Rania dibuatnya. Hilman pulak terus tayang muka selambanya sebelum menyangkut tuala dekat tepi sebatang kayu yang dah reput.
“Man!”
“Apa? Aku nak mandi ni. Kau nak tengok ke?”
Rania bagi pandangan maut. Gila ke apa aku nak tengok dia mandi?
“Lepas mandi, datang rumah aku. Mak aku dah siapkan sarapan pagi.”
“Ye, aku tahulah…”


LAMA Hilman pandang lembu jantan yang tengah meragut rumput dekat depan dia sekarang ni. Kata-kata Rania tadi macam susah sangat untuk dia hadam. Boleh pula Rania suruh dia bawak lembu ni pergi jalan-jalan? Tak ke melampau namanya tu!
“Kau kenapa tak gerak lagi ni?”
“Aku tak percaya kau boleh suruh aku buat benda ni.”
Kening Rania terangkat sedikit. “Apa salahnya?”
“Aku tak pernah buat benda macam ni sebelum ni tau.”
“So?”
Mata Hilman dah terbeliak luas. Ni saja buat-buat tak faham ke ataupun memang betul-betul tak faham?
“Manalah aku reti nak buat benda ni?! Kau ingat senang ke nak bawak lembu ni pergi jalan-jalan?” Hilman dah berkerut dahi. Kadang-kadang tu kerja yang Rania suruh buat memang boleh buat dia pening kepala. Semuanya boleh mengganggu emosi dia.
“Cuba hulur tangan kau dekat hidung Tommy.”
“Hah?”
“Itu caranya nak bagi dia familiar dengan kau. Biar dia hidu bau tangan kau dulu.”
Lama Hilman memandang Rania sebelum perlahan-lahan dia mengeluarkan tangannya dari dalam poket dan menghulurkannya dekat dengan hidung Tommy.
“Lepas tu?” Hilman berpaling ke arah Rania yang berpeluk tubuh di belakangnya. Tiba-tiba dia rasa macam ada sesuatu yang jilat tapak tangannya. Terus dia melompat ke belakang dengan mulut yang terlopong.
“Eww… Tommy jilat tangan aku!” jerit Hilman kegelian sebelum mencari sesuatu untuk mengelap tangannya yang dah basah dengan air liur Tommy. Rania terus ketawa sebelum mengambil sapu tangannya dan diserahkan kepada Hilman yang cepat-cepat mengelap tangannya.
“Normallah tu. Tu cara dia nak kenal kau.”
“Habislah tangan aku macam ni.”
“Ada aku kisah?” Rania menjeling tajam sebelum mengambil tali Brownie yang diikat dekat pokok dan terus membawa Brownie pergi dari situ. Nak tunggu Hilman, memang sampai esoklah dia tak bergerak dari sini.
“Tunggulah aku!”
“Cepatlah tarik Tommy tu.”
Hilman tarik nafas dalam-dalam dan berpaling ke arah Tommy. Perlahan-lahan dia mengambil tali yang disangkut dekat pokok dan dengan lafaz bismillah, dia menarik Tommy untuk mengikutnya. Ingatkan mula-mula Tommy memang takkan bergerak tapi rupanya dia salah. Tommy tanpa banyak karenahnya terus ikut dia sehingga dia berjaya menyaingi Rania yang dah jauh ke depan.
“See? Aku dah cakap, kalau tak cuba… kau takkan tahu kau boleh buat ke tak kerja tu.”
“Yelah.” Hilman dah malas nak melawan. Memang akhirnya kena balik juga dekat batang hidung dia. Baik dia senyap aje dulu.
“Tugas kau cuma kena jaga Tommy tu. Jangan risau pasal benda lain. Yang tu biar Farouk dengan Murad yang uruskan.”
“Hmm…”
“Man…”
“Apa?” Sekarang ni dia dah malas nak kisah apabila Rania panggil dia Man. Rasa penat nak bergaduh pasal benda ni sebab setiap kali dia marah pun, Rania akan tetap juga panggil dia Man. Lebih baik dia biarkan aje.
“Kau okey tak duduk dekat kampung ni?”
“Nak jawapan jujur ke?”
Rania mengangguk kecil. Mestilah dia nak jawapan jujur daripada Hilman! Benda ni pun Encik Ahmad yang suruh tanya. Nak tahu juga  respons dari Hilman setelah hampir dua minggu duduk dekat sini.
“To be honest, aku sebenarnya tak sangka aku boleh okey duduk dekat sini. Aku ingat aku dah lari balik bandar lepas beberapa hari duduk sini. Tak sangka pulak aku boleh bertahan lagi.”
Rania kerling Hilman sekilas sebelum berdeham. “Tu jawapan jujur?”
“Yup. Jujur…”


p/s : Tanpa edit. Hehehe! Enjoy! :)

Photobucket

2 comments:

  1. sikit sgt!!! nk lg.. muehh muehh muehh..

    - u know me -

    ReplyDelete
  2. HEHE bila next... teruja nak baca sambungan ni

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers