Page Fallenmoon/Liya Zafrina : Klik di sini
Group Atas Nama Cinta-Mu : Klik di sini

Monday, May 14, 2012

Cerpen : Firas Sayang Sofi

 
“Pagi yang nyaman dan sangat menenangkan!” Aku mendepakan tangan sambil menarik nafas dalam-dalam dengan mata yang terpejam rapat. Udara dekat kampung aku ni memang segar bila pagi-pagi macam ni. Sebab tulah bila mak dengan ayah paksa aku ke bandar untuk cari kerja, laju aje kepala aku menggeleng. Aku cakap dekat mak dengan ayah aku yang aku cari kerja dekat kampung ni daripada pergi bandar! Pergi bandar tu tak best langsung! Tak suka! Tak sanggup aku nak tinggalkan kampung ni! Kalau aku nak tinggalkan kampung ni pun, tunggu bila aku dah kahwin nanti!
            Bum!
            Mata yang terpejam rapat tadi terus terbuka luas. Siapalah yang menganggu ketenteraman aku di pagi yang tenang ni?! Aku dah menyarung tudung ke kepala sebelum bergegas turun ke bawah. Mak dengan ayah yang memang dari tadi duduk dekat beranda, turut memanjangkan leher untuk melihat apa yang berlaku sebelum kami bertiga segera ke tempat orang ramai dah mula berkerumun. Aku dah nak pengsan bila tengok ada seorang lelaki diangkat dengan dahi yang berdarah. Aku ni nampak je brutal tapi memang tak tahan kalau tengok darah. Rasa macam nak muntah dan pengsan!
            “Bawak dia ke rumah Pak Mat,” jerit Pak Mat kuat sambil mengarahkan budak-budak lelaki yang mengangkat lelaki yang pengsan tu ke rumahnya.Aku dah tepuk dahi. Punyalah aku takut darah yang mengalir dekat dahi lelaki tu tapi boleh pulak ayah suruh diorang bawak lelaki tu pergi rumah mereka?
            Aku hanya berdiri di belakang mak sambil memerhati ayah yang tengah mengelap luka di dahi lelaki tu. Sesekali aku tengok muka lelaki tu berkerut sedikit, mungkin sebab pedih sangat kot.
            “Nah, tolongkan ambik kapas.”
            Laju aje mak ke bilik sebelum keluar dengan kapas. Aku pulak dah nak melarikan diri ke tempat lain. Takut jugak kalau ayah suruh dia buat apa-apa kat sini. Dahlah badan lelaki tu penuh dengan darah. Yang lelaki ni pun satu! Yang nak bawak motor tu laju-laju, apahal?! Ingat sini ni jalan highway ke apa?
            “Sofi....” Meleret je suara ayah memanggil aku. Aku gigit bibir sebelum berpaling kea rah ayah dengan senyuman di bibir.
            “Ya ayah?”
            “Tolong ayah lap darah dia ni...”
            Aku cepat-cepat geleng kepala. “Takut!”
            “Ala... cepatlah. Kesian dia ni...”
            Aku pandang lelaki tu sebelum aku tarik nafas panjang. Memang kesian pun bila tengok muka handsome tu ada tercalit darah dan luka. Sayang betullah! Muka handsome tapi tak pandai jaga! Bawak lagi motor laju-laju!
            Aku capai kain basah yang ayah hulur dekat aku sebelum aku lap lengan lelaki tu. Sengaja aku tonyoh kuat-kuat dekat luka dia tanda protes dan geram. Tak faham betul aku, kenapa dia nak bawak motor tu laju-laju! Entah-entah dia ni penjenayah yang terlepas dari penjara?! Mana tahu kut-kut tadi dia tengah nak melarikan diri dari polis ke?
            “Ayah pasti ke lelaki ni orang baik?” Soal aku perlahan.
            “Muka dia nampak baik je.”
            “Muka orang ni...”
            “Kamu ni suka sangat buruk sangka dekat orang!” Ayah dah jegil bijik mata dekat aku. Aku hanya tergelak kecil sebelum kembali mengelap luka dekat badan lelaki ni. Nasib baik ayah dia ni ada kepakaran dalam bidang-bidang mengubat orang jadi takdelah masalah sangat nak jaga lelaki ni!
            **
            Aku menggeliat kecil sebelum bangkit dari atas katil dengan rambut yang mengerbang. Dengan mata yang masih lagi mengantuk, aku melangkah keluar bilik sambil menggaru kepala yang gatal. Baru je kaki aku nak melangkah ke dalam bilik air, tiba-tiba aku rasa macam ada orang je dekat belakang aku sekarang ni. Terus aku berpaling ke belakang   sebelum aku memandang lelaki tinggi lampai yang tengah berdiri tegak dengan menggunakan tongkat di hadapan aku sekarang ni.
            Dekat beberapa minit jugak aku tengok dia dan dia tengok aku sebelum aku tersedar pasal sesuatu. Kepala yang terasa berangin sekarang ni buat aku rasa pelik. Akhirnya aku pegang kepala aku sebelum menjerit kuat. Gilalah!
            “Arghhhhhhh!”
            Terus tangan aku capai baldi yang memang ada dekat depan pintu bilik air ni dan aku masuk kepala aku dalam baldi tu. Rambut ni kena tutup dulu! Tiba-tiba aku terdengar ada orang ketawa. Aku biarkan je. Memang taklah nak angkat baldi ni dari muka aku kan? Nasib baik baju tidur aku ni menutup aurat. Macam manalah aku boleh lupa yang ada lelaki tu dalam rumah aku!
            “Kenapa ni, Firas?”
            Aku dengar suara mak yang menegur lelaki kat depan aku ni. Nama dia Firas eh?
            “Anak mak cik ni... tetiba menjerit bila nampak saya. Mungkin sebab muka saya ni ada luka kot?”
            Kemudian aku dapat rasa mak datang menghampiri aku sebelum menjenguk aku dari bawah baldi.
            “Patutlah... Sofi lupa ke ada orang lain dalam rumah ni?”
            Aku angguk laju-laju. Langsung tak ingat yang ayah dengan mak tolong jaga lelaki nama Firas tu! Sebab tu selamba badak je dia keluar tanpa tudung tadi.
            Mak dah tergelak-gelak sebelum berpaling dekat arah Firas. “Anak mak cik ni nama dia Sofi. Dia terlupa nak pakai tudung, sebab tu dia menjerit.”
            “Ohh...”
            “Mak, Sofi naik atas dulu...” Aku meraba-raba mencari jalan tapi aku terkejut bila aku rasa ada orang ketuk tangan aku guna tongkat.
            “Salah haluan tu... nyaris-nyaris awak nak terpeluk saya.” Aku dengar Firas tu tergelak kecil.
            “Mak tolongg...”
            Mak pun dah ikut gelak sama. Aku dah mencebik dalam baldi ni. Dahlah aku tak nampak apa-apa sebab warna baldi ni gelap!
            “Iyelah... meh sini mak tolong.”
            **
            Dari tadi aku duk perhati si Firas yang tengah bersembang-sembang dengan ayah. Sekejap je dah boleh rapat eh? Semalam jumpa, hari ni dah macam keluarga. Hish, musykil betul hati aku sekarang ni!
            “Sofi, tak baik mengintai orang...”
            Aku terus terlentang dekat muka pintu ni. Ala... ayah ni macam tahu-tahu je!
            “Kan dah jatuh...” Ayah dah gelakkan aku. Si Firas tu pulak buat muka control cool je. Padahal aku tahu yang dia pun nak gelakkan aku sekali!
            “Lantai ni licin...” Balasku selamba sebelum menepuk-nepuk tapak tangan aku. Aku pandang Firas yang tengah hirup air kopi dengan tangan terketar-ketar. Habis dekat satu badan dia penuh dia plaster! Ikutkan hati aku ni, dah lama aku bagi ceramah dekat dia! Lain kali bawak lagi motor macam pelesit!
            Aku terus duduk dekat depan televisyen tanpa mempedulikan Firas walaupun aku tahu dia tengah tengok aku. Kalau setakat seminit dua tu bolehlah lagi tahan tapi bila dah dekat setengah jam, dia asyik tengok aku... mulalah aku nak bagi penumbuk dekat dia!
            “Ada masalah ke?” Soalku kasar sambil menjegilkan bijik mata dekat dia. Nasib baik ayah pergi tandas kejap, jadi bolehlah aku buli mamat bawak motor lelaju ni!
            Tiba-tiba dia ketawa.
            “Comel.”
            Aku yang mendengar terus tergamam. Mulut pun dah terlopong luas. Aku tak salah dengar kan tadi? Dia cakap comel?
            “Kenapa muka Sofi macam tu?”
            Aku telan liur. Machonya suara dia! Err...
            “Apa kau cakap tadi?”
            “Saya cakap Sofi comel,” balasnya tenang sambil tersenyum. Nak luruh jantung aku bila tengok dia senyum macam tu. Gilalah!
            “Kau ni gatal kann... Hish-hish!” Aku dah geleng-geleng kepala. Tak padan ke sakit, nak jugak menggatal dengan anak dara orang.
            “Laa... betul apa. Memang Sofi comel.”
            Aku jelir lidah dekat dia. Memang dasar lelaki gatal!
            “Saya jarang puji orang perempuan.”
            “Eww... ayat cliché!” Aku mencebik. Biasalah ayat macam tu keluar dari mulut lelaki kan? Masa nak menggoda, ayat perghh! Bukan main jiwang!
            Dia hanya tersenyum. Langsung tak terasa dengan apa yang aku cakap. Aku kerling dia yang tengah menonton televisyen. Sejujurnya, bila dia cakap aku comel tadi... hati ni kembanglah jugak. Mana pernah orang cakap Sofi Nurfaziera ni comel? Semua duk cakap aku ni garang! Sebab tu takde orang lelaki pun berani nak dekat dengan aku. Siapa berani dekat memang nak kena siku!
            “Saya handsome ke?”
            Aku yang tengah minum air terus tersedak sampai tersembur air kopi dekat muka dia. Ayah yang baru keluar dari tandas pun naik terkejut bila tengok muka Firas dah basah dengan air kopi. Aku lagilah terkejut tapi si Firas ni boleh senyum pulak! Sah dah gila lelaki ni!
            **
            Dah beberapa hari dah Firas jadi pesakit ayah dan mak. Hari-hari mak masak special untuk Firas tu. Ayah pun makin hari makin rapat dengan si Firas tu sampaikan aku pun dah tak dilayan sangat. Akhirnya aku selalu bawak diri pergi sungai dekat dengan rumah aku ni. Konon-konon membawa diri walaupun takde siapa yang sibuk nak cari aku pun!
            “Minah garang buat apa sorang-sorang kat sini?”
            Aku berpaling ke belakang. “Kurang asam kau, Iqbal!”
            Iqbal ketawa je sebelum duduk dekat sebelah aku. Aku melambai tangan dekat adik bongsunya yang tengah peluk teddy bear warna coklat.
            “Buat apa sorang-sorang kat sini?” Tanya Iqbal lagi sekali. Aku hanya tarik nafas. Iqbal ni sorang jelah kawan lelaki aku dekat kampung ni. Dia ni je yang sanggup terima keganasan aku sebagai seorang perempuan walaupun kadang-kadang tu dia suka usik aku dengan nama panggilan Minah Garang.
            “Aku dengar lelaki yang accident tu dah makin okey?”
            Aku angguk kepala. “Kaki dia je yang tak berapa nak okey sangat.”
            “Dia baik jugak. Hari tu, dia tolong si Umar tu.”
            “Hah?” Dahi aku berkerut. Bila masa pulak dia tolong orang ni?
            “Kau tahulah si Umar tu. Nakal sangat! Hari tu terjatuh dalam lumpur. Habis kotor badan dia. Si Firas tu tolong angkat dia. Habis kotor baju dia masa tu. Walaupun kaki tu tak elok, sanggup jugak dia bersusah-payah nak tolong adik aku tu...”
            Aku dah menggigit bibir. Sekarang ni, barulah aku tahu kenapa baju dia kotor hari tu tapi aku dah buat silap besar! Aku marah-marah dia bila lumpur yang ada dekat baju dia tu menitik dekat lantai. Daripada pagi sampailah malam aku membebel dekat dia tapi dia tak marah pun. Dia diam je sambil buat muka bersalah sebab dah kotorkan rumah. Haa... bersalah gila sekarang ni! Terus aku bangkit dari duduk sebelum berlari meninggalkan Iqbal yang terpinga-pinga.
**
            “Firassss!” Aku jerit dari bawah sambil berlari naik tangga. Firas yang tengah tengok televisyen berpaling dekat aku dengan kerutan di dahi. Terus aku berlari pergi dekat dia sebelum berdiri tegak dekat hadapan dia.
            “Kenapa ni, Sofi?”
            Aku lap air mata yang mengalir tiba-tiba. Haa... first time nangis depan lelaki! Dia pun dah pandang aku dengan muka yang cemas.
            “Sofi, kenapa ni? Jangan takutkan saya... Saya panggil mak cik ye.” Suara dia dah cemas. Tergesa-gesa dia nak ambik tongkat ketiak dia tapi aku cepat-cepat ambik tongkat dia sebelum aku sembunyikan dekat belakang badan aku.
            “Ya Allah, Sofi! Jangan main-main!”
            “Aku nak mintak maaf...”
            “Hah?” Dia terkejut. “Untuk apa?” Soalnya perlahan.
            “Sebab marah kau. Baju kau kena lumpur sebab nak tolong adik kawan aku kan? Aku mintak maaf sebab marah-marah dekat kau.” Aku tunduk pandang kaki. Rasa malu gila nak tengok muka dia sekarang ni!
            “Ala... benda kecik je. Jangan risau la.” Dia senyum.
            “Tapi boleh tahan jugak Sofi membebel hari tu. Nasib baik telinga saya dah kebal.” Dia ketawa di hujung bicaranya. Aku hanya garu kepala sambil tersenyum sumbing.
            “Kita kawan?”
            Aku angguk laju-laju. “Kawan!”
            **
            “Nah, makan!” Aku sengih lebar sambil letak semangkuk bihun dekat depan Firas. Kemudian aku letak pulak semangkuk sambal udang dengan petai. Tiba-tiba di pagi yang sangat tenang ni, aku teringin nak makan sambal udang dengan petai.
            Mak hanya ketawa kecil bila tengok muka Firas yang nampak pelik bila tengok sambal udang dengan petai tu. Aku menggeleng kepala sebelum duduk di atas kerusi, bertentangan dengannya.
            “Kau tak pernah makan petai ke apa?”
            “Tak pernah.”
            “Patutlah muka kau pelik sangat tengok petai tu. Petai ni sedap tau tapi dia berbau sikit. Aku selalu makan chew gum setiap  kali lepas aku makan petai!” Aku sengih sebelum ceduk bihun ke dalam pinggan dia. Dia pulak tengok je aku sebelum aku tiba-tiba jelir lidah dekat dia.
            “Aku tahulah aku comel.”
            Firas dah ketawa besar. “Perasan!”
            “Tapi memang betul pun...” Sambungnya kemudian sambil menyuap bihun ke dalam mulut.
            Aku buat muka meluat.
            “Assalamualaikum....” Tiba-tiba ada orang ada datang bagi salam dekat depan pintu dapur. Aku senyum bila nampak Iqbal tengah berdiri dekat situ dengan adik-beradik dia sekali.
            “Waalaikumussalam. Ada apa, Iq?”
            “Jom pergi memancing!”
            Muka aku terus bercahaya. Lama gila tak pergi memancing! Terus aku pandang mak yang tengah basuh pinggan. “Nak pergi memancing, boleh?” Soalku sambil mengelip-ngelip mata.
            “Pergilah tapi bawaklah Firas sekali. Dia tu jarang berjalan kat kawasan kampong. Boleh kuatkan lagi kaki dia tu...”
            “Kau nak ikut?” Soalku pada Firas yang tengah makan petai. Terbeliak jugak mata aku bila nampak dia cedok sambal udang masuk dalam pinggan dia tadi. Kata tak makan petai?
            This is delicious.” Dia pandang aku sambil tersengih.
            Aku mencebik. Lain yang aku tanya, lain yang dia jawab. “Nak join pergi memancing tak?”
“Memancing?”
            “A’ah. Memancing. Nak?”
            “Boleh jugak.”
            Aku berpaling balik ke arah Iqbal. “Bolehlah. Kau tunggu aku dekat sungai. Nanti aku bawak Firas pergi sana...”
            “Okey! Jangan lambat!”
            “Iyelah, pak cik!”
            Aku lambai tangan dekat Iqbal sehingga dia hilang dari pandangan mata aku. Lepas tu baru aku ingat sesuatu. Nak memancing tapi aku baru teringat, reti ke si Firas ni memancing?
            **
            “Bukan macam tu la!” Dari tadi aku duk membebel dekat Firas. Nak pegang joran pun tak lepas-lepas dari tadi. Kadang-kadang aku kesian jugak tengok muka dia yang dah tension tapi dalam kesian-kesian tu, kadang-kadang ada je aku gelakkan dia.
            “One day, bila kita jumpa balik... saya dah terror memancing!”
            Aku hanya sengih. “Entah-entah kau dah lupa jalan nak ke kampong ni.”
            Dia diam je. Agaknya memang betul dia lupa jalan nak ke kampong ni. Aku pandang Iqbal yang tengah merendam kaki dalam air sambil memancing. Agaknya dia nak jadikan kaki dia tu umpan jugak kot? Aku dah tergelak sendiri.
            “Kenapa gelak?”
            “Takde apa.” Aku geleng kepala sambil tersenyum.
            “Iq tu bestfriend awak ke?”
            “A’ah.”
            “Special?” Nada suara dia dah lain. Aku terus pandang dia sambil buat muka nakal.
            “Kau jealous ke?” Aku dah tergelak. Lawaklah kalau betul Firas jealous kan? Memang perasan betul aku sekarang ni!
            “Kalau saya cakap ya?”
            “Tipu!”
            “Tak percaya sudah!” Dia dah berpaling ke arah lain. Aku dah geleng kepala. Firas...Firas! Perangai macam budak-budak!
            “Firas, kau kerja apa?”
            “Saya tak kerja.”
            “Tipu lagi!” Aku tak percayalah dia ni tak kerja. Muka dia macam muka orang berpelajaran. Tengok gaya dia pun boleh tahu dia tu seseorang yang bukan calang-calang orangnya. Kalau tak, takkanlah senang-senang je dia bayar untuk motor dia yang rosak tu. Mahal kot ayah cakap!
            “Kerja biasa-biasa je...”
            “Business man?”
            “Family business...”
            Aku mengangguk. “Selesa ke duduk sini? Kau dah biasa duduk rumah besar-besar...”
            “Duk kampung lagi best! Udara segar. Masalah kurang... Saya suka duduk sini. Kalau boleh, saya nak duduk sini sampai bila-bila.”
            “First time aku jumpa anak orang kaya yang suka duduk kampung.”
            Firas pandang aku. “Ada tak rumah yang nak dijual dekat sini?”
            “Entahlah. Nanti kau tanyalah ayah...” Aku membetulkan tudung aku. Tiba-tiba joran Firas bergerak-gerak.
            “Ada ikan!” Aku dah menjerit teruja. Firas cepat-cepat angkat joran dia lalu menariknya kuat. Nampak macam besar je ikan tu?
            Bila Firas dah angkat joran dia, terus aku gelak besar. Dahi Firas pulak dah berkerut dan dia pandang aku.
            “Apasal aku dapat selipar ni?!” Ucapnya tak puas hati. Aku dah gelak besar. Iqbal pun join gelak sekali. Firas mencebik tak puas hati sebab kena gelak tapi akhirnya dengan dia sekali gelak jugak.
**
“Kak Sofi!!!”
“Apa?” Aku jenguk kepala ke luar tingkap. Kenapa pulak budak-budak ni datang pagi-pagi ni?
“Jom main kahwin-kahwin!”
“Hah? Ala... awal pagi ni.”
“Ala, kak... jomlah!”
Masing-masing dah buat muka kesian. Mentang-mentanglah aku selalu main dengan diorang, asyik-asyik nak suruh aku jadi pengantin diorang. Aku tahulah aku ni patutnya dah kahwin tapi tak kahwin-kahwin!
“Yelah... siapa jadi pengantin lelaki? Taufiq lagi ke?”
Laju je diorang menggeleng. “Abang Firas!”
“Hah?!” Makin melopong mulut aku. Tak nak eh berlakon jadi pengantin dengan Firas! Gilalah kalau aku nak!
“Tak maulah!”
“Kenapa tak nak?” Tiba-tiba aku rasa ada orang yang tengah pandang aku dari bawah. Eh, sejak bila Firas tercongok berdiri dekat situ?
“Nanti orang ingat kahwin betul-betul!”
“Kalau kahwin betul-betul, apa salahnya?” Dia tanya lagi. Muka dia serius sangat masa tu. Aku pun naik takut bila tengok dia serius macam tu.
“Hah?”
“Saya nak kahwin betul-betul dengan awak!”
“Gila!”
“Awak ni memang tak faham Bahasa Melayu ke apa?”
“Kaulah yang tak faham Bahasa Melayu. Kau tahu tak makna kahwin tu apa?” Ada yang kena siku nanti dengan aku.
Firas mendengus geram sebelum tiba-tiba naik atas rumah dan masuk dalam bilik dia. Aku hanya mendiamkan diri apabila dia keluar dengan beg sandangnya dan terus ke dapur. Aku dengar dia bercakap dengan mak dan ayah sebelum dia terus keluar dari rumah dengan kunci motor dia tangan. Mak dengan ayah yang keluar dari pintu dapur turut turun ke bawah dan sempat memandang aku dengan kerutan di dahi.
Bila aku dengar bunyi deruman motor, aku tahu saat itu jugak Firas dah pergi. Dan entah kenapa, aku rasa hati aku pun dah melayang pergi ikut dia yang dah jauh....
**
            “Tulah kau! Ego lagi!” Marah Iqbal sambil melempar batu ke dalam sungai. Aku diam je. Nak cakap apa pun memang tak mampu.
            “Bukan nak ego tapi...”
            “Tapi kau tu ego! Jangan nak banyak dalih sangat...”
            Aku dah ketap bibirr. Aku tak nak ego pun cuma hati aku ni dia keras sikit. Memang aku suka dengan layanan Firas. Dia baik sangat dengan aku. Aku cakap apa pun, dia tak pernah marah tapi dia boleh senyum lagi.
            “Aku menyesal...”
            “Kau takde nombor phone dia ke? Call dia...”
            Aku geleng kepala. Tak pernah terfikir pun nak ambik nombor dia selama ni. Bila dah macam ni, barulah aku sedar betapa pentingnya nombor telefon dia tu.
            “Kau tunggu jelah, Sofi. Mana tahu kut-kut dia datang balik ke?”
            “Tapi hari tu, dia macam marah gila dekat aku...”
            “Sabar la, Sofi... Orang tengah marah kan. Insya-Allah, dia datang balik nanti. Jangan risau ye.” Iqbal mengukir senyuman bagi mengurangkan rasa gelisah aku. Aku hanya tersenyum tawar sebelum mengangguk kecil.
            Firas, saya rindu awak...
**
“Haa... tenangnya.” Firas membaringkan tubuh badannya di atas pangkin. Mak yang tengah menyapu rumput kering tersenyum je. Aku yang tengah makan mempelam muda dengan sambal kicap ni memang dah diam terus. Bila ada mempelam muda depan mata, memang dah lupa benda lain!
            “Nak satu...” Firas capai potongan mempelam muda lalu dimasukkan ke dalam mulutnya. Aku nak tergelak bila tengok muka dia berkerut tahan rasa masam.
            “Mempelam ni masam...” Rungut dia.
            “Nama pun mempelam muda.” Aku dah tergelak-gelak.
            “Sofi...”
            “Apa?”
            “Saya rasa seronok duduk sini.”
            “Kan?”
            “Lagi satu seronok sebab awak ada...” Firas dah ketawa bila tengok aku tersedak.
            Aku tarik nafas dalam-dalam. Kerap betul, kenangan aku dengan Firas menganggu otak aku sekarang ni. Hampir setiap masa, aku asyik teringatkan dia yang entah di mana sekarang ni. Walaupun ada orang ramai yang tengah bersiap-siap untuk majlis perkahwinan Maria dengan Iqbal tapi hati aku ni rasa kosong. Aku rindukan dia... nak sangat jumpa dia! Setahun dia pergi tapi aku macam dapat rasa dia masih di sini. Haa... penatnya menunggu!
**
            “Tahniah!” Aku tak tahu nak senyum macam mana sekarang ni. Kenapa semua saudara aku sibuk cakap tahniah dekat aku macam aku ni la yang berkahwin hari ni? Takkan diorang tak tahu yang adik aku Maria tu yang berkahwin?
            “Bukan si Sofi yang berkahwin tapi Maria...” Mak dah tepuk bahu aku. Aku hanya tersenyum sumbing. Perlahan-lahan aku mengangguk.
            “Ohh... tapi muka Sofi ni bukan main berseri-seri je?”
            Aku rasa nak tergelak je bila dengar Mak Long aku cakap macam tu.
            “Doa-doakanlah supaya orang yang ditunggu Sofi ni kembali...” Mak dah sengih-sengih. Aku pulak dah naik nak tersedak. Amboi, mak! Kemain nak mengusik aku.
            “Siapa yang Sofi tunggu?”
            Aku jungkit bahu. Tak nak cakap pasal ni dah. Setahun aku tunggu dia tapi dia tak pernah datang sini lagi. Kalau nak merajuk pun, takkanlah lama sangat kan? Mesti dia dah lupakan aku tu.
            “Takkan takde calon yang sesuai?”
            Mak cuma pandang aku dan aku tahu mak sebenarnya risaukan aku. Risau kalau aku terasa dengan apa yang orang lain cakap. Adik dulu yang berkahwin sebelum kakak!
            “Tak lama lagi, adalah calonnya.... Insya-Allah.”
            Aku mengangguk bersetuju dengan kata-kata mak dan entah kenapa saat ni, aku harap sangat calon tu Firas...
            “Akak!”
            Aku berpaling ke belakang sebelum memandang Umar yang berlari anak mendapatkan aku. Iqbal yang turut berlari di belakangnya mendekati aku dengan muka yang berseri-seri. Amboi, mentang-mentang dah jadi suami adik aku... bukan main berseri-seri lagi!
            “Apa?”
            “Kau kena ikut aku!”
            “Pergi mana?”
            “Ikut jelah!” Umar dah tarik tangan aku. Iqbal pulak berjalan di hadapan kami berdua Terkedek-kedek dia membawa aku ke depan rumah. Aku hanya membebel geram bila beberapa kali aku tersepak batu sebab nak ikut langkah dia yang laju.
            “Umar nak bawak akak pergi mana ni?”
            “Jumpa Abang Firas.”
            “Hah?” Mulut aku dah terlopong luas. Firas? Firas ada dekat sini ke?
            Tiba-tiba mata aku dapat menangkap kelibat seorang lelaki yang memang aku sangat kenal dan yang amat aku rindui. Dia tanggalkan cermin mata hitam dia sebelum memandang aku dengan senyuman. Senyuman tu... haa... betapa aku rindukan senyuman tu!
            “Assalamualaikum Sofi...”
            “Waalaikumussalam...”
            “Sihat?”
            “Alhamdulillah...” Aku cuba tahan air mata yang bergenang ni daripada mengalir. Aku tak nak menangis dekat depan dia.
            “Saya mintak maaf.”
            “Buat apa datang sini?”
            Firas pandang aku sebelum menghela nafas panjang. “Saya rindukan awak, Sofi...” Ucapnya perlahan.
            “Lepas setahun baru nak datang balik?”
            “Awak reject saya hari tu. Awak cakap saya gila.”
            “Dah memang betul pun!” Marah aku tiba-tiba. Memang dia gila masa tu tapi sekarang ni aku yang gila sebab aku rasa macam nak suruh dia ajak aku kahwin sekarang jugak.
            “Awak dah kahwin ke?”
            “Dah...”
            Muka dia berubah. “Dengan siapa?”
            “Dengan motor aku.”
            Kali ni dia ketawa sebelum berjalan mendekati aku. “Saya suka baju awak. Kita sedondon...” Dia hala jari dekat baju melayu dia. Warna peach sama macam aku.
            “Awak single kan?”
            “Entah...”
            “Saya tahu awak single lagi. Iqbal cakap awak tunggu saya dari dulu lagi.”
            Aku pandang dia. “So?”
            “Next week, keluarga saya datang...”
            “Next week?” Bulat dah mata aku. Cepatnya!
            “Akak saya akan datang. Dia nak berkenalan dengan awak and then we proceed dengan meminang, boleh?”
            “Err... ikut kaulah...”
            “Kesian awak kena langkah bendul.” Dia sengih. Aku dah merah muka.
            “Dah-dah! Aku marah lagi dekat kau. Setahun menghilang, bila datang balik... tiba-tiba nak kahwin dengan aku!”
            “Saya bukan sengaja nak menghilang. Insya-Allah bila ada masa, saya akan ceritakan segalanya dekat awak ye...”
            Aku hanya mengangguk dan entah kenapa, bibir aku tersenyum lebar sekarang ni. Bahagia mungkin?
**
            Minggu depannya, memang kakak Firas dan beberapa orang saudara mereka berdua datang jumpa aku dan keluarga aku sekali. Sangkaan aku meleset bila aku tengok gaya akak dia yang memang sempoi habis. Aku ingatkan mungkin dia akan pakai pakaian yang mahal-mahal tapi rupanya tak! Baju kurung dia pun biasa aje tapi dia memang sangat cantik!
            Cuma yang memusykilkan aku adalah apabila ibu dan ayah Firas tak datang sekali tapi selepas itu, barulah aku tahu yang sebenarnya Firas ni sebenarnya anak yatim piatu. Sebelum ayah diaorang meninggal, ayah diorang dah berkahwin lain tapi menurut kakak Firas, hubungan mereka berdua dengan keluarga tiri diorang tu tak berapa nak baik sangat.
            “Kitaorang lebih suka duduk sendiri daripada duduk dengan keluarga mak tiri kitaorang,” ucap Farah sambil memandang Firas yang duduk di sebelahnya.
            “Tapi kami harap Sofi masih lagi sudi nak jadi sebahagian dari keluarga kami...”
            Aku hanya mengangguk kecil sambil tersenyum. Mak dengan ayah pun mengangguk serentak.
            “Terima kasihlah Firas sebab sudi nak jaga anak pak cik yang garang ni...”
            Aku terus pandang ayah dengan mata yang membulat.
            “Takpe, pak cik. Pandai-pandailah saya jadikan anak pak cik yang garang ni jadi isteri yang manja dan comel.”
            Kali ni aku pandang Firas pulak. Mulut tu nak kena cili kan?
            Akhirnya mereka semua gelakkan aku. Haa... kalau aku kahwin dengan Firas ni, mahu hari-hari muka aku jadi merah macam strawberi. Kerja asyik nak mengusik aku je!
**
            Majlis resepsi perkahwinan aku dengan Firas dah tamat petang tadi. Serius, letih sangat badan aku sekarang ni. Walaupun keluarga tiri Firas takde tadi tapi keseronokannya tetap ada! Aku suka tengok macam mana keluarga belah arwah mak Firas bersembang-sembang dengan aku tadi. Bukan main peramah diorang semua. Keluarga belah arwah ayah Firas pun sama.
            “Penat?” Tanya Firas yang baru masuk dalam bilik.
            Aku mengangguk sambil menutup mulut. Bila-bila masa je, memang aku dah boleh tertidur ni. Aku nampak Firas capai tuala sebelum melangkah masuk ke dalam bilik air.
            “Kalau ngantuk, tidurlah dulu...” Ucap Firas lepas dia dah keluar dari bilik air. Aku yang  tengah baring atas katil hanya menggeleng kecil. Takkan nak tidur dulu, bila suami tak tidur lagi kan?
            “Tidur je. Abang okey je.”
            Mata aku makin lama, makin nak terpejam. Akhirnya aku terus tertidur dan aku terjaga balik bila aku dapat rasa ada tangan yang memeluk pinggang aku. Mula-mula aku nak bertaekwondo dekat sini sebab terkejut tapi bila aku sedar Firas yang peluk aku, terus aku tarik nafas lega.
            “Kenapa ni?” Soalnya lembut. Aku geleng kepala sebelum memusingkan tubuh aku menghadap dia. Aku ingat mak cakap setiap kali nak tidur, jangan membelakangi suami.
            “Terkejut tadi. Ingat siapalah yang peluk Sofi...”
            Dia hanya ketawa sebelum mengucup dahi aku. “Firas sayang Sofi. Sangat-sangat...”
            “Sofi pun sayang Firas sangat-sangat...”
            Dia mendekatkan dahi dia dengan dahi aku sebelum dia menghembus angin mengenai pipi aku. Aku yang memang mengantuk jadi makin mengantuk bila dia buat macam tu.
            “Nak tidur dah?”
            “Hmmm...”
            “Tidurlah...”
            “Abang?”
            Dia menggeleng. “Abang nak tengok Sofi tidur dulu.” Dia mengeratkan pelukan dia dan aku hanya senyum sebelum memejam mata. Lena betul tidur bila ada bantal peluk manusia dekat sebelah ni.
**
            “Mama dah suruh kau kahwin dengan Maya!”
            “Saya tak suka Maya! Kenapa mak nak paksa saya ni?”
            Aku yang baru siap mandi, terkejut bila dengar suara orang menjerit dekat bawah. Lepas siap pakai baju, aku terus capai tudung dan berlari turun ke bawah.
            “Abang...” Aku memanggil Firas yang tengah bercekak pinggang sebelum berjalan mendekatinya.
            “So, nilah isteri yang kau sukakan sangat tu?!”
            Aku pandang wanita anggun yang berdiri di hadapan Firas sekarang ni.
            “Ya, dia isteri saya.” Firas tarik aku dekat dengan tubuhnya. Dia terus mengucup kepala aku sambil mengusap lengan aku. Siapa perempuan ni sebenarnya?
            “Aku mama tiri Firas dan ni sepatutnya jadi bakal menantu aku, bukannya kau!” Aku terkedu dan aku terus pandang seorang lagi wanita cantik yang tengah duduk di atas sofa sambil memandang aku dengan tajam.
            “Mama... tolonglah!”
            “Memang betul apa! Kalau bukan sebab dia ni, Firas dah kahwin dengan Maya!”
            Aku menggenggam tangan Firas. Memohon dia supaya menyabarkan hati aku. Aku risau aku terkam mama tiri Firas ni nanti.
            “Sabar, sayang...” Firas mengusap belakang aku. Aku genggam tangan dia lagi kuat. 
            “Mak cik... saya tak nak berkasar dengan mak cik. Cukuplah mak cik dah buat keluarga suami saya terseksa, tak perlulah mak cik nak buat saya dengan suami saya menderita pulak.”
            Mama tiri Firas pandang aku macam nak telan. Walaupun Firas tak cerita apa-apa pun dekat aku tapi aku tahu apa yang sebenarnya berlaku. Aku tahu sebab aku terdengar Kak Farah dengan Firas berbincang masa hari perkahwinan kami. Mula-mula terkejut jugak tapi lama-lama aku rasa geram pulak dengan mama tiri Firas ni. Semua benda dia nak paksa! Itu dia nak paksa, ini dia nak paksa!
            “Kau tu cuma pendatang asing dalam keluarga ni. Jangan nak kurang ajar dengan mama...” Dahi aku ditunjal oleh Maya. Mendidih darah aku bila seorang perempuan yang langsung takde kena-mengena aku, main-main tunjal dahi aku. Baru aje aku nak membalas, tiba-tiba aku tengok Maya telah ditolak sehingga terduduk. Nasib baik terduduk atas sofa,  kalau terduduk dekat lantai marmar ni... sakit jugak tu!
            Aku pandang Firas yang dah  berdiri dekat depan aku. Muka dia merah dan aku tahu dia tengah marah. Segera aku usap lengan dan belakang dia. Pertama kali aku tengok dia marah macam ni sekali. Sepanjang sebulan kami berkahwin, dia tak pernah marah aku macam tu sekali. Setakat tegur kalau aku buat salah, biasalah kan?
            “Abang....”
            “You’ve no right to touch my wife!” Dia menengking Maya. Aku peluk tangan dia bagi mengurangkan rasa marah dia. Dia mengenggam kuat tangannya sampai urat hijau nampak jelas dekat mata aku. Risau aku tengok dia sekarang ni.
            “Sebab perempuan ni, you sanggup tolak I! How dare you, Firas?! Sebelum ni, kita bahagia...” Maya dah tersedu-sedan.
            “Aku dengan kau tak pernah ada apa-apa pun! Mama yang pandai-pandai cakap yang aku akan bertunang dengan kau! Bukannya aku tak tahu yang selama ni kau cuma nak harta keluarga aku je kan?! Kau ingat aku tak tahu apa yang kau buat selama ni dekat belakang aku?!”
            Firas terus pegang tangan aku. “Sebab nilah, abang tak jumpa sayang almost one year.”
            Aku pandang dia.
            “Perempuan ni, dia cuba nak perangkap abang tapi alhamdulillah dengan izin Allah, abang cepat sedar...” Firas tarik nafas.
            “Sebelum ni ya, memang abang mengaku abang pernah jatuh cinta dekat dia tapi lepas abang tahu perangai dia yang sebenar...”
            Aku genggam tangan Firas dan kemudian, aku pandang Maya yang nampak terkedu.
            “Masa abang kemalangan dekat kampung dulu, abang sebenarnya nak cari ketenangan tapi accident pulak dekat situ...”
            “Tapi abang happy sebab dapat jumpa Sofi... Sofi buat abang bahagia. Walaupun garang tapi tetap ada kelembutannya.”
            Aku rasa macam nak menangis pulak sekarang ni. Terus aku peluk tubuh dia erat sebelum aku pandang Maya dan berdiri tegak di depan Maya. Ikutkan hati aku, dah lama aku bagi penampar dekat Maya ni! Harap muka je cantik tapi perangai buruk!
            “Kau rugi sebab kau buat macam tu dekat suami aku tapi aku patut berterima kasih dekat kau...”
            Tiba-tiba tangan aku ditarik oleh Maya. “Please, bagi balik Firas dekat aku. Aku sayang dia. Sayang sangat-sangat. Aku menyesal sebab buat dia macam tu dulu.”
            Aku rentap tangan aku kuat. “Kau dah dapat peluang kau dulu, Maya... It’s over...”
            Firas dah berdiri dekat muka pintu. “Mama, saya bukan nak kurang ajar tapi saya dengan Sofi perlukan masa...”
            Akhirnya mama tiri Firas membawa Maya pergi dari situ tanpa sebarang kata. Aku pulak memeluk lengan Firas dan dalam hati aku bertekad yang aku takkan serahkan Firas pada sesiapa pun!
**
            “Tak patut betul Maya tu!”
            “Kan?” Firas senyum sebelum duduk dekat atas katil di sebelah aku. Aku mengangguk bersetuju. Memang tak patut!
            “Sayang...” Dia mengusap pipi aku.
            “Hmm...”
            “Thanks...”
            Aku terus pandang dia. “Untuk?” Tanyaku perlahan sambil bermain-main dengan jarinya.
            “Sebab pertahankan abang tadi. Terharu sangat...”
            “Of courselah! Abang kan suami Sofi.”
            Firas ketawa sebelum merapatkan tubuhnya dengan tubuhku. Aku menjeling sekilas sebelum tunduk memandang lantai.
            “I love you so much...” Bisik Firas di telinga aku. Hampir je nak buat aku cair dekat sini. Bila Firas dah peluk aku dari belakang, makin cair aku dibuatnya.
            “Insya-Allah, abang takkan pernah tinggalkan Sofi sebab abang sayang Sofi sangat-sangat...”
            Aku senyum sambil mengangguk kecil. “Sofi pun sayang abang...”
**
            Beberapa hari lepas tu, Maya ada datang jumpa aku masa Firas pergi kerja. Aku ingat dia nak serang aku tapi sebaliknya dia datang mintak maaf. Dia cakap dia memang bersalah sebab nak permainkan perasaan Firas dulu tapi sekarang ni, dia rasa menyesal sangat sebab buat macam tu.
            Aku pulak dengan rela hati terima maaf dia. Setiap manusia perlu diberi peluang kedua. Aku dapat lihat Maya memang betul-betul menyesal dan aku rasa sangat lega dan tenang bila dia cakap dia doakan kebahagiaan aku dengan Firas.
            “Kurang satu masalah...”
            “Apa yang kurang satu masalah?” Tanya Firas tiba-tiba. Aku terus urut dada. Kus semangat!
            “Bila balik?” Aku bangkit dari duduk dan terus menyalami tangan Firas. Seperti biasa, Firas akan cium dahi dan pipi aku.
            “Baru je lagi. Apa yang kurang satu masalah tadi?”
            “Maya... tadi dia datang mintak maaf.”
            “Lepas tu?”
            “Dah okey dah.” Aku sengih. Firas terus tarik aku ke dalam pelukannya.
            “Risau abang...”
            “Dia okey je bang...”
            “Abang risau mama...”
            Aku tarik nafas. “Kita pergi jumpa mama esok...”
            “Tapi?”
            Aku geleng kepala. Tak nak ada tapi-tapi lagi. Aku tekad nak jumpa mama esok. Biar semua masalah ni selesai! Kesian aku tengok muka kusut suami aku ni.
            Akhirnya Firas mengangguk bersetuju. Aku terus tersenyum lega.
**
            “Mama...”
            Aku pandang muka Puan Fatimah lama. Dia hanya diam sejak dari tadi tanpa mempedulikan kami berdua. Sejak dari tadi jugak, aku genggam tangan Firas bagi memberi kekuatan pada dia.
            “Firas dengan Sofi mintak maaf...”
            “Mak cik... saya dengan Firas nak mintak maaf. Kami tahu mak cik marahkan kami atas segalanya yang berlaku. Saya tahu mak cik marah saya sebab pada pandangan mata mak cik, saya yang rampas Firas dari Maya kan? Percayalah mak cik, takde niat pun saya nak rampas Firas dari Maya.”
            Puan Fatimah masih mendiamkan diri.
            “Tapi saya tak boleh nak lepaskan Firas. Saya sayang Firas, mak cik. Sayang sangat-sangat. Dia terima saya seadanya walaupun dia tahu perangai saya ni teruk,” sambungku lagi.
            “Dia...” Tiba-tiba aku rasa sebak. Nak cakap pasal Firas, sampai esok pagi pun belum habis. Banyak sangat yang dia buat untuk aku walaupun kami baru kahwin.
            “Sofi... Firas...”
            Aku dengan Firas segera memandang mama. Terkedu jugak bila tengok mata mama yang berkaca. Tiba-tiba dia terus memeluk kami berdua.
            “Mama mintak maaf. Mama kejam dekat kamu berdua. Firas, maafkan mama...”
            Aku dah menangis. Firas pulak dah merah mata. Aku pandang dia sebelum tersenyum. Akhirnya, semua dah selesai.
**
            “Thank you!” Firas kucup pipi aku sambil tersenyum lebar.
            “You’re welcome...”
            “Thank you!” Sekali lagi dia cium aku tapi kali ni dekat dahi pulak.
            “Err... untuk apa?”
            “Sebab jadi isteri abang...”
            Aku sengih dan ketawa. “You’re welcome. Thanks jugak sebab jadi suami Sofi. Siap kena bagi ceramah dekat Maya lagi. Haih, susah kalau handsome ni kan?”
            Dia dah cubit pipi aku sebelum memeluk aku erat. “Nanti kita pindah kampung.”
            “Kerja abang dekat sini? Syarikat ayah?”
            “Adik tiri abang yang akan handle syarikat tu. Abang nak duduk kampung dekat Sofi.”
“Abang nak buat apa dekat sana nanti?”
“Sofi perasan tak ada resort baru bukak dekat kampung?”
Aku angguk kepala. Memang aku perasan ada resort baru bukak dekat kampung aku tu. Cantik sangat!
“Itu kita berdua yang punya...”
“Hah? Betul ke?”
“Betullah, sayang... Resort tu milik kita berdua. Nama resort tu FSS Resort...”
Dahi aku berkerut. “Apa FSS tu?”
“Firas sayang Sofi...” Dia terus gelak sambil meletakkan dagu dia di atas bahu aku.
“Sweetnya...” Aku usap pipi dia. Terharunya sebab Firas namakan resort tu dengan gabungan namanya dan jugak nama aku. Firas sayang Sofi... sweet sangat!
“Sofi pun sayang Firas.”

           
            p/s :Patutnya cerpen ni keluar dekat penulisan2u tapi bila dah lama sangat takde, saya post kat blog jelah :) Comments are loved~~ <3 Maaf di atas segala kekurangan. Dah lama tak tulis cerpen.


           
           

Photobucket

19 comments:

  1. ahaaaaaa suwit gila kak mun!!!! ahaha cairrrrr... tp kann bab firas sayang sofi resort tu klakar... hahahah double thumbs up kak mun!! :D

    ReplyDelete
  2. Sweet sgt..:)
    Thanks cik writer.

    ReplyDelete
  3. FSS >>> Firas Sayang Sofi??cool. sweet giler.
    tapi tang Maya and mama tiri Firas tu nampak senang sgt la. x advnture


    >>k<<

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. memang lemah nak buat konflik :) terima kasih ye.

      Delete
  4. So sweet...#^_^

    ReplyDelete
  5. sweet giler cite ni!! :)

    ReplyDelete
  6. sweet citer ni...;)

    ReplyDelete
  7. sweet sangat ...dia punya jalan cerita pun sgt menarik

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...