Thursday, July 15, 2010

My Everything 4 (Mini novel)


HAFIZ mengeluh panjang.Kesesakan lalu lintas sering menyebabkan dia rimas dan sakit hati.Time-time emergency macam ini lah dia nak jam pun! Haih! Hafiz mengerling jam di tangan.Jarum yang yang semakin menghampiri ke angka ke 11 membuatkan dirinya semakin tertekan.Macam mana kalau Aina ingat dia tak boleh datang dan terus pergi tanpa sempat memberitahu jawapannya? Confirm aku masuk hospital Tanjung Rambutan lepas ni.

“Lambat ke lagi Haris? Aku dah tension ni.”

“Entahlah Fiz.Aku pun tak pasti.Jam teruk ni..”

“Jauh lagi ke nak sampai KLIA?”tanya Hafiz sambil menyebak rambutnya ke belakang.Rambut yang pada mulanya tersikat rapi sudah menjadi kusut.

“Hmm..taklah sangat.Kenapa?”

“Kau rasa kalau aku jalan kaki dengan lari sikit-sikit, sempat tak aku sampai sebelum pukul 11?”

Mata Haris terbuntang luas.Nasib baik dia tidak melanggar kereta di hadapan.”Kau biar betul, bro?”

“Aku betullah ni.Kau tak nampak ke muka aku yang serius ni?”Hafiz tayang muka serius.

Serina memandang sebelum melepaskan keluhan.”Kalau ikut perkiraan aku, kalau kau larilah..insya-Allah sempat.”

Hafiz memandang Serina yang sedang memangku Aiman di belakang.Wajah Serina yang serius memang menyatakan yang dirinya tidak bergurau.

“Err..Haris berhenti.Aku nak turun.”Hafiz tergesa-gesa turun dari kereta sebelum berlari selaju mungkin.

“Seriously Serina..I tak pasti sama ada betul ke Hafiz tu adik I.He’s really crazy.”kata Haris sambil menggelengkan kepala.Ketawa kecil meletus di bibirnya.

“First time tengok dia macam tu.Aina is really lucky to have him.”

“Habis tu you tak bertuahlah dapat I?”tanya Haris sambil mencebikkan bibir.Merajuk.

Serina tergelak kecil.Dah tua bangka pun nak merajuk lagi.”Of courselah I bertuah.You kan baik,handsome, seorang ayah yang penyayang..”

“Nasib baik you tahu..”ujar Haris sambil tersengih.

AINA mengerling jam di tangan sebelum mengalihkan pandangan ke arah jalan raya yang sesak.Berkali-kali dia menepuk stereng kereta untuk mengurangkan debaran di dadanya.Dia paling tidak suka apabila keadaan menjadi begini.Jalan sesak segala! Menyerabutkan dan menyakitkan hatinya.

“Harap-harap Hafiz belum sampai..”bisik Aina perlahan.Encik Hamid yang duduk di sebelah tersenyum kecil.

“Bersabarlah sikit.Nanti kita sampailah.Flight kamu kan pukul 12.”

“Aina tahu, ayah tapi yang Aina risaukan sekarang bukan pasal flight tapi Hafiz.Aina dah janji nak jumpa dia pukul 11.Sekarang ni dah dekat pukul 11 dah..”

Encik Hamid menepuk bahu anaknya perlahan.”Biar ayah yang bawak kereta.Kamu pergi dulu..”

Aina tersentak.Maksud ayah apa? Pergi dulu? Pergi ke mana?

“Maksud ayah..kamu pergi dulu airport.Jalan kaki sikit..bukan jauh mana pun.”kata Encik Hamid lagi seolah-olah mendengar apa yang bermain-main di fikiran anaknya itu.

“Err..boleh ke ayah?”

“Apa yang tak bolehnya? Kamu kan takut kalau tak sempat nak jumpa Hafiz.Lagipun tadi ayah ada nampak seorang lelaki tengah berlari pergi arah sana.Dari tepi nampak macam Hafiz tapi ayah tak pastilah pulak.”kata Encik Hamid sambil menunjuk ke arah depan.

“Betul ke ayah? Oklah kalau macam tu, ayah bawak kereta ni tau.Aina pergi dulu.”Aina mencium tangan ayahnya sebelum bergegas keluar dari kereta.Nasib baik dia memakai seluar sekurang-kurang bolehlah dia berlari sedikit.

“Pa, ma..tengok tu.Cikgu Aina!”tunjuk Aiman ke arah seorang wanita yang sedang berlari di hadapan kereta mereka.

