Sunday, December 27, 2009

Unforgettable Part 15


"Betul ke ni?"tanya Hana perlahan.Mereka semua tercengang apabila melihat lelaki yang sedang menghampiri sebuah piano.Langkah diatur penuh kemas.Perlahan-lahan Daniel duduk di atas kerusi.Dia mengusap bilah-bilah piano sebelum menarik nafas.Dia sempat berpaling ke arah Hana yang memandangnya.

Hana yang menyedari pandangan Daniel memberikan senyuman kepada Daniel.Hana tidak menyangka yang Daniel mahir bermain piano.Sepanjang dia bekerja, hanya Shin dan Max yang selalu memainkan piano.Daniel hanya bermain dengan gitarnya tanpa menyentuh alat muzik yang lain.Oleh sebab itu, kesemua ahli kumpulan V-Pop turut terkejut apabila melihat Daniel bermain piano.

Daniel mula memainkan not-not piano.Hana tersentak.Lagu ni...

"Pandainya kau main piano, Hana."kata Daniel sambil duduk di sebelahnya.

"Ayah aku yang ajar."

"Aku teringin nak main piano tapi aku tak reti."

"Ala, kau boleh belajar.Nanti bila kau dah belajar, mesti kau terror."

Daniel tersenyum."Aku nak jadi lebih terror daripada kau."

"Ya! Lebih terror dari aku."balas Hana sambil ketawa kecil.

"Apa tajuk lagu ni?"

"Magic Castle."

"Ohh..lain kali aku akan mainkan lagu ni untuk kau."

Hana memberikan senyuman manis kepada Daniel."Okay!"



Hana teringat kembali kisahnya dan Daniel dahulu.Lagu ini yang sering dimainkan oleh Hana ketika dia dan Daniel masih kecil.Dan sekarang Daniel sudah menunaikan janjinya.Hana memandang ke arah Daniel yang masih lagi memainkan not-not piano Magic Castle.Setitik air mata Hana jatuh.

"Hana, kau okay?"tanya Haruhi sambil memegang bahunya.

"Okay cuma aku teringat kisah-kisah dulu.Aku pernah mainkan lagu ni untuk Daniel."

"Sedap lagu ni."celah Fay sambil tersenyum.

Hana tersenyum."Yup.Memang best."

Daniel mendapat tepukan yang gemuruh sebaik sahaja dia selesai memainkan not yang terakhir.Kemudiannya dia tunduk hormat sebelum perlahan-lahan mendekati Hana.

"Aku dah tunaikan janji aku."bisiknya perlahan.

"A'ah.Aku tahu.Kau dah buktikan yang kau boleh main lagi terror daripada aku."

Daniel tersenyum."Kan aku dah cakap yang aku akan jadi lebih terror daripada aku."

Kemudian Daniel berlalu pergi.Muzik mendayu mula dimainkan.Hana mengambil tempat duduk manakala kawan-kawannya yang lain menuju ke tengah-tengah dewan untuk acara menari.Tiba-tiba, seseorang menghulurkan tangan kepada Hana.Hana mendongak kepala.

"Mike,kenapa awak hulurkan tangan?"tanya Hana.

"Saya nak menari dengan awak boleh?"

"Menari? Not such a good idea for me."

"Tak apa.Kalau awak terpijak kaki saya, saya akan cuba buat muka selamba."

Hana ketawa kecil mendengar kata-kata Mike.Perlahan-lahan dia menyambut huluran tangan Mike.

"Hana, awak dah berpunya ke?"tanya Mike tanpa berselindung.

Hana sedikit terkejut."Belum.Masih single."

"Jadi ada lah peluang saya."

"Hah?!"kata Hana sedikit kuat.

"Saya gurau jelah."ujar Mike sambil ketawa kecil.Tiba-tiba Mike merasakan yang dirinya dicuit seseorang.Dia pantas berpaling.

Daniel tersenyum ke arahnya."Boleh aku nak menari dengan Hana?"

Mike berpaling memandang ke arah Hana seperti meminta persetujuan.Hana menganggukkan kepalanya sedikit.

"Ok."jawab Mike sepatah.

"Thanks." Daniel meletakkan tangannya di pinggang Hana manakala sebelah tangan lagi pula memegang tangan Hana.

"Kau ingat tak masa kecil-kecil dulu, kita selalu menari waltz?"tanya Daniel.Hana memandang ke arah Daniel.

"Ingat."

"Kenapa muka kau muram je? Tak suka ke menari dengan aku?"tanya Daniel dengan dingin.

Hana dengan pantas menggelengkan kepalanya."Tak.Aku suka menari dengan kau.Cuma aku pelik."

"Pelik pasal apa?"

"Kita ni dah berbaik ke belum?"

"Entah.Aku pun tak tahu."jawab Daniel selamba.

"Seriuslah sikit.Kita baik ke belum?"

Daniel memandang ke dalam mata Hana sebelum melepaskan pegangannya.."Mungkin kita akan kembali seperti sebelum ni."

"Kenapa?"

"Sebab sejak kau pergi semuanya berubah."jawab Daniel perlahan sebelum melangkah pergi.Hana hanya mengeluh lemah.

'Apa maksud dia semuanya berubah?'

*********************************************************************************


"Lepas ni kami akan buat persembahan."kata Shin.Hana mengucapkan good luck kepada mereka semua.

"Kau macam mana dengan Fay?"tanya Hana sambil menunggu giliran V-Pop untuk membuat persembahan.

"Okay je.Kau dengan Daniel pulak?Tadi aku nampak kau menari dengan dia."

Hana memandang Haruhi yang berada di sebelahnya."Aku tanya kami berdua baik ke belum? Lepas tu dia cakap mungkin kita akan balik seperti sebelum ni."

"Sebelum ni? Kenapa dia tak nak berbaik?"tanya Haruhi.Dia mengerutkan kening.

"Dia kata selepas aku pergi semuanya berubah."

"Semuanya berubah."ulang Haruhi perlahan.

"Hana, aku nak cakap dengan kau sekejap boleh tak?"tanya Anne.Hana segera mengikuti ke belakang dewan.

"Kenapa Anne?"

"Aku tak nak kau rapat sangat dengan Daniel!"marah Anne.Hana tersentak.

"Aku kan kawan dengan dia."

"Aku tahu tapi janganlah rapat sangat.Macam mana aku nak rapat dengan dia kalau kau asyik ada!"

Hana menundukkan kepalanya."Kau tak perlu risau.Aku akan jauhkan diri.Lagipun dia pun tak nak berbaik dengan aku."

"Baguslah kalau macam tu.Ingat janji kau."ujar Anne dengan tegas sebelum berlalu pergi.Hana memerhatikan langkahnya yang menghampiri pentas.Ahli-ahli kumpulan V-Pop sudah bersedia di atas pentas.Mereka melambai ke arah Hana.Hana hanya membalas lambaian mereka dengan lemah sebelum melangkah keluar dari dewan itu.

"Hana, awak nak pergi mana?"tanya Mike.Dia sedang duduk di lobi semasa dia ternampak Hana.

"Saya nak balik."

"Saya hantar awak, boleh?"

"Tak menyusahkan ke?"

"Tak.Jomlah."kata Mike.Hana mengekori langkahnya ke sebuah kereta Mercedes Benz.

'Mercedes! Mesti Mike anak orang kaya.'

"Masuklah."pelawa Mike sebelum membukakan pintu kereta untuk Hana.Semasa kereta Mike melalui lobi hotel tersebut, Hana dapat menangkap kelibat Daniel yang memandangnya dengan tajam.

"Daniel, Hana mana?"tanya Shin sebaik sahaja Daniel naik ke atas pentas.

"Dah balik dengan Mike."

"Balik? Tapi lagu yang kita nak nyanyi ni khas untuk dia."balas Fay.

Daniel memejamkan matanya."Kita nyanyi lagu lain."

"Hmm..okay."jawab mereka semua.

********************************************************************************

Hana mengucapkan terima kasih kepada Mike kerana sudi menghantarnya pulang ke rumah.Dengan pantas dia naik ke atas rumah dan baring di atas katilnya.Dia menekup mukanya dengan bantal sebelum menjerit dengan kuat.Tanpa dia sedari, air matanya mulai jatuh.

"Sakitnya hati aku!"jeritnya lagi.Kemudian dia masuk ke dalam bilik air dan membasuh mukanya.Dia tidak mahu Haruhi melihat dirinya di dalam keadaan sebegitu.Oleh kerana dia sudah tidak bermaya untuk melakukan apa-apa lagi, dia segera menarik selimut dan tidur dengan harapan, semuanya akan berubah menjadi lebih baik.

"Hana.."panggil Haruhi dengan lembut.Haruhi berpaling ke arah Fay yang berada di belakangnya.

"Dia dah tidur."

"Tak apalah.Saya balik dulu."

"Terima kasih Fay."

"Sama-sama."

"Bangun Hana.Fay dah balik."kata Haruhi dengan lembut sebelum duduk di atas katil Hana.Hana mencelikkan matanya.

"Macam mana kau tahu aku belum tidur?"

"Aku kenal kau dah lama.Kalau kau tipu, aku boleh tahu."

"Hmm.."

"Apasal kau balik cepat sangat? Rugi tau kau tak tengok diorang nyanyi tadi."

"Aku letih."

"Hmm..diorang kata Mike hantar kau."

"A'ah.."

"Kau cakap apa dengan Anne tadi?"

Hana mengeluh perlahan."Tak ada apa.Benda biasa je."

"Aku keluar dulu ye.Nak mandi."ujar Haruhi.Perlahan-lahan dia menutup pintu bilik Hana.

"Esok, semuanya akan kembali seperti biasa."keluh Hana perlahan.


p/s : Sorry entry ni pendek.


No comments:

Post a Comment

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers