Page Fallenmoon/Liya Zafrina : Klik di sini
Group Atas Nama Cinta-Mu : Klik di sini

Friday, July 12, 2013

Bertemu Cinta di Kafe Damia 2


ORANG mungkin akan cakap Zaf tu kuat cemburu tapi sebenarnya hanya dia seorang je yang tahu yang Zafran tu sebenarnya tak cemburu pun dekat Abang Ameer tu. Zafran sengaja nak cari pasal je dengan dia.
Lepas balik dari kenduri kahwin Abang Ameer hari tu, awal-awal lagi Zafran dah mengusik dia. Zafran siap cakap, “Actually, abang tak cemburu pun. Abang cuma suka bila Mia pujuk abang.”
See! Zafran memang sengaja je! Sengaja nak buat dia rasa macam nak pengsan!
“Dulu abang tak suka merajuk pun. Kenapa sekarang ni suka sangat nak kena pujuk?” Soal Liya selamba sambil memandang Zafran yang tengah baca surat khabar. Hari ni rajin pulak Zafran balik awal. Selalunya selagi tak pukul 6, jangan harap nak nampak muka dia dekat rumah ni.
“Kenapa tiba-tiba tanya?”
“Sebab Mia baru teringat pasal hari tu. Pasal abang cakap abang saja buat-buat abang cemburu sebab nak suruh Mia pujuk.”
Zafran terus ketawa sebelum meletak surat khabar ke tepi. Kuat sangat ingatan Puan Liyana Damia ni. Dia sendiri pun dah lupa pasal halt u.
“Sebab dulu abang kawan sekolah Mia. Sekarang ni abang suami Mia.”
“Apa kaitannya?”
“Dulu tak sesuai la nak suruh Mia pujuk abang kalau merajuk. Sekarang ni barulah sesuai. Betul tak?”
Liya mencebik. Alasan semata-mata tu! Macamlah dia baru kenal Zafran Adha ni. Kalau tiba mood nak mengusik tu, memanglah dia akan mengusik habis-habisan.
“Abang…”
“Hmm?”
“Kita dah lama tak pergi dating kan?” Liya bertanya sambil mengelipkan biji matanya.
“Nak dating ke mana, MK?”
Liya dah mula sengih. Bersinar-sinar matanya memandang Zafran.
“Mana-mana pun takpe. Kita boleh bawak Akif dengan Leesya sekali nanti.”
Dahi Zafran dah mula berkerut. “Tak pernah pulak abang dengar kalau nak pergi dating kena bawak anak sekali.”
Kali ni kening Liya pulak dah mula bertaut. Apa pulak maksud suami dia ni? Dah nama ada anak, mesti la kena bawak pergi mana-mana kan?
“Tak faham la tu…” sindir Zafran sambil ketawa. Bila Liya dah buat muka berkerut macam tu, tahu sangatlah dia yang Liya langsung tak faham apa yang dia cakap.
“Kita mintak tolong Maya dengan Hannah jaga anak-anak kita. Mesti diaorang sukanya…”
“Hish, takkanlah…”
“Takkanlah apa?”
“Takkanlah nak tinggalkan anak-anak kita dekat diaorang. Diorang tu dah kahwin la. Mesti nak jaga suami lagi,” balas Liya kurang bersetuju dengan cadangan Zafran. Kalau bujang tu lainlah, ni dah berkahwin. Walaupun adik, tapi tak sanggup pulak nak menyusahkan mereka berdua.
“Kita tanya dulu nak?”
“Nak kena dating berdua jugak ke?”
Laju Zafran mengangguk. Bukannya dia tak nak bawak anak-anak dia tu tapi dia sebenarnya teringin jugak nak berdating berdua dengan Liya. Kali terakhir mereka bercuti pun masa dekat Kota Kinabalu dulu. Lepas tu dah tak pergi mana-mana sebab Liya dan dia sibuk. Lagipun tak lama lagi, dah nak puasa.
“So?” Tanya Zafran tak sabar bila Liya dah diam hampir beberapa minit.
Liya memandang Zafran sambil mengetuk hujung bibir. “Hmm… okeylah tapi tak boleh nak lama-lama sangatlah.”
“Thanks Mia sayang!” Terus bibirnya mendarat di atas dahi Liya.


“BOTOL SUSU?”
“Check!”
“Baju Akif?”
“Check!”
“Baju Leesya?”
“Check!”
“Apa lagi yang takde?” Soal Maya sambil memakaikan Aleesya baju. Dia mencium pipi gebu Aleesya yang dah makin tembam sebelum beralih ke Akif pulak. Akif ni berat sikit daripada Aleesya. Mentang-mentang dah nak masuk 1 tahun tak lama lagi.
“Semuanya dah ada kot, insya-Allah. Harraz dah on the way kan?”
“A’ah. Kak Liya dengan Abang Zaf dah naik flight tadi.”
“Kemain tau diaorang tu. Kita ni pun belum sempat nak honeymoon lagi. Hari tu aku ikut Harraz pergi Bali pun sekejap je. Tak feeling macam pergi honeymoon pun. Rasa macam tengah buat lawatan sambil belajar.”
Hannah dah gelak. Macam-macam si Maya ni. Ada ke patut dia cakap macam lawatan sambil belajar?! Bukan senang tau nak merasa pergi Bali tu.
“Okey, dah siap!” Maya senyum sebelum mendukung Aleesya. Memang dah jadi kebiasaannya, dia la yang menjadi Aleesya dan Hannah menjaga Akif. Tapi kali ni, mereka berdua akan bergabung tenaga untuk menjaga anak saudara kembar diorang ni. Si Akif dengan Aleesya ni mana boleh berenggang sangat. Nanti mulalah menangis.
“Kau tidur kat rumah aku la kan?” Soal Hannah yang turut mendukung Akif sambil membawa bakul berisi barang-barang ke bawah dan diikuti oleh Maya yang membawa beg pakaian di belakang.
“A’ah. Esok Harraz pun dah kerja balik.”
“Senanglah macam tu. Akif dengan Leesya ni bukannya boleh berenggang pun.”
Maya mengangguk sambil ketawa.

“COMELNYA Akif dengan Leesya ni…” Dari tadi Harraz bermain-main dengan Akif dan Leesya. Langsung tak ada buat kerja lain. Maya memandang dengan senyuman sambil mengusap perut yang masih lagi rata. Kandungan dia pun baru masuk 3 minggu. Yang Hannah tu aje agak besar sikit. Maklumlah dah nak masuk 3 bulan.
“Abang tak kisah ke Maya tidur sini malam ni?”
Harraz mengalihkan pandangannya ke arah Maya sebelum tersenyum kecil. “Takpe. Esok insya-Allah sebelum abang pergi airport, abang singgah jumpa Maya dulu ye?”
“Okey…”
“Comel kan diorang ni?” Tanya Harraz sambil mencuit pipi Akif dan Leesya.
“A’ah. Memang comel pun.” Maya dah beralih duduk ke sebelah Harraz. Seronok dia tengok Harraz melayan budak-budak. Tak nampak kekok pun. Mungkin sebab Harraz dah biasa dikelilingi budak-budak. Yelah, dia kan dah ada banyak anak saudara.
“Aku penat la turun naik tangga ni.” Hannah yang baru turun dari tingkat atas merungut. Dulu memang suka rumah dua tingkat tapi sejak mengandung ni, dia lebih suka duduk bawah. Kalau boleh nak suruh Adam buat bilik bawah ni, jadi bilik tidur mereka.
“Biasalah tu. Kak Long dulu lagi penat sebab angkut dua orang sekali dalam perut. Perut kau tu kecik lagi tau.”
“Tahu. Aku ingat nak tukar bilik tidur la. Nak tidur kat bawah ni haa… Senang sikit. Tak payah aku naik tangga selalu sangat kan?”
“A’ah. Elok jugak tu Hannah. Nanti aku pun ingat nak buat macam tu. Kesian jugak dekat Maya ni nanti. Sekarang ni takpelah lagi sebab baru beberapa minggu, nanti bila dah masuk bulan-bulan, penat jugak.” Harraz menyokong sambil meletakkan Akif di atas ribanya.
“Aku nak pergi mandikan Leesya kejap. Nanti kau mandikan Akif pulak.” Hannah dah bangkit dari duduknya dan terus mendukung Aleesya pergi ke bilik air. Sebenarnya dia sengaja nak bagi pasangan dua sejoli tu bersembang dekat depan. Tak nak kacau orang dating. Dia nak dating tak boleh sebab suami pergi kerja. Kena tunggu Adam balik dulu.
Adam, cepatlah balik. Hannah rindu abang ni…

p/s : Selamat berpuasa :)

Photobucket

6 comments:

  1. ahhhhhh!!!!!! akak kenapa semua orang sweet sangat ni ?:D

    ReplyDelete
  2. zainab mardhiah khairudinJuly 14, 2013 at 11:39 PM

    kak mooonnnnn!!!! boleh kena kencing manis cenggini. hahaha...

    ReplyDelete
  3. err..bukan liya sepatutnye pakai tudung ke? kat dlm novel die pki tudungkan..

    ReplyDelete
  4. Pakai :) Gambar kat atas tu pelakon Thai :) tak pandai nak edit buat dia pakai tudung.

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...