Haris dan Serina serentak merenung ke arah yang ditunjukkan oleh Aiman.Dua-dua terkejut.”Sama kan diorang berdua? Dua-dua berlari ke arah yang sama.”ujar Haris.Selepas itu, dia dan Serina terus ketawa.Kelakar betul mereka berdua.Insya-Allah jodoh mereka kuat!

~~

HAFIZ menarik nafas lega sebaik sahaja sampai di KLIA.Tanpa mengendahkan nafasnya yang masih belum teratur, pantas dia berlari menuju ke balai berlepas.Matanya meliar-liar mencari kelibat Aina dalam lautan manusia.

“Tak ada! Dia tak ada!” Hafiz meramas-ramas rambutnya sehingga kusut.Argh!

“Hafiz!”jerit Aina sekuat mungkin.Dia menekan dadanya yang sakit akibat berlari terlalu laju sebentar tadi.Nafasnya turun naik.

“Aina!”Hafiz pantas berlari ke arah Aina sebelum mengukir senyuman manis.Hatinya lega kerana dapat melihat Aina berdiri di hadapan matanya.

“Kenapa awak tercungap-cungap ni?”tanya Hafiz pelik.Dari tadi Aina tak habis-habis menarik nafas dalam-dalam.

“Err…saya berlari tadi.Takut tak sempat nak sampai airport.”

“Berlari?”

“A’ah..”

“Saya pun berlari jugak tadi.Hehe..saya ingatkan saya dah tak dapat jumpa awak lagi.”kata Hafiz sambil menyebak rambutnya ke belakang.

“Hmm..kan saya dah janji nak bagi awak jawapan.Takkan saya nak pergi tanpa bagitahu awak jawapannya kan?”ujar Aina sambil tersenyum.Nafasnya makin teratur kini.

“Hmm..boleh saya tahu jawapannya?”

“Awak sanggup tak tunggu saya lagi 2 tahun?”tanya Aina tanpa menjawab soalan Hafiz.

“2 tahun?”

“A’ah…Saya akan pergi Australia selama 2 tahun.Kalau awak tak sanggup tunggu saya, awak boleh cari yang lain.Saya tak paksa awak.”

“Aina…kalau awak suruh saya tunggu 10 tahun pun, saya sanggup tau.Insya-Allah, saya akan tunggu sampai awak balik sini semula.”balas Hafiz tersenyum.Aina hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum.Dia menilik jam di tangan.

“Flight awak pukul 12 kan?”tanya Hafiz.

“Ya…Mungkin sekejap nanti ayah saya sampai.”

“Jaga diri baik-baik tau kat sana.Kalau sibuk study pun, jangan sesekali lupa makan.Kesihatan kena jaga tau.Kalau rasa macam nak demam, pergi klinik cepat-cepat.”nasihat Hafiz dengan wajah yang serius.

Aina ketawa kecil.“Iye..saya ingat.Awak janganlah risau.”

“Aina..”panggil Encik Hamid yang berjalan seiring dengan Haris, Serina dan Aiman.Hafiz memandang pelik apabila dia tidak melihat Encik Hamid membawa sebarang beg pun.Rasanya dia tidak nampak pula Aina membawa beg.

“Mana beg awak, Aina?”

“Beg? Beg apa?”

Kening Hafiz bertaut dua.”Beg pakaianlah..”

“Buat apa nak bawak beg pakaian?”tanya Aina sambil tersengih.Sengaja ingin menguji jejaka di hadapannya ini.

“Lah, bukan ke awak nak bertolak ke Australia? Dah hilang ingatan ke?”

Aina terus ketawa.Muka Hafiz yang berkerut-kerut menggelikan hatinya.Encik Hamid yang berdiri di sebelah anaknya pun turut ketawa kecil.

“Kenapa ketawa?”

“Awak, sebenarnya…saya…belajar…dekat…sini….je.”tutur Aina satu persatu.Dia mengukir senyuman manis untuk Hafiz.

“Apa?!”Mata Hafiz membulat dan mulutnya terlopong luas.

Aina tayang muka selamba.Hehe…

p/s: Sangat busy :) Tapi masih lg nak post.haha..


5 comments:

  1. haha xD
    klakarlah dua orang tu ;)
    hehe
    best!

    ReplyDelete
  2. kuang asam punya aina.. ade ke dia kenekan si hafiz?? kekeke.. best!!

    ReplyDelete
  3. nakal aina..
    kenakan hafiz ya

    ReplyDelete
  4. Hafiz & Aina 2x5 je...
    enjoy sgt :D

    ReplyDelete
  5. sya bru je bca citwe nih..lawak n' best

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers