Thursday, December 17, 2009

Unforgettable Part 3

"Adoi, siapalah yang call ni? Ngantuklah!"rungut Hana sambil mencapai telefon bimbitnya.Mana taknya dia tidur pukul 5.00 pagi semalam.

"Hello."jawab Hana dengan suara yang serak.

"Hana, kau tidur lagi ke?"dengan segera Hana duduk di atas katilnya.Alamak!! Malu!!

"Tak.Kenapa awak telefon saya, Fay?"tanya Hana setelah memastikan suaranya telah berubah menjadi normal.

"Kau tak ingat ke? Hari ni kan kau nak ikut kami pergi ronda-ronda."kata Fay lagi.Hana segera menepuk dahinya.Macam manalah aku boleh lupa yang aku dah setuju jadi pengurus mereka.

"Saya turun dalam 15 minit lagi."kata Hana.Dia bergegas masuk ke dalam bilik air dan bersiap dengan ala kadar sebelum turun ke lobi.Dari jauh, lima orang jejaka sedang menunggunya.

"Apasal lambat?"tanya Max.Hana merenung sekeliling.Hampir semua orang yang berada di lobi itu sedang memandang ke arah mereka.

"Saya ada hal tadi.Kenapa mereka semua tengok kita?"tanya Hana tidak selesa apabila dipandang sebegitu rupa.

"Cuba kau tengok kau ada dengan sape sekarang ni?"kata Daniel dengan sinis.'Hish, kenapalah dengan dia ni.Tak boleh ke cakap elok-elok!'

"Hmm..saya lupa."jawab Hana.Dia kemudiannya segera berlalu pergi dari situ.Kelima-lima jejaka itu hanya tercengang.

"Hana, awak nak pergi mana?"tanya Shin.

"Tadi kata nak pergi jalan-jalan."jawab Hana.Mereka dengan segera berlari untuk mengejar Hana yang sudah jauh meninggalkan mereka.

*******************************************************************
Hana hanya berjalan di sepanjang deretan kedai-kedai sambil menyanyi perlahan.Dia hanya memerhatikan kedai-kedai yang menjual pelbagai jenis barang-barang.Matanya terus melekap pada sebuah kedai kopi yang sangat comel.Dengan pantas, kakinya menuju ke arah kedai kopi tersebut.

"Wah, cantiknya!"kata Hana sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam kedai kopi itu.Hiasan dalamannya begitu cantik dan mendamaikan.Hana segera mengambil tempat duduk sambil melihat menu-menu yang disediakan.

"Apa khabar cik? Cik nak makan apa?"tanya seorang wanita dengan lembut.Wajahnya begitu ayu dan Hana seperti mengenali wanita tersebut.

"Hmm..awak ni Anne kan?"tanya Hana sambil tersenyum.Wanita itu memandangnya dengan pelik.

"Ya, macam mana awak kenal saya?"tanya Anne pelik.Dia hairan macam mana wanita yang berada di hadapannya boleh mengetahui namanya sedangkan mereka tidak pernah berjumpa.

"Aku Hana.Kau tak ingat ke?"jawab Hana sambil mengenggam tangan Anne.

"Hana!!! Aku rindu kau."jerit Anne.Dia terus memeluk Hana dengan kuat sambil mencium-cium pipi Hana.Kemudian mereka berdua ketawa.

"Ni kedai kau ke?"tanya Hana sebaik sahaja mereka duduk.

"A'ah..Cantik tak?"Hana hanya tersenyum mendengar soalan Anne.

"Mestilah cantik.Semua benda yang kau hias pasti cantiknya."jawab Hana.

"Kau datang sini dengan sape?"tanya Anne sambil memandang sekeliling.

"Aku datang dengan......V-Pop!"jawab Hana.Kemudian Anne mula menjerit.Hana segera menutup telinganya.Adoi!! Kenapa semua kawan aku minat diorang?!

"Aku tak sangka.Mana diorang?!! Aku minat giler tau Daniel cute!!"tanya Anne dengan teruja.Hana terkejut apabila mendengar yang Anne minat dengan Daniel si sombong tu.

"Apasal kau macam terkejut?"tanya Anne.

"Sebab kau minat Daniel."jawab Hana dengan penuh kesal.Anne mulai menggelabah.

"Kenapa dengan Daniel aku?"tanya Anne sambil mengenggam kuat tangan Hana.Hana hanya tersenyum sinis.

"Dia tu......"kata-kata Hana terhenti apabila percakapannya dipotong oleh seseorang.

"Aku ni apa?"tanya Daniel dengan kasar.Hana segera menutup mulutnya.'Macam manalah dia boleh ada kat sini.'

"Tak ada apa."jawab Hana cuba bersikap selamba.Kemudian dia baru teringat tentang Anne.

"Ni kawan saya, Anne."Hana memperkenalkan Anne kepada Daniel.Daniel hanya menganggukkan kepalanya tetapi Anne hanya mendiamkan diri sambil memandang Daniel dengan muka yang terkejut.

"Kenapa dengan kawan kau?"tanya Daniel pelik.

"Dia minat giler dengan awak.Mungkin dia terkejut."jawab Hana.Dia menepuk-nepuk tangannya di hadapan muka Anne.

"Hmm...Kau jangan lambat sangat.Banyak lagi tempat kita nak pergi."kata Daniel sebelum dia berlalu pergi meninggalkan kedai kopi itu.

"Anne!"jerit Hana dengan kuat untuk menyedarkan Anne.

"Apa?!"Anne juga turut menjerit kerana terkejut.

"Hish-hish, apalah kau ni.Dia naik takut tengok muka kau tadi."kata Hana sambil ketawa dengan kuat.
"Hah?! Ye ke?"tanya Anne terkejut.'Macam mana aku tak terkejut tengok dia, lelaki idaman aku tu.'

"Yalah.Oklah, aku nak pergi dulu.Jumpa lagi."kata Hana sambil memeluk Anne.

"Ok."balas Anne sambil memerhatikan langkah Hana.Dia kemudiannya tersenyum sinis.

"Dia tak kenal siapa sebenarnya Daniel."kata Anne dengan perlahan sambil memerhatikan langkah Hana yang sedang berjalan dengan ahli kumpulan V-Pop.

**************************************************************************
"Nak pergi mana lagi ni?"tanya Hana ketika mereka semua sedang berehat di sebuah taman.

"Kau nak pergi mana?"tanya Carl tanpa menjawab soalan Hana.Hana menggaru kepalanya sambil berfikir.

"Hmmm...entah."jawab Hana.Mereka semua hanya mendiamkan diri.Kemudian tiba-tiba Max berdiri sambil menjerit.Naik terkejut Hana apabila mendengar jeritan Max.

"Wei, apasal jerit?Sakit telinga aku."marah Daniel.

"Aku bosanlah.Jom kita nyanyi kat sini nak tak?"cadang Max sambil mengangkat keningnya.

"Nyanyi kat sini?! Kau gila ke?"bantah Daniel.Dia tidak suka dengan cadangan Max yang ingin mereka menyanyi di situ.

"Sekali-sekala jeLagipun mana ada orang.Kita nyanyi untuk Hana je."jawab Max sambil mengenyitkan matanya.Dia kemudiannya mencapai gitarnya sebelum mula memainkan lagu.Dia mula menyanyi..

( Max )
Hayake heuryeojin geurimgwa jiweojindeuthan nae hyanggiga nunbushin gureum soge garyeojyeoyo

( Shin )
Amu mal eomneun nae gaseumi cheoncheonhi mameul omgyeobogo geu sa-iro seuchyeogan shiganman sone nohyeojyeo isseoyo

( Fay )
I'm holding back the tears mugeopjji anke na-ui ma-eumeul maego georeoyo gakkapjjin anko meolji anheun gose dareun naega seo-itjjyo nan ulji anhayo

Hana terpegun mendengar suara mereka yang begitu sedap.Patutlah mereka semua ada ramai peminat.Hana memejam matanya untuk menikmati nyanyian mereka.

( Carl )
Tto dashi du soneul mo-eujyo eodinga deullil geu gose chu-eogi anin jigeumeul nan saragayo

( Daniel )
Babo gatjjiman neul hamkke isseoyo bi-ugo shipeun geu apeumi onmomeuro heureuneun nae nunmureul mareuge hajyo

Adoi! Sedapnya suara.Dia segera membuka matanya dan dia terkejut apabila melihat Daniel yang menyanyi.Tadi kata tak nak nyanyi, tu boleh pulak menyanyi.

( Semua )
I'm living with my tears mugeopjji anke na-ui ma-eumeul maego georeoyo gakkapjjin anko meolji anheun gose dareun naega seo-itjjyo ulji anhayo nan
I'm holding back the tears gabyeopjji anke na-ui mideumeul maego ttwi-eoyo nopjjido anko natjji anheun gose tto dareun naega seo itjjyo jageun misoro nan euseul su itjjyo
( Credit goes to : Aheeyah.com )

Hana menepuk tangannya dengan kuat selepas mereka semua selesai menyanyi.Sememangnya dia amat kagum apabila mendengar persembahan mereka walaupun dia pernah mendengar nyanyian mereka sebelum ini.

"Awak semua memang hebatlah."



No comments:

Post a Comment

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers